31 Disember 2010

Kalendar Aktiviti & Peristiwa Penting Bulan Disember 2010

by
* 3 Disember 2010 - Semakan Panggilan Temuduga KPLI Jan 2011

* 7 Disember 2010 - Awal Muharam (Maal Hijrah)

* 11 Disember 2010 - Hari Keputeraan Sultan Selangor

* 13 - 24 Disember 2010 - Temuduga KPLI Jan 2011

* 23 Disember 2010 - Keputusan Peperiksaan PMR

* 24 Disember 2010 - Anugerah Skrin 2010

* 25 Disember 2010 - Hari Krismas

Kronologi Peristiwa Politik Negara Sepanjang 2010

by
Berikut ialah kronologi peristiwa politik tanah air sepanjang tahun 2010.

JANUARI:

1 - Bekas Menteri Penerangan dan bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia pada usia 71 tahun.

FEBRUARI:

12 - Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim mengumumkan keputusan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi anggota Bebas.

28 - Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin keluar PKR untuk sertai Umno.

MAC:

1 - Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng mengumumkan keputusan keluar daripada PKR dan menjadi anggota Bebas.

3 - Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri keluar PKR dan menjadi anggota Bebas.

6 - PKR pecat anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin.

28 - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menang jawatan presiden MCA menewaskan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting dan penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat dengan majoriti 68 undi pada pemilihan MCA.

APRIL:

25 - Calon Barisan Nasional P.Kamalanathan menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi.

MEI:

14 - Anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong isytihar keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

16 - Calon DAP Wong Ho Leng menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas Narawi Haron pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu dengan majoriti 398 undi.

JUN:

11 - PAS benarkan calon bukan Islam bertanding menggunakan simbol parti itu semasa pilihan raya tetapi dengan syarat terima dasar dan perjuangan parti itu.

JULAI:

22 - MIC terima Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T.Murugiah, yang dipecat daripada Parti Progresif Penduduk (PPP), menjadi anggota MIC.

OGOS :

1 - DAP pecat ahli Majlis Perbandaran Klang Tee Boon Hock kerana dakwaan menyalahgunakan kepala surat seorang anggota exco Selangor.

SEPTEMBER:

1 - Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Peter Pang En yin keluar daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) dan menawar untuk melepaskan jawatan kerajaan kerana tidak setuju pendirian parti menentang kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Beliau masih memegang semua jawatan kerajaan.

OKTOBER:

23 - Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu perhimpunan agung Umno bahawa beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun padang ke seluruh negara tahun depan untuk bertemu anggota Umno dan rakyat.

NOVEMBER:

4 - Calon BN Abdul Aziz Yusoff mengalahkan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dengan majoriti 1,190 undi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.

4 - Calon BN Datin Linda Tsen menang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah mengalahkan Presiden Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR Ansari Abdullah dengan majoriti 6,359 undi.

19 - Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan hasrat untuk keluar daripada PKR ekoran hilang kepercayaan dengan perjuangan parti itu.

20 - BN setuju pinda perlembagaannya untuk memperkenalkan keanggotaan bersekutu dan keanggotaan bergabung secara terus.

24 - Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu meninggal dunia pada usia 91 tahun.

28 - Anggota Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR.

28 - Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok dipilih Pengerusi DAP Selangor

DISEMBER:

1 - Umno tangguh pemilihan parti 2011 selama 18 bulan.

6 - Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berundur selepas 31 tahun memimpin parti itu dan menyerahkan jawatan kepada timbalannya Datuk G.Palanivel.

13 - MCA tangguh pemilihan parti yang dijadualkan pada 2011, dipercayai mengikut langkah Umno.

15 - DAP turut tangguh pemilihan parti sehingga Ogos 201.2

15 - Zaid Ibrahim menjadi Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), ditukar menjadi Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

16 - Empat wakil rakyat pembangkang -- Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, S.Sivarasa dan Azmin Ali -- digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar di dewan/ menghina dewan.

17 - Anggota Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur, akibat kencing manis.

27 - Umno Pulau Pinang, Kedah, Terengganu diketuai pengerusi perhubungan yang baru daripada kalangan pemimpin negeri.

- BERNAMA

Roh Harum Dan Ruh Busuk

by
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit.” Kata Hammad :”Kerana baunya harum seperti kasturi.” Kata penduduk langit “ Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam.” Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman:”Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat.” Kata Abu Hurairah selanjutnya:” Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya – kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian-, maka berkata penduduk langit,”Roh jahat datang dari bumi.” Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat.”
(Muslim)

Huraian
Kematian sesungguhnya amat menyiksakan. Kematian orang-orang yang tidak beriman mempunyai banyak perbezaan dengan kematian orang-orang yang beriman. Tanda-tandanya bukan sahaja dapat dilihat oleh orang yang hidup bahkan ini diperakukan sendiri di dalam al-Quran melalui firman Allah S.W.T yang maksudnya:"Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar." (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (al-Anfal :50). Rasulullah s.a.w sekalipun dianggap sebagai kekasih Allah turut merasakan kesakitan sakratulmaut. Itupun baginda diperlakukan secara lembut oleh malaikat. Maka bayangkanlah bagaimana kesakitannya jika kita selaku insan biasa dapat berhadapan dengan situasi ini. Oleh itu seharusnya kita sentiasa berwaspada agar tidak tergolong di kalangan orang-orang yang tidak beriman, lalai dan lupa kepada Allah kerana sudah pasti roh kita nanti bakal ditempatkan di dalam penjara sehingga hari kiamat.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Kelebihan Hari Jumaat

by

Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.

"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."

Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".

Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.

Doa Antara Dua Khutbah

Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.

Sedekah Pada Hari Jumaat

Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.

Mati Pada Malam Jumaat

Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".

Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat

Nabi bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya". barangsiapa

Ibadah pada hari Jumaat.

Perjalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.

Selawat

Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.

Mandi dan Pakaian

Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.

Memotong Kuku

Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.


30 Disember 2010

Kelantan Turut Isytihar Cuti Peritiwa Ahad Ini

by

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengisytiharkan bahawa Ahad ini adalah hari cuti peristiwa sempena meraikan kejayaan pasukan bolasepak kebangsaan menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, di Jakarta semalam.

Perisytiharan itu terkandung dalam arahan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Bilangan 4/2010 kepada semua ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan, pihak pengurusan badan-badan berkanun/Persekutuan/Negeri dan pihak berkuasa kerajaan tempatan negeri.

Salinan surat itu dikirim kepada Bernama di sini malam ini.

- BERNAMA

Kedah umum cuti Ahad ini

by

ALOR SETAR, 30 Dis: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengisytiharkan Ahad, 2 Januari 2011 nanti sebagai hari cuti umum bagi negeri itu ekoran kejayaan skuad bolasepak negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 yang dilangsungkan di Gelora Bung Karno, Indonesia, malam tadi.

Azizan membuat pengumuman itu ketika berucap di hadapan kakitangan Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman, dekat sini, pagi tadi.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada pemain dan pegawai-pegawai pasukan yang bertungkus lumus menjulang nama negara.

Perlawanan akhir kedua malam tadi yang disiarkan secara langsung melalui saluran televisyen di seluruh negara menyaksikan Malaysia berjaya mengekang kemaraan Indonesia untuk menang dengan aggregat 4-2.

Malaysia adalah negara keempat di rantau ini yang berjaya menjulang piala tersebut selepas Thailand, Singapura dan Vietnam.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjulang Piala AFF Suzuki 2010.

- HARAKAH

Hari Ahad 2 Januari 2011 CUTI UMUM bagi negeri Terengganu

by

Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan Hari Ahad 2hb Januari, 2011 adalah hari Kelepasan Am (CUTI UMUM) bagi negeri Terengganu sempena meraikan Kejayaan Malaysia menjuarai Bolasepak Suzuki AFF 2010.

Nota: Pegawai yang dikehendaki menjalankan kerja lebih masa pada hari berkenaan hendaklah menuntut bayaran lebih masa pada kadar hari rehat biasa.

KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
http://www.terengganu.gov.my/

Perdana Menteri Umum 31 Disember Cuti Umum Bagi Meraikan Kejayaan Malaysia menjadi Juara Piala Suzuki AFF 2010

by

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengisytiharkan hari Jumaat, 31 Disember 2010, sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki malam tadi dalam sejarah 14 tahun kejohanan berkenaan.

Sepanjang tujuh edisi sebelum ini, Malaysia hanya sekali berpeluang melangkah ke perlawanan akhir iaitu pada edisi sulung kejohanan yang dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger pada 1996.

- BERNAMA

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010 Buat Kali Pertama

by

Pasukan Malaysia meraikan kejayaan gemilang merangkul Piala Suzuki AFF buat kali pertama selepas menewaskan Indonesia secara agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Foto - AP


Buat julung kalinya, skuad bola sepak Malaysia berjaya merangkul gelaran juara sekali gus membawa balik piala kebanggaan apabila menang secara agregat 4-2 pada perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Rabu.

Bagaimana pun, skuad kendalian K.Rajagobal itu menerima serangan bertalu-talu daripada pasukan Garuda, namun barisan pertahanan cemerlang memainkan peranan mereka dalam menepis serangan ini.

Pasukan Indonesia nyaris mendapat gol pertama apabila pengadil memberi sepakan penalti selepas bola terkena tangan Mohd Sabree Mat Abu pada minit ke-18, namun sepakan yang dilakukan oleh kapten pasukan Garuda, Firman Utina berjaya diselamatkan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang bijak membaca pergerakan pemain tuan rumah itu.

Kedua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

Babak kedua menyaksikan perlawanan lebih menarik selepas pasukan Indonesia lebih banyak mengatur serangan namun pujian sekali lagi harus diberi kepada penjaga gol negara, Khairul Fahmi kerana menyelamatkan gawang dengan percubaan berbahaya terutama sekali hantaran yang dilakukan pemain lincah Indonesia, Muhammad Ridwan.

