31 Julai 2010

Keputusan Perlawanan Liga Super Malaysia (MSL) - 31/07/2010 (Sabtu)

by
KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER - 31/07/2010 (SABTU)

Selangor 2 - 0 Terengganu

Negeri Sembilan 5 - 0 Pahang

Kuala Lumpur 0 - 2 KL Plus FC

Perak 1 - 0 Kedah

Pulau Pinang 0 - 0 Perlis

T-Team 5 - 0 Johor

Johor FC 1 - 3 Kelantan

* Selangor menjadi Juara Liga Super 2010 dengan memenangi hadiah RM500,000. Sementara Kelantan di tempat kedua (RM300,000) dan Terengganu di tempat ketiga (RM200,000). Perlawanan terakhir pada 3 Ogos 2010 (Selasa) tidak akan membawa apa-apa perubahan di tiga tempat teratas.

Tengku Abdullah, Anuar Musa Dipilih Timbalan Presiden FAM

by

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Sultan Ahmad Shah (tiga, kiri) bersama Tan Sri Annuar Musa (tiga, kanan) bergambar bersama empat naib presiden persatuan yang baharu selepas majlis pemilihan pada Majlis Kongres FAM ke -47 di Shah Alam pada Sabtu. Barisan muka baru yang dipilih untuk memimpin FAM bagi penggal 2010/2014 berazam untuk bekerja keras bagi memajukan dan menjadikan sukan ini sebagai agenda nasional. Foto BERNAMA


SHAH ALAM: Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kembali ke pangkuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas dipilih sebagai Timbalan Presiden bersama Tan Sri Annuar Musa, pada pemilihan barisan kepimpinan badan induk bolasepak negara bagi penggal 2010/2014.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengekalkan jawatan presiden yang disandang baginda sejak 1984, apabila menang tanpa bertanding selepas pencalonan ditutup 18 Julai lalu.

Pada pemilihan dalam kongres tahunan FAM kali ke-47 yang berlangsung di sebuah hotel di sini Sabtu, Tengku Abdullah mendapat 29 undi sementara Annuar mendapat 23 undi daripada 38 ahli majlis yang mengundi, mewakili 19 gabungan badan induk itu.

Penyandang jawatan sebelum ini, Khairy Jamaluddin tidak mempertahankan jawatannya sementara Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad tewas dalam pemilihan.

Dua lagi calon bagi jawatan Timbalan Presiden tetapi tewas ialah Datuk Che Mat Jusoh dan Datuk Abdul Mokhtar Ahmad.

Pada sidang akhbar selepas kongres itu, Tengku Abdullah berkata beliau akan berbincang terlebih dahulu bersama ayahandanya dan barisan kepimpinan baru mengenai misi dan visi FAM.

Beliau yang juga Presiden Persekutuan Hoki Malaysia berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk membahagikan masa di antara sukan hoki dan bolasepak.

"Bola sepak tetap di hati," katanya.

Tengku Mahkota Pahang itu sebelum ini pernah memegang jawatan berkenaan pada Februari 1992, namun melepaskannya pada bulan Mac tahun berikutnya.

Beliau bagaimanapun dipilih memegang jawatan itu semula pada Februari 1994 sebelum melepaskannya kembali pada Julai 2007.

Sementara itu, Annuar yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa)berkata beliau mempunyai beberapa idea bagi mempertingkatkan lagi mutu bolasepak di negara ini tetapi terlebih dahulu perlu mendapat perkenan Sultan Ahmad Shah dan persetujuan ahli majlis FAM.

"Akan ada pendekatan baru bagi tujuan penambahbaikan arena bola sepak negara," katanya.

Bagi jawatan naib presiden, Datuk Afandi Hamzah muncul satunya-satu penyandang yang berjaya mempertahankan jawatannya pada pemilihan kali ini.

Namun Datuk Subahan Kamal mendahului pemenang yang mendapat undi tertinggi, dengan 28 undi, diikuti Datuk Hamidin Mohd Amin (27 undi), Afandi (20) dan Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd Hashim (19).

Calon yang tewas ialah Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Datuk S.Subramaniam, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Datuk Lawrence Gimbang.

Bagi jawatan ahli majlis, seramai 13 calon menawarkan diri bagi mengisi lapan jawatan.

Mereka yang terpilih ialah Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Astaman Abdul Aziz, Mejar Rani Abdul Rahim, S.Sivasundram, Dr Hamdan Mohamed Khalib, Datuk Osman Salleh, Rosmadi Ismail dan Datuk Jeffery Low Han Chau.

- BERNAMA

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

by
Hadith :

Dari Aisyah r.a katanya:”Sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad melihat Tuhannya, sesungguhnya orang itu dusta kerana Allah mengatakan:’Pemandangan tidak sampai kepada-Nya”. Dan sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad mengetahui hal yang ghaib, sesungguhnya orang itu dusta kerana Tuhan mengatakan:”Tiada mengetahui hal yang ghaib melainkan Allah.”

(Muslim)

Huraian:

Sesungguhnya segala yang sabit wujudnya di alam maya ini adalah lebih luas daripada apa yang dapat dicapai dengan pancaindera mahupun peralatan canggih ciptaan manusia.

Demikian fahaman akal manusia yang pendek dan terbatas. Dengan itu ternyata bahawa sebarang usaha untuk mengetahui perkara-perkara yang ghaib dengan jalan akal yang tenaganya terhad dengan batasan-batasan hidup di bumi ini semata-mata, adalah suatu usaha yang sia-sia, yang sudah tentu akan menemui kegagalan.

Tenaga akal yang dikurniakan Allah kepada manusia sebenarnya ialah untuk menjalankan tugas mengatur kehidupan dalam alam ini dengan cara memerhati, mengkaji dan mengambil kesimpulan untuk mencapai kemakmuran dan kemakmuran hidup di dunia dan akhirat, bukan digunakan pada perkara-perkara yang tidak dapat dikuasainya yang akhirnya menyebabkan berlakunya kesesatan.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Muhammad Asyraf Juara Imam Muda Musim Pertama

by

Kemuncak Imam Muda Khamis malam yang diadakan di Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berakhir dengan kemenangan Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26.

Peserta berasal dari Sungai Gelugor, Pulau Pinang itu mengalahkan pesaing terdekatnya, Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27. Juara sulung Imam Muda itu menerima biasiswa pakej 'Berlian' pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi tajaan Yayasan Antarabangsa Al- Madinah.

Beliau juga ditawarkan jawatan Imam Ratib (kontrak) di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan berserta sebuah kereta Proton Exora.

Bukan itu sahaja, Asyraf juga membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sebuah komputer riba jenis Apple Macbook Pro, i Phone 3G, trofi dan sijil penyertaan serta kad pertauliahan daripada Jawi.

Di samping itu dia turut mendapat pakej menunaikan haji dan umrah serta pakej percutian ke Bandung selama 4 hari 3 malam, perabot jati bernilai RM10,000 dan pakej SPA Maghribi.

Asyraf melahirkan rasa terharu kerana terpilih sebagai juara rancangan itu untuk musim pertama.

"Saya berasa gembira bukan disebabkan saya dinobatkan sebagai juara. Namun saya lebih gembira kerana program ini dapat ditonton oleh umat Islam di seluruh dunia.

"Sasaran kemenangan ini bukan sahaja dinilai pada kejayaan individu itu, tetapi kejayaan kepada seluruh masyarakat dan Islam itu sendiri.

"Pada masa yang sama, kami sepuluh orang sebenarnya takut jika program ini telah memecah tradisi tetapi pesertanya tidak menunjukkan apa-apa kualiti.

"Insya-Allah kami akan cuba memberikan tunjuk ajar kepada masyarakat dengan sokongan yang ada," kata graduan Sarjana Muda Usuluddin dan Fikah dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur ini.

Bagi Hizbur, graduan Syariah Islam Universiti Al-Azhar yang berkhidmat sebagai guru tahfiz menerima kekalahannya malam ini dengan hati yang terbuka.

"Saya berasa bangga kerana program ini berjaya dengan lancar. Mungkin ada kekurangan dan kecacatan sebab kami tidak mempunyai contoh kerana kami generasi yang pertama (Imam Muda).

"Insya-Allah, kami akan menubuhkan kelas agama dan kelab untuk remaja," kata Hizbur.

Pemenang tempat kedua itu membawa pulang hadiah berupa biasiswa Pakej 'Emas' pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi tajaan Yayasan Antarabangsa Al- Madinah, pakej menunaikan umrah dan pakej percutian ke Bandung selama 4 hari, 3 malam, perabot jati bernilai RM7,000 serta pakej SPA Maghribi.

Dia turut menerima sebuah komputer riba jenis Apple Macbook Pro, i Phone 3G, wang tunai RM15,000 trofi dan sijil penyertaan serta kad pertauliahan daripada Jawi.

Yayasan Antarabangsa Al Madinah turut berbesar hati menawarkan hadiah saguhati kepada lapan peserta lain, berupa biasiswa pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi. Mereka turut menerima pakej percutian ke Bandung 4 hari 3 malam, pakej SPA Maghribi, i Phone 3G, trofi dan sijil penyertaan serta kad pertauliahan daripada Jawi.

Sistem pemarkahan dikira berdasarkan ujian teori sebanyak 50 peratus dan praktikal masing-masing 20 peratus, manakala 30 peratus markah lagi ditentukan pada pusingan kemuncak.

Juri dan mudir yang mengadili program akhir malam terdiri daripada Pengetua rancangan itu, Datuk Hassan Mahmood serta dua tenaga pengajar, Ustaz Shahrizan Daud, Syed Mohd. Norhisyam Tuan Padang. Ia dihoskan Ustaz Dzulkarnain Hamzah.

Tidak seperti program realiti lain, format Imam Muda berasaskan modul pengajian yang berlandaskan agama dan akidah dan tidak sama sekali menerapkan elemen komersial.

Program siri pencarian pertama berunsur Islam ini tidak terikat dengan undian bebas khidmat pesanan ringkas (SMS). Peserta yang tersingkir masih mengikuti pengajian imam yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Antara ujian dan cabaran yang dilalui oleh 10 peserta Imam Muda termasuklah menguruskan jenazah yang tidak dituntut, memberi motivasi kepada kanak-kanak serta golongan dewasa di rumah perlindungan, operasi ke pusat penyembelihan dan rumah pelacuran serta memberi kaunseling kepada pasangan suami isteri bermasalah.

Sepanjang ia berlangsung, program ini mendapat liputan media luar negara termasuk BBC World, CNN, Al-Jazeera, Reuters, majalah Der Spiegel Magazine dari Jerman dan akhbar International Herald Tribune, New York. Kesemua wakil media berkenaan turut hadir ketika rakaman program berlangsung dan mereka memberi reaksi positif terhadap keindahan agama Islam yang ditampilkan melalui program itu.

Turut hadir dalam ada kemuncak itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Rancangan itu dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Oasis.

- MSTAR

Kalendar Aktiviti & Peristiwa Penting Bulan Julai 2010

by
# 3 Julai 2010 - Tarikh Pendaftaran Ijazah Pertama / DPLI di IPTA

# 4 Julai 2010 - Pertandingan Mentor 4 (Akhir)

# 10 Julai 2010 - Israk Mikraj

# 20 Julai 2010 - Hari Keputeraan Sultan Terengganu

# 23 - 26 Julai 2010 - Festival Gamelan Sedunia 2010 di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu

# 27 Julai - 3 Ogos 2010 - Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa ke 52

MUTV Kini Di Malaysia

by

Peminat kelab bola sepak terkemuka dunia, Manchester United (MU) kini boleh mengikuti perkembangan terkini gergasi bola sepak berkenaan melalui saluran televisyen rasmi MU - MUTV yang dibawakan ke Malaysia oleh Telekom Malaysia Berhad (TM).

Melalui MUTV, peminat pasukan bola sepak dan pelanggan TM boleh mendapatkan akses kepada kandungan bola sepak mengenai MU seperti berita terkini, statistik dan banyak lagi.

Jika sebelum ini saluran MUTV menjadi fenomena di Arab Saudi, Afrika Selatan dan Hong Kong, maka fenomena yang sama dijangka bakal berlaku di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan TM Berhad, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa berkata, MUTV akan membawakan aksi MU secara terus kepada lebih 4.2 juta peminat kelab berkenaan di Malaysia.

"Ia akan disalurkan melalui hubungan jalur lebar yang dikuasakan TM, ia merupakan satu cara yang hebat untuk berkongsi keghairahan Liga Perdana Inggeris dengan peminat bola sepak dan juga pelanggan-pelanggan TM," katanya pada majlis pelancaran program kerjasama lima tahun dengan MU yang ditandatangani pada Mac lalu.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Ketua Pegawai Pemasaran TM, Rozalila Abdul Rahman; Naib Presiden Eksekutif Pengguna TM, Jeremy Kung; Pengarah Perhubungan MU, Nick Humphreys; Pengurus Jualan Serantau MU, Jon Naspe dan Duta Antarabangsa MU, Bryan Robson.

