31 Januari 2011

Kalendar Aktiviti & Peristiwa Penting Bulan Januari 2011

by
1 Jan 2011 - Tahun Baru 2011

6 Jan 2011 - Semakan Keputusan Peperiksaan MUET

9 Jan 2011 - Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-25

11 Jan 2011 - Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar (Johor)

14 Jan 2011 - Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

14-15 Jan 2011 - Karnival Pengajian Tinggi di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) Kuala Terengganu

16 Jan 2011 - Hari Keputeraan Sultan Kedah

17 Jan 2011 - Semakan Keputusan Temuduga dan Tawaran Kemasukan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Jan 2011

20 Jan 2011 - Hari Thaipusam

21 Jan 2011 - Semakan Keputusan Kemasukan ke MRSM 2011

22 Jan 2011 - Penamaan Calon DUN Tenang, Johor

22-23 Jan 2011 - Karnival Pengajian Tinggi di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka

24 Jan 2011 - Pendaftaran Calon Berjaya KPLI Ambilan Jan 2011 di Institut Pendidikan Guru (IPG)

30 Jan 2011 - Hari Pengundian DUN Tenang, Johor

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam Kerajaan Bagi Tahun 2011

by
Gaji kakitangan sektor awam dibayar sebulan sekali. Berikut adalah tarikh pembayaran gaji bagi tahun 2011:-

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2011
( Satu Tarikh Gaji untuk Semua Negeri )

Bulan Tarikh Hari Catatan
Januari 25.01.2011 Selasa -
Februari *24.02.2011 Khamis Tahun Baru Cina 03 & 04.02.2011
Mac 24.03.2011 Khamis -
April 25.04.2011 Isnin -
Mei 24.05.2011 Selasa Pesta Menuai 30 & 31.05.2011
Jun *23.06.2011 Khamis Hari Gawai 1 & 2.06.2011
Julai 25.07.2011 Isnin -
Ogos 24.08.2011 Rabu Hari Raya Aidilfitri 30 & 31.08.2011
September 22.09.2011 Khamis -
Oktober 20.10.2011 Khamis Deepavali 26.10.2011
November *24.11.2011 Khamis Hari Raya Haji 06.11.2011
Disember 19.12.2011 Isnin Hari Krismas 25.12.2011

Nota: Gaji bagi Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan Hari Raya Haji tidak dibayar awal kerana perayaan ini jatuh sebelum 11 haribulan pada bulan berkenaan

Sumber: Jabatan Akauntan Negara
 

DUN Tenang: BN menang majoriti besar 3,707 undi

by

LABIS: Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang selepas calonnya, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti undi 3,707, mengatasi calon PAS, Normala Sudirman.

Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan tepat jam 10.03 malam oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis.

Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi manakala Normala 2,992 undi.

Dalam pilihan raya kecil itu, Mohd Azahar, 39, yang juga bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, dicabar oleh Normala, 38, yang juga seorang bekas guru.

Sebanyak 71.8 peratus atau 10,579 pengundi daripada 14,753 pemilih berdaftar bagi pilihan raya kecil DUN Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup 5 petang tadi.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jumlah peratusan itu lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.

"Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk sehingga laluan ke beberapa pusat pengundian dinaiki air serta kawasan seperti Pekan Lama Labis dilanda banjir," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 menyaksikan Allahyarham Datuk Sulaiman Taha menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

STATISTIK

N05: TENANG, JOHOR

Jumlah pengundi: 14,753

KEPUTUSAN:

Normala Sudirman (Pas) 2,992 undi

Mohd Azahar Ibrahim (BN) 6,699 undi

Jumlah mengundi 9,833 pengundi

Peratus mengundi 67 peratus

Undi rosak 142 undi

Majoriti 3,707 undi

Penyandang (PRU 2008) : Sulaiman Taha (BN)

Undi diperolehi: 6,367

Majoriti: 2,492


- BERITA HARIAN

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia - TUDM (Lelaki) Tahun 2011

by

Klik gambar atau link ini untuk melihat dengan lebih jelas. Anda boleh mengambil iklan ini untuk dihebahkan kepada rakan-rakan. Jika ada rakan-rakan atau saudara anda yang ingin menerima e-mail makluman jawatan kosong kerajaan terkini, sila daftarkan e-mail di : http://groups.yahoo.com/group/mykerjaya/

Jawatan Kosong di Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) - Feb 2011

by
Dewan Bahasa dan Pustaka dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan yang berikut:

JAWATAN:
1. PEGAWAI TADBIR GRED N41
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://appw05.dbp.gov.my/dokumen/iklan_jan302011.pdf

BORANG PERMOHONAN
http://dbp.gov.my/lamandbp/download.php?FilePoolID=444&PHPSESSID=bf8e20010baa1261a6e39e31be66e2e4

LAMAN WEB
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php

Tarikh Tutup : 14 Februari 2011

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) - Feb 2011

by
Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi memohon jawatan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang menetap di Negeri Terengganu.

JAWATAN:
- PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (TETAP)
- PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (TETAP)

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.ketengah.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=56651ce2-e080-4f49-adfd-7945ebf5432f&groupId=19134

BORANG PERMOHONAN
http://www.ketengah.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=006a30e7-a932-438c-b8de-b15b3f5ab5f2&groupId=19134

LAMAN WEB
http://www.ketengah.gov.my

Tarikh Tutup : 6 Februari 2011

Jawatan Kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) - Feb 2011

by
Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 41
2. Pegawai Eksekutif (Keselamatan) Gred 41
3. Penolong Pegawai Eksekutif (Keselamatan) Gred 31
4. Penolong Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 31
5. Penolong Pegawai Eksekutif (Perakaunan) Gred 31
6. Penolong Pegawai Eksekutif (Kesetiausahaan) Gred 31
7. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred 21

IKLAN JAWATAN KOSONG & CARA MEMOHON
http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/IKLANJAWATANKOSONGJAN2011.pdf

Tarikh Tutup : 10 Februari 2011

Jawatan Kosong di Jabatan Taman Laut Malaysia - Feb 2011

by
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

JAWATAN:
1. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17
2. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.dmpm.nre.gov.my/page-623-iklan_jawatan_kosong.html

BORANG PERMOHONAN
http://www.dmpm.nre.gov.my/files/Borang%20Permohonan%20Jawatan%20JTLM.pdf

Tarikh Tutup : 14 Februari 2011

Asas boleh hutang

by
Oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Ini mungkin satu lagi rungutan umat Islam di Malaysia. Mereka berhujah mengatakan permohonan untuk mendapatkan pembiayaan rumah, kereta atau kad kredit Islam ditolak bank Islam, lalu ia dijadikan asbab mengapa Muslim kurang di bank Islam dan lebih ramai di bank riba.

Hal ini pernah saya ulas sebelum ini. Boleh merujuk kepada artikel yang saya sertakan ‘link’nya di bawah untuk mengetahui sama ada sudah sampai tahap darurat untuk seorang Muslim bersenang-senang di bank riba atau ia hanya darurat dan hajiat palsu yang bertunjangkan nafsu dunia sebenarnya.

Artikel: Wajarkah Bank Islam Tolak Permohonan? Kesimpulannya, jika bank Islam menolak sesuatu permohonan, ini bermakna; menurut kiraan berwibawa mereka, kemampuan kewangan anda masih tidak melayakkan anda untuk membuat hutang jenis besar dan berat.

Jika anda masih degil lalu pergi juga ke bank riba dan kemudian diluluskan, sebenarnya anda memerangkap diri sendiri dan bakal menghadapi kesukaran berganda kerana jumlah faedah dikenakan bank riba kepada mereka yang tiada kelayakan kukuh, pasti menenggelamkan anda kelak.


Falsafah bank di seluruh dunia, lebih kaya dan stabil kewangan anda, lebih murah kadar yang bakal anda peroleh, demikian sebaliknya.

Jika anda katakan: “Saya ingin beli hanya aset asas dalam kehidupan saya, iaitu kereta atau rumah.”

Jawabnya: Menurut kiraan individu berkelayakan di bank berbekalkan formula khas di bank Islam, mendapati satu daripada keputusan berikut:

a) Anda belum layak untuk terbabit dalam hutang. Oleh itu, tangguh dulu untuk terbabit dengan sebarang bank. Cukup dengan menaiki kenderaan awam dan menyewa rumah buat sementara belum ada kemampuan. Atau usahakan cara sesuai tetapi jangan berhutang.

Jika berdegil, anda sebenarnya membuka peluang besar untuk jatuh dalam dosa lain akibat gagal menyelesaikan hutang. Dosa yang berkait rapat dengan orang berhutang seperti menipu dan memalsukan janji begitu biasa bagi mereka yang terperangkap dalam hutang. Malah Nabi SAW juga memberi amaran berkenaannya.

b) Anda memang layak pada asalnya tetapi akibat hutang di bank sedia ada, kelayakan anda terhakis pada waktu itu. Anda perlu faham kemampuan membayar hutang sedia ada melebihi hak kemampuan anda.

Hasil daripada itu, bank Islam menolak permohonan anda demi kebaikan anda, bukan kerana sengaja enggan menolong anda. Atas asbab itu juga sudah saya tuliskan sebelum ini supaya jangan biarkan rekod anda merah di mana-mana bank kerana ia juga boleh menyebabkan permohonan anda ditolak.


Tolak bank Islam kerana bank riba lebih mudah urusannya

Jika sebabnya ialah sebagaimana dinyatakan di atas atau apa juga sebab seumpamanya, seperti cawangannya lebih banyak, mesin juruwang bank berkenaan meluas, mempunyai perbankan Internet, perjanjian kontraknya lebih mudah dan cepat dan servisnya lebih efisien.

Sekali lagi, jika demikianlah sebab musababnya, ternyatalah begitu murah dan mudah iman individu ini untuk dijual dibeli dengan harta serta kemudahan dunia.

Rapuh sekali keyakinannya terhadap dosa riba yang maha besar, sebesar pengisytiharan perang terhadap Allah dan Rasul-Nya, berzina sebanyak 36 kali dan kehilangan berkat dalam hidup.

Saya tidak nafikan kelemahan perkhidmatan, kelembapan dan sebagainya memang wujud di kalangan bank Islam di Malaysia khususnya, namun kelemahan sebegini tidak mampu menjadi pelepas azab pedih Allah di barzakh dan akhirat tentunya. Juga tidak boleh dijadikan alasan untuk melarikan diri daripada perbankan Islam.

Lihat saja betapa peritnya perjuangan Nabi SAW dan sahabat serta ulama salafus soleh di kurun awal dulu. Adakah kesukaran dijadikan alasan untuk tidak berjuang menegakkan kalimah Islam di muka bumi?


Tolak bank Islam kerana kakitangannya seksi

Saya juga mendengar ada individu menolak dan mengutuk sesebuah bank Islam hanya kerana kakitangannya berpakaian seksi, buka aurat dan tidak kelihatan seperti Islam. Adakah layak sebuah bank Islam membiarkan kakitangannya sedemikian?
“Amat buruk lagi memalukan nama Islam,” demikian cebik seorang ustaz di sebuah masjid.

Tentu saya juga sentiasa menyokong dan berharap bank Islam di Malaysia khususnya, dapat mengenakan disiplin kod berpakaian yang menepati Islam terhadap kakitangan wanitanya.

Namun, selain melihat pelaksanaan ideal dan terbaik, kita perlu meninjau ehwal semasa dan praktikaliti. Hakikatnya, pengurusan bank Islam dalam banyak keadaan terpaksa memilih sama ada mendapatkan kakitangan yang baik pakaiannya atau yang dinamik dan berilmu.

