30 November 2010

Kalendar Aktiviti & Peristiwa Penting Bulan November 2010

by
5 November 2010 - Deepavali

8 November 2010 - Semakan Panggilan Ujian MTEST KPLI Jan 2011

11 November 2010 - Keputusan Peperiksaan UPSR

12 - 27 November 2010 - Sukan Asia 2010 di Ghoungzou, China

13 November 2010 - Ujian MTEST KPLI Jan 2011

13 November 2010 - Peperiksaan Khas PTD M41 SPA

17 November 2010 - Hari Raya Aidil Adha

23 November - 20 Disember 2010 - Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010

Aduan Babit Penjawat Awam Biadap Makin Meningkat - Murugiah

by
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah pada Isnin menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kes membabitkan penjawat awam berlaku biadap dan bersikap perkauman terhadap orang ramai.

Beliau berkata masalah salah laku penjawat awam terutama yang bertugas di barisan hadapan tersebut disedari meningkatkan berdasarkan peningkatan aduan yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam (BPA).

"BPA menerima lebih 60 aduan dari seluruh negara setiap bulan yang membabitkan penjawat awam bersikap kasar, biadap dan menyentuh isu perkauman sehingga menimbulkan rasa kemarahan pengadu dan rakyat," katanya pada sidang akhbar di pejabat BPA Perak di sini.

Aduan terhadap kes seumpama itu menimbulkan kemarahan kaum dan ia boleh digunakan sebagai isu untuk menyebabkan perbalahan di kalangan pemimpin politik, katanya.

Murugiah berkata BPA sedang memantau semua aduan yang diterima itu dan tidak akan teragak-agak untuk mengesyorkan tindakan sewajarnya diambil oleh jabatan atau agensi terbabit bagi membendung masalah itu.

Katanya, tindakan yang boleh diambil termasuk memecat, menggantung atau mengenakan tindakan disiplin kepada individu yang terbabit.

Menurutnya, satu contoh kes yang diterima BPA ialah aduan pada 10 Nov lepas yang membabitkan seorang jururawat di sebuah hospital di sini yang mengeluarkan kata-kata kesat dan bersifat perkauman terhadap satu keluarga.

Murugiah berkata kebanyakan kes yang dilaporkan membabitkan penjawat awam beruniform dan yang berurusan setiap masa bersama pelanggan seperti anggota polis, kakitangan hospital dan sekolah.

Beliau berkata isu seperti itu menimbulkan masalah apabila berlaku campur tangan ahli politik.

Beliau menasihati penjawat awam supaya lebih peka berhubung isu berkaitan dan berusaha sebaik mungkin memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka.

- BERNAMA

29 November 2010

Nicol terima Anugerah Wanita Malaysia 2010

by
KUALA LUMPUR 28 Nov. – Pemain skuasy negara, Datuk Nicol David malam ini menerima Anugerah Penghargaan Kepada Wanita Malaysia 2010 bersama lapan individu lain yang cemerlang dan berjasa mengikut kategori masing-masing.

Nicol yang merupakan pemain nombor satu dunia dan penyumbang pingat emas pada Sukan Asia XVI di Guangzhou, China menerima pengiktirafan tersebut berikutan kecemerlangannya dalam bidang sukan.

Nicol diwakili bapanya, Desmond David menerima anugerah itu yang disampaikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut menerima anugerah tersebut ialah Datuk Faridah Merican bagi kategori seni dan budaya; Datuk Khatijah Ahmad (keusahawanan-korporat) dan Datuk Azlina Che Abdullah (keusahawanan-sektor swasta).

Individu lain ialah Datuk Ruby Khong (hati emas); Datin Frieda Mohd. Pilus (pendidikan); Sia Ling Ling (orang kurang upaya); Tijah Yok Chopil (kemanusiaan) dan Profesor Dr. Suhaila Mohamed (sains dan teknologi).

Anugerah berprestij anjuran bersama Yayasan Mahkota dan MSP Communication Sdn. Bhd. itu merupakan pengiktirafan dan penghormatan buat wanita yang banyak menyumbang jasa kepada keluarga, masyarakat dan pembangunan negara.

Selain majlis penganugerahan, acara tahunan itu turut menganjurkan dialog, ekspo dagangan, bengkel motivasi dan pameran bertujuan memberi pengetahuan, peluang dan jaringan hubungan kepada peserta.

Turut diadakan adalah penyerahan cek kepada Persatuan Penulis Wanita (Pertama) dan Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia yang dikutip menerusi jualan lelongan amal.

Antara yang dilelong adalah lukisan yang dihasilkan isteri Sultan Johor, Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; kerongsang berlian dan beg kulit eksklusif.

Pada majlis itu juga, penghargaan khas turut ditujukan kepada jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya.

Terdahulu dalam ucapannya Rosmah berkata, penganugerahan tersebut amat bermakna dan mampu memberi inspirasi kepada para wanita di negara ini untuk berjaya dalam bidang masing-masing.

Sejak berabad lamanya kata beliau, wanita telah menjadi penyumbang kepada kejayaan dalam pelbagai aspek kehidupan dan menjadi tulang belakang kepada ekonomi, pembangunan sosial, komuniti dan kekeluargaan.

Dalam pada itu, penerbit dan pengarah acara tersebut, Mahani Awang berkata, satu pameran khas mengenai isteri-isteri Perdana Menteri Malaysia bersempena Ekspo Penghargaan Kepada Wanita akan diadakan pada Februari tahun depan.

- UTUSAN

27 November 2010

Warga UiTM Perlu Bekerjasama Elak Perpecahan Sesama Sendiri - Titah Agong

by
SHAH ALAM: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengingatkan warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) agar sentiasa bekerjasama dan mengelak perpecahan sesama sendiri.

Seri Paduka bertitah setiap warga UiTM perlu memahami dasar dan pendekatan universiti itu sekaligus bersama-sama memainkan peranan dan menyokong hala tujunya.

"Beta percaya setiap individu itu (UiTM) mempunyai kekuatan atau keistimewaan tersendiri yang boleh membantu penambahbaikan universiti ini. Pihak pengurusan perlulah mengenalpasti kekuatan individu itu.

"Berusahalah untuk mendapatkan yang terbaik daripada modal insan tersebut," titah baginda pada Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen ke-73 UiTM di Dewan Sri Budiman, UiTM di sini Khamis.

Baginda selaku Canselor UiTM turut melahirkan rasa gembira apabila permohonan UiTM untuk membina hospital berasaskan pelancongan di institusi pengajian berkenaan mendapat kelulusan kerajaan.

Tuanku Mizan bertitah baginda sendiri menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara UiTM dengan dua buah universiti dari Kanada dan Amerika Syarikat dalam usaha membantu UiTM memperkasakan bidang perubatan di universiti itu.

"Selain itu, setiap tahun seramai 50 graduan terbaik dari UiTM akan diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah diuniversiti terkemuka seperti Oxford, Cambridge, Harvard dan Stanford," titahnya.

Yang di-Pertuan Agong juga menasihatkan graduan UiTM menghulurkan bantuan sukarelawan kepada mangsa-mangsa banjir ynag melanda Kedah dan Perlis baru-baruini yang telah menyebabkan kehilangan harta benda dan nyawa.

Baginda seterusnya bertitah bahawa majlis konvokesyen kali ini membawa makna yang agak signifikan kepadanya kerana selain di kampus utama UiTM di Shah Alam, majlis itu berlangsung di empat kampus cawangan universiti itu di Perak, Perlis, Sarawak dan Terengganu.

Seramai 21,475 graduan dalam pelbagai bidang menerima diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan ijazah kedoktoran falsafah pada konvokesyen kali ini.

Pada majlis itu, Tuanku Mizan berkenan menyampaikan Anugerah Ijazah Kehormat Doktor kepada dua orang tokoh kejuruteraan dan akademik negara yang banyak menyumbang kepada pembangunan UiTM.

Naib Canselor pertama UiTM, Datuk Dr Ir Ahmad Zaidee Laidin dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor dalam Kejuruteraan Elektrik manakala bekas pengarah Institut Teknologi Mara, Prof Datuk Dr Mohd Mansor Salleh menerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor dalam Kejuruteraan Mekanikal.

- BERNAMA

25 November 2010

Ramai hidap HIV melalui seks

by
Orang ramai khasnya kaum wanita di negara ini dinasihati agar menyedari cara dan trend HIV menjangkiti mereka, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kie.

Beliau berkata, kini lebih ramai wanita dan remaja perempuan di negara dijangkiti HIV menerusi hubungan seks berbanding sebelum ini melalui suntikan dadah (IDU).

Katanya, lebih membimbangkan, kebanyakan wanita dan budak perempuan di Asia kini dijangkiti virus itu menerusi hubungan seks dengan suami atau teman lelaki mereka yang menghidapi HIV.

Malah kata beliau, menurut laporan Suruhanjaya mengenai AIDS di Asia 2008, lelaki yang telah dijangkiti HIV menerusi IDU dan mengadakan hubungan seks rambang akan meningkatkan lagi jumlah wanita dijangkiti penyakit itu pada masa akan datang.

"Kini trend baru pesakit HIV baru di negara ini dijangkiti menerusi hubungan seks berbanding sebelum ini jangkitan HIV di kalangan penagih dadah melalui suntikan. Keadaan ini agak membimbangkan,'' katanya.

- KOSMO!

Pokok mati akibat WiFi

by
ALPHEN AAN DEN RIJN, Belanda - Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Wageningen, Belanda mendapati radiasi daripada rangkaian gelombang tanpa wayar (Wifi) mungkin boleh menyebabkan pokok yang terdapat berdekatan dengan peranti penghala Internet tanpa wayar mati, lapor sebuah akhbar semalam.

Para saintis itu memperoleh hasil kajian tersebut selepas melakukan kajian ke atas 20 batang pokok ash yang daunnya menjadi kuning.

Hasil kajian itu menimbulkan kebimbangan bahawa radiasi Wifi boleh memberi kesan terhadap tubuh manusia.

Ia turut menyebabkan ibu bapa dan guru-guru berkempen agar peranti Wifi tidak dipasang di sekolah.

Bandar Alphen aan den Rijn yang terletak di barat Belanda mengarahkan kajian itu dilakukan sejak lima tahun lalu selepas mendapati pokok-pokok di kawasan itu mengalami situasi yang tidak normal.

Kajian itu mendapati pokok yang diletakkan paling hampir dengan radio Wifi mempunyai daun berwarna kuning berikutan lapisan kulit luar pokok mulai mati.

Para penyelidik juga mendapati radiasi Wifi boleh menyebabkan pertumbuhan jagung menjadi perlahan.

- Agensi

PNB: Agihan ASN3 enam sen seunit

by

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak enam sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 Berimbang (ASN3) bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2010.

Jumlah agihan itu meningkat sebanyak 0.5 sen berbanding 5.50 sen pada tahun lalu.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pengagihan pendapatan itu membabitkan peruntukan pembayaran berjumlah RM7.3 juta untuk 10,952 pemegang unit yang melanggan 121.02 juta ASN3.

Beliau berkata, ASN3 menunjukkan prestasi lebih baik pada tahun ini selaras dengan peningkatan ekonomi negara dan juga pasaran saham tempatan.

Sehingga 22 November lalu, ASN3 meraih pendapatan kasar berjumlah RM8.52 juta dengan pendapatan dividen menyumbang sebanyak RM3.02 juta atau 35.3 peratus manakala keuntungan pelaburan adalah RM3.65 juta.

Lain-lain pendapatan menyumbang sebanyak RM1.85 atau 21.7 juta daripada pendapatan kasar itu.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman menyifatkan jumlah pendapatan yang diagihkan itu sebagai kompetitif selaras dengan konsep tabung itu sebagai dana berimbang.

Katanya, berdasarkan prestasi sebenar, PNB berupaya membayar agihan pendapatan sebanyak 12 sen tetapi sebahagiannya disimpan untuk rizab.

Pengagihan pendapatan itu adalah berdasarkan pegangan unit sehingga pada 30 November 2010, iaitu hari terakhir tahun kewangan ASN3. Pembayaran pengagihan pendapatan akan dilaburkan semula secara automatik dalam bentuk unit berdasarkan nilai aset bersih pada 30 November tahun ini.

Pemegang unit yang melanggan ASN3 melalui Skim Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pembayaran pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun skim tersebut.

Semua urus niaga ASN3 di pejabat-pejabat dan ejen-ejen Amanah Saham Nasional Bhd. ditangguhkan mulai 23 November 2010 sehingga 30 November 2010 bagi tujuan pengiraan pengagihan.

Para pemegang unit itu boleh mengemas kini buku pelaburan ASN3 masing-masing mulai 1 Disember ini.

