30 April 2013

Pembayar cukai boleh menuntut pelepasan cukai

by
Oleh RAVINDRAN DURAISAMY
Penulis ialah ejen cukai berkelayakan, akauntan berkanun dan anggota Institut Akauntan Malaysia (MIA), Institut Berkanun Cukai Malaysia(CTIM) dan Persatuan Akauntan Berkanun Bertauliah UK (ACCA).
Ramai yang akan berfikir dua kali untuk membuka surat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana khuatir mereka mungkin diminta membayar lebih banyak cukai. Pernah sekali seorang pelanggan menyerahkan kepada saya sampul surat daripada LHDN dan meminta saya membukanya dan untuk memaklumkan kandungan surat itu kepadanya hanya selepas beliau pulang daripada percutian singkat di luar negara.

Mengetahui yang beliau tidak pernah gagal membayar cukai, saya membuka sampul surat itu dan membaca kandungannya. Saya kemudian memaklumkan kepadanya yang beliau telah membayar cukai berlebihan dan jumlah itu akan dipulangkan kepadanya.

Jadi mengapa pula fobia dengan pihak berkuasa cukai? Sebenarnya pembayar cukai tidak perlu takut dengan mana-mana pihak, cuma mereka perlu tahu akan hak mereka dan pelepasan yang diberikan kepada mereka. Adalah penting yang pembayar cukai membaca dengan teliti borang B atau BE jika mereka mahu mengisi sendiri selain mendapatkan nasihat daripada akauntan berkanun dan ejen cukai di negara. Butir-butir ejen cukai boleh diperoleh daripada pejabat-pejabat LHDN atau dengan melawat laman web LHDN di hasil@gov.net.my

Dengan mengetahui pelbagai pelepasan peribadi yang disediakan bagi pembayar cukai, mereka boleh boleh merancang dengan yakin bayaran cukai masing-masing. Jadi apakah pelepasan cukai yang boleh dinikmati individu bagi tahun taksiran 2011 apabila mengisi borang B atau memfail butiran cukai secara atas talian pada awal 2012?

Seorang pembayar cukai boleh menuntut pelepasan RM9,000 bagi diri sendiri bagi tahun taksiran 2011. Sebelum ini, sehingga 2009, pelepasan ini hanya berjumlah RM8,000 dan angka RM9,000 ini juga dilanjutkan sehingga 2012. Satu pelepasan sebanyak RM5,000 bagi perbelanjaan perubatan, bagi pembayar cukai, pasangan, anak juga diperuntukkan kepada mereka dengan penyakit serius seperti barah, masalah jantung, kegagalan buah pinggang dan yang lain.

Tanggungan keluarga

Bagi seorang pembayar cukai yang cacat, pasangan, anak atau ibu bapa yang memerlukan peralatan sokongan seperti kerusi roda untuk membantu meneruskan dengan kehidupan boleh menikmati pelepasan maksimum sehingga RM5,000. Sejak 2005 seorang pembayar cukai yang cacat mendapat pelepasan tambahan sebanyak RM6,000 berbanding RM5,000 sebelumnya sementara suami/isteri yang cacat menerima pelepasan tambahan sebanyak RM3,500 (sebelum 2005 jumlah ini bernilai RM2,500).

Jika suami atau isteri pembayar cukai tidak mempunyai sumber pendapatan atau jika mereka memilih taksiran bersama, mereka boleh menerima pelepasan tambahan sebanyak RM3,000. Pembayar cukai juga boleh menuntut jumlah maksimum RM5,000 bagi perbelanjaan perubatan ibu bapa. Mereka boleh menuntut pelepasan menggunakan resit bayaran asal daripada pusat perubatan dan klinik yang berkenaan.

Sebagai contoh jika jumlah perbelanjaan bagi ibu bapa adalah RM8,500 maka pembayar cukai berkenaan boleh menuntut jumlah maksimum sehingga RM5,000. Bagaimanapun, katakan seorang lagi anggota keluarga menanggung separuh daripada kos perubatan itu, iaitu RM4,250 maka pembayar cukai itu hanya boleh menuntut RM4,250 dengan pelepasan baki separuh lagi dituntut oleh anggota keluarga berkenaan.

Jadi adalah penting bagi pembayar cukai untuk mengetahui berapa banyak pelepasan cukai yang beliau boleh nikmati dalam merancang jumlah cukainya. Berdasarkan pada contoh di atas pembayar cukai boleh membayar RM5,000 untuk menikmati pelepasan maksimum dan meminta seorang lagi anggota keluarga membayar baki RM3,500 yang juga boleh menuntut pelepasan mengikut jumlah baki itu.

Pelepasan sebanyak RM5,000 juga dilanjutkan hingga 2012 dan berkuat kuasa tahun taksiran 2011 ia dilanjutkan untuk meliputi perbelanjaan yang terbabit dalam menjaga ibu bapa di rumah penjagaan dan sehinggakan pusat jagaan harian.

Bagaimanapun, seorang pengamal perubatan perlu memperakukan masalah perubatan yang dihadapi ibu bapa yang memerlukan mereka berada dalam penjagaan pihak lain termasuk pusat jagaan. Anak yang dengan sengaja memilih untuk menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua tidak dapat menikmati insentif ini.

Simpan resit asal

Pembayar cukai, sama ada suami atau isteri, boleh menuntut pelepasan bagi anak mereka dengan menyeluruh atau mengikut peratusan - peraturan fleksibel yang disediakan kerajaan. Bagi anak yang berusia 18 tahun dan ke bawah, pelepasan sebanyak RM1,000 diberikan tidak kira anak itu belajar atau tidak.

