30 April 2011

Kalendar Aktiviti & Peristiwa Penting Bulan Mei 2011

by
12 April 2011 - Peperiksaan Khas Gred 41 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

16 April 2011 - Hari Pengundian Pilihanraya Negeri DUN Sarawak

19 April 2011 - Hari Keputeraan Sultan Perak

20 - 26 April 2011 - Minggu Saham Amanah (MSAM) 2011 di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh, Perak

22 April 2011 - Semakan Panggilan Ujian MEDSI DPLI & ISMP 2011

22 April - 1 Mei 2011 - Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumupur (PBAKL) 2011 di PWTC

30 April 2011 - Ujian MEDSI DPLI & ISMP

28 April 2011

Tricubes sasar tarik lebih 5 juta pengguna myemail

by
TRICUBES Bhd, pengendali projek portal e-mel 1Malaysia, myemail, menyasarkan untuk menarik sehingga 5.4 juta pengguna perkhidmatan itu menjelang akhir tahun ini, selepas ia dilancarkan pada Julai.

Perkhidmatan itu menjadi platform komunikasi sehenti secara selamat kepada rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan rasmi dengan beberapa agensi kerajaan, termasuk membabitkan notis rasmi dan bil.
Tricubes berkata, projek myemail, antara beberapa Projek Permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), itu kini sedang dalam percubaan pada peringkat dalaman dengan menggunakan versi beta bagi memastikan tahap keselamatan dan keupayaan fungsinya.

Akaun myemail boleh didaftar secara percuma, terbuka kepada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan ia boleh dilakukan dengan melakukan pengesahan tunggal di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau menerusi peranti khas pengesan cap jari USB yang boleh dibeli daripada syarikat itu.

Ketua Eksekutifnya, Khairun Zainal Mokhtar, berkata tahap keselamatan pengguna adalah matlamat paling penting perkhidmatan itu kerana data yang dihantar atau diterima menerusi myemail dilindungi menerusi enkripsi sepenuhnya bagi memastikan integritinya.

“Semua jenis mesej yang dihantar, sama ada berbentuk peribadi atau membabitkan maklumat rasmi, semuanya akan melalui Lapisan Soket Selamat (SSL),” katanya pada taklimat media berhubung model perniagaan projek myemail di Kuala Lumpur, semalam.
Khairun menjelaskan, pendapatan dijana melalui perkhidmatan myemail adalah dengan mengenakan caj kurang 50 sen kepada setiap e-mel yang dihantar agensi kerajaan membabitkan notis atau pemberitahuan rasmi dan caj tambahan akan hanya dikenakan untuk dokumen yang melalui proses enkripsi secara pilihan.

Tegasnya, pemilik akaun yang menggunakan e-mel itu bagi tujuan peribadi sama sekali tidak akan dikenakan caj, iaitu sama seperti perkhidmatan e-mel percuma lain yang ada dalam talian.

“Kami mengenakan caj untuk perkhidmatan enkripsi data menggunakan biometrik, iaitu bagi tujuan integriti dan kesulitan maklumat. Ia berfungsi sebagai pejabat pos digital,” katanya.

Beliau menambah, dengan adanya perkhidmatan itu, agensi kerajaan dianggarkan dapat menjimatkan penggunaan sehingga 8.5 juta keping kertas seberat 4,250 tan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Agensi kerajaan bakal dapat menjimatkan sehingga RM200 juta dalam tempoh itu,” katanya sambil menambah syarikat itu kini berunding dengan beberapa agensi kerajaan bagi menempatkan perkhidmatan masing-masing ke dalam myemail.

Dalam perkembangan sama, Khairun berkata kedudukan syarikat itu yang disenaraikan sebagai berstatus GN3 di Bursa Malaysia bukan halangan utama kepadanya untuk meneruskan perniagaan.

“Projek myemail adalah sebahagian langkah aturan semula kedudukan kewangan syarikat seperti yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia,” katanya.

Tricubes, katanya, sudah memperoleh pembiayaan awal sebanyak RM5.3 juta dalam bentuk sekuriti boleh ubah daripada Malaysian Venture Capital Management Sdn Bhd (MAVCAP) untuk membangunkan fasa pertama projek berkenaan.

Pelaksanaan projek myemail dijangka membabitkan pelaburan keseluruhan bernilai RM50 juta bagi tempoh 10 tahun dan Tricubes akan melabur semula pendapatan yang diraihnya untuk memastikan kelangsungan serta menyediakan khidmat nilai tambah pada masa depan.

- BERITA HARIAN

Baca, teliti sebelum beli

by
Oleh Prof. Madya Dr. Zaitun Yassin & Mahenderan Appukutty
Ahli Persatuan Pemakanan Malaysia.

LABEL pemakanan atau panel maklumat pemakanan (NIP), adalah jadual yang terdapat pada label makanan berpaket yang menunjukkan jumlah tenaga, karbohidrat, protein dan lemak dalam produk makanan.

Kebanyakan pengilang produk makanan turut menyenaraikan vitamin, zat galian dan nutrien-nutrien lain. Ia boleh dianggap sebagai indikator kualiti pemakanan produk tertentu.

Label pemakanan menggalakkan penggunaan prinsip pemakanan yang betul dalam pemilihan dan penyediaan sajian makanan untuk keluarga. Sebagai ibu bapa yang prihatin, pemahaman mengenai maklumat ini akan membantu anda membuat pilihan makanan yang lebih berkhasiat untuk anak-anak anda. Seterusnya ia membantu memenuhi keperluan pemakanan di samping mengehadkan pengambilan lemak dan gula yang berlebihan dalam dietnya. Sentiasa amalkan membaca label pemakanan walaupun anda pernah membeli makanan yang sama sebelum ini, kerana formula dan kaedah pemprosesan makanan mungkin sudah berubah seiring dengan masa.

Sentiasa baca senarai kandungan ramuan! Maklumat ini penting sekiranya si manja anda mempunyai alahan atau alergi terhadap satu atau beberapa jenis komponen makanan. Pengetahuan tentang kandungan produk dapat membantu mengelak kemudaratan. Anda juga boleh mendapatkan maklumat makanan dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dengan menyemak senarai nutrien dan jumlah nutrien dalam setiap hidangan produk makanan tertentu, sudah pasti anda dapat menganggarkan jumlah nutrien makanan yang boleh menyumbang kepada pengambilan harian si manja anda. Maklumat ini boleh digunakan sebagai panduan dalam membuat pilihan makanan yang bijak bagi merancang sajian yang sihat dan seimbang untuk si manja anda. Petua berikut boleh dijadikan panduan:

Jangan sesekali membeli makanan hanya kerana anda sukakan bungkusannya. Sentiasa ingat bahawa produk makanan yang mahal tidak semestinya lebih baik atau lebih berkhasiat. Sebagai ibu bapa yang prihatin, sentiasa bandingkan produk makanan dengan membaca NIP.

Ingatlah, buat perbandingan berdasarkan jumlah nutrien setiap 100g atau 100ml produk. Saiz hidangan mungkin tidak sesuai untuk dibuat perbandingan kerana ia mungkin berbeza di antara jenama.

Jangan mudah terpengaruh dengan semua tuntutan yang anda baca pada label makanan. Misalnya, sesuatu produk dituntut mempunyai "rendah lemak" tetapi mungkin mengandungi kandungan gula yang tinggi, manakala produk yang mendakwa "tiada kolesterol" mungkin mempunyai kandungan lemak yang tinggi.

Bagaimana untuk membuat keputusan yang lebih baik berdasarkan dakwaan pengeluar? Mudah sahaja, bacalah label pemakanan.

Jika anda memerlukan panduan selanjutnya mengenai cara menggunakan label pemakanan, mintalah nasihat pakar pemakanan atau pakar diet.

- UTUSAN

Edisi Baru Setemku Lebih Kreatif, Komprehensif

by
Pos Malaysia pada Rabu melancarkan edisi baru SetemKu, yang mengabadikan imej pelanggan pada setem dalam reka bentuk menarik yang sah untuk pengeposan serta boleh disimpan sebagai koleksi.

Berbanding edisi lama di mana pengguna boleh menceraikan foto dan setem asas untuk menghantar surat namun bagi edisi baru, foto dan setem asas disatukan sebagai setem yang sah untuk pengeposan.

Edisi terbaru Setemku didatangkan dalam empat reka bentuk dengan cetakan dua kolum di setiap helaian, yang turut mengandungi nilai denominasi 65 sen dan 35 sen ini.

Ketua Unit Setem dan Filateli Posniaga Yasmin Ramli dalam sidang media hari ini berkata keluaran terbaru SetemKu itu dijayakan hasil kerjasama Pos Malaysia dengan syarikat teknologi Pictureworks (M) Sdn Bhd.

Sempena pelancaran SetemKu terbaru itu, Pos Malaysia juga menghasilkan SetemKu bertemakan seni kraftangan Perak dengan denominasi 65 sen dan 35 sen.

Koleksi seni kraftangan Perak itu mula dijual pada Khamis.

- BERNAMA

Galak rakyat guna bahasa kebangsaan

by
Kempen menggunakan bahasa kebangsaan bukan sahaja harus diteruskan, malah diperhebatkan melalui semua saluran yang ada di negara ini. Baik saluran media cetak mahupun media elektronik ataupun pihak kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT), kesemuanya perlu duduk semeja bagi membincangkan kaedah pantas yang dapat menyedarkan orang ramai pentingnya penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan seharian.

Melalui penguatkuasaan peraturan dan penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sesuatu boleh dilakukan untuk memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan rakyat negara ini. Jika perlu memaksa, maka lakukan dari sekarang kerana kita lihat bahasa kebangsaan hari ini bukan sahaja tidak digunakan dengan meluas terutama dalam kalangan kaum bukan Melayu, malah tidak dihormati dan tidak dimartabatkan dengan sewajarnya.

Penguatkuasaan penggunaan bahasa kebangsaan hendaklah diberi perhatian serius termasuk mewajibkan majlis-majlis di peringkat nasional menggunakan sepenuhnya bahasa kebangsaan. Bak kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, terdapat penganjur yang sengaja menggunakan bahasa Inggeris walaupun tetamu yang hadir hanya dua atau tiga orang bangsa asing. Pihak penganjur yang 'berlagak' dan sombong seperti itu sewajarnya dikenakan tindakan tegas kerana memperlekehkan bahasa kebangsaan.

Begitu juga sidang media yang diadakan oleh penganjur majlis diwajibkan menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya. Jika gagal berbuat demikian, maka denda boleh dikenakan.

Kadangkala, tindakan 'keras' seperti denda dan tidak memperbaharui lesen perniagaan bagi pengusaha yang ingkar menggunakan bahasa kebangsaan pada papan iklan di premis masing-masing perlu dilakukan demi maruah bahasa kebangsaan.

Alasan kurang fasih berbahasa kebangsaan tidak lagi boleh diterima memandangkan negara telah mencapai kemerdekaan selama 54 tahun pada 31 Ogos ini. Mustahil dalam tempoh itu, rakyat gagal belajar menguasai bahasa kebangsaan dengan baik. Sebagai warganegara Malaysia yang merdeka, setiap rakyat sepatutnya mampu bercakap dalam bahasa kebangsaan dengan baik tanpa pelat pembawaan bahasa ibunda.

Namun, amat malang sekali kerana tidak hanya kaum bukan Melayu yang malu dan gagap bercakap dalam bahasa kebangsaan, malah ada orang Melayu sendiri bersikap sedemikian.

Bagi Melayu lupa diri itu, tidak glamor jika bercakap Melayu (bahasa kebangsaan) dan kerana itu, mereka lebih selesa bercakap dalam bahasa penjajah. Tak payahlah kita mengambil contoh rakyat di negara Jepun dan Korea yang begitu menyanjung tinggi bahasa mereka. Lihat saja contoh terdekat di negara jiran, Indonesia yang berjaya mendidik setiap rakyatnya termasuk daripada bangsa Cina supaya menggunakan bahasa Indonesia sepenuhnya dalam semua urusan harian.

Justeru, tidak hairanlah apabila penduduk Cina di Indonesia begitu fasih bertutur di dalam bahasa nasional mereka berbanding dengan bahasa ibunda mereka. Tindakan tegas pemerintah Indonesia mendisiplinkan rakyatnya agar menggunakan bahasa Indonesia dalam segala urusan wajar dicontohi kerajaan Malaysia.

Sebagai langkah permulaan, pihak kerajaan melalui PBT perlu mengetatkan peraturan dan mengambil tindakan tegas terhadap semua pengusaha perniagaan yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan di papan iklan ataupun premis mereka. Pastikan juga setiap majlis menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya. Mulakan dari sekarang!

- UTUSAN

Dewan bedah tercanggih di Malaysia

by

Pembangunan dewan bedah berteknologi tinggi di negara ini dengan ciri-ciri keselamatan yang canggih bukan sahaja mampu meningkatkan taraf kesihatan ke tahap yang lebih tinggi malah, boleh menyelamatkan lebih banyak nyawa.

Usaha yang dilakukan Pusat Perubatan Universiti kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak beberapa tahun lalu kini patut diberi pujian kerana mereka berjaya membangunkan sebuah dewan bedah berdefinisi tinggi (HD) yang dinamakan OR1 bagi memastikan pesakit dibedah dalam suasana yang lebih selamat.

