KOTA BHARU 2 Feb.2010 - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan bermula hari ini akan menerima tempahan bagi nombor pendaftaran siri DBQ sehingga 22 Februari depan.
Pengarahnya, Abd. Ghani Che Kasim berkata, tempahan itu dibuka kepada orang ramai secara tawaran selama empat jam sehari bermula pukul lapan pagi.
Bagi nombor yang dikategorikan sebagai bernilai utama katanya, harga tempahan minimum adalah sebanyak RM10,000.
"Nombor dalam kategori ini adalah dari satu hingga 10 yang selalunya menjadi tumpuan utama pengguna," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Sementara itu katanya, bagi nombor yang dikategorikan sebagai menarik, tempahan adalah bermula pada harga minimum sebanyak RM2,000 ringgit.
Katanya, nombor itu adalah seperti 11, 55, 9999 dan banyak lagi.
"Bagi kumpulan nombor kategori popular pula, tempahan minimum dibuka bermula pada harga RM300," ujarnya.
Tambahnya, setiap tempahan perlu disertakan borang dengan jumlah wang pendahuluan sebanyak separuh daripada harga yang ditawarkan pembeli.
- UTUSAN

Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.