- UTUSAN

24 November 2010

Jawatan Kosong di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - Nov 2010

by
Warganegara Malaysia adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut:

JAWATAN:
1. PEGAWAI TADBIR N41
2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
3. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U17
4. PENGHANTAR NOTIS N3

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.dbkl.gov.my/v6/index.php?option=com_content&view=article&id=179&Itemid=170&lang=bm

LAMAN WEB
http://www.dbkl.gov.my/

Tarikh Tutup : 6 Disember 2010

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) N.Sembilan - Nov 2010

by
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan adalah kepada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

JAWATAN:
1. Penolong Jurutera
2. Penolong Akauntan
3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
4. Penolong Juruukur Bahan
5. Penolong Arkitek Landskap
6. Penolong Pegawai Penilaian
7. Pembantu Penilaian
8. Pembantu Penguatkuasa
9. Pembantu Tadbir (P/O)
10. Pembantu Tadbir (Kewangan)
11. Pembantu Juruaudit
12. Juruteknik (Senibina)
13. Pelukis Pelan
14. Pemandu Kenderaan
15. Pekerja Awam
16. Pekerja Awam (Kontrak)

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://mppd.gov.my/web/guest/jawatan

Tarikh Tutup : 29 November 2010

Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Johor - Nov 2010

by
Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

JAWATAN:
- PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN (PENGURUS LADANG) G27
(Penempatan - Jabatan Landskap Negeri Johor dan ditempatkan di Taman Botani, Seri Medan, Batu Pahat)

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.johordt.gov.my/sukj/dokumen/Iklan-Jabatan-Landskap.pdf

BORANG PERMOHONAN
http://www.johordt.gov.my/sukj/dokumen/Borang-Permohonan-Jawatan-Kosong.pdf

Tarikh Tutup : 28 November 2010

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Tanjung Malim, Perak (MDTM) - Nov 2010

by
Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat DYMM Sultan Perak dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan sahaja untuk memenuhi jawatan berikut:

JAWATAN:
1. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR & DESA
2. PELUKIS PELAN
3. PEMBANTU PENILAIAN
4. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
5. PEMBANTU TADBIR (P/O)
6. PEMBANTU PENGUATKUASA

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.mdtm.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=36666&folderId=13503&name=DLFE-1701.pdf

BORANG PERMOHONAN
http://www.mdtm.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=f949ce71-613e-4bcf-914d-876dc9b75748&groupId=10124

LAMAN WEB
http://www.mdtm.gov.my

Tarikh Tutup : 6 Disember 2010

PM terima gaji RM22,826.65 Sebulan

by
Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2005, mulai 1 Januari 2004.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri pula dibayar sebanyak RM18,168.15 sebulan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, manakala bagi Jemaah Menteri, mereka menerima gaji sebanyak RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Januari 2004," katanya dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N. Gobalakrishan (PKR-Padang Serai).

Gobalakrishnan meminta penjelasan mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 pada Sidangan Dewan Rakyat Selasa.

Dalam pada itu menurut Mohamed Nazri lagi, jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota Kabinet bagi tahun 2009 ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.

Bagi 2007, gaji tahunan yang telah dibayar ialah sebanyak RM5,858,529.60 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.

- MSTAR

Pinjaman Berjumlah RM59 Juta Pelajar Lulus Kelas Pertama Dilupuskan Tahun 2010

by
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melupuskan pinjaman berjumlah RM59 juta kepada 2,162 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang mendapat keputusan Kelas Pertama bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said menasihatkan pelajar terbabit supaya menghubungi PTPTN bagi urusan pembatalan kontrak yang ditandatangani sebelum ini semasa mereka membuat pinjaman.

"Jika mereka gagal menghubungi PTPTN, kontrak tersebut dikira terus berjalan dan mereka perlu menjelaskannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kembara Muhibbah 1Malaysia Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi di sini pada Selasa.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata lebih 190,000 peminjam yang dihubungi langsung tidak memberi maklum balas terhadap surat yang dihantar PTPT Nberhubung pembayaran balik pinjaman mereka.

"Saya menasihati mereka supaya menghubungi, atau datang ke pejabat PTPT Nuntuk berunding soal pembayaran balik pinjaman tersebut, jika tidak, tindakan undang-undang akan diambil ke atas mereka terbabit," katanya.

- BERNAMA

Navigasi Garmin Asus A50

by

Sejajar dengan perkembangan teknologi yang semakin maju, telefon pintar bukan lagi digunakan untuk berkomunikasi tetapi dijadikan peranti navigasi bagi mencari lokasi atau kedudukan yang diingini pengguna.

Model terbaharu Garmin Asus A50 yang didatangkan dengan teknologi sistem penentu kedudukan global (GPS) Qualcomm GPSOne-Gen7 dapat memberi kemudahan navigasi lebih berkesan kepada pengguna.

Dilengkapi perisian navigasi canggih terbaharu, Garmin 1460, telefon pintar itu dapat memudahkan pencarian pengguna hanya menggunakan telefon pintar mereka.

Ia hanya mengambil masa kira-kira 30 saat untuk menentukan kedudukan yang dikehendaki pengguna.

Bagi memudahkan lagi pengguna, model itu juga menyediakan panduan suara. Ia memberi arahan tunjuk arah jalan dan simpang yang bakal dilalui ketika memandu ataupun ketika menggunakan laluan pejalan kaki.

Peranti pintar itu turut didatangkan bersama pangkalan data peta dan rujukan tempat menarik atau Point of Interest (POI) dengan lebih terperinci agar pengguna mudah memahami sistem navigasi.

Keistimewaan skrin sesentuh 7.7 sentimeter (sm) Garmin Asus A50 yang boleh menukar mod siang dan malam dapat memastikan pengguna selesa menggunakan peranti terbaru itu.

Alat yang bakal menjadi teman setia pengembara itu menggunakan sistem operasi Android 2.1 yang memberi kelebihan kepada pengguna melayari Internet, menghantar e-mel dan berhubung melalui laman sosial dengan mudah serta pantas.

Garmin Asus A50 yang kini sudah berada di pasaran dijual pada harga RM1,099. Untuk keterangan lanjut mengenai telefon pintar ini boleh melayari laman web http://my.garminasus.com

Sage UBS mudahkan transaksi di talian

by


Perniagaan dalam talian semakin menjadi pilihan usahawan masa kini. Apa sahaja produk baik makanan, perhiasan, pakaian atau barangan elektronik berada di hujung jari melalui jaringan rangkaian Internet di seluruh dunia.

Justeru, pengurusan kewangan menjadi antara faktor terpenting yang perlu diberi perhatian. Maklumat penting termasuk bil, pembelian dan pengurusan kawalan tunai seharusnya dilakukan secara efisien tetapi mudah dan tidak membebankan pengguna.

Justeru, Sage Software Sdn. Bhd. (Sage Software), pemaju dan pengedar produk penyelesaian perniagaan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memperkenalkan perisian khusus bagi usahawan pejabat kecil dan pejabat rumah iaitu Sage UBS start plus 2011 dan Sage UBS one plus 2011.

Sage UBS start plus 2011 dapat membantu penggunanya menguruskan maklumat penting termasuk bil, pembelian dan pengurusan kawalan tunai perniagaan secara efisien pada harga mampu milik manakala Sage UBS one plus 2011 memiliki tambahan modul perakaunan asas.

Pengarah Urusan Sage Software, Michael Cho berkata, melalui kedua-dua perisian terbaru itu, usahawan tidak perlu lagi menggunakan pemproses kata dan hamparan elektronik untuk menghasilkan invois dan resit.

“Kami menyediakan usahawan dengan proposisi untuk mencapai situasi menang-menang bagi pengurusan perniagaan, membuatkan mereka berasa lebih mudah berniaga dan menjadikan mereka lebih berdaya saing serta sentiasa dapat mengawasi kewangan mereka.

“Sage membawa tawaran baru perisian ke tahap yang lebih tinggi dan merupakan perisian keluaran Malaysia bagi memanfaatkan kemahiran dan kepimpinan melalui perisian Sage USB untuk perakaunan, penggajian, inventori dan bil,” katanya pada pelancaran produk tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut beliau, kedua-dua perisian tersebut memiliki beberapa kelebihan tersendiri. Antaranya ia boleh digunakan pada komputer dengan skrin layar sesentuh, boleh dikonfigurasi dan mempunyai paparan muka yang mesra.

“Kelebihan untuk mereka yang mempunyai telefon pintar iPhone dan iPad, perisian ini boleh dimuat turun secara dalam talian daripada Apps Store.

“Justeru, pengurusan perniagaan mampu dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa bagi mereka yang mempunyai kedua-dua produk pintar berkenaan,” jelas beliau.

Jelas beliau, pengenalan produk berkenaan bertepatan dengan keperluan pasaran yang semakin berkembang termasuk perniagaan yang dijalankan secara dalam talian seperti di blog-blog dan laman web.

“Secara purata, terdapat kira-kira 20,000 syarikat didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia setiap bulan dan ini menunjukkan pasaran tempatan berkembang dengan pesat dan berpotensi,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, ciri siri Sage USB yang boleh dikonfigurasi dengan mudah membolehkan para penggunanya menjadi lebih terurus, membuat keputusan perniagaan yang lebih baik dan membuatkan klien berasa lebih dihargai sekali gus menerima respon pelanggan dengan cepat.

“Waktu adalah wang dan masa tidak produktif yang banyak dihabiskan untuk menghasilkan invois dan resit secara manual dapat digunakan untuk memberi fokus kepada pelanggan baru dan mendapatkan perniagaan baru.

“Persembahan perisian baru merangkumi semua penyelesaian perniagaan yang penting dengan fungsi yang mudah bagi sama ada pengguna mempunyai pengetahuan dalam perakaunan atau tidak,” katanya.

Sehubungan itu, Michael memberitahu, Sage Sotfware Malaysia menawarkan harga khas untuk Sage USB Start Plus dan Sage USB One Plus iaitu RM199 dan RM299 sehingga pertengahan bulan hadapan. Selepas itu, harga runcit yang disyorkan ialah RM399 dan RM599.

“Sage Software juga akan mengadakan pameran jalanan di Pusat Perkhidmatan USB Sage di seluruh negara sepanjang tempoh tawaran harga khas. Kedua-dua penyelesaian perisian ini boleh didapati di kedai-kedai runcit terkemuka IT, pusat perkhidmatan Sage USB dan rakan kongsi perniagaan di seluruh negara,” katanya.

- KOSMO!

Rekreasi melalui GroupsMore

by

Benarkah majoriti rakyat Malaysia tidak gembira? Adakah ini bermakna mereka tidak pandai mencari keseronokan hingga meningkatkan jumlah kelompok yang bosan menempuh kehidupan mereka?

Menurut hasil kajian dalam talian yang dijalankan sebuah laman web tempatan, YouthSays ke atas 2,000 individu, 99.3 peratus daripada mereka bersetuju bahawa hidup ini mesti menggembirakan.

Bagaimanapun hanya 22.9 peratus benar-benar bersetuju hidup mereka penuh keseronokan sedangkan 48 peratus menganggap hidup mereka biasa sahaja. Sebanyak 30 peratus lagi menyatakan hidup mereka amat membosankan.

Bayangkan jika inilah yang berlaku ke atas 28 juta rakyat Malaysia. Bagaimanakah keadaan dan produktiviti hidup mereka jika situasi ini berterusan?

Justeru, generasi muda seharusnya dipupuk dengan pelbagai aktiviti dalam memastikan mereka mempunyai kehidupan dan hubungan sosial yang positif.

Keluar daripada rutin

Menurut Pengarah Eksekutif dan Pengasas YouthAsia, Joel Neoh awal tahun lalu, pihaknya berpengalaman menganjurkan Youth’10 Malaysia’s Youth Festival yang disertai 88,366 golongan muda Malaysia.

“Dalam festival itu, kami melihat penyertaan yang sangat akif daripada golongan muda negara ini yang teruja dan bersemangat mencuba pelbagai perkara baru,” jelasnya.

Joel berkata, kejayaan menarik ramai golongan muda menyertai festival tersebut mendapat perhatian Kementerian Belia dan Sukan dan syarikat-syarikat yang terbabit dalam festival berkenaan.

Daripada situ mereka mencadangkan penganjur mencari satu platform yang bersifat kekal sebagai alternatif untuk rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang menyeronokkan.

Tertarik dengan cadangan itu, pihaknya memikirkan satu cara yang dapat membantu rakyat negara ini keluar daripada aktiviti rutin mereka.

Lantaran itu, pada September tahun ini, YouthAsia melancarkan laman web tempatan yang dinamakan GroupsMore.

Fokusnya adalah untuk memberi inspirasi dan peluang kepada rakyat Malaysia pelbagai peringkat usia hidup gembira serta memaksimumkan potensi hidup mereka.

GroupsMore cuba memikirkan keperluan anak-anak muda hari ini yang perlu terus diberi bimbingan untuk menjana minat dan kreativiti mereka. Ia juga bertujuan mendorong mereka menjalani gaya hidup yang positif.

Bagi Joel, keseronokan dalam hidup tidak terbatas pada waktu-waktu tertentu.

“Dalam kaji selidik yang sama, 98.7 peratus percaya perasaan gembira hadir apabila kita mencuba sesuatu yang baru, selain perasaan yang sama dapat dirasai ketika musim perayaan, lamaran perkahwinan dan sambutan hari lahir,” jelasnya.

Lebih ramai lebih jimat

GroupsMore sebenarnya adalah singkatan daripada perkataan Groups Save More. Sesuai dengan namanya, laman web itu mengenal pasti pelbagai aktiviti yang terdapat di sekitar Lembah Klang mengikut minat individu berdasarkan gaya hidup mereka.

Antaranya ialah aktiviti luncur ais, memanah, taman tema, sukan ekstrem, spa, restoran, melancong, kemahiran baru dan pelbagai aktiviti di lokasi menarik untuk disertai pada setiap minggu.

Berkonsepkan belian secara dalam talian pada harga diskaun sehingga 90 peratus, laman web itu turut menghubungkan peserta dengan rakan-rakan baru yang mempunyai minat yang sama. Malah, GroupsMore telah pun mengadakan beberapa aktiviti bersama anggotanya bagi merapatkan hubungan mereka.

