31 Oktober 2009

KALENDAR & PERISTIWA PENTING BULAN OKTOBER 2009

by
KALENDAR & PERISTIWA PENTING BULAN OKTOBER 2009

10 OKT 2009 : Hari Kesihatan Mental Sedunia
12 OKT 2009 : Pilihanraya Kecil Bagan Pinang
17 OKT 2009 : Hari Deepavali
22-24 OKT 2009 : Minggu Kesedaran Kewangan di TTC Kuala Terengganu
23 OKT 2009 : Pembentangan Bajet 2010 di Parlimen
23-24 OKT 2009 : Apa Khabar Orang Kampung TV9 di Telok Kalong, Kemaman, Terengganu
24-25 OKT 2009 : Karnival Jom Heboh di Batu Kawan, P.Pinang
24 OKT 2009 : Hari Keputeraan Sultan Pahang
30-31 OKT 2009 : Karnival SuaRasa TV9 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah

KEPUTUSAN PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PUSINGAN 2 PIALA MALAYSIA - 31/10/2009

by
(69' - Firdaus Faudzi) Perlis 1 - 3 Kelantan (27, 53' & 87' - Nor Farhan)
Aggregat : 1 - 5

(30' - Khairul Izwan) Terengganu 1 - 3 Negeri Sembilan (5', 18' - A.Zaquan Adha, 40' - Hairuddin)
Aggregat : 1 - 4

* Kelantan & Negeri Sembilan layak ke Perlawanan Akhir pada 7 November 2009

Tamak mengundang mudarat

by
Hadith :

Abu Said al-Khudri menerangkan bahawasanya Nabi SAW pada suatu hari duduk di atas mimbar dan kami duduk di sekitarnya.

Maka nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya di antara yang aku takut terhadap diri mu sesudah wafat ku ialah kemewahan yang diberikan kepada mu. Iaitu kemewahan dunia dan hiasannya.

Maka seorang lelaki berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kebaikan itu mendatangkan kejahatan?

Maka nabi berdiam diri. Kerana itu seseorang berkata kepada orang tersebut : “Mengapa kamu? Apa urusan mu? Engkau bertanya kepada nabi, baginda tidak mahu menjawab.

Kemudian kami melihat bahawasanya nabi sedang diturunkan wahyu kepadanya.

Abu Said berkata; “ Maka nabi menyapu peluh pada dirinya dan nabi bertanya: “Mana si penanya?” seolah-olah nabi memuji orang tersebut.

Kemudian nabi bersabda: “Sesungguhnya kebaikan itu tidak mendatangkan kejahatan. Dan sesungguhnya di antara yang ditumbuhkan musim bunga, ada yang memusnahkan binatang lantaran kekenyangan atau hampir-hampir membinasakannya kecuali binatang yang memakan sayur-sayuran. Dia memakan umpan hingga apabila telah buncit lambungnya, maka dia pun menatang matahari lalu dia mengeluarkan kotoran dan kencing serta pergi ke padang penggembalaan. Dan sesungguhnya harta itu indah lagi sedap. Maka sebaik-baik harta orang Muslim ialah yang diberikan sebahagiannya kepada orang miskin, anak yatim dan ibnu sabil. Atau sebagaimana nabi pernah sabdakan. Dan bahawasanya orang yang mengambil harta dengan bukan haknya adalah sebagai orang yang memakan dan tidak merasa kenyang. Dan jadilah harta itu saksi atas dirinya di hari kiamat.” (al-Bukhari dan Muslim)

Huraian:

Allah melarang kita daripada bersifat tamak dan suka mengumpulkan harta akan tetapi tidak suka bersedekah dan menafkahkan harta tersebut ke jalan Allah.

Sedangkan orang yang banyak bersedekah adalah orang yang melaburkan saham untuk kepentingan akhirat.

Hakikatnya harta itu adalah fitnah seumpama binatang yang hidup di padang ternakan.

Ada yang mati akibat terlalu banyak makan dan ada yang mengeluarkannya kembali sehingga tidak membuncitkan perutnya.

Perumpamaan ini adalah bagi orang yang membelanjakan hartanya di jalan-jalan kebajikan. Justeru dalam mencari harta kita perlu bersederhana jangan terlalu tamak hingga mengundang mudarat.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Internet: Maxis perlu labur banyak lagi

by
Maxis Bhd., pengendali mudah alih yang bakal disenaraikan semula, perlu melabur lebih banyak lagi dalam teknologi Internet bagi memenuhi permintaan pasaran akan datang dengan akses yang lebih baik, aplikasi baharu dan kelajuan serta kapasiti jalur lebar yang bertambah baik.

"Maxis boleh membantu mengembangkan industri telekomunikasi tempatan ketika para pelabur melihat semula kepada strategi pengendali mudah alih lain dalam memanfaatkan potensi jalur lebar mudah alih," kata James Lau, Pengarah Kanan Ekuiti di Kenanga Investment Bank Bhd.

"Internet merupakan satu medium yang besar dan peserta telekomunikasi perlu membawa masuk aplikasi baharu menggunakan Web. Permintaan bagi kapasiti dan kelajuan semakin bertambah dan terdapat keperluan untuk melabur dalam ruang ini," katanya dalam satu temu bual hari ini.

Lau berkata, perbelanjaan modal dalam Internet merupakan sesuatu yang sentiasa meningkat tetapi Maxis masih belum melabur sepenuhnya dalam ruang teknologi itu.

"Potensi itu ada. Ia bergantung kepada strategi pelaburan dan bagaimana syarikat menguruskan kos modal dan pulangan dalam ekuiti," katanya.

Memandangkan Maxis merupakan peneraju dan perintis pasaran dalam banyak bahagian, pengendali mudah alih itu boleh membantu kerajaan mencapai sasaran kadar penembusan jalur lebar 50 peratus tahun depan daripada 20 peratus ketika ini.

Maxis juga boleh membantu merapatkan jurang digital dan tidak membiarkan rakyat Malaysia ketinggalan dalam pembangunan baharu dari segi teknologi.

Lau berkata, Maxis juga boleh membantu pereka kandungan dan pengeluar peranti tempatan, membawa pelbagai kesan bagi industri telekomunikasi, menerusi pelaburan dalam prasarana.

Difahamkan bahawa lesen Maxis telah dilanjutkan untuk tempoh 10 tahun lagi, yang bermakna ia mempunyai kitaran hayat baharu dan boleh merancang projek baharu serta membuat lebih banyak pelaburan dalam pasaran Malaysia.

Lau berkata, penyenaraian Maxis dijangka menarik minat pelabur asing dalam pasaran saham tempatan memandangkan saiz saham serta rekod prestasinya yang kukuh.

"Penyenaraian itu dijangka meningkatkan permodalan pasaran Bursa Malaysia dan pelabur asing sukakan pertambahan mudah tunai. Kini peserta pasaran mempunyai pilihan yang luas untuk pelaburan dalam syarikat telekomunikasi," katanya.

Maxis bernilai RM39 bilion berdasarkan kepada harga saham petunjuk RM5.20 dan ia boleh merangsang nilai pasaran Bursa Malaysia sebanyak 4.2 peratus apabila syarikat itu disenaraikan pada 19 November nanti.

Sebagai penyenaraian terbesar dalam sejarah Malaysia, tawaran awam permulaan (IPO) itu menyaksikan pembabitan sulung pelabur-pelabur asas penting di Malaysia dan mereka komited untuk membeli 28 peratus daripada saham Maxis.

Empat institusi terlibat ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan, Permodalan Nasional Bhd. (PNB) dan Fidelity Investment.

"Ini sepatutnya memberikan keyakinan kepada peserta runcit kerana penyokong-penyokong itu merupakan institusi utama Malaysia," kata Lau.

Menurutnya, bukan sesuatu yang luar biasa bagi pelabur-pelabur asas penting untuk menyertai peringkat IPO kerana mereka mencari potensi jangka panjang dan Maxis adalah sebuah syarikat yang kukuh.

Beliau berkata, pelabur juga tertarik dengan dividen yang baik sekurang-kurangnya 75 peratus daripada keuntungan bersih dan kedudukan syarikat sebagai peneraju dalam pasaran telekomunikasi.

- BERNAMA

Sistem gred baru masuk ke IPTA

by
Syarat kelayakan untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan setaraf untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan diperketatkan mulai tahun depan.

Ini berikutan pengiraan merit untuk pemohon akan menggunakan penggredan baru iaitu kelulusan A+.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Ir. Radin Umar Radin Sohadi berkata, kaedah pengiraan markah tersebut bertujuan memilih pelajar terbaik di kalangan yang terbaik.

‘‘Sehubungan itu Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan melaksanakan kaedah pengiraan markah merit terkini dengan perubahan kecil kepada kaedah sedia ada.

‘‘Kaedah tersebut juga mengambil kira syarat khas kemasukan program pengajian dengan memastikan pelajar yang dulunya mendapat gred 6C (kepujian) tidak diturun taraf ke gred lebih rendah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai penggredan baru A+, beliau memberitahu, pelajar yang memperoleh A kini terbahagi kepada tiga kategori iaitu A+, A dan A-.

Ini bermakna mereka yang mendapat A+ bakal memperoleh nilai markah bagi pengiraan merit sebanyak 18, A (16) manakala A- (14).

‘‘Sebagai contoh, jika sebelum ini keseluruhan A dikira berdasarkan markah 90-100 tetapi melalui penggredan baru ini adalah 99-100 (A+), 98-95 (A) manakala 94-90 (A-),” katanya.

Radin Umar menambah, syarat khas program pengajian dan pemilihan calon ke IPTA bagi sesi akademik 2010/2011 akan dilaksanakan secara dua kaedah dalam proses transisi.

Pertama, kaedah sedia ada bagi calon lepasan SPM 2008 dan sebelumnya dan kedua, kaedah terkini bagi calon lepasan SPM 2009.

Kata beliau, kaedah itu bertujuan memberi peluang kepada pelajar bukan tahun semasa mengemukakan permohonan serta dipertimbangkan secara adil, telus serta bersistematik dalam pemilihan kemasukan ke IPTA berasaskan dasar sedia ada.

‘‘KPT bersetuju mengadakan taklimat ke seluruh negara kepada guru bimbingan dan kaunseling mengenai perubahan ini,” katanya.

Jelasnya, KPT akan mengemas kini maklumat mengenai kaedah pengiraan markah merit terkini melalui cetakan dan agihan risalah ke Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah.

Maklumat juga boleh diperolehi melalui laman web rasmi kemasukan ke IPTA iaitu http:// upu.mohe.gov.my

- UTUSAN

Menara CIMB kini dikenali Menara UAB

by
Menara CIMB yang terletak di Jalan Tun Perak di sini akan ditukar nama kepada Menara United Asian Bank (UAB) umum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Beliau berkata, perubahan itu adalah bagi memberi penghormatan kepada masyarakat India dalam memberi sumbangan kepada sektor perbankan di negara ini

UAB adalah antara bank yang pernah dimiliki masyarakat India di negara ini sebelum digabungkan dengan CIMB ketika penggabungan bank-bank di Malaysia dilakukan satu masa dahulu.

“Untuk menghargai dan memperingati nama UAB, Menara CIMB akan ditukar kepada nama Menara UAB,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Dewan Perdagangan dan Industri India Malaysia (MAICCI) di sini malam ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden MAICCI, Datuk K. K. Eswaran.