Ruang kondusif dan peralatan penyelesaian lebih ergonomik pula dibekal oleh syarikat penyediaan peralatan pembedahan, Karl Storz dari Jerman menjadikan bilik bedah OR1 lebih dinamik. Ia sekali gus menggalakkan pelancongan kesihatan yang semakin popular hari ini.

Istimewanya dewan itu kerana berupaya membantu pakar bedah menjalankan pembedahan melalui pengawalan sistem peralatan perubatan selain boleh mengadakan lintas langsung atau telekonferens dengan pakar sama ada di dalam atau luar negara.

Timbalan Pengarah Pusat Kemahiran Pembedahan Lanjutan (ASSC) PPUKM, Prof. Dr. Hanafiah Harunarashid memberitahu, OR1 merupakan teknologi pertama di Asia Tenggara dan Malaysia sangat bertuah menjadi negara pertama menggunakannya.

Menurut beliau, pakar bedah juga mampu meminimumkan kesilapan ketika melakukan pembedahan laparoskopik dan endoskopik kerana mereka berupaya mengawal penuh sistem komputer, kuasa lampu, suhu dewan bedah dan sebagainya.

Kata beliau, perkembangan teknologi dewan bedah tersebut yang menggunakan aplikasi elektronik membolehkan operasi bedah berjalan lebih lancar dan mudah berbanding dewan bedah terdahulu yang kurang teratur.

Kata pakar bedah itu lagi, walaupun teknologi laparoskop yang digunakan ketika pembedahan laparoskopik dibangunkan sejak tahun 1980-an tetapi, pada ketika itu hanya melibatkan alatan asas berbanding teknologi terkini yang banyak mengaplikasi aspek elektronik.

Skrin HD dan sentuh

“Dewan bedah itu dianggap istimewa kerana kita menggunakan peralatan paling canggih. Jadi, kita boleh lakukan pembedahan laparoskopik tanpa membuat pembedahan terbuka lagi.

“Paparan skrin berdefinisi penuh sangat jelas berbanding sebelum ini bahkan, kita boleh menggunakan alat dengan lubang sekecil lima milimeter (mm) untuk memasukkan peralatan ke dalam tubuh manusia dan hampir tiada luka,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai perjalanan sistem yang hanya terdapat di PPUKM, Hanafiah berkata, semua pakar bedah perlu membuat pendaftaran sebelum menggunakan dewan bedah OR1 melalui sistem komputer.

“Sebagai contoh mudah, semua peralatan itu seperti checkpoint kapal terbang. Selagi semua tidak di set dengan baik, ia tidak boleh berlepas, ini semua bagi memastikan tiada masalah kelak,” ujarnya.

Tambah Hanafiah, pakar bedah juga boleh mengawal pelbagai peralatan seperti lampu, kamera dan sebagainya seperti diinginkan mereka dengan hanya menyentuh paparan skrin umpama gajet iPhone atau iPad.

Dedah beliau, melalui OR1, pakar bedah juga mampu melakukan pembedahan secara bersendirian tanpa bantuan jururawat, namun perkara itu bergantung kepada jenis pembedahan.

Kesesuaian dewan bedah itu juga dilengkapi kemudahan telekonferens bagi pembedahan yang lebih kompleks. Sekiranya seseorang doktor memerlukan pandangan pakar yang berada jauh beribu kilometer sekali pun, mereka boleh berbincang melalui sidang video sahaja.

“Kita juga boleh melakukan pelbagai jenis pembedahan yang sebelum ini mungkin sukar dilaksanakan dan kini kita boleh lakukannya.

“Sebagai contoh, dengan teknologi buatan Jerman ini kita boleh melakukan pembedahan untuk bayi berusia seawal dua bulan sama ada yang mempunyai masalah paru-paru, ginjal, hati atau pun pankreas,” katanya.

Antara kelebihan melakukan pembedahan menerusi OR1 adalah pesakit cepat sembuh, kesakitan serta pendarahan juga kurang kerana potongan dilakukan secara minimum.

Bukan itu sahaja, pada hari pembedahan juga, pesakit sudah boleh pulang. Bagi orang dewasa, dua hari selepas pembedahan mereka boleh meneruskan kerja kembali.

Berbanding pembedahan yang dilakukan secara terbuka, selain rasa lebih sakit, pesakit akan ditahan di unit rawatan rapi (ICU) lebih daripada seminggu selepas pembedahan.

Bagaimanapun ujar Hanafiah, secanggih mana peralatan itu pasti terdapat kekangan yang menghalang. Salah satunya kekurangan tenaga mahir untuk menggunakannya kerana sistem berkenaan masih baru.

“Justeru, kami memerlukan lebih ramai pelatih dan sebab itu juga ASSC memperuntuk 12 makmal di kompleks yang turut menempatkan OR1 bagi melatih mereka mengendalikan alat itu dengan mahir.

“Kita tahu, pembedahan laparoskopik jika tidak dilatih dengan baik boleh membawa banyak kemudaratan kepada pesakit. Oleh itu, mereka perlu dilatih sebaik mungkin,” ujarnya.

- KOSMO!

Waspada kapsul gelatin babi

by
Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam memilih produk berkaitan farmaseutikal kerana kajian bioteknologi menunjukkan 15 peratus produk yang dibungkus dengan kapsul gelatin sebenarnya diperoleh daripada sumber babi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, dalam hubungan ini, pihak pembekal dan pengilang perlu bekerjasama dengan kerajaan dalam memastikan produk yang dikeluarkan perlu mempamerkan label kandungan bahan yang digunakan.

Kata beliau, berdasarkan akta sedia ada, kementerian melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat dan mengambil tindakan terhadap pembekal yang menjual produk seumpama itu.

“Tindakan hanya boleh diambil oleh Jakim jika produk berkenaan mempunyai logo halal atau apa-apa yang membawa maksud sama. Bagaimanapun, di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, setiap produk perlu mengisytiharkan sumber bahannya pada label.

“Kementerian tetap berusaha untuk menghalang situasi tersebut. Justeru itu, kita akan menggiatkan promosi maklumat kepada orang ramai selain mewujudkan akta halal yang kini dalam proses diperkemaskan sebelum dibentangkan nanti,” katanya ketika menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Jamil Khir berkata, sehingga kini sebanyak 141 syarikat farmaseutikal telah mendapatkan sijil halal bagi produk mereka dan orang ramai khususnya umat Islam boleh membuat semakan melalui laman web www.halal.gov.my.

“Kita tahu ramai yang keliru dengan label-label yang ada pada setiap produk kerana ia menggunakan istilah sains seperti porcine.

“Bagi mereka yang tidak tahu, ramai yang tidak mengendahkannya walhal istilah itu sebenarnya menunjukkan ia mengandungi bahan daripada babi,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang turut menjawab soalan berkaitan berkata, selain tuntutan agama Islam bahawa kandungan babi adalah bahan yang diharamkan, sumber bahan itu juga boleh mengakibatkan alahan kepada pemakai.

Kata beliau, kementerian boleh menggantung dan membatalkan lesen pembekal atau pengilang yang gagal memberi maklumat tentang kandungan ubat dan yang memberikan maklumat palsu.

Menurutnya, dasar kementerian adalah untuk memastikan produk yang dipasarkan dalam negara adalah produk yang berdaftar dengan kementerian melalui Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan bahagian penguat kuasa farmasi.

“Setakat ini kementerian bersedia untuk mengkaji logo halal bagi semua produk yang dikeluarkan oleh kementerian.

“Dalam pada itu juga, kita menggalakkan masyarakat untuk membuat rujukan terhadap notifikasi produk yang dipasarkan dengan laman web kementerian,” kata beliau.

Rosnah menjawab soalan ahli Dewan Negara, Senator Dayang Madinah Tun Abang Openg yang menyatakan bahawa produk kesihatan dan kosmetik yang terdapat di pasaran mengandungi bahan yang memudaratkan.

- UTUSAN

Hutang isi rumah negara tertinggi di dunia

by
PULAU PINANG 26 April - Nisbah hutang isi rumah kepada pendapatan boleh guna rakyat negara ini merupakan antara yang tertinggi di dunia dengan kadar 140 peratus.

Penasihat Khas kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Dr. Michael Lim Mah Hui ketika mendedahkan perkara itu berkata, kadar tersebut jauh mengatasi Singapura dengan 105 peratus, Amerika Syarikat (123.3 peratus), Korea (101 peratus), Thailand (52.7 peratus) dan Indonesia (38 peratus).

Menurut beliau, pinjaman yang diambil bagi setiap isi rumah di negara ini pula adalah pada kadar 1.4 kali lebih tinggi berbanding pendapatan menyebabkan pendapatan boleh guna menjadi semakin sedikit.

"Nisbah bayar hutang isi rumah juga semakin meningkat iaitu 39.5 peratus pada 2008, 49 peratus (2009) dan menurun sedikit kepada 47.8 peratus pada tahun lalu yang menunjukkan hampir separuh daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk membayar hutang.

"Oleh itu, tidak banyak lagi yang tinggal untuk dibelanjakan bagi makanan, pengangkutan, pendidikan dan kecemasan. Bagaimana jika pencari nafkah jatuh sakit atau hilang pekerjaan? Situasi akan menjadi sukar dan ini amat membimbangkan," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Menurut Mah Hui, bahagian terbesar hutang isi rumah di negara ini adalah untuk membayar balik pinjaman perumahan diikuti pinjaman kereta, penggunaan peribadi, pembelian saham dan kad kredit.

Katanya, berbelanja menggunakan dana yang dipinjam boleh meningkatkan ekonomi tetapi ia juga boleh memperlahankan ekonomi apabila isi rumah dipaksa menahan perbelanjaan dalam usaha untuk membayar semula pinjaman mereka.

Justeru, katanya, kerajaan perlu mengetatkan peraturan sedia ada termasuk dalam urusan gadai janji dalam pasaran hartanah dengan meningkatkan bayaran pendahuluan yang minimum selain meningkatkan deposit dan mengurangkan tempoh pinjaman kereta.

"Kerajaan juga perlu menghentikan iklan bagi pinjaman dan kad kredit yang tidak telus mengenai kos yang terlibat. Semua ini mampu meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat, sekali gus membendung mereka daripada berhutang terlalu tinggi sehingga tidak mampu dibayar," katanya.

- UTUSAN

Obama dedah sijil lahir

by
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam mendedahkan sijil kelahirannya bagi menamatkan isu bahawa beliau bukan warga AS.

“Kami tidak mempunyai masa untuk kebodohan ini,” kata Obama menerusi ucapan yang disiarkan menerusi televisyen dari White House di sini.

Sebelum ini terdapat desas-desus bahawa beliau tidak dilahirkan di AS sehingga menyebabkan bilionair terkenal, Donald Trump menghantar para penyiasat ke Hawaii untuk mengesahkan kedudukan sebenar Obama.

Desas-desus itu juga menyebabkan ahli-ahli perwakilan di negeri Arizona mengundi rang undang-undang yang mahukan calon presiden menunjukkan bukti mereka lahir di AS.

Dalam sijil kelahiran yang didedahkan semalam, Obama dinyatakan dilahirkan oleh bapa keturunan Kenya dan ibu warga AS di Hawaii.

Tempat lahir Obama di Hawaii itu sekali gus menyebabkan beliau layak untuk memegang jawatan presiden AS berdasarkan perlembagaan negara ini.

Dokumen kelahiran Obama itu ditandatangani oleh seorang doktor yang menyambut kelahirannya di Hanolulu, Hawaii pada 4 Ogos 1961.

“Saya yakin, bahawa rakyat Amerika dan pemimpin politik Amerika boleh bersatu dalam apa jua cara dan menyelesaikan masalah ini,” kata Obama.

– Agensi

Hukum simpanan di bank

by
Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED

HAMPIR semua rakyat di Malaysia mempunyai akaun simpanan di bank. Akaun simpanan telah menjadi satu keperluan yang mesti dimiliki oleh semua lapisan masyarakat. Antara kelebihan membuat simpanan di bank ialah ia memberi keselamatan kepada wang yang dimiliki dan memudahkan urusan transaksi pemindahan wang, pembelian atau pembayaran yang melibatkan jumlah wang yang besar.

Simpanan di akaun bank juga dapat menggalakkan pelaburan dan aktiviti urusniaga apabila pihak bank boleh menggunakan deposit yang disimpan itu untuk tujuan kegiatan ekonomi. Ini seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan memperbanyakkan lagi peluang-peluang pekerjaan dalam sektor yang pelbagai.

Untuk menarik minat para pelanggan meletakkan deposit mereka, pihak bank biasanya akan menawarkan hadiah, insentif atau manfaat tertentu. Di samping perkhidmatan yang cekap, pantas dan berkesan, pihak bank juga akan mempromosikan akaun simpanan di bank dengan pelbagai manfaat yang menarik seperti dividen, pakej pelancongan, wang tunai dan sebagainya.

Namun, kita sebagai pelanggan kepada bank perlu sedar bahawa manfaat-manfaat ini boleh menjurus kepada perkara yang haram sekiranya tidak dikendalikan mengikut Syariah.

Dalam dunia perbankan Islam, simpanan disebut sebagai wadiah. Konsep ini lazimnya diguna pakai di dalam aktiviti penyimpanan deposit, khidmat pemegang amanah dan peti simpanan deposit. Di antara produk yang popular ialah Wadiah Saving Account. Pelanggan atau pendeposit akan membuat simpanan ke dalam akaun ini yang berasaskan kontrak Wadi'ah.

