Pelangi muncul dari jet tentera


SEATTLE - Sekeping gambar yang dirakamkan seorang jurugambar, Bernardo Malfitano memaparkan pelangi muncul dari sebuah jet tentera F-22 yang sedang terbang, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang sering melawat 20 pameran udara di seluruh dunia berkata, gambar unik itu dirakamkan pada Pesta Udara Miramar di San Diego, California pada 2008 hasil proses biasan semula jadi sinaran matahari.

Gambar aksi dramatik itu mula dipertontonkan kepada orang ramai yang mengunjungi Muzium Semangat Penerbangan di sini dan ia berjaya memenangi tempat kedua untuk pertandingan fotografi tahunan penerbangan.

- Agensi

Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.