Jelas Najib, pertukaran berkenaan telah dipersetujui oleh Lembaga Pengarah CIMB.

Perdana Menteri berkata, usaha tersebut diharap akan memastikan peranan masyarakat India dalam sektor perbankan di negara ini akan dikenang.

Dalam ucapannya beliau juga mengumumkan bantuan bernilai RM2 juta kepada MAICCI untuk membolehkannya membantu masyarakat India yang memerlukan di negara ini.

Beliau berkata, masa depan masyarakat India di negara ini adalah bersama kerajaan yang ada ketika ini.

Katanya, beliau selaku Perdana Menteri semua kaum di negara ini akan memastikan masyarakat India tidak terpinggir dan mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Jelasnya, itu adalah semangat gagasan 1Malaysia yang cuba diterapkan dalam pentadbirannya.

Dalam pada itu, Najib memberitahu sebanyak 2,220 daripada 3,335 permohonan untuk mendapatkan taraf warganegara dan penduduk tetap telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri kepada masyarakat india.

Sementara itu, majlis makan malam MAICCI mencipta satu sejarah tersendiri apabila Perdana Menteri dikalungkan hampir 120 kalung bunga malai.

Bunga tersebut dikalungkan oleh pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan agama, persatuan perdagangan negeri, organisasi politik dan sebagainya.

Keseluruhan acara memakaikan kalungan bunga malai tersebut memakan masa hampir setengah jam.

Pada penutup acara itu, Najib dipakaikan sebuah kalungan bunga malai gergasi.

- UTUSAN

30 Oktober 2009

Dr Asri akan sertai parti politik?

by

Krisis dalaman PAS yang sedang hangat diperkatakan turut mengheret bekas Mufti Perlis yang khabarnya telah dijemput untuk menyertai parti Islam itu.

Adakah kemungkinan beliau akan terjun ke bidang politik, samada Umno atau PAS. Atau mungkin juga menyertai pihak ketiga? Ini adalah kerana setelah pulang dari UK, Dr Asri yang juga bekas Mufti Perlis, bebas dari jawatan.

Banyak pihak menjemput beliau menjadi aktivis mereka. Yang terbaru, ada khabar angin mengatakan Dr Asri akan menyertai parti politik PAS.

Yang menguatkan lagi kesahihan berita ini apabila tersiarnya gambar Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato Harun Taib yang berkunjung ke rumah Dr Mohd Asri di Mengkuang Bukit Mertajam baru-baru ini di laman web Minda Tajdid (www.drmaza.com).

Khabarnya, majlis yang dipenuhi dengan ukhuwwah dan kemesraan itu diikuti dengan makan malam bersama.

Difahamkan, Ketua Dewan Ulamak PAS itu turut menjemput Dr Mohd Asri menyertai perjuangan PAS dalam menegakkan Islam di Malaysia.

Namun, seperti yang dipetik dari laman web minda tajdid, Dr Mohd Asri hanya mengucapkan terima kasih atas jemputan itu dan menyatakan penghormatan beliau kepada Ketua Dewan Ulamak PAS berkenaan.

Sementara itu, menurut sumber terdekat Dr Asri, bekas Mufti Perlis itu yang mempunyai hubungan rapat dengan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, telah membuat kunjungan hormat ke rumah Mahathir untuk mendapatkan nasihat pada minggu ini.

Kata sumber itu, Mahathir tidak setuju jika Dr Asri mengambil apa-apa jawatan lantikan politik termasuk kerajaan.

"Dia menasihatkan Dr Asri agar kekalkan sikap tidak berpihak dan berkecuali. Dia tidak bersetuju kalau Dr Asri mengambil jawatan lantikan politik termasuk kerajaan.

"Alasan Tun, tulisan Dr Asri dibaca oleh semua pihak termasuk Tun sendiri. Jika Dr Asri menerima jawatan lantikan politik, orang akan kurang minat melihat beliau berpihak dan tidak lagi adil," kata sumber itu.

Namun ketika dihubungi, Dr Asri enggan mengulas lanjut.

"Saya mempunyai hubungan baik dengan berbagai pihak. Yang lain saya tak nak komen," jelas tokoh agama yang selalu lantang menyuarakan pandangannya itu.

- MSTAR

FAM hukum PBSNT

by
Angkara penonton, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dikenakan hukuman denda sehingga RM16,000.

Keputusan itu dibuat Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dipengerusikan oleh Kamaruddin Abdullah di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Kamaruddin berkata, PBSNT didenda RM5,000 masing-masing kerana penonton membaling mercun kepada pegawai perlawanan dan penonton memasuki padang ketika aksi menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 3 Oktober lalu.

"Manakala tuduhan ketiga kerana penonton masuk ke padang, meluru serta cuba memukul pengadil perlawanan yang menyebabkan mereka (PBSNT) didenda RM6,000," kata Kamaruddin semalam.

Beliau menambah, PBSNT dibenarkan untuk membuat rayuan dalam tempoh 14 hari.

Ketika diminta membandingkan hukuman denda RM90,000 yang dikenakan terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebelum ini, Kamaruddin berkata, tahap keseriusan kejadian yang berlaku di Kelantan dan Terengganu adalah berbeza.

"Di Terengganu, ia hanya melibatkan penyokong di dalam stadium sahaja manakala di Kelantan ia turut melibatkan di luar stadium, malah kejadian di Kota Bharu merupakan kesalahan berulang.

"Jadi jika perkara sama berulang di Terengganu, hukuman yang lebih berat pasti akan dikenakan ke atas PBSNT," katanya.

Tidak seperti PBSNT, Jawatankuasa Tatatertib FAM melepaskan Kafa daripada tuduhan berkaitan tindakan membaling mercun oleh penyokong pasukan itu ketika perlawanan Piala Malaysia menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 3 Oktober lalu.

"Kami lepaskan Kafa kerana mengikut peraturan FAM, tanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan sebagainya adalah merupakan tanggungjawab tuan rumah iaitu ATM," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, sehingga kini terdapat tiga pasukan iaitu UPB-MyTeam, Proton FC dan Sarawak yang masih belum mendaftar untuk menyertai Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

"Mereka diberikan tempoh sehingga Ahad ini untuk melakukannya bersama-sama enam lagi pasukan lain yang sebelum ini gagal menepati beberapa syarat FAM seperti pengesahan bayaran gaji tertunggak, surat jaminan kewangan dan sebagainya," katanya.

- KOSMO!

Komputer peribadi mini CSL termurah dilancar

by

Syarikat pengeluar telefon bimbit tempatan, CSL Group of Companies (CSL) semalam melancarkan sebuah model komputer peribadi mini, N1008.

Naib Pengerusi CSL, Ir. Megat Radzman Megat Khairuddin berkata, pengenalan model baru itu sejajar dengan permintaan terhadap komputer peribadi yang semakin meningkat di kalangan pengguna di negara ini.

"Ia merupakan model ketiga selepas siri N1000 dan N11000 yang mendapat sambutan hangat selepas ia dilancarkan pada Jun dan September lalu.

"Apa yang menariknya, model ini dijual pada harga RM1,099 iaitu terendah berbanding siri-siri lain di pasaran serta mempunyai fungsi serta rekabentuk yang dijangka memenuhi cita rasa pengguna," katanya pada sidang media selepas pelancaran komputer peribadi N1008 dan pelancaran kiosk bergerak CSL serta cawangan CSL ke-127 di sini semalam.

- KOSMO!

ADUN Pelabuhan Klang keluar PKR

by


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor kawasan Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa serta-merta.

Pada satu sidang akhbar di sebuah hotel di sini, Badrul Hisham, 49, berkata, beliau akan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, keputusannya keluar daripada PKR itu disebabkan sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti berkenaan.

“Keputusan ini saya buat dengan penuh kerelaan tanpa sebarang paksaan, ugutan atau pun apa-apa faedah kepada diri.

“Malah keputusan ini berasaskan kepada prinsip agama dan moral saya sebagai seorang Islam,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri isterinya, Ramiza Mazlan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini meminta Badrul Hisham melepaskan jawatan kerana mendakwa beliau gagal melaksanakan tugasnya dengan berkesan.

Mengulas lanjut, Badrul Hisham berkata, beliau tidak akan sesekali melepaskan jawatannya sebagai ADUN Pelabuhan Klang kerana dipilih oleh rakyat dan bukannya oleh Menteri Besar Selangor.

Katanya, tindakan keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas dapat menjimatkan wang rakyat di samping mengelak tekanan daripada Khalid supaya beliau melepaskan jawatannya itu.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai mana-mana parti politik selepas ini, Badrul Hisham berkata, setakat ini beliau belum memikirkannya.

“Saya ingin tegaskan, saya mahu berkhidmat dengan cemerlang untuk rakyat khususnya pengundi saya di Pelabuhan Klang.

“Malah saya yakin akan mampu berkhidmat dengan lebih baik sebagai wakil rakyat Bebas tanpa sebarang gangguan mainan politik oleh kerajaan pakatan (pembangkang) yang ada sekarang,” katanya.

Badrul Hisham berkata, keengganan pihak pentadbiran kerajaan Selangor membantunya dalam penyelarasan peruntukan kewangan bagi kawasan DUN Pelabuhan Klang seolah-olah menganaktirikan beliau berbanding dengan wakil rakyat lain.

Selain itu, katanya, tindakan kerajaan negeri menubuhkan Pusat Penyelaras Khidmat Rakyat di DUN Pelabuhan Klang dan diuruskan oleh wakil rakyat kawasan lain, merupakan tindakan yang membelakangkannya sebagai ADUN kawasan berkenaan.

Mengenai kenyataan Khalid yang mencadangkan beliau mendapatkan rawatan psikiatri dan menuduhnya mempunyai masalah kesihatan setelah pernah terlibat dengan kemalangan, Badrul Hisham berkata, perkara itu merupakan satu tohmahan dan fitnah.

“Apabila Menteri Besar Selangor menyatakan saya mempunyai masalah kekuatan otak, ianya merupakan satu penghinaan ke atas maruah diri saya dan juga keluarga saya.

“Tindakan beliau itu merupakan perbuatan tidak bermoral pemimpin PKR,” katanya.

Badrul Hisham juga menafikan kenyataan Khalid bahawa beliau tidak menjawab surat tunjuk sebab sedangkan suratnya yang bertarikh 28 Ogos 2009 telah diterima beserta cop rasmi pejabat Menteri Besar dan pejabat Setiausaha Agung PKR pada 2 September 2009.

– Bernama

Menjernihkan hubungan Malaysia-Indonesia

by
Oleh Datuk Dr. Firdaus Abdullah
Felo Penyelidik Kanan (Pelawat), Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Pohon bergoncang angin berhembus

Pokok dedalu jatuh ke rumput

Air dicencang tidak akan putus

Biduk lalu kiambang bertaut

SIAPAKAH yang hendak disalahkan jika kes Nirmala Bonat masih terkatung-katung tanpa keputusan muktamad walau telah berbulan-bulan masa berlalu semenjak bekas majikannya didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara kerana mendera dan menyiksanya? Dan siapakah yang hendak disalahkan jika sekumpulan kecil orang muda Indonesia di Jakarta membakar Jalur Gemilang dan melakukan demonstrasi anti-Malaysia kerana kononnya Malaysia "mencuri" tarian pendet dari Bali?