Pendeposit akan bertindak sebagai Muwaddi' (orang yang mengamanahkan) dan bank akan dilantik sebagai Wadi' (orang yang diamanahkan). Pihak bank biasanya akan menggunakan duit yang disimpan oleh pendeposit-pendeposit dengan kebenaran mereka.

Bank akan menggunakannya untuk membuat pelaburan yang mempunyai risiko yang agak rendah (low risk investment) atau pihak bank akan menggunakannya untuk menyediakan pembiayaan kepada pelanggan-pelanggan yang memerlukan pembiayaan.

Oleh kerana bank telah menggunakan deposit pelanggan tersebut, maka bank perlu menjamin deposit tersebut. Ini bermakna, walaupun bank menggunakan duit tersebut, pelanggan tetap dapat mengeluarkan simpanannya pada bila-bila masa.

Bagi menghargai pihak pelanggan, bank akan memberikan hibah sekiranya pihak bank mendapat keuntungan. Namun, ia tidak boleh dijanji atau ditetapkan dalam kontrak kerana ia adalah riba. Hibah tersebut hanya boleh ditentukan mengikut budi bicara bank berdasarkan pertimbangan prestasi keuntungan.

Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (MPS) pada mesyuarat ke-35 bertarikh 22 Mei 2003 telah memutuskan bahawa amalan pemberian hibah oleh institusi perbankan Islam kepada pendeposit wadiah adalah dibenarkan.

Walau bagaimanapun, pemberian hibah tersebut tidak boleh dijadikan sebagai amalan tetap bagi mengelakkan amalan tersebut dikira sebagai 'urf yang menyerupai syarat dalam kontrak deposit berasaskan wadiah.

- UTUSAN

UNDIAN - Tricubes Bhd akan melaburkan RM50 juta untuk menyediakan projek akaun e-mel 1Malaysia kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. Adakah anda setuju?

by
UNDIAN - Tricubes Bhd akan melaburkan RM50 juta untuk menyediakan projek akaun e-mel 1Malaysia kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. Adakah anda setuju?

KEPUTUSAN UNDIAN

Setuju - 18 (30%)

Tidak setuju - 41 (69%)

JUMLAH UNDIAN : 59

TEMPIH UNDIAN : 20 - 27 April 2011

Serangan secara berlapis adalah taktik perang Rasulullah

by
Sebagai Ketua Tentera, baginda telah menyedari taktik untuk menyerbu dan menyerang tentera Islam yang seperti itu. Lalu baginda membalas serangan secara barisan yang berlapis-lapis.

Apabila barisan pertama bertempur dengan musuh yang datang menyerbu, barisan kedua tentera Islam pula menyerbu musuh yang sedang bertempur dengan barisan pertama itu. Ini diikuti dengan barisan ketiga akan membantu barisan pertama dan kedua untuk mengalahkan serangan pertama pihak musuh itu.

Begitulah taktik peperangan yang Nabi perkenalkan.

Sambil menyerang, tentera-tentera Islam akan melaung-laungkan "Amit! Amit!" (bunuh! bunuh!) dengan begitu bersemangat sekali untuk mengalahkan musuh.

Taktik seperti ini berjaya menggemparkan dan mengharu-birukan pihak musuh. Ramai anggota tentera musuh yang mati kerana tidak mampu mempertahankan diri daripada serangan tentera Islam yang datang berlapis-lapis dan bertubi-tubi itu. Akhirnya bendera atau panji Quraisy yang dibawa tidak sahaja bertukar tangan kerana setiap kali ia cuba dipertahankan maka setiap kali itu juga tentera Islam akan memanah si pemegang dengan tepat mahupun akan memenggal tangan sehingga putus. Sehinggalah bendera itu itu sendiri jatuh melayang menyembah bumi dan semakin ramailah juga tentera kafir Quraisy yang bertempiaran lari.

Abu Dujanah sendiri dengan serban merah yang sangat menggerunkan itu benar-benar menunaikan hak pedang yang dipinjamkan daripada Rasulullah itu.

Antara yang dilaungkan oleh Abu Dujanah yang turut menimbulkan gerun di hati semua orang; "Akulah orangnya yang dijanjikan kekasihku.

Tatkala kami di As Safah di rimbunan pohon kurma

Bahawa selamanya aku tidak akan berundur ke belakang

Aku melibas milik Allah dan Rasul akan sebilah tajamnya pedang!"

Abu Dujanah benar-benar mengkucar-kacirkan barisan tentera Musyrikin.

Malah jika bertemu buku dengan ruas, sama kuat dan sama gagah maka kepintaran lebih memberikannya peluang untuk mengalahkan musuh. Sekalipun perisainya dapat menahan serangan musuh, saat itu jugalah Abu Dujanah membalas sepantas kilat dia membunuh.

Abu Dujanah sentiasa mampu mara ke hadapan umpama musuh yang menjadi semak samun berjaya ditebas dan memberikan satu lorong baru untuk beliau lalui.

Sehinggalah Abu Dujanah sampai ke barisan musuh yang dianggotai oleh tentera perempuan.

Saat itu, Abu Dujanah tidak menyedari bahawa yang di hadapannya kini adalah seorang perempuan dan hampir-hampir sahaja beliau hendak terus menyerang dan sekali gus membunuhnya.

"Aku melihat seorang dari pihak musuh sedang mencakar-cakar dan mengherdik orang lain. Lalu aku pun menuju kepadanya untuk kutamatkan riwayatnya.

"Maka apabila aku telah mengangkat pedangku untuk menghabiskan riwayatnya, ia pun berpaling dan alangkah terkejutnya apabila mendapati bahawa dia adalah seorang wanita. Maka aku menghormati pedang Rasulullah ini agar tidak digunakan untuk menetak wanita," kata Abu Dujanah.

Abu Dujanah sebenarnya terserempak dengan Hindun itu sendiri dan sebagaimana yang diceritakan oleh Az Zubair bin Al Awwam pula; "Aku melihat Abu Dujanah telah mengangkat pedangnya untuk menetak ke leher Hindun binti Utbah, kemudian ditarik balik pedangnya, lalu aku berkata; Allah dan Rasulnya lebih mengetahui mengapa Abu Dujanah tidak jadi membunuhnya."

- UTUSAN

27 April 2011

Hari TLDM 27 April - Terus Melangkah Gagah Di Mata Dunia

by
Berbekalkan semangat ketenteraan, ketaatan kepada negara serta keberanian yang tidak terhingga, pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bakal berusia 77 tahun esok, semakin giatmengukuhkan struktur angkatannya dalam menjamin kedaulatan dan keselamatanmaksimum samudera negara.

Melakar nama sebagai satu daripada cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), TLDM berjaya menampilkan diri sebagai sebuah ketumbukan yang berwibawa, utuh dan siap siaga dalam menempuhi segala cabaran demi menabur khidmat bakti kepada rakyat dan negara.

Misalnya, kejayaan penugasan kapal auxiliary Bunga Mas 5 di perairan paling berbahaya di Teluk Aden, Somalia, berjaya membuka mata dunia sekaligus menjadi antara peristiwa paling bersejarah yang tercatat dalam rekod pertahanan negara.

Tanggal 20 Jan lalu itu merupakan detik paling membanggakan apabila pasukan Ops Fajar 8 berjaya merampas kembali kapal dagang MT Bunga Laurel yang ditawan lanun manakala tujuh lanun bersenjata api berjaya ditumpaskan dan ditangkap oleh Pasukan Perlindungan Khas (PPK) selepas berbalas tembakan dari laut dan udara.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata kejayaan itu sekaligus mengangkat martabat ATM khususnya TLDM ke tahap yang lebih tinggi di persada maritim antarabangsa sebagai pasukan tentera laut yang setanding kehebatannya dengan negara lain.

Katanya, kecemerlangan pasukan itu telah turut membuktikan keupayaan dan kemampuan TLDM dalam mengoperasikan asetnya secara berterusan di perairan negara asing yang jaraknya beribu batu dari tanah air dengan jayanya.

"Ops Fajar telah memasuki kali kesembilan dan sepanjang operasi ini dijalankan tiada satu pun kapal dagang milik MISC atau berkepentingan negara yang lain ditawan lanun bersenjata tersebut.

"Malah kehadiran Ops Fajar juga telah menggagalkan dua cubaan serangan lanunke atas kapal dagang milik negara asing iaitu China, MV Zhenhua 4 pada 17 Disember2008 dan kapal dagang India, MT Abdul Kalam Azad pada 1 Jan 2009," katanya kepada dalam temubual khas di pejabatnya di sini.

Abdul Aziz berkata kesinambungan kejayaan yang lebih cemerlang mungkin akan dapat direalisasikan dengan cadangan penambahan sebuah lagi kapal pengiring yang dijangka akan diperolehi pada September hadapan sekiranya penugasan tersebut diluluskan MISC Berhad.

Ketika ini, katanya, dengan hanya satu kapal beroperasi, tugas untuk mengiringi kapal-kapal dagang Malaysia melalui Teluk Aden agak sukar dan mengambil masa yang lama berikutan jumlah kapal yang terlalu banyak untuk diiring. "Dua mesyuarat dengan pihak MISC Berhad telah dijalankan dengan lancar termasuk berbincang bagi menentukan konsep, bentuk dan ciri-ciri kapal kedua itu. Pada 5 Mei depan perkembangan dan status terkini mengenai cadangan tersebut akan diperbincangkan lebih mendalam lagi.

"Jika direalisasi, kapal kedua akan beroperasi secara 'independent' iaitusatu kapal melaksanakan pengiringan dari Barat ke Timur dan satu lagi Timur keBarat. Ini akan melancarkan pengoperasian dan pergerakan kapal-kapal dagang Malaysia sekaligus memberi pulangan kewangan yang tinggi kepada syarikat MISC," katanya.

Katanya, kapal auxiliary Bunga Mas 5 telah melakarkan sejarah yang tersendiri apabila merupakan satu-satunya kapal auxiliary yang pertama di dalam dunia yang digunakan dalam membanteras lanun di Teluk Aden.

Ops Fajar dilancarkan ekoran insiden rampasan dua buah kapal milik MISC iaitu Bunga Melati 2 dan Bunga Melati 5 di perairan itu pada Julai 2008 sebelumBunga Mas 5 yang sebelum itu merupakan kapal dagang milik MISC Berhad diubahsuai menjadi kapal auxiliary TLDM.

Ia dilaksanakan bertujuan untuk mengiringi dan melindungi keselamatan kapal-kapal dagang berkepentingan negara dari ancaman lanun di perairan Teluk Aden serta perairan berdekatan.

Pasukan Khas Laut (PASKAL) atau dikenali sebagai KD Panglima Hitam merupakantulang belakang kejayaan Ops Fajar di mana turut dibantu oleh cabang perkhidmatan yang lain iaitu Grup Gerak Khas (GGK) Tentera Darat, Pasukan Khas Udara (PASKAU) serta krew MISC Berhad yang diserapkan ke dalam Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM).

Abdul Aziz berkata TLDM juga akan memperkemaskan sistem pertahanannyamelalui perancangan pembelian peralatan dan aset pertahanan yang terkini serta termoden termasuk penggantian aset-aset yang dijangka akan dilupuskan dari perkhidmatan selaras dengan hasrat menjadi organisasi yang lebih cekap serta siap siaga.

Beliau berkata antara inventori yang dirancang untuk diperolehi dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) akan datang termasuklah pembelian enam buah helikopter antikapal selam, kapal bantuan pelbagai guna (MSS) dan kapal bantuan bencana bagi meningkatkan pertahanan maritim negara

Bagi tujuan latihan dan juga rondaan, TLDM turut bersetuju membeli dua buah kapal dari syarikat pembinaan kapal tempatan, NGV Tech Sdn Bhd dan ia akan dibina di limbungan kapal NGV Tech di Kampung Sinjangkang, Teluk Panglima Garang yang perolehannya dijangka dalam tempoh dua tahun lagi.

"Ia hanya kapal rondaan biasa tetapi canggih dan akan dilengkapkan dengan beberapa alat persenjataan yang akan digunakan sebagai objek latihan dan wargaTLDM akan dilatih terlebih dahulu untuk mengendalikan kapal tersebut," katanya. Beliau menafikan bahawa khidmat kapal frigat KD Hang Tuah yang digunakanMalaysia sejak 1977 akan ditamatkan dengan pembelian kapal baru terbabit sebaliknya operasi kapal latihan tersebut akan diteruskan untuk melatih pegawai kadet tentera laut memandangkan ia masih mampu digunakan.

Beliau berkata kesiapsiagaan tentera laut amatlah penting dalam dimensi pertahanan negara kerana dunia kini bukan sahaja berhadapan dengan peperangan konvensional malahan turut berdepan dengan pelbagai ancaman jenayah yang semakin kompleks.

Katanya, ini adalah searus dengan ledakan teknologi maklumat masa kini, peralatan dan persenjataan di samping perubahan dalam sistem geopolitik dunia yang memaksa semua pihak membuat perubahan doktrin dan strategi untuk menghadapi ancaman serta perubahan yang lebih mencabar.

TLDM, meskipun ada pihak mempertikai mengenai pembelian aset pertahanan mereka termasuk tuduhan kapal selam tidak beroperasi dengan baik dan pembelianaset-aset pertahanan yang dikatakan pembaziran seperti pembelian enam KapalTempur Pesisir (LCS) yang dikatakan mahal, itu semua langsung tidak mematahkansemangat angkatan itu.

