Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee
Apabila artikel saya tidak disiarkan minggu lepas, ramai pembaca tertanya-tanya adakah saya tidak menulis lagi, apa yang telah berlaku? Terharu saya, akan pertanyaan sedemikian.
Tidak sangka penulisan insan kerdil ini masih mendapat perhatian. Kekerdilan inilah yang menjadikan saya sentiasa sedar diri dan bersyukur atas nikmat yang dianugerahkan Ilahi di bumi bertuah ini.
Selama ini saya bersabar menghadapi pelbagai penghinaan dan kutukan daripada mereka yang tidak bersetuju dengan penulisan saya. Ada juga yang mendoakan agar saya cepat mati dan seterusnya masuk neraka. Lebih ekstrem lagi ada yang menyenaraikan saya dalam buku daftar kematian. Alhamdulillah, saya masih ada kekuatan untuk menghadapi tekanan dan cabaran sebegini. Saya amat menghargai rakan-rakan seagama yang sentiasa memberikan dorongan dan kekuatan untuk saya terus menulis dan tidak takut kepada ugutan dan amaran.
Jika kita terlalu takut dengan manusia, di manakah keyakinan kita terhadap Allah SWT? Semua ini mengingatkan saya erti menganut Islam yang sebenar. Jika selama ini saya boleh menghadapi segala tohmah sejak mula memeluk Islam sehinggalah ke hari ini, kenapa saya harus berundur sekarang? Saya bukannya melakukan dosa besar atau kejahatan. Saya hanya mahu menyedarkan rakan-rakan seagama agar tidak leka dan bangun mempertahankan agama suci ini, jangan sampai ia dipermainkan. Adakah itu satu pengkhianatan terhadap bangsa sendiri? Bukankah keturunan saya patut dihargai kerana tindakan saya ini?
Saya pasrah, akan takdir yang ditentukan oleh Allah SWT. Hidup ini tiada yang lebih utama selain mendapat keredhaan-Nya. Dialah yang menjadikan manusia maka, Dialah juga menentukan ajal maut seseorang.
Saya disenarai hitamkan dan dituduh sebagai hipokrit kerana menghantar anak-anak saya belajar di sekolah vernakular. Apakah mereka tidak faham apa yang saya tulis? Saya berulang kali mengatakan dalam penulisan sebelum ini, sememangnya kesemua anak saya belajar di sekolah vernakular dan saya tidak pernah berselindung. Mereka yang hipokrit tidak membaca keseluruhan artikel saya. Mereka hanya mengambil yang negatif, kemudian manipulasikan ayat tersebut agar saya dibenci, dihina dan dikeji. Inilah provokasi ultra kiasu yang amat bahaya dalam politik Malaysia. Mereka sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mendapatkan laba dan kepentingan politik, bagi meraih simpati untuk mendapatkan kuasa secara bacul.
Terus terang, anak-anak saya mempunyai latar belakang yang baik dalam bahasa Melayu (BM). Mereka tidak pernah gagal dalam BM, apatah lagi untuk masuk kelas peralihan selepas tamat sekolah rendah. Justeru, adakah salah saya menghantar anak saya ke sekolah vernacular selagi ia berada dalam sistem pendidikan? Malah saya pernah mencadangkan, jika sekolah vernakular ini mahu terus diwujudkan, lebih elok jika orang Melayu belajar di sekolah vernacular, manakala bukan Melayu perlu belajar di sekolah kebangsaan. Dengan maksud, orang Melayu dapat menguasai bahasa bukan Melayu, manakala orang bukan Melayu boleh berbahasa Melayu dengan baik. Tidakkah itu lebih adil dan dapat mencapai perpaduan nasional? Apapun, perkara ini tidak akan berlaku.
Lagipun, dengan menghantar anak-anak saya ke sekolah vernakular, sekurang-kurang saya bercakap serupa bikin. Menulis berasaskan fakta dan realiti. Jika tidak, saya bercakap tidak serupa bikin. Saya tidak mahu syok sendiri atau berteori semata-mata. Bila anak saya berada di sana, bermakna saya tahu perkembangan dan apa yang berlaku di sekolah tersebut. Jika ada yang saya bangkitkan tentang sekolah vernacular itu tidak betul, sila betulkan, tetapi jangan menyerang peribadi sehingga ibu bapa dan nenek moyang yang tidak bersalahpun dimaki hamun bermula dari hidup hinggalah yang mati.
Kepada mereka yang mengikuti penulisan saya, temanya berkait rapat dengan pembinaan bangsa dalam sebuah negara yang mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan. Saya tidak nampak apa yang saya tulis tidak benar. Saya suka berterus terang. Jika tidak benar, marilah kita berhujah secara akademik, jangan menuduh yang bukan-bukan.
- MINGGUAN MALAYSIA

Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.