Petronas Dagangan Bhd. (Petronas Dagangan) kini memperkenalkan Petronas Primax 97, petrol RON 97 yang dipertingkatkan untuk memberikan lebih kuasa pecutan dan penjimatan petrol di lebih 300 buah stesennya di seluruh negara. Petronas Dagangan dalam kenyataannya di sini berkata, Petronas Primax 97 yang menggantikan Primax 3, petrol RON 97 sedia ada, telah dirumus dengan bahan tambahan SINAR G07 untuk memberi prestasi enjin yang lebih mantap.
''Seperti Petronas Primax 95, petrol RON 97 yang baru ini, telah dipertingkatkan lagi dengan tiga bahan kimia aktif utama iaitu Friction Modifier, Combustion Improver dan Fuel Detergent. Friction Modifier berfungsi untuk melindungi komponen enjin dan juga Combustion Improver, bahan tambah yang berfungsi untuk meningkatkan lagi prestasi enjin secara keseluruhan,'' katanya.
Selain itu, petrol baru ini juga telah dicampurkan dengan bahan tambah yang bertindak untuk mencegah terbentuknya mendapan yang boleh menjejaskan prestasi enjin, tambah kenyataan itu. ''Prestasi Petronas Primax 97 turut diuji dan terbukti di beberapa kemudahan ujian di akreditasi dan bebas. ''
''Kuasa dan prestasi kenderaan telah diuji di kemudahan ujian kenderaan Proton, Shah Alam dan menghasilkan tiga peratus lebih kuasa,'' jelasnya. Petronas Primax 97 merupakan produk keluaran terkini selain pelbagai produk petroleum yang sediada, yang memenuhi dan melebihi spesifikasi Euro 2M dari PETRONAS.
Para pelanggan boleh mendapatkan petrol menurut keperluan nilai RON minimum kenderaan mereka iaitu Primax 97 bagi RON 97 atau Primax 95 bagi RON 95 di stesen-stesen PETRONAS seluruh negara. Petronas merancang menawarkan Petronas Primax 97 di lebih banyak stesen di seluruh negara sejajar dengan rancangan pengembangan perniagaanya.
Petronas kini mempunyai lebih 900 rangkaian stesen minyak di seluruh Negara. Untuk pertanyaan lanjut, hubungi talian hotline 1300-88-8181 atau layari www.mymesra.com.my
- UTUSAN
Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.