Ibu bekas Menteri Besar Terengganu, Idris Jusoh meninggal dunia

Fatimah Yusoff, ibu bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Seberang Jerteh akibat sakit tua.

Pegawai Khas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jerteh itu, Kamarul Azman Idris berkata Allahyarham Fatimah, 83, meninggal dunia kira-kira 7.20 malam setelah hampir sebulan uzur.

"Idris bersama enam adik beradiknya berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir," katanya ketika dihubungi di sini.

Solat jenazah dijangka diadakan di rumah Allahyarham kira-kira 10 pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, Besut.

- BERNAMA

5 ulasan:

  1. Al fatihah....

    Semoga rohnya dicucuri rahmat dan termasuk dalam golongan orang yg beriman....amin...

    BalasPadam
  2. Al fatihah....

    Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yg beriman....amin...

    BalasPadam
  3. semuga rohnya dicucuri rahmat, kita yang hidup ni menunggu giliran..rasanya tak cukup lagi bekalannya.

    Bro thank you join theBlogFrog community.

    BalasPadam
  4. Patut la aku lalu gi keje tadi jalan jem,
    Ni area aku ni Bro...
    papepun Alfatihah

    BalasPadam
  5. al fatihah buat arwah....arwah pernah bersama cikgu dalam program teambuilding di langkawi 2006. arwah amat berwibawa.

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.