Biarpun Malaysia jarang melakukan serangan, namun hantaran jauh Mohd Ashari Samsudin di sebelah kanan tepat kepada Mohd Safee Mohd Sali sekali gus membuat lorongan laju menggunakan kaki kirinya terus ke gawang lawan pada minit ke-53.

Gol penyamaan hadir pada minit ke-72 selepas Mohammad Nasuha merembat bola muntahan daripada penjaga gol Khairul Fahmi.

Namun pada babak akhir perlawanan, pemain pertahanan negara, Mohamad Muslim Ahmad silap membuat percaturan apabila cuba menyelamat bola dengan menanduk ke arah gol sendiri.

Perlawanan tamat dengan keputusan 1-2.

Sementara itu, kejayaan ini dianggap lebih manis apabila penyerang negara, Mohd Safee Mohd Sali turut dinobatkan penjaring terbanyak selepas mengumpul lima gol.

Manakala pemain terbaik perlawanan dimenangi oleh pemain tengah Indonesia, Firman Utina.

Pada perlawanan pusingan pertama yang berlangsung Ahad lalu, skuad Harimau Malaya ini telah menundukkan Indonesia 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

- MSTAR

Khalid Atan Presiden MTUC Yang Baru

by
PETALING JAYA: Sebanyak 500,000 anggota Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menghantar petanda yang jelas bahawa mereka tidak mahu pertubuhan itu dianggotai oleh ahli politik dengan memilih ahli jawatankuasa yang tidak terbabit dengan politik, Mohd Khalid Atan sebagai presiden barunya.

Khalid dari Kesatuan Pekerja Perkayuan menewaskan Syed Shahir Syed Mahmoud, anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menerajui MTUC sejak enam tahun lepas.

Rakan pertandingan Syed Shahir untuk jawatan Setiausaha Agung, Abdullah Sani Abdul Halim, yang juga Anggota Parlimen Kuala Langat daripada PKR juga tewas kepada rakan pertandingan Khalid, Abdul Halim Mansor dari Kesatuan Industri Petroluem dan Kimia.

Abdul Halim, timbalan setiausaha agung selama dua penggal telah dipimpin oleh ahli kesatuan yang dihormati setiausaha agung G. Rajasegaran yang telah bersara daripada pergerakan itu selepas hampir 40 tahun memberikan khidmatnya dengan cemerlang.

Sumber-sumber MTUC berkata pasukan Khalid-Abdul Halim agak menggerunkan dan inklusif dan akan membantu untuk menyatukan pergerakan itu dan meletakkan kongres itu di tempat asalnya sebagai "juara pekerja sebenar di negara ini," kata Khalid memberitahu Bernama.

Katanya tugas pertamanya adalah untuk menyatupadukan pertubuhan dan bekerja ke arah mencapai manfaat untuk pekerja.

Beliau merasakan bahawa pertubuhan itu sekian lama dilihat sebagai anti-kerajaan dan berazam untuk mengubah perspektif dan bekerja untuk kebaikan pekerja dan negara.

Ini adalah kali pertama dalam masa hampir 30 tahun, ahli politik ditolak oleh anggota MTUC.

Sejumlah 475 perwakilan dari 116 kesatuan mengundi pada persidangan kongres itu yang berakhir di sini, Rabu. Sementara itu, 12 resolusi diluluskan pada persidangan perwakilan MTUC ke-38 yang bersidang pada hari ini.

Antara resolusi yang dicapai ialah, penetapan gaji minimum RM1,200 dan elaun sara hidup (COLA) sebanyak RM300 untuk sektor swasta.

Persidangan yang dipengerusikan oleh bekas Presidennya, Syed Shahir antara lain turut bersetuju supaya tempoh cuti bersalin selama 90 hari dengan bergaji penuh bagi sektor swasta.

"Gaji minimum itu bergantung kepada majikan untuk menerimanya tapi kita amat berharap supaya perkara ini (gaji minimum) dapat dipertimbangkan majikan di negara ini sementara resolusi yang lain akan dibawa ke persidangan Majlis Am untuk tindakan lanjut," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 600 perwakilan.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila persidangan Majlis Am itu akan diadakan.

Pada majlis yang sama, sebahagian perwakilan yang hadir turut menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada bekas Setiausaha Agungnya, G.Rajasekaran yang tidak mempertahankan jawatannya bagi memberi laluan kepada muka baru.

MTUC kini mempunyai hampir setengah juta anggota daripada pelbagai sektor pekerjaan di negara ini.

- BERNAMA

Jualan buku diunjur kukuh

by
DAWAMA Sdn Bhd yakin jualan buku teks sekolah dan judul umum serta majalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mampu mencecah RM20 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun depan.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Ngah, berkata ia berdasarkan sambutan menggalakkan yang diterima Dawama sepanjang tahun ini.

“Permintaan terhadap buku terbitan DBP juga semakin bertambah kebelakangan ini dan Dawama komited mempromosi dan memastikan produk terbabit sentiasa berada di pasaran,” katanya kepada BERNAMA di Ipoh, semalam.

Beliau berkata, stok syarikat itu sentiasa mencukupi malah bersedia membantu mana-mana pihak khususnya syarikat yang mahu menyumbang buku kepada institusi kebajikan, sekolah, perpustakaan desa dan sebagainya melalui pakej khas yang disediakan.

Katanya, penyertaan Dawama dalam siri pameran buku utama di seluruh negara termasuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada setiap tahun sejak memulakan operasinya pada 2002 sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat buku.

Abdul Ghani berkata, berbanding syarikat penerbitan lain, Dawama hanya menawarkan naskhah buku berkualiti terbitan DBP dan percaya buku popular dan bermutu akan sentiasa mendapat sambutan hangat para pembaca.

“Bagi memudahkan orang ramai, ketika ini ada 26 pengedar utama Dawama di seluruh negara dan setiap premis terbabit menawarkan naskhah buku DBP dengan harga berpatutan,” katanya.

Pengedar terbabit ialah Indra Store (Perlis), Syarikat Harfa Baling Sdn Bhd dan Toko Buku Cahaya Baru Sdn Bhd (Kedah), Syarikat Harfa Sdn Bhd (Pulau Pinang), Pustaka Mercu Sdn Bhd, Balai Pustaka Sdn Bhd dan PGN Media Services (M) Sdn Bhd (Perak), Sharikat Sriwangi, Guru Melayu Pahang Selatan Bhd (Pahang), katanya.

Selain itu, Alam Murni Sdn Bhd (Selangor), Koperasi DBP Bhd. (Kuala Lumpur), Mawaddah Books Sdn Bhd Pustaka Fajar (Negeri Sembilan), Koperasi Bumiputera Jasin Bhd (Melaka) Radin Book Store, Badan Cemerlang Sdn Bhd dan Pustaka Muhajirin (Johor).

Turut menawarkan naskhah terbitan DBP ialah Kedai Buku Wan Ariffin Sdn Bhd, Kedai Buku Ibzanis Sdn Bhd (Terengganu), Syarikat Muda Osman Sdn Bhd (Kelantan), Riviera Focus Sdn Bhd Syarikat Ramah Enterprise, Sandapak Enterprise (Sabah) dan Richmount Book Centre Sdn Bhd serta Sinar Suci Sdn Bhd (Sarawak).

Beliau berkata, pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai lokasi pengedar terbabit boleh menghubungi Dawama melalui talian 03-410 74233 dan 03-410 74286 atau melayari laman web www.dawama.com

Saintis buktikan kelemahan nombor PIN

by

CAMBRIDGE - Bank-bank di Britain didakwa cuba menyembunyikan kelemahan nombor pengenalan peribadi (PIN) yang terdapat pada kad kredit dan debit, lapor sebuah akhbar semalam.

Dakwaan itu dibuat selepas seorang saintis Universiti Cambridge, Omar Chaodary membuat pendedahan mengenai kelemahan tersebut dalam tesis sarjana falsafah.

Sistem cip dan PIN yang diperkenalkan pada 2006, bertujuan untuk mengurangkan penipuan kad kerana pencuri tidak dapat menggunakan kad yang dicuri tanpa mengetahui nombor PIN.

Namun, Omar mula mengkaji kelemahan sistem itu selepas ramai pengguna mengadu kad mereka dicuri dan nombor PIN mereka telah digunakan.

Sehingga kini, bank-bank di Britain mendakwa sistem keselamatan cip dan nombor PIN adalah kebal dan sukar untuk ditipu.

Bagaimanapun, Omar dalam penyelidikannya, telah mencipta satu gajet berharga semurah £20 (RM95) yang dapat menipu cip dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) supaya menerima kad kredit dan debit tanpa nombor PIN yang betul.

Peranti bersaiz kotak rokok itu disembunyikan dalam lengan baju semasa ia dilekatkan pada kad.

Apabila kad tersebut dimasukkan ke dalam mesin, ia menggunakan sistem elektronik bagi memastikan kad itu diterima.

Choudary berjaya membeli beberapa buku dan cakera padat (CD) berharga £50 (RM237) di Cambridge dengan menggunakan kad yang dipinjam dan alat yang dicipta itu bagi membuktikan kelemahan tersebut.

- Agensi

Cahaya oren di langit cetus misteri

by

CHRISTCHURCH, New Zealand - Satu cahaya ganjil berwarna oren dan merah muncul di langit Napier, Taranaki dan Christchurch, lapor akhbar dalam talian stuff.co.nz semalam.

Laporan kemunculan imej itu pada hari kedua selepas Krismas mencetuskan misteri sehingga terdapat spekulasi bahawa ia mungkin objek terbang tidak dikenali (UFO).

Bagaimanapun, Persatuan Astronomi Canterbury yakin bahawa ia merupakan cahaya dari satelit.

Di Hawara, Allan White dan keluarganya mengesan cahaya ganjil itu pada pukul 9.40 malam waktu tempatan Ahad lalu.

Mereka melihat imej ganjil itu selama lima minit dan ia kemudian hilang.

"Saya menganggap ia merupakan satu cahaya oren yang cerah di langit dan cahaya itu mula bergerak ke arah kami," kata White.