Mengenai kes Nirmala Bonat yang dipersoalkan sekarang ialah sistem mahkamah atau proses perbicaraan di Malaysia. Mengenai demonstrasi bersabit isu tarian pendet itu, selain daripada mereka yang terbabit secara langsung dengan demonstrasi, yang dipersalahkan ialah media massa (akhbar-akhbar dan stesen-stesen TV tertentu) di Indonesia.

Apa pun, kes Nirmala dan peristiwa pembakaran Jalur Gemilang adalah antara isu-isu yang menimbulkan kekeruhan hubungan Malaysia-Indonesia. Siapa pun yang hendak disalahkan, hakikatnya ialah tiap-tiap satu daripada dua perkara tersebut berkait dengan persepsi dan emosi manusia serta birokrasi dan pentadbiran negara. Kerana itu, penyelesaiannya tidaklah semudah yang diharapkan.

Kes Nirmala itu ditimbulkan kembali oleh mantan Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin (ZAM) sewaktu memberi ucaptama dan merasmikan persidangan antarabangsa hubungan Malaysia-Indonesia di Universiti Malaya 22 Oktober yang lalu. Sedangkan peristiwa pembakaran Jalur Gemilang dan demonstrasi di Jakarta itu secara langsung dan secara tidak langsung sekali-sekala dirujuk dalam perbincangan sepanjang persidangan itu.

Persidangan itu dianjurkan oleh Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya dengan harapan "akan dapat mencari jalan terbaik untuk membina kembali kesedaran masyarakat terhadap perlunya memahami sejarah, budaya melalui laporan media yang positif."

Penganjur persidangan menyedari bahawa ada yang tidak betul dalam hubungan Malaysia-Indonesia dan secara tersirat media massa dipersalahkan sebagai penyebab utama keadaan yang tidak betul itu.

Walau pun persidangan itu bukan bertujuan untuk mencari "siapa salah", entah kenapa pihak media massa telah menjadi sasaran pelbagai andaian dan tuduhan. Media massa Indonesia dikatakan terlalu bebas dan amat cenderung mensesasikan satu-satu peristiwa. Secara retorika ada peserta yang mengungkapnya "sekali bebas, bebas sekali."

Media massa Malaysia pula dikatakan masih kurang bebas sama ada kerana sekatan kerajaan atau kerana self-censorship. Kerana dilingkungi oleh suasana media yang kurang bebas itu, masyarakat Malaysia dikatakan sukar untuk memahami "kebebasan akhbar" dan kecenderungan sensasional akhbar Indonesia itu.

Selain itu yang sering dilupakan di Malaysia bahawa masyarakat Indonesia itu sangat majmuk sifatnya. Kata pepatah Melayu: banyak udang banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya.

ZAM sendiri menyedari "kemajmukan" Indonesia seperti tergambar bukan sahaja melalui bilangan akhbar dan majalah yang sangat banyak, tetapi juga melalui kepelbagaian watak dan gaya mantan-mantan presiden yang pernah memimpin negara itu. Namun begitu beliau tetap kesal dan prihatin terhadap kecenderungan "berat sebelah" atau biased akhbar-akhbar Indonesia itu dalam memilih dan mengolah berita.

Beliau tidak menafikan bahawa sekali sekala memang berlaku penganiayaan terhadap segelintir pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Malaysia. Dan biasanya berita mengenai kejadian seperti itu dibesar-besarkan oleh akhbar-akhbar atau stesen-stesen TV tertentu di Indonesia. Tetapi, beliau bertanya, kenapa tidak dilaporkan bila hampir setiap minggu rumah orang Malaysia dicerobohi, dirompak, orang-orangnya dibunuh dan perempuannya dirogol?

Antara iktibar yang patut dikaut daripada ucapan ZAM itu adalah untuk menjernihkan hubungan Malaysia-Indonesia, kedua-dua belah pihak patut menyedari tentang kedudukan kedua-dua negara yang saling bergantung dan saling perlu memerlukan dalam banyak bidang, bukan sahaja di bidang politik dan keselamatan, sosial dan ekonomi, begitu juga di bidang budaya dan seni.

Dan pengajaran penting daripada keseluruhan persidangan itu adalah untuk menjernihkan hubungan Malaysia-Indonesia agar lebih produktif, setiap pihak hendaklah menghentikan pandangan stereotaip dan menyedari kemajmukan Indonesia.

Demi kestabilan Asia Tenggara dan untuk kemajuan dan keperkasaan umat Nusantara, Malaysia dan Indonesia wajib meningkatkan rasa kebersamaan yang diwarisi dari zaman bahari.

Bebaskan masjid daripada unsur politik

by
Oleh MUNIR AFIRUDDIN WAHAB

Sebagai sebuah negara Islam membangun yang moden, Malaysia cukup dikenali dengan pembinaan masjid-masjid besar dari segi saiz, reka bentuk yang cantik dan unik serta kelengkapan dan peralatannya yang canggih.

Selain berfungsi sebagai tempat umat Islam tanpa mengira bangsa dan budaya mengerjakan ibadah terutamanya menunaikan sembahyang berjemaah, masjid juga menjadi tempat umat Islam menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan seperti ceramah, musyawarah, kelas pendidikan dan juga aktiviti keagamaan yang lain.

Namun begitu, kepelbagaian fahaman politik di kalangan umat Islam yang secara majoritinya berbangsa Melayu di negara ini dilihat telah mula membenihkan golongan yang fanatik, yang tanpa mengira tempat dan keadaan cuba melebarkan fahaman politiknya.

Golongan ini bergerak secara berselindung melalui ceramah-ceramah dan majlis-majlis di masjid-masjid terutamanya di negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang.

Persoalannya ialah mengapa perlu berpolitik di masjid? Mengapa perlu umat Islam terutamanya orang Melayu memperkatakan tentang politik di masjid? Mengapa perlu berparti di masjid? Mengapa masjid dijadikan medan untuk menjalankan 'dakwah' yang bersifat politik? Mengapa tidak masjid sebagai sebuah institusi yang suci dikecualikan dan 'dibebaskan' dari unsur-unsur politik seperti ini?

Penulis bukanlah cenderung kepada pihak pemerintah mahu pun pembangkang, cuma tidak mahu sikap 'politik tidak bertempat' ini ada di masjid. Kita mahu umat Islam tanpa mengira latar belakang fahaman politik dapat menjalankan ibadah dengan selesa dan aman.

Lupakan persengketaan politik bila bersama di masjid. Bila perkara ini berlaku barulah perpaduan kita sesama Islam dan bangsa Melayu khususnya dapat menjadi realiti, seterusnya dapat menandingi kemajuan bangsa-bangsa lain di negara ini dan juga di peringkat global.

Sebagai ingatan, kesucian institusi masjid hendaklah dipelihara oleh umat Islam sendiri. Adalah amat menyedihkan jika sikap dan ketaksuban kita kepada sesuatu fahaman politik akhirnya akan menjadikan institusi masjid tidak dihormati, juga tidak dapat berfungsi dengan sebenar-benarnya.

Mayat juruterbang pesawat terhempas di Selangor ditemui

by

Juruterbang pesawat latihan Kelab Penerbangan Diraja Selangor yang terhempas berhampiran Kelab Golf Beringin di Lembah Beringin dekat sini ditemui mati malam semalam akibat cedera parah di kepala.

Mohd Ehsan Sayyid Abu Tahir, 22, yang tercampak keluar daripada pesawat itu ditemui di satu kawasan tanah lot berhampiran kelab itu pada pukul 8.20 malam oleh Unit Udara Polis.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Affandi Yahya berkata: "Mohd Ehsan yang berbaju T dan berseluar jeans itu tercampak keluar daripada pesawat kira-kira 30 meter setelah hilang kawalan dan kemudiannya terhempas selepas hujan lebat ketika Mohd Ehsan mencari kawasan yang sesuai untuk mendarat."

Mangsa turut mengalami kecederaan teruk di kaki kiri, katanya.

Pesawat, yang dinamakan Eagle itu dihasilkan oleh Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), ditemui berada dalam keadaan baik tanpa remuk, kecuali bahagian cerminnya pecah, katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini malam semalam.

Menara Kawalan Jabatan Penerbangan Awam memaklumkan pesawat itu gagal dikesan oleh radar dan dipercayai hilang kawalan kira-kira pukul 4 petang.

"Unit Udara Polis berjaya mengesan lokasi pesawat itu terhempas dan memaklumkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan menyelamat pada kira-kira 6 petang," katanya.

Norel Azmi berkata Jabatan Penerbangan Awam akan menyiasat punca kejadian.

Katanya Mohd Ehsan, yang berasal dari Taman Nirwana Ampang memandu pesawat ringan itu dari Ipoh menuju ke Subang, sedang dalam penerbangan ujian solo terakhir sebelum dibenarkan menduduki peperiksaan akhir bagi mendapatkan lesen pemanduan pesawat.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Seorang saksi, Suhaimi Abdul Aziz, 29, berkata beliau ternampak pesawat berkenaan berlegar-legar selama 50 minit untuk mencari tapak mendarat sebelum terhempas.

"Saya nampak pesawat itu berlegar-legar di udara pukul 5.30 petang dan saya bersama kawan-kawan yang sedang minum di kedai kopi yang terletak kira-kira dua kilometer dari sini sempat bergurau cakap orang tengah belajar nak mendarat, akhirnya terhempas," katanya yang bertugas sebagai mekanik di Kelab Golf Beringin.

- BERNAMA

'Majoriti mahu ISA'

by
Majoriti maklum balas awam menerusi perbincangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) mendapati tiada pihak mahu akta itu dimansuhkan.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kebanyakan wakil yang menghadiri perbincangan dengan KDN bersetuju untuk memperjuangkan hak dan suara rakyat tetapi tidak sehingga memansuhkan akta berkenaan.

"Daripada perjumpaan dengan pihak berkepentingan hari ini (semalam), semua sayang kepada negara kita ini. Jika tidak emosi, tanpa pertimbangan sempit atau tidak dipolitikkan, saya rasa ia (ISA) boleh diterima rakyat," katanya selepas menghadiri sesi pertemuan awam mengenai ISA dengan pelbagai pertubuhan kerajaan (NGO) di sini, semalam.

Perbincangan itu dihadiri wakil Majlis Peguam, Persatuan Peguam Muslim, Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Biro Tatanegara (BTN), Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Hishammuddin sebelum ini dilapor berkata, proses menggubal draf pindaan ISA oleh Jabatan Peguam Negara kini sudah hampir siap sebelum dibentangkan ke Kabinet dan seterusnya bagi bacaan kali pertama di Parlimen selewat-lewatnya 15 Disember ini.

Persidangan Dewan Rakyat dijangka berakhir pada 15 Disember manakala Dewan Negara akan bersidang mulai 9 Disember hingga 22 Disember ini.

Hishammuddin berkata, walaupun bacaan kali pertama di Parlimen itu nanti tidak boleh dibahaskan, sekurang-kurangnya ia dapat dibacakan.

"Biar orang ramai tahu apa yang kita lakukan ini bukan atas desakan politik atau untuk menggadaikan keselamatan negara. Ini berdasarkan kepada kebimbangan terhadap perkara yang mungkin berlaku," katanya.

- BERITA HARIAN

Celaru jantina

by
Setiap suami isteri pasti mengimpikan zuriat yang lahir seorang bayi sempurna, comel, bijak dan sihat. Maha Suci Allah yang menjadikan manusia itu sebaik-baik kejadian.