Bagi anak yang usianya menjangkau 18 tahun dan belajar di universiti, atau kolej atau yang setaraf, di dalam negara atau di luar negara, pelepasan sebanyak RM4,000 disediakan. Bagi setiap anak cacat yang belum berkahwin, pelepasan diberikan sebanyak RM5,000. Bagi seorang anak cacat yang melanjutkan pengajian tinggi, pelepasan tambahan RM4,000 diberikan sejak tahun taksiran 2006.

Pelepasan lain termasuk sumbangan insurans dan KWSP sehingga RM6,000. Premium insurans yang dibayar bagi manfaat pendidikan dan perubatan membawa pelepasan tambahan sebanyak RM3,000. Pelepasan sebanyak RM5,000 juga diberikan bagi yuran pendidikan dalam bidang teknikal, vokasional, industri, saintifik, teknologi, undang-undang, perakaunan, pembiayaan Islam selain kemahiran atau kelayakan di peringkat tinggi sehingga kedoktoran falsafah.

Seorang pembayar cukai juga boleh menuntut pelepasan sehingga RM1,000 bagi pembelian buku, majalah serta penerbitan lain bagi diri, pasangannya ataupun anak. Dengan itu adalah penting pembayar cukai menyimpan resit asal untuk tujuan pemeriksaan pengesahan pihak berkuasa percukaian.

Pelepasan sebanyak RM3,000 diberikan bagi pembelian komputer yang diperkenalkan pada tahun taksiran 2007 dan pembayar cukai boleh menggunakan pelepasan ini sekali dalam setiap tiga tahun. Bagi pembelian peralatan sukan, pelepasan sebanyak RM300 disediakan sejak 2008 dan bagi yuran langganan jalur lebar, pelepasan sebanyak RM500 diberikan sejak 2010.

Simpanan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) membawa pelepasan sebanyak RM3,000 dengan insentif ini bermula pada tahun 2007. Pembayar cukai yang membeli rumah kediaman, pangsapuri atau kondominium dan menandatangani perjanjian jual-beli antara 10 Mac 2009 dan 31 Dis 2010 boleh menuntut pelepasan maksimum sehingga RM10,000 setahun bagi tiga tahun berturut-turut bermula dari tahun faedah itu dibayar.

Pembayar cukai perlu membaca panduan mengisi borang cukai dan mengambil kira lima perkara di atas. Mereka juga boleh meminta penjelasan akauntan berkanun atau ejen cukai mengenai pelepasan cukai yang mereka boleh nikmati. Kegagalan untuk mengambil kesempatan daripada pelepasan-pelepasan ini akan menyebabkan pembayar cukai membayar cukai yang tinggi.

- BERNAMA

* Artikel disiarkan di SINAR HARIAN


Jawatan Kosong Universiti Malaysia Terengganu (UMT) - Tarikh Tutup : 8 Mei 2013

by
Jawatan Kosong Universiti Malaysia Terengganu (UMT) - Tarikh Tutup : 8 Mei 2013

JAWATAN:
- PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL N41
- PEGAWAI PERGIGIAN U41
- PEGAWAI TADBIR N41
- PEMBANTU AM PEJABAT N1

IKLAN JAWATAN DAN BORANG PERMOHONAN ONLINE:
http://job.umt.edu.my/job_online/?v=permohonan

TARIKH TUTUP : 8 Mei 2013


Jawatan Kosong Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan - Tarikh Tutup : 10 Mei 2013

by
Jawatan Kosong Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan - Tarikh Tutup : 10 Mei 2013

JAWATAN:
- PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S17
- PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1

IKLAN JAWATAN KOSONG:
http://www.ns.gov.my/fileupload/jaw_0_ppans.pdf

TARIKH TUTUP : 10 Mei 2013


Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) - Tarikh Tutup : 2 Mei 2013

by
Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) - Tarikh Tutup : 2 Mei 2013

JAWATAN:
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
- PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
- PEMBANTU PENYELIDIK
- PENGAWAL KESELAMATAN
- PEMBANTU AM PEJABAT
- PEKERJA AWAM

IKLAN JAWATAN KOSONG:
http://www.lgm.gov.my/whatsnew/Jawatan_Kosong_2013_2.pdf

BORANG PERMOHONAN ONLINE:
http://lgmjob.lgm.gov.my/vacancy/Login.aspx

TARIKH TUTUP : 2 Mei 2013


29 April 2013

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) - Tarikh Tutup : 15 Mei 2013

by
Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

JAWATAN:
1. Pegawai Perubatan
2. Ahli Muzik
3. Pegawai Pertanian
4. Jurutera
5. Pegawai Undang-Undang
6. Pegawai Tadbir
7. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran
8. Akauntan
9. Juruaudit
10. Pegawai Penilaian
11. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
12. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa
13. Penolong Pegawai Undang-Undang
14. Jururawat
15. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
16. Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar
17. Penolong Pegawai Tadbir
18. Penolong Pegawai Penguatkuasa
19. Penolong Pegawai Penerbitan
20. Setiausaha Pejabat
21. Penolong Pegawai Penilaian
22. Juruteknik Komputer
23. Pembantu Pertanian
24. Pelukis Pelan
25. Juruteknik (Ukur Bahan/Awam/ Perancang Bandar dan Desa)
26. Pegawai Khidmat Pelanggan
27. Pembantu Tadbir (P/O)
28. Pembantu Kesihatan Awam
29. Pembantu Juruaudit
30. Pembantu Penilaian
31. Pengawal Keselamatan

