31 Mei 2010

Kalendar Aktiviti & Peristiwa Penting Bulan Mei 2010

by
1 Mei 2010 - Hari Pekerja

12 Mei 2010 - Semakan Temuduga DPLI Julai 2010

16 Mei 2010 - Hari Guru

16 Mei 2010 - Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu

17 Mei 2010 - Hari Keputeraan Raja Perlis

28 Mei 2010 - Hari Wesak

31 Mei 2010 - Keputusan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam SPA Gred 41

Makam 3,300 tahun ditemui di Mesir

by

KAHERAH - Sekumpulan arkeologi telah menemui makam berumur 3,300 tahun milik seorang datuk bandar, Ptahmes di Saqqara, selatan Kaherah, kata beberapa pegawai semalam.

Menurut pegawai-pegawai itu, beberapa pemburu harta karun telah mencuri beberapa hiasan di dinding makam berkenaan.

Datuk bandar itu turut menjadi ketua tentera, penyelia perbendaharaan dan jurutulis diraja di bawah pemerintahan Seti I dan anaknya, Ramses II pada abad ke-13 Sebelum Tahun Masihi.

Penemuan itu pada awal tahun ini menyelesaikan misteri makam tersebut pada 1885 apabila sekumpulan ekspedisi asing menemuinya.

Namun, lokasi asalnya tidak diketahui kerana makam tersebut diliputi pasir.

"Sejak ia diliputi pasir, tidak ada seorang pun yang mengetahui mengenainya," kata seorang profesor arkeologi di Universiti Kaherah, Ola el-Aguizy yang mengetuai kerja-kerja ekskavasi.

- AP

Alyah juara GAH 1

by

PETALING JAYA - Lagu Tak Mungkin Kerana Sayang membawa tuah kepada penyanyi Alyah apabila berjaya menggondol Anugerah Lagu Terbaik dan juga Persembahan Terbaik pada Pertandingan GAH 1 terbitan RTM di Sunway Lagoon di sini malam tadi.

Lagu yang dicipta oleh Ajai dan lirik oleh Habsah Hassan itu membawa pulang wang tunai RM40,000 bagi kategori Lagu Terbaik dan RM10,000 untuk Persembahan Terbaik selain trofi dan sijil.

Penyanyi baru Erni yang menggantikan penyanyi asal Misha Omar untuk lagu Cinta Adam dan Hawa pula berjaya mengungguli tempat kedua dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Wira Kamaruddin Siaraf dan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya.

Sementara itu, kumpulan 6ixth Sense berjaya membawa pulang RM20,000 apabila lagu popular mereka, Khatimah Cinta dipilih Lagu Paling Popular pilihan SMS.

Pertandingan GAH 1 yang sebelum ini dikenali sebagai Hitz 1 Gah 1 dinilai oleh barisan juri profesional dan dikendalikan oleh dua pengacara remaja iaitu E'One dan peserta Bintang RTM 2004, Eyeja Arshad.

- KOSMO!

RM2 juta untuk guru Terengganu

by
KUALA TERENGGANU - Bagi menghargai jasa guru-guru di Terengganu, kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta sebagai sagu hati kepada lebih 22,000 warga pendidik di negeri ini.

Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri kepada golongan guru yang komited mengharumkan nama Terengganu dalam bidang pendidikan tanah air.

Menurut beliau, hasil kegigihan para guru, Terengganu kini menduduki tangga teratas dalam keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pencapaian itu termasuk kejayaan dinobatkan negeri terbaik selama sembilan tahun berturut-turut bagi UPSR, selain mengungguli peperiksaan SPM selama tiga tahun berturut-turut.

Tanpa mendedahkan bentuk sebenar 'hadiah' tersebut, Ahmad berkata, dia sendiri akan turun ke setiap daerah untuk menyerahkan penghargaan tersebut kepada setiap guru di negeri ini.

"Kerajaan memperuntukkan kira-kira RM2 juta bagi menyediakan 'hadiah' itu dan barangan tersebut sudah pun ditempah," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Negeri 2010 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Darul Iman Malaysia dekat sini semalam.

Pada majlis itu, pesara guru Ahmad Mahmood, 67, dipilih sebagai Tokoh Guru 2010. Beliau menerima wang tunai RM10,000, sepersalinan pakaian, pingat serta sijil penghargaan.

- KOSMO!

Ops Kesan, Ops Perisian Palsu dan Ops Pecat Orang...

by
Oleh ROZAID A. RAHMAN

Kita biasa mendengar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); Polis, Tentera, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan pelbagai agensi penguatkuasaan lagi mengada dan melancarkan operasi tetapi jarang-jarang kita mendengar Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan operasi sehinggalah Rabu lalu, agensi tersebut meletakkan iklan dalam akhbar menyatakan amaran yang ia akan melancarkan operasi ke atas majikan.

Operasi itu dinamakan OPS KESAN PERKESO iaitu operasi penguatkuasaan di seluruh negara untuk mengesan majikan yang belum berdaftar dengan pertubuhan itu. Pendek kata, ops tersebut adalah untuk mengenal pasti dan mengambil tindakan undang-undang ke atas majikan. Jadi semua majikan berwaspadalah.

Ops ini akan bermula 1 Jun dan menurut PERKESO, sebelum mereka melancarkan ops ini, mereka telah pun memberi notis sehingga 31 Mei ini kepada semua majikan supaya datang secara sukarela membuat pendaftaran di pejabat-pejabat PERKESO di seluruh negara.

Di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, semua majikan yang menggaji seorang atau lebih pekerja adalah dikehendaki berdaftar dengan PERKESO. Tindakan undang-undang termasuk pendakwaan di mahkamah boleh diambil ke atas mana-mana majikan yang didapati gagal berdaftar dan jika disabitkan kesalahan, boleh dijatuhkan hukuman penjara dua tahun atau didenda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Lagi Tentang Ops...

Dan nampaknya kini bukan PERKESO sahaja yang melancarkan operasi khas tetapi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan turut melancarkan operasi khas untuk membanteras penggunaan perisian palsu atau cetak rompak.

Operasi tersebut yang dikendalikan di bawah Pasukan Khas Anti Cetak Rompak telahpun melakukan pengempuran pada 10 Mei lalu ke atas mana-mana organisasi yang menggunakan perisian palsu pada komputer mereka.

Ramai yang tidak sedar atau ambil mudah, untuk setiap perisian palsu atau cetak rompak, mereka boleh didenda sehingga RM20,000. Jika sebuah pejabat memiliki 20 komputer yang menggunakan perisian palsu, ini bermakna mereka boleh didenda sehingga RM400,000 atau dipenjarakan sehingga lima tahun.

Oleh itu, kepada semua syarikat yang beroperasi menggunakan komputer yang besar dan banyak, pastikan perisian anda adalah perisian yang berlesen dan bertauliah dan pastikan anda menyimpan bukti laporan audit perisian dan bukti perlesenan di pejabat. Mana tahu pejabat anda diserbut pegawai penguatkuasa Kementerian. Jadi AWAS!

Sejarah Akan Tercatat di DBKL...

Untuk pertama kali dalam tempoh 30 tahun, parti pembangkang akan mempunyai wakil dalam Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ini kerana khidmat dua orang wakil Negeri Selangor dalam lembaga tersebut telah pun tamat pada 31 Mei dan kedua-dua wakil berkenaan iaitu Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dan peguam Mah Hang Yew adalah lantikan oleh kerajaan negeri yang terdahulu.

Kini, Menteri Besar Pakatan Rakyat, Tan Sri Khalid Ibrahim perlu menamakan dua orang calon baru untuk mengisi kekosongan tersebut.

Lembaga Penasihat DBKL perlulah mempunyai 15 anggota yang diwakili oleh Kementerian Wilayah, Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan dua orang wakil daripada Negeri Selangor. Lain-lain anggota mestilah terdiri daripada individu yang mempunyai sama ada kelayakan profesional, pengetahuan mengenai kerajaan tempatan atau kepakaran yang dapat membantu agensi tersebut menyumbang kepada masyarakat kota.

Walaupun Akta Ibu Negara Persekutuan 1960 memberi sepenuhnya kuasa kepada Datuk Bandar untuk membuat sebarang keputusan yang melibatkan urus tadbir ibu negara Malaysia tetapi anggota Lembaga Penasihat masih berperanan memberikan maklum balas dan nasihat kepada Datuk Bandar dan DBKL dalam melaksanakan tugas harian mereka.

Atas sebab itulah setiap anggota penasihat telah diberikan potfolio tertentu dan kawasan yang menjadi perhatian atau di bawah ‘penyeliaan’ mereka.

Pihak media telah membuat spekulasi antara nama yang disebut-sebut berada di bawah perhatian Menteri Besar untuk dicalonkan dalam Lembaga Penasihat DBKL bagi mewakili negeri itu antara lain ialah Ketua Wanita PKR yang juga ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR Wilayah Persekutuan, Felicia Ling, pegawai khas Menteri Besar di parlimen Bandar Tun Razak, Azman Abidin dan ahli parlimen Cheras dari DAP, Loh Chee Heng.

Pelantikan semua anggota Lembaga Penasihat DBKL mestilah terlebih dahulu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Dan Ops Pecat Orang...

Nampaknya di sebalik pelbagai operasi yang dijalankan oleh jabatan dan agensi Samy vellu juga ligat melancarkan opsnya sendiri iaitu Ops Pecat Ahli.

kelemut politik dalam MIC tak habis-habis iaitu dari kontroversi siapa yang patut menjadi calon pada pilihan raya kecil Hulu Selangor, kemudian pemecatan Naib Ketua Pemudanya dan beberapa lagi pemimpin pusat, isu persaraan Samy Vellu, tuduhan yang dibuat oleh anaknya Vell Paari ke atas Umno sebagai dalang perpecahan dalam MIC dan yang terbaru Samy Vellu telah memecat setiausaha agungnya sendiri iaitu S. Murugessan pada hari Ahad.

Apa nak jadi dengan MIC, Samy....

- MSTAR

Kebangkitan Malaysia Building Society Berhad (MBSB)

by

Syarikat pembiaya kewangan, Malaysia Building Society Bhd. (MBSB) diyakini kekal mantap dengan sekurang-kurangnya mengekalkan keuntungan pada tahun ini selepas berjaya mencatatkan perubahan prestasi yang menggalakkan.

Bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2009, MBSB buat pertama kalinya di bawah teraju Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Zaini Othman, mencatat keuntungan sebelum cukai tertinggi sebanyak RM80.2 juta, meningkat 48.6 peratus.

Pada masa yang sama, perolehan syarikat turut berkembang 29 peratus kepada RM537.96 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Ahmad Zaini menyifatkannya sebagai satu lonjakan prestasi yang amat memberangsangkan dan menjadi satu titik permulaan kepada kebangkitan semula syarikat.

Beliau berkata, kekuatan syarikat adalah dalam perniagaan peruncitan termasuk dalam segmen pembiayaan perumahan dan pembiayaan peribadi.

Jelasnya, prestasi terbaik dicatatkan oleh syarikatnya sejak tahun lalu adalah hasil model perniagaan yang diperkenalkan pada tahun itu.

"Ia merupakan pelan perniagaan tiga tahun syarikat yang menyasarkan keuntungan tiga kali ganda pada 2011," kata beliau dalam temu bual dengan Utusan Malaysia di sini.

MBSB yang ditubuhkan pada 1950 dan kini mempunyai lebih 50,000 pelanggan asas dimiliki 67.11 peratus oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja manakala bakinya oleh Permodalan Nasional Berhad sebanyak 14.91 peratus.

Ditanya sama ada pencapaian keuntungan itu adalah didorong oleh peranan yang dimainkan beliau sendiri, Ahmad Zaini menjelaskan, peranan itu merupakan satu tanggungjawab beliau yang diamanahkan kerajaan untuk 'meningkatkan keupayaan MBSB' dalam industri kewangan yang sengit persaingannya.

Katanya, pengenalan tindakan yang tegas tetapi berhemah sepanjang lebih setahun tiga bulan berkhidmat di MBSB bagi mengubah minda dan mentaliti kakitangan kepada budaya yang lebih berdisiplin dan proaktif, berjaya membuahkan hasil.

Menurut Ahmad Zaini, peranan sebenar beliau di MBSB adalah menyediakan kemudahan dan faedah kepada kakitangan kerajaan yang mewakili sebahagian besar pelanggannya.

Beliau berkata, pihaknya beruntung kerana mempunyai lebih 80 peratus pelanggan setia dalam sektor peruncitan yang merupakan kunci kekuatan perniagaan syarikat.

"Selain penyimpan deposit dan peminjam pembiayaan peribadi, syarikat-syarikat pemaju perumahan turut mengintai peluang pembiayaan kedua dan ketiga melalui MBSB.