Abdul Aziz berkata kedua-dua buah kapal selam milik negara itu telah berjayamenganjak TLDM dari angkatan laut persisir pantai kepada angkatan laut yang lebih hebat dengan keupayaan tiga dimensi peperangan setanding negara maju. Katanya, hingga kini, kapal selam KD Tunku Abdul Rahman yang tiba di perairan Malaysia pada Sept 2009 serta KD Tun Abdul Razak yang tiba pada Julai 2010, berada dalam keadaan baik dan beroperasi pada tahap optimum.

"Keupayaan kedua-dua kapal selam itu berada pada tahap kesiagaan yang tinggi dan beroperasi dengan baik. Memiliki kapal selam di lautan terbuka merupakanpengawasan hebat buat negara kita," katanya.

Mengenai sambutan ulang tahun TLDM esok, beliau berkata sambutan yang bertemakan "Warga Didahulukan, KesiapsiagaanDiutamakan" akan disambut secara sederhana tetapi meriah.

Ulang tahun ke-77 TLDM akan disambut di Lumut dan antara acara yang dirancang ialah Istiadat Mengarak Panji-Panji Rejimen yang akan dihadiri Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Kolonel Yang Dipertua TLDM. TLDM dilihat semakin matang dalam usaha mengukuhkan struktur angkatan dan armadanya dalam menjamin keselamatan meskipun tanggungjawab yang digalas cukup berat dan tidak dinafikan ia mempunyai sejarah perkhidmatan yang membanggakan sepanjang 77 tahun kewujudannya.

Justeru, amat wajar sekali TLDM dikalungkan dengan ucapan tahniah dan syabas kerana telah melangkah gagah dengan yakin dalam menjadi sebuah angkatan yang berkeupayaan untuk mendominasi keseluruhan spektrum operasi ketenteraan serta menjadi angkatan tentera yang versatil di abad ini.

- BERNAMA

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA (UiTM) - April 2011

by
JAWATAN:
1. PEGAWAI PERUBATAN
2. PEGAWAI SAINS
3. PEGAWAI VETERINAR
4. PEGAWAI PSIKOLOGI
5. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN
6. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM
7. PEGAWAI FARMASI
8. JURUAUDIT
9. PENOLONG BENDAHARI
10. PENOLONG PEGAWAI SAINS
11. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
12. PENOLONG JURUTERA
13. PENOLONG JURUUKUR BAHAN
14. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN
15. PEGAWAI EKSEKUTIF
16. PENOLONG PENGURUS ASRAMA
17. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
18. JURURAWAT
19. JURURAWAT PERGIGIAN
20. JURU X-RAY
21. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
22. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
23. JURUPULIH PERUBATAN
24. PENOLONG JURUAUDIT
25. PENOLONG AKAUNTAN
26. JURURAWAT MASYARAKAT
27. PEMBANTU MAKMAL
28. JURUTEKNIK KOMPUTER
29. JURUTEKNIK
30. PENYELENGGARA STOR
31. PEMBANTU PEMULIHARAAN
32. PEMBANTU PERPUSTAKAAN
33. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
34. PENGAWAL KESELAMATAN

IKLAN JAWATAN
http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/iklan/APRIL_%202011.pdf

BORANG PERMOHONAN ONLINE
http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/

Tarikh Tutup : 9 Mei 2011

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) - April 2011

by
JAWATAN:
1.Pegawai Undang–Undang Gred L41
2.Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29
3.Penolong Jurutera (Awam) Gred J29
4.Penolong Jurutera (Mekanikal) Gred J29
5.Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G27
6.Pembantu Hidupan Liar Gred G17
7.Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17
8.Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17
9.Juruteknik (Awam) Gred J17
10.Pelukis Pelan Gred J17
11.Pembantu Kesihatan Awam Gred U17

IKLAN JAWATAN
http://mpk.terengganu.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=f819b670-4fa4-4212-8886-46f67fa44af4&groupId=18487

Tarikh Tutup : 10 Mei 2011

Jawatan Kosong di Universiti Sains Malaysia (USM) - April 2011

by
JAWATAN:
1. PEGAWAI KEWANGAN W41
2. PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN S27
3. JURUTEKNIK (MEKANIKAL) J17
4. JURUTEKNIK (AWAM) J17 1
5. JURUTEKNIK (ELEKTRIKAL) J17
6. JURUTEKNIK (ELEKTRONIK) J17
7. JURUTEKNIK (LANSKAP) J17
8. PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17
9. PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR R3

IKLAN JAWATAN
http://www.amdi.usm.edu.my/Portals/0/borangjawatankosong/Iklan%2019%20April%202011.docx

BORANG PERMOHONAN
http://www.amdi.usm.edu.my/Portals/0/borangjawatankosong/BORANG_JAWATAN_KOSONG_IPPT.doc

Tarikh Tutup : 5 Mei 2011

Keputusan Kemasukan Program Matrikulasi KPM pada 28 April 2011

by
Keputusan kemasukan ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) boleh disemak mulai 28 April 2011 (Khamis) ini.

Kementerian berkenaan dalam kenyataan hari ini berkata semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang membuat permohonan pada 10 Julai hingga 10 Oktober tahun lepas boleh membuat semakan itu menerusi laman web KPM di alamat www.moe.gov.my dengan memasukkan nombor angka giliran SPM dan nombor kad pengenalan.

Mereka juga boleh menyemak keputusan menerusi khidmat SMS dengan menaip perkataan MOE MAT (jarak) nombor kad pengenalan dan dihantar ke 15888.

Selain itu, keputusan kemasukan ke matrikulasi itu juga boleh disemak dengan menghubungi talian bantuan bahagian matrikulasi di nombor 03-8884 4083 mulai pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Pendaftaran pelajar ke matrikulasi akan diadakan pada 23 Mei ini dan pelajar yang berjaya memohon dikehendaki mencetak sendiri surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang pendaftaran di laman web KPM yang sama.

Bagi pelajar yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat di laman web KPM yang sama mulai hari semakan 28 April sehingga 13 Mei ini.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

Keputusan Perlawanan Liga Super Malaysia - 26/04/2011 (Selasa)

by
KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER - 26/04/2011 (SELASA)

Kelantan 1 - 0 Selangor

T-Team 3 - 1 Kedah

Harimau Muda A 1 - 1 N.Sembilan

Felda United 0 - 0 Johor FC

Perak 5 - 3 Kuala Lumpur

Sabah 1 - 2 Terengganu

Perlis 1 - 2 Pahang

* 5 Teratas : Selangor (32), Terengganu (31), Kelantan (30), Perak (26), Kedah (24)

566 kamera canggih rakam pemandu laju

by
Awas kepada pemandu yang suka memandu laju tetapi sering mempertikai saman ekor kerana kononnya ia tidak adil. Menjelang akhir tahun ini mereka akan diperhatikan oleh 566 kamera statik berteknologi tinggi yang boleh merakam wajah pemandu dan jenis kenderaan dengan jelas walaupun memandu melebihi 100 kilometer sejam.

Kamera berteknologi Jerman itu adalah satu daripada komponen Sistem Penguatkuasaan Elektronik (AES) yang akan dipasang oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di lokasi strategik, terutama kawasan berisiko kemalangan di seluruh negara bagi memerangkap pemandu melebihi had laju.
Selain kamera, pemandu juga diawasi 266 kenderaan penguat kuasa elektronik yang dilengkapi kemudahan canggih bagi memantau pesalah trafik dan menahan mereka yang tidak mematuhi peraturan jalan raya.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata prosedur operasi standard (SOP) bagi mewujudkan ketelusan dalam penguatkuasaan peraturan itu membabitkan pemasangan papan tanda amaran bagi membolehkan pemandu mengetahui kewujudan kamera perangkap laju seperti diamalkan di negara maju.

“Saman yang dikeluarkan nanti adalah berasaskan gambar yang dirakam pemegang konsesi penyumberluaran yang dilantik kerajaan dan wajib disahkan agensi penguat kuasa, iaitu JPJ sebelum notis saman dikeluarkan.

“Gambar yang dirakam ini lebih tepat... tidak kabur, walaupun pandu kereta lebih 100 kilometer sejam.
“Ia akan beroperasi selewat-lewatnya hujung tahun ini dan dijangka meningkatkan persepsi kebarangkalian ditangkap ke tahap 90 peratus,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau diminta mengulas usaha kerajaan mengurangkan kemalangan jalan raya di samping kaedah baru diguna pakai pihak berkuasa termasuk mengeluarkan saman pada hari sama kesalahan dilakukan.

Ditanya kos dibelanjakan kerajaan untuk menyediakan kemudahan AES itu, Abdul Rahim berkata, kerajaan tidak mengeluarkan peruntukan sebaliknya dua syarikat konsesi dilantik menanggung kos berkenaan menerusi perolehan diterima daripada kutipan saman.

Mengulas lanjut cadangan notis saman dikeluarkan pada hari sama kesalahan dilakukan, Abdul Rahim berkata sukar bagi pihak berkuasa seperti polis mengeluarkan saman trafik pada hari sama, terutama membabit kesalahan memandu laju yang banyak dilakukan di lebuh raya.

“Polis perlu ambil masa untuk proses dan hantar surat. Kalau saman letak kenderaan atau sekatan jalan tidak ada masalah surat saman dikeluarkan pada masa itu juga. Tidak ada sistem di dunia boleh bagi saman pada ketika itu juga. Polis tidak ada ‘kepak’ untuk kejar kenderaan itu bagi surat saman,” katanya.

- BERITA HARIAN

Kerajaan sasar terbit 26,000 judul buku setahun

by
Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan bekerjasama dengan semua pemain industri buku untuk mencapai sasaran penerbitan sekurang-kurangnya 26,000 judul buku setahun, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jumlah itu memenuhi penerbitan 0.1 peratus daripada populasi penduduk negara ini selaras dengan saranan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Ketika ini, katanya penerbitan buku di negara ini hanya mencapai 16,000 judul buku setahun.

“Hasil pengeluaran dan penulisan perlu digembleng dan yang penting ialah untuk mendapatkan seberapa ramai mungkin penulis, penerbit supaya dengan cara begitu, hasil karya mendapat sokongan dan bermutu.

“Bukan setakat keluarkan judul buku tetapi hasil penulisan berkualiti diperlukan, jadi masih ada ruang besar untuk mencapai sasaran,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 `Buku: Dunia Tanpa Sempadan’, di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, semalam.

PABKL yang berlangsung selama 10 hari berakhir 1 Mei ini mensasarkan kehadiran 1.5 juta pengunjung. Bagi tahun ke-30 ini, PBAKL menyediakan 734 gerai pameran untuk syarikat tempatan dan luar negara. Terdapat 25 penyertaan antarabangsa termasuk ASEAN, Eropah dan Asia Barat.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata agensi kerajaan yang terbabit akan terus mengeratkan kerjasama dengan sektor swasta di bawah industri buku untuk sama-sama membuat pemetaan penerbitan buku bagi mencapai sasaran.

Beliau berkata, minat membaca di kalangan rakyat yang semakin meningkat berbanding beberapa tahun sebelum ini akan memberi kesan positif terhadap industri buku negara.

“Tahap membaca itu menjadi petunjuk bahawa kita perlu mempertingkatkan usaha bagi membolehkan budaya membaca menjadi sebahagian daripada hidup kita, bukan setakat hanya membaca tetapi membaca untuk menguasai ilmu,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Timbalan Perdana Menteri menyarankan Anugerah Buku Kebangsaan dipimpin Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dengan kerjasama persatuan di bawah industri buku diangkat statusnya sebagai anugerah tertinggi dengan ditukar namanya sebagai Anugerah Buku Perdana yang mengandungi Anugerah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta anugerah lain yang bersesuaian.

Beliau berkata, dengan cara itu, semua pihak berkepentingan dengan industri buku dan di bawah payung MBKM akan membuka platform galakan kepada karyawan dan penerbit menghasilkan terbitan bermutu bagi memenuhi permintaan pembaca.

- BERITA HARIAN

Keunikan Ahli Syurga

by
Hadith:

DARI Jabir r.a katanya, dia mendengar nabi s.a.w bersabda: "sesungguhnya penduduk syurga makan dan minum di dalamnya. Tetapi mereka tidak meludah, tidak kencing, tidak membuang air besar dan tidak membuang hingus.

"Para sahabat bertanya:"Bagaimana makanan yang mereka makan? Jawab baginda:"Keluar dari sendawa yang baunya harum seperti bau kasturi . Mereka selalu membaca tasbih dan tahmid sebanyak tarikan nafas mereka."

Riwayat Muslim

SUMBER: JAKIM

JPJ tak sekat urusan pembaharuan lesen

by
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi menyekat urus niaga pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor bagi kes yang tidak dibawa ke mahkamah, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Jelaing Mersat.

Beliau berkata, hanya kes dibawa ke mahkamah dan kes jenayah yang berada dalam siasatan Polis Diraja Malaysia atau JPJ saja akan disenarai hitam lesen dan kenderaan terbabit.

“Tindakan menyenarai hitam kenderaan dengan menyekat urus niaga pembaharuan lesen memandu dan le-sen kenderaan yang dilakukan JPJ adalah selaras dengan kuasa mengikut Seksyen 17(1)(d) dan 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan.