Menurutnya, ramai orang yang melihat imej itu menganggapnya sebagai UFO. Beberapa saksi dilaporkan menyuluh ke arah cahaya itu semasa ia bergerak di langit sebelum lenyap lima minit kemudian.

- Agensi

FluCard bersaiz setem bakal gantikan pemacu pena (pen drive)?

by

Memaksa penggunaan disket menempah tiket ke era kejatuhannya, Henn Tan berjaya memandu jentera perniagaannya untuk memastikan penggunaan pemacu data USB (Universal Serial Bus) berkembang seiring globalisasi.

Bagaimanapun, cengkaman legasinya dalam dunia penghasilan pemacu data semakin ampuh tatkala pelbagai jenama alatan kompak itu terpacul di pasaran.

Kini, usahawan dari Singapura itu memasang harapan untuk membuktikan dia adalah peneraju terulung dalam penciptaan alatan kecil yang mampu menyimpan data dalam kuantiti mega itu.

Tan yang menggenggam paten pemacu simpanan data kompak itu telah tersebar ke 30 pasaran tempatan dan label antarabangsa kini tampil dengan inovasi terbaru bersama nama yang lebih unik.

FluCard iaitu alat penyimpan data bersaiz setem berupaya memindahkan data tanpa wayar.

Fenomena yang diigilai

Tan yang menganggap ia adalah satu kelahiran baru turut memasang cita-cita untuk melihatnya menjadi satu fenomena dan digilai berjuta-juta pengguna seperti pemacu USB.

Tan juga mengakui ramai pengguna teknologi telah menjadikan pemacu pena (thumbdrive) sebagai satu permintaan pasaran semasa yang hangat.

“Namun, jujur saya katakan dakwaan mereka itu adalah salah. Walaupun mereka tetap tidak mempercayai kata-kata saya.

“Kita bukan sekadar bergelumang dengan era pemacu pena sebaliknya kuasa FluCard akan mengatasi segala-galanya,” tegas Pengerusi merangkap Ketua Eksekutif (CEO) Syarikat Antarabangsa Trek 2000 yang kini turut tersenarai dalam bursa saham Singapura.

Tan juga kesal dengan kesilapannya membiarkan pemacu pena bertahan sendirian tanpa berkongsi dengan syarikat megalopolis pada tahun 2000. Beliau mengakui kenaifannya mengabaikan pesaingnya memanipulasi keupayaan alat simpanan datanya itu.

Namun, kali ini beliau bergabung dengan syarikat terkenal Jepun, Toshiba Corp. untuk mempromosi FluCard dan memastikan patennya dilindungi sepenuhnya.

Ditebak dengan persoalan mengenai pemilihan nama alatan canggih ciptaan terbarunya, Tan seraya memaklumkan ia sesuai dengan sifatnya yang sangat mudah berjangkit malah senang untuk disebut-sebut.

Usahawan yang menggaji pakar teknikal untuk merealisasikan buah fikirannya turut mengaitkan FluCard dengan senario global.

“Kalau anda ke Afghanistan sekali pun dan menyebut perkataan flu, pasti mereka akan memahaminya,” ujarnya yang baru bergelar usahawan itu.

Pengurus bahagian Penasihat Teknologi Frost dan Sullivan, Marc Einstein menambah, FluCard adalah satu tanda bahawa proses penumpuan pengguna elektronik dan teknologi komputer giat berlaku.

“Saya yakin masa depan teknologi dan alatan pengguna bermula dari sini,” luahnya yang turut optimis dengan jaminan keselamatan syarikat Toshiba.

Syarikat Tan dan Toshiba kini diiktiraf pemegang saham kedua terbesar menerusi Syarikat Antarabangsa Trek 2000 yang kini telah berjaya membentuk satu konsortium pengusaha kamera dan memberikan FluCard sebagai satu standard.

Pengarah Kajian bersama di syarikat pembrokeran Singapura, DMG dan rakan kongsi, Terence Wong melihat satu prospek komersial yang baik untuk pasaran FluCard dan penggabungan Tan dengan Toshiba adalah pergerakan yang positif.

“FluCard ini berkemungkinan akan menggantikan penggunaan kad SD (Secure Digital) jika ia dibangunkan secara berhemat,” kata Wong.

Direka seakan-akan kad memori SD yang digunakan dalam kebanyakan kamera digital, FluCard turut dilengkapi dengan perincian pemindahan data secara WiFi ke atas alatan lain. Ia juga mempunyai kebolehan yang sama seperti telefon bimbit dan komputer riba.

“Saya boleh menghasilkan alatan yang lebih baik daripada keupayaan kad SD yang hanya mampu menyimpan data sahaja. Selagi alatan anda dilengkapi dengan WiFi, anda boleh memuat turun apa sahaja daripada FluCard,” tambah Tan.

Sesuai untuk semua

Dilancarkan pada awal tahun ini, FluCard berfungsi dalam semua alatan termasuk kamera digital yang menyediakan slot SD.

Menurut kajian pasaran semasa, kad SD yang kebiasaannya digunakan dalam kamera digital kompak telah terjual sebanyak 100 juta unit pada tahun 2009.

Menerusi penggunaan FluCard dalam kamera digital, pengguna mempunyai pilihan untuk memuat naik gambar baru secara terus dalam talian Internet untuk berkongsi detik-detik manis bersama rakan-rakan yang menggunakan perisian Facebook atau jaringan sosial lain sebagai perantaraan.

Ia juga bertindak sebagai fail sokongan data berikutan isi kandungan di dalamnya akan dipindahkan ke dalam akaun persendirian di portal yang telah didirikan oleh Syarikat Antarabangsa Trek 2000.

Idea untuk mencipta FluCard oleh Tan tercetus selepas musibah kehilangan kamera digitalnya apabila pulang daripada bercuti bersama keluarganya di China lima tahun lalu.

“Kita tidak boleh kembali semula ke tempat itu semata-mata untuk mengambil gambar. Dalam masa yang sama, kita akan merasa sangat jelek apabila tiadanya fail-fail sokongan untuk data yang telah hilang,” getus Tan.

Tan menambah, kuasa FluCard akan menjadi lebih besar jika ia dibangunkan dengan betul.

“Ia juga akan melonjakkan syarikat saya daripada sebuah syarikat terpinggir kepada liga utama dalam industri penyimpanan data,” katanya.

– AFP

YES, dunia baru Internet mobiliti di Malaysia

by
Kelajuan mengakses Internet lima kali lebih laju daripada capaian rangkaian 3G. Itu antara kelebihan yang ditawarkan oleh perkhidmatan terbaru Internet 4G Yes yang dibawakan oleh YTL Communications Sdn. Bhd.

Melengkapkan inovasi teknologi itu, Yes turut menawarkan gabungan perkhidmatan komunikasi data bersama suara.

Menurut Pengerusi Eksekutif YTL Communications Sdn. Bhd., Tan Sri Francis Yeoh, pengenalan Yes merupakan titik permulaan era baru bagi perkhidmatan jalur lebar mudah alih di negara ini.

''Integrasi penyelesaian ini bakal menawarkan prestasi capaian Internet terbaik, harga lebih murah dan pengalaman pengguna intuitif.

''Yes membenarkan penyepaduan aktiviti komunikasi data dan suara seperti panggilan telefon, panggilan video, bersembang dalam talian, akses muzik dan video serta khidmat pesanan ringkas (SMS)

''Sehingga kini, sebanyak 65 peratus kawasan Semenanjung Malaysia telah dilengkapi dengan liputan khidmat Yes,'' katanya pada pelancaran perkhidmatan itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pelancarannya telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sesuatu yang unik mengenai Yes, rangkaian operasinya tidak melibatkan sokongan kad sim, sebaliknya pengguna akan dibekalkan dengan pengenalan Yes ID iaitu nombor telefon 018.

Dengan hanya satu maklumat pengenalan itu, pengguna akan dapat mengakses pelbagai perkhidmatan komunikasi secara serentak menggunakan apa juga peranti.

Ia merangkumi pelan panggilan, Internet bergerak dan jalur lebar mudah alih.

Kesemua kemudahan itu akan disepadukan menggunakan perkhidmatan protokol Internet (IP) dikenali sebagai Yes Life.

''Pelarasan rangkaian ini bakal memberi peluang kepada pengguna berkomunikasi secara lebih bebas dan fleksibel,'' jelasnya.

Menerusi Yes Life, pengguna akan disediakan dengan akaun profil sendiri beserta alamat e-mel Yes Mail, akaun pengurusan foto Yes World dan akses senarai kontak secara dalam talian.

Melalui cara itu, pengguna diberi jaminan tidak akan kehilangan senarai kontak selain boleh mengaksesnya pada bila-bila masa sama ada melalui peranti telefon bimbit atau pun komputer.

Apa yang paling peting, pengguna Yes juga tidak perlu membayar caj yang tinggi setiap kali mengaktifkan perkhidmatan perayauan dari luar negara.

Untuk servis suara, Yes menyokong enam laluan panggilan suara dan empat laluan panggilan video secara serentak.

Dari segi kos, Yes menawarkan kadar harga tiga kali lebih rendah berbanding pakej Internet mobiliti yang ditawarkan oleh kebanyakan syarikat telekomunikasi tempatan.

Ia mengetengahkan konsep bayar untuk apa yang digunakan dengan kos hanya RM0.09 untuk kapasiti penggunaan data setiap tiga megabit (MB), satu minit panggilan telefon dan satu SMS.

Lebih menarik, kadar minimum penggunaan Yes pula hanya ditawarkan pada kadar pra bayar RM30 tanpa ikatan kontrak untuk pelan semua dalam satu.

Nilai kredit juga Yes tidak tertakluk kepada sebarang tarikh tamat tempoh selain tawaran rebat sebanyak 30 peratus akan diberi kepada penggunaan data yang tinggi.