Namun, manusia hanya mampu merancang dan Allahsentiasa menguji hamba-Nya dengan sesuatu kekurangan bagi menilai tahap kesabaran dan kekuatan iman mereka.

Satu daripadanya adalah Allah s.w.t ciptakan bayi yang baru lahir memiliki dua ciri jantina atau lebih dikenali sebagai khunsa.

Malah, khunsa bukan terhad kepada manusia, malah ia turut berlaku kepada hidupan lain seperti siput, kerang dan ikan kerapu yang memiliki dua jantina bagi proses pembiakan.

Kita perlu yakin setiap ciptaan Allah mempunyai hikmah tersembunyi dan ia fitrah yang membuktikan kekuasaan, kebesaran serta keagungan-Nya.

Jarang masyarakat mahu membincangkan secara terbuka isu khunsa kerana ia membabitkan maruah, aib dan tabu apatah lagi jika ibu bapa memiliki anak sedemikian.

Namun, insan yang dilahirkan sebagai khunsa juga makhluk Allah dan mereka berhak untuk menikmati nikmat serta rezeki Yang Maha Esa.

Khunsa dalam bahasa Arab bererti lembut. Istilah yang sering digunakan dalam bahasa Melayu merujuk kepada golongan kaum yang lembut atau pondan.

Pondan pula merujuk kepada lelaki yang memiliki sifat wanita terutama dalam penampilan dan ada yang sanggup merubah kejadian asal dengan membuat pembedahan bagi memiliki organ wanita (payudara dan alat sulit).

Ada riwayat peristiwa khunsa ketika zaman pemerintahan Khalifah Saidina Ali yang menggemparkan masyarakat ketika itu apabila seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita khunsa iaitu memiliki dua alat kelamin.

Selepas berkahwin, si suami menghadiahkan isterinya seorang jariah (pembantu).

Hasil perkahwinan itu, wanita khunsa berkenaan melahirkan zuriat.

Namun, wanita khunsa itu timbul pula berahi kepada jariahnya lalu menyetubuhinya sehingga jariah itu melahirkan anak.

Masyarakat amat terkejut dengan kejadian itu dan menyampaikan berita kepada Saidina Ali. Baginda menghantar pakar bagi mengesahkan jantina wanita khunsa itu.

Pengesahan itu membuktikan kedua-dua alat kelamin wanita khunsa berkenaan berfungsi.

Dia mengalami haid seperti perempuan dan keluar mani dari zakarnya.

Ini bermakna wanita khunsa itu boleh dijimak suaminya dan dia dapat menjimak jariahnya.

Namun, Saidina Ali tidak berputus asa bagi mengenal pasti jantina wanita khunsa itu kerana mahu menyelesaikan masalah yang menimpa pasangan terbabit dan menjadi pengajaran kepada umat Islam.

Lalu, baginda menghantar pakar menghitung tulang rusuk wanita itu. Ini amat tepat sesuai kepada ketentuan Allah yang menjadikan Hawa dengan mengambil satu tulang rusuk sebelah kiri nabi Adam.

Hasilnya, Saidina Ali membuat keputusan wanita khunsa itu adalah lelaki lalu memisahkan perkahwinan dengan suaminya kerana dianggap tidak sah.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zain, berkata pengajaran daripada riwayat itu ibu bapa patut berbincang dengan pakar perubatan jika mendapati anak mereka dilahirkan khunsa.

"Dalam Islam, khunsa merujuk kepada seseorang yang dilahirkan secara semula jadi yang diragui jantinanya sama ada mempunyai dua alat kelamin, tiada langsung atau ada alat kelamin lelaki, tetapi batinnya perempuan atau sebaliknya.

"Jalan terbaik ibu bapa perlu reda dan meminta doktor perubatan mengesahkan jantina bayi mereka sebelum melakukan pembedahan membuang satu alat kelamin itu," katanya.

Beliau berkata, keputusan itu perlu dibuat supaya tidak timbul masalah di kemudian hari terutama yang membabitkan masalah perkahwinan, pendaftaran kelahiran dan proses membezakan lelaki dan wanita.

"Jika khunsa itu menjalani pemeriksaan perubatan dan mengetahui organ seks yang mana yang berfungsi, maka dia tidak boleh pula menyalahkan naluri dan perasan untuk menjadi individu yang bertentangan dengan jantinanya. "Itu sebab berlaku masalah besar, si lelaki yang ingin menukar jantina kepada wanita," katanya.

Katanya, khunsa terbahagi kepada dua jenis iaitu khunsa musykil (khunsa yang diragui) dan juga khunsa ghair musykil (khunsa yang tidak diragui).

"Khunsa musykil adalah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan lelaki atau perempuan.

"Manakala khunsa ghair musykil pula ialah individu yang dapat dipastikan jantina melalui tanda-tanda seperti datang haid dan dari saluran mana air kencingnya keluar.

"Bagi khunsa yang datang haid, dia adalah seorang wanita dan jika air kencingnya keluar melalui zakar bermakna dia lelaki atau jika melalui faraj, dia wanita," katanya.

Mengikut hukum syarak, khunsa ghair musykil harus berkahwin, tetapi khunsa musykil diharamkan berkahwin.

Jika khunsa ghair musykil seorang lelaki, maka pasangannya mestilah seorang perempuan. Manakala jika khunsa itu seorang perempuan, pasangannya adalah seorang lelaki.

Malah, harus bagi individu (khunsa ghair musykil) memotong atau membuang salah satu alat kemaluannya yang tidak berfungsi bagi tujuan persetubuhan atau membuang air kecil.

"Jika khunsa itu menjalani pemeriksaan perubatan dan mengetahui organ seks yang mana berfungsi, dia tidak boleh menyalahkan naluri dan perasan untuk menjadi individu yang bertentangan dengan jantinanya," katanya.

Beliau berkata, golongan ini biasanya menyalahkan takdir dan mengatakan mereka memang dilahirkan sedemikian serta tidak mampu berubah lagi.

"Tanggapan sedemikian salah kerana Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian. Usaha mereka bagi merubah kejadian asalnya adalah haram kerana bertentangan dengan ajaran agama.

"Golongan ini digelar mukhannas, mak nyah atau pondan.

"Khunsa dan pondan adalah dua istilah berbeza kerana khunsa dilahirkan mempunyai dua alat kelamin manakala pondan atau mak nyah sengaja melakukan perubahan bentuk fizikal dari lelaki kepada wanita," katanya.

Katanya, golongan pondan atau mak nyah perlu bertaubat dan tidak melayani naluri songsang mereka.

"Mereka tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk melakukan pembedahan payudara atau faraj kerana hakikatnya mereka adalah lelaki.

"Masyarakat perlu memperbetulkan pandangan terhadap mereka yang dilahirkan khunsa dan golongan pondan secara adil," katanya.

- HARIAN METRO

Anda penggemar sayur kangkung? Baca ini

by
Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda.

Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea. Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarheanya tidak sembuh.

Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.

Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.

Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.

Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar.. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.

Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.

Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip didalamnya.

Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.

Dr. Nor ni Abdullah
Psychiatrist,
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

29 Oktober 2009

Elak cinta bidan terjun!!

by
Oleh BIG BOSS

Gagal dalam percintaan tidak bermakna gagal selama-lamanya. Namun, jauh di sudut hati, anda sering mempunyai keinginan dan harapan terlalu tinggi bahkan mengharap si dia yang baru akan melebihi bekas kekasih dalam pelbagai aspek.

Kadangkala anda tewas dengan harapan kekasih baru itu mampu menandingi kekasih lama yang pernah menghancurkan hati dan seluruh hidup untuk hidup bersama.

Apapun kekurangan diri, seharusnya terima si dia seadanya tanpa sebarang perbandingan jika di penghujungnya anda tidak mahu kekecewaan berulang.

Dalam mencipta perhubungan yang berpanjangan dengan kekasih baru, pelbagai perkara boleh dibaiki. Paling penting, perbaiki diri sendiri kerana kebanyakan hubungan yang baru dijalin gagal disebabkan kurang persefahaman, tidak memberi peluang selain kurang memupuk rasa cinta sebenar.

Lebih malang apabila anda asyik menyebut nama kekasih lama sehingga ia membosankan orang baru itu. Kecil hati, terkilan, cemburu dan pelbagai perasaan mula bersarang di hati kekasih baru dengan mengandaikan pelbagai perkara sehingga boleh mengusutkan keadaan.

Mahukah anda mengulangi kekecewaan sedangkan diri terus dipanjat usia kerana gagal mengawal perasaan sendiri?

Untuk itu, cuba teliti pelbagai sudut dalam diri anda jika tidak mahu pisang berbuah dua kali sekali gus menemui kejayaan dalam cinta kedua.

* Kekasih atau pasangan kini tidak sebaik dulu

Bekas kekasih tidak pernah tengok perempuan lain depan anda sedangkan teman lelaki kini suka buat perangai bukan-bukan. Dia juga tidak seromantik dulu.

Dia juga suka ambil ringan perasaan anda, tidak pandai mengambil hati dan banyak lagi perkara yang buatkan anda merindui kekasih lama.

* Masih sayangkan kekasih lama

Perasaan sayang masih wujud terhadap kekasih lama. Perasaan itu sukar dibuang walaupun pada masa sama, anda menyayangi kekasih sekarang. Walaupun sayang pada kekasih dulu sudah berkurangan, rasa sayang itu membuatkan ada sering teringatkan dirinya.

* Cinta sekarang hanya bidan terjun

Selepas anda putus cinta dengan bekas kekasih dulu, ada pula lelaki yang menjadi tempat anda mencurahkan masalah dan perasaan. Dalam keadaan yang dilanda kesepian dan keseorangan, tentunya anda mahu mencari seseorang yang mampu mengisi kekosongan.

Jadi, semakin lama perhubungan semakin rapat dan lama-kelamaan, lelaki itu mencurahkan perasaannya kepada anda.

Tanpa berlengah, lalu anda menerimanya tanpa berfikir panjang kerana memikirkan si dia boleh mengisi dan mengubat hati yang lara.

Justeru, cinta kini bagaikan bidan terjun, namun hakikatnya, anda masih tidak dapat melupakan perasaan terhadap kekasih pertama.

* Anda membenci lelaki

Tanpa sedar pengalaman pahit anda dulu membuatkan anda membenci dan tidak percayakan lelaki termasuk pasangan anda kini.

Jika anda termasuk dalam golongan ini, anda perlukan bantuan!

* Anda sebenarnya sekarang ini tidak bercinta!

Anda rasa bersama pasangan anda kini satu perhubungan yang dinamakan cinta lalu anda berpasangan dengannya. Sedangkan hakikatnya, jauh di sudut hati anda tahu masih mencintai bekas kekasih lama.

Anda juga mungkin sedar perasaan ini dan masih meneruskan perhubungan dengan kekasih kini dengan harapan perasaan cinta terhadap kekasih anda sekarang akan wujud.

PAS adakan seminar ganti muktamar khas

by
PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikann muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.

Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 Disember ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.

Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi.