“Tindakan ini diambil terhadap pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, semalam.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah, yang ingin tahu mengenai kenderaan disenaraihitamkan JPJ berdasarkan saman ekor sedangkan kesalahan belum disabitkan mahkamah.

Menjawab soalan Senator Datuk Wan Hazani Wan Mohd Nor, yang ingin tahu jumlah kenderaan disenaraihitamkan sejak 2009, Jelaing berkata, 119,330 lesen memandu dan 154,663 lesen kenderaan motor disenaraihitamkan tahun lalu, manakala tahun sebelumnya, 122,794 lesen memandu dan 180,624 lesen kenderaan motor disenaraihitamkan.

“Kita mahu mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya. Dengan adanya penyenaraian hitam kenderaan dan lesen memandu dan penguatkuasaan ini, ia dijangka membantu mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya,” katanya.

– BERNAMA

Kandungan gula tinggi dalam durian

by

Bekas juara bina badan dan Mr. Asia enam kali, Datuk Malek Mohd. Noor, yang bermain pada posisi penjaga gol diserang sakit jantung. Bekas atlet berusia 57 tahun tersebut dilihat berpaut pada tiang gol gara-gara menahan kesakitan pada bahagian dada.

“Mula-mula saya berasa pening. Kemudian, sesak nafas sehingga saya rasakan badan semakin mengembang dan jersi mula mengetat terutamanya di bahagian perut. Oksigen saya pula pada waktu itu bagaikan tidak mencukupi dan membuatkan saya tercungap-cungap.

“Sedangkan semasa melakukan sesi memanaskan badan sebelum perlawanan tubuh badan saya dalam keadaan baik saja. Saya boleh melompat dan berlari setempat,” jelas Malek ketika dihubungi Kosmo! mengenai situasi yang menimpanya sewaktu terlibat dalam perlawanan bola sepak antara Pasukan Pilihan Menteri Besar Perak dan Pasukan Legenda Negara baru-baru ini.

Ditebak soalan adakah dia menghidap masalah jantung, anak kelahiran Kampung Sri Gading Batu Pahat, Johor itu menidakkan sekeras-kerasnya. Sebaliknya, graduan dari Universiti Denver di Amerika Syarikat (AS) tersebut memberitahu, dia bebas daripada diabetes, darah tinggi apatah lagi penyakit jantung.

Atas faktor berkenaan, Malek yang menetap di Ampang, Selangor masih terkejut apabila doktor mengesahkan serangan jantung itu berpunca daripada dua saluran jantungnya yang tersumbat.

Sesak nafas

“Paling mengejutkan, ada pula pihak yang mendakwa serangan jantung ini akibat saya makan buah durian sewaktu menyertai aktiviti melawat sebuah ladang buah-buahan di Ipoh, Perak anjuran Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb). Sukar bagi saya untuk mengiyakan dakwaan itu kerana doktor pun tidak mengesahkannya.

“Lagipun, pada hari itu saya hanya memakan empat ulas durian. Kemudian, disusuli pula meminum air kelapa dan menjamu selera dengan lauk-pauk yang lain,” tutur Malek yang pernah membintangi filem Rimba Malam sekitar tahun 1992 dalam nada suara yang masih lemah.

Kisah makan durian sehingga menjejaskan faktor kesihatan terhadap masyarakat tempatan bukanlah perkara baru. Pada tahun lalu, media melaporkan akibat terlebih makan durian, Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang mengalami kesesakan nafas sehingga mencemaskan para tetamu yang menghadiri jamuan Pesta Durian dan Promosi Daging Kambing di bangunan Parlimen.

“Sejak kecil saya sudah mengenali buah durian yang berkulit keras dan mengeluarkan bau yang kuat. Setiap tahun, tiba saja musim durian saya dan keluarga pasti pulang ke kampung ayah di Kuala Kangsar, Perak.

Di sana, kami berpeluang menikmati buah durian sepuas-puasnya kerana datuk mempunyai dusun yang luas.

“Seronok apabila makan beramai-ramai sehingga riuh-rendah di pekarangan dusun. Kadangkala kami adik-beradik bersaing siapa yang makan durian dalam kuantiti yang banyak. Setakat ini, saya mampu menghabiskan lebih enam biji durian pada satu-satu masa,” jelas penggemar tegar durian, Faridatul Husna Othman, 27, kepada Kosmo!.

Tambah anak kelahiran Kuala Lumpur itu yang mesra disapa Husna, tidak cukup dengan menikmati buah durian di kampung, mereka sekeluarga pasti tidak melepaskan peluang membawa bekalan longgokan durian pulang ke Kuala Lumpur.

“Bagi saya keunikan durian terletak pada tekstur dan isinya yang lazat. Biarpun menyedari sesetengah individu kurang gemar pada bau durian tetapi itulah yang menjadikan durian antara buah-buahan tempatan yang istimewa.

“Lagipun durian bukan saja enak dinikmati secara mentah malah ia boleh dimasak bubur, manisan, aiskrim, kek ataupun tempoyak yang dihidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam-ulaman,” ujar Husna.

Walaupun pernah terbaca tentang beberapa individu yang jatuh sakit akibat makan durian, bekas pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 4, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur itu tidak pernah gusar. Cerita Husna, sebenarnya ia bergantung kepada individu itu untuk menjaga diri sendiri.

Namun begitu, Husna mengakui bahawa pengambilan buah durian dalam kuantiti yang banyak membuatkan badannya berpeluh-peluh dan terasa panas. Bagi menghilangkan kepanasan tersebut dia mengatasinya dengan meminum banyak air kosong. Ini termasuklah mengikut petua nenek moyang supaya minum air putih yang diisi dalam kulit durian.

Minum banyak air

“Sukar untuk dijelaskan, keberkesanan minum air putih dalam kulit durian yang dapat meredakan kepanasan dalaman badan. Lagipun petua ini telah dipraktikkan secara turun-temurun.

“Pendapat peribadi saya, jika tidak mahu suhu badan terasa panas, janganlah makan durian umpama tiada esok bagi durian lagi,” saran peniaga durian, Mustafa Ali, 53, ketika ditemui di tapak bazar Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Menyentuh mengenai kepanasan badan gara-gara menikmati buah durian, pakar perubatan dan pernafasan Hospital Pantai Ampang, Dr. Zal Ab. Rahim memberitahu, buah durian mempunyai kandungan gula dan lemak yang tinggi. Jadi apabila individu memakan durian dalam kuantiti yang banyak maka ia mengganggu sistem metabolisme gula di dalam badan.

Kesan daripada peningkatan kadar metabolisme akan menghasilkan haba dalam badan.

“Bagi penghidap diabetes, jantung atau darah tinggi mereka perlu mengelakkan makanan yang manis, kandungan garam yang tinggi, berkolesterol dan berlemak. Durian antara buah yang mempunyai ciri-ciri itu.

“Cara untuk mengurangkan suhu dalam badan adalah dengan minum banyak minum air kosong,” jelas Zal.

- UTUSAN

Serangan siber terus meningkat

by

Laporan Ancaman Keselamatan Internet Jilid 16 Symantec Corp. (Symantec) bagi tahun lalu menunjukkan ancaman baharu besar-besaran berjumlah lebih 286 juta di seluruh dunia.

Ini termasuk kes kecurian harta intelek, memancing data dan serangan malware beserta dengan beberapa perubahan besar-besaran dalam landskap ancaman siber.

Naib Presiden Symantec bagi Rantau Asia Selatan, Eric Hoh berkata, bilangan ini akan terus meningkat.

"Ini akan mendorong penjenayah siber memperhalusi teknik serangan mereka untuk mencuri data-data dan harta intelek berharga, yang boleh mereka jual pada harga lumayan dalam ekonomi gelap," katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan hasil laporan itu di sini semalam.

Tahun lalu, terdapat beberapa bentuk serangan yang menyasarkan syarikat dagangan awam, badan-badan korporat multinasional dan agensi kerajaan, di samping beberapa syarikat kecil.

Laporan itu juga menarik perhatian kepada pertumbuhan berterusan laman rangkaian sosial sebagai platform tebaran serangan.

"Kebanyakannya menyerang individu bagi mendapatkan maklumat peribadi mereka, manakala serangan sasaran berprofil tinggi, cuba untuk mencuri harta intelek atau menyebabkan kerosakan fizikal.

"Satu daripada teknik serangan utama yang digunakan di laman-laman rangkaian sosial melibatkan penggunaan pelokasi sumber seragam (URL)," katanya.

Tahun lalu ujarnya, penyerang memuatkan berjuta-juta pautan URL ini di laman rangkaian sosial untuk memperdaya mangsa agar terjebak dengan serangan memancing data dan malware ini, sekali gus meningkatkan kadar jangkitan.

"Pengguna dan perniagaan di Malaysia perlu mengambil langkah-langkah proaktif untuk melindungi dan menguruskan maklumat mereka daripada risiko keselamatan yang amat banyak ekoran percambahan peranti mudah alih dan perangkaian sosial," tegas Hoh.

- Bernama

Sistem Simulator TUDM catat sejarah

by

JERTIH: Sistem Simulator SU-30MKM yang ditempatkan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak, di sini, mencatatkan sejarah baru dalam sistem pertahanan negara kerana menjadi satu-satunya pusat latihan simulasi pesawat canggih pertama seumpamanya di rantau Asia.

Pusat simulasi itu yang dibangunkan dengan kos RM258 juta menempatkan dua set sistem yang berupaya menjalankan misi latihan secara online seperti mana dalam persekitaran penerbangan sebenar.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keunikan dan kelebihan pusat berkenaan adalah kemampuannya menjalankan misi latihan penerbangan secara serentak untuk lebih daripada sebuah kapal terbang.
Katanya, pusat simulator itu juga berfungsi memberi latihan kepada pelatih juruterbang supaya dapat mengalami keadaan sebenar seperti dalam kokpit jet pejuang.

“Sistem ini mampu melatih juruterbang serta pegawai yang mengawal pengimbas persenjataan dan krew teknikal berlatih dengan lebih teratur dan berkesan menggunakan simulator pesawat ini,” katanya selepas merasmikan pelancaran pusat itu di sini, semalam.

Hadir sama, Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Pengerusi Eksekutif HeiTech Padu Bhd, Datuk Mohd Hilmey Mohd Taib.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dengan adanya pusat itu Malaysia sebenarnya sudah mendahului negara lain di rantau ini yang memiliki pesawat sama.
Katanya, teknologi canggih yang digunakan TUDM juga dapat membantu pasukan itu menjadi pasukan tentera udara termaju dan ke hadapan di rantau ini.

Sejak beroperasi pada November 2010 pusat itu sudah melatih 28 juruterbang sebelum pelatih menjalani latihan sebenar menggunakan pesawat dan jet pejuang.

Lebih membanggakan daripada pusat itu ialah pembangunannya dilakukan sendiri oleh kontraktor Bumiputera yang mendapat khidmat pakar dari Russia.

Katanya, pembinaan pusat itu dapat menjimatkan kos kerana latihan hanya perlu dilakukan di darat tanpa menggunakan minyak dan kemudahan jet pejuang sebenar

- BERITA HARIAN

MSAM 2011 tarik 150,000 pengunjung

by

IPOH 25 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menutup pameran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2011 yang sudah berlangsung selama enam hari, petang esok.

MSAM kali ke-12 berlangsung di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sejak 20 April lalu.

Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, seluruh pameran MSAM akan ditutup sebaik sahaja Muhyiddin melawat gerai-gerai pameran yang mengambil bahagian sepanjang minggu itu.

''Pameran MSAM akan ditutup secara rasmi selepas Muhyiddin selesai melawat kira-kira pukul 5 petang esok.

''Sehubungan itu, orang ramai yang masih belum berkesempatan melawat, gunakan peluang pada hari-hari terakhir ini untuk melawat MSAM," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, sehingga semalam, pameran MSAM itu telah menarik hampir 150,000 pengunjung, sekali gus mencapai sasaran awal PNB sebelum ini.

MSAM yang berkunjung ke seluruh negara kecuali Sabah dan Perlis telah merekodkan jumlah pengunjung seramai dua juta orang dengan lokasi tertinggi di Kuala Terengganu seramai 255,000 dan Kepala Batas 250,000 pengunjung.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, orang ramai pelbagai peringkat umur terus membanjiri tapak pameran untuk menyertai aktiviti ataupun mendapat pengetahuan tentang MSAM sejak awal pagi ini.

Mereka bukan sahaja datang untuk melihat pameran tetapi turut mengambil kesempatan membuat transaksi, melanggan pelbagai produk pelaburan yang ditawarkan oleh Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) dan ejen-ejen ASNB.

Penyertaan orang ramai dalam pelbagai aktiviti interaktif pelaburan dan hibur didik yang diadakan oleh semua syarikat pelaburan PNB mendapat sambutan luar biasa.

Malah, para pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai e-peraduan yang menawarkan hadiah mewah, kereta Toyota Vios dan Perodua Alza.

Nama pemenang bertuah bagi e-peraduan itu dijangka diumumkan pada majlis penutupan dan penyampaian disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri.

- UTUSAN

Avokado buah kaya nutrisi

by

Buah avokado jarang sekali dimakan sebagai menu pencuci mulut oleh masyarakat setempat. Sedangkan hakikatnya, avokado merupakan antara buah terbaik yang tersenarai antara beberapa jenis buah-buahan yang lemaknya terdiri daripada jenis lemak tidak tepu seperti buah zaitun dan kacang tanah.