Pengguna yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Yes boleh mengunjungi rangkaian Yes Flagship Store atau layari laman web www.yes.my

Penghormatan Kepada Masjid

by
Hadith :
Dari Abi Qatadah as-Salmi r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda “Apabila seseorang daripada kamu masuk ke masjid, hendaklah ia mengerjakan sembahyang (tahyatul masjid) dua rakaat sebelum ia duduk.”
(Bukhari)


Huraian
1. Masjid dan surau adalah tempat yang suci dan mulia yang diberi penghormatan dengan menamakannya “Baitullah” (rumah Allah).
2. Baitullah yang paling besar dan agung adalah Baitullah al-Haram yang terletak di Makkah al-Mukarramah. Ia merupakan kiblat umat Islam di seluruh dunia.
3. Apabila kita memasuki mana-mana masjid hendaklah kita menunaikan hak masjid terlebih dahulu iaitu dengan mengerjakan sembahyang dua rakaat sebelum duduk.
4. Sembahyang tersebut dinamakan sembahyang “Tahyatul masjid”. ‘Tahyat’ di sini bererti penghormatan iaitu sembahyang yang dikerjakan secara khusus semasa tiba di masjid. Hukumnya adalah sunat.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Bilik tidur rangsang hubungan

by

AWAS bagi pasangan suami isteri. Bilik tidur adalah khazanah yang menyimpan banyak rahsia. Justeru, seelok-eloknya janganlah dibiarkan orang lain memasukinya dengan sewenang-wenang termasuk pembantu rumah.

Belajarlah mengemas bilik sendiri dalam usaha untuk memelihara rahsia keutuhan rumah tangga dan hubungan sulit suami isteri.

Bahkan, anda akan pasti rasa puas hati apabila dapat mengindahkan bilik tidur biarpun dengan cara sendiri.

Hubungan suami isteri yang bermula di bilik tidur memberikan rasa keintiman kepada setiap pasangan sekiranya anda memberi lebih rasa kecintaan kepada hubungan itu menerusi beberapa petua menjaga hubungan di bilik tidur.

*Pastikan bilik tidur bersih, berbau harum

Biar sekecil mana pun bilik tidur anda, pastikan ia bersih, tersusun dan kemas di mata suami atau anda memandangnya. Pastikan ia berbau harum untuk menerbitkan rasa aroma seronok untuk ke kamar tidur.

*Badan bersih, tidak penat

Sebelum tidur pastikan anda dan pasangan memakai pakaian yang bersih, berbau harum dan memikat antara satu sama lain. Tidak perlu 'tampal' mekap yang banyak di wajah, cukup sekadar seri muka yang asli. Ketepikan seketika rasa penat selepas seharian bekerja. Masa yang anda luangkan untuk pasangan di tempat tidur adalah amat berguna.

*Jangan tidur dahulu

Kerap kali kita dapati ada pasangan yang tidur dahulu sebelum pasangannya terlelap.Apa kata cuba luangkan selama 10 minit untuk berbicara hal-hal berkaitan apa yang berlaku pada hari itu untuk saling menyatakan pandangan. Ada juga pasangan yang sebelum tidur menonton televisyen dari atas katil mahupun membaca buku tanpa mengendahkan pasangan yang berada di sebelahnya. Dalam hal ini berikan pasangan anda masa beberapa minit untuk bermesra sebelum tidur.

*Berdengkur

Tidur berdengkur juga satu masalah buat pasangan anda yang akan menyebabkan tidurnya terganggu. Jadi berusahalah untuk mengatasi keadaan itu.

*Beri kejutan

Sesekali beri kejutan kepada pasangan anda di tempat tidur untuk dijadikan kenangan keesokan harinya. Kejutan apa? Mungkin dengan sekuntum bunga, sekotak hadiah kecil, seikhlas ciuman dan cubitan sayang, ia pasti amat bermakna sehingga hari esok.

- UTUSAN

'MCA 1' ditender pada harga tertinggi RM300,100

by
Nombor pendaftaran kenderaan 'MCA 1' telah ditender pada harga RM300,100 iaitu harga tawaran tertinggi untuk nombor plat kenderaan di Malaysia setakat ini.

Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, bidaan bagi nombor pendaftaran itu mengatasi 'TAY 1' pada harga RM242,000 dan 'TAN 1' berjumlah RM200,900 sebelum ini.

Menurut kenyataan itu, nombor pendaftaran 'MCA 2' pula ditender pada harga RM101,000 dan 'MCA 8' pada harga RM88,168.

"Nombor pendaftaran 'MCA 888' pula mendapat tender terbanyak iaitu 15 bidaan dengan yang tertinggi pada harga RM15,400," jelas kenyataan itu lagi.

Nombor pendaftaran kenderaan untuk Melaka itu sebelum ini menjadi kontroversi apabila pada 23 September lalu, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPK), Datuk Solah Mat Hassan mengesahkan pernah menerima surat yang meminta supaya tender MCA 1 hingga MCA 9999 tidak dibuka untuk tawaran umum.

Surat itu yang dikatakan daripada Menteri Pengangkutan meminta nombor pendaftaran berkenaan hanya diberikan kepada ahli parti MCA, bagaimanapun Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha membatalkan arahan tersebut.

Nombor pendaftaran berkenaan dibuka kepada tender umum bermula 24 November sehingga 14 Disember lalu dengan 965 permohonan tender diterima oleh JPJ.

Menurut kenyataan itu, keputusan penuh tender nombor pendaftaran siri 'MCA' ada dipamerkan di pejabat JPJ Melaka dan ia juga boleh disemak melalui www.jpj. gov.my.

JPJ dianggarkan mengutip sebanyak RM1.5 juta hasil bidaan dan tempahan nombor pendaftaran siri 'MCA'.

"Ini merupakan kutipan tertinggi dan peningkatan sebanyak tiga kali ganda bagi JPJ Melaka dalam urus niaga tender dan tempahan nombor pendaftaran berbanding siri-siri sebelum ini yang purata kutipan adalah sebanyak RM500,000 untuk setiap siri," jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu memberitahu, JPJ secara purata mengutip antara RM145 juta hingga RM150 juta setahun melalui urusniaga tender dan tempahan nombor pendaftaran kenderaan iaitu enam peratus daripada kutipan keseluruhan RM2.5 bilion setahun.

- UTUSAN

Obama tak merokok sembilan bulan

by

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semakin hampir membuang tabiat merokok apabila beliau tidak menghisap walaupun sebatang rokok selama sembilan bulan, lapor sebuah akhbar semalam.

Setiausaha akhbarnya, Robert Gibbs berkata, tiada tanda-tanda Obama merokok setelah beliau dinasihatkan supaya membuang tabiat buruk itu ketika menjalani satu pemeriksaan kesihatan pada Mac lalu.

"Prestasinya (Obama) untuk berhenti merokok amat baik. Obama membuat komitmen untuk berhenti merokok demi dua anak perempuannya," kata Gibbs dalam wawancara dengan saluran televisyen CNN baru-baru ini.

Menurutnya, Obama masih mengunyah gula-gula getah bernikotin tetapi beliau langsung tidak merokok selama sembilan bulan.

Sebelum ini, Obama berjanji kepada isterinya, Michelle Obama bahawa beliau akan berhenti merokok apabila memulakan kempen pilihan raya Presiden AS pada 2008.

Kelmarin, Obama dan isterinya bersama dua anaknya memesan dan makan aiskrim di Kailua, Hawaii semasa bercuti.

Keluarga rakan anak-anaknya turut bersama Obama makan aiskrim itu di sebuah kedai di Kailua.

- Agensi

Perang Badar tidak pernah dirancang

by
Perang Badar adalah perang pertama dilalui oleh umat Islam maka ia menjadi satu catatan sejarah besar yang paling penting untuk diketahui oleh umat manusia.

Terlalu banyak pengajaran yang boleh diambil apabila kita menyelusuri setiap detik-detik peperangan ini dan suasana umat Islam ketika meletusnya peperangan ini.

Perang Badar berlaku selepas 16 hari umat Islam buat pertama kalinya berpuasa di bulan Ramadan, iaitu pada tahun ke 2 Hijrah bersamaan 17 Mac 624 Masihi.

Inilah ujian umat Islam ketika itu. Tidak sahaja mereka perlu menjalani ibadat puasa tetapi dalam keadaan menahan lapar dan dahaga itu jugalah mereka dikehendaki berlawan dengan musuh dengan segala kekuatan tenaga dan jiwa.

Perang Badar al Kubra tidak sekadar susulan daripada perlaksanaan perintah Allah SWT agar kaum Muslimin mengangkat senjata sebagai pertahanan diri, tetapi merupakan Perang Al Furqan (pembeza), bagi memisahkan antara yang hak dan yang batil. Juga antara yang beriman dan yang kafir di samping merupakan satu pekhabaran besar kepada dunia akan kewujudan dunia Islam dalam suasana yang ketika itu dipenuhi dengan perkara-perkara fasad dan mungkar.

Sebenarnya untuk kita bercerita mengenai Perang Badar ini, maka ia sebenarnya bukan satu kisah yang boleh dihabiskan dalam tempoh satu hari satu malam bercerita!

Tidak bermaksud Perang Badar itu umpama kisah satu odyssey (kisah sejarah pengembaraan yang panjang dan penuh pancaroba) tetapi ramai yang tidak tahu hakikat sebenar setiap rentetan yang berlaku kecuali yang asas-asasnya sahaja.

Tahukah anda bahawa Perang Badar ini sebenarnya bukan sebuah perang yang dirancang oleh umat Islam untuk berlaku? Mengapa bilangan umat Islam yang turun berperang hanyalah 313 sahaja berbanding 1,300 anggota tentera di kalangan pihak musuh?

Dan terfikirkah kita andainya umat Islam kalah dalam perang ini, tidak mustahil rasanya tiada lagi manusia yang akan menyembah Allah di muka bumi.

Begitu sekali signifikannya perang ini kepada umat Islam kerana itu mengetahui sejarahnya sangat penting kerana dengan peperangan sahaja kadang kala agama Allah akan tertegak di muka bumi ini.

