Berita
Pendidikan
479,675 calon duduki PMR dari 5 - 12 Oktober 2010
Seramai 479,675 calon akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai 5 hingga 12 Oktober 2010.
Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), daripada jumlah tersebut, 446,896 ialah calon dari Sekolah Bantuan Penuh, 5,069 dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Perantis Tentera.
"Sebanyak 11,370 calon adalah dari sekolah agama tadbiran negeri, 14,756 calon sekolah swasta, 334 calon persendirian perseorangan dan 1,250 calon dari Sekolah Agama Rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut LPM, sebanyak 34,022 orang petugas di 3,499 pusat peperiksaan disediakan bagi menguruskan perjalanan PMR.
Sementara itu, calon-calon diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan di sekolah masing-masing yang boleh didapati di laman web LPM di http://www.moe.gov.my/lpm
- UTUSAN

Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.