Tetapi kini, banyak pendedahan mengenai nutrisi dan khasiat yang terkandung di dalamnya menyebabkan buah avokado menerima populariti yang semakin tinggi.

Menurut Pakar Hortikultur dari Queensland, Jodie Campbell selain daripada produk kecantikan, buah avokado juga sangat sesuai dimasukkan dalam pelbagai jenis hidangan masakan Barat mahupun Asia.

“Hanya dengan sedikit tambahan, ia mampu memberi kita manfaat kesihatan harian yang sangat diperlukan oleh badan. Buah avokado juga mengandungi lemak tidak tepu yang membantu mengekalkan berat badan seimbang selain mempunyai kandungan gula dan garam yang rendah.

“Ia juga mengandungi nutrien lain seperti vitamin A, B termasuk B6, niasin dan riboflavin, C dan E. Malah, ia juga mengandungi mineral seperti zat besi, magnesium dan kalium selain diperkaya dengan fiber dan folat. Namun, ia bebas sodium dan kolesterol,” katanya yang hadir untuk mempromosikan buah tersebut di Berjaya University College of Hospitality (BUCH) untuk sebuah program latihan A Taste of Australian Avocados baru-baru ini.

Program interaktif itu dianjurkan oleh Euro-Atlantic Sdn. Bhd. yang merupakan pengimport buah-buahan, sayuran dan beberapa jenis makanan laut yang segar dan beku. Program itu dihadiri lebih 100 peserta daripada pelbagai sektor perniagaan termasuk dari hipermarket, supermarket dan peruncit.

Selain menceritakan khasiat buah tersebut, Campbell yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang nutrisi buah avokado, turut berkongsi pelbagai topik berkaitan buah avokado termasuk cara yang betul untuk memegang buah tersebut, proses penghantaran dan bekalan. Tidak ketinggalan beliau memberi tip mengenai cara pemasaran buah berkenaan.

“Selalunya apabila kita membeli buah kita akan picit di bahagian tengah-tengah, tetapi disebabkan buah avokado mempunyai tekstur yang lembut, cara yang betul ialah dengan hanya menggenggam sedikit sahaja,” kata Campbell yang turut memberitahu tekstur avokado masak yang lembik sesuai dijadikan makanan pertama bayi.

Katanya, kandungan lemak mono tidak tepu dalam avokado penting untuk tumbesaran bayi. Hanya dengan melecek isinya, tersedia satu jenis hidangan bayi yang berkhasiat.

Dalam pada itu, seorang chef, Malcolm Goh turut mendemontrasi cara mudah menyediakan menu sihat iaitu Avocado Zimbabwe.

Tambah Campbell, pihaknya kini banyak mempromosikan kebaikan buah avokado kepada orang ramai kerana ramai yang kurang faham mengenai buah tersebut.

“Buah avokado juga boleh membantu mengurangkan kadar kolesterol dan baik untuk hati manakala kandungan vitamin E nya bagus untuk kulit,” katanya.

Sementara itu Penolong Pembekal Luar Negara Euro-Atlantic, Su’aidah Ahmad berkata, pihaknya memilih untuk mempromosikan buah avokado dari Australia atas permintaan tinggi pelanggan.

“Kami dapati pelanggan lebih gemar memilih avokado Australia berbanding Mexico dan Sepanyol kerana kualiti dan rasa.

- KOSMO

Penulis blog juga rakan bentuk masa depan negara

by
Aktiviti blog di Malaysia adalah antara yang paling rancak serta bebas di dunia dan pentadbiran negara memberi komitmen penuh untuk meneruskan janji Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri dalam membangunkan Koridor Raya Multimedia (MSC) bahawa Malaysia tidak akan menapis Internet.

Jaminan pada komitmen ini diteruskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula. Di Malaysia, penulis blog bagaikan dapat sokongan daripada kerajaan untuk menyalurkan pandangan dan maklumat masing-masing.

Kerajaan sedar cabaran media sosial melalui ruang siber baik melalui blog, Facebook atau Twitter sekarang terhadap masa depan negara. Seperti kata Najib, media sosial sekarang mampu mempengaruhi serta membentuk pandangan orang ramai, sehingga dalam kes tertentu membawa kepada kejatuhan rejim dan kerajaan atau sekurang-kurangnya mencetuskan kekecohan serta ketidakstabilan.

Bagaimanapun kerajaan Malaysia tidak gentar dengan pandangan penulis blog, sebaliknya mahu mereka menjadi rakan blogger supaya pandangan dan kritikan membina mereka dapat membentuk masa depan lebih baik untuk negara dan rakyat.

Biarpun seseorang itu bebas menulis apa saja di dalam blog, batasnya tetap ada. Sebab itu, Perdana Menteri mengingatkan penulis blog tentang batas-batas supaya ruang siber tidak digunakan untuk menipu atau menyatakan separuh kebenaran.

Sememangnya demokrasi digital adalah suatu yang tidak dapat dielakkan, malah kerajaan Malaysia juga percaya Internet adalah enjin untuk pertumbuhan ekonomi, membina masyarakat berilmu dan berupaya merapatkan rakyat melalui penggunaan yang betul.

Jadi penulis blog ada peranannya dalam membentuk minda masyarakat bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia melalui hasil penulisan yang tepat dan berkualiti bukannya sekadar sesesuka hati dan memberi komen berbaur fitnah dan tohmahan.

Kita tidak mahu laman blog menjadi ruang penyebaran fitnah. Penulis perlu sedar perbuatan tersebut salah di sisi undang-undang dan agama.

Hakikatnya, penulis blog seperti penulis media yang lain turut mempunyai kuasa untuk menyampaikan pelbagai maklumat dan mempengaruhi pemikiran rakyat melalui maklumat yang disampaikan.

Penulis blog mampu menyatupadukan masyarakat dan mereka juga boleh memecahbelahkan rakyat.

Oleh sebab itu kuasa yang dimiliki itu seharusnya digunakan untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan secara berhemah.

Kerajaan sehingga kini amat bermurah hati dengan penulis blog, walaupun ada yang menulis bukan berdasarkan fakta sebenar. Sudah tiba masanya penulis-penulis blog di negara ini juga harus bersikap lebih profesional dan bertanggungjawab dalam penulisan mereka di laman web masing-masing.

Setiap penulis media alternatif itu perlu mempunyai kod etika bagi memastikan hasil tulisan mereka adalah berasaskan pada fakta dan kebenaran.

Topik kod etika untuk penulis blog telah lama diperkatakan tetapi sehingga kini tidak siapa yang ambil serius untuk melaksanakannya.

- UTUSAN

Ulama, cendekiawan Islam kuat membaca, cinta ilmu pengetahuan

by
Oleh Mohd Shukri Hanapi

Ahli falsafah Inggeris, Lord Bacon, berkata membaca menjadikan seseorang itu berisi. Membaca ialah aktiviti yang boleh membangunkan intelektual, memben-tuk pemikiran kreatif dan dinamis serta melahirkan masyarakat progresif dan berdaya saing.

Dalam keinginan kita menjadi negara maju menjelang 2020, pemikiran bernas dan matang diperoleh hasil pembacaan penting ke arah pembangunan yang pesat. Masyarakat maju dapat menguasai pelbagai bidang ilmu terdiri daripada masyarakat yang suka membaca.

Contohnya, masyarakat Jepun walaupun sibuk dengan urusan harian, masih sempat membaca walaupun di mana mereka berada. Mereka terlalu cintakan amalan membaca. Justeru, fikiran mereka turut dimatangkan melalui proses pembacaan.

Dalam penghayatan sejarah Islam, pernah dilaporkan sikap orang Arab ketika berbicara mengenai buku. Mereka menganggap amalan membaca seumpama sedang berbicara mengenai seorang yang amat setia dan jujur atau seorang pemimpin yang membimbingnya ke jalan kebenaran.

Selain itu, ada juga ulama menganggap membaca seumpama sedang bercakap-cakap dengan sekumpulan ulama dan orang pintar. Ulama Islam, al-Jahiz, yang mempunyai komitmen tinggi terhadap ilmu dan pembacaan, mati akibat tertindih oleh buku yang disimpan di sekelilingnya.

Berdasarkan kisah ulama zaman silam ini, mereka menjadikan buku teman. Jelaslah ulama dan cendekiawan Islam menunjukkan komitmen tinggi terhadap amalan membaca dan kecintaan pada ilmu pengetahuan.

Masyarakat membaca dan berlumba-lumba menguasai ilmu adalah masyarakat yang dapat menyesuaikan dirinya dengan tujuan asal ia diciptakan Allah.

Sebenarnya, minat dan tabiat membaca boleh dipupuk dalam masyarakat. Namun, untuk mewujudkan sebuah negara mempunyai rakyat yang menjadikan membaca sebagai amalan dalam hidup mereka bukanlah suatu perkara mudah.

Ia membabitkan kesedaran mendalam rakyat sendiri. Walau apa pun cara dilaksanakan, kerajaan mahu menyedarkan rakyat kepentingan membaca tetapi jika rakyat tidak mengendahkannya, segala usaha kerajaan bagaikan mencurah air ke daun keladi.

Antara cara paling baik untuk memupuk budaya membaca ialah melalui usaha melatih dan membimbing kanak-kanak minat membaca. Golongan inilah yang bakal menerajui pemerintahan dan pentadbiran negara pada masa akan datang.

Melalui amalan suka membaca yang dimulakan sejak kanak-kanak lagi, tentulah banyak ilmu pengetahuan bakal diperoleh. Sehubungan itu, ibu bapa, guru, ulama, penulis, pustakawan dan media massa seharusnya memberi komitmen dan menggembleng tenaga dalam usaha ini.

Hanya komitmen yang bersungguh-sungguh dan padu dapat menyemarakkan budaya budaya membaca dalam masyarakat.

Ayat pertama surah al-Alaq diwahyukan Allah kepada Nabi Muhammad SAW dimulai dengan perintah ‘membaca’. Dengan melaksanakan perintah ini membolehkan umat manusia mencapai kedudukan kemanusiaannya pada tahap yang sempurna.

Setiap Muslim seharusnya menyahut dan melaksanakan perintah ini. Umat Islam tidak mungkin dapat mencapai kemajuan di dunia dan akhirat, jika mengabaikannya. Kita juga seharusnya melihat kembali zaman kegemilangan tamadun Islam yang diwarnai sikap cintakan ilmu pengetahuan.

- BERITA HARIAN

Melahirkan generasi berintegriti tinggi

by
Oleh ROHANA MAN

Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dilancarkan pada 23 April 2004 telah menampakkan banyak hasil yang positif walaupun tiada kajian dilakukan untuk mengukur tahap integriti penduduk negara ini. Kesan nyata yang dapat dilihat adalah masyarakat sekarang lebih bersikap terbuka dan berani melaporkan kejadian jenayah sama ada rasuah, buang bayi dan lain-lain.

Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd Tap Salleh berkata, ekoran sikap itu juga maka banyak kes-kes jenayah rasuah dan buang bayi dilaporkan dari semasa ke semasa. Daripada laporan yang diterima maka kita melihat seolah-olah statistik jenayah meningkat sedangkan pertambahan itu berlaku kerana adanya laporan media mengenainya.

"Mungkin ada pihak akan berkata kenapa kes rasuah bertambah, kenapa kes buang bayi meningkat. Jadi, timbul persoalan adakah semua tindakan PIN yang telah diambil itu tidak efektif?," katanya dalam sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Timbalan Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita (NCWO), Datuk Ramani Gurusamy.

Mohd Tap menjelaskan, peningkatan kes berlaku kerana masyarakat sekarang lebih berani tampil melaporkan kes-kes berkenaan. Berbanding dahulu, orang ramai enggan melaporkan kepada pihak berkuasa kerana mungkin tidak mahu dituduh 'suka jaga tepi kain orang'.

"Saya melihat statistik kes tidak bertambah, tetapi laporan di media yang meningkat. Sebab itu kita lihat seolah-olah kes-kes seumpama itu meningkat," ujarnya.

Beliau berpendapat, perubahan sikap masyarakat itu adalah satu perkembangan yang positif kerana adanya check and balance terhadap sesuatu perkara. Keadaan itu katanya, akan membuatkan seseorang individu berfikir banyak kali untuk melakukan sesuatu jenayah. Mohd Tap juga berkata, banyak tindakan telah diambil oleh IIM untuk meningkatkan integriti masyarakat dan ia dilakukan melalui seminar, bengkel dan aktiviti yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.

Semua tindakan itu katanya telah menjadi perbualan masyarakat, justeru mesej program yang dianjurkan itu dapat disampaikan dari mulut ke mulut. Antara aspek yang kerap menjadi perbincangan yang menghasilkan tindakan adalah nilai-nilai murni dalam kepimpinan di semua peringkat sama ada di sekolah mahupun sektor awam.

Selain itu, katanya, faktor-faktor lain yang bersangkut paut adalah persekitaran yang berubah, keadaan ekonomi yang mencabar, pertambahan jenayah lain dan peningkatan pengangguran.

"Kesemua faktor-faktor itu saling berkaitan dan jika kita mahu integriti penduduk negara ini berada pada paras yang tertinggi, maka keluarga terutama golongan ibu perlu memainkan peranan masing-masing," tambahnya.