GroupsMore juga mungkin boleh diterima sebagai laman web untuk pengguna kerana turut memastikan hak pengguna terpelihara. Lebih ramai penyertaan lebih tinggi diskaun yang diberi.

Caranya cukup mudah, pengguna hanya perlu mendaftar ke laman web GroupsMore.com dan melihat sendiri aktiviti yang ditawarkan. Kongsikan maklumat bersama rakan-rakan dan GroupsMore akan menghantar kupon tawaran diskaun untuk dicetak dan ditebus sewaktu berkunjung ke lokasi yang dipilih.

Sungguhpun baru beroperasi untuk kemudahan ahli dari sekitar Lembah Klang sahaja, GroupsMore bercadang meluaskan lagi rangkaian kenalan dan penyertaan peniaga dari seluruh Malaysia sekiranya mendapat sambutan yang menggalakkan.

Terkini, 5,237 individu menyertai GroupsMore untuk mencuba lebih 1,300 aktiviti baru dengan diskaun yang menarik untuk dicuba pada setiap minggu.

– Bernama

Rakyat Malaysia popular di Internet

by
Dalam satu tinjauan global, rakyat Malaysia dilaporkan sebagai golongan yang paling popular di Internet manakala rakyat Jepun paling sedikit. Tinjauan itu sekali gus mencerminkan budaya sesebuah negara melalui perilaku dalam talian.

Menerusi kajian hidup digital oleh syarikat penyelidikan Global TNS, Malaysia memenangi 'pertandingan' populariti Internet dengan purata 233 teman di rangkaian sosial mereka berbanding hanya 68 teman bagi rakyat China dan hanya 29 teman bagi pengguna Internet di Jepun.

Penemuan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi sebuah negara seperti Malaysia. Dengan latar kepelbagaian budaya dan juga tradisi rumah terbuka yang sering dianjurkan sepanjang tahun, rakyatnya lebih bersikap terbuka untuk membina kenalan baru.

Seorang pelakon dan penulis, Chacko Vadaketh memberitahu, tabiat mengundang orang adalah tabiat rakyat Malaysia.

"Maka, orang yang kamu mungkin kenal dan seterusnya dianggap sebagai kawan lebih meluas konsepnya berbanding komuniti lain," katanya yang mempunyai seramai 1,010 rakan di laman sosial Facebook.

Peluang pekerjaan

Sementara itu, Malaysia juga mempunyai taburan meluas dalam kalangan profesional yang mencari peluang pekerjaan di luar negara.

Sebab itulah, jaringan sosial itu dianggap sangat bernilai bagi mereka terus berhubung dengan teman-teman yang jauh.

Vadaketh berketurunan India dan Syria, pernah belajar di Britain dan kini menetap di Amerika Syarikat. Bukan sesuatu yang pelik jika lelaki itu mempunyai keluarga dan teman-teman di beberapa benua. Itu sudah dianggap perkara biasa bagi generasi Malaysia yang celik dunia maya.

"Saya pernah tidak mempedulikan Facebook untuk sementara hinggalah saya tidak mempunyai pilihan kerana ia mempunyai beberapa kelebihan berbanding e-mel.

"Saya sentiasa mengikuti perkembangan atau mendapat jemputan ke majlis-majlis keraian menerusi Facebook," katanya.

Bagi Pengarah Digital Bahagian Dalam Talian Nielsen, Mark Higginson, cara rakyat sesebuah negara menggunakan media sosial dipengaruhi ciri kenegaraan masing-masing.

Perkara itu diperjelaskan melalui reaksi keterbukaan rakyat Asia Tenggara seperti Malaysia, Filipina dan Indonesia, berbanding rakyat negara Asia Timur seperti China, Jepun dan Korea Selatan yang konservatif.

"Jepun adalah pengguna besar media sosial cuma mereka hanya tidak begitu serasi dengan Facebook manakala penggunaan platform Twitter baru saja hendak dibiasakan.

"Blog juga popular di Jepun. Namun, pengisiannya adalah lebih kepada catatan peribadi dan bukannya perbincangan terbuka. Jadi, saya fikir ia sesuai dengan budaya Jepun yang berkonsep pengenalan wajah dan profil yang tersusun," ujar Higginson.

Dalam pada itu, rakyat Korea lebih suka portal tempatan yang memaparkan forum perbincangan manakala di China, aktiviti paling popular adalah permainan sosial dalam talian.

"Penerimaan media sosial sangat meluas dan pelbagai. Daripada pemerhatian di negara-negara Asia Pasifik, kami menemukan maklumat yang berbeza dan menakjubkan. Higginson menambah, perbezaan tersebut memberi implikasi tertentu terhadap dunia bisnes.

"Satu acuan tidak sesuai untuk digunakan di kesemua kawasan seperti Asia Pasifik. Anda boleh memiliki strategi media sosial yang sama di seluruh Eropah, tetapi di sini, memahami landskap tempatan sangat penting," jelas Higginson.

DNA digital

James Fergusson dari TNS mengatakan bahawa kajian firma tersebut menunjukkan bahawa setiap negara mempunyai 'DNA digital' yang unik.

"Malaysia, sama seperti beberapa negara Asia lain, sangat terbuka untuk membina persahabatan dalam talian, sedangkan di Jepun, mereka lebih teliti dalam memilih teman-teman dalam talian.

"Pengguna rangkaian sosial di Jepun cenderung untuk menghindarkan maklumat peribadi mereka didedahkan kepada umum. Mereka lebih gemar menggunakan identiti samaran," katanya.

PLATFORM Twitter sudah popular di Malaysia manakala di Jepun, ia masih baru.

Di beberapa negara di Asia, kekurangan kebebasan media juga telah mendorong kemunculan blog dan laman rangkaian sosial yang membolehkan pengguna bertukar-tukar maklumat secara bebas.

Di Malaysia, dengan sebahagian besar media arus perdana dikawal kerajaan, telah mencetus kelahiran portal berita bebas, blog politik dan profil Twitter prolifik yang bercakap mengenai hal ehwal semasa.

Penduduk Malaysia turut tidak malu menggunakan laman-laman tersebut sebagai medium pemasaran dan rangkaian untuk perniagaan kecil.

Seorang jurugambar dari Kuala Lumpur, Daniel Zain menjelaskan, dia hanya mengenali 10 peratus daripada bilangan rangkaian sosialnya yang mencapai 2,000 orang.

Bagaimanapun, bilangan kenalan semakin meningkat kerana dia terus menambah pelanggan dan kenalan baru.

Dia berpendapat, rakyat Malaysia kurang menitikberatkan soal privasi, mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan suka membina kenalan baru dari dalam talian yang tidak pernah dikenali.

"Kami suka bertemu dengan orang dan kami juga menyukai konsep rumah terbuka seperti majlis keramaian Krismas, Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri.

"Kami telah mengambil konsep rumah terbuka dan meletakkannya dalam talian. Sesiapapun dijemput ke rumah terbuka anda, maka sesiapa sahaja akan dijemput untuk menyertai senarai teman Facebook anda," katanya.

- KOSMO!

23 November 2010

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010

by
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2010
Peperiksaan bertulis SPM 2010 akan berlangsung dari 23 November hingga 20 Disember 2010 ini. Seramai 467,970 orang calon akan menduduki SPM pada tahun ini di 3,594 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan adalah seramai 410,083 orang, calon MRSM, MTD dan Sekolah Perantis Tentera seramai 7,216 orang, calon Sekolah Menengah Agama Negeri seramai 8,127 orang, calon Sekolah Swasta dan Sekolah Menengah Agama Rakyat seramai 11,248 orang dan calon Persendirian Perseorangan seramai 31,296 orang.

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2010
http://apps2.moe.gov.my/lpm/files/spm/2010/Jadual%20Waktu%20SPM%202010.pdf

BILIK GERAKAN SPM
Bilik Gerakan SPM akan beroperasi di Lembaga Peperiksaan dan akan dibuka dari 23 November 2010 hingga 20 Disember 2010. Waktu operasi ialah dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang. Bilik Gerakan ini boleh dihubungi melalui nombor-nombor berikut: 03-8889 3551 / 03-8889 3582 / 03-8889 3601 / 03-8889 3520.


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

ROS Syor Nama Baru Pakatan Pembangkang - Pakatan Rakyat Malaysia

by
PETALING JAYA: Pendaftar Pertubuhan (ROS) mencadangkan nama Pakatan Rakyat ditambah perkataan 'Malaysia' menjadi Pakatan Rakyat Malaysia sebagai nama rasmi gabungan pembangkang bagi mencerminkan imej nasional.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata, syor itu dinyatakan ROS semasa pertemuan beberapa bulan lalu bagi membincangkan cadangan permohonan pakatan pembangkang PKR-PAS-DAP.

"Itulah kali terakhir kita bertemu mereka dan sehingga kini kita belum menerima apa-apa maklum balas daripada ROS. Kali terakhir kita bertemu ROS beberapa bulan lalu, mereka cadangkan nama Pakatan Rakyat ditambah dengan perkataan 'Malaysia' menjadi Pakatan Rakyat Malaysia bagi cerminkan imej nasional.

"Tapi sampai sekarang kita tunggu... belum ada apa-apa," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Pakatan Rakyat mengemukakan permohonan kepada ROS untuk menjadi gabungan rasmi pada November tahun lalu bagi menggunakan satu lambang.

Bagaimanapun semalam BERNAMA melaporkan Ketua Pengarah ROS, Datuk Md Alias Kalil berkata, pihaknya belum menerima permohonan pakatan pembangkang untuk mendaftarkan lambang parti pakatan itu.

Ditanya sama ada Pakatan Rakyat menghadapi masalah dari segi ideologi parti komponennya, Saifuddin berkata pihak gabungan itu tidak menghadapi masalah sedemikian sebaliknya hanya berkaitan soal taktikal.

"Apa yang disuarakan ialah kebimbangan jika kita gunakan satu lambang untuk bertanding pada pilihan raya iaitu kekeliruan di kalangan pengundi tradisi di kawasan pedalaman.

"Apa yang mereka faham apabila disebut pilihan raya (pertandingan) antara BN (Barisan Nasional) atau Umno lawan PAS... itu sahaja. Mereka kenal lambang dacing untuk BN dan lambang bulan untuk PAS.

"Apabila kita adakan satu simbol, lawan politik boleh kata PAS tak bertanding tahun ini sebab tak ada (lambang) bulan. Ini satu contoh yang kita dikhuatiri akan sebabkan kekeliruan di kalangan pengundi tradisi di kawasan pedalaman," katanya.

- MSTAR

6,133 Penjawat Awam Bermasalah, Prestasi Rendah Tahun Lepas

by
PUTRAJAYA: Jumlah penjawat awam yang bermasalah dan berprestasi rendah meningkat kepada 6,133 orang pada tahun lepas berbanding 5,344 atau 0.84 peratus pada 2008, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata antara masalah yang dihadapi adalah disiplin, hubungan interpersonal, psikologi, prestasi rendah serta kesihatan kronik seperti penyakit jantung, kanser dan kencing manis.

"Masalah disiplin, kesihatan dan prestasi rendah merupakan tiga masalah paling utama," katanya semasa berucap merasmikan majlis pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) kali keenam 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.Sehubungan itu, beliau menyarankan agar rakan pembimbing membantu pihak pengurusan sumber manusia dalam mengatasi masalah yang timbul selain mempamerkan diri mereka sebagai model contoh kepada rakan sekerja yang lain dengan mengamalkan nilai-nilai positif dan menunjukkan tatalaku yang boleh dicontohi.

"Ahli psikologi berpendapat rakan sekerja akan berasa lebih selesa berbincang dengan rakan sekerja berbanding dengan pegawai atasan mereka. Selain itu teguran daripada seorang rakan lebih mudah diterima berbanding teguran ketua yang mudah disalah tafsir sebagai hukuman lisan," katanya.

Abu Bakar berkata elemen 'buddy system' (sistem sahabat) perlu dimasukkan ke dalam modul pasca AKRAB dan seterusnnya menggerakkan sistem sahabat kepada ahli AKRAB secara lebih tersusun dan komprehensif.

"Misalnya seorang AKRAB akan segera menghubungi rakan 'buddy'nya jika didapati rakan 'buddy'nya itu sedang menghadapi masalah kesihatan atau kewangan yang boleh menjejaskan tugas-tugas hariannya dan bantuan segera akan dihulurkan kepada rakan tersebut semampunya," katanya.

Pada majlis itu, 1,027 pegawai ditauliahkan sebagai rakan pembimbing perkhidmatan awam menjadikan jumlahnya bertambah kepada 3,583 orang sejak ia dilaksanakan pada 2005.

Anugerah AKRAB Utama bagi kategori individu diterima oleh Pauzan Ahmad dari Jabatan Perkhidmatan Awam manakala SME Corp Malaysia menerima Anugerah AKRAB Gemilang untuk kategori organisasi dengan masing-masing menerima piala pusingan, piala iringan dan sijil penghargaan.

Abu Bakar percaya peningkatan bilangan keahlian AKRAB yang ditauliahkan setiap tahun mampu memberikan impak yang besar terutama dalam membantu pihak pengurusan sumber manusia meningkatkan pembangunan modal insan yang berdaya saing dan berpretasi tinggi di agensi masing-masing.