Tambah Zamzamzairani, melalui MUTV pelbagai berita, perlawanan kelab, wawancara belakang tabir eksklusif, rancangan temu bual, rancangan bersiri dan dokumentari melalui kelab dan barisan pemain serta beberapa program khas akan dibawakan kepada peminat MU di Malaysia.

MUTV akan disiarkan melalui perkhidmatan IPTV TM - HyppTV, manakala MUTV Online akan disiarkan di portal televisyen jalur lebar Hypp.TV (http://www.hypp.tv/manutd).

Turut diadakan sempena sambutan kerjasama ini ialah pemeran pelbagai produk dan perkhidmatan TM yang berlangsung selama lima hari.

Antara yang menarik di pameran itu ialah para pengunjung berpelung mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) TM iaitu pakej UniFi bagi perniagaan dan kediaman.

Pelawat-pelawat yang membeli atau melanggani produk dan perkhidmatan terpilih TM juga layak menerima barangan eksklusif MU.

Lebih menarik pengunjung dapat menyaksikan pameran Manchester United Museum dan pameran 100 tahun Old Trafford.

Turut dipamerkan ialah kasut but bola sepak pemain seperti Park Ji Sung dan Dimitar Berbatov, bola perlawanan akhir perlawanan Carling Cup 2010, jersi perlawanan akhir 1957 milik Jackie Blancflower dan jersi perlawanan akhir Piala Eropah 1968 milik Shay Brennan.

Bukan itu sahaja, pengunjung bertuah juga berpeluang bergambar dan mendapatkan autograf lagenda MU, Robson.

Pembangunan Bola Sepak Tempatan

Menurut Zamzamzairani juga, sebagai penaja utama Liga Malaysia sejak 2005, TM akan sentiasa meneroka peluang-peluang dan menyediakan platform untuk transformasi positif belia melalui sukan bola sepak.

Jelasnya, kerjasama baru TM dengan pasukan bola sepak terkenal berkenaan akan memberi dorongan kepada pemain-pemian muda di Malaysia untuk menjadi pemain bertaraf dunia.

"Sebagai syarikat yang tidak asing lagi di arena bola sepak tempatan, TM melihat usahasama ini bukan sahaja sebagai pemberian kepada pelanggan TM tetapi juga sebagai sebahagian daripada sumbangannya untuk pembangunan bola sepak di Malaysia," katanya.

- MSTAR

30 Julai 2010

Umat Islam Di Pahang Boleh Bayar Zakat Guna SMS

by
KUANTAN: Kadar zakat fitrah di Pahang tahun ini ditetapkan pada kadar RM7 seorang, sama seperti pada tahun lepas.

Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata kadar itu ditetapkan mengikut harga pasaran bagi segantang baghdad atau bersamaan 2.7kg beras.

Beliau berkata umat Islam di Pahang kini boleh membayar zakat fitrah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Pembaharuan ini sesuai dengan perkembangan teknologi masa kini dan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perunding dan Hukum Syarak," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, syarikat telekomunikasi, CELCOM, telah dilantik untuk melaksanakan pendekatan tersebut dan keseluruhan bayaran zakat itu nanti akan dihantar ke Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Katanya, setiap bayaran zakat yang dilakukan melalui SMS itu adalah percuma dan tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan.

Wan Abdul Wahid berkata selain SMS, seramai 940 amil telah dilantik untuk mengutip zakat di negeri itu pada tahun ini.

Bagaimanapun, beliau, mengingatkan umat Islam agar membayar zakat kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan menyediakan resit bayaran yang dikeluarkan oleh MUIP.

Dalam perkembangan lain, MUIP mengesan terdapat restoran atau premis makanan di negeri itu yang cuba mengelirukan pengguna dengan mempamerkan logo halal yang tidak diiktiraf.

Bagaimanapun katanya, tindakan terhadap premis terbabit diserahkan kepada pihak Jabatan Agama Islam dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kerana ia bukan di bawah bidang kuasa MUIP.

- BERNAMA

Petua Menyemai Kasih Sayang Suami

by
Tip untuk menanam kasih sayang suami.

Ikhlas
Ikhlas dan berbakti kepada lelaki bernama suami dan dengan harapan mendapat pahala dari Allah. Kerjaya yang dimiliki, kedudukan dalam masyarakat dan kesibukan melakukan aktiviti diluar rumah tidak membuatkan dirinya lalai bahawa dia memiliki peluang untuk ke syurga dengan berbakti kepada suami. “Apabila seorang perempuan menunaikan solat, puasa, memelihara kemaluannya dan berbakti, mentaati suaminya, dia akan dimasukkan ke dalam syurga”. Isteri seperti ini memiliki nilai yang tinggi di mata suami dan dia akan selalu dicintai oleh suaminya.

Berhias
Berhiaslah untuk suami dan bukan untuk orang lain. Sederhana dalam penampilan adalah lebih menarik dan memancarkan kecantikan sebenar seorang wanita. Setiap kali keluar bersamanya, sesuaikan penampilan anda mengikut apa yang disukai suami.

Sabar
Berusaha untuk selalu sabar dan tidak menyakiti hati suami. Perselisihan atau perbezaan pendapat antara suami isteri kadang kala menjadi punca pertengkaran. Jika anda menghadapi situasi ini ingatlah anda sedang berhadapan dengan seorang yang Allah berikan kepadanya hak yang besar keatas diri anda. “Seorang perempuan belum dianggap menunaikan hak Tuhannya sehingga ia menunaikan hak suaminya”. Kerana itu apa pun yang bergelora di hati anda, berusaha untuk terus sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami.

Tolak Ansur
Berusaha untuk menjadi isteri yang bertolak ansur dalam nafkah. Tidak banyak menuntut malah menerima dengan rasa syukur atas setiap pemberian suami mengikut kemampuannya dan tidak berlebihan dalam membelanjakan nafkah yang diberikan suami. Jika anda sanggup bersikap seperti ini, cinta suami akan selalu tercurah untuk anda.

Berdamping
Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka. Kadang kala manusia mengalami saat-saat menggembirakan di mana kehidupan berjalan seperti yang diimpikan. Namun jika mengalami perkara sebaliknya, berusahalah mendampingi suami dan berbincanglah masalah-masalah yang dihadapi.

Agresif
Berusahalah untuk menjadi pasangan yang menyenangkan di kamar tidur. Ramai wanita masih merasa malu untuk bersikap agresif kepada suaminya. Belajarlah cara dan teknik menyenangkan suami ditempat tidur dan anda akan mendapati suami selalu melimpahkan cintanya untuk anda.

Namun dengan tetap menjaga akhlak dan adab Islam. Ini dilakukan dengan tetap menjaga peranannya yang utama yaitu mendidik anak, menjaga keluarga yang dibangun atas mawaddah dan rahmah, juga tetap menciptakan suasana tenang dan damai dalam rumah tangga.

Dan Allah menjadikan bagimu rumah-rumahmu sebagai tempat tinggal dan Dia menjadikan bagi kamu rumah-rumah dari kulit binatang ternak yang kamu merasa ringan nya di waktu kamu berjalan dan waktu kamu bermukim dan dari bulu domba, bulu unta dan bulu kambing, alat-alat rumah tangga dan perhiasan sampai waktu. (Q.S. An-Nahl: 80)

Lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain, dan kerana mereka telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tiada.

Wanita-wanita yang kamu kuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Q.S. An Nisa: 34)

http://intim.wordpress.com/2009/06/30/petua-kasih-sayang-suami/

Kredit - Nadwati Munirah

10 Kisah Orang-Orang yang dahulunya gagal tetapi berjaya kemudian

by
10 kisah orang-orang yg gagal/pahit terlebih dahulu dan akhirnya berjaya dengan luarbiasa sebagai motivasi kepada kita semua.

1. Albert Einstein

Dialah Ilmuwan terkenal abad 20 yang terkenal dengan teori relativifnya. Dia juga salah satu pemenang Nobel. Siapa sangka dia adalah semasa kanak-kanak, beliau ialah terlambat bercakap dan juga mengidap Autisme iaitu penyakit yang sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Waktu kecil dia juga suka lalai dengan pelajaran.

2. Abraham Lincoln

Kisah Lincoln merupakan contoh klasik orang-orang yang benar-benar berani gagal.
Gagal dalam bisnes pada tahun 1831.
Dikalahkan di Badan Legislatif pada tahun 1832.
Gagal sekali lagi dalam bisnes pada tahun1833.
Mengalami patah semangat pada tahun 1836.
Gagal memenangkan pertandingan pidato pada tahun1838.
Gagal menduduki dewan pemilih pada tahun 1840.
Gagal dipilih menjadi anggota Kongres pada tahun 1843.
Dilantik menjadi anggota Kongres pada tahun 1846.
Gagal menjadi anggota Kongres pada tahun 1848.
Gagal menjadi anggota senat pada tahun 1855.
Gagal Menjadi Presiden Pada Tahun 1856.
Gagal Menjadi anggota Dewan Senat pada tahun 1858.
Akhirnya pada tahun 1860 dilantik sebagai presiden Amerika yang ke-16 dan salah seorang presiden yang sukses dalam sejarah Amerika.

3.Bill Gates

William Henry Gates III, atau yang lebih dikenal Bill Gates adalah CEO Microsoft. Ia juga merupakan seorang yang dermawan melalui kegiatannya di Yayasan Bill & Melinda Gates. Ia adalah pertama dalam orang terkaya di dunia versi majalah Forbes selama 13 tahun (1995 hingga 2007). Siapa sangka dia sebelumnya pernah dibuang dari Harvard dan bekerja sebagai Office Boy

4. Adam Khoo

Dia orang Singapura. Waktu kecil, ia adalah penggemar games yang ekstrem dan TV. Sehari, ia boleh duduk berjam-jam di depan TV. Baik main PS atau menonton TV.

Adam Khoo pun dikenali sebagai seorang anak bodoh. Ketika darjah empat , Ia dikeluarkan dari sekolah. Ia pun dimasukkan ke Sekolah Rendah terburuk di Singapura. Ketika dia akan masuk Sekolah Menengah, ia ditolak oleh enam Sek Men terbaik di sana. Akhirnya, ia belajar di Sek Men terburuk di Singapura. Begitu buruknya prestasi akademiknya, tapi lama kelamaan dia semakin baik justeru karena cemuhan kawan-kawannya, hingga akhirnya memperoleh kejayaan di dunia perniagaan.

Prestasi Adam di dunia perniagaan bermula pada Adam berusia 26 tahun. Ia telah memiliki empat perniagaan dengan total nilai aset setahun bernilai US$ 20 juta.

Kisah bisnes Adam bermula ketika ia berusia 15 tahun. Ia berniaga music box. Bisnes berikutnya adalah pernigaan training dan seminar. Pada usia 22 tahun, Adam Khoo adalah trainer peringkat nasional di Singapura. Pelanggan-pelanggannya adalah para manager dan top manager perusahaan-perusahaan di Singapura. Bayarannya mencapai US$ 10,000 per jam.

5. Aristotle Onassis:

Di sekolah, ia bodoh dan suka mencari pasal dan berlagak seperti orang kaya. Tidak aneh kalau ia diusir dari beberapa sekolah. Ia sering mendapat nombor tercorot di kelasnya. Salah seorang gurunya berkata:

Teman-teman sekelas memuja dia kerana sikapnya, tetapi guru guru dan keluarganya berputus asa. Semasa dia masih muda, dengan mudah orang dapat melihat bahwa dia akan menjadi seorang di antara mereka yang akan menghancurkan diri sama sekali atau sukses secara gilang-gemilang.

Walaupun reportnya di sekolah semakin bagus, bakatnya untuk berniaga dan mencari wang telah nampak sejak kecil. Akhirnya dia menjadi seorang jutawan.

6. Thomas Alva Edison:

Suatu hari, seorang anak kecil berusia 5 tahun, agak pekak dan bodoh di sekolah, pulang ke rumahnya membawa sehelai kertas dari gurunya. ibunya membaca kertas tersebut,
Tommy, anak ibu, sangat bodoh. kami minta ibu untuk mengeluarkannya dari sekolah.
Ibunya terhenyak membaca surat ini, namun ia segera membuat tekad yang teguh, ” anak saya Tommy, bukan anak bodoh. saya sendiri yang akan mendidik dan mengajar dia.”
Tommy kecil adalah Thomas Alva Edison yang kita kenal sekarang, salah satu saintis terbesar di dunia. dia hanya bersekolah sekitar 3 bulan, dan secara fizik agak lembab, namun itu semua ternyata bukan penghalang untuk terus maju.