Perlu diingat, tidak semua urusan teknikal di bank memerlukan seseorang yang memiliki ilmu Islam secara khusus, banyak bahagian memerlukan ilmu teknikal lain seperti audit, perundangan, teknologi maklumat dan strategi pemasaran.
Individu dengan kepakaran ini biasanya tidak mempunyai ilmu Islam yang baik, malah ramai juga daripada kalangan bukan Islam.

Hasilnya, di waktu ilmu perbankan dan kewangan Islam masih kekurangan tenaga kerja dan ‘human asset’, ternyata sesebuah bank Islam sukar mendapatkan mereka yang baik pakaiannya serta cemerlang kerja dan pengetahuannya.

Tatkala itu bertembung dua kepentingan, iaitu memilih yang baik pakaiannya dengan kemampuan kerja yang kurang atau yang baik dan cemerlang dalam bekerja tetapi penampilan pakaian tidak baik. Yang manakah perlu diambil bekerja?

Bagaimana dengan anda? Perlu diingat, tidak semua jawatan boleh ditunjuk ajar. Ada sebahagian jawatan tinggi seperti pengarah urusan, naib presiden, pengarah, ketua pegawai operasi, ketua pegawai eksekutif dan naib presiden kanan, dan jika jawatannya sekadar eksekutif, ia mungkin boleh bertoleransi dengan mengambil yang kurang kualiti tetapi berpakaian baik dan dilatih kemudiannya.

Kemudian, adakah tepat bagi pengurusan memaksa kakitangan wanita, termasuk bukan Islam, menutup aurat di pejabat? Mungkin kita boleh mengangguk kepala sambil mengatakan: “Ya, memang wajar sekali, baru digelar pengurusan Islam!”

Namun, sedarkah kita, tindakan sedemikian pasti membuatkan individu bukan Muslim yang pakar enggan memohon bekerja di bank Islam sedemikian.

Tanpa merit dan kualiti, sebuah bank Islam akan hilang wibawa, kemampuan dan keberkesanan, manakala pengurusan juga pasti jatuh hingga akhirnya, imej Islam turut jatuh merudum.

Mungkin ada yang terfikir, jika kakitangan kita bertakwa, Allah akan gandakan keuntungan. Yakinlah.

Ya, benar tetapi keperluan meningkatkan kualiti dalam usaha dan hukum alam (iaitu kualiti akan berjaya, mereka yang tidak berkualiti akan jatuh) juga adalah perintah Allah dan ajaran Islam.

Lihat bagaimana nama Islam tercalar apabila dua bank Islam di Malaysia mencatat kerugian beberapa ratus juta beberapa tahun lalu.

Kita bimbang sistem dan produk kewangan Islam akan dipersalahkan dan dilihat tidak sesuai untuk dunia perbankan, hasilnya akan berkurangan permintaan, padahal masalah kerugian sesebuah bank Islam bukan salah produk dan Islam tetapi kualiti dan kecekapan individu yang bekerja.

Jika memahami hal ini, manakah maslahat yang lebih besar patut dijaga oleh sesebuah bank Islam dalam pengambilan pekerjanya? Pakaian menutup aurat bagi setiap wanita yang memohon atau kualiti ilmu bagi jawatan dimohon?

Ya, kedua-duanya penting, namun mana lebih penting? Taqdim al-aham ‘alal muhim dan juga kaedah:

Ertinya: Mengambil mudarat yang lebih kecil.

Kaedah yang difahami ulama Islam daripada firman Allah SWT:

Ertinya: Mereka bertanya kepadamu mengenai khamar dan judi. Katakanlah: “Pada kedua-duanya itu ada dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya. (Al-Baqarah: 219)

Akhirnya, menjadi kewajipan kita sebagai Muslim untuk melanggan bank Islam dan segala jenis produk kewangan Islam.

Jadikan keperluan ini didasari oleh iman dan takwa. Letakkan faktor halal sebagai asas penilaian dan bukan hanya harga dan kadar.

Lebih malang, kerana ramai individu tiada kefahaman dalam kiraan bank riba yang disangkanya murah. Sedarlah hakikatnya.

- METRO AHAD

Syarat agih komputer 1Malaysia dikemas kini

by
Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan kini sedang mengemas kini semua syarat dan kaedah pengagihan satu juta komputer 1Malaysia bagi memastikan hanya mereka yang berkelayakan menerima kemudahan berkenaan.

Timbalan Menterinya, Datuk Joseph Salang Gandum, berkata ini penting berikutan pihaknya menerima beberapa sungutan yang mendakwa ada di kalangan pelajar sekolah yang berkelayakan, namun tidak disenarai sebagai penerima komputer 1Malaysia itu.

Sehubungan itu, katanya, kementerian akan bekerjasama dengan semua pihak terbabit termasuk kalangan pemimpin masyarakat dan wakil rakyat bagi mengenal pasti pelajar yang layak menerima komputer riba 1Malaysia berkenaan.
“Sebanyak 123,000 unit komputer riba 1Malaysia sudah diagihkan di seluruh negara pada pengagihan fasa pertama bermula Jun lalu hingga hari ini.

“Daripada jumlah itu, Sarawak diperuntukkan sebanyak 10 peratus iaitu kira-kira 14,000 unit. Pengagihan komputer riba 1Malaysia akan diteruskan secara berperingkat sehingga hujung tahun ini bagi mencapai sasaran capaian 60 peratus jalur lebar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penyerahan dua unit komputer riba kepada Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Cawangan Sarawak di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi PBTM Sarawak, Spencer Dirai, Penasihatnya, Mejar (B) Peter Runin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Monday Juhid serta Setiausaha PBTM, Kamalmirza Abdullah.
Terdahulu dalam ucapannya, Salang berkata keputusan kementerian menyumbang dua unit komputer riba kepada pihak PBTM untuk kegunaan ahli-ahli persatuan menjalankan tugasan harian serta pengurusan, sebagai menghargai sumbangan mereka ketika masih dalam tugas, sebelum ini.

- BERITA MINGGU

Jakim TV - Medium dakwah baru Jakim

by

Suatu ketika dahulu orang rasa jelik dengan karaoke. Tetapi kini siapa sangka dengan aktiviti karaoke, ia boleh menyatukan sebuah keluarga hanya dengan bersama-sama mendendangkan lagu-lagu ketuhanan yang dinyanyikan indah oleh artis Maher Zain.

Begitu juga beberapa tahun lalu, kita melihat anak-anak muda menggunakan walkman sambil mendengar lagu-lagu artis-artis kegemaran mereka. Jangan terkejut pula apabila ada di kalangan anak-anak muda zaman ini yang memakai pemain MP3 tetapi sebenarnya sedang i'adah (mengulang) al-Quran.

Malahan mengimbas kembali detik permulaan penggunaan Internet suatu masa dahulu, ia pada asalnya digunakan oleh ibu pejabat Jabatan Keselamatan Amerika Syarikat (AS), Pentagon. Tujuannya untuk berperang, tetapi kemudian ia digunakan dan menyelusup serta membudaya dalam semua aspek kehidupan masyarakat moden sekarang.

Begitu juga kerajaan Jerman yang mencipta kenderaan perang yang tidak menggunakan air kerana pada ketika itu mereka berperang di padang pasir. Namun apabila tamatnya peperangan, Jerman mencipta jenama kenderaan Volkswagen yang kini adalah antara kenderaan berprestij dan terunggul di dunia.

Hakikatnya, industri hiburan dan dunia pendidikan telah lama menggunakan gajet multimedia atau apa sahaja aplikasi terkini untuk mencapai matlamat masing-masing. Mungkin tidak mustahil ia boleh digunakan dengan lebih meluas sehingga kepada satu kaedah atau medium terkini dalam penyampaian mesej dakwah.

Pokoknya, apa juga cara yang dipilih, ia bergantung kepada cara kita memanfaatkan teknologi dan media baru ini. Lantaran itu, tepat dengan masanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil inisiatif memperkenalkan siaran televisyennya ke seluruh dunia melalui saluran Internet yang diberi nama Jakim.TV.

Aplikasi moden ini adalah sebahagian dari kemudahan MyAIM (Malaysian Authoritative Islamic Media). MyAIM adalah usaha Jakim menyediakan maklumat dan panduan tentang Islam dalam pelbagai media seperti media audio/video dan media cetak melalui Internet.

Ini juga selaras dengan usaha-usaha kerajaan menyediakan sebanyak mungkin kandungan tempatan yang berkualiti dari segala aspek, sebagai persediaan untuk mengimbangi kandungan luar yang negatif susulan dari penyediaan jalur lebar ke seluruh negara.

Buat permulaan, kebanyakan kandungannya adalah berbentuk video on demand (VoD), hasil produksi Bahagian Media Jakim dan video koleksi dan arkib rancangan RTM khususnya yang berkaitan dengan Islam.

Jakim.TV dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada 11 Januari 2011, sempena Majlis Perhimpunan Agensi-Agensi di bawah Menteri di JPM di Putrajaya.

Menurut Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, kewujudan Jakim.TV ini juga dilihat sebagai satu lagi usaha terkini Jakim dalam mengisi seberapa banyak ruang yang ada untuk misi dakwahnya.

Apatah lagi, dakwah sebagaimana yang dikiaskan oleh tokoh terkenal dari Mesir iaitu Sheikh Mohammad Mutta'awali al Syakrawi: "Dakwah ini umpama air dari langit. Yang mana sifatnya suci bersih, apabila ia turun ke bumi ia akan menyelinap ke setiap ruang tanpa terkecuali."

Secara umumnya, kata beliau, Jakim tidak mahu ketinggalan dalam memanfaatkan media baru itu, lebih-lebih lagi menerusi Jakim.TV yang turut mensasarkan kepada satu lagi kelompok baru dan tidak sahaja golongan remaja tetapi juga golongan pesara.

"Ini kerana telah nampak trend di mana kumpulan ini semakin leka dengan perkembangan industri teknologi maklumat (IT). malah tidak terkejut sekiranya golongan yang sebelum ini buta IT kini semakin celik sehingga ada yang ketagih dengan apa yang ditawarkan oleh perkembangan drastik dunia ICT masa kini. Sekali gus mengubah persepsi orang ramai yang menganggap apa sahaja yang berkaitan aplikasi teknologi moden adalah untuk golongan muda," katanya.

Tambah Wan Mohamad, Jakim.TV juga bagaikan ensiklopedia pada skrin. Kalau sebelum ini untuk memperoleh maklumat kita terpaksa mengikut abjad, melalui Jakim.TV, banyak bahan popular semua agensi di bawah Menteri di JPM turut boleh dimuatkan.

Contohnya, Tabung Haji ada mengeluarkan pelbagai alat bantuan latihan untuk jemaah haji. Kadang-kadang, ada antaranya boleh digunakan semula sebagai proses pengukuhan. Jadi, televisyen Internet boleh menjadi alat pengukuhan tersebut.

Selain itu, penonton turut berpeluang berhubung secara interaktif. Ini bermaksud ketika menonton, seandainya ada sesuatu isu atau fakta yang perlu dicari, maka pada masa sama, penonton dilengkapkan dengan ciri-ciri interaktif, capaian dan carian kepada kandungan lain yang berkaitan seperti artikel, fatwa dan sebagainya. uniknya lagi, ia berlaku secara maya.