"Perkhidmatan terbaik yang ditawarkan kami (MBSB) menambat hati pelanggan selain faedah lain yang diperoleh mereka," jelas beliau.

Ahmad Zaini berkata, MBSB kini sedang giat melaksanakan perancangannya untuk memulihkan dan menstruktur semula pinjaman legasi (tinggalan pengurusan lampau) membabitkan lebih 200 hektar tanah miliknya.

Katanya, kebanyakan tanah komersial bernilai tinggi yang dimilikinya terletak di bahagian utara, tengah dan selatan Semenanjung dan sebarang usaha pemulihan dilihat bakal berupaya meningkatkan lagi keuntungan syarikat.

Mengulas lanjut tentang prestasi MBSB selepas diterajuinya, Ahmad Zaini berkata, pihaknya berjaya mengubah dasar dan menarik nilai pembiayaan peribadi secara keseluruhan berjumlah lebih RM200 juta sebulan berbanding RM18 juta sebulan sebelum ini.

''Ini merupakan satu peningkatan prestasi yang amat menggalakkan dan di luar dugaan.

"Pada tahun lalu, saya pernah dianggap gila oleh sesetengah kakitangan kerana meletakkan sasaran yang terlalu tinggi dalam pembiayaan peribadi, namun, ternyata ia bukan kerja gila dan akhirnya menjadi realiti.

"Saya dapati kakitangan MBSB sudah boleh menerima corak pengurusan baru yang dilaksanakan, malah, mereka semakin berdaya saing selain bermotivasi tinggi untuk melakukan tugas dengan lebih baik," ujarnya.

Ahmad Zaini berkata, pihaknya mahu memperkenalkan pakej-pakej pembiayaan kewangan lebih baik dan menarik pada tahun ini termasuk memperkenalkan pakej pembiayaan kediaman kedua pada kadar faedah yang rendah dan mempunyai nilai tambah yang memuaskan hati pemimjam.

Katanya, langkah itu sejajar dengan usaha MBSB untuk menyokong dasar kerajaan dan usaha membantu kakitangan awam melalui penawaran pakej-pakej pembiayaan khas untuk kemudahan mereka.

"Kami kini berada dalam perancangan untuk memperkenalkan berbagai pakej pembiayaan menarik kepada kakitangan awam yang merangkumkan pelbagai keperluan kewangan di dalam satu produk kami.

"Ini merupakan satu tawaran yang menarik untuk pelanggan kami dan peluang ini tidak harus dilepaskan kerana kadar faedah pinjaman yang ditawarkan adalah kompetitif dengan institusi kewangan yang lain," tambah beliau.

MBSB yang kini mempunyai 32 cawangan di seluruh negara, menyasarkan untuk mempunyai lebih 100,000 asas pelanggan baru pada tahun ini dengan 90 peratusnya merupakan kakitangan awam.

Ditanya tentang perancangan perluasan perniagaan, beliau berkata, MBSB berhasrat memperkenalkan kad kredit berlandaskan syariah pertama pada tahun ini dengan tujuan untuk meningkatkan lagi perniagaan syarikat dalam sektor peruncitan.

"Kami yakin melalui pengenalan kad kredit tersebut, meningkatkan permintaan dan memberi kemudahan kepada kakitangan awam dan swasta," ujarnya.

Ahmad Zaini menambah, MBSB sentiasa menyokong kakitangan awam dengan menawarkan pelbagai kemudahan kewangan di bawah satu bumbung.

Katanya, sejajar dengan sambutan ulang tahun ke-60 MBSB pada tahun ini, pihaknya telah meningkatkan pelbagai produk sedia adanya seperti pembiayaan peribadi, kediaman dan hartanah serta deposit produk.

Jelasnya, semua kemudahan ini ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang layak khususnya kakitangan awam, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat awam tersenarai di Bursa Malaysia.

Malah, menurut beliau, MBSB turut mewujudkan pusat pembangunan kewangan Islam MBSB di Pantai Timur sebagai satu penghargaan kepada para pelanggannya di sana.

"Pembukaan pejabat perwakilan MBSB berkonsepkan Islam merupakan satu inisiatif syarikat terhadap para pelanggan di negara ini.

"Malah, kewujudan pusat pembangunan kewangan Islam di Pantai Timur memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan sistem kewangan Islam itu sendiri," ujarnya.

Pejabat perwakilan MBSB berkonsepkan Islam telah dibuka di Dungun, Terengganu di Temerloh, Pahang dan Kota Bharu, Kelantan.

- UTUSAN

Buku James Bond terbaru dihasilkan penulis Amerika

by
LONDON 30 Mei - James Bond, pengintip Britain yang mempunyai kemahiran canggih dan berketerampilan menarik, bakal kembali dalam pengembaraan baru karya seorang penulis kisah misteri dan penyiasatan terlaris Amerika Syarikat (AS), Jeffery Deaver (gambar), kata penerbit kelmarin.

Buku yang juga dinamakan Project X itu akan diterbitkan pada 28 Mei tahun depan bagi memperingati kelahiran pencipta 007, Ian Fleming yang meninggal dunia pada 1964.

Meskipun peminat utama ejen 007 mungkin pelik apabila seorang penulis AS menulis mengenai watak British yang terkemuka, Deavor berkata, beliau meminati Bond sejak berusia sembilan tahun dan membaca kisah tersebut walaupun berlaku Perang Dingin ketika itu.

"Saya tidak boleh menggambarkan betapa gembiranya saya rasa apabila buat pertama kali ditemui waris Ian Fleming dan bertanya sekiranya saya berminat untuk menulis buku terbaru dalam siri James Bond," kata Deaver yang juga penulis buku The Bone Collector.

Beliau mengikut jejak langkah penulis British, Sebastian Faulks yang menulis buku mengenai Bond, sejak dua tahun lalu apabila penerbit ingin mencari nafas baru bagi siri yang bermula dengan Casino Royale pada 1952.

Lebih daripada 100 juta buku Bond telah terjual di seluruh dunia tetapi kejayaan tersebut diambil alih menerusi filem yang dibintangi pelakon Daniel Craig beberapa tahun lalu.

Berbeza dengan buku tulisan Faulks yang menemukan Bond untuk bersaing dengan musuh lama iaitu Rusia dalam Perang Dingin, karya Deaver akan lebih mengembangkan watak tersebut seiring zaman pada masa kini.

Ketua Eksekutif Penerbit Hodder & Stoughton, Jamie Hodder-Williams berkata, Deaver merupakan pilihan tepat kerana gabungan aksi pantas melalui kajian teliti beliau akan menghasilkan sebuah karya yang akan menghargai Ian Fleming serta pada masa sama, bersifat kontemporari.

- AFP

Norton 360 - Perlindungan untuk gajet mudah alih

by

Peningkatan kadar jenayah siber hari ini telah mengundang pelbagai masalah kepada pengguna Internet sama ada menerusi medium komputer statik mahupun gajet mobiliti.

Antara yang sering dihadapi adalah seperti pencerobohan kandungan dan kehilangan data.

Sememangnya terdapat banyak perisian anti virus perlindungan komputer dijual di pasaran.

Namun, untuk fungsi keselamatan pada gajet mudah alih seperti telefon bimbit pula, ia belum dilaksanakan secara meluas.

Melihat kepada keperluan itu, syarikat global bagi penyelesaian keselamatan simpanan dan pengurusan sistem komputer, Symantec telah memperkenalkan perisian Norton 360 semua dalam satu.

Selain fungsi keselamatan dan capaian fail mudah secara dalam talian, perisian tersebut juga sesuai diaplikasikan untuk telefon bimbit android, iPad dan juga iPhone.

Untuk memastikan pengguna sentiasa dilindungi, perisian berkenaan didatangkan dengan teknologi beta sekuriti terkini iaitu sistem sokongan data jarak jauh.

Ia turut merangkumi perlindungan serangan menerusi pelayaran web serta laman rangkaian sosial.

Aplikasi teknologi yang boleh dimuat turun secara mudah itu bakal memberi perlindungan kepada dokumen, muzik, foto dan video yang disimpan di dalam peranti.

Menarik mengenai Norton 360, ia membenarkan pengguna mencapai storan secara dalam talian sama ada secara pelayaran web, memuat turun atau emel.

Menurut Pengurus Pasaran Produk Pengguna Symantec Asia Pacifik, David Hall, perkhidmatan itu akan memudahkan pengguna mengakses dokumen yang diinginkan secara mobiliti pada bila-bila masa.

''Dengan cara itu juga, pengguna akan dapat berinteraksi dengan rangkaian laman web sosial dengan lebih selamat,'' katanya.

Teknologi Norton 360 turut didatangkan dengan fungsi peningkatan prestasi komputer serta dapat menjimatkan masa.

Di samping itu, melalui aplikasi Smart Start-up pula, sesebuah aplikasi akan dapat dijalankan dengan mudah tanpa sebarang gangguan.

Perisian versi 4.0 tersebut turut menyokong penggunaan bersama sistem operasi Microsoft XP, Windows Vista dan juga Windows 7.

Norton 360 edisi biasa dijual pada harga RM229 untuk tiga pengguna dan RM119 untuk seorang pengguna termasuk ruang storan dalam talian dua gigabit (GB).

Untuk edisi premium pula, harga pasaran yang ditawarkan adalah RM279 dengan kapasiti storan 25GB.

Maklumat lanjut mengenai perisian itu boleh diperolehi daripada laman http://updatecenter.norton.com

Guru lepasan ijazah jadi rebutan

by

KOTA BHARU 30 Mei - Bidang perguruan semakin mendapat perhatian masyarakat khususnya di kalangan generasi muda apabila jumlah siswazah yang memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kian bertambah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, pihaknya menerima 40,000 permohonan KPLI setiap tahun iaitu jumlah yang sangat ramai.

''Selain siswazah, KPLI turut menjadi buruan golongan yang telah bekerja dan sanggup melepaskan jawatan sebagai peguam, jurutera, pegawai eksekutif dan pensyarah bergaji lebih lumayan untuk menjadi seorang guru.

''Perkembangan ini amat menakjubkan kerana mereka sanggup mengorbankan kerjaya yang telah diterokai dan melepaskan gaji tinggi semata-mata menjadi guru," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Konvokesyen kali ke-47 Institut Pendidikan Guru, Kampus Kota Bharu di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pelajaran, Datuk Misrah Ibrahim.

Dalam pada itu, Alimuddin meminta guru pelatih menunjukkan kesungguhan yang berterusan selepas bergelar guru dengan mengajar murid-murid daripada pelbagai latar belakang dengan ikhlas.

''Sekiranya teori dan praktikal semasa latihan gagal diaplikasikan, rujuk dengan guru-guru yang lebih berpengalaman," katanya.

Sementara itu, seorang graduan dan bapa kepada tiga anak dianugerahkan Pelajar Cemerlang Kokurikulum apabila berjaya menyeimbangkan di antara akademik dan aktiviti luar.

Shahrul Nizam Shahlan, 32, mengakui untuk menyeimbangkan akademik dan kokurikulum memang meletihkan.

Sebelum mengikuti KPLI, Shahrul Nizam memegang jawatan Pengurus Keselamatan di Johor Bahru selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda Teknologi Percetakan dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Seorang lagi pelatih yang juga bekas Eksekutif Pemasaran Takaful Malaysia cawangan Kota Bharu, Mahani Mat Deris, 33, berkata, dia sanggup meninggalkan jawatan dan gaji lumayan semata-mata untuk menjadi guru.

''Guru adalah cita-cita sejak kecil dan apabila anak-anak semakin membesar, kerjaya ini paling sesuai kerana mempunyai lebih banyak masa dengan mereka," katanya yang dianugerahkan sebagai Pelajar Cemerlang Praktikal.

Penerima Anugerah Pencapaian Terbaik Keseluruhan, Aminah Sabtu, 29, berkata, dia pernah kecewa apabila permohonannya sebelum ini untuk memasuki maktab perguruan ditolak.

Namun dia tidak berputus asa dan kesabarannya itu berbaloi apabila hari ini, selain anugerah itu dia turut menerima anugerah Pelajar Cemerlang Akademik.

Aminah kini mengajar di Sekolah Kebangsaan Batu Unjur, Klang, Selangor sebagai guru bimbingan dan kaunseling.

- UTUSAN

Malaysia kekal daya saing

by
Oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Malaysia berada di kedudukan daya saing yang amat memberangsangkan pada tahun 2010. Dalam kalangan 58 ekonomi, Malaysia berada di kedudukan ke-10 berbanding dengan kedudukan ke-19 pada tahun sebelumnya. Penarafan ini dikeluarkan oleh agensi penarafan antarabangsa Institute for Management Development (IMD) dalam laporan terkini World Competitiveness Yearbook 2010 (WCY). Pencapaian terbaik ini disokong oleh asas ekonomi yang kukuh serta pelaksanaan dasar-dasar kerajaan yang telah menjadikan ekonomi negara lebih berdaya saing.