Siapa yang sebelumnya menyangka bahawa kanak-kanak tuli yang bodoh sampai-sampai diminta keluar dari sekolah, akhirnya bisa menjadi seorang genius? jawabannya adalah ibunya! Ya, Nancy Edison, ibu dari Thomas Alva Edison, tidak menyerah begitu saja dengan pendapat pihak sekolah terhadap anaknya.

7. Chris Gardner

Sudah pernah mdnonton film atau baca buku Pursuit of Happyness ? Itulah kisah benar kehidupan Christoper Paul Gardner yang dilakonkan oleh Will Smith. Pahit manisnya kehidupan sudah dirasakan olehnya. Kehilangan tempat tinggal, ditinggal isteri, ditangkap polis, kesulitan membayar kredit, semuanya sudah dirasakan. Dia bukanlah orang berpendidikan tinggi tapi dia terus berusaha dan berjuang, Kini dia menjadi seorang jutawan yang sukses, motivator, entrepeneur dan filantropis. Sekarang dia mempunyai Gardner Rich & Co, sebuah perniagaan saham.

8.Ludwig Van Beethoven

Jika anda mengenal seorang wanita yang sedang hamil, yang telah mempunyai 8 anak, tiga diantaranya pekak, dua buta, satu mengalami gangguan mental dan wanita itu sendiri mengidap siplis, apakah anda akan menyarankannya untuk menggugurkan kandungannya? Jika anda menjawab ya, maka anda baru saja membunuh salah seorang termasyur dunia. Kerana anak yang dikandung oleh ibu tersebut adalah Ludwig Van Beethoven. Ketika Beethoven berumur di hujung dua puluhan, tanda-tanda pekaknya mulai tampak, tapi akhirnya ia menjadi ahli muzik yang terkenal dengan karya 9 simfoni, 32 sonata piano, 5 piano concerto, 10 sonata untuk piano dan biola, serangkaian penggesek biola yang menakjubkan, muzik vokal, muzik teater, dan banyak lagi.

9. Louis Braille:

Louis Braille mengalami kerosakan pada salah satu matanya ketika berusia 3 tahun. Waktu itu secara tidak sengaja dia menikam matanya sendiri dengan alat pembuat lubang dari perkakas kerja ayahnya. Kemudian mata yang satunya terkena sympathetic ophthalmia, kesan yang terjadi karena kerosakan mata yang lainnya. Kebutaan tidak membuatnya putus asa, ia menciptakan abjad Braille yang membantu orang buta membaca. Sekarang siapa yang tidak tahu abjad Braille?

10. Mark Zuckerberg:

Pemuda ini dinobatkan sebagai jutawan termuda dalam sejarah yang bermula dari keringatnya sendiri. Mark adalah seorang anak muda yang suka berhibur dengan internet. Dimulai dari sebuah laman penghubung mahasiswa Harvard, ternyata ramai yang menyukainya, dengan nekad ia mengikuti jejak seniornya, Bill Gates, pelajar buangan dari Harvard untuk mengembangkan laman tersebut menjadi Facebook yang kita kenal sekarang. Tahukah Anda? Mark pernah menolak tawaran Friendster yang ingin membeli Facebook 10 juta US$, tawaran dari viacom 750 juta dolar dan yang paling mengkagumkan tawaran dari yahoo satu billion dolar.

Kredit - CguJinggo

KTM komuter Sentul-Batu Caves dilancar

by

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan menganggarkan seramai 10,000 penumpang akan menggunakan perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan Sentul-Batu Caves setiap hari apabila ia mula beroperasi semalam.

Menterinya, Datuk Seri Kong Cho Har berkata, bagi laluan berkenaan, sebanyak 98 perkhidmatan ulang alik disediakan pada hari bekerja, manakala 105 perkhidmatan pada hari minggu dengan kekerapan setiap 15 minit.

"Dengan pembukaan laluan ini, pastinya masalah kesesakan jalan raya setiap hari terutamanya di pusat bandar dapat diatasi.

"Selain pelbagai kemudahan yang disediakan, pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) turut menyediakan kawasan tempat meletak kereta yang luas," katanya pada majlis pembukaan laluan Sentul-Batu Caves semalam.

Menurut Cho Har, dengan laluan baru ini juga akan memudahkan pelancong untuk berkunjung ke Batu Caves memandangkan di situ terletaknya tempat ibadat penganut agama Hindu yang terkenal.

Katanya, secara puratanya seramai 80,000 penganut akan datang ke Batu Caves pada setiap perayaan Hari Thaipusam dan pastinya perkhidmatan KTM Komuter menjadi pilihan mereka selepas ini.

Sementara itu, beliau juga memberitahu bahawa dengan laluan sepanjang 7.5 kilometer yang dibina ini telah melengkapkan perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang yang selepas ini dikenali Batu Caves-Pelabuhan Klang.

Menurutnya, buat permulaan KTMB memberi perkhidmatan secara percuma kepada para penumpang bagi laluan berkenaan dalam tempoh seminggu iaitu bermula 29 Julai sehingga 4 Ogos ini.

- KOSMO!

Setem khas Hari Pahlawan dijual mulai 31 Julai

by

Sempena sambutan Hari Pahlawan 2010, Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan setem khas bertemakan Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada Sabtu ini, 31 Julai 2010.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Berhad, Yasmin Ramli berkata, setem berkenaan akan dijual di Pejabat Pos seluruh negara dan juga di Unit Setem & Filateli ibu pejabat Pos Malaysia Berhad mulai jam 8.30 pagi hingga 3 petang pada hari berkenaan.

"Pengeluaran setem itu sebagai penghargaan kepada pahlawan negara dan juga meningkatkan kesedaran serta pengetahuan orang ramai terhadap Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Bagi keluaran khas kali ini, Pos Malaysia Berhad akan menampilkan tiga reka bentuk setem yang dijual dalam denominasi 60 sen, 70 sen dan 80 sen.

''Secara keseluruhan, setem keluaran khas ini hanya dicetak sebanyak 580,000 keping,'' katanya.

Selain keluaran setem khas, orang ramai turut ditawarkan sampul surat hari pertama dengan harga 30 sen atau set lengkap dengan harga RM2.40 dan juga fail khas hari pertama pada harga RM5.50 bagi setiap satu atau set lengkap pada harga RM49.90 pada hari yang sama.

Tambah beliau, Pos Malaysia Berhad tidak akan ketinggalan menyumbangkan sebanyak lima peratus hasil jualan hari pertama keluaran khas tersebut kepada tabung Hari Pahlawan.

- UTUSAN

KWSP perkenal pengeluaran perumahan fleksibel

by
KUALA LUMPUR 29 Julai - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan 'Pengeluaran Perumahan Fleksibel' untuk ahlinya yang belum lagi mengeluarkan simpanan untuk membeli rumah atau mengurangkan baki pinjaman perumahan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol berkata, langkah memperkenalkan skim itu akan membolehkan ahli KWSP membeli rumah yang nilainya lebih tinggi.

''Pengenalan skim ini juga sebagai menyokong objektif kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat sejajar dengan semangat 1Malaysia,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, skim baru itu juga tidak akan menjejaskan simpanan persaraan ahli malah simpanan yang telah diasingkan itu akan terus menerima dividen tahunan KWSP.

Beliau berkata, kemudahan itu terbuka kepada ahli yang belum berusia 54 tahun ketika permohonan dibuat.

''Ia mesti dibuat bersama-sama dengan permohonan untuk pengeluaran membeli atau membina rumah atau mengurangkan baki pinjaman perumahan KWSP,'' katanya.

Jelasnya, bagi kemudahan itu, ahli boleh memindahkan sebahagian daripada simpanan Akaun 2 ke dalam akaun 'Pengeluaran Perumahan Fleksibel' dengan diikuti oleh pindaan amaun caruman bulanan yang ditetapkan ke dalam akaun perumahan tersebut.

Kata beliau, simpanan yang telah diasingkan tidak boleh dikeluarkan bagi tujuan pengeluaran pra persaraan lain seperti perumahan, pendidikan, kesihatan dan umur 50 tahun sebelum tamat tempoh kemudahan pengeluaran ini.

Bagaimanapun, katanya, ahli boleh menggunakan simpanan dalam Akaun 2 jika masih mempunyai baki untuk pengeluaran pra persaraan lain.

''Setiap permohonan perlu dikemukakan oleh ahli sendiri kepada institusi kewangan di mana mereka memohon pinjaman perumahan tersebut,'' katanya.

Tambahnya, borang permohonan itu kemudiannya akan dihantar kepada KWSP oleh ibu pejabat institusi kewangan yang mengambil bahagian.

Azlan berkata, setakat ini hanya Maybank dan Public Bank yang telah mengesahkan penyertaan mereka.

- UTUSAN

Bani Israel meninggalkan Mesir

by
Bani Israel yang hidup di bawah pemerintahan Firaun sedar dan tahu membezakan antara sesat dan benar. Mereka juga mula percaya akan rasul Allah iaitu Nabi Musa yang datang memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka.

Mereka tidak lagi mentaati Firaun sebaliknya mula mendekatkan diri kepada Nabi Musa. Firaun telah kekurangan pengaruhnya.

Firaun mahu mengalahkan Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya dengan cara pembunuhan. Nabi Musa telah merancang bersama pengikut-pengikutnya akan keluar dari Mesir pada suatu malam yang telah ditetapkan.

Apabila tiba malam tersebut, berkumpullah Nabi Musa dan kaum Bani Israel di sebuah tempat. Mereka berangkat bersama-sama meninggalkan Mesir menuju ke tanah suci Palestin.

Mereka berangkat dengan berhati-hati kerana tentera Firaun telah bersiap sedia untuk menghalangi keberangkatan mereka. Mereka berjalan di atas gurun padang pasir yang kering sehingga mereka tiba di pinggir laut yang luas.

Mereka tidak tahu bagaimana cara untuk menyeberangi laut yang luas itu. Mereka takut dan masing-masing melihat maut sedang menghampiri.

Firaun dan tenteranya semakin hampir. Firaun akan memusnahkan Nabi Musa bersama pengikutnya. Sesungguhnya mereka tidak mampu melawan Firaun dan tenteranya.

Pengikut-pengikut Nabi Musa mulai marah dan geram terhadap Nabi Musa. Mereka mula mencela Nabi Musa dan berasa kesal kerana mengikutnya.

Tiba-tiba terdengarlah teriakan daripada pengikut Nabi Musa: “Firaun sudah berada di belakang kita. Dia mahu menangkap dan membunuh kita. “Ke mana harus kita pergi? Apa yang harus kami buat untuk menyelamatkan diri daripada dikejar oleh Firaun dan tenteranya?”

“Tidak, Firaun tidak akan berjaya mengejar kita, sesungguhnya Tuhanku bersamaku dan Dia akan membimbingku. Tak usahlah kamu semua khuatir, perjalanan kita ini telah diperintahkan oleh Allah kepadaku. Dialah yang akan memberi jalan keluar serta menyelamatkan kita daripada dikejar oleh Firaun yang zalim itu, Allah sentiasa membimbingku,” kata Nabi Musa kepada pengikutnya.

Pada saat yang genting itulah, tiba-tiba Allah mewahyukan kepada Nabi Musa: “Wahai Musa, pukullah tongkatmu itu ke laut.”

Dengan segera Nabi Musa memukul laut itu dengan tongkatnya. Tiba-tiba terbentanglah di atas laut itu dua belas lorong yang luas. Di pinggir jalan itu pula berdiri tembok air yang tebal. Tembok itu tidak dapat ditembusi oleh panah atau peluru.

Mereka segera berlari dengan cepat melalui jalan yang terbentang luas. Akhirnya mereka sampai di seberang dengan selamat.

Inilah mukjizat Allah SWT yang sangat besar diberikan kepada Nabi Musa.

- UTUSAN

Lulusan SKM boleh sertai perkhidmatan awam

by
Pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang setaraf dengan diploma kini berpeluang diterima memasuki skim perkhidmatan awam, selain layak menyambung pengajian ke peringkat ijazah di institusi pengajian tinggi (IPT).

Sehubungan itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, meminta Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bekerjasama dengan IPT, termasuk politeknik selain badan persijilan di dalam dan luar negara bagi mengiktiraf SKM.

“Sebagai permulaan, kita sudah berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi membolehkan pemegang sijil SKM 4 bidang perhotelan dan teknologi komunikasi maklumat (ICT) meneruskan latihan sehingga ke peringkat ijazah.