"Pendek kata, apabila seseorang itu melayari laman web Jakim, pada masa sama dia juga berpeluang mendapatkan semua maklumat pada satu tempat sahaja. Ia seolah-olah seperti sebuah perpustakaan, penyiaran televisyen dan akhbar dipusatkan di situ.

"Di samping itu, banyak juga yang kita dengar di mana orang bukan sahaja menonton televisyen tetapi lebih kepada mendengar televisyen.

"Justeru Jakim.TV juga boleh dijadikan alat untuk mendengar tanpa perlu menonton. Ia sebenarnya begitu mesra pengguna. Umpamanya, tugas surirumah yang sibuk. Sambil mereka sibuk di dapur, mereka juga berkesempatan untuk mendengar tanpa perlu menonton," kata beliau.

- MINGGUAN MALAYSIA

Purata rakyat Malaysia baca dua buku setahun

by

Oleh Ruhaiza Rusmin

Usaha melestarikan kecemerlangan sektor pendidikan negara bukan hanya memerlukan kewibawaan dalam melahirkan golongan bijak pandai malah merangkumi kepelbagaian aspek lain.

Ukuran pencapaian bukan saja diukur melalui kejayaan mengeluarkan pensyarah atau graduan berstatus cemerlang, malah dinilai melalui aspek penghasilan bahan bacaan ilmiah.

Sayangnya, penghasilan bahan bacaan ilmiah yang dianggap tulang belakang dalam proses pembudayaan ilmu itu masih gagal menepati cita rasa masyarakat yang lebih selesa dengan bahan bacaan ringan serta dianggap mampu merehatkan minda.

Ini sekali gus bagai membenarkan tanggapan bahawa bahan bacaan ini memang tidak mampu dikomersialkan, namun dihasilkan bagi memenuhi tanggungjawab golongan tertentu semata-mata.

Persoalannya, mengapakah sukar menembusi minat masyarakat dan warga institusi pengajian tinggi, walhal kandungannya cukup lengkap untuk memenuhi keperluan kepentingan wacana pengembangan ilmu berteraskan pendidikan sepanjang hayat.

Pakar psikologi kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Sulaiman Selamat berkata, kecenderungan mahasiswa dan generasi muda memilih bahan bacaan ringan kerana terdedah dengan budaya generasi baru yang dilahirkan dalam persekitaran mudah, mewah, pantas dan selesa.

Menurutnya, budaya ini menjadikan mereka generasi malas berfikir, kurang berilmu dan hanya memberi fokus pada pendidikan berorentasikan akademik dan peperiksaan semata-mata.

"Inilah timbal balas daripada arus kemodenan dan peralihan zaman yang memperlihatkan semua aspek hanya ditangani secara mudah dan tanpa inisiatif. Hasilnya, banyak perlu dikorbankan termasuk ilmu pengetahuan.

"Budaya membaca di kalangan masyarakat sangat rendah. Bayangkan, jika membaca bahan berbentuk ringan pun tiada minat, bagaimana pula bahan ilmiah?

"Senario ini membimbangkan, apatah lagi sebahagian besarnya adalah golongan muda yang tentunya terdiri daripada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi. Jika kurang membaca, apakah lagi aspek yang boleh dijadikan taruhan?" katanya.

Berdasarkan kajian dilakukan Perpustakaan Negara pada 2005, secara purata keseluruhan rakyat Malaysia membaca dua buku setahun berbanding purata sebelum ini dua halaman buku setahun , terendah antara negara di Asia.

Dalam hal ini, rakyat India mendominasi dengan 35, Thailand (25) dan Indonesia (18).

"Dari situ, kita dapat melihat bagaimana penerimaan masyarakat terhadap aktiviti membaca. Jadi bagaimana ingin melonjakkan diri menjadi masyarakat berilmu jika aktiviti mudah ini sukar dilaksanakan?" katanya.

Pengarah Penerbit UTM Press, Profesor Hishamuddin Jamaluddin berkata, bahan bacaan ilmiah bukanlah menjadi kegemaran kerana fokus utama yang disasarkan lebih menjurus kepada keperluan pemprosesan ilmu berbentuk serius dan terhad.

Secara amnya, mereka lebih menggemari bahan berbentuk ringan dan santai kerana proses pemahaman maklumat menjadi lebih mudah, selain tidak memerlukan ketelitian mendalam bagi memahami fakta.

"Tidak hairanlah, bahan ilmiah sukar menembusi permintaan pasaran berbanding bahan bacaan lain kerana 'sifatnya' yang sangat serius, padat serta banyak membabitkan fakta saintifik.

"Jika diberi pilihan, ramai menolak bahan bacaan ilmiah kerana tidak mahu membebankan otak dengan penjanaan maklumat sangat kompleks. Namun tidak boleh salahkan mereka kerana pilihan di tangan individu.

"Cuma menyedihkan bahan ini seperti terpinggir jika dibandingkan dengan bahan lain berbentuk picisan. Bahan bacaan ilmiah cukup menguji kemampuan intelek seseorang selain menaikkan prestij pengetahuan ke tahap lebih baik," katanya.

Lambakan bahan ilmiah di pasaran kian membimbangkan golongan intelektual kerana bukan saja permintaan berkurangan malah merencatkan industri penulisan subjek kritikal kerana tumpuan lebih diberikan kepada bahan bacaan yang mampu menjana pulangan lumayan.

Dengan kata lain, bahan ilmiah sukar dikomersialkan, sekali gus menghadapi masalah lambakan di pasaran mahupun pengeluaran terhad kerana permintaan yang sedikit.

Suatu ketika, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengehadkan cetakan buku untuk sesuatu tajuk kepada 1,000 hingga 3,000 naskhah saja berbanding 3,000 hingga 5,000 naskhah pada era 80-an.

Mengulas mengenai kelesuan minat dan permintaan, beliau mengakui tiadanya daya tarikan terhadap kandungan mahupun cara susun atur selain penggunaan bahasa Inggeris sebagai antara faktor penyumbang terbesar.

Bagaimanapun, katanya, faktor itu sukar dielak kerana penghasilan bahan bercetak berkenaan dibuat atas sasaran membudayakan peningkatan ilmu secara profesional, berilmiah dan fokus.

"Buku ilmiah memang membosankan, terlalu profesional dan korporat. Namun, itulah identitinya serta sukar dielak kerana tujuan ia diterbitkan untuk membudaya wacana ilmu serta meningkatkan daya intelek individu.

"Bagaimana boleh dikatakan ilmiah jika penyampaiannya dilakukan secara santai? Itu tidak akan mencapai matlamat penulisannya selain akan memporak-perandakan proses pengembangan ilmu yang berpaksikan fakta serta penyelidikan.

"Mesti ada perbezaan, cuma kehendak masyarakat suka kepada buku berbentuk ringan mengehadkan penjualan dan permintaan biarpun susun aturnya menarik," katanya.

"Budaya masyarakat tempatan yang sukar membaca menjadikan bahan ilmiah semakin terpinggir, ditambah pula tanggapan hanya untuk golongan 'pandai'. Kebanyakannya pula dalam bahasa Inggeris.

"Masyarakat menjadikannya alasan untuk menolak sedangkan kini banyak bahan diterjemahkan ke bahasa Melayu. Hakikatnya, kita belum terbuka berbanding masyarakat antarabangsa yang sentiasa teruja dan terdedah dengan pelbagai bahan bacaan berat.

"Namun, mengatakan kita langsung tidak suka, itu tidak benar tetapi jumlahnya kecil," katanya.

Katanya, bahan ilmiah berkaitan pertanian, landskap dan reka cipta dan perubatan sentiasa dicari.

"Mungkin kerana mudah difahami, bergambar atau lama di pasaran menjadikannya diterima dalam lingkungan masyarakat termasuk sebagai bahan rujukan.

"Usaha lebih padu perlu dilakukan bagi menjadikan bahan ilmiah diterima selain mendidik masyarakat jangan terlalu taksub pada bahan picisan," katanya.

>INFO
> PERANGKAAN 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun berbanding 180,000 judul di China, 116,000 (United Kingdom), 60,000 (Amerika Syarikat) dan 45,000 (India).

Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun itu, hanya 1,273 atau 32 peratus bahan bacaan santai di samping buku teks akademik dan kanak-kanak.

> KINI kebanyakan institusi pengajian tinggi awam mempunyai bahagian penerbitannya sendiri selaras usaha memperkaya dan memperbanyakkan lagi penerbitan bahan berbentuk ilmiah kepada masyarakat.

Antaranya Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

- HARIAN METRO

PNM, KTMB lancar bank buku

by
IPOH 29 Jan. - Perpustakaan Negara (PNM) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berganding bahu memupuk budaya membaca di kalangan masyarakat dengan melancarkan sebuah bank buku di Stesen KTM Ipoh, hari ini.

Bank buku tersebut dilancarkan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin D'cruz, yang turut mengikuti siri kedua program membaca 1Malaysia, Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan dari stesen KTM Kuala Lumpur ke sini.

Program anjuran bersama PNM dan KTMB itu menghimpunkan pelbagai naskhah bahan bacaan untuk dibaca oleh orang ramai ketika berada dalam kereta api atau untuk dibawa pulang.

Sebelum ini, siri jelajah pertama dilancarkan di stesen KTM Tanjung Malim, Perak dengan memperkenalkan sudut bacaan di dalam gerabak kereta api.

Menurut Maglin, usaha ini sejajar dengan gagasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" bagi mendidik generasi muda mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah seperti membaca.

"Kerajaan sentiasa memikirkan idea-idea baru bagi menarik semua golongan di negara ini supaya menjadikan membaca sebagai amalan dan budaya hidup," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

"Kita juga mahu menggalakkan semua orang khususnya golongan muda supaya menjadikan amalan membaca buku sebagai budaya berbanding membaca blog atau penulisan dari Internet," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar dan Pengurus Besar KTM Intercity, Mohd. Zain Mat Taha.

Menurut Mohd. Zain, program tersebut akan diteruskan dengan menubuhkan bank buku kedua di stesen KTM Johor dan Butterworth pada pertengahan tahun ini.

"KTMB merancang untuk memperluaskan lagi idea ini bagi menggalakkan budaya membaca ini di kalangan masyarakat di kawasan luar bandar," katanya.

Sementara itu Raslin yang ditanya tentang kos bagi penubuhan bank buku itu berkata, kebanyakan buku yang diletakkan di dalam bank buku tersebut adalah sumbangan daripada orang ramai.

Program tersebut turut disertai oleh 250 peserta yang terdiri daripada ahli PNM, Kelab Membaca Sinar Pintar, murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah serta mahasiswa dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

- MINGGUAN MALAYSIA

Awas agen perosak hormon

by

Hamidi ialah seorang perokok tegar. Dalam sehari dia merokok sebanyak paling kurang 30 batang. Sejak beberapa bulan lalu Hamidi mencuba untuk berhenti merokok. Sejak itu berat badannya meningkat sebanyak 15 kilogram. Hamidi berasa hairan. Dia cuba berdiet dan mengamalkan senaman bagi menurunkan berat badannya namun tidak berjaya. Lalu Hamidi datang berjumpa saya bagi menyelesaikan masalahnya. Dia takut lama kelamaan dia akan dihinggapi penyakit kronik dan pelbagai masalah kesihatan berkaitan dengan obesiti. Menurut Hamidi, seorang sahabatnya sudah terkena kanser. Beliau sangat sedih melihat penderitaan sahabatnya itu. Justeru dia bertekad meneruskan misinya untuk berhenti merokok.