- HARAKAH

28 Oktober 2009

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI (MPSP) PULAU PINANG

by
JAWATAN:
1.ARKITEK J48
2.JURUTEKNIK J17
3.PEGAWAI TADBIR N41
4.PENOLONG AKAUNTAN W27
5.PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
6.PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G32
7.TUKANG K2 R11
8.TUKANG K3 R9

Permohonan boleh dibuat secara 'online' melalui laman web MPSP iaitu di http://www.mpsp.gov.my

Permohonan juga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh didapati di Kaunter Berpusat, Bangunan Ibu Pejabat, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Jalan Perda Utama, Bandar Perda,14000 Bukit Mertajam,Pulau Pinang, dengan membayar RM2.00 sekeping. Calon-calon yang ingin memohon borang melalui pos mestilah menyertakan sampul surat bersetem 30 sen,berukuran 23sm x 10sm yang beralamat sendiri dan wang pos sebanyak RM2.00 di atas nama Setiausaha Perbandaran.

Hanya permohonan menggunakan Borang Permohonan yang perlu disertakan dengan salinan sijil atau salinan keputusan peperiksaan bagi kelayakan yang disyaratkan. Permohonan secara 'online' tidak perlu kerana dokumen tersebut hanya akan diminta apabila calon yang berjaya dipanggil temuduga.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23sm x 10sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.

Permohonan hendaklah sampai kepada :

SETIAUSAHA PERBANDARAN
MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI
JALAN PERDA UTAMA
BANDAR PERDA
14000 BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG.

Tarikh Tutup : 14 November 2009

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU (MDBB) KEDAH

by
Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat KDYMM Sultan Kedah dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan ntuk memenuhi jawatan berikut:-

1.PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN - U29
2.PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA - J29
3.PEMBANTU TEKNIK - J29
4.PEMBANTU TADBIR (P/O) - N17
5.PEMBANTU AM RENDAH - N1

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.mdbb.gov.my/job_description

Cara Memohon :-
a) Borang Permohonan boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Bandar
Baharu, Serdang, Kedah Darul Aman dengan datang sendiri pada waktu Pejabat.
b) Borang Permohonan hendaklah disertakan dengan Salinan / Fotostat
Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Persekolahan dan Gambar Terbaru
Berukuran Pasport. (Salinan sijil-sijil hendaklah di buat pengesahan terlebih dahulu)

Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU,
09800 SERDANG,
KEDAH DARUL AMAN.

http://www.mdbb.gov.my/

Tarikh Tutup : 2 NOVEMBER 2009

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH TANJUNG MALIM (MDTM) PERAK

by
Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat DYMM Sultan Perak dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan sahaja untuk memenuhi jawatan berikut:-

Jawatan :
- PEMBANTU AM PEJABAT

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.mdtm.gov.my/web/guest/pekerjaan

DOWNLOAD BORANG:
http://www.mdtm.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=e40166ea-f76b-4873-8fb6-467236396d7c&groupId=10124

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:-

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Tanjung Malim
Peti Surat 59,
35900 TANJONG MALIM

http://www.mdtm.gov.my

TARIKH TUTUP : 30 OKTOBER 2009

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH YONG PENG (MD YONG PENG) JOHOR

by
Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di MAJLIS DAERAH YONG PENG, JOHOR DARUL TA’ZIM.

1. Penolong Jurutera J29
2. Penolong Pegawai Senibina J29

DOWNLOAD BORANG:
http://www.mdyongpeng.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=57711a0f-22b3-4826-bc5b-8338d91f469e&groupId=13617

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil yang diakui sah oleh pegawai berkenaan serta sekeping gambar terbaru berukuran pasport dan dokumen-dokumen lain sebagai sokongan.

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH YONG PENG
83700 YONG PENG
JOHOR DARUL TA’ZIM.

http://www.mdyongpeng.gov.my/

Hanya calon yang berjaya setelah penapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

TARIKH TUTUP : 02 November 2009

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH TUMPAT (MDT) KELANTAN

by
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh tutup iklan,yang berkelayakan dan keutamaan kepada Rakyat Negeri Kelantan untuk mengisi jawatan berikut.

JAWATAN:
1.Pembantu Undang-Undang (Gred L29)
2.Pembantu Teknik (Awam) (Gred J29)
3.Pembantu Teknik (Senibina) (J29)
4.Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa (J29)
5.Penolong Pegawai Tadbir (N27)
6.Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) (Gred N17)

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
a) Permohonan hendaklah dibuat dalam borang MDT.1 yang boleh di beli dengan harga RM1.00 di Bahagian Pentadbiran Majlis Daerah Tumpat.
b) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan gambar berukuran passport, salinan-salinan sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil persekolahan, kelulusan akademik yang berkaitan (sijil/diploma/ijazah), transkrip keputusan peperiksaan semua semester yang telah disahkan daripada salinan asal;
c) Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 1973 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan prestasi.
d) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan
calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendak menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

* TIADA BORANG DI INTERNET

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah di hantar kepada:

Yang Mulia,
Yang DiPertua,
Majlis Daerah Tumpat
Jalan Hilir Pasar,
16200 Tumpat, Kelantan.

TARIKH TUTUP : 8 November 2009

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

by
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

1. PEGAWAI PENDIDIKAN PERKHIDMATAN SISWAZAH
(GURU SAINS TULEN, BAHASA ARAB, PENDIDIKAN ISLAM,
SYARIAH DAN USULUDDIN) DG41
2. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41
3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
4 PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
5. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
6. PEMBANTU JURUAUDIT W17

DOWNLOAD IKLAN
http://www.maiwp.gov.my/index.php?option=com_phocadownload&view=category&id=3:&download=28:2009&Itemid=172

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN
http://www.maiwp.gov.my/index.php?option=com_phocadownload&view=category&id=3:&download=20:&Itemid=172

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)
ARAS 10, BANGUNAN PERKIM
NO. 150, JALAN IPOH
51200 KUALA LUMPUR

http://www.maiwp.gov.my/

TARIKH TUTUP : 9 NOVEMBER 2009

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK) SELANGOR

by
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk
membuat permohonan jawatan kosong seperti berikut.
(Keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan)

1. ARKITEK (GRED J41) - TETAP
2. ARKITEK LANDSKAP (GRED J41) - TETAP
3. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (GRED U29) - TETAP
4. JURUTEKNIK (GRED J17) - TETAP
5. JURUTEKNIK UKUR BAHAN (GRED J17) - TETAP
6. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA (GRED J17) - TETAP
7. JURUTEKNIK KOMPUTER (GRED FT17) - TETAP
8. PEMANDU KENDERAAN (R3) - TETAP

DOWNLOAD IKLAN
http://www.mpklang.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=078fa966-4524-4a99-9803-93fe7dd51327&groupId=33806

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN
http://www.mpklang.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=1f46fc6e-6f7e-4a99-a5f5-28e0945002af&groupId=10131

Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan gambar berukuran passport, salinan-salinan sijil kelahiran, kad
pengenalan, sijil persekolahan, kelulusan akademik yang berkaitan (sijil/diploma/ijazah), transkrip keputusan peperiksaan semua semester
yang telah disahkan daripada salinan asal;

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah di hantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
BANGUNAN SULTAN ALAM SHAH
JALAN PERBANDARAN
41675 KLANG
SELANGOR DARUL EHSAN
U.P JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

http://www.mpklang.gov.my/

TARIKH TUTUP : 2 NOVEMBER 2009

JAWATAN KOSONG DI KERAJAAN NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

by
Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana berikut:

1. Penghulu (Lelaki) Gred : NP27

2. Penolong Pegawai Tanah Gred : NT27

DOWNLOAD IKLAN
http://spaj.johordt.gov.my/pdf/Iklan%20Penuh%20Okt%202009.pdf

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN
http://spaj.johordt.gov.my/pdf/form2009.pdf

BORANG PERMOHONAN BESERTA SIJIL2 @ DOKUMEN YANG TELAH DISAHKAN HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA:

Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor
Aras 3, Blok A, Parcel C3S,
Kota Iskandar
79000 Nusajaya
Johor Darul Ta’zim.

TARIKH TUTUP : 5 November 2009

KEPUTUSAN PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PUSINGAN 1 PIALA MALAYSIA - 27/10/2009

by
(22' Penalti - Indraputra, 90' - Md Rizal Fahmi ) Kelantan 2 - 0 Perlis

(50' - Aidil Zafuan) N.Sembilan 1 - 0 Terengganu

PUSINGAN 2

31/10/2009 (SABTU)

Perlis vs Kelantan - 8.45mlm Std Utama Negeri, Kangar

Terengganu vs Negeri Sembilan - 8.45mlm Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT

27 Oktober 2009

Kakitangan kerajaan - 'Lebih kuah daripada sudu'

by
Apa yang ingin saya luahkan ialah rasa tidak puas hati terhadap golongan penjawat awam dan juga CUEPACS. Pada pengamatan saya, mereka ini semua sudah lebih kuah daripada sudu!

Sepatutnya mereka harus sedar dan mengucapkan jutaan terima kasih kerana kerajaan masih prihatin terhadap tuntutan mereka, dengan memberikan RM500 kepada hampir semua lapisan perkhidmatan awam walaupun negara dalam peringkat pemulihan ekonomi.

Kepada kumpulan-kumpulan yang pandai meminta-minta ini, haruslah sedar sebagai penjawat awam, kerajaan sudah sekian lama memberikan pelbagai insentif untuk kesenangan mereka. Janganlah kerana Bajet 2010 kerajaan tidak memberikan bonus, mereka tetap tegas hendak meminta lagi. Pernahkah mereka berfikir sejenak, sudah berapa banyak kerajaan habiskan untuk kemudahan mereka? Tidak perlulah saya senaraikan di sini kerana terlalu banyak faedah jika bekerja dengan kerajaan.

Pernahkah CUEPACS terfikir pemberian bonus itu datangnya daripada wang rakyat juga, daripada pembayar cukai? Di mana hasil kutipan kebanyakannya datang dari sektor swasta? Mengapa pula hendak dimanja-manjakan sangat penjawat awam?

Pernah terfikir, kami yang bekerja sendiri atau di sektor swasta tidak pernah merasakan bonus tetapi kami tidak berani untuk merungut sampai ke dada akhbar?

Isu kualiti kerja ialah satu lagi, sudahlah boleh dikatakan hampir setiap minggu ada sahaja rungutan tentang etika dan kualiti kerja penjawat awam yang kurang memuaskan dan lambat.

Sampai bila harus jadi begini? Kerja tidak seberapa tetapi hendak dimakan hidangan sebesar gajah di meja.

Renung-renungkanlah teguran saya ini.

LEPAS GERAM
Kuala Lumpur

- FORUM UTUSAN

Kelantan catat kenaikan kes HIV Aids

by
Penularan jangkitan HIV dan Aids di negeri ini semakin membimbangkan apabila 749 kes baru dicatatkan sepanjang tahun lalu dengan peningkatan ketara membabitkan jangkitan melalui hubungan seks.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar, berkata apa yang lebih membimbangkan, 67 peratus daripada jumlah itu adalah golongan muda berusia antara 20 hingga 39 tahun.

"Pada 2008, Kelantan mencatatkan peningkatan tertinggi kes baru iaitu 749 kes yang mana 25 peratus daripadanya adalah mereka berusia 20 hingga 29 tahun, manakala 42 peratus pula berusia 30 hingga 39 tahun.

"Cara jangkitan secara suntikan mencatatkan penurunan iaitu dari 70 peratus pada 2003 kepada 53 peratus tahun lalu, tetapi jangkitan melalui hubungan seks meningkat daripada 19 peratus kepada 27 peratus bagi tempoh yang sama," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulai Chondong, Zulkifli Mamat yang ingin tahu usaha kerajaan negeri mendidik masyarakat menghindari jangkitan HIV yang kini meningkat di Kelantan dan seluruh negara.