Ingatlah, syariat Allah supaya Islam berperang dalam hakikat peperangan beradu kekuatan senjata dan serangan terhadap mereka yang memusuhi Islam tidak pernah ditarik.

Ini sebagaimana tegas diperintahkan oleh Allah surah al-Anfal ayat 15 hingga 16.

Sebenarnya peperangan itu bukan dirancang dari awal atau yang dirancang dengan begitu baik dan sempat mengatur pelbagai strategi untuk mencapai kemenangan.

Ini kerana gerombolan tentera di pihak Islam yang diketuai dan dipimpin oleh Rasulullah sendiri itu tidak lebih seperti Operasi-operasi Ghazwah sebelum ini, iaitu tidak lebih untuk menyekat perjalanan perdagangan oleh kafilah-kafilah dagang milik kaum Quraisy.

Sebelum itu ada sesetengah orientalis Barat dan mereka yang prejudis terhadap Islam menganggap gerakan operasi ini tidak ubahnya seperti lanun-lanun yang merompak, tinggal lagi ia dilakukan di atas darat bukannya di laut.

Tetapi bagaimana dengan kalangan kafir yang merampas harta milik Islam sebelum ini, tindakan yang seperti itu, hendak disifatkan sebagai apa? Tidak juga gerakan ini sebagai tindakan membalas dendam terhadap segala keburukan yang telah dilakukan oleh pihak Quraisy tetapi Islam tidak lagi boleh tunduk kepada kelemahan, Islam kini mesti menunjukkan kekuatan, hatta kekuatan fizikal dan persenjataan.

Ini kerana Islam perlu diberi hak dan ruang untuk disebarkan kepada seluruh umat manusia. Disebarkan bukan bererti memaksa, jadi tidak timbul soal memaksa orang lain untuk memeluk Islam segala-galanya terpulang kepada kerelaan dan keikhlasan, jadi mengapa perlu diperangi? Islam sama sekali tidak pernah menghunuskan pedang pada leher semata-mata untuk memaksa seseorang itu untuk memeluk Islam.

Jadi apabila hak yang sedemikian rupa disekat maka terpaksalah sekatan itu diputuskan melalui kemenangan dalam peperangan!

- UTUSAN

Cadangan mula bersekolah pada usia 5 tahun

by

Dalam sistem persekolahan sekarang, kanak-kanak mula wajib bersekolah pada usia tujuh tahun. Bagaimanapun, baru-baru ini, Makmal Pembangunan Belia menca- dangkan supaya umur persekolahan dimulakan seawal lima tahun seperti yang telah dilaksanakan oleh keba- nyakan negara maju.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu jawatankuasa yang diterajui Ketua Pengarah Pelajaran akan meneliti perkara tersebut sebelum keputusan muktamad pelaksanaannya diumumkan.

Hakikatnya, di negara kita, kanak-kanak seawal usia empat tahun sudah dihantar mengikuti pendidikan prasekolah khususnya di kawasan bandar. Manakala di kampung dan kawasan pedalaman, kanak-kanak mula mengikuti pendidikan prasekolah pada usia lima tahun atau enam tahun. Bergantung kepada kemudahan prasarana untuk pendidikan tersebut.

Pendidikan prasekolah adalah sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1992. Malah, kini ia menjadi sebahagian daripada Program Transformasi Kerajaan (GTP) di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dengan sasaran sebanyak 87 peratus kanak-kanak di negara ini mengikuti pendidikan prasekolah pada 2012 dan 97 peratus menjelang 2020.

Melihat kepada senario ini jelas bahawa kanak-kanak berusia lima tahun sudah pun mula bersekolah. Bezanya mereka tidak memakai pakaian seragam yang sama dan tidak pergi ke bangunan bernama 'sekolah'.

Pendidikan prasekolah diadakan di premis yang berbeza infrastruktur bergantung kepada pengendalinya. Kebanyakan prasekolah swasta beroperasi di rumah atau ruang bangunan yang disewa. Manakala prasekolah kerajaa biasanya diadakan di balai raya atau bangunan sendiri. Namun begitu, dari aspek kurikulum kini telah diseragamkan. Semua pengendali pendidikan prasekolah - kerajaan dan swasta - menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (NPCS). Guru dan pembantunya juga wajib mengikuti kursus latihan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Semua guru prasekolah mesti memiliki ijazah. Sebelum ini, syarat minimum ialah mempunyai Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE). Itu sudah tidak mencukupi dan perlu dinaik taraf serta latihan semula.

KPM dalam satu kenyataan baru-baru ini menyatakan seramai 6,580 guru prasekolah swasta dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah selesai menjalani latihan bagi meningkatkan profesionalisme dan kualiti pendidikan awal murid di seluruh negara.

Daripada 6,580 guru yang telah dilatih, 3,299 guru dilatih oleh 10 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan pusat latihan swasta, sementara bakinya dilatih oleh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pendidikan guru (IPG).

Kerajaan akan melatih 21,000 guru prasekolah sepanjang tempoh 2010 hingga 2012 di bawah GTP untuk menampung 700,000 tenaga pengajar bagi pelajar prasekolah di seluruh negara.

- UTUSAN

Batuk pagi, malam tanda asma

by

BATUK antara penyakit yang sering di pandang ringan. Ada yang menganggap ia kurang berbahaya termasuk yang dialami di kalangan kanak-kanak.

Tetapi ibu bapa perlu sedar, ia mungkin merupakan petanda awal asma atau lelah terutama apabila anak-anak sering batuk pada waktu malam.

Biasanya penyakit asma di kalangan kanak-kanak bermula dengan batuk berpanjangan di waktu malam dan awal pagi.

Pakar Kanak-kanak, Hospital Perubatan Pantai, Dr. Amir Mohd. Nor memberitahu, asma sememangnya biasa berlaku pada kanak-kanak yang mana ia akan hilang apabila mereka meningkat dewasa.

''Dalam keadaan ini, mereka selalunya berkahak yang boleh menyebabkan batuk dan muntah. Sesetengah kanak-kanak juga mudah berhingus atau hidung berair pada waktu malam," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Secara umumnya menurut Dr. Amir, asma berlaku apabila salur pada paru-paru sempit atau tersumbat.

''Di sini, udara yang beroksigen akan menyerap ke salur darah dan menyebabkan kandungan oksigen dalam darah tinggi.

"Apa yang dimaksudkan dengan asma ialah keadaan di mana salur paru-paru kecil (bronchiol) menjadi radang sekali gus menyebabkan salur paru-paru tersebut sempit," terangnya lagi.

Secara klasiknya, asma menyebabkan kanak-kanak akan mengalami batuk berterusan, nafas berbunyi dan semput. Biasanya batuk yang dialami kanak-kanak itu adalah basah dan berkahak.

Bagaimanapun, terdapat sebahagian daripada kanak-kanak yang tidak mempunyai tanda-tanda klasik tersebut.

''Ini akan menyukarkan diagnosis dan kebanyakan kanak-kanak ini akan mengalami batuk berterusan yang tidak baik walaupun sudah makan pelbagai jenis ubat.

"Sekira ada juga simptom alahan seperti ruam, resdung atau selesema awal pagi, ia lebih meninggikan lagi kemungkinan asma atau lelah.

''Kanak-kanak yang mempunyai masalah asma senang mengalami jangkitan kuman pada paru-parunya," terangnya.

Disebabkan asma selalu dicetuskan selepas demam selesema biasa, ini menyebabkan kadar kemasukan hospital lebih tinggi di kalangan kanak-kanak menghidap penyakit tersebut.

Bagaimanapun, terdapat faktor lain yang boleh mencetuskan simptom lelah seperti habuk atau hama habuk, asap rokok, buah-buahan dan sebagainya.

Tegasnya, walaupun perkara yang menyebabkan asma itu berbeza dari seorang ke seorang tetapi secara umumnya apa yang dinyatakan di atas ialah punca utama.

Ditanya mengenai rawatan asma, Dr. Amir Mohd. Nor berkata, tiada rawatan khusus bagi menyembuhkan asma.

''Ubat yang dimakan kanak-kanak menghidap asma hanya untuk mengawal simptom itu tetapi tidak menyembuhkan seseorang itu daripada masalah asma," katanya.

Malah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap asma ini akan pulih dengan sendiri apabila mereka besar atau mencapai peringkat remaja.

''Ada dua kategori ubat ketika memberi rawatan kepada kanak-kanak menghidap asma iaitu ubat-ubatan yang mencegah kanak-kanak daripada serangan asma dan ubat-ubatan yang mengurangkan simptom asma ," akuinya.

Bagaimanapun Dr. Amir menegaskan apabila kanak-kanak sering mendapat simptom asma, mereka perlu mengambil ubat yang boleh mencegah simptom daripada berulang.

''Ubat ini memerlukan pengambilan setiap hari oleh itu ramai ibu bapa berasa takut kononnya kanak-kanak itu terpaksa bergantung kepada ubat. Ini tidak benar, bagaimanapun mendapat rawatan secara berterusan mampu memberikan kesihatan yang baik kepada anak-anak ini," katanya.

- UTUSAN

Remaja perlu suntikan agama elak keruntuhan moral lebih serius

by

Oleh HASNAH HUSSIIN

Pensyarah Kanan Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang


Dewasa kini kita dikejutkan dengan penglibatan remaja dalam rompakan, pembunuhan, buli, maksiat, rempit dan lain-lain kegiatan tidak bermoral yang sememangnya membimbangkan kita sebagai warga negara Malaysia yang telah lebih 50 tahun merdeka.

Sama ada kita sedari atau tidak, golongan remaja inilah yang akan menerajui tampuk pemerintahan pada masa hadapan. Barangkali apa yang telah berlaku ini memberikan kita isyarat bahawa ada sesuatu yang tidak kena atau perlu kita perbaiki terutamanya dalam sistem pendidikan kita pada hari ini.