IKLAN JAWATAN KOSONG:
http://www.mbjb.gov.my/web/guest/peluang_pekerjaan?p_p_id=56_INSTANCE_Ou6U&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=view&p_p_col_id=column-7&p_p_col_count=1

TARIKH TUTUP : 15 Mei 2013

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Kelantan (UMK) - Tarikh Tutup : 6 Mei 2013

by
Jawatan Kosong Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

JAWATAN:
1. PEGAWAI PERTANIAN G41
2. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S27
3. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S17

IKLAN JAWATAN KOSONG:
http://www.umk.edu.my/rasmi/images/hebahan%20rasmi/vacancy1.pdf

TARIKH TUTUP : 6 Mei 2013

Awas! Jam digital kamera 'skodeng'

by

Setiap kali masuk ke tandas awam atau mencuba pakaian baharu di pusat membeli-belah mata Husna Ahmad pasti melilau di setiap penjuru bilik.

Husna yang baru berumur 25 tahun bukanlah wanita paranoid tetapi dia takut jika ruang peribadinya dirakam lensa kaki intai.

“Bagi saya, semuanya bukan lagi rahsia sekarang, malah setiap gerak geri kita di tempat awam mungkin diperhatikan tanpa kita sedar,” ujar Husna.

Kebimbangan Husna itu berasas sementelah terlalu banyak penganiayaan privasi dilakukan terhadap kaum Hawa. Antara mangsa intipan yang menjadi tumpuan umum ialah kes membabitkan aktiviti skodeng membabitkan model dan pelakon jelita, Nasha Aziz.

Mengikut fakta kes, satu unit televisyen litar tertutup (CCTV) jenis wayarles diletakkan oleh pemilik rumah sewa Nasha di belakang unit pendingin hawa dalam bilik tidur pelakon filem Bara itu.

Bercerita aspek teknikal berhubung kes Nasha tersebut, Pegawai Sokongan Teknikal Ex Molar Enterprise, Mosaidey Mohd. Desa menjelaskan, CCTV tidak semestinya berwayar kerana teknologi terkini membolehkan pemantauan dilakukan menerusi internet.

“Bukan itu sahaja, segala kejadian seperti rompakan, kemalangan atau musibah yang menimpa di kawasan pemantauan CCTV boleh diulang tayang untuk tujuan penyiasatan dan bahan bukti,” jelas Mosaidey.

Katanya, tempoh rakaman yang dibuat bergantung kepada saiz simpanan (storage) serta jumlah pergerakan kawasan yang dipantau oleh CCTV.

“Kamera akan berfungsi sepanjang masa tetapi kualitinya bergantung kepada konfigurasi yang dibuat oleh pengguna sama ada rakaman berbentuk rakaman bersambung atau secara berterusan,” ujarnya.

Reka bentuk

Bagi kamera yang bertujuan membuat intipan atau penyiasatan, sudah tentunya bentuk yang direka bukan menyerlahkan ‘identiti’ sebagai perakam.

Hadir dalam bentuk pen, pemetik api, jam digital dan pelbagai bentuk, kamera pengintip sukar untuk dikenal pasti manakala tempoh rakaman yang boleh dibuat menjangkau sehingga dua jam tetapi semua itu bergantung kepada saiz memori kamera.

Biasanya, kamera ini digunakan oleh individu yang ingin merakam imej secara rahsia, membuat intipan malah ada sesetengah pelajar yang menggunakan kamera ini sebagai perakam untuk mendengar kuliah.

Hampir senada dengan Mosaidey, pemilik syarikat Red Sunday Enterprise yang hanya mahu dikenali sebagai Shahrul berkata, kamera pengintip mempunyai pelbagai fungsi bergantung kepada rekaannya.

“Kamera pengintip mendapat sambutan yang menggalakkan kerana senang untuk dibawa dan digunakan.

“Harga seunit kamera jenis itu bermula serendah RM150 sehingga RM700. Semuanya bergantung kepada kualiti kamera,” jelasnya yang memperoleh hasil jualan kamera ini sehingga RM40,000 sebulan.

Sementara itu, Pensyarah Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Syed Agil Alsagoff berkata, nilai positif CCTV tetap tidak boleh dinafikan.

Jelas Syed Agil, penggunaan CCTV di rumah merupakan suatu pendekatan terbaik untuk memantau keselamatan rumah dari semasa ke semasa serta boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah.

“Kedudukan tempat rakaman CCTV tersebut haruslah menyeluruh, strategik dan tidak dipasang di tempat yang boleh mengganggu ketenteraman atau privasi tetamu seperti dalam bilik air,” jelas Syed Agil yang merupakan ahli Majis Forum Kandungan, Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF).

Menurutnya, rakaman adegan-adegan yang melampau sama ada secara sukarela atau rahsia untuk disebarkan di internet merupakan satu kesalahan.

“Individu terbabit boleh dituduh dengan kesalahan di bawah Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya,” jelasnya.

- KOSMO!

 

Buku : Setia Hujung Nyawa - Fatin Nabila

by


Buku : Setia Hujung Nyawa - Fatin Nabila

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

Buku ini boleh diperolehi secara online di : http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2934


 

PRU13: BN dan Pakatan 'bersaing rapat' menjelang 5 Mei 2013 - Kajiselidik UMCEDE

by
Kajiselidik persepsi terbaru oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcede) menunjukkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bersaing rapat dan masing-masing dianggarkan mendapat 40 peratus sokongan rakyat.

Pengarah Umcedel, Prof Datuk Mohd Redzuan Othman berkata perbezaan antara BN dan Pakatan dalam kajiselidik yang dijalankan antara 4 April - hari Parlimen dibubarkan - sehingga Sabtu lalu, hanyalah 5 peratus.