Normah pula merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Seorang jirannya menyuruh Normah mencuba sejenis jamu tradisional yang diimport dari Thailand. Menurut sahabatnya jamu itu boleh membantu mencantikkan kulit. Setelah hampir sebulan mengamalkannya Normah berhenti kerana sukar mendapat bekalan dari pembekal. Anehnya setelah beberapa bulan menghentikan jamu, badan Normah pula menjadi semakin berisi. Pada mulanya Normah tidak mengesyaki ada sebarang kaitan di antara pemakanan jamu dan kenaikan berat badannya. Ini kerana ramai kawannya berjaya menjadi kurus dengan mengamalkan jamu tersebut.

Namun setelah saya menerangkan kepadanya bahawa terdapat banyak agen yang merosakkan hormon kita barulah Normah percaya akan kaitannya. Saya memberitahunya kadar kerosakan hormon tidak sama di kalangan individu. Kilang hormon di dalam badan kita bagaikan sebuah mesin yang aktif bekerja. Kehadiran bahan lain boleh mengganggu kelancarannya.

Tanpa disedari kita terdedah kepada ancaman agen perosak hormon. Kewujudan agen ini di dalam makanan, kosmetik, botol plastik, pembungkus makanan, racun serangga dan lain lain menyebabkan kita tidak dapat lari daripada masalah kerosakan hormon. Kelenjar hormon sangat sensitif dan mudah rosak.

Kesan daripada hormon yang rosak amat perlahan. Pada peringkat awal seseorang mula berasa keletihan lalu mereka beranggapan masalah itu adalah disebabkan penuaan. Apabila tua maka pelbagai masalah menyerang termasuklah keletihan. Apabila kerosakan hormon menjadi serius maka badan menjadi gemuk dan keletihan menjadi lebih ketara. Pada waktu ini program diet dan senaman tidak lagi dapat membantu mereka.

Kerosakan metabolik turut menjejaskan rupa paras dan kulit. Kulit menjadi bertambah gelap dan kering. Pigmentasi mula kelihatan dan bagi lelaki rambut mula menjadi nipis. Sesetengahnya mula menjadi pelupa dan mudah stres. Hormon yang tidak cukup menjejaskan perasaan menjadikan seseorang mudah marah dan berasa tertekan.

Kerosakan sistem tubuh disebabkan agen perosak hormon sangat berleluasa. Ia boleh dijumpai di dalam makanan, air minuman dan bahan kosmetik yang kita gunakan seharian. Pada peringkat awal pengguna tidak merasa bahananya kerana ia bertindak seakan-akan estrogen namun lama kelamaan fungsi hormon mula merosot. Bayi di dalam kandungan mudah sekali terkena bahaya ini. Apabila lahir bayi berkembang menjadi orang dewasa yang merosot fungsi hormon dalam tubuhnya.

- Nonylphenol merupakan bahan yang terkandung di dalam pencuci, racun serangga dan bahan plastik.

- Phthalates merupakan bahan yang dicampur di dalam PVC. PVC banyak digunakan di dalam pembuatan permainan kanak kanak dan perabot.

- Dioxins PCB's (polychlorinated biphenyls) bahan insulator.

- DDT (pembunuh jentik jentik)

- PBDEs (polybrominated diethyl ethers).

- Logam berat seperti plumbum cadmium.

- Plant oestrogens, meskipun merupakan bahan semulajadi dalam tumbuh tumbuhan tetap merosakkan fungsi hormon.

Sememangnya amat sukar bagi kita mengelakkan daripada bahan-bahan ini kerana kewujudannya sangat berleluasa sekali di dalam alam sekitar. Namun pengetahuan berkaitan agen perosak hormon sangat penting terutamanya bagi mereka yang terlibat secara langsung di dalam industri seumpama ini.

Kelenjar hormon bolehlah diibaratkan sebagai sebuah kilang yang aktif. Apabila terkena agen perosak maka kilang juga menjadi perlahan dan kapasitinya akan merosot. Apabila kita mengukur paras hormon dalam darah kita akan mendapat keputusan yang sangat rendah. Rawatan pemulihan hormon boleh dilaksanakan dengan penggunaan hormon bioidentical

Apabila seseorang menggunakan hormon bioidentical darah nya akan mempunyai kadar hormon yang tinggi. Kilang-kilang yang terlalu aktif tadi mula berehat. Tempoh rehat ini sangat penting bagi proses baik pulih kelenjar hormon. Bila kelenjar hormon pulih kembali maka penghasilan hormon adalah lebih baik dan penyembuhan mula terjadi.

Proses penyembuhan menjadikan seseorang kelihatan lebih muda, lebih cergas, meningkatkan kualiti struktur kulit serta menjadikan seseorang tampak lebih segar. Ingatan juga menjadi semakin kuat malahan mata juga semakin pulih dan kelihatan menarik.

Jangkamasa rawatan adalah di antara tiga bulan sehingga beberapa tahun bergantung kepada tahap kemerosotan hormon seseorang.

Seseorang yang sembuh dari kerosakan hormon akan mendapat manfaat yang baik hasil penyembuhan ini.

Dia akan berasa bertenaga seolah olah muda semula. Hati juga berasa riang dan tenang serta tahap kesihatan nya turut menjadi lebih baik lagi. Bentuk badan juga akan berubah di mana dia akan tampak lebih segak dan tampan.

- MINGGUAN MALAYSIA

Tahun Baru Cina - Kemestian kuih bakul, baju merah

by

bakul atau ‘nian gao’ (yang bererti kuih tahun) merupakan kemestian baginya setiap kali menyambut Tahun Baru Cina Kuih Bakul ialah simbol yang membawa tuah dalam menyambut tahun baru bagi masyarakat kaum Cina.

Di kawasan Lembah Klang harga sebiji kuih bakul ialah dalam lingkungan RM9 hingga RM13, bergantung kepada saiz dan lokasi jualan.

Menurut masyarakat Tionghua moden hari ini, bunyi perkataan kuih bakul dalam Mandarin hampir sama dengan perkataan yang bermakna ‘tahun yang lebih tinggi’ terutama dari aspek pendapatan.

Kepercayaan itu menggalakkan semua penghuni rumah menghidangkan kuih bakul kepada tetamu selain mengamalkan pembuatan kuih bakul sendiri sebagai menghormati adat resam dan tradisi masyarakat Tionghua.

Selain kuih bakul, berpakaian baru terutama warna merah yang bermakna membawa tuah turut menjadi kemestian masyarakat Tionghua yang menyambut Tahun Baru China.

Amalan ini turut diikuti dan dihormati oleh Peggie Ng walaupun beliau telah memeluk Islam, dengan memastikan anak-anaknya berpakaian merah bila ke rumah nenek mereka.

“Anak-anak saya memang seronok berpakaian merah. Tak kiralah cheongsam tradisional atau pun baju moden. Bila tiba perayaan Tahun Baru Cina setiap tahun, mereka akan pastikan baju tahun baru sudah siap dikemas untuk dibawa ke rumah ‘Po-po’ (nenek) mereka di Pulau Pinang,” kata Peggie Ng yang menetap di Kampung Tunku di sini.

Mereka berbeza dengan Peggie semasa kecil. Beliau tidak begitu minat berpakaian merah kerana baginya terlalu terang dan menonjol, tetapi masih memilih baju yang ada sedikit warna merah sebagai syarat.

Peggie biasanya pulang ke rumah ibunya, sehari sebelum tahun baru untuk ‘makan besar’ bersama ibu dan adik-beradiknya. Peggie juga masih mengikut adat masyarakat Cina keturunan Teochew di Pulau Pinang yang sebelum pulang untuk merayakan Tahun Baru bersama keluarga di rumah orang tua, anak perempuan mesti menghantar “kiriman” barang keperluan untuk sambutan Tahun Baru dan majlis makan malam.

Keperluan

Adat ini dinamakan ‘song nian’ atau kiriman tahun secara literal.

“Sekarang, lebih senang kalau dikirimkan wang saja kepada ibu kerana segala keperluan akan dibeli oleh ibu. Tak perlu adik-beradik perempuan memikirkan siapa patut beli bahan apa. Kadang-kadang terbeli dua kali dan kelebihan itu boleh jadi membazir pula.

"Wang itu akan digunakan untuk membeli bahan makanan kering seperti cendawan, abalon, ‘waxed duck’ atau itik yang dikeringkan dan pelbagai kuih-muih serta kekacang.

"Kiriman” itu sebenarnya dahulu perlu dibawa sendiri untuk menggalakkan anak-anak menziarahi ibu bapa sebelum perayaan, terutama anak perempuan yang akan menghadiri majlis makan malam sebelum Tahun Baru di rumah mentua,” jelas Peggie.

Peggie tidak mempunyai masalah untuk membahagikan masa menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga saban tahun selain merayakan Aidilfitri dan Aidiladha sebagai seorang Islam.

“Saya akan tinggal di Bukit Mertajam untuk beberapa hari tetapi memandangkan rumah keluarga ibu saya agak kecil, keluarga saya akan menginap di sebuah hotel yang tidak berapa jauh dari rumah ibu, demi keselesaan semua,” kata Peggie tersenyum menceritakan kemeriahan sambutan bersama keluarga.

Pada pagi Tahun Baru Cina, kanak-kanak akan membawa buah limau atau ‘kam’ (yang bererti emas) dan ‘ang pao’ (paket merah berisi wang) untuk ibu bapa dan anggota keluarga yang belum berkahwin.

Buah tangan ini atau ‘pai nian’, lumrahnya saling bertukar ganti tangan untuk berkongsi ‘tuah’ pada pagi tahun baru.

Memberi `ang pao” memang satu kewajipan terhadap mereka yang sudah berumah tangga untuk diberikan kepada mereka yang masih bujang tanpa mengira usia.

Mengikut adat orang Teochew di Pulau Pinang, menurut Peggie, limau diberikan dalam jumlah angka genap.

“Kalau saya terima empat biji limau, saya pulangkan hadiah ‘kam’ atau emas itu dengan empat biji juga. Wang di dalam paket merah pun pernah pada kadar 40 sen semasa saya kecil. RM1.10 sen pun pernah saya terima ketika itu untuk Tahun Baru. Tetapi kini, sememangnya kalau wang syiling, kanak-kanak tak berapa seronok bila menerimanya.

"Sebenarnya, apa yang penting ialah pemberian itu untuk membawa tuah di tahun baru,” katanya.

Masyarakat Tionghua di seluruh dunia akan menyediakan rumah untuk sambutan Tahun Baru sebaik yang mungkin dengan memastikan ia dibersihkan pada satu tarikh yang ‘bertuah’ sebelum tahun baru.

Pemilihan tarikh cuci rumah akan mengikut perkiraan kalendar almanak Cina dan bahan tradisi yang digunakan ialah batang buluh yang masih berduri.

Ia digunakan untuk mengemas sarang labah-labah di ceruk siling dan dinding sekeliling rumah.

“Dulu, batang pohon buluh inilah yang digunakan untuk membersihkan sawang dan habuk. Saya yakin pohon buluh ini ada kelebihannya yang tersirat, untuk menjauhi keburukan. Buluh dikenali sebagai berupaya menghalau nasib malang dan ‘hantu’yang tidak baik,” Peggie bercerita lagi.

Rumah yang dikemas untuk musim perayaan turut menjadi tumpuan keluarga yang ada ramai anak perempuan kerana pembahagian ‘kawasan’ dan waktu berkemas memendekkan lagi proses pembersihan dan tempoh masa untuk menyelesaikan kerja membersih.