Jika kita lihat kepada sistem pendidikan kita pada hari ini, rata-rata menekankan kepada pendidikan sains, teknologi dan maklumat. Memang tidak dinafikan zaman ini merupakan zaman sains dan teknologi maklumat, justeru itu kita diseru agar berlumba-lumba untuk maju dalam bidang tersebut.

Semua orang mahu memastikan diri mereka tidak ketinggalan dalam arus globalisasi dan teknologi maklumat. Ada pula yang merasakan jika mereka tidak dapat menguasai arus globalisasi ini, mereka akan dikira sebagai ketinggalan zaman dan buta teknologi.

Hasilnya kita dapati kursus-kursus teknologi maklumat mendapat pengiktirafan, kajian-kajian mengenai teknologi juga begitu giat dijalankan dan telah menang di peringkat kebangsaan dan juga luar negara. Nampaknya rakyat negara ini betul-betul celik teknologi dan kini sudah setanding dan tidak kalah dengan negara barat. Syabas diucapkan!.

Sememangnya pendidikan itu berfungsi untuk membangunkan sahsiah dan fizikal seseorang. Dalam hal ini, kita sepatutnya tidak boleh berat sebelah dengan menekankan kepada pendidikan untuk kemajuan fizikal semata-mata iaitu yang kita lihat pada masa kini kemajuan lahiriah.

Pendidikan juga perlu menekankan aspek rohani di mana aspek atau nilai kemanusiaan perlu ditanam dalam jiwa kanak-kanak daripada sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi.

Inilah yang perlu dikaji semula dalam sistem pendidikan kita pada hari ini. Pendidikan yang tidak seimbang akan melahirkan generasi yang tidak seimbang juga dari aspek rohani dan jasmani. Apa yang kita nampak kini adalah ketidakseimbangan pembangunan negara dengan pembangunan insan.

Kita memang tidak boleh menafikan pembangunan yang dikecapi oleh negara Malaysia masa kini jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Memang sesiapa pun akan tabik dengan pencapaian yang diperolehi oleh Malaysia setakat ini.

Mat Salleh yang dulunya tidak tahupun wujudnya Malaysia kini sudah tahu Malaysia adalah sebuah negara yang aman, makmur dan kaya raya. Melihatkan kepada pencapaian Malaysia dalam hal ini, sudah tentulah kita akan merasa malu dengan peningkatan jenayah yang kebanyakan dilakukan oleh para remaja kita sendiri. Apa yang perlu kita lakukan dalam sistem pendidikan kita hari ini?

Sebenarnya jika kita menyelidik kepada masalah yang dihadapi dan dilakukan oleh para remaja masa kini adalah disebabkan kurangnya pendidikan agama. Agama membimbing manusia ke arah jalan yang diredhai. Agama mengajar manusia mana yang baik dan mana yang buruk.

Kurangnya didikan agama atau tidak mendapat didikan agama langsunglah yang menjadi penyebab mengapa berlakunya maksiat di kalangan remaja begitu berleluasa dan juga melakukan perkara-perkara yang dilarang agama seperti merompak, ragut, mencuri yang terang-terang dilarang oleh agama.

Kita tidak boleh mengharapkan sepenuhnya kepada ibu bapa dan pusat tusyen memainkan peranan ini. Sekolah dan IPT adalah tempat yang asas untuk mendidik dan menyemai pendidikan keagamaan kepada anak-anak dan remaja. Malangnya, pendidikan agama dilihat tidak ada "nilai" bagi sesetengah pihak kerana ia tidak boleh memberikan seseorang itu kekayaan, kesenangan dan sanjungan. Justeru itu, pendidikan agama seakan-akan disisihkan dalam sistem pendidikan kita.

Rasanya masa sudah tiba untuk kita memartabatkan pendidikan agama ini sebaris dengan subjek-subjek yang lain di semua peringkat pengajian. Ini adalah selari dengan negara kita negara Islam dan Islam agama rasmi negara.

- UTUSAN


Gerakan tolak kewangan Islam

by

Oleh ZULKIFLI HASAN

Universiti Durham, United Kingdom

Perkembangan pesat kewangan Islam di dunia dengan menikmati pertumbuhan 15 hingga 20 peratus setahun telah mencecah AS$1 trilion tahun ini. Dalam masa lima tahun akan datang, kewangan Islam mungkin akan mencapai saiz AS$2 trilion dan bakal memberikan impak yang signifikan kepada sektor kewangan dunia yang kini bernilai AS$232 trilion (tidak termasuk pasaran derivatif).

Dengan jumlah kira-kira 1.6 bilion Muslim di seluruh dunia yang mana Qatar merupakan negara pendapatan per kapita tertinggi dunia yang mencecah AS$83,841 dan Brunei di tangga kelima dengan AS$49,110 diikuti negara-negara pengeluar minyak terbesar dunia seperti Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan UAE, kewangan Islam dilihat mampu memberikan impak besar kepada ekonomi dunia.

Secara umumnya, kewangan Islam diterima positif dan ia bukan sahaja diamalkan di negara-negara majoriti penduduk Islam, bahkan di negara barat dan minoriti penduduk Islam seperti Amerika, Australia, Jepun, Kanada, Perancis, United Kingdom, Jerman, Luxembourg dan Itali.

Di samping teruja dengan perkembangan ini, elok rasanya jika kita meninjau beberapa maklum balas negatif mengenai sambutan dan reaksi masyarakat antarabangsa terhadap kewangan Islam. Di Korea umpamanya, Parlimen telah menolak bil undang-undang pindaan cukai bagi tujuan pelaksanaan kewangan Islam atas dasar dipengaruhi oleh lobi Islamophobia pihak tertentu seperti Christian Evangelical Group. Di India, nasionalis Hindu secara terbuka membantah sebarang usaha untuk melaksanakan kewangan Islam. Di Australia, Senator Cory Bernardi dari Parti Liberal dan juga Senator Nick Sherry dari Parti Buruh dengan lantang menolak sistem kewangan Islam dan berpandangan bahawa ia tidak sesuai dengan nilai-nilai barat.

Di Amerika, sudah ada gerakan anti-kewangan Islam yang antaranya dipengaruhi oleh Alex Alexiev, Timbalan Presiden Center for Security Policy, sebuah organisasi penyokong kuat Israel.

Perkembangan negatif ini bukan sahaja berlaku di negara-negara barat, bahkan di negara majoriti penduduk Islam sendiri seperti Oman di mana pihak autoritinya masih keberatan untuk melaksanakan sistem kewangan Islam.

Perhatian juga harus diberikan kepada beberapa gerakan dipelopori golongan tertentu termasuk orang Islam sendiri yang terus menerus memberikan gambaran yang salah dan tidak adil terhadap kewangan Islam. Terdapat juga laman web dan blog serta medium komunikasi lain memaparkan fakta yang tidak tepat dan berat sebelah yang mampu menjejaskan perkembangan sektor ini.

Reaksi dan maklum balas negatif terhadap kewangan Islam ini seharusnya diambil perhatian serius, sebelum mana-mana gerakan yang cuba menjatuhkan sektor ini bermaharajalela. Malaysia sebagai salah sebuah negara yang komited mempromosikan kewangan Islam perlu lebih memainkan peranan di peringkat nasional dan antarabangsa untuk terus memberikan kefahaman serta mendidik masyarakat antarabangsa mengenai kelebihan sistem kewangan Islam.

Malaysia dengan kerjasama negara lain dilihat mampu menerajui sektor ini dan seterusnya melaksanakan perancangan strategik bagi menyanggah sebarang usaha untuk menjatuhkan kewangan Islam.

- UTUSAN

Temuramah Pengarah RELA : Tugas rela semakin penting

by

Tugas dan peranan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) amat sinonim sebagai penjaga musuh tanaman, senjata yang dibekalkan kepada anggotanya sering digunakan untuk membantu para pekebun menembak babi hutan atau tupai semasa musim buah-buahan.

Walaupun tugas tersebut masih tetap dijalankan termasuk membantu pihak berkuasa tempatan menembak gagak atau anjing liar, melakukan aktiviti gotong royong dan mengawal lalu lintas, namun fungsi dan tanggungjawab anggota Rela kini dilihat semakin penting kepada isu keselamatan negara.

‘‘Selain menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Imigresen, anggota Rela turut diberi tanggungjawab oleh Malaysia Airport Berhad (MAB) menjaga Short Take Off Landing Airport atau STOL Port di Sabah dan Sarawak,” kata Ketua Pengarah Rela, Datuk Zaidon Asmuni kepada wartawan NORLIZA ABD. RAHMAN di Putrajaya, baru-baru ini.

UTUSAN: Boleh Datuk terangkan mengenai penggunaan senjata api dalam kalangan anggota Rela?

ZAIDON: Untuk makluman, Pusat Latihan kita ada sediakan senjata api untuk kegunaan latihan seperti pump gun, M16, shot gun (senapang patah) dan pistol. Maknanya kalau hantar anggota ke Pusat Latihan, kita bagilah latihan asas guna senjata api.

Pada masa sama, kita juga ada bekalkan shot gun kepada anggota terpilih bagi tujuan menjaga musuh tanaman seperti ancaman babi hutan dan tupai. Tugas ini memang sudah lama kita lakukan.

Tetapi senjata juga digunakan untuk mengawal keselamatan kampung daripada ancaman musuh. Anggota terpilih akan diberikan lesen Carry & Use (C&U) di mana lesen senjata api dikeluarkan oleh polis.

Kalau nak ikutkan orang mengenali Rela sebagai penembak tupai terutamanya semasa musim buah, tetapi itu cuma kerja sampingan saja, sebenarnya tugas kita lebih kepada menjaga keselamatan kampung.

Sejauh mana pakaian seragam anggota Rela mampu menaikkan imej pasukan ini?

ZAIDON: Kita sebenarnya sebuah pasukan sukarela beruniform yang berlatar belakangkan keselamatan. Oleh kerana Rela berada di mana-mana, kita biasanya menjalankan tugas membantu untuk bersama-sama cegah jenayah dengan polis, Jabatan Imigresen dan agensi-agensi lain yang memerlukan khidmat Rela.