Bagaimanapun, Redzuan tidak mahu mendedahkan siapakah yang mendahului atau peratusan sebenar yang diperolehi dalam kajian Umcedel yang sebenar.

Menurutnya, peratusan pengundi yang belum membuat keputusan telah berkurangan daripada 21 peratus pada bulan Mac kepada 9 peratus pada bulan ini.

Katanya, pengundi Cina, yang sebelum ini merupakan majoriti dalam kumpulan 21 peratus itu, kebanyakannya telah memutuskan siapa yang hendak diundi.

Redzuan percaya pengundi yang belum membuat keputusan akan menurun kepada sifar peratus pada hari pengundian nanti.

Katanya, mereka akan didorong oleh beberapa hari terakhir kempen, sepertimana yang dilihat berlaku dalam pilihan raya umum 2008, di mana empat hari akhir kempen yang aktif oleh pembangkang telah mengakibatkan berlakunya tsunami politik pada 8 Mac.

Kajiselidik selama 18 hari itu merangkumi 1,407 responden di Semenanjung Malaysia sahaja. Mereka merupakan pengundi pelbagai peringkat umur dan tidak membabitkan pengundi di Sabah dan Sarawak.

Kajian ini telah dilakukan melalui temubual dengan responden, yang setiap satu memakan satu selama 30 hingga 45 minit.

Redzuan berkata terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi pola pengundian pada 5 Mei. Hujan lebat pada waktu petang bermakna ramai yang tidak menghadiri sesi ceramah tetapi sebaliknya mendengar radio atau menonton televisyen.

'Pengundi lebih tertarik pada manifesto Pakatan'

Redzuan dan pasukan penyelidiknya juga mendapati pengundi lebih tertarik dengan apa yang ditawarkan oleh Pakatan, berbanding daripada BN.

Empat puluh dua peratus responden berkata mereka lebih suka manifesto Pakatan, manakala 36 peratus memilih BN dan 22 peratus belum membuat keputusan.

Kajiselidik itu juga menunjukkan sokongan yang hampir sama daripada masyarakat Melayu kepada BN (38 peratus) dan Pakatan (37 peratus). Bagaimanapun, lebih ramai kaum Cina memilih Pakatan (61 peratus) berbanding dengan BN (25 peratus).

Masyarakat India yang menyokong BN adalah 53 peratus) berbanding 21 peratus yang menyokong Pakatan.

Bagaimanapun, Redzuan menjelaskan bahawa sokongan kepada manifesto itu tidak semestinya diterjemahkan kepada undi.

Redzuan berkata kajiselidik tersebut mendapati tuduhan Pakatan bahawa BN mengambil idea daripada manifestonya memberi kesan kepada persepsi rakyat.

Katanya, idea seperti mengurangkan harga petrol, menghapuskan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan mengurangkan harga kereta sangat menarik kepadsa rakyat.

Kajiselidik itu juga mendapati bahawa meletakkan poster atau bendera mempunyai kesan minimum dalam mempengaruhi pengundi, dengan 66 peratus responden berkata tidak ada kesan ke atas mereka, manakala 29 peratus berkata bendera dan poster mempunyai kesan.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa Jelajah Merdeka Rakyat PKR menarik 19 peratus berbanding dengan kempen Janji Ditepati BN (16 peratus), diikuti Jelajah Negara Kebajikan PAS (10 peratus) dan Ubah DAP (4 peratus).

Daripada 1,407 responden, kata Redzuan, 49 peratus mengatakan mereka tidak menghadiri mana-mana ceramah.

Menurutnya lagi, kempen Janji Ditepati tidak berkesan kerana sebahagian responden, seperti para guru, mengadu bahawa mereka dipaksa menghadiri ceramah dan apa yang dicakapkan dalam kempen tersebut oleh BN itu tidak diikuti.

Redzuan menegaskan bahawa tempoh lapan hari lagi berkempen mulai esok, akan menentukan siapakah yang akan membentuk kerajaan baru.

- MALAYSIAKINI

Pemenang Anugerah Jenama Putra 2013

by
Pengeluar produk elektronik Samsung menjadi pemenang terbesar Anugerah Jenama Putra 2013 apabila menerima pengiktirafan tertinggi Jenama Tahunan Putra serta menerima tiga emas menerusi kategori berbeza dalam anugerah itu berasaskan pilihan pengguna di Malaysia.

Sementara itu, 12 jenama turut dipilih sebagai Ikon Putra, iaitu pengiktirafan baru diwujudkan tahun ini untuk jenama yang memperoleh emas dalam kategori masing-masing empat tahun berturut-turut sejak Anugerah Jenama Putra dimulakan.

Tahun ini juga menyaksikan dua anugerah sebelum ini, Jenama Paling Cemerlang Tahunan dan Jenama Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) Tahunan digabungkan menjadi Anugerah Jenama Perusahaan Tahunan yang dimenangi bersama oleh Secret Recipe dan Bonia.

Anugerah dianjurkan Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4A) itu memberi penghargaan kepada pencapaian cemerlang jenama di Malaysia dan perusahaan kecil dan sederhana yang dipilih melalui undian 6,000 pengguna seluruh negara.

Presiden 4A Datuk Johnny Mun berkata, sejak lima tahun lalu, model perniagaan telah berubah dengan pesat sehingga jenama dianggap aset penting dalam satu organisasi.

“Penting untuk syarikat mengambil pendekatan bersesuaian untuk kekal relevan dan memperkasa jenama mereka dengan pelanggan.