Tuah

Lagi pun, untuk beberapa hari di Tahun Baru, masyarakat Tionghua melarang aktiviti menyapu, mengemas atau mencuci rumah kerana diibaratkan seperti menyapu ke luar tuah yang dibawa masuk pada tahun itu.

Memang tidak dapat dinafikan ‘air tangan’ ibu mengusahakan resipi tradisional dan baru untuk majlis makan ‘besar’ pada malam sebelum Tahun Baru Cina amat dianti-nantikan.

Ramai yang tidak mahu menggantikannya dengan makan di restoran dan hotel mewah walaupun ia boleh mengelakkan rumah ibu dan bapa menjadi kotor dan berselerak semula.

Kuih-muih yang dibuat sendiri sesama anggota keluarga secara bergilir mengikut pusingan rumah yang dikunjungi pada Tahun Baru, menjadi pengalaman yang menyeronokkan selain tali persaudaraan dipererat lagi.

Tahun ini di rumah keluarga Peggie, ada satu kelainan yang menarik.

Anak buahnya yang sedang belajar kursus kulinari di sebuah institut pendidikan tinggi akan mengambil alih tanggungjawab memasak untuk seisi keluarga.

Ini suasana baru yang menyegarkan memandangkan menu yang bakal dihidangkan nanti pasti berbentuk baru dengan makanan kaum dan budaya lain turut disediakan.

“Saya tak sempat nak tolong masak tahun ini, sampai nanti sempat untuk dimakan sajalah sajian anak buah saya itu!” jawab Peggie sambil melemparkan senyuman.

- BERNAMA

30 Januari 2011

Tip tidur lena

by
Kebiasaannya apabila tidak boleh tidur, pelbagai petua diberi. Disuruh mengira angka atau membilang biri-biri sehingga terlena. Tetapi apa pula caranya jika masalah sukar tidur disebabkan cuaca panas.

Dr. Ian Smith daripada Papworth Hospital di Cambridge menurunkan panduan untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dalam keadaan cuaca panas.

Pertama, fahami punca kita tidak dapat tidur ketika cuaca panas. Mekanisme semulajadi untuk mendapatkan tidur yang puas melibatkan penurunan suhu badan. Cuaca malam yang panas menyebabkan proses penurunan suhu badan menjadi perlahan.

Beliau mencadangkan supaya langsir bilik dibiarkan menutupi pintu dan tingkap pada waktu siang dan malam. Cara itu akan mengurangkan kepanasan di dalam bilik. Pasang kipas dan biarkan tingkap terdedah untuk melancarkan peredaran udara di dalam bilik. Jika tidak, kepanasan motor kipas akan menambah suhu panas pada bilik sehingga mengganggu tidur.

Selain itu, pastikan anda keluar menikmati cahaya matahari di awal pagi. Ini membantu menyelaraskan sistem badan seterusnya membolehkan anda tidur nyenyak pada waktu malam. Jam biologi akan terganggu jika aktiviti harian tidak dijalankan mengikut waktu yang sepatutnya sehingga boleh mengganggu tidur anda.

Jauhi daripada cahaya terang terutamanya pada waktu malam. Ini kerana cahaya terang boleh mengganggu pengeluaran hormon melatonin. Pastikan bilik tidur dimasuki cahaya yang amat minimum terutamanya di bilik anak-anak anda. Kebanyakan kanak-kanak tidur di bawah cahaya lampu dan keadaan itu menyebabkan mereka sukar tidur kerana lampu menambah suhu bilik menjadi semakin panas.

Oleh itu pastikan bilik sejuk dan elak dimasuki terlalu banyak cahaya.

Seperkara lagi yang perlu diingat, elak berpeluh sebelum tidur. Jika cuaca panas, jangan bersenam selepas pukul 6 petang kerana ia boleh menaikkan suhu badan. Pergi ke pusat kecergasan awal pagi.

Paling mudah untuk menurunkan suhu badan ketika cuaca panas adalah dengan mandi air sejuk sebelum tidur.

Dr. Smith turut menasihatkan supaya mengelak daripada melayari facebook sebelum tidur, Cahaya biru daripada skrin komputer atau telefon bimbit boleh menurunkan paras melatonin menyebabkan anda semakin sukar untuk tidur.

Nasihat beliau lagi, kurangkan pengambilan kafein malah elak sama sekali selepas waktu tengahari.

Ingat kafein bukan saja terdapat di dalam kopi atau teh, malah coklat serta minuman ringan turut mengandungi bahan tersebut.

http://www.amazelife.com

Kelantan Juara Piala Sumbangsih 2011

by

KELANTAN terus mencipta sejarah, kali ini berjaya menjuarai Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama setelah menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Jaringan penalti Norshahrul Idlan Talaha dan sepakan percuma Badhri Radzi sudah cukup untuk menggagalkan hasrat Selangor meraih kejuaraan sumbangsih itu buat kali ketiga berturut-turut.

Tuah jurulatih baru, Datuk M. Karathu membawa kejayaan kepada Kelantan manakala aksi pemain Selangor kendalian K. Devan tampak lesu dan serba tidak menjadi.

Perlawanan yang dimeriahkan dengan kehadiran 35,000 penonton itu, menyaksikan Kelantan mendahului seawal minit kelapan menerusi sepakan penalti Norshahrul setelah bek kanan Selangor, Razman Roslan menjatuhkan Nurul Azwan Roya.

Tertekan dengan jaringan awal itu, Selangor cuba bangkit dan mendapat peluang terbaik pada minit ke-31 menerusi tandukan Safee Sali tetapi sekadar menggegar palang gol Kelantan.

Sebaik babak kedua bermula, Selangor memasukkan Fitri Shazwan Raduwan menggantikan Safiq Rahim manakala Kelantan pula memasukkan Khairul Izuan Rosli menggantikan Danial Fadzly Abdullah pada minit ke-58.

Permainan terhenti hampir 10 minit pada minit ke-62 setelah penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman dan mercun ke arah padang.

Begitupun ia tidak menghalang Kelantan untuk mendapatkan gol kedua pada minit ke-83 menerusi sepakan percuma Badhri dari sebelah kiri yang gagal diagak dengan baik penjaga gol Selangor, Iqbal Suhaimi.

Jaringan tersebut terus mematikan langkah Selangor meskipun terus menggandakan asakan untuk mencari gol.

Trofi kejuaraan disampaikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diiringi Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tan Sri Khalid Ibrahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

“Turun selaku juara Piala Malaysia, tekanan hebat terpaksa dipikul Kelantan. Tapi para pemain telah menunjukkan keyakinan diri yang tinggi.

“Ini merupakan kali pertama Kelantan muncul juara dan saya hadiahkan piala ini buat seluruh penyokong setia Kelantan," kata Karathu.

Devan pula berkata: “Gol awal Kelantan menerusi sepakan penalti telah mematikan rentak permainan kami. ”

Pada perlawanan tersebut, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Astro.

- KOSMO!

Pasir Mas ‘kilang’ jelitawan

by

Sebut saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda tempatan mahupun luar Kelantan untuk dijadikan calon isteri.

Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan comel ‘lote’ serta memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap ‘putera’.

Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.

Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi.

Namun, paling menarik ialah keunikan mata gadis Pasir Mas. Mereka dikatakan memiliki mata menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan alis mata dan kening hitam serta tebal, seolah-olah memakai celak.

Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.

Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.

Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.

Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.

Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai gadis cantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung Aur Duri, Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.

Menurut Fatihah Fauzi, 22, dari Kampung Lemal, sejak dulu lagi dia dan dua kakaknya diasuh oleh emak supaya meminum air suam.

“Saya tidak suka memakai alat solek kerana ia dikatakan penuh dengan bahan kimia yang memudaratkan wajah.

“Saya lebih suka wajah ini tidak disolek kerana ia tetap kelihatan ceria jika kita menjaganya dengan baik,” katanya.

Apapun, keistimewaan gadis Pasir Mas pasti mempunyai kaitan dengan sejarah dulu kala.

Berdasarkan sejarah kewujudan Pasir Mas, kawasan itu dipercayai dibuka oleh Che Leh @ Salleh Ismail yang berhijrah selepas tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan untuk membina istana.

Walaupun pada awalnya tidak bersetuju dengan desakan perpindahan itu, Che Leh yang turut digelar Che Leh Tok Pendekar terpaksa akur dengan titah Sultan kerana tidak mahu dianggap menderhaka.

Bekas pesara tentera, Wan Ali Wan Hussin, 75, berkata Che Leh bersama keluarga berhijrah ke arah utara Kota Bharu sebelum membuka penempatan baru yang kini dikenali sebagai Seberang Pasir Mas.

Che Leh dikatakan tertarik membina rumah barunya di kawasan itu kerana ia terletak berhampiran tebing Sungai Kelantan, selain memudahkan beliau dan keluarga melakukan kerja harian.

Katanya, beberapa bulan selepas itu ramai penduduk luar berhijrah ke kawasan terbabit, menyebabkan penempatan itu padat dalam sekelip mata selepas Che Leh mengambil inisiatif sendiri untuk membina surau, pasar dan pangkalan perahu.

“Pada masa sama, seorang guru agama dari Bachok datang mengajar agama di kawasan itu, namun pulang ke kampungnya sebaik selesai mengajar beberapa bulan kemudian.

“Beberapa hari selepas kepulangan guru itu, tiba-tiba muncul tiga biji mangkuk emas di kawasan semak,” katanya.

Menurut Wan Ali, ketiga-tiga mangkuk itu kemudian dikatakan berpusing-pusing membentuk pusaran di sekitar kawasan semak itu, menyebabkan mereka yang melihat kejadian itu menjerit, ‘Mas! Mas!’.

Perkataan ‘pasir’ pula timbul kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing Sungai Kelantan itu kelihatan beberapa longgokan pasir sehingga membentuk padang luas, menyebabkan kawasan terbabit digelar Pasir Mas, hasil cantuman perkataan pasir dan mas.

Selain itu, Pasir Mas pernah menjadi kawasan perdagangan terkenal di rantau Asia Tenggara apabila menerima kemasukan kapal pedagang, khususnya dari Indonesia, China dan Tanah Arab.

Difahamkan, dianggarkan lebih 30 pangkalan bagi pendaratan kapal dan sampan didirikan di sepanjang tebing Sungai Kelantan, antaranya Pengkalan Feri, Pengkalan Gedung, Pengkalan Pasir, Pengkalan Tanjung Muleh dan Pengkalan Tok Leper.

Pasir Mas, Kelantan

# Dipercayai dibuka sekitar abad ke-14
# Bandar pentadbiran bagi jajahan Pasir Mas
# Ia bersempadan dengan jajahan Kota Bharu di sebelah timur dan jajahan Tumpat di sebelah utara
# Mempunyai keluasan 57,800 hektar
# Populasi penduduk seramai 206,400 orang (2009)

- METRO AHAD

Patung Nefertiti jadi rebutan

by

Baru-baru ini, Majlis Agung Antikuiti Mesir (SCA) menggesa Jerman memulangkan kepala patung Permaisuri Nefertiti kepada majlis itu. Nefertiti dianggap begitu unik disebabkan wajah jelitanya selain kontroversi selepas kematiannya.

Individu yang bersungguh-sungguh mahu patung ratu berusia 3,300 tahun itu dibawa pulang ialah Ketua Jabatan Antikuiti Mesir, Dr. Zahi Hawass yang menjalankan kempen mengembalikan artifak purba negara itu sejak lapan tahun lalu.