- BERNAMA

Pengangguran Di Kelantan Meningkat Kerana Kurang Pekerjaan

by
KOTA BAHRU: Jumlah penganggur di Kelantan meningkat kepada 25,733 orang bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding 24,336 orang untuk tempoh yang sama tahun lepas.

Penolong Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Kelantan, Mohamad Yaacob, memberitahu Bernama antara penyumbang utama kepada pertambahan itu ialah kurangnya pekerjaan di negeri itu.

Beliau berkata faktor lain ialah sikap rakyat Kelantan yang memilih pekerjaan atau enggan berhijrah ke tempat lain kerana mahu bekerja di negeri itu.

Mohamad berkata jabatan itu sedang meningkatkan kesedaran dalam kalangan penganggur dan lepasan sekolah dan institusi pengajian tinggi menerusi Program Penempatan Pekerjaan (3P) Azam Kerja Peringkat Negeri 2010 yang akan diadakan di sini pada Sabtu dan Ahad ini.

Katanya melalui program itu sebanyak 2,124 peluang pekerjaan akan ditawarkan yang merangkumi dalam bidang profesional dan teknikal (107); pengurusan (398); perkeranian (20); tenaga mahir dan separuh mahir (440) serta am/buruh/operator pengeluaran (1,159).

Mohamad berkata peserta program akan diberi elaun RM100 dan tambang percuma sepanjang dua hari itu.

- BERNAMA

MAHA 2010: 1.5 Juta Pengunjung Dijangka Hadir

by
SERDANG: Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2010) dijangka akan menarik lebih 1.5 juta pengunjung dalam dan luar negara.

Menteri Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, jumlah itu dijangka dapat dicapai ekoran kejayaan penganjuran MAHA pada tahun sebelumnya.

Noh berkata, 22 negara juga telah mengesahkan penyertaan mereka pada MAHA tahun ini selain 250 usahawan yang bersetuju menghadiri pameran itu sebagai pemerhati.

"Ini adalah satu kejayaan promosi sebelum ini yang menekankan promosi di negara Eropah dan Amerika Latin sebelum ini.

"Keuntungan juga dijangka akan meningkat daripada RM9.6 juta pada penganjuran lalu kepada RM15 juta tahun ini," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke tapak MAHA 2010 di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Noh berkata, pihak penganjuran juga menganggarkan nilai jualan pada pameran 10 hari yang bakal bermula pada 26 November sehingga 5 Disember itu akan mencecah RM150 juta.

MAHA 2010 yang diadakan Tapak Eskpo Pertanian Malaysia (MAEPs) di sini dibuka kepada orang awam dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Mengenai penganjuran kali ini, Noh berkata, pameran itu dapat menarik minat usahawan dalam dan luar negara dalam menyertai pameran itu sekaligus dapat meningkatkan pelaburan dalam industri pertanian dan asas tani.

Katanya lagi, melalui pameran itu, tidak mustahil Malaysia dapat menjadi sebuah negara yang berjaya dalam pembangunan agrikultural yang menjadi contoh kepada negara lain.

"Orang ramai perlu menghayati dan memahami pertanian adalah satu bidang yang menjanjikan masa depan amat cerah, apatah lagi MAHA 2010 menyediakan kemudahan infrastruktur yang lebih baik dalam aspek produk, proses dan teknologi pertanian," katanya.

- MSTAR

22 November 2010

Dilema penempatan guru

by
Masalah penempatan guru memang rumit untuk diselesaikan. Ia menjadi bertambah sulit apabila terdapat segelintir daripada 400,000 guru yang masih dalam perkhidmatan memohon bertukar sekolah dengan alasan yang kurang wajar.

Rata-rata mahu mengajar di sekolah yang dekat dengan rumah. Lalu mereka cenderung menjadikan alasan rumah sedia ada atau rumah yang baru dibeli berhampiran sekolah sebagai sebab untuk bertukar tempat mengajar.

Sememangnya semua orang dalam apa jua profesion pun menginginkan jarak tempat tinggal yang berhampiran dengan tempat kerja. Jimat masa dan jimat kos.

Namun, kita juga perlu profesional kerana penempatan guru adalah berdasarkan keperluan perkhidmatan. Bukannya mengikut kesesuaian tempat tinggal.

Faktor ini penting demi meminimakan masalah kekurangan guru di kawasan luar bandar dan pedalaman tetapi terlebih guru di sekolah tertentu di kawasan bandar.

Misalnya, satu sekolah hanya memerlukan tiga guru Matematik tetapi terdapat lima guru di situ. Jika opsyen kedua semua guru ini berbeza, maka mereka boleh mengajar subjek yang lain. Tiada masalah.

Sebaliknya, masalah akan timbul jika ada pertindihan opsyen. Ia membabitkan guru terbabit, pengurusan sekolah dan Kementerian Pelajaran. Akhirnya pelajar menjadi mangsa keadaan, diajar oleh guru yang tidak terlatih dalam subjek berkenaan.

Justeru, bertukarlah dengan alasan yang konkrit seperti disebabkan isu keselamatan atau faktor kesihatan.

Contoh isu keselamatan ialah hal yang berbangkit akibat keganasan rumah tangga. Misalnya seorang guru wanita menerima ugutan dan ancaman daripada bekas suami. Bila ini berlaku memang wajar dan ada keperluan untuk beliau berpindah ke sekolah lain.

Manakala dalam masalah kesihatan pula mestilah yang melibatkan sakit kronik dan memerlukan rawatan rapi. Kemudahan perubatan mungkin hanya terdapat di hospital di kawasan bandar sahaja.

Bagaimanapun, ia terhad kepada guru itu sendiri dan ahli keluarga terdekatnya iaitu anak, suami atau isterinya sahaja.

Ibu bapa tidak termasuk dalam kategori ini. Rasionalnya, tanggungjawab menjaga ibu bapa yang uzur perlu dipikul bersama dan bukannya diletakkan kepada guru berkenaan sahaja.

Selain itu, alasan mengikut suami perlu diberi keutamaan agar tumpuan guru terbabit tidak terjejas. Ia juga bagi memastikan guru itu dapat memberikan prestasi yang tinggi dan terbaik untuk para pelajarnya.

Jelas di sini, Kementerian Pelajaran menitikberatkan tahap kemanusiaan yang tinggi dalam penempatan para guru supaya kebajikan mereka terbela.

Hal ini secara tidak langsung akan memotivasikan guru untuk komited dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing-masing.

Dalam pada itu, pertukaran guru juga dilakukan secara pentadbiran. Sebagai contoh, jika Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) mendapati ada lebihan seorang guru Bahasa Inggeris di sekolah A dan sekolah B memerlukannya. Maka guru tersebut akan dipindahkan ke sekolah B walaupun beliau tidak membuat sebarang permohonan pertukaran tempat mengajar.

Bagi guru yang memohon pertukaran secara atas talian, keputusan telah pun diumumkan. Kepada yang berjaya, selamat mencurah bakti di sekolah yang baru. Kepada yang kurang bernasib baik, bersabar dan jika perlu, buatlah rayuan.

Bila membuat rayuan pastikan mengikut etika dan tatacara urusan rasmi. Jangan dibawa bayi atau anak kecil ke pejabat. Apatah lagi ibu atau bapa yang uzur. Ia boleh mengganggu ketenteraman dan menjejaskan urusan pihak lain. Malah ia mungkin menjejaskan tugasan lain pegawai terbabit.

Memadai dengan menyediakan dokumen sokongan untuk rujukan pihak yang berkenaan. Bukti itu sudah mencukupi tanpa perlu ditambah dengan elemen emosi dan simpati.

- UTUSAN

Berdialoglah secara intelek dan matang - PM

by
Rakyat Malaysia bertanggungjawab menjadi peneraju dalam menyebarkan suara kesederhanaan dan perbualan yang membina dalam laman-laman web sosial berikutan kadar penggunaannya yang tinggi di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, interaksi melalui ruang siber memberi gambaran mengenai diri sendiri sebagai seorang individu mahupun rakyat Malaysia.

“Kekuatan kita tidak boleh hanya terletak pada bilangan rakan atas talian yang dikumpul, tetapi terletak pada bilangan dialog yang intelek, matang dan terbuka bersama mereka.

“Kita perlu menjadi peneraju dalam membimbing perhubungan melalui media sosial ke arah perbualan yang membina sama ada melalui Facebook, Twitter atau mana-mana laman web sosial yang menjadi pilihan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaru bertajuk ‘Kepimpinan Kita Dalam Media Sosial Atas Talian’ yang disiarkan laman blognya www.1Malaysia.com.my.

Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, adalah diakui wujud kumpulan kecil yang menyebarkan ideologi dan kelakuan ekstrem melalui laman web sosial dan ia tidak boleh dibiar menenggelamkan suara sederhana dan wasatiyyah.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak supaya tidak terpengaruh untuk bertindak balas kepada provokasi kesat dan tidak matang dengan pendekatan yang sama.

Sebaliknya kata beliau, pendekatan yang menggambarkan integriti dan budaya sebagai rakyat Malaysia adalah kaedah terbaik untuk menangani kelompok berkenaan.

“Kita perlu mara ke depan, menggalakkan orang lain untuk melakukan perkara yang sama bagi menyebar luas suara kesederhanaan.

“Ini merupakan satu ukuran kepada perkembangan kita ke arah membina mentaliti kelas pertama dan menterjemahkan semangat 1Malaysia dalam erti kata sebenar,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri mengalu-alukan pandangan rakyat mengenai usaha mempromosikan budaya atas talian yang sederhana dan cara untuk mengatasi kelakuan ekstrem dalam laman web sosial melalui perbincangan yang seimbang.

“Saya mengalukan perbincangan yang membina melalui laman web, Facebook dan Twitter saya. Diharapkan perkara sama dilakukan dalam ruang lingkup rangkaian sosial anda,” katanya.

- UTUSAN

Penggunaan Haji, Hajah

by
Oleh Ustaz Zaharuddin

Sebelum ini juga ramai bertanya sama ada gelaran ‘Haji’ boleh digunakan kepada mereka yang selesai menunaikan haji.

Saya teringat sekitar 10 tahun lalu, seorang kenalan saya memarahi rakannya kerana tidak memanggilnya dengan gelaran itu.

Bila saya tanya kenapa sampai begitu sekali, dijawabnya: “Ye la, kita dah bertungkus-lumus melaksanakan haji, berbelas-belas ribu ringgit habis, jadi hormatlah sikit kita dengan pengiktirafan.” Demikian tegasnya secara emosi.

Saya yakin, pembaca mempunyai pelbagai reaksi membaca jawapannya. Majoriti mungkin merasa tidak bersetuju dengan hujah yang disebut sahabat itu tadi.

Namun, itulah hakikat bagi sebahagian besar umat Islam, khususnya di Malaysia. Mereka ingin serta berasa selesa dan bangga dengan gelaran ‘Haji’ sesudah pulang daripada mengerjakan ibadat agung itu.

Jadi persoalan kita ketika ini, adakah ia dibolehkan di sisi Islam?
Pada pendapat saya, gelaran sebegini bukan persoalan ibadat khusus yang memerlukan kepada dalil khusus daripada amalan Rasulullah SAW atau sahabatnya.

Isu gelaran adalah sebuah isu kemasyarakatan dan sosial yang tidak tertakluk kepada dalil khusus. Ia hanya tertakluk kepada dalil umum yang mengandungi nilai dan asas, sama ada untuk mengarah atau melarang.

Dalam hal gelaran, dalil yang menjelaskan prinsip atau disiplin dalam gelar- menggelar boleh diambil daripada firman Allah SWT seperti tercatat di dalam ayat surah al-Hujurat yang bermaksud: “Janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah segala jenis nama panggilan yang berciri fasik selepas kamu beriman.”

Jelas daripada ayat di atas, prinsipnya adalah Allah SWT melarang umat Islam menggelar saudara seagama dengan apa juga gelaran buruk dan menyakitkan hatinya, tidak kira sama ada ia benar atau tidak, selagi mana ia dilakukan dengan niat menghina dan menjatuhkan, ia adalah dilarang.

Imam Abu Ja’far At-Tabari mengatakan: “Memanggil dengan gelaran adalah seperti seseorang memanggil saudaranya dengan cara yang dibencinya sama ada (menggunakan) nama tertentu atau sifat. Dan larangan Allah SWT itu umum tanpa sebarang pengkhususan kepada satu jenis gelaran tanpa yang lain, maka oleh itu, tidak harus (haram) bagi seorang Muslim untuk memanggil saudaranya sama ada dengan nama atau sifat yang dibencinya.” (Jami al-Bayan, 22/29)

Justeru dalam Islam, budaya gelar menggelar dengan gelaran buruk bukan tindakan benar, malah paling keji dan hanya mainan individu yang dipimpin emosi.

Jangan sesekali mudah memulakan gelaran seperti ‘ulama Mi egera’, ‘Si bodoh’, ‘Munafik’ dan lain-lain.

Walau apapun sebab dan latar belakang kemarahannya, menggelar seseorang dengan gelaran buruk bukan caranya. Ada banyak cara bahasa lain yang lebih sesuai untuk menegur seseorang.

Ia hanya akan memburukkan keadaan dan seterusnya menjatuhkan maruah anda sendiri, bukan mereka yang digelar.

Tiada kebaikan yang boleh tersebar daripadanya kecuali kepuasan peribadi pihak menggelar kononnya untuk menegakkan yang hak tetapi sebenarnya hanya memuaskan nafsu amarah masing-masing.