“Kini, pelajar dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kurang baik boleh gunakan SKM 4 sebagai kaedah alternatif bagi mendapatkan ijazah berasaskan kemahiran berbanding kelaziman biasa yang menekankan aspek akademik.

“Kita juga menggalakkan majikan memberi gaji yang setimpal kepada pekerja mereka yang ambil inisiatif menambah kemahiran,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara JPK, Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) dan Akademi Latihan Pendidikan Vokasional (VETA) di sini, semalam.

JPK diwakili Ketua Pengarahnya, Dr Pang Chau Leong dan UniRazak pula oleh Naib Canselor, Prof Datuk Dr Mohd Zabid Abdul Rashid, manakala VETA diwakili Pengurus Besarnya, Azizul Ikmal Mohd Hamsan.

Dr Subramaniam berkata, kini hanya 23 peratus daripada 12 juta tenaga kerja tempatan tergolong sebagai separa mahir, mahir atau profesional dan jumlah itu perlu ditingkatkan sehingga 37 peratus atau kira-kira 1.5 juta pekerja menjelang 2015.

Justeru, tegas beliau, JPK bertanggungjawab memastikan sekurang-kurangnya 350,000 pekerja setahun menjalani penambahbaikan bagi meningkatkan kemahiran selain membantu purata 4,000 pelajar tercicir mendapat latihan kemahiran setiap tahun.

- BERITA HARIAN

Petrol RON 95 bukan punca kebakaran

by
Kerajaan menolak dakwaan petrol RON 95 menjadi punca kebakaran kenderaan apabila berlaku sesuatu kemalangan, akibat kandungan benzene yang dikatakan tinggi.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim, berkata RON 95 adalah bahan bakar mematuhi spesifikasi EURO2M yang dapat mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan sulfur.

Katanya, di bawah spesifikasi EURO2M, jumlah maksimum penggunaan benzene adalah lima peratus saja, dan benzene yang terkandung di dalam RON 95 berfungsi sebagai ‘octane booster’ yang sebelum ini menggunakan plumbum.

“Pernyataan bahawa RON 95 menjadi punca berlaku kebakaran sekiranya berlaku kemalangan akibat kandungan benzene yang tinggi adalah tidak benar,” katanya ketika menjawab soalan Senator Ahmad Hussin di Dewan Negara, semalam.

Ahmad dalam soalannya ingin tahu sama ada benar dakwaan penggunaan RON 95 menyebabkan kenderaan terbabit kemalangan mudah terbakar.

Mengulas lanjut, Rohani berkata berdasarkan kajian, kebakaran berlaku ketika kemalangan disebabkan tiga perkara iaitu percikan api daripada sumber penyalaan, enjin yang tiba-tiba terbakar serta kebocoran atau tumpahan minyak berlaku di bahagian tangki minyak.

– BERNAMA

Kita dihisab depan Allah

by
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Sheikh al-Maraghi berkata: "Allah SWT menerangkan bahawa manusia itu akan kembali kepada Tuhannya lalu bertemu dengan-Nya dan terus dihisab, yang berkemungkinan dia akan dihisab dengan hisab yang ringan, jika dia melakukan amalan soleh dan dia dihisab dengan hisab yang sukar lagi berat, jika dia melakukan perbuatan yang maksiat.

"Seterusnya, Dia bersumpah dengan ayat-ayat-Nya yang berada di cakerawala yang jelas lagi terang, yang menjadi petunjuk bahawa kebangkitan itu pasti berlaku.

"Tidak mustahil bahawa manusia akan mengalami huru-hara yang dahsyat sehingga selesai penghisaban mereka. Setiap orang akan ditempatkan di syurga atau neraka yang telah disediakan untuk mereka".

Firman Allah SWT: Maka Aku bersumpah, Demi mega.

Ibn Kathir berkata: "iaitu ufuk yang berwarna merah sama ada sebelum terbit matahari atau selepas terbenamnya". Inilah yang dikatakan oleh Mujahid.

Firman Allah SWT: Dan malam serta segala yang dihimpunkannya.

Ikrimah berkata: "Suatu kegelapan apabila malam telah tiba dan segala sesuatu pergi ke tempatnya".

Firman Allah SWT: Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama.

Ibn Abbas berkata: "Jika telah berkumpul dan menempati posisi yang sama".

Firman Allah SWT: Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya).

Ada banyak tafsiran berkenaan dengan dengan ayat ini. Ibn Abi Hatim meriwayatkan daripada asy-sya'bi beliau mengatakan: "Engkau akan naik, hai Muhammad, Langit demi langit".

Demikian itu diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud, Masruq dan Abu 'Aliyah.

Firman Allah SWT: maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman? Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?

Ibn Kathir berkata: "Dan mengapa pula ketika dibacakan kepada mereka ayat-ayat dan firman-firman Allah, yang ia tidak lain adalah al-Quran ini, tidak mahu bersujud untuk memberikan pengagungan dan penghormatan."

Firman Allah SWT: (Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang yang kafir, semata-mata mendustakannya. Sesungguhnya dalil-dalil yang mewajibkan mereka beriman sudah jelas. Namun mereka tetap mengingkari dan mendustakannya.

Perkara itu disebabkan ada perasaan iri hati mereka terhadap kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW atau kerana kebimbangan mereka akan hilangnya kekuasaan untuk memegang jabatan agama serta kepimpinan yang diwarisi dan ada kalanya kerana keengganan mereka meninggalkan kepercayaan palsu dan tingkah laku tercela yang mereka warisi daripada nenek moyang mereka.

Firman Allah SWT: Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.

Hamka berkata: "Namun Allah mengetahui apa yang mereka pendam di hati. Oleh Sebab itu ke mana saja pun gerak geri mereka akan diperhatikan Allah sehingga mereka tidak dapat lari."

Firman Allah SWT: Maka khabarkanlah kepada mereka Dengan azab Yang tidak terperi sakitnya.

Syed Qutub berkata: "Alangkah dahsyatnya berita gembira itu, iaitu berita gembira yang sama sekali tidak menggembirakan dan sekali gus itu juga diterangkan untung nasib yang menunggu orang-orang mukmin yang tidak mendustakan ajaran Allah dan bersedia dengan amalan yang soleh untuk masa depan mereka.

"Penerangan ini diberikan dalam bentuk pengecualian dari untung nasib orang-orang kafir yang mendustakan kebenaran".

Firman Allah SWT: tetapi orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.

Ibnu Abbas berkata: "Yakni tidak dikurangi". Sedangkan Mujahid dan al-Dahhak mengatakan: "iaitu tidak dihitung."

Ibnu Kathir berkata: "Dan golongan antara kedua pendapat itu bahawa pahala itu tiada putus-putusnya".

Sheikh al-Maraghi berkata: "surah ini mengandungi dua kesimpulan, iaitu:

1. Manusia akan memperolehi hasil daripada amalannya pada hari kiamat kelak. Mereka akan menerima buku catatan malan dengan tangan kanan atau dengan tangan kiri dengan cara membelakangi.

2. Manusia di dunia akan menempuhi satu keadaan kepada satu keadaan yang lain.

Sama ada mereka akan menempuhi keadaan yang mengandungi kenikmatan yang kekal abadi atau menempuhi keadaan yang mengandungi seksa yang pedih.

Semoga kita menjadi hamba Allah yang mendapat rahmat dan syurganya di hari akhirat kelak. Amin.

JUM-P rawat masalah hati

by

Dalam mengharungi era pemodenan hari ini, masih terdapat permasalahan yang sukar dirungkai dengan akal fikiran manusia. Ramai yang sukar membayangkan kaedah rawatan masalah yang tiada kaitan jasmani seperti sihir, saka, santau, histeria dan jin.

Menyedari keperluan itu, Pusat Rawatan Terapi Al-Quran Darul Hikmah (Darul Hikmah) memperkenalkan rangkaian produk kesihatan diri JUM-P yang mampu memulihkan pelbagai penyakit rohani dan jasmani.

Pengarah Urusannya, Abdul Malek Ladzim Al-Azhari berkata, rangkaian JUM-P Terapi Al-Quran itu terdiri daripada enam produk penyembuhan pucuk pangkal masalah penyakit daripada hati.

"Kesemua produk JUM-P menggunakan formula organik semula jadi dan tidak mengandungi bahan terlarang atau kimia merbahaya yang boleh memberi kesan negatif kepada pengguna.

"Produk berkenaan yang boleh digunakan untuk penggunaan luaran dan dalaman turut diiktiraf Amalan Pengilangan Islam (IMP)," katanya.

Abdul Malek berkata demikian ketika ditemui semasa Program Terapi Al-Quran beramai-ramai yang dihadiri kira-kira 50 peserta di Permata Hijrah, Bangi baru-baru ini.

Beliau menambah, rangkaian JUM-P merupakan produk pertama dikomersialkan khusus membantu masyarakat yang berdepan dengan permasalahan berkaitan dengan jasmani dan rohani.

Katanya, enam produk baru yang diperkenalkan dua bulan lalu ialah e-sihri, s-rab, e-tisal, w-jahi, m-zili dan z-phus.

"Kesemua produk ini mempunyai peranan tersendiri iaitu s-rab membantu permasalahan seperti gangguan tidur yang teruk, sering terkejut daripada tidur, mendapat mimpi ngeri, mimpi binatang, ditindih sesuatu dan lain-lain lagi.

"Bagi produk e-tisal pula ia boleh membantu dalam masalah gangguan sakit kepala berterusan tanpa sebab, sakit rusuk kiri atau kanan, sakit tulang belakang, sering dirasuk, berdebar-debar tanpa sebab dan beberapa lagi simptom lain," ujarnya.

Dalam pada itu, Abdul Malek menjelaskan mengenai produk m-zili pula ia boleh digunakan sekiranya terdapat gangguan di rumah dan pejabat manakala w-jahi pula digunakan apabila mendapat mimpi-mimpi tidak elok.

Katanya, ia juga boleh digunakan apabila hilang seri wajah, wajah kusam tidak bermaya, buta tanpa sebab dan lain-lain lagi.

"Produk terbaik untuk membatalkan atau membuang racun sihir adalah e-sihri. Kita juga mempunyai produk makanan tambahan diperbuat daripada jujuba yang dikenali sebagai z-phus untuk dinikmati pengguna.

"Selain itu, kami juga ada mengeluarkan cakera padat (CD) ruqyah syariah iaitu himpunan ayat suci al-Quran, zikir dan doa tertentu khusus untuk rawatan pelbagai penyakit rohani serta jasmani," katanya.

Abdul Malek menambah, produk yang melalui proses selama hampir satu tahun untuk dijadikan realiti boleh didapati pada harga RM1,570 satu set.

Katanya, pengguna juga boleh membeli produk-produk berkenaan secara berasingan.

"Produk JUM-P ini dikeluarkan adalah untuk membantu orang ramai yang mengalami pelbagai penyakit rohani dan jasmani dengan kaedah rawatan Terapi Al-Quran.

"Kita akan mengadakan lagi program rawatan Terapi Al-Quran beramai-ramai ini di dewan Inspin, Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 31 Julai ini," katanya.

- KOSMO!

Karnival Malaysia Inovatif Zon Timur jadi tumpuan

by
KUALA TERENGGANU 29 Julai - Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini bakal menjadi tumpuan ramai apabila berlangsungnya Karnival Malaysia Inovatif (MI2010) Zon Timur selama dua hari bermula 30 Julai 2010.

Karnival tersebut merupakan anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kerajaan Terengganu, Pahang dan Kelantan selain Rakan Inovatif.

Karnival tersebut akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderul Zaman Ibni Almarhum Sultan Mahmud.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili dijangka hadir.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof berkata, penganjuran karnival kali ini dijangka menarik tidak kurang 12,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dengan tarikan utama kepada produk hasil inovasi yang dipamerkan.

''Kita (MOSTI) menjangka tidak kurang 12,000 hadir dan mereka akan tertumpu kepada pameran yang menampilkan hasil kreativiti masyarakat Pantai Timur,"ujarnya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Fadillah berkata, pameran tersebut akan membuktikan keupayaan dan kemampuan rakyat Malaysia menghasilkan produk hasil kreativiti dan ilham ciptaan yang menakjubkan.

Selain pameran, pelbagai acara lain turut dijangka menarik perhatian antaranya Malam Kreativiti Muzikal dan pertandingan Inovasi peringkat Zon Pantai Timur, ceramah inovasi dan program Cabaran Angkasawan Malaysia.

Larian angkasawan memberi peluang kepada pemenang untuk menghadiri sesi latihan di peringkat kebangsaan dan pemenang utama terpilih untuk menyertai lawatan ke Amerika Syarikat atau United Kingdom bagi mendalami bidang sains angkasa di negara berkenaan.