Kempen beliau itu dilihat agak sukar kerana pada tahun 2007, pihak berkuasa Jerman enggan meminjamkan patung Nefertiti semasa Mesir menganjurkan satu pameran dengan alasan ia mudah pecah jika dipindahkan.

Nama Nefertiti jarang diperkatakan dalam riwayat tamadun Mesir purba, tidak seperti Cleopatra yang sehingga kini dianggap wanita paling bahaya dalam sejarah dan penggoda yang telah memikat lelaki paling berkuasa di dunia, iaitu Julius Caesar dan Marcus Antonius dari Rom.

Namun, jika disorot semula lembaran sejarah Nefertiti yang juga isteri kepada Amenhotep IV, dia sebenarnya mempunyai pengaruh yang sangat besar.

Dalam beberapa catatan rekod Mesir purba, figura wanita pertama Dinasti ke-18 ini sangat diagungkan. Dia bersama Amenhotep IV telah mencetuskan revolusi agama Aten yang memuja satu tuhan sahaja iaitu tuhan matahari.

Keperibadian isteri kesayangan Firaun ini juga semakin menyerlah apabila dia diberi peranan besar dalam aspek agama selepas diangkat sebagai wakil wanita dalam aspek ketuhanan.

Dibunuh

Sesetengah teori mengatakan Nefertiti adalah penulis revolusi agama dan budaya yang diilhamkan oleh Akhenaten yang menolak agama-agama lain sehingga membangkitkan kemarahan golongan pendeta.

Tidak gentar dengan ancaman, Nefertiti bersama Akhenaten mengambil keputusan untuk memindahkan pusat pemerintahan Mesir dari Thebes ke Amarna semata-mata untuk mentaati tuhan baru mereka.

Pakar sejarah mengaitkan perkembangan agama baru ini adalah hasil usaha Nefertiti.

Nefertiti juga dipercayai memegang kuasa yang lebih besar daripada kuasa seorang permaisuri semasa pemerintahan suaminya.

Bahkan, pendapat mengatakan pemerintahan Mesir purba pada zaman Firaun Akhenaten adalah pemerintahan bersama pasangan suami isteri ini.

Pengaruh penting Nefertiti boleh dilihat melalui lukisan dan ukiran gambarnya yang banyak ditemui di dinding kuil.

Persamaan saiz di antara ukirannya dan ukiran Akhenaten memberi petunjuk mereka mempunyai kepentingan yang sama dalam struktur politik Mesir purba.

Sayangnya, zaman kegemilangan permaisuri yang mendapat jolokan Wanita Paling Cantik Di Dunia ini tidak lama.

Pada tahun ke-14 pemerintahan Akhenaten iaitu kira-kira tahun 1335 Sebelum Masihi, nama dan pengaruh besar Nefertiti lenyap begitu sahaja.

Teori sejarah mengatakan Nefertiti meninggal dunia disebabkan wabak penyakit yang melanda kawasan itu.

Ada juga yang mengatakan dia tidak lagi disukai suaminya kerana rekod sejarah selepas itu menunjukkan Akhenaten banyak merujuk kepada isteri keduanya iaitu Kiya, ibu kepada Firaun Tutankhamun yang terkenal dengan gudang emasnya.

Selain itu, timbul juga teori Nefertiti dibunuh oleh pendeta Mesir kerana dia memulakan revolusi agama di Amarna.

Anehnya, semua rekod tentang permaisuri ini telah dihapuskan supaya tiada sesiapa yang akan menyebut namanya.

Perang Dunia

Misteri dan kontroversi kehilangan Nefertiti masih diperdebatkan.

Bukan sahaja fakta sejarah, malah patung ukiran permaisuri tersebut yang didakwa dibawa keluar secara haram masih menjadi rebutan antara Mesir dan Jerman.

Gesaan yang dikeluarkan kerajaan Mesir supaya kepala patung berkenaan dipulangkan ke Kaherah tidak dipedulikan Jerman.

Malah, tindakan Zahi Hawass yang bersungguh-sungguh dalam kempen tersebut ditempelak Yayasan Warisan Budaya Prussia yang bertanggungjawab mengendalikan Muzium Neues apabila mereka mendakwa mempunyai dokumen sah pemindahan patung itu dari Mesir ke Jerman.

Bagi sesetengah pihak, tindakan Zahi mungkin tidak disenangi, namun beliau bertindak demikian selepas mengetahui patung berleher jinjang dengan mata yang unik itu didapati dibawa keluar dari Mesir secara haram pada tahun 1924.

Meneliti patung ukiran Nefertiti yang dihasilkan daripada batu kapur itu, ia cukup layak untuk dianggap salah satu hasil kerja seni terbaik dunia pramoden.

Berusia 3,300 tahun, artifak unik tersebut telah ditemui di sebuah kompleks membuat patung di Lembah Raja di Luxor, kira-kira 275 kilometer dari selatan Kaherah pada tahun 1912 sebelum dibawa ke Jerman oleh ahli ekskavasi Jerman, Ludwig Borchardt.

Melalui ukiran ini sahaja, ramai yang dapat membayangkan kejelitaan asli Permaisuri Nefertiti.

Bibir merahnya yang separa tebal, mata yang bundar dan lehernya yang jinjang menjadikan patung kepala ini cukup menawan.

Dengan hiasan mahkota tinggi yang disempurnakan dengan lekapan batu-batu aneka warna yang bernilai tinggi, sentuhan warna gelap yang tebal pada kening dan garisan mata nyata membangkitkan pesona wanita berkulit kuning langsat itu.

Bagaimanapun, Zahi optimis Jerman akan menyerahkan semula artifak tamadun milik negaranya itu.

Malah, usaha kerajaan Mesir untuk membawa pulang patung tersebut telah dimulakan sejak Perang Dunia Kedua tamat iaitu pada tahun 1947.

“Saya tahu Jerman tidak senang dengan apa yang saya lakukan. Saya tidak kisah apa mereka mahu kata. Saya hanya mahu membawa pulang patung kepala Permaisuri Nefertiti.

“Kerajaan dan rakyat Mesir begitu bersemangat menanti kepulangan harta dan warisan tamandun purba ini kepada pihak yang sepatutnya.

“Jika perkara ini menjadi kenyataan, kepala patung itu akan dipamerkan di muzium baru di selatan Kaherah,” katanya.

- KOSMO!

Menghargai Warisan Jualan Menerusi But Kereta

by
Bayangkan diri anda di tengah-tengah karnival mini, dengan orang muda dan dewasa menjual koleksi antik, lukisan dan anak arnab yang comel hanya dari but kereta masing-masing.

Dari jauh anda mendengar dendangan lagu 'Senyumlah Kuala Lumpur' oleh kumpulan Alleycat secara langsung. Di satu sudut pula seorang lelaki, dengan rupa rambut yang dipintal 'dreadlock', sedang mengalunkan muzik dari sejenis alat muzik orang asli Australia dipanggil 'Didgeridoo'.

Di sebelah kanan pula, sekumpulan orang mengerumuni seorang lelaki berusia lingkungan 40-an.

Anda pula tanpa berlengah menyertai kumpulan itu dan apa yang ternampak ketika itu merumuskan bahawa melukis batik bukanlah sesukar yang anda fikirkan.

Seorang budak berusia 13 tahun pula boleh menghasilkan satu kerja seni yang cukup menarik sebagai hadiah hari lahir bapanya.

Percaya atau tidak, tidak lama lagi penghuni KL boleh menikmati semua perkara yang dinyatakan itu apabila projek terbaru "Lawat KL" dilancarkan tahun ini.

SAMBIL MENYELAM MINUM AIR

Pada masa sekarang terdapat dua aktiviti yang menarik perhatian penduduk KL iaitu membeli-belah dan pengurusan kesihatan.

Memahami situasi ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kempen Lawat KL telah melancar Bazar Jualan But Kereta Kuala Lumpur (KLCBB) untuk membolehkan wargakotanya melibatkan diri dalam kedua-dua aktiviti pada kos sifar.

KLCBB adalah diharapkan menjadi pusat kesenian dan kebudayaan bandaraya ini.

Selain menjual antik, barangan lama dan seumpama, DBKL menyambut baik siapa juga artis jalanan, pelukis, seniman jalanan, ahli silap mata dan ahli kraftangan untuk menyertai bazar berkenaan.

Malahan, pendaftaran bagi program kaum hawa dipanggil 'Pasar Sarapan Pagi @ KLCBB' juga diadakan. DBKL berharap semua jenis makanan sedap Malaysia terkumpul di satu pusat mengikut konsep jualan menerusi but kereta.

Basaruddin Basir, 35, dari Kuala Lumpur yang mengunjungi pasar jalanan selama 15 tahun berkata, "Saya suka mencari barang yang unik di pasar jenis ini. Anda tidak akan tahu apa yang anda mungkin dapat".

Che’ Abd Aziz, 38, yang bertugas di Balai Seni Lukis Negara, boleh dikatakan hampir setiap minggu mengunjungi bazar berkenaan.

Apakan tidaknya kerana isterinya adalah penggemar dalam mengumpul barang antik dan KLCBB menjadi tempatpilihan untuk mendapatkan koleksi terbaru.

PELBAGAI IMAGINASI

Penjual di bazar berkenaan adalah mereka yang datangnya dari dalam atau luar KL dengan pelbagai latar belakang di mana kebanyakan mereka melakukannya berdasarkan separuh masa.

Ahmad Mazni, 52, tidak kisah jika terpaksa datang dari Seremban setiap minggu untuk menjual koleksi barangan antik di sini dan pada masa yang sama menikmati percutian sebelum balik ke Angola untuk bertugas.

"Baru-baru ini saya menjual sedozen pisau menoreh getah buatan England dengan harga yang murah, dan itu sudah cukup memuaskan hati saya kerana ia membolehkan generasi muda kita mengetahui sejarah aktiviti ekonomi negara," kata pemuda yang begitu merendahkan diri.

Pemandu teksi Mohd Shahizuddin, 34, berkongsi dengan seorang rakannya menjual arnab dan kucing untuk peliharaan di kawasan niaganya. Selain memenuhi kehendak khalayak ramai, beliau juga menerokai jualan "on-line" menerusi Facebook dan mudah.my ().

Sepasang suami isteri Kamaruzaman Isa dan Emi Sherina, kedua-duanya berusia 35 tahun, menjual majalah terpakai dan aiskrim buatan sendiri berkata, "Rakan kami membantu dalam mengumpulkan majalah. Kami memulakan perniagaan menjual aiskrim setahun lepas dan ia semakin maju".

SALAH TANGGAPAN DI MALAYSIA

Seringkali orang ramai menyamakan istilah jualan 'but kereta' dengan 'pasar malam/pagi' tanpa menyedari bahawa kedua-duanya jauh berbeza.

Secara konsepnya jualan but kereta merujuk kepada satu aktiviti jualan barangan terus dari but kereta, yang seringkali dikaitkan dengan barangan terpakai dan dijual dengan harga murah.

Ia juga dikenali sebagai tempat bagi pengumpul barang yang susah diperoleh dan unik seperti antik, vinil (sejenis plastik), cenderahati, buku terpakai malahan peralatan elektrik rumah!.

Budaya jualan but kereta dikatakan berasal dari Kanada tetapi popular di Britain pada tahun 70-an. Namun budaya ini telah tersebar di sini.

