Ekonomi
Bank pilihan pembeli kereta
Ketika Bank Negara Malaysia mengumumkan pengurangan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas yang menjurus kepada penurunan Kadar Asas Pinjaman atau BLR oleh bank- bank komersial di negara ini, ramai sudah berkira-kira untuk memohon pinjaman baru termasuk bagi membeli kenderaan.
Pada ketika iklim ekonomi dunia sedang menjadi semakin lembap, hasrat memiliki kereta baru yang digoda oleh kadar faedah lebih rendah ini pastinya membantu mengurangkan tekanan ke atas sektor automotif yang kian tenat akibat jangkaan jualan yang menguncup.
Justeru, dalam semangat untuk membantu firma dalam sektor automotif untuk kembali ceria dalam iklim ekonomi semasa, ruangan Enjin minggu ini mengupas aktiviti pembelian kenderaan dari aspek pembiayaan kewangan terutama produk sewa beli oleh institusi kewangan.
Di Malaysia, hampir ke semua institusi bank tempatan menyediakan perkhidmatan pinjaman kenderaan antara yang popular ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Kumpulan CIMB, Affin Bank Berhad, AmBank Bhd., EON Bank Bhd., Hong Leong Bank Bhd., Malayan Banking Bhd. (Maybank), Public Bank Bhd., RHB Bank Bhd. selain bank asing, Al Rajhi Bank.
Bank-bank ini menyediakan pinjaman sama ada secara konvensional atau berasaskan Islam dengan menawarkan kadar faedah kompetitif, margin pembiayaan sehingga 90 peratus dan tempoh pembayaran balik pinjaman sehingga 108 bulan, mengikut keinginan dan kemampuan para pelanggan sendiri.
Apabila seseorang memohon untuk mendapatkan pinjaman sewa beli kenderaan, selalunya mereka akan dikehendaki untuk menyediakan salinan beberapa dokumen asas seperti kad pengenalan, lesen memandu, penyata bank, penyata gaji, borang J atau EA untuk diproses bagi menentukan kelayakan pemohon.
Secara asasnya, tujuan pemprosesan dokumen serta borang itu adalah mengetahui ciri-ciri pelanggan menerusi semakan menggunakan khidmat Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) dan agensi rujukan kredit bagi mengukur tahap kemampuan membayar semula pinjaman.
Kemudiannya, pegawai bank akan menawarkan pinjaman pada kadar faedah yang berubah-ubah mengikut kedudukan semasa kewangan pemohon termasuk liabiliti yang ditanggung, jenis kenderaan yang hendak dibeli sama ada buatan nasional atau sebaliknya serta kenderaan baru atau terpakai.
Jika margin pembiayaan anda lebih rendah, tempoh pembayaran lebih pendek, pembelian melibatkan kereta buatan asing baru yang tidak banyak seperti Proton dan Perodua di atas jalan raya dan kedudukan kewangan lebih kukuh dengan hutang lain rendah, maka kadar faedah yang dikenakan juga adalah rendah.
Kadar faedah ini ditentukan berdasarkan saiz risiko yang terpaksa ditanggung oleh bank ketika meluluskan pinjaman berkenaan yang meliputi antaranya kedudukan kewangan pemohon, jenis kereta yang ingin dibeli, keadaan enjin kenderaan dan jumlah bayaran muka yang termampu.
Pada masa sekarang, kereta buatan tempatan seperti Proton dan Perodua dikenakan kadar faedah antara 3.8 peratus sehingga 4.1 peratus manakala kenderaan buatan asing pula antara 2.6 peratus sehingga 2.7 peratus.
Walaupun pembeli kenderaan memiliki kebebasan untuk menentukan bank yang ingin dipohon untuk pinjaman sewa beli kenderaan, secara realitinya, kebanyakan daripada rakyat Malaysia bergantung kepada francais atau pengedar kenderaan untuk menguruskan pemilihan bank dan pengendalian permohonan pinjaman.
Antara lima bank utama di negara ini dalam pinjaman automotif ialah AmBank Bhd. yang memperuntukkan RM1 bilion untuk produk pinjaman sewa beli kenderaan, Public Bank Bhd. dengan RM800 juta, Maybank dengan RM600 juta manakala Affin Bank Berhad menyediakan dana RM200 juta dan Hong Leong Bank Bhd. pula dengan jumlah yang sama.
Pada masa yang sama, ada beberapa firma automotif yang khabarnya merancang untuk memperkenalkan skim pembiayaan kewangan secara persendirian ekoran kedegilan institusi kewangan untuk meluluskan pinjaman sewa beli, walaupun bakal berdepan dengan risiko pinjaman tidak berbayar (NPL).
Hasrat untuk memperkenalkan skim pinjaman kewangan persendirian itu didorong oleh stok kenderaan yang semakin menggunung walaupun ramai yang berminat untuk membeli namun niat tersebut terhalang oleh keengganan pihak bank untuk meluluskan permohonan.
- UTUSAN

Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.