Kedudukan Malaysia menjadikan negara lebih berdaya saing berbanding dengan beberapa negara maju lain seperti Denmark (kedudukan ke-13), Belanda (kedudukan ke- 12), Luxembourg (kedudukan ke-11), United Kingdom (kedudukan ke-22) dan Korea (kedudukan ke-23).

Sejak tahun 1989, Malaysia merupakan satu-satunya negara membangun yang tersenarai dalam 10 negara paling berdaya saing dalam kajian yang dilakukan oleh pihak IMD. Daya saing negara diukur berdasarkan empat faktor iaitu Prestasi Ekonomi, Kecekapan Kerajaan, Kecekapan Perniagaan dan Infrastruktur. Kriteria yang digunakan untuk penarafan kedudukan sesebuah negara berdasarkan kepada 1/3 data berbentuk persepsi, sementara 2/3 lagi berdasarkan analisis kuantitatif. Negara mencatatkan prestasi yang amat memberangsangkan dari segi Kecekapan Kerajaan, berada di kedudukan ke-9 berbanding dengan kedudukan ke-19 pada tahun sebelumnya.

Kecekapan Perniagaan meningkat ke kedudukan keempat berbanding dengan kedudukan ke-13 pada 2009. Sementara bagi Prestasi Ekonomi dan Infrastruktur, masing-masing meningkat sebanyak satu anak tangga kepada kedudukan kelapan dan ke-25.

Pada suku keempat 2009, negara mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 4.5 peratus mengatasi jangkaan awal 3.2 peratus. Pertumbuhan itu didorong oleh dasar fiskal dan kewangan kerajaan yang telah merangsang kenaikan dalam permintaan domestik. Dengan kedudukan asas-asas ekonomi yang kukuh serta dasar-dasar pembangunan ekonomi yang diperkenalkan kerajaan, ekonomi terus berkembang pada suku pertama 2010 di mana KDNK berkembang 10.1 peratus dan eksport meningkat sebanyak 30.7 peratus. Contohnya bagi Mac 2010 sahaja, eksport negara telah meningkat sebanyak 36.4 peratus. Aktiviti Utama Ekonomi Nasional (NKEA) yang digariskan dalam Model Baru Ekonomi dijangka dapat mempercepatkan lagi transformasi ekonomi Malaysia. Dengan langkah-langkah melalui Program Transformasi Ekonomi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, kerajaan mensasarkan negara mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak enam peratus pada 2010.

Sementara itu, perbelanjaan persendirian juga telah mencatatkan peningkatan. Sehingga Mac 2010, jumlah jualan automotif meningkat 56,139 unit berbanding dengan 44,896 unit untuk jangka masa sama tahun sebelumnya atau kenaikan 25 peratus. Iklim pelaburan yang memberangsangkan telah menarik pelabur luar untuk melabur di negara ini.

Pelaburan paling terkini adalah dari syarikat Coca-Cola yang melabur sebanyak RM1 bilion bagi kilang pembotolan dan syarikat Sun Bear Solar Ltd. pula sebanyak RM5.2 bilion dalam pembuatan kaca suria. Sementara itu, syarikat Western Digital dan Qatar Investment Authority masing-masing mengumumkan pelaburan sebanyak RM3.9 bilion dan RM16.4 bilion baru-baru ini.

Inisiatif-inisiatif Penambahbaikan

Kerajaan akan terus menjalankan usaha-usaha penambahbaikan untuk meningkatkan iklim perniagaan. Di antara langkah-langkah penambahbaikan itu termasuklah penubuhan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) yang bertujuan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih telus dan tersusun. Usaha berterusan yang dijalankan oleh kerajaan secara inovatif seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP) turut meningkatkan prestasi faktor kecekapan kerajaan.

Menerusi usaha ini, waktu yang diambil bagi memulakan perniagaan telah dikurangkan kepada tiga hari bekerja berbanding dengan 11 hari bekerja sebelumnya. Pada masa akan datang, kerajaan mensasarkan satu hari bekerja untuk pendaftaran permulaan perniagaan.

Langkah-langkah seterusnya dalam menambah baik iklim perniagaan akan terus dijalankan melalui bidang keberhasilan utama negara yang telah menunjukkan kejayaan dalam perkara-perkara berikut:

# Jenayah jalanan berkurangan sebanyak 32 peratus pada suku pertama 2010.

# Bilangan keluarga miskin tegar yang berdaftar dengan sistem e-Kasih berkurang kepada 32,271 berbanding dengan 44,643 sebelumnya.

# Isu rasuah menunjukkan kedudukan yang lebih baik iaitu di tangga ke-26 berbanding dengan kedudukan ke-31 pada tahun sebelumnya.

# Birokrasi dalam aktiviti perniagaan telah berkurangan yang mana kedudukan negara telah meningkat ke tangga keempat daripada kedudukan ke-16 pada tahun lalu.

Sehubungan itu, Perdana Menteri juga telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan PEMUDAH mengenal pasti bidang-bidang yang perlu ditambah baik bagi mengekalkan daya saing negara.

Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM 2009) yang diadakan pada 27 Mei 2010 yang merupakan anugerah pertama kali diperkenalkan pada tahun ini bagi memberi pengiktirafan kepada hasil inovasi yang diperkenalkan oleh agensi dan jabatan kerajaan bertujuan menyemarakkan budaya kreatif serta inovatif kakitangan kerajaan. Penghargaan kepada anggota perkhidmatan awam melalui anugerah AIPM ini membuktikan sokongan mereka turut menyumbang bagi membolehkan Malaysia berada pada tahap 10 negara paling berdaya saing ketika ini.

Cabaran Masa Depan

Walaupun negara berada di kedudukan ke-10 terbaik dunia, kita tidak seharusnya berpuas hati dan perlu sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kedudukan kerana negara-negara lain juga mengambil tindakan untuk memperbaiki prestasi dan kedudukan masing-masing. Adalah penting untuk kita terus mengorak langkah dengan usaha-usaha yang lebih inovatif untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Sehubungan itu, kita mesti menyahut dan mengatasi cabaran- cabaran berikut:

# Meningkatkan sistem pencapaian perkhidmatan dalam urusan perniagaan secara berterusan;

# Mengukuhkan ekonomi melalui pelaburan berkualiti tinggi;

# Mempersiapkan industri kecil dan sederhana untuk bersaing dalam menghadapi persaingan global;

# Menjadikan pembelajaran sepanjang hayat dan melatih tenaga kerja mahir;

# Mempertingkatkan produktiviti dan daya saing menerusi budaya inovatif dan kreatif.

Kedudukan prestasi daya saing negara yang baik akan menjadikan Malaysia satu destinasi pelaburan dan perniagaan yang menarik. Secara tidak langsung, ia memberi peluang pekerjaan kepada rakyat serta membuka peluang-peluang perniagaan sokongan kepada usahawan-usahawan tempatan terutama usahawan kecil dan sederhana.

Justeru itu, kerajaan akan terus berusaha melaksanakan usaha-usaha peningkatan daya saing agar manfaatnya dapat dinikmati bersama oleh semua rakyat.

- UTUSAN

Keputusan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41

by
Keputusan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam SPA Gred 41 yang telah diadakan pada 10 April 2010 boleh disemak di:
http://aduan.spa.gov.my/res_ex14j/semak.asp

31 MEI 2010
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)
http://www.spa.gov.my

Sulam cinta dengan bahasa isyarat

by

Sukarnya mengungkap interpretasi cinta. Barangkali itu isi hati yang tersirat pada diri Hafidah Awaludin, 38, ketika bercerita alasannya memilih lelaki yang cacat pendengaran dan bisu sebagai pasangan hidup.

Tempoh perkenalan selama empat tahun dan bertunang selama enam tahun itu tidak memisahkan pasangan tersebut. Ternyata, hubung cinta jarak jauh itu berbekas di hati Hafidah kerana hatinya sudah terpikat dengan lelaki tersebut sejak mereka mula berkenalan.

Lelaki tersebut, Aqlam Jafri, 41, tidak menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang untuk menggapai cita-citanya. Aqlam menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat di Universiti Gallaudet, Washington DC pada tahun 1998.

Hafidah merupakan jurubahasa sepenuh masa dengan Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD) manakala Aqlam adalah presiden KLSD dan Penolong Pengarah di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.

Menurut Hafidah, dia dan Aqlam berkenalan pada tahun 1990 ketika menghadiri Kem Belia Khas di Port Dickson, Negeri Sembilan yang disertai oleh orang-orang yang cacat pendengaran dan bisu. Hafidah ketika itu adalah guru di sebuah sekolah anak-anak istimewa di Brickfields, Kuala Lumpur.

Tanggapan negatif

"Masa mula-mula nampak Aqlam, saya ingatkan dia berbangsa Cina. Selepas berkenalan baru saya tahu dia orang Melayu kami terus menjadi kawan baik dan selalu berhubung melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

"Kami mula menyedari perasaan suka sama suka tanpa perlu mengungkapnya. Sejak berkenalan juga saya mula belajar bahasa isyarat secara serius bagi memudahkan komunikasi dengan Aqlam," katanya.

Menurut Hafidah, pelbagai tanggapan negatif diterima saat memperkenalkan Aqlam kepada ahli keluarganya. Ramai yang tidak setuju dengan hubungan itu kerana bimbang masalah komunikasi dan kekurangan diri Aqlam.

"Sebelum bertunang, keluarga minta saya fikir masak-masak sebelum membuat keputusan berkahwin dengan suami kerana saya dilahirkan normal tetapi suami pula sebaliknya.

"Akhirnya, mereka memberi restu selepas melihat kesungguhan saya dan selepas bertegas bahawa saya yang akan berkahwin," katanya yang mengambil masa lima tahun untuk benar-benar mahir bahasa isyarat.

Namun, selepas pertunangan itu, Aqlam menyambung pengajian di Universiti Gallaudet selama lima tahun. Tetapi, hubungan jarak jauh itu tidak memisahkan pasangan ini, sebaliknya mereka lebih mengenali diri masing-masing.

Menurut Aqlam, pada mulanya dia agak gusar untuk berkahwin dengan wanita normal kerana kekurangan dirinya. Dia bimbang ikatan perkahwinan yang bakal dibina berakhir dengan penceraian.

"Pada mulanya saya tidak menaruh harapan. Tambahan, budaya orang cacat pendengaran dan normal berbeza. Tetapi saya anggap memang sudah jodoh saya dengan isteri apatah lagi dia boleh berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.

"Saya bertuah memilikinya kerana selain bertanggungjawab, dia faham dan sudah biasa bergaul dengan orang cacat pendengaran dan memberi banyak komitmen kepada komuniti orang cacat pendengaran," akui Aqlam yang bahagia dengan perkahwinan tersebut lebih-lebih lagi selepas dikurniakan cahaya mata tunggal, Arif Mustafa, 9 tahun.

Menceritakan pengalaman memiliki anak, Aqlam memberitahu, dia sangat bimbang tidak dapat menjaga anaknya dengan baik terutama pada waktu malam kerana dia tidak mendengar anaknya menangis.

"Saya tidak ada keyakinan untuk menjaganya bersendirian jika isteri tiada di rumah. Sehubungan itu, saya akan beri emak saya jaga dan selepas dua tahun barulah saya ada keyakinan untuk menjaganya.

"Anak saya juga diajar menggunakan bahasa isyarat sejak usianya dua tahun. Jadi jika dia mahu susu dia akan tunjukkan isyarat menggenggam tangan," katanya.

Tambah Aqlam, dunia tanpa sempadan dan perkembangan teknologi memberi peluang kepada orang-orang yang cacat pendengaran untuk berhubung dengan sesiapa sahaja termasuk dirinya.

"Saya bersyukur dengan adanya teknologi, kerana komunikasi menjadi lebih mudah. Saya dapat berhubung dengan isteri dan anak menggunakan SMS, e-mel dan 3G," katanya.

Hafidah menambah, orang cacat pendengaran lebih sensitif dan mereka yang ingin berkahwin dengan golongan itu mestilah memahami budaya dan sikap golongan tersebut supaya tidak mudah timbul salah faham.

"Walaupun bersembang dengan kawan-kawan normal, saya masih bercakap sambil menggunakan bahasa isyarat jika suami ada di sisi kerana dia juga ingin tahu apa yang dibincangkan dan supaya dia tidak rasa tersisih," katanya.

Saling memahami

Sementara itu, pasangan cacat pendengaran dan bisu, Mohd. Fariz Omar, 27 dan Siti Faraha Abdul Malik, 26, sudah berkawan sejak di bangku sekolah lagi tetapi hanya berpasangan sejak tahun 2008 dan bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.

