Ribut pasir di Riyadh, Arab Saudi


Ibu negara Arab Saudi dilanda ribut pasir besar semalam mengakibatkan bandar ini dilitupi pasir tebal.

Menurut agensi berita Saudi Press, penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Khaled terpaksa dilencongkan ke lapangan-lapangan terbang di Jeddah dan Dammam, semalam.

Gumpalan pasir menyelubungi kawasan bandar dan persekitarannya, memaksa pemandu memperlahankan kenderaan, di samping menyebabkan orang ramai berlindung di dalam rumah.

Kenderaan serta kediaman penduduk diselimuti pasir, memaksa penutupan lapangan terbang antarabangsa dan sekolah-sekolah.

Hospital turut mengerahkan pasukan kecemasannya ke pelbagai lokasi bagi merawat mangsa yang mengalami masalah pernafasan.

Keadaan mula pulih hari ini dengan penduduk di ibu negara Arab Saudi ini mula membersihkan rumah mereka.

Lapangan terbang juga telah dibuka semula hari ini.

- AP

Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.