Bank Simpanan Nasional (BSN) menyasarkan kira-kira 200,000 daripada 2.8 juta pelanggannya ketika ini akan menggunakan perkhidmatan Pindahan Wang Antara Bank (IBFT) yang ditawarkan bank itu, menjelang akhir tahun ini.
Naib Presiden Kanan/Ketua Khidmat Bayaran BSN, Zaukifele Ibrahim, berkata perkhidmatan baru itu yang diperkenalkan akhir Disember lalu, membolehkan pelanggan kad debit BSN melakukan pindahan wang ke bank lain menerusi rangkaian ATM Sistem Pembayaran Elektronik (MEPS).
Katanya, pemegang kad bank lain yang menyertai perkhidmatan IBFT juga boleh menggunakan 733 mesin ATM BSN di seluruh negara bagi melakukan transaksi pindahan, yang mana BSN kini adalah bank keempat terbesar daripada segi rangkaian ATM.
Beliau berkata, pengenalan perkhidmatan IBFT adalah antara usaha BSN untuk menawarkan perkhidmatan perbankan yang menyeluruh, termasuk perbankan internet kepada pelanggan menjelang akhir tahun ini.
"Dalam tempoh setahun pertama ini, kami sasarkan 200,000 pemegang kad debit BSN akan menggunakan perkhidmatan IBFT dengan lebih 500,000 transaksi pindahan," katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam.
Zaukifele berkata, berdasarkan perangkaan transaksi pindahan IBFT industri yang mencatatkan 140,000 sebulan, BSN menyasarkan menguasai 10 peratus daripada transaksi berkenaan.
Katanya, pelanggan yang boleh menggunakan perkhidmatan IBFT BSN ialah pemegang kad BSN yang berurusan di ATM BSN atau bank lain, serta pemegang kad bank lain yang berurusan di ATM BSN di seluruh negara.
"BSN turut menyediakan kemudahan perkhidmatan deposit akaun Tabung Haji menerusi rangkaian mesin deposit tunai (CDM)," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, BSN menjangkakan 300,000 pelanggannya akan mendaftar menggunakan perkhidmatan perbankan menerusi SMS, menjelang akhir tahun ini.
Setakat Disember 2009, katanya, hampir 800,000 urusan transaksi RM8.39 juta dilaksanakan menerusi perbankan SMS, membabitkan lebih 120,000 pelanggan berdaftar.
"Perbankan melalui SMS ini diperkenalkan sejak Oktober 2008 dan antara kemudahan ditawarkan termasuk tambah nilai prabayar telefon bimbit, pertanyaan baki akaun, pembayaran bil utiliti utama, pembelian sijil simpanan premium (SSP) dan pembelian nombor pin untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam," katanya.
Zaukifele menambah, berkata, BSN juga akan mula menawarkan perkhidmatan perbankan internetnya, myBSN.com.my, mulai April ini sejajar inisiatif berterusannya untuk meningkatkan keselesaan pelanggan.
- BERITA HARIAN

Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.