Fokus kita adalah menjaga keselamatan, keamanan, kesejahteraan dan keharmonian setempat. Maksud saya anggota Rela di Kuala Lumpur tidak dikerah bekerja di Sabah, Sarawak atau Pulau Pinang, mereka bekerja di Kuala Lumpur sahaja. Tidak seperti polis dan askar yang kena kerah ke Sabah, Sarawak atau ke mana-mana lokasi. Kalau mereka duduk Kajang, di situlah tempat mereka bekerja. Sebab kita ini sebahagian daripada masyarakat di sesebuah kampung, taman perumahan atau pekan.

Boleh Datuk jelas apakah maksud ‘untuk mata dan telinga’ pasukan keselamatan? Bagaimana anggota Rela membantu mencegah jenayah?

ZAIDON: Sebagai penduduk tempatan, biasanya kita lebih tahu kalau berlaku kegiatan jenayah atau pengedaran dadah di tempat kita. Sebagai orang tempatan, kita tahu bahawa ada orang luar masuk kampung kita selain mengenali ramai penduduk.

Justeru apabila berlaku kegiatan jenayah, penyeludupan atau kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI), maka anggota Rela akan salurkan maklumat kepada polis atau Imigresen.

Di sinilah peranan kita sebagai mata dan telinga kerajaan dalam memberi maklumat risikan untuk tujuan keselamatan. Setakat ini, polis sudah merekrut 3,663 anggota Rela menganggotai Pasukan Sukarelawan Polis untuk membantu mencegah jenayah di empat negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor.

Semua anggota Rela yang bertugas dibayar elaun sebanyak RM4 sejam dan bekerja lapan jam sehari. Gaji mereka tidak dibayar oleh agensi kerajaan lain walaupun bertugas membantu Imigresen atau MAB.

Masih sesuaikah lagi konsep kerja Rela tembak tupai?

ZAIDON: Sebenarnya pada masa ini Rela ditugaskan menjaga semua depoh tahanan Imigresen di seluruh negara kecuali di Sabah dengan kekuatan antara 60 ke 70 anggota pada satu-satu masa di sesebuah depoh.

Kita juga telah ditugaskan menjaga rumah perlindungan mangsa anti-pemerdagangan orang di Tanjung Keling, Melaka.

MAB juga lantik kita berkawal di lapan buah STOL Port dekat Sabah dan Sarawak. Selain itu, anggota kita juga sudah ditempatkan di jeti-jeti awam di seluruh negara.

Melihat kepada pertambahan tugas dan keperluan menempatkan ramai anggota di seluruh negara, Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyasarkan penyertaan 2.6 juta anggota menjelang akhir tahun 2011 dan kita yakin dapat mencapai sasaran tersebut.

Baru-baru ini, Briged Orang Asli di Bera, Pahang dilancarkan. Bagaimana dengan penyertaan mereka?

ZAIDON: Penduduk pedalaman terutamanya Orang Asli apabila pakai pakaian seragam, semangat mereka lain. Maksud saya mereka cukup bersemangat. Sebab itu, saya minta Komander Briged Rela Orang Asli, Brigedier Jeneral Senator Mohd. Olian Abdullah meneliti anggotanya dari segi kebajikan, tugas dan sebagainya.

Kebanyakan anggota beritahu, di kawasan penempatan Orang Asli sudah banyak berlaku jenayah dan pencerobohan hutan. Jadi, dengan adanya penyertaan mereka dalam pasukan ini, keselamatan di sana akan lebih terjamin.

Walaupun terbabit secara langsung dalam menjaga keselamatan, kami masih terlibat dengan aktiviti sukarela seperti gotong royong, membantu membersihkan rumah mangsa banjir, menjaga lalu lintas semasa majlis kenduri kahwin atau di pasar malam tanpa dibayar elaun RM4 sejam kerana ia terpulang kepada penganjur.

Pasukan Rela juga boleh berfungsi sebagai agen perpaduan kerana ia turut disertai kaum Melayu, Cina dan India, sejajar dengan konsep Gagasan 1Malaysia.

Nasihat saya kepada remaja yang berusia 16 tahun ke atas, anda dialu-alukan menyertai pasukan Rela. Banyak manfaat yang boleh dinikmati selain menjaga keselamatan di tempat sendiri.

- UTUSAN


29 Disember 2010

iPad mengecam tumbuhan

by

Maklumat kini hanya di hujung jari. Masakan tidak, anda hanya perlu duduk di hadapan komputer, tekan sahaja papan kekunci dan tetikus seterusnya pilih apa sahaja maklumat yang dikehendaki.

Sama ada maklumat tersebut mengandungi unsur positif mahupun negatif ia terpulang kepada anda untuk menilai baik buruk maklumat yang dipaparkan.

Namun bagi yang tahu akan kelebihan serta manfaat teknologi maklumat tanpa sempadan tersebut pastinya ia tidak akan disia-siakan.

Mengambil kesempatan terhadap perkembangan teknologi yang rancak kini, Universiti Putra Malaysia (UPM) di bawah Fakulti Perhutanan memperkenalkan satu sistem pengecaman tumbuhan menggunakan teknologi terkini.

Lebih membanggakan, teknologi tersebut turut diterapkan dalam bidang penyelidikan perhutanan universiti tersebut, iaitu di Hutan Simpan Ayer Hitam (HSAH), Puchong, Selangor.

Sistem tersebut melibatkan penggunaan gajet pintar iPad keluaran Apple serta kemudahan jalur lebar tanpa wayar (WiFi).

Ketua Seksyen Hutan dan Ladang, Fakulti Perhutanan, UPM, Dr. Paiman Bawon menjelaskan, idea menggunakan iPad serta internet untuk tujuan mengenali tumbuhan telah lama beliau fikirkan.

Ia direalisasikan dengan bantuan Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi UPM.

Jika dahulu pelajar serta pengkaji perlu membawa buku rujukan ketika membuat latihan praktikal pengecaman tumbuhan, namun kini tidak perlu berbuat demikian lagi.

"Penggunaan iPad bertujuan memudahkan proses pengecaman serta pengenalan spesies tumbuhan selain menawarkan data yang lebih banyak.

"Pihak UPM, Fakulti Perhutanan khususnya telah memperuntukkan sebuah kawasan khas untuk ditanam dengan tumbuhan herba serta dilengkapi dengan kemudahan WiFi di sekitarnya," jelasnya.

Paiman yang ditemui di pejabatnya di HSAH baru-baru ini berkata, kemudahan Internet serta iPad telah dilaksanakan awal 2010.

Tambah beliau, pengkaji hanya perlu membawa iPad ketika melakukan pengecaman dalam masa yang sama mengakses laman web yang disediakan oleh Fakulti Perhutanan untuk mendapatkan maklumat serta data berkenaan tumbuhan yang terdapat di dalam kawasan khas tersebut.

Bagaimanakah sistem tersebut berfungsi?

Pastinya setiap tumbuhan yang ada di dalam kawasan khas tersebut terlebih dahulu akan dikenal pasti oleh Renjer Hutan UPM yang berkhidmat di HSAH.

Kemudian setiap tumbuhan akan ditandakan dengan nombor kod tertentu untuk memudahkan penyelidik menyemak melalui laman web yang tersedia dengan menggunakan iPad .

"Dari situ terus terpapar maklumat lengkap berserta gambar tumbuhan yang sedang dikenal pasti," katanya.

Justeru, pengkaji tidak perlu membawa spesimen tumbuhan ke makmal untuk tujuan pengecaman malah ia boleh dilakukan serentak di dalam kawasan hutan HSAH.

Jelas Paiman, pihak Fakulti Perhutanan juga dalam proses untuk menambah bilangan iPad serta berusaha memperluaskan kawasan hutan khas tersebut.

Sehingga kini, pihaknya telah menyediakan sebuah kawasan yang di penuhi tumbuhan herba lengkap bersama data serta kod.

Paiman menambah, teknologi tersebut boleh digunakan untuk tumbuhan lain terutamanya spesies pokok balak.

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh melayari laman web Fakulti Perhutanan di www.forr.upm.edu.my atau menghubungi terus ke pejabat fakulti di talian 03-89467162.

- UTUSAN

Program MyBrain15 - Tawaran Pembiayaan Pengajian Master & PhD

by
MyBrain15

Program MyBrain15 adalah salah satu program agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Matlamat program adalah untuk mewujudkan kelompok sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan dan inovasi. Ini adalah penting bagi memastikan usaha Kerajaan untuk menjadikan pembangunan ekonomi berteraskan inovasi dapat dicapai dengan jayanya. Di bawah program ini, Kerajaan mensasarkan untuk mencapai sebanyak 60,000 pemegang PhD di kalangan rakyat Malaysia. Program yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi adalah seperti berikut:

MyPhD

MyPhD terbuka kepada semua graduan yang layak dan kakitangan sektor swasta. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan jumlah kumpulan tenaga kerja profesional tempatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi berteraskan inovasi dan kreativiti yang mampu menjana pertumbuhan sektor ekonomi dan industri tempatan.
MyMaster

MyMaster merupakan feeder kepada program pembiayaan pengajian di peringkat PhD iaitu MyPhD. Objektif program ini adalah untuk merangsang dan menggalakkan graduan yang berkaliber meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang penting selaras dengan agenda pembangunan negara.
PhD Industri

PhD Industri memberi tumpuan kepada para profesional dan pengamal industri dalam menghasilkan inovasi dan meningkatkan daya saing melalui penyelidikan berasaskan industri. Program ini juga adalah insentif Kerajaan untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan antara pengamal industri dan ahli akademik dalam melahirkan profesional yang berpengetahuan tinggi.