“Pembinaan jenama bukan satu tugas, tetapi satu perjalanan dan ia bukan hanya untuk menggerakkan produk tetapi juga mengubah kehidupan,” katanya dalam ucapan semasa majlis anugerah itu di Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Datuk Dr Wong Lai Sum yang turut hadir berkata, jenama di Malaysia perlu fokus kepada pengiklanan untuk meningkatkan jualan, membentuk identiti yang boleh dipercayai dan mendapatkan keyakinan pengguna.

Astro dan Maybank juga masing-masing memenangi Anugerah Jenama Putra 2013 bagi kategori Median dan Kewangan.

- SINAR HARIAN

Jaga Budi Bahasa Ketika Berpolitik

by
Dengan bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dirasai semakin hangat, kempen politik dalam saluran alam maya turut dilihat semakin rancak dan menyengat dengan ada yang melampaui batas norma masyarakat.

Selain media konvensional, laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram turut menjadi 'medan pertempuran' anggota dan penyokong parti-parti politik.

Kempen-kempen politik ini dilihat seolah-olah tidak mempunyai batasan. Malahan sejak kebelakangan ini masyarakat Malaysia dikejutkan dengan siri video seks membabitkan ahli politik manakala penulisan politik dalam Internet banyak yang berunsur memaki-hamun.

Tinjauan umum penulis terhadap komen di beberapa laman sesawang seperti laman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, menunjukkan penyokong masing-masing saling mencemuh dan mengulas mengikut emosi.

Perkara yang sama turut berlaku dalam komen di laman berita atas talian seperti Malaysiakini dan Harakahdaily.

BOSAN, SEMAK KEPALA

Tetapi perkembangan ini sesuatu yang tidak disenangi oleh masyarakat Malaysia yang selama ini berpegang kepada nilai-nilai murni dan budi pekerti yang baik. Tinjauan rambang penulis mendapati, kebanyakan anggota masyarakat bukan hanya tidak selesa bahkan kecewa dengan perkembangan ini.

"Nak politik, politiklah, tapi bila dah tak jaga adab dan bahasa saya memang tak suka. Buat bosan dan semak kepala sahaja," ujar Aini Dalila Jusoh, 28, yang berasal dari Johor.

Aini turut menyelar individu-individu yang beliau kenali bertindak menghantar mesej-mesej kempen pilihan raya yang tidak wajar ke akaun Facebook miliknya. Bagi Aini, tindakan itu hanya mengganggu privasinya. Rakan karib beliau, Suniza Hanim Abdullah bersetuju dengan hal ini.

"Jika ikutkan hati, mahu sahaja saya buang mereka daripada senarai rakan saya di laman sosial," katanya yang aktif di Facebook dan Instagram menggunakan telefon pintar.

HUJAH DENGAN FAKTA

Kakitangan kerajaan, Mohamad Sayuti Wan Chik, 30, pula berpendapat, dalam keghairahan mempertahankan pendirian dan ideologi politik masing-masing, cara berkomunikasi untuk meraih sokongan tidak patut diabaikan.

Beliau tidak bersetuju bila kata-kata kesat digunakan.

"Kita semua ada pendirian dan ideologi politik masing-masing... kalau nak berhujah, biarlah dengan fakta, bukan hanya emosi dan andaian," kata Sayuti.

Pendekatan yang harus diambil adalah dengan menggunakan bahasa yang sopan, mudah difahami, mengelakkan provokasi serta mengajak pembaca supaya berfikir tentang isu yang dibawa.

"Dalam berdakwah kita tidak berkasar, biar la kita cakap berkali-kali pun tidak apa asalkan dengan cara yang lembut," katanya. Tambahnya beliau lagi, komen-komen dalam bentuk tulisan di laman sosial juga amat mudah disalah tafsir oleh pembaca kerana ia tidak menggambarkan intonasi sebenar penulis.

IMPAK KEPADA GENERASI MUDA

Seorang guru, Nasaruddin Rahmat berkata, capaian kepada maklumat tanpa tapisan mengakibatkan para pelajar terdedah kepada bahan-bahan negatif di Internet, khususnya yang berkaitan dengan politik dan pilihan raya.

"Ada dua perkara yang merunsingkan para guru tentang murid-murid sekarang. Pertama adalah tentang penyebaran video seks ahli politik dan kedua adalah kata-kata maki-hamun dalam penulisan-penulisan politik di Internet. "Video-video itu sendiri sudah membawa pengaruh buruk, kemudian bila kita baca komen-komen di bawahnya (ruangan komentar), lebih memburukkan keadaan, tak kiralah orang itu terpelajar atau tidak, semua nak lepas geram di situ," katanya yang telah berkhidmat selama 18 tahun.

Jelasnya, jika perkara ini dibiarkan, tidak mustahil negara ini akan dipenuhi dengan generasi muda yang rendah budi pekertinya. Peka dengan sebarang perkembangan baru di Internet, Nasaruddin juga kesal melihat sebahagian besar yang terlibat dalam gejala negatif ini terdiri daripada masyarakat Melayu.

"Bahasa melambangkan bangsa. Orang lihat kualiti diri kita dengan cara kita berbicara," katanya lagi.

Nasaruddin turut menyeru calon-calon pilihan raya supaya menumpukan pada isu sebenar yang memberi nilai tambah kepada rakyat.

"Kita ada masalah yang nyata hari ini. Contohnya, isu kenaikan harga minyak dan barang-barang runcit, orang susah, pendidikan dan banyak lagi.

"Sebaiknya para calon bentangkan kepada rakyat cadangan mereka untuk mengatasi masalah ini," katanya.