Wan Ubaidah berkata, penularan HIV di negeri ini juga telah memberi kesan kepada wanita dan isteri yang menunjukkan peningkatan kes kepada 19 peratus pada 2008 berbanding hanya 10 peratus sepanjang 2000 hingga 2004.

"Dalam usaha menangani masalah ini, kerajaan negeri mewajibkan saringan HIV bagi pasangan yang ingin berkahwin selain kita dalam proses mewujudkan jawatankuasa kesedaran HIV membabitkan jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk meningkatkan kesedaran masyarakat," katanya.

- BERITA HARIAN

Generasi muda buta agama mudah dipesong

by
Oleh Dr Juanda Jaya
Mufti Perlis

Buta agama dan rabun dunia, kedua-duanya akan berakhir dengan kegagalan dunia akhirat. Generasi Islam yang membesar tanpa ilmu dan maklumat agama yang sahih akan mudah dipengaruhi pemikiran yang bertentangan dengan ajaran Islam. Lihatlah kebebasan bersuara di alam siber, mereka mempersoalkan pengharaman arak, zina, judi, syirik dan sebagainya yang jelas dalilnya di dalam al-Quran dan Sunnah. Boleh jadi selepas ini mereka akan mempersoalkan tidak wajibnya sembahyang lima waktu atau puasa dan zakat mengikut kebebasan berfikir yang diagungkan generasi pintar berfalsafah ini.

Mereka lahir dari rahim wanita Islam yang memahami agama secara tradisi, kemudian ia berkembang mengikut rangsangan persekitaran yang membentuk pemikiran dan perasaan. Jika mereka disentuh dengan al-Quran dan Sunnah yang sempurna maka tidaklah mudah pemikiran jahiliah yang bertopengkan kebebasan akal mempengaruhi hati dan jiwa yang memang sebati dengan agama.

Tetapi, jika pendedahan agama terbatas, setakat belajar membaca muqaddam dan sekali seumur hidup khatam al-Quran kemudian tidak dilanjutkan dengan pencarian maklumat Islam sahih, akhirnya generasi Islam ini terpaksa beradaptasi dengan persekitaran yang tidak Islamik. Persekitaran jahiliah moden itu secara tidak langsung membentuk pemikiran baru yang mula menafikan sentuhan Islam tradisi yang diajarkan orang tua mereka. Mengapakah keadaan sebegini terjadi sehingga melemahkan semangat agama dalam jiwa generasi baru?

Adakah kerana kesilapan orang tua menyemai keindahan Islam di sanubari kita? Atau sistem pendidikan yang tidak menyebelahi agama dan terlalu hebat mengagungkan ilmu mengurus dunia saja? Pada hal kesempurnaan insan bergantung dengan kebijaksanaannya mengurus dunia dan akhirat tanpa melebihkan satu dari yang lain. Ilmu menjadi teras keimanan seseorang, agama ini menyanjung setinggi-tingginya usaha meneroka khazanah ilmu duniawi dan ukhrawi tanpa membeza-bezakan satu dengan yang lain.

Generasi Islam yang buta agama tapi celik IT, pakar ekonomi, peneraju politik, ahli astronomi, pencetus teknologi nuklear dan persenjataan canggih dikhuatiri mencampakkan terus nilai Islam dari pemikiran dan pendiriannya kerana menganggap agama memandulkan usaha kemajuan, membelenggu kebebasan berfikir dan membius akal dengan angan-angan akhirat yang tidak nyata sifatnya. Akhirnya mereka mengadaptasikan ilmu yang dimiliki untuk kepuasan peribadi, menonjolkan kehebatan melalui persaingan haiwan yang membunuh terus nilai kemanusiaan.

Semua pendedahan agama yang diusahakan orang tua secara tradisi tidak mampu membendung lonjakan protes yang ditunggangi faham kebebasan berfikir untuk mempersoalkan hukum hakam agama yang bagi mereka cukup merimaskan gaya hidup mereka. Malangnya orang yang memiliki ilmu agama pula tidak mampu menjawab dan mendedahkan kesilapan generasi buta agama ini, ada yang terus memfatwa kafir dan memilih pendekatan menyerang, bukan berdialog dengan hikmah dan mau'izah hasanah (cara yang baik).

Pada hal semangat agama ini terletak pada unsur kasih sayang dan khabar gembira melebihi ancaman sebagai mana firman-Nya yang bermaksud: "Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkan ampun bagi mereka, dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya." � (Surah Ali Imran: 159)



Akhirnya generasi buta agama ini tidak lagi menghormati ulama konservatif yang membenci mereka dan menambahkan lagi ketidakpercayaan mereka terhadap agama sendiri. Dalam pada itu datanglah gelombang pemikiran bebas yang cuba menghentam Islam, sikap umat Islam yang bermasalah dijadikan dalil bahawa agama itu bermasalah. Negara Islam mundur yang dipersalahkan ajaran Islamnya, lelaki Muslim kahwin cerai sesuka hati, dituduh Islam yang menghalalkannya, pengeboman yang didalangi pengganas Muslim dijadikan dalil kekejaman ajaran Islam. Kalau yang mengganas orang Nasrani dan Yahudi pula langsung tidak timbul isu agama mereka ganas dan kalau yang miskin itu di negara bukan Islam tidak pula agama mereka dikatakan kolot.

Generasi Islam sudah mengalami bermacam-macam ujian yang secara tidak langsung melunturkan warna Islam sebenar dari pemikiran dan perasaan mereka. Cubaan indoktrinasi fahaman sesat cebisan dari kumpulan Islam yang menyeleweng dari al-Quran dan Sunnah kemudian usaha orientalis yang meracuni sejarah Islam, propaganda fahaman sosialis komunis, kapitalis dan liberal yang cuba memomokkan Islam. Semua itu memberi impak yang cukup dahsyat dalam melunturkan kecintaan generasi Islam kepada agamanya.

Tidak hairan jika seorang sosialis Muslim akan lahir seramai kapitalis Muslim di seluruh dunia yang langsung mengetepikan ajaran Islam dari kehidupan. Generasi ini bernafas dengan nafas Karl Marx walau nama depannya Muhammad atau menyokong idea kebebasan Barat walau harus menginjak al-Quran dan Sunnah. Ke manakah arah tuju umat ini? Apakah identiti mereka tetap kekal walaupun pemikiran dan perjuangan jelas menyokong fahaman kuffar?

Belum terlambat untuk kembali kepada Islam yang dibawa Rasulullah SAW. Kembali kepada asal dan lupakan kecelaruan iman akibat terikut-ikut dan berbangga-bangga dengan fahaman yang menyimpang dari jalan Sunnah. Pelajari fakta dan data Islam yang mencakupi ilmu tafsir al-Quran, hadis, aqidah, fekah, sejarah dan maklumat perkembangan Islam yang sahih. Setiap Muslim bukan diwajibkan membaca saja tetapi bertanggungjawab menjadikan ilmu Islam sebagai penyelesaian terhadap persoalan hidup manusia.

Untuk itu diperlukan dialog ilmiah yang bersifat kasih sayang antara ulama dan umat kerana agama ini bukan penghukum tetapi penyelesai masalah manusia. Kekuatan orang alim bergantung dengan kukuhnya penguasaan ilmu mereka dan tanggungjawab peribadi sebagai ulama pewaris Nabi, penyelesai masalah umat bukan merabunkan Islam dari pandangan generasi baru dengan sikap membenci dan menghukum.

Sejauh mana laman sosial medan luahan isi pelajar

by
Oleh Azrul Affendi Sobry

Konflik antara alam maya dan realiti melontarkan persoalan yang menuntut jawapan lantaran ketika ini begitu ramai menggunakan laman web sosial untuk meluahkan perasaan dalam konteks berlebihan sama ada berbaur lucah atau kadangkala berunsur ugutan. Senario itu lebih membimbangkan laman web sosial itu popular di kalangan remaja bersekolah yang menjadikannya tempat memaki hamun, manakala sasarannya pula kepada guru atau individu lebih dewasa.

Persoalan yang ditimbulkan isu ini ialah apakah sesuatu yang dicatat dalam laman web begitu wajar dipandang serius atau memberi impak kepada realiti lantaran sukar sebenarnya untuk mendefinisikan sejauh mana kebenaran yang diluahkan atau kesahihannya. Isu ini hebat diperkatakan apabila akhbar baru-baru ini melaporkan seorang pelajar Tingkatan Empat, sebuah sekolah berasrama penuh, di Jitra, Kedah, dikenakan tindakan berpindah ke sekolah lain selepas dikesan menjadikan laman sosial sebagai medan melakukan serangan peribadi terhadap pengetuanya.

"Pelajar berkenaan melakukan perkara itu melalui laman web Friendster pada Mei lalu dan perbuatan memaki hamun pengetua, walaupun di laman sosial dianggap kesalahan berat," kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah ketika ditemui wartawan.

Namun, debat timbul lantaran ada yang menganggap ia satu tindakan tidak kerana penulisan dalam laman web sosial adalah perkara peribadi yang sekadar bertujuan meluahkan perasaan sesama rakan, bukan untuk dihebahkan kepada umum.

Beberapa pelajar sekolah menengah yang ditemui bagi mendapatkan pendirian mereka mengenai itu itu juga seakan tidak bersetuju tindakan diambil berdasarkan apa yang berlaku dalam laman web kerana bagi mereka, tak semua luahan itu berlandaskan perasaan sebenar ketika menulis. Malah, mereka menyifatkan laman sosial adalah ruang paling tepat dan sesuai bagi mereka meluahkan perasaan sesama rakan sebaya dalam bentuk selamat bagi meredakan tekanan.

Lima pelajar ditemui, semuanya mempunyai akaun dalam laman web sosial dengan yang paling ramai menggunakan Facebook dan Myspace. Menurut mereka hampir semua kenalan mereka turut mempunyai akaun dalam laman yang sama, menunjukkan pengaruh laman sosial begitu kuat dalam kelompok remaja.

Seorang pelajar Tingkatan Enam, Sarah Aliah Amir Sarifudin, berkata remaja sepertinya lebih selesa meluahkan perasaan dan berkongsi masalah bersama rakan dalam Facebook berbanding berjumpa dengan guru kerana ia mampu mengurangkan tekanan apatah lagi ketika dia bakal menghadapi Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) tak lama lagi.

"Saya tak berasa apa yang kami bualkan dalam Facebook perlu dipandang serius kerana sebenarnya hanya membabitkan rakan tertentu. Konsep Facebook, apa yang kami tulis hanya boleh dibaca individu yang dijadikan rakan dalam laman web itu. Bukan untuk dikongsi sesiapa saja. Jika benar ada pelajar yang berbahasa kasar atau menghina guru, tak wajar rasanya sampai dibuang sekolah kerana mungkin dia tak berniat begitu. Sepatutnya, hanya amaran diberi. Tak semua apa diluah di situ benar kerana kadangkala kami menulis ketika bosan dan sekadar main-main," katanya.

Pelajar Tingkatan Empat, Tang How Xing, berkata berkongsi masalah atau meluahkan perasaan dalam laman sosial lebih selesa lantaran ia berlaku di alam maya tanpa perlu bersemuka atau menonjolkan identiti sebenar.

