MSU tawar program reka bentuk grafik

REKA BENTUK grafik merupakan antara bidang pekerjaan yang berkembang pesat terutamanya dari segi permintaan dan menunjukkan pertumbuhan positif sejajar dengan perkembangan semasa ekonomi negara.

Bidang senireka grafik merujuk kepada proses kreatif dalam menyampaikan maksud tertentu kepada golongan sasaran dengan menfokuskan kepada pengunaan komunikasi seni visual yang efektif sebagai medium persembahan.

Penggunaan ilmu senireka grafik termasuklah dalam penghasilan identiti (logo, jenama), laman sesawang, penerbitan (filem, majalah, surat khabar dan buku). Contohnya, sesuatu produk dalam kombinasi pakej seperti logo, teks, bentuk, warna, susunan dan sebagai.
Tugas untuk mengkomposisi item-item tersebut kepada bentuk yang ideal dan kreatif ialah tanggungjawab seorang pereka grafik.

Antara bidang pengkhususan kerja yang boleh diceburi oleh lepasan senireka grafik ialah sebagai Pengarah Seni/Kreatif, Layout Artist, Brand Identity Design, Pereka Logo, Pereka Flash, Illustrator, Photo Editing / Photoshop Artist, Pereka Multimedia, Jurufoto, Web Designer etc.

Oleh kerana bidang berkenaan mempunyai potensi cerah dan peluang kerjaya terbuka, Management & Science University (MSU) menawarkan kursus tersebut dengan menggunakan modul pembelajaran terkini di samping sokongan pensyarah berpengalaman melalui program mentor mentee.

Pelajar akan dibantu bagi mencapai keputusan cemerlang selain suasana pembelajaran kondusif memberi bonus kepada pelajar.
MSU menawarkan program peringkat diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang berkenaan dengan kelayakan minimum digariskan institusi melalui Faculty of Information Sciences & Engineering (FISE).

Selain bidang rekabentuk grafik, FISE turut menawarkan program pengajian peringkat diploma dan ijazah dalam bidang pengkhususan seperti Computer Science, Information and Communication Technology, Computer Engineering, Business Computing, Information Systems Auditing, Games Design and Animation, Technology (Electrical and Electronic), Instructional Multimedia, Mobile & Wireless Technology, Communication Design and Marketing, Creative Multimedia, Media Science dan sebagainya yang relevan dengan keperluan semasa industri.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut program reka bentuk grafik dan program lain yang ditawarkan di MSU, sila hubungi 03-5521 6868 atau lawati laman sesawang www.msu.edu.my. Pilihan lain ialah dengan menghantar sms ke INFOMSU nama e-mel dan hantar ke 019-341 9152/016-356 8251 atau 012-249 6551

Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.