Skim Latihan Akademik IPTA(SLAI)

SLAI bertujuan meningkatkan kualiti tenaga pengajar di IPTA selaras dengan objektif PSPTN iaitu "Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi". Dalam RMKe-10, Kerajaan mensasarkan 75% pensyarah berkelayakan PhD atau setaraf di IPTA bertaraf Universiti Penyelidikan manakala sebanyak 60% di IPTA lain. Pengajian ini terbuka kepada pensyarah/ tutor/ fellow yang berkhidmat di IPTA sahaja.

MyPhD

MyPhD terbuka kepada semua graduan yang layak dan kakitangan sektor swasta. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan jumlah kumpulan tenaga kerja profesional tempatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi berteraskan inovasi dan kreativiti yang mampu menjana pertumbuhan sektor ekonomi dan industri tempatan.

Kriteria MyPhD

Calon-calon

  • Pelajar Awam
  • Kakitangan Swasta
  • Pensyarah IPTS

Tempat Pengajian

  • IPTA
  • IPTS bertaraf GLC (UTP,MMU & UNITEN)

Bidang Tajaan

  • 60% - Sains dan Teknologi
  • 40% - Sains Sosial/Sastera Ikhtisas

Kontrak

  • Berkhidmat di Malaysia atau mana-mana organisasi yang mempunyai kepentingan kepada Malaysia selama lima (5) tahun.

Syarat-syarat Permohonan

i. Warganegara Malaysia;

ii. Umur tidak melebihi 45 tahun semasa memohon;

iii. Telah mendapat tawaran/memulakan pengajian di IPT;

iv. Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh IPTA dengan CGPA minima 3.00. Bagi mereka yang tiada kelayakan sarjana, perlu mempunyai pencapaian CGPA minima 3.50 di peringkat sarjana muda atau pengalaman berkerja berkaitan mengikut tempoh yang diluluskan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);

v. Pengajian secara sepenuh masa;

vi. Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja (kecuali menerima elaun sebagai Pembantu Penyelidik Siswazah);

vii. Pelajar akan dikenakan perjanjian bersama seorang penjamin dan ikatan kontrak untuk berkhidmat kepada negara.

Elemen Pembayaran*

KATEGORI
YURAN PENGAJIAN(MAKSIMUM SEPANJANG PENGAJIAN)
ELAUN SARA HIDUP(MAKSIMUM 42 BLN)
ELAUN BANTUAN JURNAL
ELAUN TESIS**
Pelajar Awam(Tidak Bekerja)
IPTA & IPTS : RM 24,000
RM2,300/bln
RM2,000
RM3,000
Kakitangan Swasta
IPTA : RM 24,000
Tiada
RM2,000
RM3,000
Pensyarah IPTS
IPTA : RM 24,000
Tiada
RM2,000
RM3,000
*Tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan
** Tertakluk kepada siling peruntukan yuran masih berbaki

Syarat Kontrak

i. Lima (5) tahun kontrak berkhidmat dalam negara atau dengan mana-mana organisasi yang berkepentingan untuk negara dengan gantirugi penuh pembiayaan sekiranya terlibat dalam pelanggaran kontrak;

ii. Penerima biaya yang melanggar syarat-syarat kontrak seperti berhenti atau ditamatkan pengajian oleh pihak IPT atau gagal atau berhijrah ke negara lain sebelum tamat kontrak akan dikenakan tindakan bayar balik atau gantirugi.

Pemohonan & Penawaran

i. Permohonan akan dibuka secara online sepanjang tahun mulai 01 Disember 2010.

ii. Tawaran juga secara online akan dibuat dalam empat (4) fasa iaitu Januari, April, Julai dan Oktober pada setiap tahun.

iii. Pemilihan calon akan dibuat berdasarkan penilaian oleh Jawatankuasa Pemilih yang akan dilantik Kementerian Pengajian Tinggi.

iv. Sebelum memohon, calon hendaklah terlebih dahulu:-

  • Memperolehi surat tawaran pengajian;
  • Menyediakan Kertas Rancangan Penyelidikan (proposal)

Tatacara Permohonan

1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem.

2. Borang permohonan boleh diisi dan dikemaskini butirannya dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diakui Sah & Hantar.

3. Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan telah dipersetujui oleh penyelia. Sila rujuk (Lampiran A) untuk panduan penyediaan.

4. Pemohon juga dikehendaki mengisi Kajian Cadangan Penyelidikan (Lampiran B) secara bertaip dan cetak sebagai dokumen PDF sebelum muatnaik bersama dokumen permohonan lain. Rujuk panduan menukar format dokumen seperti di bawah.

5. Permohonan akan diproses dalam empat (4) fasa iaitu Januari, April, Julai dan Oktober pada setiap tahun.

6. Semua dokumen sokongan asal hendaklah diimbas (scan) dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) melalui permohonan atas talian ini. Dokumen yang di (capture) menggunakan kamera adalah tidak dibenarkan. Dokumen sokongan tersebut adalah:

BIL
DOKUMEN
FORMAT
SAIZ MAKSIMA
1
Gambar pemohon berukuran passport
JPEG
250kb
2
Salinan kad pengenalan pemohon
PDF
280kb
3
Rancangan penyelidikan (proposal) yang disahkan oleh penyelia (muatturun format di Lampiran A)
PDF
300kb
4
Salinan transkrip akademik tertinggi (semester akhir)
PDF
280kb
5
Salinan surat tawaran kemasukan ke Institusi/Universiti
PDF
200kb
6
Kajian cadangan penyelidikan(lengkapkan maklumat di Lampiran B)
PDF
400kb
-->Klik sini untuk panduan menukar format dokumen softcopy ke format PDF.


MyMaster

MyMaster merupakan feeder kepada program pembiayaan pengajian di peringkat Master iaitu MyMaster. Objektif program ini adalah untuk merangsang dan menggalakkan graduan yang berkaliber meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang penting selaras dengan agenda pembangunan negara.

Permohonan

Permohonan ditawarkan kepada graduan dan orang awam serta kakitangan swasta untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana secara sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan yang terpilih dalam bidang Sains dan Teknologi serta Sains Sosial / Sastera Ikhtisas. Bagi bidang Sains Sosial / Sastera Ikhtisas, keutamaan akan diberikan kepada bidang penyelidikan yang menjurus kepada inovasi, pembangunan ekonomi dan peningkatan kualiti hidup masyarakat serta berpandukan bidang-bidang yang berkaitan dengan National Key Economic Areas (NKEA).

Skop Pembiayaan

(a) Syarat-syarat Umum

    (i) Pemohon adalah warganegara Malaysia;
    (ii) Berumur tidak melebihi 35 tahun semasa memohon;
    (iii) Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minima 2.75;
    (iv) Telah ditawarkan pengajian secara sepenuh masa oleh IPT;
    (v) Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja;
    (vi) Tidak pernah mendapat tajaan dari Kerajaan / Kerajaan Negeri / Agensi Kerajaan / Badan Berkanun untuk pengajian di peringkat yang sama; dan
    (vii) Tiada ikatan perjanjian untuk berkhidmat dengan mana-mana pihak sepanjang tempoh tajaan.

(b) Elemen Pembiayaan


Pembiayaan*
Tempoh Biaya(Maksimum)
1. Yuran Pengajian (tidak termasuk wang hemat diri dan yuran penginapan) tidak melebihi RM10,000;
2. Pembiayaan yuran pengajian akan dibayar terus kepada pihak IPT berkenaan
24 Bulan
3. Bantuan Penyediaan Tesis tertakluk siling yuran masih berbaki :
Mod Penyelidikan : RM3,000
Mod Campuran (Kerja Kursus dan Tesis) : RM1,500
Sekali sepanjang pengajian
*Tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan

(c) Ikatan Perjanjian


i. Semua penerima biaya perlu menandatangani ikatan perjanjian bersama seorang penjamin dengan Kerajaan sebagai tanda setuju untuk mengikuti pengajian sepanjang tempoh tajaan.

ii. Tuntutan gantirugi boleh dikenakan sekiranya:-

    a. Pelajar menarik diri atau menangguh pengajian tanpa kebenaran;
    b. Diberhentikan oleh IPT kerana masalah disiplin, kelemahan akademik atau sebab-sebab lain yang telah ditetapkan di bawah peraturan IPT berkenaan; dan
    c. Pelajar gagal dalam pengajian.

Pemohonan & Penawaran

i. Permohonan akan dibuka secara online sepanjang tahun mulai 01 Disember 2010.

ii. Tawaran juga secara online akan dibuat dalam empat (4) fasa iaitu Januari, April, Julai dan Oktober pada setiap tahun.

iii. Sebelum memohon, calon hendaklah terlebih dahulu memperolehi surat tawaran pengajian.

Tatacara Permohonan

1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem.

2. Borang permohonan boleh diisi dan dikemaskini butirannya dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diakui Sah & Hantar.

3. Permohonan akan diproses dalam empat (4) fasa iaitu Januari, April, Julai dan Oktober pada setiap tahun.

4. Semua dokumen sokongan asal hendaklah diimbas (scan) dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) melalui permohonan atas talian ini. Dokumen yang di (capture) menggunakan kamera adalah tidak dibenarkan. Dokumen sokongan tersebut adalah:

BIL
DOKUMEN
FORMAT
SAIZ MAKSIMA
1
Gambar pemohon berukuran passport
JPEG
250kb
2
Salinan kad pengenalan pemohon
PDF
280kb
3
Salinan transkrip akademik tertinggi (semester akhir)
PDF
280kb
4
Salinan surat tawaran kemasukan ke Institusi/Universiti
PDF
200kb

5. Pemohon yang mengikuti pengajian secara Penyelidikan atau Kerja Kursus & Penyelidikan dikehendaki untuk turut muatnaik dokumen berikut:

BIL
DOKUMEN
FORMAT
SAIZ MAKSIMA
1
Rancangan penyelidikan (proposal) yang disahkan oleh penyelia (muatturun format di Lampiran A)
PDF
300kb
2
Kajian cadangan penyelidikan (lengkapkan maklumat di Lampiran B)
PDF
400kb

Top Ad 728x90