Katanya, Karnival MI2010 yang bertemakan Meraikan Kreativiti diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan pemikiran kreatif selain memupuk budaya inovasi di kalangan rakyat di tiga negeri pantai timur iaitu Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Fokus utamanya ialah penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat dengan matlamat melahirkan satu bangsa berinovasi.

Manakala kumpulan sasarannya adalah dari segenap lapisan masyarakat meliputi golongan orang kurang upaya (OKU), wanita, belia, pelajar sekolah, komuniti, penduduk bandar dan luar bandar, penyelidik, badan bukan kerajaan dan pihak swasta.

Karnival MI2010 itu merupakan yang ketiga diadakan daripada enam yang dijadualkan sepanjang tahun ini.

Sebelum ini, karnival seumpamanya diadakan di Perlis (Zon Utara) dan Kota Kinabalu, Sabah (Zon Sabah).

Selepas ini, bengkel tersebut dijadual diadakan di Pagoh, Johor (Zon Selatan), Melaka (Zon Tengah) dan Sarawak manakala acara kemuncak Festival Inovasi diadakan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada November ini.

Apa yang pasti, MI2010 menghimpunkan lebih 200 program ke seluruh negara yang mana setiap lokasi menawarkan keunikan kreativiti dan inovasi penduduk setempat.

Antara acara yang turut menjadi tumpuan orang ramai adalah Bengkel Mega ke arah Rakan Inovasi bersama Zull Design dengan kerjasama Utusan Malaysia.

Bengkel yang akan disertai seramai 100 peserta tersebut akan merungkai rahsia penggunaan alatan tertentu yang memudahkan peminat inovasi untuk melakukan pelbagai ciptaan terbaru.

Manakala Program Malam Kreativiti Muzikal pada hari pertama karnival tersebut bakal menonjolkan bakat serta kreativiti anak-anak muda negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Berkonsepkan 'waste to wealth', program tersebut turut bakal menyaksikan persaingan hebat antara kumpulan-kumpulan yang terpilih sebagai 'finalis'.

Johan pertandingan tersebut akan berpeluang membuat persembahan di Festival MI2010 di Bukit Jalil pada November 2010 ini.

- UTUSAN

29 Julai 2010

Tips Memulakan Perkenalan

by
Memulakan perkenalan walaupun nampak seperti agak mudah tetapi memerlukan keberanian untuk memulakannya. Tahukah kita langkah pertama yang patut diketahui dalam menghulurkan perkenalan, adalah dengan mengetahui seberapa banyak fakta tentang sidia yang ingin kita kenali itu melalui teman temannya,sahabat atau sebagainya.

1.BERSEDIALAH UNTUK DITOLAK
Ketahanan diri saat ditolak adalah faktor utama sebelum kita memulakan langkah perkenalan. Apa maksudnya disini? Ianya bermaksud bahawa kita perlu bersedia jika dia yang kita minati itu menolak ketika kita memulakan langkah perkenalan kerana dia mungkin sudah ada teman istimewa,sudah menjadi tunangan orang seumpamanya dan juga mungkin isteri orang. Ditolak bukan bermakna kita tidak baik pada pandangan matanya tetapi itu bermakna kita perlu berusaha lebih.

2.PECAHKAN TEMBOK
Pecahkan tembok yang mungkin menjadi penghalang kepada keinginan kita sebelum ini. Ada sesetengah orang mempunyai tahap keyakinan yang sangat rendah dalam diri mereka.belum cuba belum tahu tetapi kita sudah menyatakan tidak boleh. Justeru itu pecahkanlah tembok yang menjadi penghalang kepada diri kita selama ini. Buangkan belenggu ketidakyakinan itu, mana tahu dia yang yang kita sukai itu memang sudah ditakdirkan akan menjadi milik kita.

3.BELAJAR TENTANG BAHASA TUBUH SEORANG WANITA
Pelajari tentang perhatian yang selalu dituntut oleh seorang wanita. Lelaki yang mengetahui tentang bahasa tubuh seorang wanita sangat mudah untuk merapati dan mempelajari samaada wanita itu meminati dirinya ataupun tidak. Sebagai contoh, kalau seorang wanita itu bercakap dengan nada yang agak kasardengan kita yang suka menganggunya itu tandanya dia terang terangan menolak kita dan tidak berminat untuk berkenalan dengan kitapun. Jawapan ini sangat jelas dan terang dan tidak perlulah kita meneruskan lagi salam perkenalan tersebut.

4.SENTIASA MENYIMPAN NOMBOR TELEFONNYA
Mengenali seorang gadis bermakna kita menyukainya,ini bermakna bahawa kita perlulah mengenali dirinya seberapa banyak yang boleh.setelah mendapat nombor telefonnya,pastikan kita menyimpannya. Kali pertama, kalau dia menolak ajakan kita untuk keluar namun kali ke dua, ketiga atau keempat mungkin dia tiada pilihan lain. Ketika itu kita gunakanlah segala kelebihan yang ada pada diri kita untuk membuatkan dia mula menyukai diri kita. Kalau kita dikurniakan kelebihan berbicara, gunakanlah aspek itu. Kalau kita punya wajah yang menarik atau tampan, gunakanlah juga cara tersebut namun pastikan setiap hubungan yang dijalinkan berlangsung dengan baik dan jangan sesekali berdendam jika dia terus menolak kita.

5.BERSIKAP POSITIF
Ada sesetengah orang lelaki yang tahap kesabarannya sangat kurang. Jika kita salah seorang daripadanya, pastikan kita bersikap agak positif dalam hal ini. Wanita tidak menyukai lelaki yang kasar budi bahasanya malah mereka memilih lelaki yang bersikap gentlemen, berbudi bahasa, berhemah serta memiliki pelbagai ciri lelaki idaman. Justeru itu bersikap positif lah jika kita mahu menambat hati gadis yang kita sukai itu.

http://alhishamz.blogspot.com/

Kata-kata Untuk Kita Renungi

by
1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia! dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

14) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

15) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.

16) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

17) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

18) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

19) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

20) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

21) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

22) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

23) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

24) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

25) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

26) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

27) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

28) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.

Kredit - Zulinda Othman

Demo Tahu Ko Dok?

by
DEMO TAHU KO DOK?
Perkataan “keropok lekor” adalah berasal dr loghat Terengganu. Orang Kelantan
dahulu kala menyebut keropok tersebut sebagai “keropok leyka” (comes from the
word “lingkar”). Keropok ini mendapat nama dr kaedah pembuatan yg mula
diperkenalkan iaitu selepas keropok ini digentel sehingga panjang, keropok ini
akan dilingkar di dalam badang atau talam sebelum direbus. Sesetengah tempat di
Kelantan ia dikenali juga sebagai “keropok gotey” dan “keropok bbatey”.
Disebabkan Terengganu yg lebih dahulu mengkomersialkan keropok ini, maka
kekallah nama “keropok lekor” walaupun tidak sedikit industry ini di Kelantan.

DEMO TAHU KO DOK?
Org Kelantan dahulu kala tidak menggunakan arah mata angin sebagaimana sekarang
iaitu utara, selatan, timur dan barat. Sebaliknya mereka menggunakan istilah
hulu dan hilir (merujuk arah sungai), naik dan jatuh (merujuk kepada pergerakan
matahari). Sebab itulah kalau ada sesebuah rumah lama yg dirombak binaannya,
anda akan terjumpa perkataan2 ini pada alang2 rumah tersebut. Untuk merujuk
arah timur laut, mereka menggunakan perkataan “hilir naik”, tenggara sebagai
“hulu naik” dan seterusnya.
Kalau di tengah laut macamana pula yer?

DEMO TAHU KO DOK?
Ibu negeri Kelantan berubah tempat beberapa kali. Mengikut sejarah, Kota Kubang
Labu berhampiran Pasir Pekan pernah dijadikan ibu negeri semasa zaman
pemerintahan Puteri Saadong. Kemudian berpindah ke beberapa tempat.
Salah satu tempat ialah yg terletak di antara Tambatan D’Raja dan Sungai Budor.
Raja yg memerintah pada zaman tersebut merasakan ibu negeri baru ini tidak
selamat dari ancaman banjir dari air Sungai Kelantan telah memerintahkan sebuah
sungai digali dr Kg Kutan ke Pohon Tanjung bertujuan untuk melencongkan laluan
air semasa musim banjir. Disebabkan masa tu belum ada jurutera yg boleh
menasihati raja, maka ibu negeri Kelantan tetap digenangi banjir dan terhakis
seterusnya tenggelam ke dalam Sungai Kelantan yg memaksa ibu negeri Kelantan
sekali lagi dipindahkan ke Kota Bharu sehingga kini (bermula di kawasan Padang
Bank dan Dalam Kota)
Sebab itulah kalau anda memandu dari Pasir Pekan ke Kota Bharu, sebelum
melintasi Jambatan Sultan Yahya Petra anda akan menemui “Sungai Raja Gali”.

DEMO TAHU KO DOK?
Stesyen kereta api Palekbang merupakan stesyen kereta api utama di Kelantan
suatu ketika dahulu. Ia menjadi hub utama bagi penduduk Jajahan Tumpat dan Kota
Bharu untuk ke sesuatu tempat terutama ke Pahang dan negeri Pantai Barat.
Perkhidmatan feri (yang menggunakan kayuhan roda besar dan mampu membawa
kereta) disediakan dari Kota Bharu ke Palekbang utk kemudahan penduduk Kota
Bharu untuk ke stesyen kereta api ini. Minyak juga diangkut dari stesyen kereta
api ini ke Kota Bharu menggunakan kapal minyak. Kilang air F&N juga didirikan
bersebelahan stesyen kereta api ini.
Selepas siap pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra, fungsi Stesyen Kereta api
Palekbang sebagai stesyen utama bagi dua jajahan ini telah diambilalih secara
berperingkat- peringkat oleh Stesyen Kereta api Wakaf Bharu.
Kini semuanya tinggal kenangan, semua bangunan telah dirobohkan. Yang ada
hanyalah tapak.

DEMO TAHU KO DOK?
Penduduk Kelantan dipercayai berasal dari beberapa buah kampung tertua Kelantan
(dipercayai 9 buah kesemuanya). Antaranya Kg Laut, Penambang, Banggol dan
Padang Pak Amat. Kampung2 tertua ini suatu ketika dulu terletak di pesisiran
pantai, namun disebabkan perubahan geografi kg2 ini terletak jauh ke daratan.
Dulu ada sebuah kg di Pantai Dalam, Kuala Lumpur yang menjadi perkampungan
penduduk yang berasal dr Kg Laut iaitu Kg Pasir yg kini telah dimusnahkan oleh
pembangunan. Jadi, kalau anda adalah anak Kelantan tak kiralah di mana anda
tinggal sekarang ini sama ada di Kelantan atau luar Kelantan, cubalah cek
salasilah keluarga anda, dr kg manakah anda berasal.

DEMO TAHU KO DOK?
Pasar utama Kota Bharu suatu ketika dulu bertempat di Pengkalan Lido (sekarang
ini adalah tapak Hotel River View). Ia menjadi tempat tumpuan penduduk di
lembangan Sg Kelantan mendapatkan bekalan keperluan mereka. Penduduk di
kepulauan delta termasuk Kedai Buloh akan membawa hasil laut utk didagangkan
menggunakan perahu layar. Penduduk di tempat2 lain juga membawa hasil tempatan
utk didagangkan di sini menggunakan pengangkutan sungai.
Selepas bangunan pasar baru dibina (sekarang ini Pasar MPKB – juga bakal
diruntuhkan) , Pasar Pengkalan Lido terus beroperasi utk beberapa waktu. Kini
pasar utama Kota Bharu adalah Pasar Siti Khadijah di Buluh Kubu.
Pasar Pengkalan Lido mendapat nama dr nama pawagam Lido yg didirikan di sini.
Orang dulu-dulu pun suka ke panggung wayang. Hehehehehe.. .

DEMO TAHU KO DOK?
Mengikut cerita orang tua, selepas peninggalan Jepun dari Kelantan, orang
Kelantan masih terus dibelenggu ketakutan. Ketakutan kali ini bukan dari askar
Jepun sebaliknya dari hantu jepun yang sering merayau di waktu malam. Banyak
sumber yang mengatakan, selepas solat isyak di surau, jemaah akan terus
bergegas pulang ke rumah masing2 kerana takutkan hantu ini walaupun sebelum ini
mereka sempat bersembang sehingga larut malam. Ramai juga yang maut kerana
wabak penyakit terutama dari mayat2 yg tak diselenggara secara baik. Keadaan
ini berlarutan untuk beberapa tahun.
Macam mana rupa hantu Jepun tu yer? Bagi yang ada atuk/nenek yg sempat merasai
zaman Jepun, bolehlah bertanya mereka tentang hal ini.

