e-buku bongkar rahsia publisiti percuma

Laman web RahsiaPublisiti.com melancarkan e-buku berjudul 'Bongkar Rahsia Meraih Publisiti Hampir Percuma di Akhbar dan Majalah untuk Produk & Organisasi Anda' ditujukan kepada pembaca sasaran usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pelajar kolej di bidang komunikasi dan media.

Penulisnya, Harlym Yeo, berkata beliau mengambil masa sebulan setengah mengumpul bahan dari pelbagai sumber termasuk pengalaman sendiri yang hampir dua dekad dalam bidang pengiklanan, pemasaran, perhubungan awam, perancangan media dan penerbitan.

"Seperti kebanyakan pengamal perhubungan awam syarikat, saya mencari cara paling efektif untuk mendapat publisiti secara percuma beberapa tahun dulu ketika menggalas tanggung jawab sebagai pegawai perhubungan awam.

"Selepas terbabit secara langsung dalam bidang pengiklanan, pemasaran dan media sejak 1991, akhirnya saya kumpulkan pengalaman itu dalam e-buku ini," katanya.

E-buku itu diedar percuma hari ini melalui laman sesawang http://www.RahsiaPublisiti.com

2 ulasan:

  1. Terima kasih atas kesudian tuan memaparkan maklumat ini kepada khalayak pembaca blog ini. Moga sesiapa yang memuat turun dan membaca eBook ini bakal beroleh manfaat yang sewajarnya.

    Salam Hormat,
    Harlym Yeo
    Penulis eBook Rahsia Publisiti Percuma
    http://www.RahsiaPublisiti.com

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.