JKM Pindah Ke Putrajaya Mulai 19 Disember 2011

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang beroperasi di Jalan Raja Laut di sini akan berpindah ke bangunan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya mulai Isnin ini, 19 Disember 2011.

Segala urusan surat-menyurat atau sebarang urusan rasmi kini perlu menggunakan alamat baru iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat, KPWKM, Aras 6, 9-18, No.55 Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, menurut kenyataan akhbar jabatan itu di sini hari ini.

Orang ramai juga boleh menghubungi pejabat JKM di talian 03-8323 1000 ataupun melayari laman web JKM di www.jkm.gov.my.

- BERNAMA

Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.