DEMO TAHU KO DOK?
Cerita yg dikutip dari allahyarham ayahanda ku. Semasa zaman Tok Kenali dulu,
diceritakan pernah satu ketika Tok Kenali terasa sakit perut. Lantas dia
bergegas ke sungai di Tambatan D’Raja (masa tu dia mengajar di Masjid
Muhammadi). Tak sempat ke tandas, “isi perut” dah terburai dan terkena ke atas
salah satu tiang layar yg banyak tersidai di tepi sungai masa tu. Tiang layar
tersebut milik perahu yang sering ke laut menangkap ikan.
Keadaan ini diketahui pemilik perahu tersebut, tetapi sebagai mengambil berkat
“milik” seorang Wali Allah, dia tidak membersihkan tiang tersebut sebaliknya
mendirikan tiang tersebut utk terus ke laut. Mungkin atas keberkatan ini,
pemilik perahu layar tersebut dalam waktu yang singkat telah dapat membawa
pulang hasil laut yg banyak. Wallahua’lam.

DEMO TAHU KO DOK?
Sebelum sdra Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan, penggal persekolahan
dibahagikan kpd tiga. Cuti penggal persekolahan pertama selama 2 minggu pd
bulan April, cuti persekolahan penggal kedua selama dua minggu pd bulan Ogos
dan cuti penggal ketiga selama dua bulan pada bulan November dan Disember.
Cuti penggal pertama amat dinanti-nantikan oleh penduduk Kg Laut dan kg
sekitarnya seperti Palekbang dan Sg Pinang. Kenapa? Sebabnya adalah pesta
pantai. Pada waktu inilah hampir seluruh penduduk Kg Laut akan meninggalkan
rumah masing2 utk ke Pantai Kuda yg terletak di Muara Sg Kelantan. Berpuluh dan
mungkin beratus buah bangsal (waktu tu belum ada khemah) yg dibuat drp buluh
dan pelepah kelapa didirikan. Mereka akan berkampung di sini selama beberapa
malam. Tak tahulah apa keistimewaan pantai ini yg hanyalah sebuah beting pasir
dikelilingi sungai dan laut dan ditumbuhi rumput berduri.
Tradisi ini wujud sejak turun temurun sehinggalah cuti persekolahan diubah.
Walaupun cuba dihidupkan kembali pd akhir tahun 80an namun keadaan dah berubah
dan tidak mendapat sambutan. Kekallah ia sebagai NOSTALGIA PENDUDUK KG LAUT.

DEMO TAHU KO DOK?
Suatu ketika dulu Kelantan pernah menerima bencana yang amat dahsyat (mungkin
hampir seperti tsunami yg melanda Acheh). Puting Beliung yg melanda Kelantan
pada waktu itu menyebabkan banyak tanaman musnah, haiwan ternakan mati dan
pokok2 bergelimpangan. Kebuluran melanda dan ramai yg terkorban akibat taufan
dan penyakit yg melanda selepas kejadian itu iaitu taun. Ramai yg tak dapat
membuat padi kerana haiwan yg digunakan utk membajak banyak telah mati.
Kemiskinan amat menyayat hati. Ramai yg merantau meninggalkan tanah air ke
Terengganu, Pahang termasuk juga Johor (Kg Kelantan yg terdapat di Muar Johor
juga dipercayai dibuka ekoran tragedy ini). Bagi keluarga yg mempunyai anak
perempuan, ibubapanya akan menikahkan secepat mungkin utk mengurangkan bebanan
keluarga.
Untuk cerita selanjutnya, bacalah buku “Warisan Kelantan” yg boleh diperolehi
di Perpustakaan Negeri.

DEMO TAHU KO DOK?
Banyak perkataan asal (original) yg digunakan masyarakat dahulu telah pupus
dari penggunaan generasi kini dibawa arus peredaran masa. Contoh perkataan
tersebut :
1) Sakar = gula
2) Buoh topoh = epal
3) Jebo = botol
4) Dan banyak lagi.
Perkataan ini sering digunakan org Kelantan tetapi kini tidak lagi. Namun
masyarakat Melayu Selatan Thailand masih menggunakannya.

DEMO TAHU KO DOK?
Tapak pelupusan sampah bagi Bandar Kota Bharu suatu ketika dulu adalah di tepi
Sg Kelantan iaitu di Kg Sg Budor. Timbunan sampah serta kereta2 buruk telah
mencacatkan pemandangan di kawasan tersebut serta mencemarkan sungai Kelantan.
Mungkin atas isu alam sekitar, MPKB telah memindahkan ke tapak pelupusan yang
baru.
Kepada pengutip besi buruk, pergilah gali tebing sungai tu untuk mendapatkan
berpuluh buah badan kereta yg tertimbus kat situ.

DEMO TAHU KO DOK?
Jambatan Sultan Yahya Petra dibina semasa pemerintahan PAS di Kelantan dalam
tahun 60an menghubungkan Kg Sireh dan Pasir Pekan. Apabila siap, ia menjadi
salah satu jambatan terpanjang di Malaysia pada waktu itu. Ia mengenakan tol
bagi setiap kenderaan yg menggunakannya. Tol ini telah menjadi salah satu
sumber pendapatan utama bagi kerajaan PAS waktu itu ekoran diskriminasi yang
amalkan kerajaan pusat.
Agaknya kalau tiada diskriminasi, Kota Bharu dah jadi bandaraya yg terbesar di
pantai timur. Dan mungkin juga dengan tiadanya diskriminasi, Jambatan Sultan
Yahya Petra Kedua telah lama disiapkan.

DEMO TAHU KO DOK?
Setiap tahun pd suatu ketika dahulu Hari Keputeraan Sultan Kelantan disambut
meriah oleh rakyat Kelantan. Antara acara sambutan ialah Pesta Air yg
dijalankan berhadapan Tambatan D’Raja. Pada waktu ini rakyat keluar
berbondong-bondong utk menyaksikan sama ada dr tebing sungai mahu pun bot2 /
perahu2 yg berlabuh di tengah sungai. Pelbagai pertandingan dibuat antaranya
perahu berhias, pukul bantal, lumba perahu/bot laju dan berebut itik.
Rakyat pada waktu tu cukup menghormati rajanya sehingga Hari Keputeraan ini
dipanggil “Hari Puja Umur” dan cuti diberikan sebanyak 2 hari. Kini?

Kredit - Mohd Razihan

Berdoa - Apa yang dipinta & Apa yang diberi olehNya

by
Tidak kira sama ada doa itu dalam keadaan terdesak atau semata-mata menunaikan kewajipan, setiap doa pasti Allah beri perhatian. Allah berfirman yang bermaksud: “Berdoalah kepada-Ku nescaya aku (Allah) akan perkenankan.” (Surah Ghafir : 60 )

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hamba-hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi oleh-Nya akan permintaan itu.” (Riwayat al-Tirmizi no. 3556 dan Abu Daud no. 1448)

Lihat betapa hebatnya sifat Pemurah dan Pengasih Allah, Dia bukan sahaja memerintahkan kita berdoa, malah Dia mengajar apa yang patut kita doakan dan bagaimanakah caranya kita harus berdoa. Tidak cukup sekadar itu, Allah berjanji untuk mempertimbangkan doa-doa itu. Sebuah syair mengungkapkan hakikat ini dengan begitu indah sekali:
“Allah s.w.t. murka jika engkau tidak memohon kepada-Nya.
Sebaliknya manusia murka apabila kau sering minta kepadanya.”

Berdoa itu satu langkah yang produktif. Bahkan menurut pandangan ulama tasawuf, apabila Allah telah ringankan lidah seseorang hamba-Nya untuk berdoa, itu petanda Allah telah memberi lampu hijau untuk memperkenankan doa itu. Kata Imam Ibn Ataillah: “Tatkala Allah membukakan mulut anda dengan bermohon kepada-Nya maka ketahuilah, sesungguhnya Allah berkehendakkan doa anda diperkenankan.”

Yakinlah bahawa apabila Allah mengilhamkan kepada hati kita untuk berdoa, maka sudah tentu Allah akan memperkenankan doa kita itu. Tetapi jika Allah tidak berkehendak memperkenankan sesuatu doa, maka sudah tentu Dia tidak mengilhamkan kepada hati kita ke arah itu.

Bukan mudah bagi seorang hamba Allah mengerakkan hati dan lidahnya untuk berdoa jika tidak kerana taufik dan hidayah Allah. Apabila hati dilembutkan untuk berdoa, bererti seseorang itu telah berasa kefakirannya di hadapan Allah. Apabila kita sudah benar-benar berhajat kepada-Nya, maka Allah pasti tidak akan mengecewakan hajat kita itu.

Sebenarnya doa itu sendiri merupakan satu kurnia daripada Allah. Malah doa itu adalah modal asas yang memungkinkan seseorang itu menerima kurnia-kurnia Allah selanjutnya. Malangnya, orang yang mengetahui hakikat ini tidak ramai dalam kalangan kita. Firman Allah yang bermaksud:
“Apakah ada siapakah yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa, dan menghilangkan keburukan dan menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah ada di samping Allah tuhan yang lain? Terlalu amat sedikit apa yang dapat kamu mengingati.” (Surah al-Naml 27: 62)

Hamba Allah yang benar-benar mengenal Allah (arif billah) dapat rasakan apabila seseorang itu diizinkan Allah untuk mengucapkan doa (ada sesetengah orang dikelukan lidah lalu tidak boleh berdoa) adalah lebih berharga daripada termakbulnya doa itu. Hal ini kerana seorang yang berdoa itu hakikatnya sedang berdialog dengan Allah. Bagi mereka, ini adalah satu anugerah Allah yang lebih bernilai berbanding apa yang diperoleh daripada doanya. Bukankah Pemberi hadiah itu lebih patut kita hormati dan kasihi daripada hadiah yang diberikan-Nya?

Mungkin ada yang bertanya apakah benar Allah akan memperkenankan setiap doa hamba-hamba-Nya? Jawabnya, ya jika apa yang kita ajukan itu doa yang benar dan elok. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa antara kamu yang dibukakan pintu hatinya supaya berdoa, nescaya Allah bukakan padanya pintu-pintu rahmat. Dan tidak ada doa yang dipohon itu yang lebih disukai Allah selain daripada memohon kemaafan (keselamatan di dunia dan akhirat).” (Riwayat al-Tarmizi no 3548)

Jelas di sini, doa yang dimaksudkan itu mempunyai ciri-cirinya. Antara ciri-ciri doa yang baik ialah isinya mestilah ke arah memohon kemaafan dosa dan kesalahan terhadap Allah. Rentetan daripada itu mereka pasti berdoa akan keselamatan diri dan orang lain, bukan permusuhan dan kekacauan). Dan yang paling penting, berdoa dalam keadaan merendah diri dan penuh harapan.

Oleh sebab itu, janganlah berdoa dalam keadaan terlalu mendesak dan memaksa Allah. Itu bukan sifat seorang hamba yang baik. Untuk mengatasi sikap ini tanamkanlah ke dalam jiwa satu keyakinan bahawa nikmat yang telah Allah berikan adalah lebih banyak dan lebih bernilai daripada apa yang sedang kita minta dalam doa kita itu.

Cara Allah Makbulkan Doa

Bagaimanakah cara Allah memakbulkan doa hamba-hamba-Nya? Ini memerlukan penjelasan yang tersirat dan maknawi. Sesungguhnya akal kita yang terbatas tidak akan dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha Luas. Fahaman kita tentang makbulnya sesuatu doa mungkin hanya mampu menyingkap selapis daripada kenyataan itu, tetapi di sisi Allah punyai makna dan tafsiran yang berlapis-lapis.

Untuk menyingkap rahsia itulah Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seorang yang berdoa kepada Allah dengan doa kecuali Allah akan memberikan kepadanya, sama ada dengan dikabulkan segera di dunia lagi. Atau disimpankan untuknya kebaikan di akhirat atau ditutupkan (kifarat) dosanya setakat doanya selama dia tidak doakan unsur-unsur dosa, memutuskan silaturahim atau mohon disegerakan. Maka sahabat berkata: “Ya Rasulullah bagaimana doa minta segera itu? Baginda berkata; seseorang itu berdoa, aku berdoa tuhanku, maka perkenanlah segera.” (kata Abu Isa hadis ini gharib, sunan Al-Tarmizi, 3968)

Melalui hadis ini para ulama telah merumuskan bahawa doa itu dikabulkan menerusi pelbagai kaedah dan keadaan. Antaranya termasuk:

1. Doa Itu Dikabulkan Serta-Merta

Kebanyakan doa yang diajukan oleh para rasul dan nabi dikabulkan serta-merta. Doa Rasulullah s.a.w. menjelang perang Badar misalnya, dikabulkan oleh Allah serta-merta. Begitu juga doa Ibn Abbas r.a. ketika meminta hujan semasa umat Islam dilanda kemarau yang dahsyat. Belum pun sempat Ibn Abbas meletakkan tangannya ke bawah, hujan telah turun mencurah-curah.