Islam melarang menggelarkan seseorang dengan sebarang gelaran buruk, dilarang juga mengkafirkan seseorang tanpa kejelasan yang putus atau kelak kekafiran dan gelaran itu akan kembali kepada dirinya sendiri. Seluruh gelaran buruk yang dicipta juga akan kembali kepada individu yang memberikan gelaran buruk itu.

Namun demikian, ada pengecualian jika sesuatu gelaran dibuat bagi keadaan tertentu seperti untuk membezakan antara individu, maka mereka digelar dengan sifat atau nama yang sesuai bagi fizikal mereka. Walaupun gelaran itu buruk, panggilan itu dibuat bukan untuk menghina dan merendah, ia hanya diniat untuk memberi pengenalan kepada mereka yang bertanya. Tatkala itu, ia dibenarkan.

Demikian juga jika ada maslahat lebih besar untuk dijaga, seperti ulama menggelar beberapa ‘perawi’ sebagai ‘kazzab’ yang ertinya ‘banyak berbohong’ bagi menjaga ketulenan sesebuah hadis. Namun, ia bukan diguna secara meluas hingga ke peringkat masyarakat awam kerana hal sedemikian hanya diketahui golongan ulama daripada kalangan pengkaji hadis dan perawinya.

Hadis Riwayat Abu Daud menyatakan, terjadi perbualan antara orang ramai dan Rasulullah apabila mereka memanggil baginda: “Wahai Rasulullah, wahai yang terpilih dan anak yang terpilih, tuan kami dan anak kepada tuan.”

Namun, Rasulullah SAW lantas menjawab: “Wahai manusia, kamu berkata dengan perkataan kamu, namun jangan sampai kamu diselewengkan oleh syaitan, aku adalah Muhammad, Hamba Allah dan Rasul-Nya, tiadalah aku suka kamu mengangkat darjatku melebihi darjat yang diberikan Allah kepadaku.”

Kita perlu tahu bahawa gelaran perlu digunakan secara berhati-hati supaya tidak melampau sehingga terjebak dalam kes pengikut Kristian yang menganggap Nabi Isa sebagai anak tuhan akibat berlebihan dalam mengagungkan dirinya.

Tentunya tiada halangan di dalam Islam untuk gelaran biasa yang kurang kontroversi seperti Tuan Haji, Ustaz, Dr, Datuk, Syeikh, Profesor, Tok Guru, Imam, Hujjatul Islam, Syeikhul Islam dan apa juga gelaran yang baik lagi disukai dan baik untuk digunakan sebagai penghargaan, pujian, doa dan pengiktirafan.

Isu sama ada gelaran itu akan mendatangkan rasa riak, takbur dan ‘ujub’ adalah persoalan kedua. Hal ini mempunyai sedikit persamaan dengan isu memuji seseorang di depannya.

Kesimpulannya, jika diketahui pujian itu akan memusnahkannya, jangan dilakukan. Maka larangan adalah disebabkan hal luaran yang mendatang dan bukan pada pujian itu sendiri. Demikian juga gelaran Tuan Haji, Say- yid dan sepertinya.

Oleh itu, jika kita memanggil seseorang dengan gelaran Tuan Haji dan ia disukai olehnya, sudah tentu ia tidak dilarang, sebaliknya lebih digalakkan lagi.

Ini kerana, mungkin gelaran itu boleh mengingatkannya kepada Allah SWT serta boleh mengekalkannya dirinya supaya sentiasa insaf kepada Allah SWT.

Apatah lagi apabila menjadi adat di sesebuah kawasan untuk menggunakan nama panggilan yang baik itu.

Adakalanya, gelaran ‘Haji’ juga diguna semata-mata kerana tiada gelaran lain yang sesuai untuk seseorang bagi menunjukkan hormat kita.

Saya pernah mempunyai beberapa kenalan jutawan veteran yang sangat rapat dengan saya, walaupun mereka jutawan, hartawan, pengasas dan ketua syarikat masing-masing, mereka belum menerima anugerah Datuk dan juga bukan pemegang taraf Doktor Falsafah.

Justeru, gelaran apa paling sesuai untuk memanggil mereka di samping menunjukkan penghormatan kita kepada umur peringkat itu?

Tatkala itu saya hilang idea, hanya gelaran ‘Tuan Haji’ saya kira paling sesuai setiap kali berhubung dengan mereka. Gelaran pakcik atau gelaran syeikh pasti kurang sesuai dengan orang yang berperwatakan sepertinya.

Kita sedar, kesan buruk juga boleh berganda apabila seorang bergelar ‘tuan haji’ dan ‘puan hajah’ melakukan maksiat dan dosa terang-terangan. Lebih mendukacitakan apabila kesnya membabitkan tangkapan khalwat, zina, pecah amanah dan lain-lain yang biasanya tersiar di dada akhbar.

Namun demikian, hal itu tidak menjadikan penggunaan gelaran ‘Haji’ dan Hajah’ sebagai haram.

Bagaimanapun perlu diingatkan, walaupun seseorang itu ‘harus’ mendapat atau menggunakan gelaran ‘Haji’, yang perlu disedari adalah pemergian menunaikan rukun Islam kelima itu bukan kerana gelaran yang diberi manusia, sebaliknya pandangan serta pengiktirafan Allah SWT sendiri.

- HARIAN METRO

Yes kadar terendah di Malaysia

by

YTL Communications Sdn. Bhd. (YTL Comm) yang melancarkan perkhidmatan 4G hari ini, menawarkannya pada kadar terendah di dalam industri.

Para pengguna hanya perlu ‘bayar semasa guna’ sembilan sen untuk tiga megabit data, satu minit panggilan atau satu perkhidmatan pesanan ringkas.

Perkhidmatan 4G yang dikenali Yes itu turut menawarkan rebat sehingga 30 peratus untuk memberi kuasa kepada pengguna yang mengguna jumlah tinggi data, kata Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Francis Yeoh.

Ini akan mengurangkan secara berkesan kadar yang sedia menarik itu kepada serendah dua sen setiap MB atau RM20 setiap GB dan pada masa yang sama memberikan kuasa kepada pengguna menguruskannya sendiri.

Yeoh berkata, perkhidmatan Yes didatangkan dengan akses Internet berkelajuan tinggi dan nombor telefon bimbit menjadikan pengunaan data dan suara disepadukan.

‘‘Pelanggan kami bukan sahaja dapat mengakses data bergerak berkelakuan tinggi tetapi juga dapat menikmati perkhidmatan suara, perbualan dalam talian dan perkhidmatan SMS yang dapat diakses di seluruh dunia melalui Internet.

‘‘Rakyat negara ini yang ke luar negara dapat berhubung dengan rakan dan keluarga di Malaysia melalui Yes pada kadar tempatan tanpa perlu risau dengan kadar bayaran perayauan,” kata beliau pada sidang akhbar sebelum majlis pelancaran perkhidmatan Yes di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif YTL Comm, Wing Lee.

Pelancaran Yes telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Yeoh berkata, Yes telah meletakkan paras tertinggi inovasi dengan menyepadukan perkhidmatan data dan suara, kelajuan sehingga lima kali lebih baik dari perkhidmatan 3G, pada harga mampu milik, peralatan baru dan peralatan komunikasi direka bagi menjadikan jalur lebar relevan, menarik dan mampu milik.

‘‘Sehingga pelancaran perkhidmatan itu hari ini, sebanyak 65 peratus penduduk Semenanjung Malaysia akan dapat menikmati perkhidmatan Internet bergerak terpantas bersuara melalui rangkaian Yes 4G.

Yes Life adalah aplikasi komunikasi bersepadu yang secara efektifnya dengan peralatan dihubungkan kepada Internet kepada telefon.

Yeoh berkata, Yes memberikan nilai kepada pelanggan kerana ia merupakan perkhidmatan tanpa kad sim dan didatangkan dengan pengenalan pengguna (user ID) dan nombor telefon mudah alih yang dapat digunakan bagi semua peralatan.

Pada majlis itu, YTL Comm dan Samsung turut memperkenalkan telefon 4G pertama di dunia yang dikenali sebagai Yes Buzz.

Ia merupakan pelengkap kepada kepada peralatan 4G yang lain seperti Yes Huddle (router 4G) yang dapat menghubungkan lima peralatan dalam satu masa, 4G USB dikenali sebagai Yes Go dan Yes Zoom. Ia merupakan router 4G yang direka untuk kegunaan pejabat dan rumah.

Bagi melanggan perkhidmatan Yes, pengguna hanya perlu menempahnya di www.yes.my untuk mendapatkan pengenalan pengguna Yes dan nombor telefon mudah alih 018.

Lima lagi Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia dibina

by
Jabatan Tenaga Manusia (JTM) kini dalam proses menyiapkan lima lagi institut latihan di bawah kendaliannya yang dijangka mampu menempatkan kira-kira 5,000 pelatih baru, sekali gus mendekati sasaran melahirkan lebih ramai tenaga berkemahiran dalam pelbagai bidang serta menjadikan Malaysia negara industri menjelang 2020.

Ketua Pengarah JTM, Romli Hassan, berkata daripada jumlah itu empat Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) bertaraf Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dibina masing-masing di Jerantut, Pahang; Bintulu, Sabah; Serting, Negeri Sembilan dan Kemaman, Terengganu, selain sebuah Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Marang, Terengganu.

Beliau berkata, ketika ini ada 27 ILJTM di seluruh negara dengan kapasiti 18,000 penuntut dan pembukaan lima lagi institut latihan itu membolehkan jumlah pelatih ditingkatkan hingga 23,000 orang.
“Sejak 15 tahun lalu, ILJTM berjaya melahirkan graduan berkualiti tinggi dan kajian menunjukkan 73 peratus graduan institut itu berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan.

“Malah, sebahagian besar kini turut mendapat kepercayaan dan bekerja dengan syarikat negara luar antaranya Singapura, Dubai dan China,” katanya selepas merasmikan Istiadat Konvokesyen Ke-15 ILJTM di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, semalam.

Seramai 8,693 graduan ILJTM dengan 6,672 graduan peringkat Sijil, manakala 1,991 peringkat Diploma dan 30 lagi Diploma Lanjutan diraikan pada majlis berkenaan.

Beliau berkata, ramai pihak masih memandang rendah dan menganggap bidang kemahiran adalah kelas kedua berbanding akademik lain, sedangkan bidang kemahiran adalah antara yang terpenting dalam memacu pembangunan negara ketika ini.
“Sebagai contoh, banyak bidang yang kita tawarkan membolehkan graduan memperoleh pendapatan tinggi antaranya kimpalan; juruteknik dan minyak dan gas.

“Malah, ada juga mereka yang bekerja dalam bidang kimpalan di dasar dan pesisir laut memperoleh pendapatan sehingga lebih RM12,000 sebulan. Ada juga yang bekerja bidang kimpalan mengikut syif dan dibayar S$135 (RM324) sejam,” katanya.

Dalam perkembangan lain Romli berkata, pihaknya kini sedang giat memastikan penuntut ILJTM diberi nilai tambah terutama dalam mempertingkatkan keupayaan komunikasi dan keyakinan diri yang tinggi di kalangan penuntut sebagai antara ciri penting dalam melahirkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing.

- BERITA MINGGU

Persoalan Agama: Tak gugur hutang walaupun meninggal

by
oleh Ustaz Zahazan Mohamed

Soalan:
Saya berhutang dengan seseorang tetapi beliau sudah meninggal dunia. Bagaimanakah caranya untuk saya jelaskan hutang? Adakah dengan cara membayar kepada warisnya? Jika tidak jumpa dengan waris beliau bagaimana pula caranya?

Jawapan:
Apabila seseorang berhutang, maka menjadi kewajipannya untuk membayar kembali hutangnya. Walaupun tidak mampu disebabkan kesempitan hidup, ia sama sekali tidak menggugurkan tanggungjawab melangsaikan hutang.

Allah SWT berfirman pada ayat 282 dari surah al-Baqarah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan bayarannya) itu….(hingga akhir ayat).

Sebenarnya ayat itu adalah ayat yang terpanjang dalam al-Quran dan yang dikenali di kalangan ulama dengan nama ayat al-Mudayanah (ayat hutang piutang). Ayat ini antara lain berbicara mengenai anjuran atau kewajipan menuliskan soal hutang piutang sambil menekankan perlunya menulis hutang walau sedikit, disertai dengan jumlah dan ketetapan waktunya.

Pada potongan ayat pada firman-Nya, ‘hingga ke suatu masa tertentu’ bukan saja mengisyaratkan bahawa ketika berhutang perlu ditentukan waktu melunaskannya dan bukan saja berkata, ‘kalau saya ada wang’, tetapi juga untuk mengisyaratkan bahawa ketika berhutang, hendaklah sudah tergambar di benak fikiran, bagaimana dan di mana sumber untuk melangsaikan hutang itu.

Ini secara langsung menjadikan seseorang akan lebih berhati-hati dalam berhutang. Perkara itu amat besar kesannya di akhirat kelak sehingga Nabi SAW enggan menyembahyangkan mayat orang yang berhutang dan tidak ada orang yang mahu menjamin hutangnya. Selain itu, Nabi SAW dalam riwayat lain bersabda: “Diampunkan bagi syahid semua dosanya kecuali hutangnya.” (Hadis riwayat Muslim).

Tuntutan agama Islam melahirkan ketenangan kepada penganutnya, sekali gus harga diri. Kerana itu, agama tidak menggalakkan seseorang itu berhutang kecuali jika sangat terpaksa sebagai mana sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Hutang adalah kehinaan pada siang hari dan keresahan pada malam hari.” Seseorang yang tidak rasa bimbang dan resah kerananya, bukanlah seorang yang menghayati kehendak agama.