Fariz cacat pendengaran dan bisu sepenuhnya manakala Faraha masih boleh mendengar dan bercakap tetapi kurang jelas dan tidak lancar. Mereka kini sedang mengikuti kursus praperkahwinan.

Menurut Faraha, dia dan Fariz rapat selepas Fariz putus cinta dengan seorang pelajar ketika sama-sama belajar di Sekolah Menengah Teknik Shah Alam.

"Pada mulanya saya simpati dengan Fariz tetapi selepas bersahabat sekian lama dan memahami di antara satu sama lain, kami mula berpasangan. Saya menyenangi Fariz kerana dia peramah, suka melayan saya dan tidak suka marah.

"Kami juga baru berjumpa dengan keluarga masing-masing selepas berbincang untuk berkahwin," katanya yang mengasuh anak abangnya sendiri.

Fariz pula memberitahu, dia mempunyai dua lagi adik yang cacat pendengaran dan berhubung melalui SMS atau nota dengan ibu bapa kerana mereka tidak fasih berbahasa isyarat.

"Dengan Faraha, kami berhubung melalui SMS dan 3G. Saya berharap dapat mencari sebuah rumah yang sesuai selepas berkahwin dan mempunyai anak jika ada rezeki," katanya yang bekerja sebagai pelayan restoran.

Tambahnya, untuk berkahwin, golongan cacat pendengaran mesti meminta pandangan mereka yang berpengalaman supaya rumah tangga sentiasa aman. Faraha pula menegaskan dalam perkahwinan golongan cacat pendengaran kesetiaan kepada pasangan paling penting.

Dalam pada itu, Ketua Pendaftar Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Che Husain Isa memberitahu, lazimnya pengantin lelaki normal bersalam dengan jurunikah ketika dinikahkan tetapi tidak bagi pengantin pekak.

"Dalam pernikahan pasangan cacat pendengaran ada orang ketiga iaitu jurubahasa yang akan menterjemah percakapan jurunikah menggunakan bahasa isyarat sebelum dijawab oleh pengantin pekak yang juga menggunakan bahasa isyarat.

"Pernikahan orang pekak juga lebih mementingkan rukun nikah wajib iaitu pengantin lelaki dan perempuan, wali, dua orang saksi serta ijab dan kabul," katanya sambil menjelaskan bersalaman tidak wajib ketika dinikahkan.

Katanya, semua prosedur membabitkan pernikahan cacat pendengaran tidak ada beza dengan pernikahan orang normal kecuali memerlukan seorang jurubahasa dan lafaz terima nikah.

"Bermula dengan kursus nikah sehinggalah khutbah nikah, semua maklumat yang disampaikan sama sahaja. Bagaimanapun kursus nikah orang cacat pendengaran perlu dijalankan secara berasingan dengan orang normal.

"Selain itu ketika dinikahkan, pengantin normal menyebut, 'Aku terima nikahnya...' tetapi jurubahasa yang mewakili pengantin pekak akan menyebut, 'Fulan bin fulan menerima nikahnya...' kepada jurunikah," katanya.

- KOSMO!

Tasauf: Antara syariat, hakikat dan tarekat

by
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

Pada minggu lepas, kita telah menekankan tentang tasauf sebagai ilmu yang membincangkan tentang rukun Ihsan dan juga hakikat agama Islam.

Kita juga telah menunjukkan bahawa istilah hakikat telah pun digunakan untuk merujuk kepada tahap keimanan yang tinggi yang dicapai oleh seorang yang benar-benar beriman.

Inilah yang tergambar daripada pertanyaan Nabi SAW kepada Muaz r.a yang telah kita petik serta hadis lain yang hampir sama isinya melibatkan seorang sahabat, Harithah r.a.

Formula utamanya adalah, syariat sebagai asas, manakala tarekat adalah wasilah dan hakikat pula ialah buah atau hasilnya. Tiga perkara ini sebenarnya saling melengkapi dan sebati.

Sesiapa yang berpegang dengan syariat, akan melalui tarekat, dan seterusnya akan sampai kepada hakikat. Tidak ada di antaranya pertentangan dan percanggahan.

Oleh kerana inilah, ahli sufi berkata di dalam kaedah mereka yang masyhur: "Setiap hakikat yang bersalahan dengan syariat, maka ia adalah zindiq".

Bagaimana boleh dikatakan hakikat menyanggahi syariat, sedangkan hakikat lahir daripada proses melaksanakan syariat? (Sheikh Abdul Qadir Isa, Haqaiq 'An al-Tasawwuf, H. 475)

Untuk menjelaskan hubungan di antara syariat dan hakikat, di sini dikemukakan satu contoh.

Misalnya solat; pergerakan dan perbuatan zahir berserta rukun-rukun dan syarat-syaratnya adalah faktor syariat yang menjadi jasad solat. Ada pun hadir hati bersama Allah di dalam solat pula merupakan faktor hakikat yang menjadi roh solat.

Amalan yang dilakukan dalam solat merupakan jasadnya, manakala khusyuk dalam solat adalah rohnya.

Apakah faedahnya jasad tanpa roh dan apakah hubungan di antara kedua-duanya? Sebagaimana roh memerlukan kepada jasad untuk mendirikan solat, begitu jugalah jasad memerlukan roh untuk tujuan tersebut.

Oleh kerana itulah, Allah SWT telah berfirman: Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. (al-Baqarah: 110). Solat tidak dapat dilaksanakan dengan sebenar-benarnya melainkan dengan roh dan jasad.

Oleh sebab itulah, di dalam firman Allah di atas, tidak disebut: 'solatlah', tetapi disebut 'dirikanlah solat'.

Daripada sini terdapat hubungan yang erat di antara syariat dan hakikat sebagaimana eratnya hubungan roh dan jasad. Oleh itu, orang Mukmin yang sempurna ialah yang menghimpunkan di antara syariat dan hakikat.

Inilah inti seruan para ahli sufi kepada umat manusia sebagai mengikut kesan dan jejak Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya. (Isa, Haqaiq, H. 474)

Untuk sampai kepada kedudukan yang tinggi dan keimanan yang sempurna, seseorang perlu mengikut jalan tarekat, iaitu bermujahadah melawan nafsu, mendaki daripada sifat kekurangan kepada sifat yang sempurna dengan mendampingi guru mursyid.

Inilah jambatan yang akan menyampaikan seseorang daripada syariat kepada hakikat.

Berkata Imam sufi, Sheikh Ahmad Zarruq r.a: "Tidak ada tasauf melainkan dengan fikah, kerana tidak akan diketahui hukum-hakam Allah yang zahir melainkan dengan syariat. Tidak ada fikah melainkan dengan tasauf kerana tidak ada suatu amalan melainkan dengan siddiq (benar) dan bertawajjuh (mengadapkan diri) kepada Allah. Tidak ada kedua-duanya (tasauf dengan fikah) melainkan dengan keimanan, kerana tidak sah salah satu daripadanya tanpa iman.

"Jadi semuanya menjadi wajib pada hukum sebagaimana wajibnya jasad bagi roh. Tidak ada kewujudan bagi roh melainkan di dalam jasad sebagaimana tidak adanya kehidupan bagi jasad melainkan dengan roh, maka fahamilah". (Qawaid al-Tasawwuf, H. 4)

Tasauf dan tarekat

Istilah tarekat adalah antara istilah dunia tasauf yang sering cuba dimomokkan oleh sesetengah pihak. Seolah-olah semua tarekat sufi yang ada itu adalah sesat dan menyesatkan.

Ada buku terjemahan di negara kita yang menyenaraikan nama tarekat-tarekat arus perdana tasauf, menyatakan dengan berani bahawa semua tarekat ini mengandungi kesesatan!

Sebenarnya, tidak ada bidang dan ilmu yang tidak disusupi oleh mereka yang menyeleweng daripada arus perdana bidang tersebut. Begitulah tasauf dan tarekat.

Cuma jika kita merujuk kepada para ahli bidang tasauf, kita akan mudah membezakan tarekat yang benar dan tarekat yang palsu dan sesat.

Apakah sebenarnya tarekat? Menurut al-Jurjani r.h dalam kitabnya al-Ta'rifaat: "Tarekat adalah jalan yang khusus bagi ahli salikin (orang yang berjalan) menuju kepada Allah dengan melalui pelbagai rintangan dan peningkatan pelbagai makam". (Al-Jurjani, Ta'rifaat H: 94).

Mufti Mesir, Dr. Ali Jum'ah, dalam fatwanya yang berkaitan menyatakan bahawa tasauf adalah suatu program atau modul pendidikan yang menumpukan kepada penyucian diri manusia daripada segala penyakit hati yang menghijabnya daripada Allah SWT.

Beliau turut mentakrifkan tarekat sebagai madrasah yang menjurus kepada proses penyucian diri dan pembaikan akhlak sedangkan sheikh tarekat ialah individu yang dipertanggungjawabkan memimpin proses tersebut.

Tarekat-tarekat ini berbilang-bilang disebabkan beberapa faktor termasuk tabiat semulajadi manusia yang berbeza-beza. Ini seperti yang dapat kita perhatikan dalam berbezanya jawapan Nabi SAW apabila ditanya tentang amalan soleh yang paling utama.

Baginda SAW memberi jawapan yang sesuai dengan orang yang bertanya. Perbezaan ini juga berdasarkan pengalaman dan ijtihad yang berbeza dalam mentarbiyah diri yang dipunyai oleh para guru tasauf selagi ia tidak terkeluar batasan al-Quran dan sunnah.

Namun, ini tidak bermakna kita boleh merujuk terus kepada dua sumber ini untuk mengenalpasti proses pendidikan tasauf yang benar.

Dr. Ali Jum'ah menegaskan, seperti mana ilmu-ilmu lain memerlukan perantaraan para ulama untuk menggali ilmu tersebut daripada dua sumber utama ini, begitu juga kita perlu merujuk kepada para ulama tasauf untuk menggali ilmu tasauf.

Jika tarekat dalam ilmu tasauf itu difahami dalam konteks ini, maka ia akan kelihatan selari dan serasi dengan kerangka agama Islam.

Maka jadilah ia seperti kata-kata Ibnu 'Abidin r.h di dalam kitabnya yang masyhur, Radd al-Mukhtar: "Tarekat adalah jalan yang khusus bagi Ahli Salikin dengan mengharungi pelbagai rintangan dan melalui peningkatan makam-makam...Hakikat adalah musyahadah (menyaksikan) akan Tuhan dengan mata hati. Dikatakan juga, bahawa ia adalah rahsia maknawi yang tidak terbatas dan bertempat.

"Hakikat, tarekat dan syariat saling melazimi kerana jalan menuju kepada Allah mempunyai zahir dan batinnya. Zahirnya ialah syariat dan tarekat. Manakala batinnya adalah hakikat.

"Hakikat berada di dalam syariat dan tarekat sebagaimana pati susu yang berada di dalam susu. Pati susu tidak akan dapat diminum bersama air susu, sekiranya tidak digaulkan.

"Oleh hal yang demikian, maksud ketiga-tiga perkataan tersebut (syariat, tarekat dan hakikat) adalah mendirikan penghambaan kepada Allah sebagaimana yang dikehendaki daripada seseorang hamba". (Isa, Haqaiq, H. 477-478)

- UTUSAN

30 Mei 2010

Pengambilan & Pemilihan Awal Perajurit Muda (Lelaki) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) - Jun 2010

by
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai PERAJURIT MUDA TUDM (LELAKI SAHAJA):

KELAYAKAN AKADEMIK:

- Syarat kelayakan diberi kepada calon-calon yang lulus di peringkat SPM/SPMV seperti berikut:

* Tred Juruteknik, Sistem Udara dan Sistem Darat
- Kepujian Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains di peringkat SPM/ SPMV

* Lain-lain Tred
- Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan lulus Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains di peringkat SPM/SPMV

LAIN-LAIN KELAYAKAN:

- Warganegara Malaysia

- Berumur di antara 18 - 23 tahun pada tarikh 1 Jan 2011.

- Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.

- Penglihatan hendaklah terang.

- Berat badan minima 47.5 kg dengan ketinggian 1.57 meter. Body Mass Index (BMI) antara 18 - 25.

- Ukuran dada biasa 76 sm - 81 sm.