Begitulah juga dengan cerita bagaimana tiga orang pemuda yang berdoa dengan wasilah amal masing-masing apabila terperangkap dalam sebuah gua seperti yang diberitakan dalam sebuah hadis yang panjang lagi masyhur. Pintu gua itu tergerak (membuka ruang) serta-merta setiap kali salah orang mereka selesai berdoa. Inilah bukti jaminan Allah melalui firman-nya yang bermaksud: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka beritahulah mereka sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir kepada mereka. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah 2: 186)

2. Dikabulkan pada Waktu Lain

Acap kali juga sesuatu doa walaupun baik, dan datang daripada orang yang baik, pada waktu yang baik, tetapi Allah tangguhkan ke waktu lain. Hal ini kerana Allah sayangkan hamba-Nya itu. Allah sengaja berbuat demikian bagi mengujinya sehingga seorang hamba itu bersedia untuk menerima nikmat-nikmat-Nya. Misalnya, Allah kurniakan kekayaan apabila hati seorang hamba telah ada rasa syukur kerana memberikannya sebelum itu akan menjadikan seseorang itu kufur. Allah kurniakan kekuasaan setelah ada dalam hati seseorang ada rasa tawaduk dan sifat adil, supaya dia boleh menjadi pemerintah yang baik apabila sudah berkuasa.

Jika tidak bersedia, dibimbangkan nikmat itu boleh bertukar menjadi bala. Itulah yang disebut “istidraj” – yakni pemberian Allah yang merupakan satu kutukan dan memudaratkan untuk iman dan Islam seseorang yang derhaka kepada-Nya. Oleh sebab itu, sering kali juga Allah menahan pemberian-Nya kerana kasih sayang-Nya terhadap seseorang. Inilah yang dinukilkan oleh Prof Dr. K.H. Muhibbuddin Waly dalam bukunya Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasawuf: “Sebab kadang-kadang Allah memperlambat dalam memperkenankan doa mereka kerana Allah sangat sayang dan cinta mendengar suara doa yang selalu diucapkan oleh hamba-Nya itu kepada-Nya.”

3. Menghindarkan Bahaya

Doa kita kadang-kadang dikabulkan Allah dengan dihindarkan daripada bahaya yang mungkin datang. Kita tidak tahu apa bahaya yang ada di hadapan, lalu Allah datangkan halangan. Boleh jadi kita akan ditimpa penyakit yang kronik, mengalami kemalangan jalan raya, difitnah atau sebagainya. Namun dengan doa yang kita panjatkan kepada Allah, Allah selamatkan kita sebagai ganti apa yang didoakan.

Hakikat ini sangat sulit untuk difahami kerana ditunaikan tanpa sedar. Mengapa? Yalah, kita minta yang lain, tetapi Allah berikan sesuatu yang lain. Namun yang lain itu lebih besar dan bernilai ertinya berbanding apa yang kita minta. Misalnya, kita minta kejayaan dalam perniagaan, sebaliknya Allah hindarkan kita daripada penyakit-penyakit kronik. Bukankah itu sesuatu yang lebih baik?

Ingatlah apa yang Allah tegaskan menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Difardukan kamu peperangan padahal kamu membencinya, boleh jadi ada yang kamu benci baik untuk kamu, dan boleh jadi apa yang kamu sukai tetapi itu mungkin membawa mudarat bagi kamu. Allah lebih mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al Baqarah 2: 216)

4. Allah Berikan Sesuatu yang Lebih Baik di Akhirat

Hidup di dunia cuma sementara. Akhirat itu yang lebih baik dan lebih kekal. Firman Allah, mafhumnya: “Dan akhirat lebih baik dan kekal.” (Surah al-A‘la 87: 17) Beruntunglah jika kita mendapat sesuatu kurnia di akhirat berbanding kurnia di dunia ini.

Sebagai perbandingan, sehelai rumput di syurga adalah lebih baik daripada sebutir mutiara di dunia. Kenapa? Kerana rumput di syurga itu lebih kekal berbanding sebutir mutiara di dunia. Itu baru sehelai rumput, bayangkan sebutir mutiara di syurga. Ia sesungguhnya, bukan sahaja lebih kekal malah lebih bernilai daripada sebutir mutiara di dunia.

Orang yang berdoa dan doanya tidak dikabulkan di dunia, akan dikabulkan doa itu di akhirat kelak, insya-Allah. Doa yang dikabulkan di akhirat itu sesungguhnya lebih baik dan kekal daripada dikabulkan di dunia lagi. Kadang-kadang Allah menahan kekayaan yang kita pinta di dunia kerana Allah hendak memberikan kita kekayaan di akhirat. Kekayaan di akhirat bererti syurga.

Menyedari hakikat ini, seharusnya kita tidak akan jemu berdoa dan tidak akan berputus asa hanya kerana doa kita belum ataupun tidak dikabulkan di dunia. Kita tahu doa itu akan menjadi “saham akhirat”. Oleh sebab itu, keyakinan kepada hari akhirat sangat penting ketika kita berdoa di dunia ini. Bagi orang yang yakin akan kehidupan di akhirat, mereka akan terus-terusan berdoa sekalipun doa mereka seolah-olah tidak dikabulkan di dunia ini.

Banyak doa-doa yang diajarkan oleh Allah kepada kita, manfaatnya untuk hari akhirat. Doa minta dimatikan dengan iman, masuk ke dalam syurga dengan iman, terhindar daripada api neraka, minta dibangkitkan dalam keadaan bersama-sama orang yang membuat kebaikan dan jangan ditempatkan bersama-sama orang yang zalim. Misalnya, Allah menganjurkan kita berdoa dengan doa ini: “Ya tuhan kami, berilah keampunan bagiku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang Mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Surah Ibrahim 14: 41)

5. Dijadikan Kifarat kepada Dosa-Dosa

Manusia sentiasa berdosa kepada Allah sama ada yang disengajakan atau tidak disengajakan. Dosa adalah pendinding untuk kita mendapat bantuan, keampunan dan kasih sayang Allah. Kita mengharapkan dosa itu diampunkan dengan taubat. Dan untuk itu kita diwajibkan untuk bertaubat atas dosa-dosa yang kita sedari.

Namun, apakah jaminan taubat kita telah diterima sekalipun telah menempuh syarat-syaratnya? Dan bagaimana pula dosa yang kita lakukan tanpa kita sedari? Itu lebih sukar diatasi. Mana mungkin kita bertaubat atas dosa-dosa yang kita rasa kita tidak melakukannya? Maka di sinilah peranan doa-doa yang kita panjatkan kepada Allah s.w.t. Doa-doa itu menjadi sebab untuk dosa-dosa kita itu diampunkan walaupun bukan itu yang kita pohon daripada Allah s.w.t.

Orang yang berdoa kepada Allah, sentiasa disayangi-Nya. Tanda sayang Allah kepadanya ialah mengampunkan dosa-dosa orang itu walaupun dia tidak meminta ampun. Inilah kehebatan dan kebesaran sifat al-Afu (Yang Maha Pemaaf) dan al-Ghaffar (Yang Maha Mengampuni) Allah s.w.t. Salah satunya ialah Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya walaupun hamba yang berdoa itu tidak meminta ampun.

ADAB BERDOA

Walau bagaimanapun doa yang dipanjatkan masih tetap ada adab dan syarat-syaratnya. Selain adab-adab lahiriah, seperti menghadap kiblat, berwuduk (lihat adab-adab berdoa seperti yang dinyatakan), ada lagi adab batin (soal hati) yang lebih utama dilaksanakan. Antaranya termasuk:

i) Berdoa dengan penuh keyakinan

Hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan bahawa doa itu akan dikabulkan. Jangan ada rasa ragu, syak dan waham (waswas) waktu berdoa kerana Allah tidak akan mengabulkan doa orang yang dalam hatinya berbolak-balik antara percaya dan tidak akan doanya diperkenankan. Jadi, sangka baik (husn zan) terhadap Allah itu penting apabila kita berdoa.

Bagaimana membina keyakinan dalam doa? Tentulah ini bersumberkan keyakinan kita kepada Allah s.w.t. Oleh sebab itu, kita terlebih dahulu mestilah mengenali sifat-sifat dan asma’ (nama-nama) Allah s.w.t.

Antara sifat Allah ialah al-Rahman, al-Rahim, al-Wahhab, al-Ghani, al-Razzaq, al-Afu, al-Ghaffar, al-Salam dan lain-lain lagi, pasti akan timbul keyakinan semasa berdoa. Apabila sudah kenal sifatnya, barulah kita boleh memohon kepada Allah dengan penuh yakin. Sebagai contoh yang paling mudah, apabila kita yakin seseorang itu pemurah, tentu kita yakin bahawa dia akan melayan permintaan kita. Apabila kita yakin seseorang itu kaya-raya, maka kita yakin dia mampu memberikan apa yang kita minta.

Oleh sebab itu, kita dianjurkan berdoa dengan menggunakan Asma’ al-Husna (nama-nama Allah yang baik) mengikut keperluan doa itu. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah dan berdoalah kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu.” (Surah al-A‘raf 7: 180)

Satu cara lain untuk menambah keyakinan kita dalam berdoa adalah iringilah doa itu dengan usaha dan persediaan yang baik. Keyakinan juga dibina oleh persiapan. Apabila kita berdoa minta kesihatan, usaha dan persediaan kita juga selaras ke arah itu, maka keyakinan diri kita akan meningkat. Ya, doa yang digandingkan dengan usaha akan meningkatkan lagi tahap harapan dan harapan yang tinggi itulah yang akan membuahkan keyakinan.

ii) Jangan Berdoa Sesuatu yang Membawa Permusuhan dan Dosa

Doa yang buruk hakikatnya bukan doa. Doa yang berpaksikan permusuhan tidak akan dimakbulkan Allah. Oleh sebab itu berhati-hatilah agar tidak berdoa dengan hati yang kotor. Jangan kita ajukan kepada Allah sesuatu yang berbentuk dosa dan kefasiqan. Doa hanyalah untuk yang baik-baik dan dengan tujuan yang baik-baik pula.

Begitu juga berdoa untuk menang dalam pertaruhan (judi), berjaya dalam pertandingan yang dalamnya ada perbuatan mendedahkan aurat dan pergaulan bebas, kaya dengan perniagaan yang berunsur riba, berkuasa melalui kaedah yang kotor dan fitnah serta lain-lain bentuk kemungkaran yang seumpamanya adalah dilarang dan tidak akan dikabulkan. Kita juga tidak dibolehkan mendoakan sesuatu yang boleh memutuskan ikatan silaturahim sesama Islam.

iii) Jangan Berdoa Tanpa Bertahmid dan Berselawat

Ulama ada menjelaskan bahawa sesuatu doa itu tidak akan dikabulkan tanpa bertahmid (memuji) kepada Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Kedua-dua faktor ini sangat penting untuk melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Tanpa rasa syukur, sukar doa kita itu didengari dan seterusnya diperkenankan oleh Allah s.w.t.

Bayangkan jika seseorang meminta tambahan atas nikmat yang sedia ada, dia mestilah menunjukkan rasa berterima kasih atas nikmat yang telah diberikan itu terlebih dahulu. Rasa syukur itulah yang akan menggamit turunnya nikmat yang baru. Firman Allah yang bermaksud: “Jika kamu bersyukur nescaya kami akan tambahkan nikmat-nikmat Kami. Dan sebaliknya jika kamu kufur, azab Allah amat pedih.” (Surah Ibrahim 14: 7)

Dengan bertahmid, kita menyatakan syukur kepada Allah. Dengan berselawat kita mengucapkan terima kasih kepada insan yang paling banyak berjasa kepada kita yakni Nabi Muhammad s.a.w. Hanya setelah bersyukur, Allah yang bersifat al-Wahhab (Maha Pemberi) akan menambahkan lagi nikmat-nikmat-Nya. Benarlah seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, tidak akan bersyukur dengan yang banyak.”

Itulah tiga sebab mengapa doa terhijab. Dalam konteks yang sama, apa yang dinyatakan oleh Ibrahim bin Adham (seorang ahli tasawuf) tentang punca-punca doa terhijab sangat perlu dijadikan renungan. Namun, walau apapun keadaan kita, sama ada dalam keadaan taat atau derhaka, dalam keadaan senang ataupun susah, doa mesti terus dipanjatkan. Makbul atau tidak itu soal kedua. Yang paling utama adalah jangan sekali-kali berputus asa untuk terus berdoa kepada Allah s.w.t.