Menurutnya, ibu memainkan peranan penting dalam menyemai nilai-nilai murni di dalam jiwa anak-anak, selain peranan guru, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak kerajaan sendiri. Ini kerana katanya, anak-anak lebih rapat dengan ibu, berbanding dengan bapa. Justeru, bagi meningkatkan kefahaman masyarakat terutama wanita dalam mempertingkatkan integriti, IIM akan menganjurkan Seminar Integriti Kepimpinan Wanita bertemakan Pemerkasaan Wanita Sebagai Model Peranan Dalam Integriti di IIM pada 28 April ini.

Antara lain ia bertujuan mendapatkan maklum balas tentang tekad integriti yang terdapat dalam agenda pengukuhan integriti negara, meningkatkan penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni dalam kalangan wanita dan mengenal pasti peranan yang boleh dimainkan oleh wanita dalam ruang keluarga serta masyarakat untuk meningkatkan pembudayaan integriti.

Salah seorang pembentang kertas kerja, Datuk Dr. Rafiah Salim yang juga Pengarah Institut Pengupayaan Wanita bagi Pergerakan Negara-negara Berkecuali NAM (NIEW) memberitahu beliau akan membentangkan kertas kerja bertajuk Kepimpinan Wanita dalam Sektor Awam: Satu Perspektif Integriti.

Menurutnya, beliau akan membincangkan beberapa topik termasuk salah laku kecil dan salah laku besar yang ada kaitan dengan integriti. Katanya, ada orang menganggap lambat datang kerja itu bukan satu kesalahan, sebaliknya perkara biasa.

"Begitu juga sikap sesetengah orang yang suka menipu cuti sakit. Mereka patut menyedari bahawa duit gaji yang diperoleh sepanjang bercuti sakit atau lambat datang kerja itu adalah duit haram.

"Hakikatnya, mereka tidak layak menerima gaji sepanjang bercuti sakit yang palsu itu. Jika mereka menerimanya juga, maka itu boleh dianggap sebagai mencuri," katanya.

Dr. Rafiah menegaskan, bermula melakukan kesalahan kecil seperti itu, seseorang boleh melarat melakukan kesalahan besar seperti rasuah atau pecah amanah. Bersetuju dengan pandangan Dr. Mohd Tap, beliau menegaskan tindakan pertama bagi mendidik masyarakat supaya lebih berintegriti bermula dari rumah.

"Peranan ibu amat penting dalam menyemai nilai-nilai murni ke dalam jiwa anak-anak kerana anak-anak lebih rapat dengan ibu. Di sekolah pula, 70 peratus guru adalah wanita. Tiga perempat jawatan baru di PTD juga wanita. Sebab itulah, saya menekankan betapa pentingnya peranan wanita dalam melahirkan masyarakat yang berintegriti," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, peratusan wanita yang melanggar integriti yang serius adalah kurang berbanding dengan lelaki. Misalnya, daripada 62 pegawai kastam yang ditahan pada 3 April lalu, sembilan daripadanya adalah wanita. Manakala daripada lapan pegawai imigresen yang ditahan pada 7 April lalu, seorang daripadanya adalah wanita.

Namun, katanya, wanita dikenal pasti mudah hilang integriti apabila ia melibatkan soal keluarga, anak dan suami. Sebab itulah, katanya ada wanita terpaksa menipu cuti sakit semata-mata mahu menjaga anak di rumah ketika pengasuh bercuti atau menjaga ibu, bapa atau suami yang sakit.

"Mereka takut nak minta cuti, jadi terpaksalah menipu cuti sakit. Bukan sebab sengaja tetapi keadaan memaksa," ujarnya.

Justeru, katanya, pihak berkuasa perlu melihat isu ini dengan serius dan dicadangkan lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak dibuka di tempat kerja.

Selain itu, katanya, keadaan sekarang juga memerlukan pusat jagaan harian orang tua diwujudkan supaya anak yang bekerja boleh menghantar orang tua mereka ke pusat itu pada waktu pergi kerja, dan mengambil mereka semula pada waktu balik kerja.

"Jika ini dapat diadakan, maka saya yakin masalah wanita yang terpaksa menipu cuti sakit semata-mata mahu menjaga keluarga boleh dikurangkan," katanya.

Selain itu, katanya, konsep bekerja dari rumah wajar diperluaskan supaya wanita dapat menghabiskan lebih banyak masa dengan anak-anak di rumah. Begitu juga, isteri mempunyai kuasa yang hebat dalam menasihatkan suami agar tidak terlibat dengan rasuah dan pecah amanah.

- UTUSAN

26 April 2011

Abu Ayyub pahlawan perang yang pemurah

by
Abu Ayyub Al-Ansari atau nama sebenarnya Khalid bin Zaid bin Kulaib berasal (berketurunan) daripada Bani An-Najjar.

Beliau mendapat penghormatan Rasulullah SAW apabila baginda mendiami rumah beliau selepas baginda memasuki Madinah, berhijrah dari Mekah.

Ketika Rasulullah SAW memasuki Madinah, setiap orang daripada kalangan kaum Ansar bercita-cita (berkeinginan) supaya Rasulullah SAW turun daripada unta baginda dan berhenti di rumah mereka.

Mereka menghalang perjalanan unta Nabi SAW secara silih berganti supaya unta baginda menghala ke rumah mereka, kemudian Nabi bersabda kepada mereka: "Biarkanlah ia pergi kerana ia telah diperintahkan." Lalu unta tersebut terus berjalan sehinggalah ia berhenti di halaman rumah Abu Ayyub al-Ansari r.a.

Abu Ayyub terlalu gembira melihat keadaan tersebut, lalu beliau terus mendapatkan Rasulullah SAW, menyambut kedatangan baginda dengan perasaan terlalu gembira dan rasa amat terharu sambil membawa barang-barang yang dibawa oleh Nabi SAW seolah-olah beliau membawa khazanah yang begitu bernilai, kemudian terus masuk ke rumahnya.

Rumah Abu Ayyub r.a terdiri daripada dua tingkat. Nabi SAW memilih tingkat bawah supaya baginda boleh berjumpa para sahabat di mana mereka dapat masuk dan keluar dengan mudah. Tetapi keadaan tersebut menyebabkan Abu Ayyub tidak dapat tidur di tingkat atas, malah beliau tidak dapat tidur sedikit pun pada malam tersebut sehingga menjelang waktu pagi.

Lalu beliau datang berjumpa Rasulullah SAW dan mengadu kepada baginda mengenai keadaan tersebut, kemudian beliau meminta agar baginda berpindah ke tingkat atas.

Pada masa itu juga muka baginda kelihatan ceria, lantas baginda berkata: "Janganlah kamu menyusahkan diri kamu, wahai Abu Ayyub. Sesungguhnya kami lebih sesuai berada di tingkat bawah kerana ramai orang datang berjumpa kami."

Lalu Abu Ayyub mengisahkan peristiwa tersebut: "Aku melaksanakan perintah Rasulullah SAW tersebut sehinggalah berlaku pada suatu malam yang sangat sejuk, kendi kami pecah menyebabkan airnya tumpah ke atas lantai di tingkat atas.

Lalu aku dan Ummu Ayyub (isteriku) terus bergegas ke tempat air yang tumpah tersebut sedangkan pada masa tersebut kami tidak memiliki apa-apa kecuali sehelai kain baldu yang kami jadikan sebagai selimut.

Kami menggunakan kain tersebut untuk mengelap air yang tumpah kerana bimbang air tersebut menitis ke tingkat bawah tempat Rasulullah SAW berada. Pada keesokan paginya aku berjumpa Rasulullah SAW, kemudian aku berkata: Demi bapaku, kamu dan ibuku! Aku tidak suka berada di atas kamu sedangkan kamu berada di bawahku. Setelah itu aku ceritakan berita mengenai kendi tersebut.

Lalu baginda menerima permintaan aku dan baginda bersetuju untuk naik ke tingkat atas, manakala aku dan Ummu Ayyub pula turun ke tingkat bawah."

Rasulullah SAW menetap di rumah Abu Ayyub selama lebih kurang tujuh bulan sehinggalah masjid baginda dibina, dilengkapi dengan bilik-bilik yang terdapat di sekeliling masjid yang kemudiannya baginda berpindah ke sana.

Abu Ayyub adalah seorang yang berhati lembut, terlalu sayang kepada Rasulullah SAW, sangat pemurah, suka memberi makan kepada orang lain dan beliau memiliki sebatang pokok kurma di mana beliau mengusahakannya untuk menampung kehidupannya dan keluarganya.

Selain itu, Abu Ayyub juga merupakan salah seorang pahlawan perang. Beliau menyertai kesemua peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW, begitu juga dengan peperangan yang berlaku pada zaman pembukaan kawasan Islam, semuanya beliau sertai kecuali berlakunya beberapa peperangan dalam satu masa.

Abu Ayyub r.a tidak pernah ketinggalan turut serta dalam peperangan yang diikuti oleh umat Islam semenjak zaman Nabi SAW sehinggalah ke zaman Muawiyah.

Pada zaman pemerintahan Muawiyah, Muawiyah telah menghantar sepasukan tentera untuk membuka kota Constantinople di bawah pimpinan anaknya, Yazid.

Pada masa tersebut Abu Ayyub merupakan seorang yang telah tua. Umurnya menjangkau 80 tahun. Walau bagaimanapun, beliau tetap keluar bersama-sama dengan pasukan tentera dan menaiki pengangkutan laut.

Dalam pelayaran itu beliau jatuh sakit. Pada masa panglima tentera mengunjungi beliau, panglima bertanya kepadanya: "Wahai Abu Ayyub! Adakah kamu ingin meminta sesuatu?" Lantas beliau meminta daripada panglima supaya tentera mengusung beliau sekiranya beliau meninggal dunia, kemudian mengkebumikan beliau di bumi musuh - mengkebumikan beliau di pagar sempadan Constantinople. Ternyata beliau meninggal dunia pada masa tersebut.

Setelah peristiwa tersebut, tentera Islam berusaha menyerang musuh sedikit demi sedikit sehinggalah mereka berjaya sampai ke sempadan Constantinople dalam keadaan mereka mengusung jenazah Abu Ayyub bersama-sama mereka dan di sana mereka menggali sebuah kubur untuk Abu Ayyub, kemudian mengkebumikan beliau di pagar sempadan kota tersebut.

- UTUSAN

Menangani masalah e-jenayah

by
Apa saja namanya jenayah siber atau jenayah elektronik (e-jenayah) sasarannya hanya satu untuk menipu orang ramai dengan mendapatkan maklumat peribadi bagi memudahkan mereka merompak wang mangsa tanpa disedari.

Kes-kes jenayah elektronik merentasi sempadan kerana penjenayah tidak perlu berada di tempat kejadian seperti yang berlaku pada kejadian jenayah biasa.

Segalanya berlaku di hujung jari. Mangsa hanya perlu klik dan memasukkan maklumat peribadi dan sekelip mata wangnya berpindah tangan.

Walaupun tidak melibatkan nyawa tetapi e-jenayah melibatkan kerugian mencapai angka trilion di seluruh dunia dan jika tiada langkah sewajarnya diambil, ia akan merebak menjadi wabak.

"Kita tidak boleh tunggu sehingga mayat terbujur di depan kita seperti jenayah biasa," kata Setiausaha Agung Anti Phishing Working Group's (APWG), Peter Cassidy semasa sidang media sempena Sidang Kemuncak Counter-e-Crime Operations ke 5 yang bakal berlangsung pada 27 hingga 29 April di Kuala Lumpur.

Kesedaran

Beliau menambah, syarikat keselamatan komersial, organisasi kerajaan dan antarabangsa, agensi penguatkuasa undang-undang dan persatuan industri di seluruh dunia sedang mempertingkatkan usaha mencari jalan bagi menyatukan usaha dan berkongsi maklumat agar dapat membantu siasatan dan melindungi pengguna.

Sidang berkenaan merupakan anjuran bersama Cybersecurity Malaysia - sebuah agensi di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi dan APWG bagi mengumpulkan pejuang dan pembanteras e-jenayah seperti golongan profesional, pakar keselamatan siber sehingga kepada penggubal dasar dari seluruh dunia.

Apa yang penting jelas Cassidy adalah kesedaran di kalangan pengguna Internet.

"Semua golongan profesional perlu bekerjasama membantu orang ramai bagi menangani masalah e-jenayah yang semakin meruncing.

"Dibandingkan dengan lapan tahun lalu, senario e-jenayah kini boleh dikategorikan sebagai satu industri yang semakin membesar dengan struktur organisasi yang lebih sistematik," katanya.

Jika dulu sasaran bagi jenayah phishing disasarkan kepada kumpulan besar tetapi kini hanya pada satu organisasi yang kecil.

Pengarah Keahlian merangkap Timbalan Setiausaha Agung APWG, Foy Shiver bercerita mengenai e-jenayah yang mensasarkan Credit Union di universiti atau organisasi dengan menghantar e-mel phishing bagi cubaan mendapatkan maklumat atau nombor akaun perbendaharaan.

Bagaimanapun statistik kerugian tidak dapat diperolehi dengan tepat kerana ramai pengguna Internet yang tertipu hanya beberapa ratus atau ribu (Ringgit Malaysia) dan mungkin ramai tidak melaporkannya.

"Tetapi sebenarnya aktiviti penipuan di Internet melibatkan mungkin trilion dolar Amerika Syarikat di seluruh dunia berdasarkan kepada bilangan mangsa," katanya.