TERLALU BEREMOSI MEMBURUKKAN PARTI

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) Mohd Khair Ngadiron ketika dihubungi Bernama berkata, tindakan-tindakan sebegini berlaku kerana pihak yang melakukannya terlalu beremosi untuk mempertahankan ideologi masing-masing.

"Bila terlalu beremosi, emosi akan menguasai diri dan kematangan akan hilang," kata beliau.

Mohd Khair yang bersetuju bahawa keadaan ini berlaku dalam semua parti, juga melahirkan kebimbangannya kerana tindakan sebegini tidak memberi natijah atau sudut pandang yang baik terhadap parti, mahupun calon yang bertanding.

"Saya khuatir ia akan menjadi senjata memakan tuan. Niat nak serang pihak lawan tetapi tidak berlaku kerana orang akan bersimpati... ibarat orang yang dipukul kemudiannya dipijak-pijak, selepas itu orang ramai akan bersimpati kepadanya," jelas Mohd Khair.

TUNJUK CONTOH BAIK, LUAH RASA TIDAK SENANG

Untuk menghadapi situasi ini, Mohd Khair berkata, kepimpinan tertinggi semua parti perlu menunjukkan contoh yang baik kepada ahli masing-masing agar menjadi ikutan.

"Pemimpin tertinggi biasanya agak baik bahasanya, tapi bila peringkatnya semakin ke bawah, semakin bertambah-tambah penggunaan bahasa kasar... ibarat guru kencing berdiri, muridnya kencing berlari," tegas Mohd Khair.

Ketika ditanya mengenai tindakan yang perlu diambil oleh golongan majoriti senyap dalam menghadapi keadaan ini, beliau berkata, mereka perlu menyuarakan pendapat mereka dengan cara yang baik.

"Tegurlah mereka dengan cara yang baik, bila golongan ini faham bahawa orang tidak suka apa yang mereka buat, harap-harap mereka akan berhenti. Janganlah hanya membantah dalam hati," tambah Mohd Khair lagi.

- BERNAMA


Iron Man 3 filem penuh drama, konflik dan aksi

by
 

Penggemar siri komik Marvel Iron Man pastinya menanti-nantikan kemunculan filem aksi penuh mendebarkan Iron Man 3 yang sudah mula ditayangkan sejak semalam.

Selepas menghadapi tekanan oleh kerajaan, media dan orang awam, untuk dia berkongsi teknologinya bersama tentera. Tony Stark kini kembali dengan musuh yang lebih bahaya.

Tidak seperti dua sekuel terdahulu, Iron Man 3 kini diarahkan oleh Shane Black tidak hanya mempertaruhkan teknologi dan aksi semata-mata tetapi turut menggabungkan konflik dalaman Stark kerana trauma ketika kejadian New York di serang (dalam Avengers) dan keinginan dan emosinya untuk melindungi kekasih hatinya, Pepper Potts.

Biarpun sedikit klise-kisah adiwira yang menyelamatkan cinta sejati, namun kelebihan cerita ini adalah teknologi baru yang dibawakan oleh Stark.

Malah, dalam filem ini, anda juga berpeluang melihat pelbagai jenis 'Iron Man' yang diciptakan Stark yang menjadikan hobi masa lapangnya mencipta dan membuat uji kaji mengenai besi yang melindungi dirinya itu.

Kisah penuh konflik

Perjalanan cerita Iron Man 3 ini telah digarap sebaiknya oleh Black dengan mengimbau kembali siapa Tony Stark pada 1999, seorang hartawan, kaki perempuan dan lelaki pintar yang tanpa sedar telah mewujudkan seorang musuh.

Kerana sikap sambil lewanya dalam semua perkara, Stark tidak sedar bahawa teknologi botani dari bekas kekasihnya sebenarnya mampu mengubah dunia.

Malah, kerana menghampakan seorang lelaki yang begitu meminatinya, Stark telah menyebabkan lelaki tersebut membenci dan berjanji untuk memburunya.

Sikap sambil lewanya juga turut menyebabkan Potts mula terasa hati kerana Stark melebihkan robotnya dalam segala hal, namun dalam masa yang sama, Stark mula mengenal erti cinta sebenar cuba untuk melindungi Potts dari sebarang ancaman bahaya.

Dek kerana ego juga, Stark tanpa sedar telah membahayakan dirinya dan Potts kerana mendedahkan maklumat tempat tinggalnya sehingga menjadi sasaran musuh.

Namun, selepas bertemu dengan seorang kanak-kanak pintar, Stark mula sedar untuk bersikap lebih bertanggungjawab dan mengubah dirinya secara perlahan.

Filem terakhir Downey?

Melihat lakonan Downey kali ini, watak Stark atau Iron Man sememangnya amat bersesuaian dengan lelaki berusia 48 tahun ini.

Biarpun hampir mencecah separuh abad, namun karisma, personaliti yang dimiliki oleh Downey membuatkan dia masih kelihatan tampan dan gagah dalam menjayakan watak Iron Man.

Namun, siapa sangka, Downey sudah membayangkan untuk tidak lagi membawakan watak Iron Man kerana faktor usia yang tidak lagi bersesuaian dengan watak tersebut.

Justeru, tidak hairanlah untuk siri terakhir dari Downey, dia memberikan lakonan yang cukup mantap dan diingati selepas anda meninggalkan pawagam.

Bagi mengetahui keseluruhan jalan cerita - dapatkah Stark melawan rasa traumanya? Dapatkah dia melindungi Potts dari bahaya? Berjayakah dia menumpaskan musuh yang sebenar, saksikan filem ini di pawagam.