GAJI DAN ELAUN:

Perajurit Muda
Gaji (RM/sebulan) : RM821.98
Elaun Khidmat : RM65.00
Imbuhan Tetap Perumahan : 230.00

KEISTIMEWAAN:

- Pakaian seragam percuma
- Makan dan tempat tinggal
- Rawatan perubatan dan pergigian percuma
- Waren perjalanan tahunan percuma untuk bercuti bersama keluarga
- Elaun Malaysia Timur (Sabah/ Sarawak)
- Kemudahan Pinjaman Kerajaan

KETUKANGAN PERINGKAT RENDAH TUDM:

KEJURUTERAAN
- Juruteknik Rangka Kapalterbang
- Juruteknik Enjin
- Juruteknik Elektrik
- Juruteknik Instrumen
- Juruteknik Elektronik
- Juruteknik Senjata
- Juruteknik Alat Bantuan Udara
- Juruteknik Woksyop
- Juruteknik Alat Keselamatan
- Pembantu Statistik
- Juruteknik Alat Permukaan dan Keselamatan
- Juruteknik Avionik
- Kerani Perangkaan

LOGISTIK
- Sistem Logostik
- Juruteknik Bekalan
- Juruteknik Stor
- Kerani Inventori
- Pemandu
- Pemandu Kenderaan Khas Udara

PEMBANTU TADBIR
- Pembantu Tadbir
- Pembantu Sajian
- Provos
- Pasukan Khas Udara
- Pancaragam
- Jurulatih Jasmani

OPERASI
- Juruteknik Pengurusan Ruang Angkasa dan Bomba

SISTEM UDARA
- Kuartermaster Udara
- Pramugari


SIJIL & DOKUMEN:

Sila bawa salinan ASAL dan satu salinan FOTOSTAT dokumen berikut:
- Kad Pengenalan
- Sijil Kelahiran
- Sijil PMR/ SRP/ SPM/ SPMV
- SKM Tahap 2 ke atas
- Lain-lain sijil kemahiran (jika ada)
- Sijil berhenti sekolah
- Sijil akademik
- Sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) dan sampul surat berukuran 5” x 9” bersetem RM1.00 beralamat sendiri.

JADUAL & PUSAT PEMILIHAN SELURUH MALAYSIA

Sila hadir di pusat pemilihan yang tercatat seperti Jadual Pemilihan. Waktu pendaftaran dibuka dari jam 0830 pagi hingga 0900 pagi.

Permohonan tidak akan diterima selepas waktu pendaftaran. Pemohon dikehendaki berpakaian sukan, baju T berkolar, seluar panjang sukan (trek), berkasut sukan dan berstokin.


ZON UTARA

1 JUN 2010 (SELASA)
- SMK DATO’ SHEIKH AHMAD, ARAU, PERLIS

2 JUN 2010 (RABU)
- DEWAN KOLEJ TENTERA UDARA, ALOR SETAR, KEDAH

3 JUN 2010 (KHAMIS)
- SMK BALING, KEDAH

5 JUN 2010 (SABTU)
- DEWAN SERI BAYU, TUDM BUTTERWORTH, P.PINANG


ZON TIMUR

13 JULAI 2010 (SELASA)
- SMK TENGKU INDRA PETRA 1, GUA MUSANG, KELANTAN

15 JULAI 2010 (KHAMIS)
- SMK DATO’ AHMAD MAHER, KOTA BHARU, KELANTAN

17 JULAI 2010 (SABTU)
- SMK PANJI ALAM, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

19 JULAI 2010 (ISNIN)
- SMK PAYA BESAR, KUANTAN, PAHANG


ZON TENGAH

28 JULAI 2010 (RABU)
- DEWAN DESA ANGKASARAYA, PANGKALAN UDARA, TUDM KL


ZON SELATAN

7 OKTOBER 2010 (KHAMIS)
- MAKTAB SULTAN ABU BAKAR, JOHOR BAHRU, JOHOR

9 OKTOBER 2010 (SABTU)
- SMK DATO' SYED ISA, BATU PAHAT, JOHOR

13 OKTOBER 2010 (RABU)
- SMK DATUK MANSOR, BAHAU, NEGERI SEMBILAN

14 OKTOBER 2010 (KHAMIS)
- SMK DATO’ HJ REDZA, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN



MAKLUMAT LANJUT:

Markas Tentera Udara,
Bahagian Sumber Manusia,
Tingkat 7, Menara TH Selborn, 153, Jalan Tun Razak,
50400 KUALA LUMPUR
(U.P.: Sel Kerjaya dan Pengambilan)
03-26873026

Dutch Lady Malaysia Catat Rekod Bagi Acara Minum Susu Terbesar

by

KUALA LUMPUR: Seramai 3,200 peserta mengambil bahagian dalam "Acara Minum Susu Terbesar" anjuran Dutch Lady Malaysia hari ini bagi membolehkannya tersenarai dalam buku Malaysia Book of Records.

Jumlah itu melebihi sasaran 2,500 peserta dengan beberapa persatuan seperti Pengakap Malaysia, Pandu Puteri Malaysia dan Bulan Sabit Merah Malaysia turut mengambil bahagian.

Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady) Bas van den Berg berkata catatan rekod bersejarah itu penting bagi Dutch Lady dalam mengorak langkah mengubah tabiat meminum susu di kalangan orang ramai.

"Kami sangat berbangga dikaitkan dengan rekod yang dicipta dalam Malaysia Book Of Record hari ini," katanya kepada pemberita pada majlis itu sempena sambutan Hari Susu Sedunia 2010 di pusat beli-belah Pavillion di sini.

Hadir sama Pengerusi Dutch Lady Datuk Zainal Abidin Putih dan Pengarah Bahagian Pembangunan Komoditi Ternakan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Dr Idris Kadir serta selebriti seperti Amber Chia, Shasha Bashir dan Dina.

Menurut van den Berg, acara itu merupakan sebahagian daripada kempen "Sebarkan Kebaikan Khasiat Susu" Dutch Lady bagi memupuk kesedaran dan mendidik pengguna tentang khasiat nutrisi hasil pengambilan susu setiap hari.

"Tidak kira bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun warga emas kesemuanya memerlukan khasiat nutrisi dari susu yang dapat menjana tumbesaran tubuh badan dan minda yang sihat," katanya.

Sementara itu, Dutch Lady turut mereka cipta 250,000 kotak susu UHT khas bagi dua perisa iaitu Susu Rendah Lemak dan Susu Coklat untuk diedarkan secara percuma di seluruh negara termasuk plaza tol terpilih di daerah Utara, Sentral, Timur dan Selatan Semenanjung serta Kuala Lumpur, Selangor dan Kuching.

Sambutan yang berlangsung dua hari itu turut dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan seperti Reshmonu, Alif Satar dan bintang Idola Kecil, Dayana.

- BERNAMA

Program Pengisian Jawatan Di Jabatan Perangkaan Malaysia WP Kuala Lumpur - Mei/Jun 2010

by
Tarikh : 31.5.2010-18.6.2010 (Isnin-Jumaat)
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan
Pejabat Tenaga Kerja,
Tingkat 9,Menara Perkeso,
Jalan Ampang,50532 Kuala Lumpur

Jawatan : Pembanci dan Penyelia
Majikan : Jabatan Perangkaan Malaysia WP Kuala Lumpur
Tempoh Perkhidmatan : 14 Jun – 10 September 2010
Kelayakan :
1. SPM ke atas
2. Berumur 18 tahun ke atas

Jawatan Kosong di Universiti Malaya (UM) - Jun 2010

by
Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana di bawah:

- JURUAUDIT GRED W41
- PEGAWAI KEWANGAN GRED W41
- AHLI FOTOGRAFI GRED B17

CARA MEMOHON
http://e-recruitment.um.edu.my./bm_home.php

Permohonan hendaklah dibuat secara online di: http://e-recruitment.um.edu.my

TARIKH TUTUP : 7 JUN 2010

Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) - Jun 2010

by
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), sebuah agensi penyelidikan utama dalam bidang perhutanan negara ini di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mempelawa calon-calon yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

- PEMBANTU TAMAN/LADANG GRED G17
- PENGAWAS HUTAN GRED G11
- PEKERJA AWAM KHAS R3

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.frim.gov.my/cfm_bm/index2_bm.cfm?menu=career-inner2

BORANG PERMOHONAN
http://www.frim.gov.my/download/BORANGPERMOHONANJAWATAN_FRIM.pdf

Borang Permohonan hendaklah dihantar ke alamat:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
52109 Kepong,
Selangor Darul Ehsan.

http://www.frim.gov.my


TARIKH TUTUP : 16 JUN 2010

Jawatan Kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) - Mei 2010

by
Majlis Peperiksaan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakkan untuk mengisi kekosongan jawatan di MPM.

JAWATAN:
- Pegawai Peperiksaan Gred DG41

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.mpm.edu.my/main.php?Content=contentdetails&ContentID=20&CurLocation=0&Page=1

BORANG PERMOHONAN
http://www.mpm.edu.my/download.php?FilePoolID=556

Borang Permohonan hendaklah dihantar ke alamat:

KETUA EKSEKUTIF
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
BANGUNAN MPM, PERSIARAN 1
BANDAR BARU SELAYANG
68100 BATU CAVES
SELANGOR DARUL EHSAN
(UP: Bahagian Pengurusan Personel & Pentadbiran)

http://www.mpm.edu.my

TARIKH TUTUP : 14 JUN 2010

Jawatan Kosong di Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim - Mei 2010

by
Permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk jawatan berikut:

JAWATAN:
- Pegawai Rundingcara (S41)

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.ypkdt.org.my/ypkdt/content.php?page=iklan.htm

BORANG PERMOHONAN
http://www.ypkdt.org.my/dms/modules/borang/borangjwtn0.pdf

Borang Permohonan hendaklah dihantar ke alamat:

Ketua Eksekutif,
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim,
Aras 1 & 2, Parcel C2S, Sayap Timur,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor,
Kota Iskandar,
79603 Nusajaya, Johor.

http://www.ypkdt.org.my

TARIKH TUTUP : 20 JUN 2010

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) - Mei 2010

by
Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana di bawah. Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.

JAWATAN:
- Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Kejuruteraan J41
- Akauntan Kewangan W41
- Penolong Jurutera Kejuruteraan J29
- Penolong Jurutera (Ukur Bahan) Kejuruteraan J29
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Perubatan Dan Kesihatan U29
- Penolong Akauntan Kewangan W27
- Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Sosial S27
- Pembantu Pertanian Pertanian G17
- Juruteknik Kejuruteraan J17
- Juruteknik Perancang Bandar & Desa Kejuruteraan J17
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Pentadbiran & Sokongan N17
- Pembantu Tadbir (Kewangan) Kewangan W17
- Pembantu Akauntan Kewangan W17
- Pembantu Penilaian Kewangan W17

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://mbjb.gov.my/web/guest/info/jawatan
atau
http://mbjb.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=5d1ece43-75f0-4018-8401-d58924c827ef&groupId=37163

BORANG PERMOHONAN
http://mbjb.gov.my/web/guest/borang_iklan
atau
http://mbjb.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=0c499ef1-7f7b-4f0a-a05f-12cfdee8ee35&groupId=37163

Borang Permohonan hendaklah dihantar ke alamat:

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
PETI SURAT 232
80720 JOHOR BAHRU

http://www.mbjb.gov.my

TARIKH TUTUP : 4 JUN 2010

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Mersing, Johor - Mei 2010

by
Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Daerah Mersing :

JAWATAN:
- Penolong Jurutera J29

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.johordt.gov.my/doc/iklan%20TA30042010.pdf

BORANG PERMOHONAN
http://www.johordt.gov.my/doc/Borang%20JKosong1.pdf

Borang Permohonan hendaklah dihantar ke alamat :

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH MERSING
NO.243, JALAN IBRAHIM
86800 MERSING, JOHOR

TARIKH TUTUP : 18 JUN 2010

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Selayang, Selangor (MPS) - Mei 2010

by
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa memohon jawatan dalam iklan ini:

1. PEGAWAI TADBIR N41
2. PEN. PEG. KESIHATAN PERSEKITARAN U29
3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) N17

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.mps.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=10356&folderId=95840&name=DLFE-2603.pdf

BORANG PERMOHONAN
http://www.mps.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=10353&folderId=74077&name=DLFE-2101.pdf


Borang Permohonan hendaklah dihantar ke alamat:

Jabatan Khidmat Pengurusan
Tingkat 7, Menara Majlis Perbandaran Selayang,
Persiaran 3, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.

http://www.mps.gov.my

TARIKH TUTUP : 4 JUN 2010

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (LKPP) - Mei 2010

by
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas (pada tarikh tutup iklan jawatan) adalah dipelawa untuk mengisi jawatan kosong seperti berikut dan keutamaan adalah diberikan kepada Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur.