"Nak jumpa guru luahkan perasaan saya rasa kurang sesuai. Tak selesa. Kami perlu bersemuka dan itu yang kurang selesa. Kami perlu kebebasan dalam konteks peribadi. Kadangkala penggunaan bahasa kurang sesuai dalam laman sosial itu memang terjadi dan selalu saya baca, tetapi bagi saya itu perkara normal dalam laman web. Tak perlu dipandang serius," katanya.

Pelajar Tingkatan Dua, Dhanhyaa Elsie pula berpendapat ia perlu dipandang serius kerana kebanyakan pelajar tidak mempercayai kerahsiaan maklumat yang ada pada guru kaunseling.

"Saya dan ramai rakan lain lagi tak percaya pada guru kaunseling. Kerana itu, kami gemar berkongsi masalah dengan rakan sebaya. Saya akui, kadangkala ketika rasa tak puas hati dengan seseorang guru, ia diluahkan bersama rakan tetapi dalam peti mesej peribadi Facebook. Bukan secara terbuka.

"Dalam Facebook apa saja bebas diperbualkan. Tak ada masalah dan sekatan. Nak mengumpat pun boleh. Tak semua diperbual itu benar, tapi kami sebagai remaja suka begitu. Ia mampu meredakan tekanan. Saya langsung tak setuju tindakan diambil terhadap apa yang diperbualkan dalam bentuk peribadi," katanya.

"Bahasa remaja memang kadangkala kasar dan kurang sopan. Namun, ia sekadar dikongsi bersama rakan lain. Saya selalu juga terbaca rakan menghina cikgu, tapi saya tahu ia sekadar habis di situ. Bukan serius. Ia trend remaja sekarang kami lebih selesa kongsi masalah dan pandangan dengan rakan berbanding keluarga atau guru," kata pelajar Tingkatan Satu, Nisa Atira Ishak.

Meskipun pandangan itu diluahkan remaja yang boleh dianggap tidak cukup matang, tetapi adalah wajar ia dijadikan panduan untuk mengkaji sejauh mana kecenderungan mereka meluahkan perasaan dan ia juga menjadi petanda kepada bahawa institusi kaunseling yang ada di sekolah tidak begitu berkesan dalam menangani isu remaja.

Ia bukan tuduhan kerana kenyataan itu turut disokong Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, yang menyifatkan kaedah kaunseling di sekolah masih pada takuk lama, konvensional, serta tidak selari dengan perkembangan semasa.

Apa tidaknya, jika dilihat kepada peratusan pengguna internet di negara ini, jelas menunjukkan kumpulan usia antara 15 hingga 19 tahun adalah pengguna teramai dengan mencapai 18 peratus daripada keseluruhan pengguna di negara ini dan angka itu bukan baru, malah sudah dicatatkan sejak 2005.

Bermakna, sewajarnya kaunselor di sekolah menyedari laman web kini menjadi satu alternatif popular di kalangan remaja untuk berkongsi apa saja, termasuk masalah peribadi dan secara tidak langsung mempengaruhi tabiat berbahasa mereka menjadi semakin santai, kasar serta kadangkala mungkin tidak sopan.

Buktinya, berdasarkan pemantauan dalam beberapa laman web termasuk Facebook dan blog peribadi, didapati ada segelintir remaja dalam kumpulan usia sama bebas menggunakan bahasa caci maki dan lucah sesama mereka, selain berkongsi tabiat buruk yang tidak wajar dilakukan remaja. Contohnya, dalam satu laman blog dimiliki seorang remaja berusia 15 tahun yang menggunakan nama 'Catwoman', kebanyakan bahasa yang digunakan sangat kasar, selain menghina dan memaki hamun keluarga sendiri, malah turut berkongsi tabiat pelik seperti mengelar pergelangan tangan jika berdepan masalah.

Justeru, sudah tiba masanya semua pihak membuka mata dan tidak sekadar terus menyalahkan remaja atas semua kejadian ini kerana apa yang berlaku pasti ada puncanya dan menyedari bahawa jika satu jari dituding ke mereka, empat lagi menuju ke diri sendiri.

Jambatan runtuh: Seorang lemas, dua masih hilang

by
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian tengah malam tadi mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap kejadian itu.

"Jambatan gantung ini baru siap...jelas jambatan ini runtuh apabila tiang besinya terbongkah...kita mahu tahu sama ada ia dibina mengikut spesifikasi atau tidak," katanya.

Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kira-kira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai.

Sungai Kampar terkenal dengan kegiatan sukan air lasak dan lebar sungai di kawasan kejadian adalah kira-kira 30 meter dengan kedalaman kirakira 1.5 meter.

Operasi mencari dan menyelamat yang dilancar sebaik kejadian berlaku membabitkan 222 anggota polis, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan agensi lain serta dibantu oleh penduduk kampung.

Seorang murid lemas manakala dua lagi masih hilang apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

Sembilan belas lagi yang sebelum ini dikhuatiri hilang, selamat, kata polis.

Mayat murid yeng lemas itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada kira-kira pukul 8.30 pagi ini berhampiran loji sungai terbabit.

Murid itu dikenalpasti sebagai Dina Deve a/p Nathan dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat, kata Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof.

Kejadian malam tadi berlaku semasa aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan yang membabitkan 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga Menteri Pelajaran, tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 10.55 pagi ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian tengah malam tadi mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap kejadian itu.

"Jambatan gantung ini baru siap...jelas jambatan ini runtuh apabila tiang besinya terbongkah...kita mahu tahu sama ada ia dibina mengikut spesifikasi atau tidak," katanya.

Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kira-kira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai.

Sungai Kampar terkenal dengan kegiatan sukan air lasak dan lebar sungai di kawasan kejadian adalah kira-kira 30 meter dengan kedalaman kira-kira 1.5 meter.

Operasi mencari dan menyelamat yang dilancar sebaik kejadian berlaku membabitkan 222 anggota polis, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan agensi lain serta dibantu oleh penduduk kampung.

Zakaria berkata polis telah meminta Jabatan Pelajaran mendapatkan maklumat terperinci beserta kesemua nama murid yang menyertai kem perkhemahan itu.

Ibu bapa murid berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga pukul 3 pagi, tiada maklumat diterima sama ada anak mereka selamat atau tidak.

Jambatan itu runtuh semasa sekumpulan peserta perkhemahan sedang menyeberanginya dari tapak perkhemahan untuk ke Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang bagi jamuan malam.

- BERNAMA

Ambil semula hati si dia

by
Saya tahu ada di antara anda yang sedang kecewa atau masih mengharapkan cinta dari seseorang. Apa kata kita ikuti artikel ini.

Bukan mudah melupakan si dia yang pernah bertakhta di hati, bukan senang juga hendak mendapatkan kembali bekas kekasih itu.

Memujuk dan mendapatkan kembali teman lelaki dua perkara yang amat berbeza. Kebanyakan wanita membuat langkah awal yang salah apabila hendak mengambil semula hati si dia.

Berikut antara panduan jika anda berhasrat menjalin semula hubungan yang sudah terputus. Siapa tahu, dia kini mungkin sedang memburu cinta baru dan masih menyimpan rasa yang sama dengan anda.

Silap haribulan, dia akan bertakhta semula dan anda mungkin pasangan secocok serta paling bahagia.

* Jangan bergaduh dengan si dia. Lazimnya, bercerita dengan bekas kekasih pasti hanya diakhiri dengan pergaduhan. Bergaduh hanya mencipta ketegangan dan membunuh keinginan. Bergaduh dengan bekas kekasih sangat tidak berguna. Walaupun anda menang apabila bergaduh mulut, ketika keputusan perpisahan diambil, anda tetap ditinggalkannya.

* Jangan cuba menggunakan logik untuk meyakinkan dia meneruskan perhubungan atau kembali kepada anda. Ingat, cinta itu berlandaskan perasaan bukan logik. Bagaimana benar, teguh, meyakinkan, bijak dan segalanya, anda tetap juga kena tinggal.

* Jangan yakinkan atau cuba meyakinkan si dia anda sudah berubah atau 'mulai sekarang... keadaan pasti berubah' kerana perkara seumpama itu seolah-olah timba keluar daripada perahu bocor. Pasti anda akan gagal juga.

* Jangan asyik menyatakan anda cintakan dia. Dia mungkin tidak peduli itu semua. Apa yang pasti, dia hanya ingin tahu sedalam mana cintanya pada anda, bukannya sedalam mana cinta anda pada dirinya.

* Jangan merayu. Hampir 98 peratus perempuan akan merayu supaya bekas kekasih kembali kepadanya. Lebih banyak anda merayu, lebih jauh anda ditinggalkannya.

* Jangan cuba membuat dia rasa bersalah apabila meninggalkan anda. Sebagai contoh, "Saya tak boleh hidup tanpa awak... " atau "Jangan tinggalkan saya sekarang sebab peperiksaan sudah dekat... ". Cubaan dan ayat sedemikian tidak akan berjaya merebut cintanya semula.

* Jangan berlakon sedih supaya dia rasa bersalah. Simpati dan kasihan tidak sama dengan 'tertarik' dan 'keinginan' untuk kembali kepada anda.

* Jangan bercakap dengan rakannya dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan. Walaupun anda mendapat sokongan dan si dia kembali kepada anda selepas membuat beberapa perancangan, selalunya ia tidak kekal lama. Untuk kembali ke pangkuan anda, ia harus dilakukan atas keinginan hatinya yang ikhlas tanpa dipengaruhi faktor luaran.

* Jangan menangis di hadapannya. Mungkin dia akan memujuk supaya berhenti menangis dan selepas itu, anda tetap juga kena tinggal sedangkan dia berpasangan dengan orang lain. Menangis terlalu banyak di hadapannya atau bercucuran air mata ketika menyahut panggilan telefonnya, menunjukkan betapa dia berkuasa ke atas anda. Oleh itu, jangan sesekali menangis di hadapannya.

* Jangan desak dirinya supaya kembali kepada anda. Semakin anda mendesak, anda sebenarnya semakin menolak dirinya terus jauh daripada anda.

26 Oktober 2009

Najib sifatkan kepimpinan Pas kini 'terbelah' dua

by
Percanggahan di kalangan barisan kepimpinan Pas sampai ke kemuncaknya apabila Mursyidul Am parti itu mengeluarkan kenyataan supaya diadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi membersihkan pemimpinnya daripada golongan prokerajaan perpaduan.

Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, perkembangan terbaru itu juga membuktikan wujud perpecahan serius di dalam Pas sehingga kemuncaknya mendorong Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu EGM diadakan, biar pun akan menyebabkan parti berusia 58 tahun itu berpecah.

Perdana Menteri berkata, pemimpin-pemimpin Pas kini 'terbelah' - satu kumpulan mahu mencari pendekatan yang boleh membawa kepada perpaduan ummah, manakala sekelompok lagi tidak mahu perubahan dan jauh sekali ingin menuju penyatuan ummah.

''Ada pihak yang lebih mementingkan politik daripada ummah. Kita hargai pihak yang melihat UMNO sebagai mewakili orang Melayu, berjasa dalam perjuangan ummah dan menjaga kepentingan kaum-kaum lain.