Salah satu doa Rasulullah SAW yang popular adalah, “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari hutang yang memberatkan serta penekanan manusia terhadapku.” Pada hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda, “Penangguhan membayar hutang oleh orang yang mampu adalah penganiayaan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kalau kita hendak membayar hutang, tetapi orang yang kita berhutang itu meninggal dunia, maka wajiblah kita menyelesaikannya kepada ahli waris pemberi hutang yang meninggal dunia itu. Ertinya, hutang tidaklah gugur hanya kerana beliau sudah meninggal dunia. Jika beliau tiada waris, atau tidak diketahui khabar beritanya, maka hendaklah diserahkan kepada orang yang diamanahkan oleh pemerintah untuk menguruskannya (sekiranya ada). Jika tidak ada, bolehlah dititipkan kepada orang alim.

Sekiranya masih mempunyai halangan atau kesukaran, bolehlah disumbangkan untuk kemaslahatan umum seperti untuk membuat jalan atau jambatan dengan niat akan menggantikannya sekiranya bertemu ahli waris tuan hutang.

Ada disebutkan dalam kitab Salalimul Fudlola’ Syarah Mandzumah Hidayatul Azkiya’ ila Thariqil Auliya, agi Syeikh Muhammad Nawawi al-Bantani pada Hamisy Kifayatul Atqiya’ wa minha jil asy fiya’, halaman 16, (ertinya:) “Jika sudah meninggal orang yang berhak, diserahkannya kepada warisnya. Maka jika tidak ada warisnya dan terputus beritanya, maka diserahkan kepada kadi yang thiqah (terpercaya), yang diredai perjalanannya dan agamanya. Maka jika tidak ada, maka diserahkan kepada orang alim yang patuh menjalankan agamanya. Maka jika berhalangan juga, maka dipaling pada masalah umum seperti untuk membina jambatan batu, dengan niat menggantinya apabila ditemui ahli waris tuan yang memberi hutang itu.”

Jika masih sukar atau tidak mampu kerana takut atau lainnya, bolehlah disedekahkan kepada orang yang benar-benar berhajat. Wallahua’lam.

- BERITA MINGGU

BN pinda perlembagaan

by
KUALA LUMPUR 20 Nov. – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini membuat keputusan bersejarah dengan meminda beberapa perkara dalam perlembagaan parti.

Pindaaan tersebut berkuat kuasa hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, pindaan itu amat penting sekali gus memperlihatkan dasar inklusif BN yang membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang percaya kepada prinsip dan perjuangan parti itu.

Pindaan itu adalah:

* Ahli bersekutu – sesiapa sahaja yang ingin menyertai BN boleh memohon secara terus bagi menjadi ahli bersekutu. Bagaimanapun hak dan keistimewaannya tidak akan sama seperti ahli parti komponen lain.

* Ahli bergabung – terbuka kepada pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan politik untuk bekerjasama dengan BN.

* Kelab Sahabat BN – terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi rakan BN

* Kelab Rakan Muda BN – terbuka kepada golongan belia berusia antara 18 hingga 21 tahun yang menyokong BN tetapi masih belum menjadi pengundi.

Bekas ahli komponen BN tidak diterima

Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan, mana-mana ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bertindak keluar parti tidak akan diterima menjadi ahli bersekutu BN.

Sebaliknya kata Perdana Menteri, ahli parti pembangkang yang ingin menjadi ahli bersekutu BN akan diterima tetapi ia masih tertakluk kepada kelulusan Dewan Tertinggi BN.

"BN amat terbuka dalam perkara ini iaitu sesiapa sahaja boleh menjadi ahli bersekutu tetapi bagi bekas ahli komponen BN tidak dibenarkan. Maknanya jika dia sudah menjadi ahli UMNO tetapi meninggalkan UMNO, kemudiannya memohon menjadi ahli bersekutu, sama juga dengan MIC.

"Mengenai ahli daripada parti pembangkang, syarat ditetapkan ialah dia perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan Dewan Tertinggi BN, ini perlu bagi mengelak elemen buruk iaitu masuk dengan niat tidak baik kepada BN," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Najib berkata, keputusan bersejarah sebulat suara itu merupakan antara pindaan perlembagaan BN yang dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Beliau berkata, selain ahli bersekutu iaitu boleh memohon secara terus bagi menyertai BN, Dewan Tertinggi BN juga mewujudkan ahli bergabung dengan membenarkan pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan politik bekerjasama dengan BN.

"Dewan Tertinggi BN akan tentukan hak-hak dan keistimewaan ahli bersekutu yang mana ia tidak akan sama seperti yang dinikmati oleh ahli parti komponen lain.

"Bagi ahli bergabung pula, ia sebagai komitmen BN terhadap kumpulan terlibat yang yakin dan percaya kepada prinsip serta perjuangan BN," katanya.

Tambah Najib, mesyuarat itu juga memutuskan untuk mewujudkan Kelab Sahabat BN dan Kelab Rakan Muda BN sebagai memberi peluang kepada individu yang ingin menjadi rakan dan sahabat BN.

"Kelab Rakan Muda BN ini terbuka kepada golongan belia berusia antara 18 hingga 21 tahun yang menyokong BN tetapi masih belum layak menjadi pengundi," katanya.

- MINGGUAN MALAYSIA

21 November 2010

Gula ada manfaatnya

by
Biasanya gula hanya dikaitkan dengan penyebab pelbagai jenis penyakit terutama diabetes. Namun tidak ramai yang mengetahui gula juga mempunyai manfaat tersendiri.

Bukan dari segi penggunaan dalam makanan atau minuman, kerana jika terlebih kandungan, ia pasti memudaratkan.

Perlu diingat, gula tidak mengandung vitamin, serat dan hanya mengandungi sejumlah kecil mineral.

Kandungan kalori pula cukup banyak, sekitar 394 kkal dalam 100 gram bahan. Boleh dikatakan gula langsung tiada nutrisi kerana semua bahan yang bernilai seperti vitamin, mineral dan sebagainya hilang selama proses penghasilan gula putih.

Dalam dunia kecantikan, penggunaan gula telah lama dipraktikkan masyarakat dahulu kala sebagai salah satu rawatan alami. Gula boleh diolah menjadi aneka produk kecantikan khususnya untuk melembutkan kulit. Dikatakan ia mengandungi zat pelembut yang mampu menghilangkan sel-sel kulit mati.

Masyarakat Romania misalnya menggunakan campuran madu, gula dan susu untuk merawat kulit. Caranya adalah dengan mencampurkan bahan tadi dan kemudian ia dilumur pada tubuh. Selepas kering ia disental lalu dibilas dengan air.

Wanita Mesir purba pula menggunakan campuran gula organik dan lemon untuk dijadikan penyental bagi mendapatkan kulit yang halus dan putih.

Dalam perubatan Cina pula, gula batu banyak dicampur dalam minuman herba yang baik untuk kesihatan. Ia dikatakan bermanfaat membantu membuang panas badan dan juga melegakan batuk serta kahak.

Cubalah sendiri, pasti anda menyedari manfaat gula dalam kehidupan sehari!

- MINGGUAN MALAYSIA

Banyak jalan mencari bahagia perkahwinan

by
Oleh ZIN MAHMUD

Perkahwinan dan berkeluarga adalah kaedah. Ia merupakan kenderaan dalam perjalanan. Bukannya destinasi. Apa yang menjadi matlamat ialah kebahagiaan.

Justeru apabila dalam perkahwinan dan keluarga tidak tercapai kebahagiaan, maka jalannya adalah perceraian dan merungkaikan kekeluargaan.

Untuk memandang bahawa perkahwinan dan kekeluargaan mesti dipertahankan dalam apa jua keadaan menunjukkan kekeliruan antara apa tujuan institusi itu. Matlamatnya adalah kebahagiaan. Jika matlamat itu dilihat tidak ada harapan, maka proses selanjutnya ialah perceraian.

Kadar perceraian dikatakan meningkat dan dijangka terus meningkat pada masa akan datang. Maka orang bercakap mengenai perkahwinan tetapi isu sebenarnya adalah kebahagiaan.

Sememangnya banyak faktor yang menyebabkan berlakunya perceraian tetapi ada satu faktor yang perlu diambil kira apabila mencari-cari mengapa kadar perceraian meningkat. Untuk melihat faktor ini wajar diterima bahawa ada kalanya perceraian itu lebih baik daripada meneruskan perkahwinan.

Kebahagiaan dalam perkahwinan seharusnya bersifat menang-menang untuk kedua-belah pihak, suami dan isteri. Jika hanya sebelah pihak, maka tentu institusi keluarga tidak mencapai matlamat.

Faktor yang tidak dapat dielakkan ini melibatkan perubahan sosio-ekonomi zaman ini yang melibatkan hubungan antara lelaki dan perempuan.

Seringkali apabila disebut soal perkahwinan dan kekeluargaan, orang akan mencari pakar dan nasihat daripada golongan agama. Maka akan diperoleh nasihat-nasihat dari sudut hukum-hakam dan pengalaman ulama-ulama terdahulu antaranya dari suasana masyarakat Arab.

Tetapi pada hari ini dengan perubahan sosio-ekonomi yang begitu pesat dengan dipacu oleh teknologi maklumat, pakar-pakar sains sosial moden perlu dirujuk, antaranya dari kalangan ahli sosiologi, psikologi, ekonomi dan juga pakar berhubung kesan teknologi maklumat kepada masyarakat.

Kembali kepada soal mengapakah kadar perceraian meningkat pada zaman ini? Adakah sekarang orang tidak berbahagia untuk hidup dalam keluarga berbanding dahulu?

Atau mungkinkah dahulu pun orang tidak berbahagia tetapi mereka tidak mempunyai pilihan lain?

Seringkali orang akan menyebut betapa ibu bapa dan datuk nenek mereka berbahagia hidup bertahun-tahun bersama. Tidak seperti masa ini.

Ekonomi

Tidakkah mungkin bahawa dahulu pun orang perempuan yang berasa tidak berbahagia tetapi oleh kerana kedudukan ekonomi yang bergantung pada suami membuatkan pilihan perceraian sesuatu yang di luar perkiraan?

Ataupun kesedaran itu tidak ada. Lebih-lebih lagi keadaan di kampung dan hidup bermasyarakat dan berkeluarga besar tidak memungkinkan untuk berfikir mengenai perceraian?

Pada masa ini orang perempuan memperoleh pendidikan dan bekerja. Sudah tentu selain daripada mereka lebih bebas dan peluang untuk menemui orang lain bagi mendapat kebahagiaan adalah lebih besar daripada dahulu.

Adanya teknologi maklumat memudahkan lagi untuk orang mencari kebahagiaan lain yang tidak diperoleh daripada keluarganya.

Perceraian dan menjadi janda seharusnya tidak menjadi stigma kerana ia merupakan proses seseorang mengharungi hidup yang nasibnya berbeza di antara satu sama lain. Tidak semua orang bernasib baik untuk memperoleh pasangan yang serasi sehingga akhir hayat.

Ada masanya berlaku ketidakserasian dan proses perceraian adalah satu jalan keluar. Lebih baik bercerai pada waktu yang lebih muda terutama bagi perempuan untuk membolehkannya tidak terus menanggung penderitaan. Sebaliknya memperoleh peluang untuk bahagia dalam mencari pasangan pengganti.

Hakikatnya bahawa hubungan antara lelaki dan perempuan sudah berubah di zaman ini berbanding dahulu. Perempuan di seluruh sudah dibebaskan untuk memiliki pendidikan yang setaraf dengan lelaki, dan sudah tentu mampu memperoleh kerjaya.

Justeru mereka juga mempunyai impian dan harapan yang berbeza. Tidak seperti dahulu di mana impian dan harapan perempuan bergantung semata-mata pada suaminya.

Dengan keupayaan perempuan mempunyai pendapatan sendiri tentulah hubungannya dengan lelaki juga sudah berubah.

Media massa global juga membuka mata perempuan kepada cara hidup orang dalam masyarakat lain. Tentulah akhirnya mereka juga terfikir bahawa kalau dalam masyarakat lain, perempuan mereka bebas menentukan jalan sendiri, mengapa pula mereka tidak boleh.

Akhirnya dapat dilihat bahawa cara hidup manusia berbeza. Ia tidak boleh dikotakkan kepada sesuatu bentuk atau institusi.

Sememangnya dilihat bahawa institusi keluarga yang berbahagia adalah dalam bentuk suami dan isteri dengan anak-anak. Tetapi itu ideal. Tidak semua orang bernasib baik untuk memperoleh keadaan demikian.

Ataupun apa yang dikatakan nasib baik atau tidak juga boleh dipersoalkan. Tidak semestinya orang yang memilih kehidupan sendiri itu bernasib tidak baik. Kalau keadaan hidup sebegitu bersesuaian dengan dirinya, maka itu adalah pilihannya.

Terdapat banyak jalan menuju kepada kebahagiaan. Semua orang berhak untuk bahagia kalaulah hendak dikatakan bahawa sememangnya manusia mempunyai hasrat untuk berbahagia.

Maka dalam keadaan ini mengambil contoh bagaimana orang dahulu berbahagia tentu sukar untuk dilihat relevannya.