JAWATAN
- AKAUNTAN GRED W41

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.lkpp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=123:iklan-jawatan-kosong-akauntan-w41


BORANG PERMOHONAN
http://www.lkpp.gov.my/images/stories/borgjwtnksg.xls

Borang Permohonan hendaklah dibuat ke alamat:

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian
Negeri Pahang
Jalan Gambut
25990 Kuantan

http://www.lkpp.gov.my

TARIKH TUTUP : 4 JUN 2010

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Mei 2010

by
Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

JAWATAN:
- PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT S17

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://static.jobsmalaysia.gov.my/html/jcs-resources/iklanfelda.pdf

CARA MEMOHON
http://static.jobsmalaysia.gov.my/html/jcs-resources/caramohon_felda.pdf

Permohonan hendaklah dibuat secara online di: www.jobsmalaysia.gov.my

TARIKH TUTUP : 7 JUN 2010

Jawatan Kosong di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) - Mei 2010

by
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) seperti berikut:

JAWATAN:
1.PEGAWAI EHWAL EKONOMI - E41
2.PEGAWAI TADBIR - N41
3.AKAUNTAN - W41
4.PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI - E27
5.PENOLONG PEGAWAI TADBIR - N27
6.PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT - F29
7.JURUTEKNIK KOMPUTER - FT17

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://erecruitment.mtib.gov.my

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara online di : http://erecruitment.mtib.gov.my

TARIKH TUTUP : 1 JUN 2010

Kos Belajar Memandu Mungkin Naik - JPJ

by
Kos untuk belajar memandu mungkin akan dinaikkan berikutan pengenalan kurikulum pembelajaran yang baru yang kini berada di peringkat akhir untuk mendapat kelulusan kerajaan dan mungkin dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata kenaikan kos itu tidak dapat dielakkan dalam usaha JPJ mewujudkan kurikulum pembelajaran memandu yang lebih berkualiti dan menyeluruh kepada bakal pemandu di negara ini.

"Saya jangka akan berlaku kenaikan (kos) sebab kita mahu menuju kepada kualiti latihan yang lebih baik. Kalau kita tidak mahu pemandu yang tidak berkualiti, yang tidak mempunyai pemanduan berhemah, cermat dan bersopan santun, kita kenalah bayar lebih sedikit (untuk latihan memandu)," katanya kepada pemberita selepas menutup program 'Satu Komuniti Satu JPJ' di sini hari ini.

Seramai 585 masyarakat Orang Asli turut menerima lesen memandu B2 pada majlis ini.Solah menjangkakan kenaikan kos berkenaan akan menjadi perdebatan hangat di kalangan masyarakat, namun beliau menegaskan bahawa negara masih menenakan bayaran paling rendah bagi mendapatkan lesen memandu.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa JPJ akan memperkenalkan kurikulum baru ke arah menyediakan satu sistem latihan memandu yang dapat melahirkan pemandu yang kompeten, mematuhi undang-undang dan berhemah.

Solah berkata menerusi kurikulum baru, jumlah waktu belajar memandu akan turut mengalami perubahan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah waktu baru yang akan ditetapkan.

"Kita juga akan mengajar mengikut jenis kenderaan yang mereka (pelajar mamandu) mahukan. Kalau mereka mahu kenderaan jenis manual, kita akan ajar cara mengendalikan kenderaan manual, kalau mahu kenderaan automatik, kita akan ajar memandu kenderaan yang berautomatik," jelasnya.

Katanya para pemegang lesen memandu P (percubaan) juga perlu mengambil ujian khas untuk memperolehi Lesen Memandu Kompeten (CDL) selepas ini dan bukan memperolehinya secara automatik seperti sekarang.

"Kita juga akan memperbaiki lagi cara untuk mendapatkan lesen Public Service Vehicle (PSV) dan Good Driver's License (GDL). Ini antara beberapa perubahan yang kita hendak laksanakan. Kita kini dalam peringkat akhir untuk mendapat persetujuan pihak Kementerian Pengangkutan," katanya.

- BERNAMA

'Minyak masak sihat'

by
Penggunaan minyak masak dalam masakan sememangnya mencetuskan banyak persoalan seperti jumlah yang sepatutnya digunakan dan jenis minyak yang terbaik untuk menjaga kesihatan.

Apatah lagi ada pelbagai jenis dan jenama minyak di pasaran, termasuk yang diselit dengan dakwaan bahawa ia baik untuk kesihatan. Pakar Pemakanan Kanan Institut Jantung Negara, Ho Shiau Fenm, berkata secara umumnya minyak masak terbahagi kepada dua jenis iaitu minyak poli tak tepu dan minyak mono tak tepu.

Minyak poli tak tepu adalah yang terbaik di antara semua minyak dan lelemak terutama sekali jika dibandingkan lemak tepu. Antara minyak ini adalah seperti soya, jagung dan biji bunga matahari.

“Bagaimanapun, asid lemak poli tak tepu dikatakan mudah teroksida apabila dipanaskan, terutama sekali apabila digunakan bagi tujuan goreng yang membabitkan penggunaan haba atau api yang panas. Penggunaan minyak yang teroksida secara berlebihan pula boleh meningkatkan risiko kanser atau barah,” katanya.

Minyak mono tak tepu pula didakwa baik untuk kesihatan jantung. Minyak yang kaya dengan asid lemak mono tak tepu adalah seperti minyak zaitun, canola, biji sawi dan biji bunga matahari.
Asid lemak mono tak tepu adalah neutral pada kolesterol darah. Ia dapat membantu menurunkan paras kolesterol yang tinggi dan seterusnya mengekalkan paras kolesterol darah. Namun, minyak jenis ini kata Ho, tidak sesuai untuk menggoreng. Sebaliknya hanya untuk menumis.

“Minyak jenis mono tak tepu seperti minyak zaitun, minyak dedak padi atau campuran minyak jagung, tidak digalakkan untuk menggoreng. Walaupun minyak ini didakwa baik untuk jantung tetapi ia tidak sesuai untuk menggoreng,” katanya.

Ho turut mengakui sukarnya untuk menyediakan makanan tanpa minyak. Apatah lagi majoriti rakyat negara ini sudah biasa dengan pelbagai makanan goreng sejak kecil lagi.

Namun, penjagaan kesihatan sebaliknya perlu lebih diutamakan manakala penggunaannya jika perlu, haruslah bersesuaian dengan keadaan individu.

“Untuk pesakit jantung misalnya, jangan goreng ikan dengan minyak. Lebih baik, elakkan makanan bergoreng. Sebaliknya, gantikan dengan menu ikan yang dibakar,” katanya.

Menurut Ho, ada dua faktor utama penyediaan menu sihat, keseimbangan zat dan kepelbagaian zat. Selain itu, pemakanan yang sihat bukan hanya untuk mereka yang sudah disahkan menghidap penyakit kronik tetapi juga untuk kita yang ingin mengamalkan cara hidup sihat.

“Misalnya dalam masakan yang menggunakan minyak. Memang kita tidak boleh lari daripada menggunakan minyak tetapi jumlahnya harus dipantau selain jenis minyak dan berapa kali kita menggunakan minyak yang sama perlu diambil kira,” katanya.

Ho berkata, apabila minyak dipanaskan, karakter atau cirinya akan berubah. Minyak yang dianggap sihat pada suhu bilik boleh menjadi tidak sihat apabila dipanaskan pada suhu tertentu.

Justeru, apabila memilih minyak masak, penting untuk anda memadankan kepanasan minyak dengan cara penyediaan masakan.

“Apabila menggunakan minyak untuk menggoreng, pastikan ia tidak lebih dua kali. Selepas itu gantikan dengan minyak baru,” katanya.

Info
Dua jenis minyak:

# Minyak poli tak tepu - minyak soya, jagung dan bunga matahari.
Asid lemak poli tak tepu dikatakan mudah teroksida apabila dipanaskan, terutama sekali apabila digunakan untuk menggoreng

# Minyak mono tak tepu - minyak zaitun, Canola, biji sesawi dan bunga matahari. Tidak begitu sesuai untuk menggoreng.

- BERITA MINGGU

Khazanah Gopeng

by

Sejarah membuktikan Perak diakui sebagai negeri pembekal bijih timah utama negara sejak ratusan tahun sehingga ke zaman selepas merdeka. Kesan tinggalan aktiviti perlombongan cukup jelas, tetapi perubahan zaman menyaksikan banyak bukti fizikal itu diubah suai mengikut keperluan semasa.

Lombong di Taiping kini popular sebagai Taman Tasik Taiping dan menjadi tarikan kerana terletak bersebelahan Zoo Taiping serta bandarnya yang mempunyai banyak bangunan kolonial termasuk penjara, pejabat daerah dan tidak ketinggalan Stesen Kereta Api Taiping. Di Gopeng juga mengalami perubahan sama, banyak tanah lombong kini ditebus guna untuk projek perumahan, kampung tersusun, bangunan pejabat, sekolah dan jalan raya.

Dari aspek pembangunan, perubahan memang diperlukan tetapi timbul persoalan adakah semua tinggalan sejarah itu perlu diubah dan dihapuskan semata-mata untuk mengecapi permodenan.

Perlu diselidik kenapa Kota A Famosa di Melaka tidak dihancurkan semuanya dan apa kesan tinggalan pintu gerbang yang masih kekal kepada industri pelancongan, sedangkan Gopeng juga mempunyai kesan sejarah perlombongan yang hampir pupus iaitu paip air gergasi.

Batang paip besi dan laluannya sepanjang yang dianggarkan 14.5 kilometer batu itu pernah menjadi mercu tanda Gopeng ketika era kegemilangan industri perlombongan tetapi kini dipandang sebelah mata sebagai ‘besi buruk’ yang langsung tiada nilainya.
Jika dikira usianya, dianggarkan sudah lebih 160 tahun tetapi mungkin bagi pihak berkuasa tempatan, paip itu hanya suatu yang menyemak mata memandang dan perlu dibuang tanpa sebarang usaha mengekal atau menjadikan sebahagian daripadanya sebagai bahan sejarah.

Kedudukannya cukup mudah dikesan kerana jika melintasi jalan utama ke pekan Gopeng, pasti akan melalui satu jejantas lama yang diatasnya masih ada sisa batang paip besi yang bersambung antara Taman Gopeng Baru dengan masjid di seberang jalan.

Di bawah jejantas itu tertulis 4m (empat meter) menandakan kenderaan yang mempunyai ketinggian melebihi paras itu dilarang melaluinya. Di sebelah Taman Gopeng Baru, paras tanda itu semakin rendah dengan tanda 3m (meter).

Di situ juga ada dua laluan bawah jejantas yang hanya boleh memuatkan sebuah kenderaan pada satu-satu masa kerana kedudukannya di satu selekoh. Semakin jauh ke dalam kawasan kampung, semakin rendah laluan batang paip berkenaan.

Air yang dipam di puncak bukit di situ disalurkan ke kawasan rendah untuk aktiviti lombong dedah yang menggunakan banyak air untuk menembak dan menghancurkan tanah bukit sebelum diteruskan dengan kaedah mendulang.

Pada masa sama, penduduk juga mendapat manfaatnya melalui pemberian air percuma yang dibekalkan syarikat perlombongan Osborne and Chopper dan kerajaan negeri ketika itu.

Semua itu, hanya tinggal kenangan dan sejarah kerana penduduk di situ mendakwa banyak batang paip besi itu sudah dipotong dan dijual dengan izin. Apa yang ada hanyalah batang besi dianggarkan sepanjang 200 meter di pekan Gopeng dan bakinya di Kampung Sungai Itek.

Penduduk dan bekas pekerja lombong, Mokhtar Baki, 76, mengakui mereka kecewa dengan keadaan semasa dan mengharapkan kerajaan negeri mengambil tindakan segera dengan mengekalkan saki baki tinggalan sejarah.

Katanya, paip air besar itu sebenarnya dipam dari dua empangan iaitu Kampar Water Supplier (KWS) dan Jeranto Water Supplier (JWS) untuk kegunaan kira-kira 2,000 pekerja lombong, tidak termasuk penduduk tempatan.

Air dari kedua-dua empangan itu akan disalurkan untuk kawasan tadahan syarikat Osborne and Chopper dan bekalan air kerajaan (GWS).

“Itulah (batang paip besi) sejarah Gopeng, ‘trade mark’ orang sini. Dulu, penduduk dapat bekalan air percuma, cuma perlu gotong royong pasang paip dan salurkan ke rumah masing-masing. Air gunung sangat bersih dan sejuk.

“Kalau tak dikekalkan atau dijaga dengan baik, saya percaya dalam masa beberapa tahun akan datang, Gopeng langsung tak ada apa-apa,” katanya.

Berdasarkan cerita lisan, Mokhtar yang pernah berkhidmat sebagai Tentera British berpangkalan di Singapura, berkata batang paip besar itu ditarik ke puncak bukit menggunakan gajah kerana terlalu berat dan panjang.

Ada yang mendakwa batang paip itu ditarik di rel kereta api tetapi apa pun kaedah yang digunakan, ia mencerminkan suatu yang cukup sukar untuk menyambung paip air dari empangan atas bukit.