Sementara itu, pasar pagi/malam adalah yang sering dilihat di sekitar kejiranan kita. Penjual akan mendirikan gerai dan menjual kebanyakannya barang-baru baru atau yang selalu didapati, manakala harganya pula tidak semestinya murah.

USAHA YANG SEDANG DIBUAT

Sejak pelancarannya pada Disember tahun lepas, KLCBB telah dapat menarik 39 penjual yang menawarkan kepada pengunjung dengan pelbagai barangan antik, terpakai, kraftangan, haiwan peliharaan dan banyak lagi yang lain.

Untuk mengekalkan konsep asas jualan but kereta, semua peserta dikehendaki mempamerkan barangan jualan dari but kereta mereka.

Bagaimanapun penjual dibenarkan mengguna khemah kecil memandangkan operasi jualan melibatkan waktu yang lama dan sesetengah barang yang dijual mungkin terjejas akibat panas matahari atau lampu, seperti barang antik dan lukisan.

Penolong Pengarah Bahagian Pelancongan, Jabatan Kebudayaan, kesenian, Pelancongan dan Sukan, Norfaridah M. Zainudin berkata pelancaran rasmi bazar berkenaan dirancang bulan Februari ini.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik mana-mana pihak yang berminat untuk menyertai bazar berkenaan yang boleh menempatkan sehingga 140 penjual bagi bazar tersebut.

Hanya dengan RM13 sehari, yuran itu merangkumi bayaran sewa ruang dan lesen berniaga. Permohonan hanya mengambil masa dua minggu untuk diluluskan.

Keperluan yang ditetapkan untuk menyertai bazar itu hanyalah keunikan produk dan terbuka kepada hanya rakyat Malaysia.

KEKAL LAMA DAN TEGUH

Penjual antik Maziah Mohammad, 68, yang menyertai pelbagai jualan but kereta sejak 1996 berkata banyak tempat jualan but kereta secara perlahan-lahan bertukar menjadi pasar pagi berikutan permintaan pelanggan dan berharap KLCBB tidak juga berakhir sedemikian rupa.

"Memang amat penting agar dapat mengekalkan konsep berkenaan, sungguhpun jualan but kereta adalah sinonim dengan barangan terpakai, kita boleh membenarkan lebih banyak produk untuk kebaikan," tambah nenek kepada 13 orang cucu ini.

KLCBB beroperasi setiap Sabtu dan Ahad dari 8.30 pagi hingga 4.00 petang di Jalan Temerloh, Taman Tasik Titiwangsa. Sekiranya anda bernasib baik, sesetengah penjual mungkin akan menunggu sehingga pukul 7.30 malam.

Untuk maklumat lanjut atau mendapatkan borang permohonan boleh hubungi Bahagian Pelancongan DBKL di talian 03-26176273 atau log www.visitkl.gov.my .

- BERNAMA

Menjauhi Perbuatan Yang Mendatangkan Bahaya

by
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan."
Ibn Mas'ud r.a

Huraian
i) Setiap manusia mempunyai lintasan hati yang berlainan kerana berlainan sebabnya.
Ii) Satu daripada jenis lintasan itu adalah lintasan yang dibawa oleh malaikat yang bertugas memancarkan ke dalam hati manusia perasaan suka berbuat kebajikan dan menerima kebenaran; sementara satu lagi lintasan adalah lintasan syaitan iaitu lintasan untuk melakukan kejahatan dan menolak kebenaran.
Iii) Lintasan malaikat ini dinamakan sebagai “ilham” dan lintasan jahat syaitan itu sebenarnya adalah “was-was” di mana kita diperintahkan memohon perlindungan Allah daripadanya sebagaimana yang dimaksudkan di dalam al-Quran, surah an-Nas.
Iv) Oleh yang demikian selaku manusia biasa, apabila datang sesuatu lintasan hati, maka hendaklah kita mempertimbangkannya terlebih dahulu dengan neraca syarak; jika bersesuaian kerjakanlah, jika sebaliknya jauhkanlah.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

29 Januari 2011

Keputusan Perlawanan Liga Super Malaysia - 29/01/2011 (Sabtu)

by


KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER - 29/01/2011 (SABTU)

Selangor 0 - 2 Kelantan (Piala Sumbangsih - Kelantan Juara)

Terengganu 0 - 0 Sabah

Kuala Lumpur 1- 1 Perak

Johor FC 0 - 0 Felda United

Kedah 0 - 0 T-Team

Negeri Sembilan 1 - 0 Harimau Muda "A"

Pahang 3 - 1 Perlis

Rejimen 509 Askar Wataniah perlu 1,700 sukarelawan

by
Rejimen 509 Askar Wataniah sedang berusaha untuk menambah bilangan anggota sukarela terutamanya daripada kalangan kaum Cina dan India dalam pasukan itu.

Pegawai Latihan dan Pengambilan negeri Lt Kol L Vasuthevan berkata kini terdapat 1,700 kekosongan bagi sukarelawan dalam rejimen itu untuk diisi yang kini mempunyai 1,300 anggota.

Penyertaan kaum Cina dan India masih rendah iaitu daripada jumlah 1,300 berkenaan, hanya 93 terdiri daripada kaum Cina manakala kaum India hanya 44 orang dan selebihnya Melayu, katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Beliau berkata rejimen itu juga menggalakkan penyertaan daripada peserta program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang telah tamat latihan yang akan membolehkan mereka memperoleh pendedahan dalam asas ketenteraan yang lebih menyeluruh.

Vasuthevan berkata sukarelawan perlu mengikuti tiga latihan iaitu latihan asas selama 240 jam yang dilakukan setiap Sabtu dan Ahad, latihan lanjutan selama 14 hari serta mengikuti kem tahunan selama 15 hari.

Katanya anggota sukarela askar Wataniah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur dari 18 tahun hingga 41 tahun dan maklumat lanjut boleh diperoleh di pejabat Rejimen 509 Askar Wataniah, Lebuhraya Peel, Georgetown atau hubungi talian 04-2297001.

- Bernama

Suria FM Labur Wang RM20,000 Untuk Pendengar

by

Stesen radio Suria FM mengatur pelbagai program menarik pada tahun 2011 termasuk memperkenalkan peraduan ‘Demam Facebook Suria’ yang mempertaruhkan hadiah wang tunai sejumlah RM20,000.

Bermula 22 Januari lalu, pendengar berpeluang menyertai peraduan tersebut dengan hanya klik ‘like’ pada ‘fan page’ Suria FM dan mengemas kini gambar profil kepada logo ‘I Love Suria FM’.

Syaratnya mudah, pendengar hanya perlu mengemaskinikan status asing-asing dengan memberikan pendapat terbaik tentang stesen radio itu.

Kemudian pendengar perlu mendengar Breakfast@Suria dan Suria Drive setiap hari bermula Isnin, 24 Januari hingga 18 Februari ini kerana penyampai Halim Othman, Zizi, Sharifah Shaira dan Linda Onn akan mengumumkan nama pendengar bertuah.

Selepas itu, pendengar tersebut mesti menghubungi Suria FM dalam masa 15 minit untuk memenangi wang tunai yang ditawarkan.

Nama pemenang yang terpilih setiap hari dalam dua segmen tersebut akan menerima wang tunai RM500.

Selain itu, stesen radio dengan ‘tagline’ ‘Muzik Terbaik 90-an Dan Terbaru’ itu menganjurkan program realiti ‘SuriaShowDown! Band Kampus Terbaik 2011’ yang terbuka kepada penuntut di institut pengajian tinggi swasta dan awam seluruh Malaysia.

Uji bakat sedang diadakan di Penang Megamall, Pulau Pinang pada Sabtu ini, East Cost Mall, Kuantan (30 Januari), The Zone, Johor Baru (5 Februari) dan Plaza Metro Kajang (6 Februari).

Dua kumpulan yang terpilih di setiap tempat akan memasuki peringkat akhir pada 26 Februari ini di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Pemenang akan membawa pulang wang tunai RM10,000 manakala tempat kedua sebanyak RM5,000 dan tempat ketiga RM3,000.

Seperti tahun sebelumnya, Suria FM turut meneruskan peraduan ‘Lagu Berduit Suria FM’ bermula Mac ini dengan menawarkan hadiah lumayan.

Selain itu, Suria FM untuk negeri Sabah secara rasmi akan beroperasi apabila studionya di 1Borneo Shopping Mall, Kota Kinabalu yang dikendalikan oleh Othoe dan Dudu (Lotter) secara rasminya akan keudara mulai Mac ini.

- MSTAR

Rusuhan - Mesir tutup Internet, telefon bimbit

by

KAHERAH - Pemerintah Mesir semalam memutuskan talian telefon bimbit dan perkhidmatan Internet selain menghantar puluhan trak polis antirusuhan sebagai percubaan untuk menyekat beribu-ribu aktivis daripada menyertai protes antipemerintah yang diadakan selepas solat Jumaat.

Bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Mohamed Elbaradei dan Persaudaraan Muslim turut menyertai protes tersebut walaupun terdapat amaran bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas untuk mematahkan gelombang kebangkitan itu.

Ketiadaan perkhidmatan Internet menghalang akses ke laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter yang menjadi alat komunikasi utama para penganjur protes.

Polis Mesir mengalami kesukaran untuk berdepan dengan penunjuk perasaan yang telah bertempur selama tiga hari. Mereka menuntut supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan selepas memerintah selama 30 tahun.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberi amaran bahawa keganasan bukan penyelesaian di Mesir.

Obama turut meminta kedua-dua belah pihak mengawal perasaan dan menggesa Hosni agar melakukan perubahan politik.

"Ini adalah waktu kritikal dalam hidup rakyat Mesir. Keinginan untuk berubah mesti dihormati. Rejim tidak boleh menggunakan kekerasan ke atas peserta demonstrasi," kata Elbaradei yang lantang mengkritik Hosni dan menyatakan kesediaannya untuk mengetuai perubahan di Mesir jika diminta berbuat demikian.

Demonstrasi itu mendapat ilham daripada Revolusi Jasmin yang berlaku di Tunisia baru-baru ini sehingga mengakibatkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali meletakkan jawatan.

Setakat ini, lima penunjuk perasaan dan dua anggota polis terbunuh di Mesir manakala 100 yang lain cedera.

Seorang pegawai keselamatan memberitahu kira-kira 1,000 orang telah ditahan sejak tunjuk perasaan bermula pada Selasa lalu.

Para aktivis menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menuntut hak untuk hidup dengan penuh kebebasan dan bermaruah.

Hosni dianggap sebagai presiden yang tidak membawa pembaharuan ekonomi.

Hampir separuh daripada 80 juta penduduk Mesir hidup di bawah paras kemiskinan berdasarkan kadar pendapatan yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu AS$2 (RM6.11) sehari.

Negara itu mempunyai pendidikan yang berkualiti rendah, kadar pengangguran tinggi telah menyebabkan penduduk gagal memperoleh keperluan hidup yang sempurna.

- Agensi

Si dia curang?

by
Oleh Fairuz Zaidan

Si dia main kayu tiga? Bagai tubuh disambar halilintar dengan deras adrenalin bertubi-tubi sebaik menyedari buah hati yang selama ini dicintai berlaku curang. Umpama menikam dari belakang, begitulah pedihnya hakikat yang terpaksa ditelan.