''Secara prinsipnya satu kumpulan mahu bergerak atas konsep perpaduan ummah. Apa bentuknya belum diketahui lagi, mereka ini tidak mahu perpecahan," katanya kepada pemberita pada hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-15 di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kemelut dalam Pas yang membawa kepada cadangan diadakan EGM yang kemudian ditukar nama kepada mesyuarat khas bagi 'membersihkan' barisan pemimpin parti itu daripada gerakan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.

Perdana Menteri juga melihat ada kelompok di dalam parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu lebih mengutamakan kepentingan politik sehingga sanggup menolak agenda perpaduan ummah.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) menghargai pandangan kumpulan yang ikhlas demi perpaduan terhadap UMNO sebagai parti yang banyak berjasa menegakkan Islam di Malaysia.

Ditanya sama ada perpecahan di kalangan pemimpin Pas itu membuka ruang perbincangan dengan UMNO, Perdana Menteri berkata, selagi tiada kata sepakat di kalangan mereka, adalah sukar untuk dilangsungkan perbincangan secara formal.

''Jadi kita kita tunggu dan lihat perkembangan dalam Pas. Selagi Pas tidak dapat selesaikan masalah tersebut atas prinsip, kita tidak boleh buat apa-apa," katanya.

Perbincangan secara tidak formal, menurut Najib, tidak akan membuahkan hasil melainkan pemimpin Pas secara keseluruhannya bersetuju untuk berbincang dengan UMNO ke arah kerajaan perpaduan.

Sementara itu, ditanya mengenai kemelut dalaman MCA yang masih belum selesai, Perdana Menteri berkata, beliau telah cuba menasihatkan pemimpin utama dan naib presiden parti komponen BN itu supaya disegerakan jalan penyelesaian.

Katanya, masalah tersebut terpaksa diselesaikan berasaskan kepada pemuafakatan dua kumpulan kerana tidak ada satu kumpulan mendapat majoriti semasa EGM dilangsungkan baru-baru ini.

''Mereka terpaksa akur dan terima hakikat kalau bercantum barulah boleh mewakili keseluruhan MCA," katanya.

- UTUSAN

EGM PAS tidak perlu - Harun Taib

by
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata cadangan mengadakan mesyuarat agung khas (EGM) untuk mengubah kepemimpinan parti adalah tidak masuk akal kerana Pas tidak menghadapi masalah pucuk pimpinan.

Beliau juga mendakwa cadangan menerusi blog Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya parti mengadakan EGM itu ditulis dan dipengaruhi oleh pihak lain.

Pesuruhjaya Pas Terengganu itu juga berkata parti hanya akan mengadakan EGM untuk meminda perlembagaan parti dan bukan untuk 'mengubat parti' yang dikatakan sedang berdepan masalah.

"Tidak ada sebab untuk Pas mengadakan EGM. Tidak ada angin bertiup... pokok pun tak bergoyang, macam mana boleh tiba-tiba nak buat EGM kononnya nak tiru macam MCA dan Umno.

"Saya tidak boleh terima kerana Pas masih sihat, semakin sihat dan semakin mendapat sokongan sama ada orang Melayu mahupun bukan Melayu. Kalau nak kata untuk memperkasakan parti... parti sudah perkasa. Kalau nak selesaikan masalah, parti tidak ada masalah.

"(Oleh itu) idea EGM tidak masuk akal dan tidak berasas. Malah, tidak mungkin Nik Aziz mengemukakan idea itu kerana hujahnya sering berlandaskan al-Quran dan sunnah," katanya ketika dihubungi semalam.

Jumaat lalu, dalam blognya Nik Aziz mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah. Tiga pemimpin yang dinamakan beliau ialah Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Kelmarin, Nik Aziz berkata beliau tidak akan menarik balik cadangan itu, sebaliknya tetap mahu EGM diadakan walaupun ada pemimpin Pas tidak bersetuju.

Harun juga berkata, sehingga kini beliau percaya kenyataan dalam blog itu ditulis oleh orang lain, bukannya Nik Aziz.

"Saya tidak dapat mengesahkan sama ada kenyataan dalam blog itu atas kehendak hatinya atau sama ada ditulis sendiri atau oleh orang lain.

"Setakat yang saya kenal Tok Guru (Nik Aziz) dia tidak akan bercakap perkara seperti itu. Saya juga menghubungi presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) bertanyakan isu berkenaan tetapi presiden kata belum membaca blog itu," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, berkata soal mengadakan EGM tidak lagi berbangkit, sebaliknya dalam pertemuan dengan Nik Aziz di Kota Bharu kelmarin, Menteri Besar Kelantan itu mahu beliau mengemukakan satu isu dalam mesyuarat khas yang akan diadakan dalam masa terdekat.

"Soal EGM sudah tidak berbangkit lagi, cuma Tok Guru (Nik Aziz) mahu saya membawa satu perkara dalam mesyuarat khas itu. Tok Guru sendiri yang mencadangkan EGM ditukar kepada mesyuarat khas," katanya.

Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad dalam kenyataan lima perenggan dalam blognya, pula berkata mesyuarat Majlis Syura dan Jawatankuasa Pas Pusat yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat akan menilai sama ada wujud keperluan bagi mengadakan EGM atau sebaliknya.

"Pas amat menggalakkan perbincangan dan menghargai setiap pandangan atau kritikan. tetapi pada waktu ini setiap pimpinan diminta membincangkan perkara ini secara dalaman dan tidak menggunakan media termasuk blog dan Facebook yang boleh mendatangkan banyak persepsi negatif serta membuka ruang untuk media luar memutarbelitkan isu ini.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan, berkata masalah dalaman parti perlu diselesaikan di peringkat dalaman, bukannya membincangkannya secara terbuka seperti mengadakan EGM.

Katanya, perbincangan secara terbuka atau EGM bertentangan dengan prinsip parti, apatah lagi kemelut yang melanda parti bukanlah isu besar yang perlu dihebohkan sehingga boleh menimbulkan kerisauan ahli Pas.

"Parti hanya mahu mendengar kenyataan Mursyidul Am sendiri, bukannya daripada pihak ketiga atau keempat. Sebenarnya masalah ini kecil tetapi digembar-gemburkan oleh pihak tertentu," katanya.

- BERITA HARIAN

Dungun dimasyhur Bandar Tenggiri

by
Sebuah replika ikan tenggiri akan dibina bagi membolehkan Dungun dikenali sebagai bandar tenggiri mula tahun depan sempena keistimewaan perairan daerah itu yang kaya dengan spesies ikan mahal berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Za'abar Mohd Adib, berkata pusingan akhir Grand Slam Karnival GP Joran 2009 kali ini saja menyaksikan 197 kilogram ikan tenggiri berjaya dinaikkan oleh kaki pancing yang mengambil bahagian dalam kategori laut.

Katanya, replika itu diharap dapat memasyhurkan lagi bandar Dungun dan menarik kunjungan lebih ramai pelancong tempatan dan asing ke bandar ini.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Berita Harian yang sekali lagi memilih pantai Teluk Lipat, di sini sebagai lokasi kejohanan memancing sirkit terakhir Karnival GP Joran 2009 jelajah negara.

"Pesisiran pantai sepanjang 244 kilometer di negeri ini sangat sesuai untuk penganjuran sebarang aktiviti riadah, sukan dan rekreasi air, antaranya seperti kejohanan renang ekstrim, Kapas-Marang International Swimathon di Pulau Kapas dan Fiesta Candang Sotong di Pulau Redang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pusingan akhir Grand Slam Karnival GP Joran 2009 Berita Harian di Padang Astaka di sini, semalam.

Za'abar berkata, pihaknya berbangga kerana pertandingan memancing Grand Slam Karnival GP Joran 2009 banyak membantu kerajaan negeri mempromosikan Dungun, khususnya sebagai lokasi pelancongan menarik untuk dilawati, apatah lagi setiap kali penganjuran pertandingan memancing itu, ia menarik ribuan pengunjung seluruh negara.

"Inisiatif sebegini adalah pemangkin kepada usaha memperkenalkan Dungun kepada pengunjung yang bukan saja datang untuk menyertai pertandingan memancing ini, tetapi dapat menggamit kunjungan seterusnya ke Dungun dan Terengganu amnya pada masa akan datang," katanya.

- BERITA HARIAN

Modenas perkenal motosikal terbaru CT 110

by
Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) memperkenalkan motosikal terbarunya, CT 110 menggunakan enjin berkuasa 110cc yang pernah digunakan pada model Kriss sebelum ini dengan sasaran menjual 2,000 unit model berkenaan sebulan.

Ketua Eksekutif Modenas, Bastamam Hamzah, berkata pelancaran model berkenaan dijangka dapat membantu syarikat mencapai sasaran jualan 60,000 unit motosikal bagi 2010, iaitu lapan peratus lebih tinggi daripada jualan keseluruhan tahun ini.

Katanya, pelancaran model GT 128 pada Mac lalu serta model CT 110, akan dapat membantu Modenas memperbaiki penguasaan pasaran keseluruhan daripada 12 peratus ketika ini kepada kira-kira 15 peratus.

"Kami berharap pengenalan CT 110 dan GT128 pada Mac lalu akan menjadi pemangkin bagi syarikat untuk terus mengorak langkah dalam memastikan Modenas sentiasa menjadi jenama pilihan ramai," katanya pada sidang media selepas melancarkan Modenas CT 110 di Shah Alam, Jumaat lalu.

Pelancarannya disempurnakan Pengerusi DRB-Hicom Bhd yang juga Pengerusi Modenas, Datuk Syed Mohamad Syed Murtaza.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Bhd, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil.

Bastamam berkata, Modenas tetap akan menerus-

kan rancangannya untuk mengeluarkan motosikal dengan kapasiti yang lebih besar kerana terdapat permintaan bagi segmen sede-mikian daripada pasaran negara ini.

"Bagaimanapun, selain permintaan, kita juga perlu mengambil kira beberapa aspek lain seperti pengeluaran dan kos untuk mengeluarkan model sedemikian," katanya.

Beliau menambah, buat masa ini, syarikat lebih selesa untuk mengeluarkan model motosikal yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan iaitu dalam segmen 100 hingga 110cc.

"Segmen 100 hingga 110cc kekal menjadi penyumbang tertinggi kepada jualan syarikat iaitu antara 50 hingga 55 peratus," katanya.

Bastamam menambah, model yang terhasil kali ini dilengkapi brek cakera hadapan dwipiston untuk kuasa membrek yang lebih sempurna, transmisi empat kelajuan dengan sistem gear berputar.

Katanya, model itu juga mampu menarik minat pengguna di bandar raya kerana reka bentuknya yang aerodinamik dan bergaya serta mudah dikendalikan semasa tunggangan di atas jalan raya yang sesak.

"Ia mempunyai empat warna pilihan iaitu Merah Iris, Emas Suria, Perak Sfera dan Putih Nova serta grafik terkini mampu menarik minat penunggang motosikal," katanya.

Beliau menambah, model itu dijangka mampu menepati cita rasa pengguna antara usia 18 hingga 25 tahun yang mahukan ketrampilan 'sporty' dan berani.

Harga jualan bagi model CT 110 ialah RM3,888 (penghidup tendang) dan RM4,188 (penghidup elektrik).

- BERITA HARIAN

PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?

by
Oleh : Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Latarbelakang:
Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.


Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.


i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.


Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:

“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)


Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:

“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:

“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”

“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”


Pandangan Saya
Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :
Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .
Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009

SUMBER:
http://www.blogtokguru.com

Top Ad 728x90