Laman web baru Biro Pengaduan Awam (BPA)

Alamat laman web bagi Biro Pengaduan Awam (BPA) Jabatan Perdana Menteri yang sebelum ini http://www.bpa.jpm.my telah ditukar kepada http://www.pcb.gov.my bermula 4 Mei 2009.

Menurut kenyataan BPA hari ini nama domain bagi jabatan itu juga telah ditukar kepada @pcb.gov.my.

Perubahan itu adalah selaras dengan arahan yang dikeluarkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Pengurusan (Mampu) mengenai pengurusan laman web/portal sektor awam, kata kenyataan itu.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai laman web baru itu boleh menghubungi talian 03-88884356/4745/7236.

- BERNAMA

Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.