Bahkan, khidmat Orang Asli turut digunakan untuk menjaga kawasan empangan, manakala pekerja lain ditugaskan memantau sukatan air melalui rumah stim yang dikhaskan mengawal meter air atau jumlah air yang dilepaskan.

Paip besar banyak kenangan

BATANG paip besi Gopeng bukan sekadar membekalkan air bersih untuk penduduk dan aktiviti perlombongan tetapi meninggalkan seribu kenangan suka duka kepada penduduk yang menganggap ia sebahagian daripada hidup mereka.

Bagi kanak-kanak sekolah ketika itu, batang paip besar itu adalah laluan mereka merentasi kampung untuk ke sekolah. Saiznya yang cukup besar membolehkan kanak-kanak berjalan dan berlari di sepanjang laluan dan turun di mana-mana lokasi dikehendaki.

Bahkan, ada juga rumah yang dibina berdepan dengan saluran batang paip dan terpaksa membuat laluan khas untuk melintasi sama ada di bawah atau atas paip. Kebiasaannya, mereka lebih selesa melalui jalan bawah.

Namun, semua itu hanya tinggal kenangan dan sejak 1998 hinggalah 2009, hanya tinggal kurang 200 meter batang paip yang tinggal.

Penduduk, Shaari Ali, 59, mengakui batang paip itulah tempatnya bermain dan berkejaran bersama rakan untuk ke sekolah setiap hari.

“Laluan atas batang paip itu sepatutnya berlumut, tetapi disebabkan kami menggunakannya setiap hari, lumut pun tak sempat tumbuh, dah macam ada laluan khas,” katanya mengimbau kenangan sejarah paip Gopeng.

Katanya, jika ditanya pendapatnya mengenai kepentingan mengekalkan bahan sejarah itu, sudah pasti penduduk tempatan menyokong sepenuhnya kerana hanya itulah mercu tanda sejarah yang ada di Gopeng.

“Kami tiada ada kuasa untuk buat keputusan. Kenapa tidak pindahkan saki baki batang paip itu ke satu lokasi baru sebagai tatapan atau kekalkan di tempat asal dan baik pulih bahagian yang rosak, letakkan sedikit papan maklumat,” katanya.

Menurut cerita lisan, air di situ sangat sejuk hinggakan jika ada penduduk yang mengalami demam panas, mereka akan berbaring di atas batang paip itu untuk beberapa jam sehingga suhu badan turun ke paras normal.

Kini, penduduk kampung masih lagi menggunakan bekalan air bukit tetapi menggunakan batang paip baru yang lebih kecil dan disambung ke rumah dengan paip getah bersaiz tiga inci.

Bagaimanapun, mereka juga menghadapi masalah tekanan air tidak menentu disebabkan saiz batang paip utama dikatakan terlalu kecil dan tidak mampu menampung keperluan penduduk.

Info: Paip Air Gopeng dan aktiviti perlombongan

* Syarikat Osborne and Chopper ditutup 1994.

* Paip air besi disambung menggunakan pasak kayu.

* Ukuran batang paip:
# Garis pusat 48 inci
# Garis pusat 24 inci

* Jarak antara tiang: 600 meter

* Antara laluan saluran paip:
# Kampung Tersusun Gopeng
# Taman Gopeng Baru
# Lawan Kuda
# Kopisan Baru.
# Kampung Sungai Itek
# Kampung Pintu Padang

- BERITA MINGGU

Tuntutan pencarum Perkeso meningkat

by
Jumlah tuntutan terhadap Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) meningkat daripada 94,490 kes pada 2008 kepada 100,164 kes tahun lalu dipercayai akibat peningkatan jumlah kemalangan di tempat kerja terutama pada sebelah malam.

Peningkatan 5,674 kes itu juga menyebabkan jumlah bayaran tuntutan tahunan meningkat daripada RM1.18 bilion kepada RM1.35 bilion pada tahun lalu untuk dibayar kepada 324, 728 penerima faedah tahun lalu.

Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, K Selvarajah, berkata selain jumlah kes semakin meningkat, nilai bayaran tuntutan bertambah disebabkan pihaknya juga mengambil kira kos sara hidup ketika ini dan perlu diselaraskan dengan keadaan semasa.

“Banyak kes membabitkan kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerja dan pulang ke rumah terutama malam.

“Kami tegaskan kepada majikan dan pekerja segera membuat tuntutan.
“Kami ada pasukan penyiasat yang bersedia ke tempat kejadian untuk membantu mereka. Jika semuanya lancar, permohonan lengkap, pekerja akan menerima faedah tuntutan lebih cepat,” katanya.

Katanya, mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, majikan yang gagal atau lewat melaporkan kemalangan boleh dikenakan hukuman denda RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya, manakala majikan dan pekerja yang memberi, membuat atau mengemukakan dokumen atau maklumat palsu boleh dikenakan tindakan sama.

“Pekerja dan keluarga perlu menyedari dan menuntut hak. Ramai tidak faham dan tidak tahu keistimewaan pencarum Perkeso atau digelar orang berinsurans. Semua tafsiran dinilai pakar termasuk jemaah doktor,” katanya.

Melalui Skim Insurans Bencana Pekerjaan, pekerja akan dilindungi jika berlaku kemalangan di tempat kerja, dalam perjalanan atau kemalangan ketika kecemasan seperti kebakaran di tempat kerja dan penyakit akibat suasana bekerja.

- BERITA MINGGU

Penasihat PKR mahu wujud 3 Timbalan Perdana Menteri

by
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, mendedahkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang untuk mewujudkan tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri jika rancangan 16 September berjaya direalisasikan.

Zahrain keluar daripada PKR selepas hilang kepercayaan terhadap Ketua Pembangkang itu, berkata jawatan Timbalan Perdana Menteri itu akan disandang wakil Pas, DAP serta pemimpin dari Sabah atau Sarawak.

“Anwar bercadang mewujudkan tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri jika rancangan 16 September menjadi realiti. Beliau sanggup melakukan apa saja demi mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri tanpa memikirkan sama ada ia boleh dibuat atau tidak.

“Sekarang, beliau janji hendak lantik seorang pemimpin Cina untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri II pula kerana sedar sokongan orang Melayu terhadapnya semakin terhakis. Beliau hanya mahu sokongan daripada orang Cina,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Anwar, dalam wawancara dengan sebuah akhbar berbahasa Cina, berjanji mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II yang dilantik dari kalangan pemimpin DAP jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Ketua Pembangkang itu mendakwa dirinya dipilih sebagai calon Perdana Menteri.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Zainal Abidin Osman, menganggap janji dibuat Anwar melantik pemimpin DAP menjadi Timbalan Perdana Menteri II tidak mengejutkan.
“Anwar terlalu teruja supaya agenda peribadinya untuk menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang dan sanggup menyatakan apa saja janji asalkan misinya berjaya.

“Saya tidak terkejut kalau selepas ini beliau berjanji untuk wujudkan lima jawatan Timbalan Perdana Menteri. Saya yakin ini tidak akan terjadi,” katanya selepas majlis Umno Juara Rakyat Peringkat Nibong Tebal di Sungai Acheh, semalam.

Zainal Abidin berkata, formula dilaksanakan Barisan Nasional (BN) kini sudah memadai dengan pemimpin Cina diberikan jawatan penting dalam Kabinet bagi memberi peluang kepada mereka untuk berkhidmat.

“Ia berjalan dengan baik dan selaras dengan konsep 1Malaysia digagaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,”katanya.

- BERITA MINGGU

Persoalan Agama: Wajib zakat simpanan KWSP sebaik dikeluarkan

by
Bersama Ustaz Zahazan Mohamed
bminggu@bharian.com.my

SOALAN

Membayar zakat adalah satu kewajipan. Bagaimana pula dengan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)? Apakah pencarum wajib membayar zakat wang mereka yang disimpan dalam KWSP itu? Jika ya, berapakah pecahannya?

JAWAPAN

ALLAH SWT berfirman dalam surah al-Taubah ayat 103 yang bermaksud: “Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat), dengan itu kamu membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak buruk). Begitu juga dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: “Dan dirikanlah solat olehmu semua dan berikanlah zakat.”

Imam Ibnu Kathir ketika mentafsirkan surah al-Baqarah ayat 110 yang bermaksud: “Dan dirikanlah solat dan tunaikan zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapatkan pahalanya di sisi Allah SWT,” menyebut Allah SWT memerintahkan mereka untuk melakukan hal yang bermanfaat bagi mereka yang pahalanya untuk mereka sendiri pada hari kiamat kelak seperti mendirikan solat dan menunaikan zakat, sehingga Allah SWT memberikan kemenangan kepada mereka dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya kalangan saksi (hari akhirat).

Zakat dari segi bahasa bererti bersih dan suci, manakala dari segi syarak pula bermaksud mengeluarkan sebahagian harta atau hak milik kepada mereka yang layak menerimanya dengan kadar tertentu selepas mencukupi nisab dan sampai masa satu tahun atau selepas sempurna menuai (bagi tanam-tanaman).

Zakat terbahagi kepada zakat fitrah dan zakat harta. Zakat harta termasuk zakat emas dan perak, zakat wang dan perniagaan, zakat saham, zakat binatang ternakan dan zakat KWSP. Saidina Ali sudah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan sudah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya lima dirham dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu mata wang zaman dulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan sudah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.” (Riwayat Abu Daud).
Dalam buku Indahnya Hidup Bersyariat, menyebut KWSP dikenakan zakat kerana konsepnya sama seperti simpanan, cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan secara mudah seperti akaun simpanan biasa. Tidak ada dalil yang mengecualikan zakat KWSP sekalipun ia untuk simpanan hari tua.

Caruman wang pekerja dan majikan ke dalam KWSP dikenakan zakat apabila cukup nisab dan haul. Oleh itu dalil wajib zakat KWSP adalah dalil wajib simpanan secara amnya. Zakatnya 2.5 peratus sekiranya mencukupi nisab semasa pada setiap kali ia dikeluarkan.

Contohnya, sekiranya saudara mengeluarkan RM15,000, zakatnya adalah 2.5 peratus iaitu RM375. Wang caruman KWSP yang masih disimpan tidak wajib dizakat kerana ia belum sempurna milik dan si pencarum tidak dapat menggunakan wang itu. Saya menyarankan agar saudara mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengiraan dan sebagainya di pusat zakat negeri.

Sebenarnya banyak hikmah diwajibkan zakat. Ini termasuk pertama, zakat adalah satu cara pengabdian diri terhadap Allah SWT dengan cara mengeluarkan sebahagian harta untuk diberikan kepada orang lain yang kurang bernasib baik seperti fakir miskin agar turut sama mengecapi nikmat Allah SWT.

Kedua, kesanggupan mengeluarkan sebahagian kecil daripada harta yang disayangi dianggap sebagai satu amalan jihad (pengorbanan) melalui harta benda demi menegakkan salah satu rukun Islam yang lima.

Ketiga, membersihkan perasaan dendam dan hasad dengki orang fakir miskin terhadap golongan berada. Seterusnya untuk membersihkan segolongan ahli masyarakat umum daripada kekecewaan, yang merasakan diri mereka tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Keempat, melenyapkan sikap cintakan harta, bakhil dan kedekut dan kelima, mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT dengan menyumbangkan sebahagiannya demi agama Allah. Wallahualam.

- BERITA MINGGU

Ilmuwan Islam: Al-Razi tinggalkan khazanah tafsir, fikah, perubatan, geometri

by
Ramai ilmuwan Islam contoh yang kita dapati dalam khazanah ketamadunan Islam yang memiliki kemahiran dalam satu-satu bidang ilmu. Tetapi sangat sedikit kita dapati ilmuwan Islam yang menguasai ilmu dunia dan ilmu wahyu layaknya seorang ulul albab. Salah satu daripada mereka ialah al-Razi.

Menurut Sami al-Nasysyar, keilmuan al-Razi dikesan dalam 97 buku yang dihasilkannya. Ia merangkumi bidang al-Quran (tafsir) sebanyak lima buah; ilmu kalam sebanyak 40 buah; falsafah sebanyak 26 buah; bahasa Arab tujuh buah; fikah dan usul fikh lima buah, perubatan tujuh buah, geometri lima buah dan sejarah dua buah.

Daripada apa yang dikesan al-Nasysyar di atas dapatlah kita simpulkan bahawa al-Razi adalah seorang ulul albab yang luar biasa. Beliau telah meninggalkan khazanah dunia yang tidak ternilai dan tersebar di merata dunia.

Ibnu Nadim dalam al-Fihrist menulis mengenainya: ”(Dia) seorang ilmuwan terbilang dan satu-satunya pada zamannya serta terhimpun dalam dirinya ilmu orang terdahulu khasnya ilmu perubatan.”