Dan jangan sekali lupa, apa yang telah Allah berikan kepada kita sebenarnya lebih banyak daripada apa yang sedang kita minta (doa).

Sumber: genta-rasa.com

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) - Julai 2010

by
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan:

JAWATAN:
1. PENOLONG PEGAWAI SYARIAH (GRED LS27)
2. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (BILAL MASJID BANDAR/JAJAHAN)(GRED S17)
3. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (PENYIASAT/NAZIR MASJID)(GRED S17)

BORANG PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI) Kn. 1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x 23sm yang beralamat sendiri serta bersetem 60 sen atau mengambil sendiri di Unit Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Borang Permohonan hendaklah dihantar ke alamat:

YABhg. Dato' Timbalan Yang DiPertua
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Kompleks Balai Islam, Lundang
15200 Kota Bharu, Kelantan

TARIKH TUTUP : 18 OGOS 2010

Jawatan Kosong di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) - Julai 2010

by
Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
- PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.pnm.my/pnmv3/upload_documents/iklan.pdf

BORANG PERMOHONAN
http://www.pnm.my/pnmv3/upload_documents/borang.pdf

Borang Permohonan hendaklah dihantar ke alamat:

Ketua Pengarah
Jabatan Perpustakaan Negara Malaysia
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia
232, Jalan Tun Razak
50572 Kuala Lumpur.

http://www.pnm.my

TARIKH TUTUP : 18 OGOS 2010

Jawatan Kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - Julai 2010

by
Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. PEGAWAI PERUBATAN UD43
2. PEGAWAI SAINS C41
3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
4. PEGAWAI PENYELIDIK Q41
5. PEGAWAI PERGIGIAN U41
6. PEGAWAI FARMASI U41
7. PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT F29
8. PENOLONG JURUTERA J29
9. JURU X-RAY U29
10.JURUPULIH PERUBATAN U29
11.JURURAWAT PERGIGIAN U29
12.JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN U29
13.PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
14.PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
15.PENOLONG PEGAWAI SAINS C27
16.PENOLONG KURATOR S27
17.PEREKA B17
18.PEMBANTU PERTANIAN G17
19.PEMBANTU KESELAMATAN KP17
20.PEMBANTU TADBIR (S) N17
21.PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U17
22.PENGAWAL KESELAMATAN KP11
23.PEMANDU KENDERAAN R3
24.PEKERJA AWAM R1

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://ewarga2.ukm.my/eiklan/peluangkerja.cfm

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara online di: http://www.ukm.my/ejob

TARIKH TUTUP : 16 OGOS 2010

Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Perak - Julai 2010

by
Terbuka kepada Rakyat Negeri Perak sahaja.

JAWATAN:
1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (PENSYARAH) (Gred S41)
2. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (PENSYARAH) - (KONTRAK) (Gred S27)
3. PENGHULU (Gred NP27)
4. RENJER HUTAN (Gred G17)
5. PEMBANTU PERTANIAN (Gred G17)
6. JURUTEKNIK (AWAM) (Gred J17)
7. PENGAWAS HUTAN (Gred G11)

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://spaonline.perak.gov.my/

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara online di: http://spaonline.perak.gov.my/

TARIKH TUTUP : 26 OGOS 2010

Jawatan Kosong di Jabatan Landskap Negeri Johor - Julai 2010

by
Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan:

JAWATAN:
1. ARKITEK LANDSKAP GRED J41
2. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED J29
3. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.johordt.gov.my/images/uploads/Iklan_Jawatan_Kosong-Landskap.pdf

BORANG PERMOHONAN
http://www.johordt.gov.my/images/uploads/BORANG_PERMOHONAN_KERJA.pdf

Borang Permohonan hendaklah dihantar ke alamat:

PENGARAH
JABATAN LANDSKAP NEGERI JOHOR
ARAS 1, BANGUNAN DATO’ JAAFAR MUHAMMAD
KOTA ISKANDAR,
79503 NUSAJAYA, JOHOR BAHRU.

TARIKH TUTUP : 4 OGOS 2010

Jawatan Kosong di Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKTN) - Julai 2010

by
JAWATAN:
- Pemandu Kenderaan Gred R3

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.lpktn.gov.my/v3/images/iklan/iklan_jawatan.pdf

BORANG PERMOHONAN
http://www.lpktn.gov.my/v3/images/iklan/borangkerjalpktn.pdf

Borang Permohonan hendaklah dihantar ke alamat:

PENGURUS BESAR
LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN
TANJUNG GELANG PETI SURAT 161
25720 KUANTAN, PAHANG.

http://www.lpktn.gov.my

TARIKH TUTUP : 5 OGOS 2010

28 Julai 2010

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Pontian, Johor - Julai 2010

by
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan:

JAWATAN:
1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
2. Penolong Juruaudit W27
3. Penolong Pegawai Tadbir N27
4. Juruteknik Komputer FT17
5. Juruteknik Kejuruteraan J17
6. Pembantu Pertanian Pertanian G17
7. Pembantu Juruaudit Kewangan W17
8. Pembantu Tadbir N17
9. Pembantu Tadbir(Perkeranian/Operasi) N17
10.Pemandu Kenderaan R3

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.johordt.gov.my/?URL=http://www.johordt.gov.my/doc/pdf/mdpontian/iklan-jawatan-kosong-mdpontian.pdf

BORANG PERMOHONAN
Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan Majlis Daerah Pontian yang dikenakan bayaran RM 1.00 (Ringgit Malaysia : Satu sahaja) yang boleh didapati dengan menggunakan sampul surat berukuran 10cm x 23cm yang beralamat sendiri dan bersetem 40 sen atau mengambilnya sendiri seterusnya menghantar permohonan tersebut ke alamat:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH PONTIAN,
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN,
(BAHAGIAN PENTADBIRAN),
ARAS 1,BANGUNAN BARU,
JALAN ALSAGOFF,
82000 PONTIAN, JOHOR.

TARIKH TUTUP : 29 JULAI 2010

Temuduga Terbuka di Lembaga Tabung Haji (LTH)

by
Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia

JAWATAN:
- PENGAWAL KESELAMATAN / POLIS BANTUAN (SPP1)

TEMPAT: TaHa D' Kelana, (Kompleks TH Kelana Jaya), Jalan SS 6/1 , Kelana Jaya, Selangor.

TARIKH : 29 dan 30 Julai 2010 (Khamis dan Jumaat)

MASA : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

MAKLUMAT LANJUT
http://www.tabunghaji.gov.my/th/TH/source/Jawatan%20Kosong/Lampiran%20A.pdf

Keputusan Perlawanan Liga Super Malaysia (MSL) - 28/07/2010 (Sabtu)

by
27/07/2010

Perlis 2 - 4 Terengganu

28/07/2010

Johor 0 - 5 Johor FC

Kedah 3 - 0 Pahang

Kelantan 4 - 1 KL Plus FC

Perak 0 - 1 Kuala Lumpur

Pulau Pinang 0 - 3 Negeri Sembilan

T-Team 1 - 2 Selangor

59 ditahan, sindiket skim cepat kaya terbongkar

by
KUALA LUMPUR 28 Julai - Polis berjaya membongkar kegiatan satu sindiket penipuan skim cepat kaya selepas menahan 59 orang dan merampas 18 kereta mewah dalam satu serbuan di sebuah apartmen di Petaling Jaya dekat sini malam tadi.

Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ACP Rohaimi Md Isa berkata sindiket yang meminta para pelabur membuat pelaburan sehingga RM41,000 tiap seorang itu dipercayai memperdayakan orang ramai dengan menjadikan tawaran kereta mewah sebagai umpan.

Beliau berkata kegiatan itu terbongkar apabila polis melancarkan “Operasi Serama” yang disertai 82 anggota termasuk JSJK Selangor dan juga petugas dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.

Katanya 50 lelaki dan sembilan wanita berumur antara 20 dan 30 tahun yang menduduki tahap higher level atau upline dalam sistem piramid yang dianjurkan itu, ditahan semasa mereka mengadakan perjumpaan di sebuah restoran di apartmen itu.

"Dalam serbuan kira-kira pukul 11 malam itu, polis juga merampas 18 kereta mewah termasuk Mercedez Benz, Fair Lady, BMW dan Mazda yang digunakan untuk ”mengumpan” orang ramai menyertai skim ini,” katanya.

Rohaimi berkata, sindiket yang aktif sejak dua tahun itu mensasarkan orang ramai terutama golongan muda yang baru berkhidmat dalam sektor kerajaan untuk menyertai skim itu.

"Sindiket ini tahu, budak-budak muda ini mempunyai keinginan yang tinggi terhadap kereta-kereta mewah dan senang pula nak buat pinjaman,” katanya.

Menurut beliau modus operandi sindiket ini ialah dengan meminta mereka melabur wang mengikut pelan sehingga maksima RM41,000 dan mencari pelanggan yang dikategorikan sebagai downline bagi mencapai hasrat mereka bergelar jutawan.

Rohaimi berkata bagaimanapun orang ramai menyedari mereka tertipu apabila mereka tidak mendapat jumlah pulangan yang dijanjikan walaupun berjaya mendapatkan jumlah downline yang disasarkan.

"Sindiket yang mempunyai tiga kumpulan ini bergerak secara bebas dengan menggunakan restoran-restoran sebagai tempat perjumpaan dan bertemu dengan kumpulan upline bagi membincangkan perniagaan mereka.

"Kami terima dua laporan polis berhubung kes ini manakala kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pula terima 30 laporan,” katanya sambil menambah risikan ke atas kegiatan sindiket terbabit dilakukan sejak tiga bulan lepas.

Beliau berkata, kesemua 59 anggota sindiket itu direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Kod Etika Jadikan Penulis Blog Lebih Dihormati - Tun Mahathir

by
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa penulis blog supaya berpegang teguh dengan kod etika untuk menulis perkara yang benar demi kebaikan masyarakat supaya mereka dan blog masing-masing lebih dihormati.

Bekas perdana menteri itu berkata kod etika berkenaan perlu diwujudkan secara sukarela demi kebaikan penulis blog sendiri kerana ia bakal membina reputasi mereka di mata orang ramai.

Dr Mahathir, yang juga seorang penulis blog berkata, masyarakat kini mempunyai akses kepada blog, satu medium yang hampir di luar kawalan mana-mana pihak berkuasa, dan jika mereka mematuhi kod etika untuk menulis perkara yang benar sahaja, lebih ramai orang awam akan membacanya.

"Jika kita bersandarkan kepada kod etika sebegini dalam setiap penulisan kita, saya fikir lama-kelamaan, orang ramai akan menghormati blog. Jika kita tidak menulis perkara yang benar, mereka akan meninggalkannya seperti yang berlaku kepada media biasa ketika ini," katanya dalam ucap tama pada persidangan Blogger Asia dan Media Sosial 2010 di sini, Rabu.

Persidangan dua hari itu dihadiri 400 peserta dari benua Asia.

Dr Mahathir berkata walaupun blog menyediakan ruang bagi kebebasan menulis apa yang dikehendaki secara mutlak, namun penulisnya masih perlu bertanggungjawab terhadap penulisan mereka serta tidak menyalahgunakannya.

"Tidak boleh menyatakan perkara buruk atau memaki hamun orang lain, jangan buat begitu, orang akan marah dan mereka boleh mengambil tindakan terhadap kita. Kita mesti ada bahan sokongan untuk setiap perkara yang kita nyatakan. Walaupun kita tidak sukakan seseorang, kita tidak boleh menulis perkara tidak benar (mengenai mereka)," katanya.

Beliau berkata penulis blog mempunyai kelebihan daripada segi kebebasan namun mereka mesti menggunakannya dengan penuh tanggungjawab bagi membentuk pemikiran ke arah membina masyarakat dunia yang lebih baik demi kebaikan umum.

"Tidak ada sesiapa yang boleh menghalang atau membetulkan kita, kerana kita yang berkuasa (kerana) kitalah penulis, penyunting dan juga penerbit. Apabila memiliki senjata, jangan gunakannya (untuk menembak) sesuka hati. Penulis blog mesti berupaya menahan diri dan mengelak daripada menyatakan perkara yang tidak benar serta boleh melukakan hati orang lain," katanya. Dr Mahathir berkata sesetengah blog amat bagus namun ada juga yang tidak berguna, justeru beberapa kemahiran diperlukan untuk mengenal pasti sama ada apa yang ditulis dalam blog itu benar atau hanyalah satu propaganda.

- BERNAMA

Top Ad 728x90