Kerapu gergasi ditangkap di Miri


Seorang pekerja restoran menunjukkan ikan kerapu gergasi seberat 200 kilogram yang ditangkap seorang pemancing di Miri, Sarawak, kelmarin.

Perairan Miri sekali lagi membuktikan statusnya sebagai syurga kaki pancing apabila seekor kerapu seberat 200 kilogram berjaya ‘ditewaskan’ oleh seorang pemancing petang kelmarin.

Kerapu gergasi sepanjang dua meter itu ditangkap kira-kira tujuh batu nautika dari pesisir pantai Miri dan mengambil masa beberapa jam untuk dinaikkan.

Pertarungan yang memenatkan itu berbaloi apabila kerapu gergasi berkenaan dibeli oleh seorang pengusaha restoran makanan laut yang dikenali sebagai Liew pada harga RM16,000.

- UTUSAN

Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.