Ibnu Abi Usaibu’ah dalam ‘Uyun al-Anba’ menyifatkan al-Razi dengan katanya: “Al-Razi adalah seorang yang pintar, cerdik dan belas kasih kepada pesakitnya, bersungguh-sungguh dalam mengubati mereka agar sembuh dengan pelbagai cara yang sesuai, berkesinambungan dalam membuat kajian mengenai rahsia industri perubatan dan menerokai hakikatnya.”

Kemasyhuran al-Razi sebagai doktor bukan saja di Timur, tetapi juga di Barat; sehingga dikenali sebagai ‘Rhazes’ dan mendapat gelaran ‘The Arabic Galen’ merujuk kepada pakar perubatan Barat.

Al-Razi pada mulanya berminat dengan muzik sebelum mempelajari ilmu perubatan, matematik, astronomi, kimia dan falsafah. Antara guru beliau ialah Hunain ibn Ishaq, seorang pakar ilmu perubatan Greek lama, Parsi dan India serta Ali ibn Rabban.
Bukunya al-Hawi (Liber Contines) yang mengandungi 20 jilid adalah ensiklopedia amalan perubatan terapeutik yang menjadi buku rujukan perubatan di Eropah dan menjadi satu daripada sembilan buku rujukan yang ada dalam perpustakaan Fakulti Perubatan, Universiti Paris pada 1394.

Artikel ilmiahnya berkenaan penyakit campak cacar tulen (smallpox) dan campak biasa (measal) iaitu al-Judari wa al-Hasbah diterjemah ke dalam bahasa Inggeris dan diulang cetak sebanyak 40 kali dalam masa antara 1498-1866M.

Ketika al-Razi memimpin Muqtadiri Hospital di Ray selama enam tahun dari 290 Hijrah hingga 296 Hijrah, beliau telah menulis buku yang dipersembahkan kepada Gabenor Mansur ibn Ishaq dan buku itu diberi tajuk Kitab al-Mansuri dalam ilmu perbedahan. Dalam buku itu terkandung 10 penemuan berkaitan pembedahan dan dianggap karya tulen yang mencerminkan kematangan dan kepakaran al-Razi dalam perubatan moden.

- BERITA MINGGU

Fahami falsafah kewujudan polis

by
Oleh Shamrahayu A Aziz
Pakar Perlembagaan dan Pensyarah
Kuliyyah Undang-Undang
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Antara isu yang terus bersarang di minda masyarakat sehingga ke hari ini, sudah pasti membabitkan pasukan polis. Malah pasukan ini antara perkhidmatan awam yang sering dinilai masyarakat tahap perkhidmatan dan pencapaiannya. Mungkin ramai tidak menyedarinya, tetapi ini disebabkan bidang tugas pasukan polis yang sebegitu intim dengan kehidupan masyarakat.

Tidak dinafikan, pasukan polis yang cekap, bersih, tegas, amanah, berdedikasi dan berintegriti adalah impian semua. Namun, indeks jenayah yang tinggi, ketidakcekapan polis, masalah pentadbiran dan pengurusan, serta publisiti negatif dan sensasi terhadap polis menjadi aspek penilaian masyarakat mengenai perkhidmatan pasukan polis sejak akhir-akhir ini.

Namun, apa yang menghampakan ialah sikap masyarakat dalam mengawal selia anggota mereka dan sering kali dipinggirkan daripada perdebatan umum, contohnya kegagalan ibu bapa mengawal selia anak mereka dengan baik atau ahli masyarakat yang gagal melaporkan kejadian penderaan kanak-kanak kepada pihak berkuasa.

Penilaian terhadap tahap perkhidmatan dan pencapaian pasukan polis, sama ada berkaitan fungsi dan tugasnya atau pentadbiran dan pengurusannya memerlukan seseorang itu mempunyai minda terbuka dan menghayati falsafah atau prinsip kepolisan. Dalam aspek pentadbiran dan pengurusan, ia mungkin sedikit berbeza dengan pentadbiran dan pengurusan jabatan awam lain kerana ia mengendalikan perkara penting dan asas dalam sesebuah negara, iaitu kestabilan dan keselamatan negara. Ini menjadikan pentadbiran serta pengurusan pasukan polis bukanlah semudah anggapan ‘orang luar’ daripada pasukan. Penggunaan beberapa sistem penilaian tahap kecekapan yang diperkenalkan ada kalanya memberi kesan berbeza antara pasukan polis dan perkhidmatan awam lain.

Merujuk aspek pengendalian tugas, beban tugas dan tanggungjawab pasukan polis tidak semudah seperti dilihat di kaca televisyen atau di skrin lebar. Tugas sebenar polis lebih daripada menerima panggilan telefon dan bergegas ke tempat kejadian jenayah yang dilaporkan dan dapat menyelesaikan sesuatu masalah dalam jangka masa satu jam saja seperti yang digambarkan drama televisyen.

Hanya mereka yang terlatih di dalam bidang kepolisan memahami hakikat tugas se benar pasukan polis. Malah ahli akademik yang berjela panjang biodata penulisannya, juga masih belum tentu memahami hakikat sebenar kerja kepolisan di lapangan.
Pasukan polis terbabit dalam interaksi antara manusia yang rumit dan ada kalanya amat luar biasa serta tidak tercapai akal manusia normal. Tambahan pula ada aspek tugas kepolisan tidak boleh atau mudah ditafsir penyelia seperti membuat keputusan dalam keadaan genting yang memerlukan seorang polis bertindak bagi tempoh masa, ada kalanya kurang sesaat. Sifat tugas kepolisan dalam banyak keadaan memerlukan mereka membuat keputusan dalam tekanan, bahaya dan kekeliruan.

Pada pengamatan saya, sekiranya dibandingkan tugasan seorang pakar bedah dan pegawai polis, kedua-duanya mungkin ada persamaan, iaitu terpaksa membuat keputusan mengenai hidup dan mati seseorang dalam keadaan tekanan dan kekeliruan. Tugas polis sebaliknya jauh lebih berbahaya kerana ia membabitkan banyak pihak yang tidak bersalah, termasuk diri polis itu sendiri. Namun penerimaan masyarakat kadang kala amat berlainan sekali bagi kedua-dua profesion ini.

Kita perlu memahami falsafah kewujudan pasukan polis serta kedudukannya di dalam masyarakat. Pembentukan pasukan polis ialah membolehkan majoriti, kalau pun bukan semua, ahli masyarakat berasa selesa, aman dan terjamin akan keselamatan mereka. Dalam menentukan keselesaan, keamanan dan jaminan keselamatan masyarakat, sudah tentu pasukan polis memerlukan pembabitan ahli masyarakat itu sendiri selain undang-undang lengkap dan kalangan anggota dan pegawai yang cekap.

Mengikut perundangan yang ada, terutama undang-undang berkaitan prosedur jenayah misalnya, masyarakat mempunyai peranan undang-undang untuk membantu polis bagi menguat kuasa undang-undang dengan cara memberikan maklumat atau membantu polis di dalam menjalankan prosedur yang lain (sebagai contoh lihat seksyen-seksyen 11, 12 dan 13 Kanun Prosedur Jenayah).

Namun begitu, peruntukan undang-undang ini tidak menyediakan hukuman ke atas sebarang kegagalan membantu pasukan polis.

- BERITA MINGGU

Qobin mula ekspedisi tawan gunung paling sejuk

by

SEPANG 29 Mei - Penjelajah muda, Muhamad Muqharabbin Mokhtaruddin (gambar), 28, memulakan Ekspedisi 7 Puncak 7 Benua 7 Nilai dengan percubaan untuk menawan Gunung McKinley di Amerika Syarikat yang merupakan gunung paling sejuk di dunia.

Dengan cuaca melampau dan suhu yang boleh mencecah di bawah tahap beku iaitu sehingga -70 darjah celsius, Muhamad Muqharabbin atau lebih dikenali sebagai Qobin bakal menempuh bahaya rekahan ais yang mampu meragut nyawa pendaki pada bila-bila masa.

Qobin berkata, beliau menerima cabaran pendakian tersebut walaupun terpaksa meninggalkan anaknya, Thariq Alfatih yang baru dilahirkan 14 hari lalu.

''Thariq akan menjadi penguat semangat untuk meneruskan pendakian, saya mahu menjadi contoh terbaik kepada anak saya," katanya kepada pemberita sebelum berlepas ke Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Selain Gunung Everest di Asia, Qobin merancang untuk menakluk gunung tertinggi di benua Afrika, Antartika, Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah dan Australia.

- MINGGUAN MALAYSIA

'Benang' jadikan wajah menarik

by

Raut wajah mencerminkan diri kita. Sekiranya wajah kita tersenyum ia melambangkan hati yang bahagia. Begitu juga wajah yang sering muram menggambarkan hati yang sedih dan pilu. Pernahkah anda melihat seorang yang gembira dan periang menunjukkan wajah bengis dan muram. Sudah tentu tidak. Ini menunjukkan bahawa ekspresi wajah adalah sangat penting kerana ia mencerminkan perasaan kita.

Sejak saya memperkenalkan Teknik Serdev pada keluaran minggu lepas saya mendapat banyak pertanyaan pembaca yang ingin tahu bagaimanakah teknik ini dilakukan. Kali ini saya akan mengupas lebih mendalam lagi berkenaan isu ini.

Bagaimanakah sebuah wajah itu di anggap menarik? Apakah kriterianya?

Dalam perubatan estetik wajah yang sempurna terbentuk apabila terdapat keseimbangan peratusan pada tiga bahagian muka iaitu:

# Jarak dari dahi ke hidung

# Jarak dari hidung ke mulut

# Jarak dari mulut ke dagu

Sekiranya jarak ketiga-tiga bahagian ini hampir sama maka wajah dianggap sempurna.

Gambar di atas menunjukkan struktur wajah yang tidak simetri. Jarak dari mulut ke dagu adalah pendek. Gambar di sebelah kanan ialah wanita yang sama setelah dagunya dipanjangkan bagi membentuk wajah yang lebih simetri.

Garisan melintang dan menegak menunjukkan simetri jarak wajah yang ideal. Rawatan serdev boleh memberikan raut wajah yang agak simetri.

Cuba lihat gambar topeng

Perhatikan apabila garisan mata bibir dan mulut melendut maka akan terhasil wajah yang suram dan sedih. Manakala apabila garisan diangkat kita dapat menghasilkan wajah yang ceria.

Bila usia beranjak akan terjadilah garisan-garisan halus serta kejatuhan pada otot-otot, segalanya mengendur dan melendut. Keadaan inilah yang menjadikan raut wajah tampak muram seolah-olah seseorang itu sentiasa berada dalam kesedihan. Apabila mengangkat kembali kita berjaya menjadikan wajah tampak lebih muda dan ceria.

Wajah kita terdiri dari struktur tulang dan otot otot muka. Apabila usia meningkat, kandungan kolagen pada kulit turut mengalami perubahan. Jalinan kolagen yang sedikit dan tidak kukuh membuatkan kulit menurun, tidak lagi anjal dan kurang tegang. Otot-otot juga mula mengalami kesan penuaan. Ia mula melendut ke bawah menimbulkan garisan-garisan kecil yang menghala ke bawah.

Teknik Serdev

Teknik serdev menggunakan benang khas yang dimasukkan ke bawah kulit kepala.Benang itu digunakan bagi mengangkat semula muka tanpa memerlukan pembedahan yang menyakitkan. Keistimewaan teknik serdev adalah ia menggunakan benang yang diperbuat daripada protein. Ia terbukti tidak menyakitkan dan hasilnya tahan lama. Benang itu tidak kekal di dalam kulit kita. Dalam masa beberapa bulan ia akan hancur di dalam tubuh namun hasilnya tetap cantik selama 10 tahun kerana berlakunya fibrosis pada bahagian muka yang diangkat. Fibrosis adalah proses semulajadi di mana bahagian muka yang diangkat melekat pada tempat yang betul dengan kekal. Ia langsung tidak memberikan kesan parut kerana dibuat di kulit kepala yang tersembunyi di bawah rambut. Rambut juga tidak perlu digunting atau dicabut kerana teknik ini hanya melibatkan benang yang di sembunyikan di bawah rambut sahaja.

Bagaimanapun jika seseorang itu dikurniakan dengan wajah yang cantik namun personalitinya tidak menarik sudah tentulah kecantikannya itu kurang menyerlah. Keyakinan diri amat mustahak sekali terutamanya bagi wanita.

Faktor lain yang penting adalah senyuman yang ikhlas dan menawan. Senyuman yang ikhlas membuatkan wajah seseorang tidak jemu dipandang. Ia memberikan impak yang penting dalam meningkatkan kecantikan anda.

- MINGGUAN MALAYSIA

Top Ad 728x90