Beberapa sindiket siber antarabangsa dipercayai didalangi warga Afrika dan berpangkalan di Malaysia dikesan menipu warga asing dengan menawarkan peluang pekerjaan palsu di negara ini melalui internet khususnya kepada pencari pekerjaan di luar negara, termasuk India.
Sindiket itu yang bergiat lebih dua tahun lalu berurusan dengan pelanggan mereka dengan hanya bermodalkan sebuah komputer sehingga ada mangsa dari India membayar lebih RM20,000 kepada anggota sindiket kononnya untuk memproses perjawatan mereka.
Mereka menggunakan modus operandi mewujudkan e-mel kononnya milik syarikat terbabit, sebaliknya e-mel itu adalah milik anggota sindiket yang kerap diubah bagi menunjukkan perbezaan syarikat dan orang yang berkomunikasi secara dalam talian.
Konsul Besar Malaysia di Chennai, Anuar Kasman, berkata kebanyakan mangsa yang membuat aduan ke pejabatnya mengesyaki anggota sindiket itu berada di Malaysia kerana akaun bank untuk pindahan wang adalah bank yang berpusat di negara ini.
Beliau berkata, permohonan, temuramah, penawaran peluang pekerjaan dan perjanjian kontrak hanya dibuat melalui talian dan tiada pertemuan langsung.
Katanya, sindiket itu memberi fokus terhadap syarikat yang menawarkan gaji lumayan dalam industri minyak dan gas, produk petroleum, pembuatan kereta dan perhotelan manakala jawatan yang banyak ditawarkan adalah kejuruteraan, pengurusan dan perundingan.
"Selepas beberapa interaksi dengan pemohon, sindiket akan mengemukakan surat tawaran dan kontrak perjanjian kononnya dari syarikat kepada pemohon.
"Mereka perlu membuat bayaran permohonan visa, perdagangan dan industri, urusan luar negara dan pelbagai urusan lain.
"Ada yang membuat aduan ke pejabat kami perlu membuat bayaran antara RM2,000 hingga RM8,000 dengan memasukkan wang berkenaan ke akaun bank tertentu," katanya ketika dihubungi, semalam.
Anuar berkata, untuk meyakinkan pemohon, mereka diminta mengirim salinan pasport, gambar berukuran pasport, ijazah atau sijil berkaitan pengalaman dan kelayakan lain.
- BERITA HARIAN

Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.