Undang-Undang
Dakwa walaupun satu DVD haram
Orang ramai boleh dikenakan tindakan undang-undang walaupun hanya memiliki sekeping cakera video digital (DVD) atau cakera padat video (VCD) cetak rompak apabila pindaan Akta Hak Cipta mendapat kelulusan Jabatan Peguam Negara dan Kabinet.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pindaan itu dicadangkan oleh kementeriannya bagi memastikan hak cipta sesuatu produk terpelihara.
Beliau berkata, pindaan akta terbabit sedang diteliti secara terperinci dan dirujuk kepada Peguam Negara sebelum dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, Mac depan.
"Mengikut peruntukan sedia ada, hanya mereka yang memiliki lebih daripada tiga keping DVD atau VCD cetak rompak boleh ditahan... itulah yang kita mahu pinda. Kita tidak mahu undang-undang sedia ada berat sebelah.
"Jika boleh, sesiapa yang didapati bersalah sama ada penjual atau pembeli dikenakan tindakan," katanya selepas merasmikan Program Kesedaran Kepenggunaan peringkat negeri di Seberang Jaya, di sini semalam.
Ismail Sabri berkata, dalam pindaan itu juga, pemilik premis yang membenarkan penjualan DVD dan VCD cetak rompak di premis mereka boleh dikenakan tindakan, tetapi bentuk hukumannya masih diteliti kementerian terbabit.
Katanya, kementerian juga akan membentangkan Akta Persaingan bagi mengawal peniaga yang berpakat menaikkan harga untuk mendapatkan keuntungan tidak munasabah dan menafikan hak pengguna mendapatkan harga murah atau melakukan pilihan.
Selain itu, beliau berkata, empat lagi akta yang akan dipinda untuk melindungi hak pengguna ialah Akta Jualan Langsung, Akta Perlindungan Pengguna, Akta Kawalan Harga dan Akta Sewa Beli.
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, kementerian akan menguatkuasakan harga barang kawalan sempena Tahun Baru Cina selama 12 hari bermula 10 hingga 21 Februari ini, termasuk daging babi panggang yang kali pertama disenaraikan.
"Kita menerima aduan mengenai harga daging babi panggang yang terlampau tinggi menjelang sambutan Tahun Baru Cina. Senarai penuh harga barang kawalan, termasuk daging babi akan diumumkan awal Februari ini," katanya.
- BERITA MINGGU

Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.