Kunci kepada kebahagiaan adalah saling hormat-menghormati hak, impian dan kehendak seseorang. Akhirnya diri sendiri yang bertanggungjawab terhadap kebahagiaannya.

- MINGGUAN MALAYSIA

20 November 2010

Penggodam siber Malaysia ditahan

by
NEW YORK 19 Nov. - Seorang penjenayah siber dari Malaysia dikatakan berjaya menggodam rangkaian komputer Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dan mencuri hampir setengah juta nombor kad kredit dan debit, kata pejabat pendakwaraya di sini.

Lin Mun Poo, seorang rakyat Malaysia, ditahan pada 21 Oktober lalu sebaik sahaja tiba di AS dan didakwa semalam, kata pejabat peguam AS di Brooklyn.

Dia didakwa menggodam rangkaian komputer sebuah cawangan Rizab Persekutuan di Cleveland, Ohio; bank pusat AS, dan dalam secara berasingan turut mencuri hampir 400,000 nombor kad dan menceroboh beberapa sistem pertahanannya yang lain.

Mun Poo, yang kini ditahan dalam tahanan praperbicaraan dikatakan terlibat dengan penjualan maklumat dengan menggodam pelayan komputer milik institusi kewangan, kontraktor pertahanan dan syarikat besar, kata pejabat peguam AS.

Perkhidmatan Perisikan AS menangkap lelaki berusia 32 tahun itu beberapa jam selepas dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di sini.

"Ejen Perkhidmatan Perisikan merampas komputer riba milik lelaki itu yang mengandungi data akaun kewangan dalam kuantiti yang besar, dan maklumat pengenalan persendirian yang diperolehinya dengan menggodam," kata pejabat pendakwaan.

Ketua Perkhidmatan Perisikan yang berpejabat di sini, Brian Parr berkata, jenayah siber bukan saja memberi kesan kepada infrastruktur kewangan negara, malah juga mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara.

Selain daripada aktiviti pencerobohan yang dilakukan oleh Mun Poo, Perkhidmatan Perisikan juga mendakwa dia berjaya menggodam masuk sistem kontraktor Pentagon yang mungkin menyebabkan maklumat logistik ketenteraan sensitif terdedah.

Awal minggu ini, Setiausaha Pertahanan AS, Robert Gates memberi amaran bahawa serangan siber mendatangkan ancaman 'besar'.

- AFP

Lenyapkan Stigma Masyarakat Terhadap Pesakit HIV

by

"Saya tak malu dengan awak, jadi awak tak perlu rasa malu atau rendah diri.” Ayat keramat itu sering diulang Muhamad Abdullah, 34, kepada penghuni Darul Ukhuwah setiap kali dia membawa mereka ke majlis kemasyarakatan dengan harapan ia mampu membina kembali keyakinan mereka.

Sebagai tonggak utama penubuhan Rumah Perlindungan HIV Darul Ukhuwah, Muhamad bersama Yayasan Al-Ijabah mempunyai misi yang cukup ringkas namun mampu memberi 1001 makna terhadap pesakit Aids/HIV terutama yang disisih keluarga.

“Saya mahu mereka diterima dan masyarakat sedar mengapa golongan ini perlu diterima,” ucapnya ketika ditemui Mingguan mStar.

Muhamad atau lebih popular dengan sapaan Ustaz Amin terlibat dengan kerja kebajikan sejak 2003. Dia pernah ke Pakistan dan Indonesia bagi membantu mangsa bencana di sana.

Pada 2005 pula, Rumah Anak Yatim Dan Tahfiz Al-Ijabah ditubuhkan dengan jumlah penghuni seramai 80 orang.

Berbicara tentang Darul Ukhuwah yang mula beroperasi pada Ogos 2009, idea menubuhkannya timbul selepas Muhamad memberi ceramah kepada 14 pesakit HIV Muslim yang berlindung di sebuah penempatan pesakit HIV di Batu Arang, Selangor yang dikendalikan oleh pekerja kebajikan beragama Kristian.

“Sesi ceramah akhirnya jadi sesi suai kenal sahaja. Nak bagi ceramah apa? Islam dan kasih sayang?

“Kalau topik itu, kenapa bukan kita yang jaga mereka?,” katanya yang mengaku tergamam pada masa itu.

Melihat senario itu, tiada rasa marah di hati Muhamad, baik kepada keluarga pesakit, mahu pun kepada masyarakat yang menganggap pesakit HIV sebagai golongan yang tidak wajar dibantu.

Mempunyai sarjana dalam bidang Undang-Undang Syariah dari sebuah universiti di Mesir, dia sedar dengan kemarahan dan menyalahkan antara satu sama lain, nasib pesakit Aids/HIV tidak akan terbela.

Justeru, dia bertindak segera menubuhkan sebuah penempatan berkonsep sama, tetapi menggunakan pendekatan lebih Islamik.

“Saya tak nafikan dulu kita pernah terlepas pandang terhadap mereka. Tapi kita tak perlu marah dengan sesiapa. Saya pun tak marah dengan masyarakat.

“Sebab itu misi kita mahu bantu masyarakat supaya lebih faham kenapa pesakit HIV tak patut dipinggirkan,” jelasnya.

Muhamad mengaku dia juga pernah berasa takut-takut ketika berdepan dengan pesakit Aids/HIV yang ramai di awal penubuhan Darul Ukhuwah dulu.

“Tak banyak pengetahuan tentang penyakit ini yang saya ada. Saya macam orang lain juga, tetap ada stigma. Mahu salam pun rasa takut, rasa macam nak basuh tangan.

“Bila tengok mereka menderita dan fikir tentang nasib mereka kalau tak dibantu, rasa takut lenyap sedikit demi sedikit,” katanya.

Kini, Muhamad yang juga Timbalan Pengerusi 2 Yayasan Al-Ijabah lebih memberi tumpuan kepada kebajikan anak-anak yatim dan pesakit HIV di bawah yayasan tersebut berbanding menghulurkan sumbangan di luar negara seperti yang dilakukannya sebelum ini.

Antara misi dan ‘gila glamor’

Misi Muhamad, walau ringkas diucap namun tidak mudah dilaksanakan. Muhamad perlu ‘menahan telinga’ mendengar ungkapan sinis apabila dia membawa penghuni keluar dari rumah perlindungan untuk berdamping dengan komuniti.

“Ada yang marah saya sebab bawa pesakit HIV datang majlis mereka. Saya tak kisah. Alah bisa tegal biasa,” ujarnya.

Lebih teruk lagi apabila Muhamad memberitahu dia pernah difitnah oleh penghuni yang pernah berlindung di Darul Ukhuwah sendiri, juga pernah berdepan dengan konflik dalaman yang agak ‘hebat’.

Muhamad juga tidak terlepas dicop sebagai ‘gila glamor’ oleh beberapa rakan kerana kesanggupan melakukan kerja kebajikan.

Bagi Muhamad yang tidak menjangka Darul Ukhuwah akan berkembang seperti hari ini, sebaik rumah itu ditubuhkan dia hanya memikirkan tanggungjawab membantu pesakit HIV yang difatwakan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai golongan Reqab.

Menganggap dirinya bersendirian pada mulanya, dia juga tidak menyangka ramai pihak menyokong dan sudi membantu termasuklah pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Aids Malaysia (MAC) dan hospital.

“Kalau betul saya nak glamor, lebih baik saya tumpu kepada kebajikan di Rumah Anak Yatim Al-Ijabah sahaja. Bantu anak yatim lebih mudah.

“Kita boleh tengok perkembangan mereka dan mereka membesar depan mata. Ada anak-anak kita yang sudah berjaya melanjutkan pelajaran di Mesir, Turki dan universiti tempatan. Itu akan lebih membuatkan saya lebih gembira dan dapat tumpang glamor,” jelasnya sambil berseloroh.

Mereka ada perasaan, bukan robot

Menurut Muhamad penerimaan keluarga paling mendorong pesakit untuk pulih sepenuhnya.

Pun begitu dia bersyukur kerana kebanyakan penghuni gembira kerana berasa mereka disayangi dan dihargai apabila tinggal di Darul Ukhuwah walau keluarga sendiri tidak dapat menerima mereka.

Jika melihat pesakit yang pernah hidup merempat tetapi kemudiannya sihat dan pulih adalah kegembiraannya, kepiluan Muhamad tidak dapat disembunyi apabila melihat penghuninya dibuang keluarga.

Misalnya, baru-baru ini seorang penghuni meninggal dunia tetapi keluarganya langsung tidak datang menjenguk sehingga pengurusan jenazah dilakukan sepenuhnya oleh pihak Darul Ukhuwah.

“Tapi tak apalah sekurang-kurangnya kita tahu di mana kubur arwah dan jenazah diuruskan ikut cara kita.

“Tahun lepas pula seorang penghuni telah beli tiket bas untuk balik beraya dengan keluarga. Bila dia telefon ke rumah, mak-ayah tak benarkan dia balik. Sebab terlalu kecewa, dia telan segenggam pil.

“Apa yang berlaku menunjukkan mereka masih ada perasaan macam kita. Mereka bukan robot. Malah saya pernah tengok mereka menangis kerana insaf, tetapi keluarga pula tak dapat menerima mereka,” katanya.

2011 dan harapan

Dengan 400,000 virus yang terkandung dalam badan setiap pesakit HIV, Muhamad sering berdoa agar mereka sentiasa sihat dan dapat menjalani hidup seperti insan biasa.

Selain itu, dia bersama Pengurus Rumah Perlindungan HIV Darul Ukhuwah yang juga sahabat baiknya, Khairul Azmy sentiasa mencari jalan supaya nasib pesakit HIV di negara ini terbela.

“Kita mengharapkan yang terbaik pada masa akan datang. Insyaallah, penghujung tahun ini kita akan buka rumah perlindungan khusus untuk wanita HIV sahaja yang terletak berhampiran dengan Darul Ukhuwah sedia ada.

“Keputusan untuk buka rumah perlindungan untuk wanita dibuat sebab ramai wanita tak tahu ke mana mahu pergi selepas disahkan ada HIV. Kita tengok kebanyakan mereka yang ada penyakit ini sebab teraniaya kecuali pekerja seks.

“Sebuah lagi rumah perlindungan yang terletak di Puchong juga sedang dalam proses pembinaan. Kita harap ia dapat disiapkan segera kerana rumah itu mampu memuatkan lebih ramai penghuni,” ucapnya penuh syukur.

- MSTAR

18 November 2010

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Ipoh, Perak (MBI) - Nov 2010

by
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan untuk mengisi jawatan berikut:

JAWATAN:
1.JURUTERA
2.AKAUNTAN
3.PEGAWAI PENILAIAN
4.PENOLONG JURUTERA (UKUR BAHAN/ ELEKTRIK/ AWAM)
5.PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN
6.JURUTEKNIK LANDSKAP
7.JURUTEKNIK(UKUR BAHAN/ ELEKTRIK/ AWAM)
8.JURUTEKNIK KOMPUTER
9.ARTIS BUDAYA
10.PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
11.PEMBANTU PERPUSTAKAAN
12.TUKANG K2
13.TUKANG K3
14.PEMANDU KENDERAAN

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.mbi.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=181242&folderId=15619&name=DLFE-4105.pdf

BORANG PERMOHONAN
http://www.mbi.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=181242&folderId=237386&name=DLFE-4103.pdf

LAMAN WEB
http://www.mbi.gov.my

Tarikh Tutup : 8 Disember 2010

Jawatan Kosong di Majlis Amanah Rakyat (MARA) IKM Sarawak - Nov 2010

by
Penduduk tempatan Sarawak dipelawa untuk mengisi jawatan seperti berikut di IKM Bintulu:

JAWATAN:
1. PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL J41
2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
3. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
4. JURUTEKNIK (BANGUNAN) J17
5. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK R17

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://online.mara.gov.my/vacancy2/iklan/iklan.pdf

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara online di: http://www.mara.gov.my/

Tarikh Tutup : 21 November 2010

Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Sarawak - Nov 2010

by
JAWATAN:
1. PENGHANTAR NOTIS
2. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN
3. JURUTEKNIK (AWAM)

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.e-recruitment.gov.my/eRecruitment3_public/VacancyView_Browse.jsp

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE di : http://www.e-recruitment.gov.my

TARIKH TUTUP : 26 NOVEMBER 2010

Jawatan Kosong di Lembaga Pelabuhan Bintulu (BPA) - Nov 2010

by
Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. PEGAWAI TADBIR GRED N41
2. JURUTEKNIK GRED J17
3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.bpa.gov.my/iklan5.pdf

BORANG PERMOHONAN
http://www.bpa.gov.my/borang2010.pdf

Pengurus Besar
Lembaga Pelabuhan Bintulu
Aras 8, 9 & 10
Menara Kidurong
Peti Surat 296
Jalan Tanjung Kidurong
97007 Bintulu

LAMAN WEB
http://www.bpa.gov.my

Tarikh Tutup : 26 November 2010

Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian (MARDI) - Nov 2010

by
Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. Pegawai Penyelidik Gred Q41
2. Pegawai Tadbir Gred N41
3. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
4. Juruteknik Gred J17
5. Pembantu Penyelidik Gred Q17

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.mardi.gov.my/html/themes/MARDI/images/custom/document/IklanJawatanKosongMARDI_SM-10Nov2010.pdf

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara online di: http://agromedia.mardi.gov.my/jawatan/v2/#

LAMAN WEB
http://www.mardi.gov.my/

Tarikh Tutup : 19 November 2010

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu - Nov 2010

by
Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memohon jawatan-jawatan berikut:

JAWATAN:
1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
3. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
4. JURUTEKNIK KOMPUTER
5. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
6. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
7. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://maidam.terengganu.gov.my/

BORANG PERMOHONAN
Borang Permohonan hendaklah menggunakan Borang MAIDAM.01-003/422 yang boleh didapati di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan bayaran RM1.00.