Nasihat penulis, sebaik 'ending credit' naik melintasi skrin, jangan tinggalkan pawagam terlebih dahulu kerana ada penampilan khas yang akan bersama Stark pada penghujung cerita.

Iron Man 3

PENGARAH: Sean Black
PELAKON: Robert Downey Jr Gwyneth Paltrow, Don Cheadle, Guy Pearce, Rebecca Hall, Stephanie Szostak, James Badge Dale with Jon Favreau dan Ben Kingsley.
GENRE: Aksi/Pengembaraan
DURASI: 131 minit
KLASIFIKASI: P13
TAYANGAN: 26 April 2013
KESELURUHAN : ***** FUYOO TERBAIK!!!

- SINAR HARIAN
 

28 April 2013

Hidangan RM3 di Taiping, Perak

by


Seawal pukul 10 pagi lagi, beberapa buah kereta mula memasuki pekarangan rumah Hamidah Hamid yang terletak di Batu 7, Cangkat Baru, Matang, Taiping, Perak.

Situasi itu menjadi lebih meriah menjelang tengah hari hingga pukul 4 petang berikutan semakin ramai pelanggan yang datang untuk menikmati juadah yang disediakan wanita berumur 52 tahun tersebut.

Terdapat empat set meja makan sahaja yang diletakkan di bahagian anjung rumah, namun bilangan itu memadai buat Hamidah yang mesra disapa Kak Midah sementelah dia menguruskan gerai tersebut bersendirian.

Tetapi, jika pelanggan yang datang lebih ramai berbanding biasa, Kak Midah akan menjemput mereka duduk di bahagian ruang tamu rumahnya. Ruang itu sengaja dikosongkan tanpa perabot agar pelanggan boleh menikmati hidangan dengan selesa.

"Seronok kerana dapat menjamu orang ramai makan. Cukuplah empat set meja makan sahaja kerana saya tidak menang tangan untuk menguruskan gerai ini secara bersendirian. Tetapi jika ada ramai pelanggan yang datang serentak, mereka boleh makan bersila," tutur Kak Midah yang tersenyum simpul menyambut kedatangan kru Jurnal.

Premis itu bukanlah sebuah kedai makan, sebaliknya hanya sebuah rumah kampung biasa yang dibuat daripada batu. Tiada tempat memasak khas mahupun dapur besar yang dibina kerana Kak Midah memasak di bahagian dapur rumahnya sahaja.

Sepuluh lauk

Setiap hari seawal pukul 8 pagi, Kak Midah sudah mula memasak. Jumlahnya tidak banyak dan memadai untuk pelanggannya yang tidak ramai. Jika lauk hampir kehabisan Kak Midah akan memasak sekali lagi. Dia sentiasa menjaga kesegaran lauk yang dihidangkan.

"Pada setiap hari, menu yang disediakan adalah berbeza. Sekurang-kurangnya enam jenis lauk akan disiapkan. Ada makanan laut, ikan, ayam, ulaman dan sayuran," katanya yang pernah berkhidmat di sebuah kilang tekstil.

Dalam kunjungan Jurnal pada minggu lalu, kami dihidangkan dengan sepuluh jenis lauk bersama nasi putih termasuklah ayam masak merah, ikan kembung goreng, sotong masak merah, kerang rebus, pajeri nenas, peria masak asam, gulai lemak nangka, air asam, sambal belacan dan timun.

Pada hari kedua, Kak Midah menyediakan ketam masak cili, ikan kembung goreng, kari ikan, asam pedas keladi, sayur campur, jelatah timun dan sambal belacan bersama buah mangga sebagai pencuci mulut.

Namun, jenis masakan yang disediakan bukan satu-satunya faktor istimewa di gerai tersebut. Harga yang dikenakan kepada setiap pengunjung merupakan tangkal penarik pelanggan.

"Saya mengenakan bayaran sebanyak RM3 untuk setiap orang. Tidak kiralah sama ada datang bersendirian atau berkumpulan, jenis hidangan adalah sama. Kesemua lauk-pauk yang saya masak pada hari itu akan dihidangkan di meja seperti makan di rumah," ujar Kak Midah sambil melayan pelanggannya.

Tambah Kak Midah lagi, dia tidak berniat untuk mengaut keuntungan daripada perniagaan itu kerana hasrat asalnya adalah untuk melakukan amal. Dia juga tidak merancang untuk menaikkan harga pada masa akan datang biarpun ramai yang menasihati untuk berbuat demikian.

"Sebenarnya saya bukanlah mahu jadi kaya atau mengaut keuntungan lebih. Tetapi perniagaan ini adalah untuk menunaikan nazar saya sebelum ini.

"Kira-kira sepuluh tahun lalu, saya terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa pulang daripada kerja. Akibat kejadian itu, kaki saya hampir dipotong. Namun, atas takdir Allah, kaki saya kembali pulih biarpun remuk kerana digilis lori.

"Pada ketika itu, dunia terasa gelap seketika mengenangkan masa depan keluarga sekiranya kaki sudah tiada. Apatah lagi kami bukanlah orang senang dan sudah pasti saya tidak akan mampu bekerja lagi. Suami juga hanya berkhidmat sebagai pengawal keselamatan.

"Saya pernah bernazar untuk melakukan amal jariah kepada masyarakat sekiranya boleh berjalan semula. Kini saya bersyukur kerana sudah mampu untuk bekerja semula biarpun kaki kiri masih terkesan dengan kemalangan itu," katanya yang terpaksa meneruskan hidup dengan lebih 50 batang skru yang masih terpasang pada beberapa bahagian di kaki kirinya.