Kini e-jenayah bukan lagi jenayah tempatan tetapi jenayah yang merangkumi sempadan dan mereka yang terlibat begitu mudah melarikan diri dengan menggunakan domain lain di negara lain.

Foy menambah, kempen kesedaran e-jenayah adalah penting sama kerajaan membasmi perebakan virus atau bakteria bagi penyakit berjangkit.

"Langkah-langkah pencegahan yang patut diambil sama seperti memastikan slogan APWG iaitu stop, think, connect digunakan oleh pengguna Internet seluruh dunia," katanya.

Beliau berharap slogan akan dijadikan rutin seharian apabila membuka Internet sehingga menjadi warisan generasi di masa depan.

Justeru Sidang Kemuncak CeCOS, para profesional siber akan berkumpul bagi saling bertukar pengalaman dan pandangan serta menjalin rangkaian kerjasama untuk membanteras e-jenayah.

Antara topik menarik yang akan dibentangkan di Sidang Kemuncak CeCOS ke-5 adalah:

- Kajian kes antarabangsa oleh ahli e-Crime dan pakar keselamatan mengenai eCrime di negara masing-masing

- Teknologi dan teknik yang digunakan oleh penjenayah siber

- Keburukan media sosial

- Penyalahgunaan domain atasan dalam penipuan dan serangan e-Crime

- Strategi yang berkesan untuk melindungi pengguna daripada jenayah elektronik

Sidang kemuncak CeCOS ke 5 mendapat sokongan dan tajaan daripada beberapa syarikat gergasi seperti Hitachi Information System, Microsoft, MarkMonitor, Google serta Global Transit Communications.

- UTUSAN

24 April 2011

Majlis Pertunangan Ashraf-Dayana

by

Pelakon Ashraf Muslim, 30, dan Noor Dayana Lokman, 24, diraikan dengan penuh meriah seperti ‘kenduri kahwin’ dalam majlis pertunangan di rumah Dayana di Villa Bestari, Kampung Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur, Sabtu.

Majlis besar-besaran itu siap dengan 16 buah khemah yang dipasang di luar rumah bakal isterinya itu.

Malah kehadiran Ashraf yang memakai sepasang baju Melayu putih dan bersamping ungu mencuri tumpuan ramai dan dilihat seolah-olah hendak bernikah lagaknya.

Bagaimanapun, pengacara Nasi Lemak Kopi ‘O’ dan Gadis Melayu di TV9 itu menjelaskan, majlis tersebut diadakan sedemikian kerana mereka turut melangsungkan majlis perasmian Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah di tempat dan hari yang sama.

“Pada mulanya kami tidak merancang untuk melakukan majlis perasmian serentak dengan majlis pertunangan tetapi setelah memikirkan majlis ini turut melibatkan saudara-mara, jadi saya rasa tidak salah untuk dilakukan sekali,” ujarnya yang turut menjemput ramai ahli keluarga dan sanak saudaranya.

Ashraf merupakan anak sulung daripada lapan adik-beradik. Antara ahli keluarganya yang hadir adalah bapanya dan ibu saudaranya, Fatimah Azil yang menyarungkan cincin pertunangan di jari manis Dayana. Ibu Ashraf telah meninggal dunia pada enam tahun lalu akibat kanser payu dara.

Ashraf dan Dayana akan bernikah pada 30 Ogos tahun ini sempena Hari Raya Puasa di Mekah.

Beralih kepada kariernya sebagai pengamal perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, Ashraf mula mempelajari cara mengubati pesakit menggunakan ayat-ayat al-Quran, mendidik dan memberikan kaunseling kepada pesakit sejak dua tahun lalu. Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah terletak di Kampung Sungai Pusu, Gombak.

“Selepas mengubati pesakit, saya menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan. Selain itu, saya turut membekalkan mereka dengan ayat-ayat al-Quran dan doa untuk diamalkan sementara benar-benar sembuh.

“Apabila membaca al-Quran, diri kita akan lebih dekat dengan Tuhan. Kadangkala, saya ada juga meminta bantuan daripada Dayana untuk mengenal pasti sesuatu penyakit itu menggunakan kaedah perubatan moden kerana dia sedang belajar dalam bidang perubatan,” katanya.

Pusat rawatan yang digelar sebagai klinik oleh Ashraf itu boleh merawat penyakit seperti semua jenis kanser, SLE, kanser otak, AIDS atau HIV, gangguan sihir, penyakit kanak-kanak, penyakit kesuburan, diebetes, darah tinggi dan masalah akhlak.

Dalam perkembangan lain, Ashraf yang masih meneruskan kariernya dalam bidang lakonan turut menganjurkan pakej umrah di bawah Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dengan kerjasama ZHB Holidays Sdn Bhd.

Dia dijangka akan bertolak ke Mekah pada 17 Ogos tahun ini bersama-sama bakal bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid dan ahli rombongan umrah yang terhad kepada 40 orang sahaja.

- MSTAR

Ramai guru ingkar peraturan

by
Ramai guru siswazah didapati mengingkari peraturan yang menetapkan mereka hanya boleh memegang jawatan dalam parti politik setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelajaran.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, hanya 16 guru di seluruh negara memohon untuk memegang jawatan dalam parti politik, sejak kelonggaran itu diberikan kepada guru siswazah gred DG41 hingga DG48 bermula tahun lalu.

"Apa yang saya difahamkan, yang memohon baru 16 orang sahaja sedangkan kita tahu ramai guru siswazah ini ada jawatan (dalam parti politik) sebenarnya.

"Daripada 16 yang memohon itu, enam sahaja yang layak sebab antara syaratnya, dia (pemohon) tidak boleh ada jawatan seperti pengetua ataupun pegawai pelajaran daerah.

"Maksudnya kalau ada jawatan, tidak boleh sebab takut akan menyebabkan berat sebelah," katanya kepada pemberita di Institut Pendidikan Perguruan Kampus Tun Hussein Onn, di sini hari ini.

Mohd. Puad berkata, tidak timbul persoalan pemohon akan disenarai hitam sekiranya berhasrat memegang jawatan dalam parti politik pembangkang kerana peraturan ditetapkan tidak menyebelahi mana-mana parti politik.

"Mungkin ramai masih takut. Katalah kalau dia mohon pegang jawatan sebagai ketua Pas kawasan, nanti dia ingat orang sudah tahu dia Pas, maka dia takut kena senarai hitam.

"Tidak timbul soal tersebut. Yang penting memohon dan patuhi peraturan ditetapkan iaitu jangan guna waktu sekolah, waktu pejabat, kemudahan pejabat untuk berpolitik. Di luar boleh, itu hak anda," katanya.

Mohd. Puad memberitahu, sekiranya melibatkan waktu pejabat, guru tersebut perlu bersikap jujur dengan memohon cuti tanpa rekod dan kegagalan mematuhi syarat ditetapkan boleh menyebabkan kebenaran berpolitik ditarik balik.

Katanya, kebenaran berpolitik diberikan kepada guru kerana kepimpinan golongan itu amat diperlukan untuk membela nasib dan membangunkan masyarakat.

- UTUSAN

22 April 2011

Semakan Status Kelayakan Ujian MEdSI bagi DPLI dan ISMP Ambilan Julai 2011

by
Calon yang memohon Diploma Pendidikan (DPLI) bagi Lepasan Ijazah dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bagi Lepasan SPM & Diploma/ STPM boleh menyemak Status Kelayakan Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) di : http://www.mpm.edu.my/medsiregter/index.php - Ujian akan diadakan pada 30 April 2011 (Sabtu)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MPM)
http://www.mpm.edu.my/

MSAM di Ipoh terus jadi tarikan ramai

by

IPOH 21 April - Orang ramai terus membanjiri tapak pameran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2011, yang memasuki hari kedua di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh di sini, seawal pagi tadi.

Sejak pukul 8 pagi lagi, ratusan pelajar dari seluruh negeri ini dengan kerjasama PNB, mengunjungi MSAM untuk memastikan mereka tidak ketinggalan menyertai pameran pelaburan yang julung-julung kali diadakan.

Tinjauan mendapati, para pengunjung bukan sahaja datang untuk menyaksikan pameran tetapi juga melakukan urus niaga serta mendapatkan khidmat nasihat di kaunter-kaunter Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB).

Seorang pesara, Iberahim Salikin, 67, gembira kerana dapat berkunjung ke MSAM untuk melakukan urus niaga secara dekat dengan PNB.

Beliau yang menjadi pelabur lebih 25 tahun lalu berkata, sebelum ini segala urusan berkenaan dilakukan di Pejabat Pos sahaja.

''Selama ini, anak saya yang membantu saya membuat transaksi tetapi hari ini saya berpeluang berjumpa dengan kakitangan ASNB," katanya.

Isterinya, Musalmah Ahmad, 65, pula berkata, para pelabur PNB wajar menyertai pameran ini kerana selian boleh melakukan transaksi, khidmat nasihat perancangan kewangan juga disediakan untuk para pengunjung.

''Makcik hanya melabur dalam Amanah Saham Bumiputera sahaja tidak tahu pula ASNB ada pilihan (produk) lain.

''Bila sudah diberi penerangan, barulah makcik tahu banyaknya produk kita boleh melabur," ujarnya.

Menurut kakitangan PNB yang bertugas, sejak semalam dan hari ini, mereka menerima banyak kunjungan golongan warga emas untuk menambah pelaburan dalam produk-produk keluaran firma pelaburan itu.

Sementara para pelajar pula tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan pelbagai pameran yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat yang menyertai MSAM.

Sepanjang enam hari ini, pelbagai acara pendidikan berbentuk hibur didik diadakan antaranya Kuiz PNB - Bijak Padan dan e-peraduan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Menerusi e-peraduan, para pengunjung berpeluang memenangi hadiah berupa motosikal, basikal, baucer pelancongan, baucer insurans kenderaan, pelbagai barangan elektrik.

Selain itu, Toyota Vios dan Perodua Alza pula dijadikan hadiah utama bagi e-peraduan pada acara berkenaan.

Pinjaman mudah rakyat miskin labur unit amanah

Kerajaan akan memperkenalkan skim baru yang membolehkan semua rakyat berpendapatan rendah membuat pinjaman mudah bagi melabur dalam dana Amanah Saham 1Malaysia sebagai antara satu langkah menabung untuk jaminan masa depan.

Skim itu yang akan dilancarkan dalam tempoh terdekat tidak akan membebankan rakyat kerana pinjaman diberikan untuk membuat pelaburan rendah dengan pembayaran balik menerusi dividen yang diisytiharkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) setiap tahun.

Perdana Menteri ketika mengumumkannya semalam berkata, perincian skim itu sedang dipertimbangkan oleh Suruhanjaya Sekuriti serta Kementerian Kewangan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.
“Ini akan memperluaskan penyertaan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia 2011 (MSAM 2011), di Stadium Indera Mulia di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid; Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman; Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk R Ganesan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim.

Dalam ucapannya, Najib berkata, tarikh 20 April semalam menandakan genap 30 tahun usia skim amanah saham pertama diperkenalkan PNB, iaitu Amanah Saham Nasional (ASN) yang ketika itu dirangka khusus untuk menggembleng dana Bumiputera secara teratur dan meningkatkan kedudukan ekonomi mereka.

Beliau berkata, kejayaan PNB bukan setakat menubuhkan pelbagai dana unit amanah, malah mendidik rakyat, terutama Bumiputera mengenai kebaikan melabur serta melakukan transformasi minda sehingga masyarakat celik pelaburan dan mengetahui skim amanah mana yang lebih menguntungkan.
Malah, menerusi pengumpulan dana yang besar itu membolehkan beberapa syarikat gergasi yang namanya sering dikaitkan dengan penjajah British sejak sekian lama seperti Sime Darby, Guthrie dan Island & Peninsular, berjaya menjadi syarikat milik Malaysia.

“Apa yang lebih penting ialah kita mampu menguruskan syarikat bermodal besar dengan baik serta berjaya menarik pelabur dan menawarkan kadar dividen yang menarik,” katanya.

Beliau berkata, walaupun tujuan asal PNB untuk membantu Bumiputera supaya jurang perbezaan pendapatan dapat dirapatkan dan perpaduan antara kaum dipertingkatkan, atas semangat toleransi dan mengeratkan integrasi kaum, bukan Bumiputera diberi peluang menyertai skim amanah diperkenalkan agensi berkenaan.

Najib berkata, menerusi Model Baru Ekonomi yang diperkenalkan sekarang pula, kerajaan memperkenalkan pelbagai program transformasi bertujuan meningkatkan kualiti hidup rakyat dan ekonomi secara keseluruhan serta menjadi ekonomi berpendapatan tinggi pada 2020.

Beliau berkata, prospek berkenaan akan menarik lebih ramai rakyat untuk melabur dalam dana amanah yang memungkinkan Malaysia bakal menjadi negara pelabur skim dana amanah terbesar dunia satu hari nanti.

“Justeru, saya menasihatkan orang ramai, terutama pelabur kecil jangan memikirkan keuntungan cepat semata-mata, tetapi paling penting ialah melabur dalam skim yang berisiko rendah serta tidak mudah tertipu dengan pelbagai bentuk skim cepat kaya,” katanya.

Najib mengingatkan rakyat tidak mudah terpedaya dengan tawaran skim saham tanpa lesen yang kelihatan menarik tetapi mengundang padah kepada mereka yang menyertainya.

- UTUSAN & BERITA HARIAN

Top Ad 728x90