Ketua Pegawai Eksekutif,
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu,
Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
Kompleks Seri Iman,
20519 Kuala Terengganu.

Tarikh Tutup : 30 November 2010

Jawatan Kosong di Balai Seni Lukis Negara (BSLN) - Nov 2010

by
Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
2. PENOLONG KURATOR GRED S27
3. PEMBANTU AKAUNTAN GRED W17
4. JURUTEKNIK (AWAM) GRED J17
5. PEMBANTU MUZIUM GRED S17

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.artgallery.gov.my/web/guest/news_page

BORANG PERMOHONAN
http://www.artgallery.gov.my/html/themes/bsln/attachments/BM/permohonan_jawatan.pdf


LAMAN WEB
http://www.artgallery.gov.my

Tarikh Tutup : 22 November 2010

Pengasas Facebook dakwa e-mel sudah mati

by

SAN FRANCISCO - Pengasas laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg mendakwa, teknologi e-mel bakal pupus seperti surat menyurat kerana ia terlalu perlahan dan tidak formal, lapor sebuah akhbar semalam

Eksekutif berusia 26 tahun itu membuat dakwaan tersebut kelmarin ketika melancarkan perkhidmatan mesej terbaru dan percuma bagi para pengguna Facebook di sini, Amerika Syarikat (AS).

"Ia (perkhidmatan mesej Facebook) bukan e-mel. Ia mengendalikan e-mel dan kaedah komunikasi lain termasuk laman sembang," katanya.

Menurutnya, perkhidmatan terbaru Facebook itu menggabungkan semua bentuk komunikasi web dan teks di Internet serta berfungsi serta-merta.

"Kami mahu orang ramai boleh berkomunikasi dalam apa cara yang mereka mahu sama ada e-mel, teks atau mesej Facebook," tambahnya.

Perkhidmatan itu dijangka membuka persaingan lebih sengit antara Facebook dan Gmail milik Google untuk mendapatkan kesetiaan pelanggan.

Setakat ini, Facebook kekal unggul dengan 500 juta pelanggan diikuti Hotmail dan Yahoo masing-masing dengan 362 juta pengguna dan 273 juta pengguna manakala Gmail ketinggalan dengan 193 juta pengguna.

- Agensi

17 November 2010

Hari Raya Aidi Adha - Kemenangan, Kejayaan Dan Pengorbanan

by
Hari ini kita sebagai ummat Islam bersama-sama dengan saudara-saudara kita yang sedang menunaikan ibadah haji menyambut Hari Raya Korban, dengan menunaikan syiarnya seperti bertakbir, bersembahyang dan menyembelih korban sebagai bukti melahirkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t, di samping memperingati sunah nabi Ibrahim Khalilul Allah dan keluarganya.

Mereka telah melakukan pengorbanan demi menjunjung tinggi perintah Allah s.w.t, pengorbanan menjadi ujian kepada ummat manusia sejauhmanakah mereka itu beriman dan mengabdikan diri kepada Allah yang menjadikannya, yang memberi rezeki dan segala kurniaan yang tidak terhingga kepadanya. Sebagaimana Firman Allah :

"Mengapa kamu kufur dengan Allah, pada hal kamu dahulunya mati (tiada), lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan, kemudian dihidupkan kembali, kemudian kamu dikembalikan kepada-Nya." ( Surah al-Baqarah : 28 )

Ummat Islam merayakan Aidil Adha sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Ilahi dimana kemenangan yang bukan sahaja terkandung dalam ibadah haji itu sahaja, tetapi lebih dari itu ialah mempunyai hubungan dengan sesuatu peristiwa yang berlaku pada tahun yang kesembilan hijrah.

Pengisytiharan Kota Mekah Sebagai Tanah Haram

Dalam waktu ibadah haji pada tahun tersebut, suatu ketetapan telah diistiharkan kepada masyarakat Arab Mekah ketika itu mengenai perhubungan diplomatik antara orang-orang Islam dengan yang bukan Islam telah dimatrikan dan dikuatkuasakan. Kota Mekah telah diistiharkan dengan rasminya sebagai tanah haram, tidak lagi dibenarkan kepada orang musyirikin kafir Quraisy untuk menziarahi Baitil Allah Al-Haram.

Serentak dengan ketetapan ini Kota Mekkah dan disekelilingnya telah dibersihkan dari perkara-perkara syirik dan kekufuran dan kalimah tauhid telah ditegakkan dengan gagahnya di bawah naungan Kaabah dengan suatu pemerintahan Islam di bawah pimpinan Baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Kegelapan kota Mekkah selama ini dengan kebiadaban dan peradaban liar telah diganti dengan sinar yang gemerlapan dengan kesusilaan dan peradaban yang penuh hidayah dan bersopan. Undang-undang dan peraturan yang disukai oleh fikiran dan nafsu manusia telah ditukar ganti dengan undang-undang dan peraturan syariat Allah s.w.t.

Kota Mekkah diberi gelaran kota suci yang telah bersih dari sebarang bentuk syirik dan kufur, yang selama ini membanjiri kota Mekkah dan sekeliling kaabah.

Laungan "Allah Akba " dan talbiah " لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْك " berkumandang disegenap penjuru kota itu, dari rumah-rumah besar yang tersegam indah hingga ke rumah-rumah buruk di tepi bukit dan gunung. Kesedaran dan kedaulatan Islam dengan risalah Allah mendapat tempat di hati manusia yang kufur pada mulanya. Mereka diberi hidayah dengan Nur Ilahi .

Maksudnya : "Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan dan engkau melihat manusia beramai-ramai masuk agama Allah. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya sesungguhnya ia sangat-sangat menerima taubah." ( Surah al-Nasr : 1-3 )

Darjat Aidil Adha Lebih Tinggi Dari Aidil Fitri

Aidil Adha atau hari raya korban ini sebenarnya lebih besar ertinya dan lebih tinggi nilai darjatnya berbanding dengan Aidil Fitri. Sejajar dengan kedudukan itu masa bertakbir dipanjangkan bermula dari malam hari raya hinggalah ke hari yang keempat raya, iaitu hari ketiga belas Zulhijjah yang dinamakan hari-hari tasyrik. Di samping bertakbir ummat Islam melakukan ibadah korban pada hari-hari tersebut. Demikian pula bagi ummat Islam yang berada di tanah suci menunaikan ibadah haji pada tiga hari tasyrik itu, ialah hari bagi mereka melontar jumrah di Mina. Mereka meneruskan kerja-kerja ibadah haji dengan iringan talbiah :

"Labbaikallahumma labbaik. Labbaikala syarika laka labbaik. Innalhamda wanni'mata laka walmulk. La syarikalak.

"Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada pemerintah mu, Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu, kami sahut seruan-mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu."

Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.

Hari Raya Aidil Adha ini tidak dapat dipisahkan daripada ibadah korban. Ibadah korban ini adalah kemuncak takwa kepada Allah Taala. Hari ini yang sebenarnya kita merayakan ulang tahun pelancaran gerakan tahunan korban. Gerakan ini telah dimulakan sejak ribuan tahun dahulu dan dimulakan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s. Khalilul Allah.

Ia bermula dengan pergorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. ketika Baginda hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Inilah pengorbanan teragung dalam sejarah manusia. Telah diketahui bahawa Nabi Ismail adalah anak kesayangan nabi Ibrahim dan Baginda mendapat anaknya ini dalam usia yang telah lanjut. Tatapi bila diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya mengorbankan anaknya ini, Nabi Ibrahim telah bersedia melaksanakan tugas ini dan Nabi Ismail pula penuh kerelaan dan sabar menurut perintah Allah s.w.t. Hal ini telah dirakamkan dalam Al-Quran :

"Maka takkala anaknya ini sampai (keperingkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang bersabar. Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (kami sifatkan Ibrahim dengan sesungguhnya azamnya itu telah menjalankan perintah kami), serta kami menyerunya : "Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu." Demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang sebenar." ( Surah al –Shaafat ayat : 102 - 107)

Peristiwa kepatuhan Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih putera Baginda dan kepatuhan Nabi Ismail a.s. terhadap perintah Allah tersebut memaparkan kekuatan iman dan keteguhan mental yang perlu kita contohi. Peliharalah iman d idalam dada kita dengan sebaiknya. Sesungguhnya iman adalah dasar penting yang menjadi paksi kehidupan manusia. ia merupakan asas pemerimaan sesuatu amalan dari Allah s.w.t. hanya amalan yang dilakukan kerana Allah sahaja yang akan mendapat penilaian di sisinya.

Pengorbanan Sepanjang Zaman

Sejarah pengorbanan teragung itu tidak tertinggal dalam lipatan sejarah sejarah sahaja, malah ianya telah dihayati sepanjang zaman demi menegakkan agama Ilahi ini. Pengorbanan nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya dalam menegakkan dan mempertahankan Islam adalah pengorbanan yang amat agong. Baginda dan para sahabat telah mempertahankan Islam bukan sahaja dengan harta benda dan kekayaan mereka tatapi mereka telah mengorbankan nyawa. tiada pergorbanan yang lebih agong dan utama daripada pergorbanan nyawa dan darah.

Setelah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. para sahabat terus menerus mempertahankan Islam dengan nyawa dan darah mereka. Begitulah sepanjang zaman sehingga kini telah ramai yang mati syahid kerana agama Allah, ini tidak kira sama ada di timur ataa barat. Sebenarnya pergorbanan mereka ini tidak ternilai harganya di sisi manusia hanya Allah s.w.t. sahaja yang mampu membalasnya.

"Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda kamu dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (Surah al- Shaf : 10 - 11)

Sabda Nabi s.a.w. semasa menjawab persoalan yang dikemukakan kepada Baginda :

Ditanya orang akan Rasulullah s.a.w. : "Siapakah manusia yang lebih utama?" Maka jawab Rasulullah s.a.w. orang yang lebih utama ialah orang mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan diri dan hartanya sendiri. Mereka berkata : Siapa kemudian? Sabda Rasulullah s.a.w. orang mukmin yang berada di satu lurah bukit ia takut kepada Allah dan menyeru manusia supaya menjauhi daripada angkara kejahatan ". (Hadis Riwayat Bukhari)

Allah mendidik para Rasul dan sahabat-sahabatnya melakukan pergorbanan dengan mengorbankan semua yang berharga. Ulama menyatakan :

"Siapa yang mahukan kebaikan dan membaikan kemuliaan dan ketinggian tanpa jihad dan pergorbanan maka ia bagaikan seorang yang bermimpi kosong."

Pengorbanan - Mengorbankan Apa Sahaja Yang Berharga

Begitulah hakikat yang sebenarnya tentang pergorbanan. Memang tidak dapat digambarkan bagaimana kehebatan manusia sanggup mengorbankan nyawa dan darah mereka demi Allah s.w.t, tatapi inilah hakikat yang berlaku. Sebenarnya dalam apa juga bidang dan lapangan kehidupan pergorbanan adalah satu tuntutan dan kemestian. Dalam Islam bukan sahaja pergorbanan jiwa raga dan darah tatapi juga adalah pergorbanan harta benda dan apa sahaja yang berharga.

Saidina Abu Bakar r.a. mengorbankan semua hartanya untuk Islam dan umatnya sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada beliau :

"Apakah yang engkau tinggalkan untuk keluarga kamu?"

Jawab Abu Bakar : "Aku tinggalkan buat mereka Allah dan Rasul-Nya."

Islam mengajar kita supaya menjadikan pergorbanan sesuatu yang berharga sebagai penyaksian dan pembuktian kepada aqidah kita demi untuk kebahagiaan dan keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Firman Allah s.w.t. :

"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada nabi-nabi yang terdahulu, daripadamu, demi sesungguhnya jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) nescaya akan tetap gugur amalanmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi." (Surah Az-Zumar : 65)

Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan

Orang yang berjaya sebenarnya ialah orang yang melakukan pergorbanan,sanggup berkorban masa, wang, jiwa raga, kepentingan diri, tenaga, fikiran, perasaan dan sebagainya kerana kejayaan dan kecemerlangan tidak datang menggolek, sebaliknya tanpa pergorbanan seperti pelajar akan gagal, pentadbir akan kecewa, pemimpin akan bermusuhan, ulama akan dicaci, masyarakat dan rumahtangga hancur, kampung halaman purak peranda dan negara akan terus dijajah. Pelajar perlu berkorban lebih masa untuk beribadah, berjaga malam dan mentalaah buku. Begitu jugalah pentadbir, para pemimpin dan sebagainya.

"Dan bersegeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya luas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang bertakwa. Iaitu orang-orang yang menderma hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan ingatlah Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." ( Surah ali - Imran : 133-134 )

Jelaslah kepada kita akan falsafah, hikmah dan kepentingan pergorbanan dan juga yang akan kita dapat pada hari raya Aidil Adha ini, mudah-mudahan kita akan dapat mengamalkan dan menghayatinya dalam kehidupan kita demi kebaikan kita di dunia dan di akhirat.

- Khutbah Khas Hari Raya Aidil Adha 1427 Hijrah, JAKIM.

Sumber : iluvislam.com

Top Ad 728x90