Kewangan
EON Bank unjur deposit RM38 bilion dalam kempen simpanan 2010
EON Bank Bhd. (EON Bank) mengunjurkan pertumbuhan deposit hampir 20 peratus kepada RM38 bilion tahun ini daripada RM32 bilion tahun lalu menerusi satu siri kempen menyeluruh yang akan diadakannya.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Michael Lor berkata, pertumbuhan itu dijangkakan daripada pelanggan individu, perniagaan perbankan konvensional dan Islam merentasi semua produk.
Lor menambah, EON Bank menyasarkan peningkatan deposit sebanyak RM300 juta daripada kempen Savers Go Places yang dilancarkan hari ini.
“Kami menjangkakan seramai 20,000 orang pelanggan baru setiap bulan menyertai kempen ini sejajar dengan aspirasi kami sebagai Pilihan Bank Malaysia bagi para pelanggannya,” katanya selepas melancarkan kempen Savers Go Places, di sini hari ini.
Lor berkata, bank juga telah menetapkan sasaran agresif terhadap pertumbuhan pinjaman selain deposit bagi melengkapi rancangan perniagaan keseluruhan.
“Kami menyasarkan pertumbuhan pinjaman sebanyak 14 peratus tahun ini didorong oleh perniagaan teras perbankan runcit dan pinjaman perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta disokong perbankan perniagaan korporat dan pelaburan.
“Sebanyak 85 peratus perniagaan datang daripada francais perbankan runcit dengan 65 peratus daripada aset perbankan pengguna manakala bakinya daripada pelanggan perbankan PKS,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya mencatatkan pertumbuhan positif, tahun lalu seiring dengan sasaran yang ditetapkan antara enam hingga lapan peratus.
Mengenai kempen Savers Go Places, Lor menjelaskan, kempen baru itu disasarkan kepada golongan pelanggan individu perbankan konvensional dan Islam.
Katanya, pelanggan baru hanya perlu membuka akaun simpanan atau semasa pada suku pertama tahun ini atau menambah wang simpanan bagi melayakkan diri untuk memenangi hadiah setiap suku tahun.
“Hadiah-hadiah utama bagi suku pertama berakhir 31 Mac termasuk kereta Toyota Vios atau pakej pelancongan pilihan pengguna serta 10 hadiah sagu hati seperti iPhones, komputer riba dan televisyen LCD.
- UTUSAN

Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.