Tatkala memikirkan ‘lakonan’ si dia sebelum kebenaran terungkai, tentu perasaan dendam, sakit hati serta benci menguasai diri dan membentak-bentak untuk membalas dendam atau menghukum si dia.
Mengapa tidak, insan yang selama ini cukup mengambil berat, menyayangi serta sering melakukan kejutan tiba-tiba berubah hati serta bertindak menduakan pasangan. Patutlah reaksi dan penampilan diri si dia berbeza, rupanya cinta beralih arah.

Adatlah, andai berbicara soal curang, lelaki sering dipersalahkan. Ada yang pantas menyalahkan lelaki yang sering rambang mata selain kononnya didorong faktor ‘kuota’ yang membolehkan lelaki menambah teman hidup.

Disoroti laporan akhbar sejak tahun lalu, ada lelaki menjadi mangsa dan menanggung sengsara kerana teman hidup berlaku curang. Seperti yang berlaku di Kuantan, Pahang, di mana seorang suami bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk memerangkap isterinya yang berkelakuan sumbang dengan lelaki lain di dalam bilik sewa.

Apa yang lebih membuatkan hati suami bertambah remuk, beliau melihat sendiri si isteri yang dikahwininya selama lima tahun, bercumbu dengan pasangan dalam serbuan itu. Dalam kejadian lain di Kangar, Perlis, hasrat seorang suami berusia 31 tahun untuk melakukan kejutan hari lahir isterinya dengan membeli kek serta sejambak bunga di rumah, bertukar tragedi hitam apabila mengetahui isterinya berkhalwat dengan lelaki lain di sebuah hotel.
Lebih memilukan hati suaminya, isterinya sanggup berbuat demikian di hari jadinya sendiri termasuk mengabaikan dua anaknya yang berusia dua dan enam tahun.

Contoh dipaparkan ini membuktikan, dalam dunia yang penuh pancaroba ini, bukan lelaki saja yang sanggup berlaku curang sebaliknya wanita juga mampu melakukan perkara sama.

Mengulas isu kecurangan dalam perhubungan, penceramah bebas dan perunding motivasi, Prof Madya Dr Izuddin Ali, berkata ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu berlaku curang. Ini termasuk faktor persekitaran, hubungan dingin serta jarak jauh perhubungan.

Dr Izuddin berkata, pada zaman yang penuh mencabar ini, bukan saja lelaki yang menduakan pasangan kerana wanita juga sudah berani untuk melakukan perbuatan sama.

“Adakah sebab mereka sendiri bertindak untuk berlaku curang kerana ada juga faktor dan alasan mengapa seseorang itu curang seperti membalas dendam, dicabar orang lain atau tidak mendapat layanan sepatutnya oleh pasangan sendiri.

“Masyarakat hanya memandang lelaki saja yang sering berlaku curang, tetapi boleh saya katakan di sini, wanita juga tidak terlepas untuk melakukan perkara sama terutama dengan adanya teknologi seperti laman sembang,” katanya.

Ditanya apakah alternatif yang boleh diambil untuk memulihkan hubungan selepas tragedi curang, Dr Izuddin berkata, pertama sekali, renung kembali apakah masalah dan kekurangan sehingga menjadi punca kepada berlakunya kecurangan itu.

Andai tidak ada masalah dalam perhubungan, akurlah pada kelemahan diri dan cuba untuk memperbaiki masalah dengan mengubah sikap, penampilan dan tarikan peribadi.

“Jangan ketepikan untuk memohon kepada Allah SWT dan bersama-sama dengan pasangan untuk melakukan solat hajat dan taubat bagi memulihkan kembali hubungan.

“Pesan saya, dalam pada kita asyik ingin mencari pasangan baru, belum tentu orang baru itu benar-benar membahagikan di kemudian hari. Silap hari bulan, mungkin pasangan baru lebih teruk daripada apa yang kita sangka,” katanya.

Apabila cinta dikhianati

“MEMANG mulanya kita akan berasa marah dan sedih. Tetapi, perlulah berfikir secara realistik dan pastikan apa yang berlaku sebenarnya. Biar ia terjadi di depan mata untuk benar-benar kita saksikan pada mata dan kepala sendiri. Perkara ini saya pernah alami tetapi saya jadikan ia sebagai pengajaran.

“Malah, ia tidak menghalang saya untuk berkenalan dengan orang lain dan tidak ada langsung istilah serik atau melabel semua wanita berperangai sama. Apabila sudah berlaku sedemikian, tidak ada sebab untuk saya menjauhkan diri sebaliknya masih lagi boleh berkawan tetapi tidak mungkin untuk bersatu kembali.
Zain Saidin, Pelakon

“ADALAH lebih baik berbincang dulu untuk mendengar apa yang pasangan ingin katakan. Jika memang sudah ada bukti yang kukuh dan dia pula mengaku salah, terpulang kepada kita sendiri sama ada ingin memberi peluang kedua atau tidak kerana kita ada hak itu.

“Andai sudah tidak boleh menyelesaikan masalah itu, berpisah mungkin jalan terbaik untuk kedua-dua pihak daripada bersama dan asyik mengimbau tindakan serta kecurangan dirinya selama ini. Bukankah itu tidak bahagia kelak? Malah, tidak mustahil kejadian itu akan memburukkan lagi hubungan.”
Dia Fadila, Penyanyi

INFO: 8 reaksi si dia curang

1. Tidak semesra dulu
Jika sebelum ini, nampak kesungguhan dirinya dalam berhubungan, tetapi semuanya pantas bertukar. Bukan setakat tiada kata-kata manis, si dia juga seolah-olah mahu menjauhkan diri.

2. Resah melampau
Bukan saja duduk tidak keruan, riak wajahnya juga membayangkan segala-galanya. Lebih-lebih lagi, si dia asyik melihat jam tangan...musykillah!

3. Mematikan nada dering
Jika dulu, telefon andalah yang diterkam dulu untuk menguji tahap kesetiaan. Kali ini, si dia pula yang menyembunyikan telefon bimbit dan mengubah nada bunyi kepada mod gegar. Tidak cukup itu, telefon bimbit dibawa sampai ke bilik air. Faham-faham sajalah!

4. Mudah naik angin
Pantang tersilap sikit, ada saja yang tidak kena. Jika si dia mahu selalu bersama, sekarang ada saja yang tidak kena. Pantang nampak kesalahan, bagai halilintar marahnya.

5. Kurang menelefon dan bertanya khabar
Hakikat ini harus anda fahami semua. Ketika awal bercinta dulu, bukan main lagi gelagatnya menelefon serta menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS). Sekarang, semua tinggal kenangan.

6. Alasan demi alasan
Jika sudah berumah tangga, ada saja alasan untuk pulang lewat. Bagi yang bercinta pula, si dia kerap memberi alasan sibuk bekerja. Sedangkan, semua itu dusta kerana sebenarnya, si dia sibuk berpacaran dengan orang lain.

7. Panggilan rahsia
Bukan saja ada kod rahsia pada telefon bimbit, si dia juga sering menyamar seolah-olah sedang bercakap dengan orang penting di tempat kerja, walhal itulah ‘kekasih gelapnya’.

8. Tersasul
Entah apa mimpi, si dia tiba-tiba memanggil anda dengan panggilan yang cukup manja dan berbeza. Sayang, manja, darling atau sebagainya. Jangan mudah terpedaya dengan nama palsu itu kerana di sebalik ungkapan itu, mungkin si dia tersalah sebut nama buah hati baru.

- BERITA HARIAN

Tabung Haji beri bonus 5.5 peratus untuk tahun 2010

by

Seramai 5.6 juta pendeposit Tabung Haji bakal menerima habuan iaitu pembayaran bonus pada kadar 5.5 peratus berikutan kejayaan agensi itu mencatat pendapatan lebih RM2 bilion, tahun lalu.

Ketika mengumumkannya semalam, Pengerusinya, Tan Sri Abi Musa Asa’ari Musa berkata, pendapatan itu adalah peningkatan sebanyak RM305 juta atau 17 peratus berbanding pendapatan pada 2009. Keuntungan selepas zakat bagi 2010 adalah RM1.4 bilion.

Seramai 5.6 juta pendeposit Tabung Haji bakal menerima habuan iaitu pembayaran bonus pada kadar 5.5 peratus berikutan kejayaan agensi itu mencatat pendapatan lebih RM2 bilion, tahun lalu.

Ketika mengumumkannya semalam, Pengerusinya, Tan Sri Abi Musa Asa’ari Musa berkata, pendapatan itu adalah peningkatan sebanyak RM305 juta atau 17 peratus berbanding pendapatan pada 2009. Keuntungan selepas zakat bagi 2010 adalah RM1.4 bilion.
“Pembayaran bonus pendeposit sebanyak RM1.33 bilion itu adalah daripada keuntungan tahun semasa iaitu peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding bonus RM1.07 bilion yang dibayar pada 2009.
“Kadar bonus pendeposit Tabung Haji adalah kompetitif memandangkan profil pelaburan kita yang terhad kepada pelaburan berlandaskan Syariah saja. Namun begitu, Tabung Haji masih berkemampuan memberikan tambahan 0.5 peratus daripada kadar bonus 2009 sebanyak 5.0 peratus,

“Tabung Haji memiliki 5.6 juta pendeposit dengan jumlah deposit pada 2010 dicatatkan sebanyak RM25.8 bilion berbanding RM21.3 bilion pada tahun 2009,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Abi Musa berkata, sumber-sumber utama pendapatan Tabung Haji bagi 2010 adalah daripada pelaburan ekuiti yang menyumbang sebanyak 65 peratus yang mana 19 peratus adalah pendapatan dividen dan 46 peratus merangkumi keuntungan urus niaga saham. Penyumbang kedua terbesar membabitkan pelaburan sekuriti hutang, terutama bon Islam yang menyumbang sebanyak 10 peratus.

“Perbelanjaan operasi Tabung Haji juga adalah terkawal dan dalam trend menurun jika dilihat daripada perspektif pendapatan yang sentiasa meningkat dan saiz dana pendeposit yang bertambah setiap tahun,” katanya.
Abi Musa berkata, keuntungan selepas zakat Tabung Haji bagi tahun lalu turut menunjukkan kadar pertumbuhan yang baik dengan perkembangan 34 peratus berbanding 2009.

“Baki keuntungan 2010 sebanyak RM164 juta akan dimasukkan ke rizab Tabung Haji menjadikan jumlah rizab terkumpul pada tahun lalu sebanyak RM317 juta,” katanya.

“Pengukuhan rizab perlu diberi keutamaan bagi mengelak faktor ketidaktentuan luaran yang akan sentiasa mendatangkan kesan kepada institusi pelaburan seperti Tabung Haji terutama apabila ekonomi masih berada di ambang pemulihan,” katanya.

Mengulas sasaran tahun ini, Abi Musa optimis untuk menyaksikan agensi itu mencatatkan deposit melebihi atau sekurang-kurangnya berada di paras RM30 bilion walaupun sentiasa berwaspada dengan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku.

Mengenai kemungkinan kos menunaikan haji dinaikkan tahun ini, Abi Musa Asa’ari berkata kenaikan itu pada dasarnya diakibatkan oleh pelbagai faktor luaran seperti kos penginapan dan pengangkutan.

“Tabung Haji menanggung subsidi sebanyak RM3020 untuk setiap jemaah kerana setiap jemaah muasasah hanya perlu membayar RM9,980 berbanding kos sebenar iaitu RM13,000.

“Apapun kenaikan yang berlaku, kami jamin ia tidak akan membebankan jemaah kerana ia perlu mengambil kira semua faktor,” katanya.

- BERITA HARIAN

Top Ad 728x90