Biarpun RM3 tidak memberi nilai yang besar kepada sesetengah orang, namun Kak Midah menganggapnya sebagai sebuah perkongsian rezeki sesama manusia.

"Memang ramai yang terkejut dan bertanya sama ada saya boleh mendapat pulangan modal dengan harga itu, tetapi saya sendiri dapat merasa keajaiban rezeki Allah. Kadangkala ada pelanggan yang ikhlas membayar lebih.

"Walaupun masih lagi mampu mendapat pusingan modal, tetapi saya juga mendapat bantuan pinjaman daripada AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia). Namun, jumlah pinjaman itu tidaklah banyak dan cukup untuk membeli set meja makan dan menambah modal pusingan.

"Syukur kerana rezeki masih cukup untuk memberi wang saku kepada empat orang anak yang masih bersekolah," ujar ibu kepada tujuh orang cahaya mata itu.

Saiz sederhana

Untuk mengekalkan kesegaran hidangannya, Kak Midah akan mengunjungi Pasar Matang dan pasar malam di sekitar Matang bagi mendapatkan barangan mentah.

Dengan kos sebanyak RM70 sehari, Kak Midah boleh membeli beberapa jenis barangan termasuklah ikan, ayam, sayuran dan makanan laut kerana sudah mengenali peniaga di pasar. Biarpun perlu menguruskan perbelanjaan yang terhad, dia tidak akan sesekali membeli ikan busuk ataupun sayur yang sudah layu.

"Semua bahan yang saya beli setiap hari adalah segar-segar. Memang barangan dapur sudah mahal pada masa kini, tetapi saya memilih ikan, sotong dan ketam bersaiz sederhana kerana harganya lebih murah," katanya berkongsi rahsia.

Siti Rohani Mat Saad, 45, yang sudah beberapa kali ke gerai tersebut menjelaskan, dia pada mulanya tidak percaya tentang harga tersebut dan menganggapnya sebagai tidak masuk akal.

"Dari segi hidangan memang ia menepati cita rasa saya yang menggemari makanan ala kampung. Cuma sedikit tidak percaya pada harganya yang sangat murah untuk hidangan nasi bersama sepuluh jenis lauk. Minuman juga diberi percuma," katanya yang berasal dari Taiping, Perak.

Bagi mereka yang pertama kali ke situ mungkin berdepan sedikit kesukaran untuk menemui gerai tersebut kerena ia terletak di dalam kawasan perkampungan.

Menurut pelanggan yang pertama kali singgah ke gerai Kak Midah, Faizah Ismail, 47, sekiranya mencari lokasi gerai tersebut, pengunjung perlulah melalui jalan menuju ke Kuala Sepetang dari arah Taiping.

"Anda akan melepasi Kota Ngah Ibrahim iaitu kira-kira 500 meter untuk ke sini. Dari bandar Taiping pula, jaraknya adalah 10 km. Anda perlu bersedia untuk memasuki sebuah lorong kecil di sebelah kiri sekiranya sudah sampai ke kawasan Masjid Tengku Menteri. Lorongnya adalah bersebelahan sebuah pam minyak lama," katanya.

- KOSMO!

 

Panduan untuk gaya hidup sihat

by
Oleh Prof Madya Dr. Zaitun Yassin & Dr. Mahenderan Appukutty
Persatuan Pemakanan Malaysia

Adakah  anda bangun tidur sebelum matahari terbit dan pulang ke rumah setelah terbenamnya matahari? Atau adakah anda sering bergegas dari satu mesyuarat ke mesyuarat yang lain setiap hari? Mungkin anda pernah mengalami situasi tersebut malah sering berulang.

Sebaik-baiknya, pencegahan terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, penyakit jantung, kanser dan sebagainya, harus dimulakan sejak kecil, namun masih belum terlambat untuk dimulakan sekarang. Jangan lagi bertangguh atau menunggu sehingga anda mengalami sakit dada baru anda mengambil berat tentang kesihatan. Mula amalkan pemakanan sihat dan kehidupan aktif sekarang.



Panduan untuk gaya hidup sihat:

Langkah 1 - Amalkan pemakanan sihat

Sarapan - Kajian saintifik membuktikan jika anda memulakan hari dengan sarapan yang seimbang, anda boleh fokus, meningkatkan tahap tumpuan, kepintaran dan daya ingatan.

Makan tengah hari - Jangan sesekali tinggalkan makan tengahari tidak kira sibuk manapun anda. Namun begitu, elakkan makan terlalu kenyang yang boleh menyebabkan anda berasa kembung, mengantuk dan tidak produktif.

Makan Malam - Sentiasa ingat untuk mengambil makanan yang seimbang, pelbagai dan tidak makan berlebihan. Pulang awal ke rumah untuk makan makanan yang dimasak di rumah dengan ahli keluarga.

Langkah 2 - Pilih makanan dengan bijak

- Sentiasa memilih makanan yang disediakan dengan cara sihat seperti mengukus, membakar atau sup berbanding makanan bergoreng.

- Pilih makanan rendah lemak, gula dan garam.

- Pastikan ada buah-buahan dan sayuran dalam sajian harian anda

- Elakkan mengambil terlalu banyak kuah, kerana ia biasanya tinggi lemak dan garam.

- Pilih makanan berasaskan bijirin penuh.

- Pilih makanan tinggi serat.

- Minum banyak air kosong dan elakkan minuman manis dan bergas.

Langkah 3 - Jadi lebih aktif dengan bersenam.

Langkah 4 - Pantau kesihatan anda

Rancang jadual pemeriksaan kesihatan anda secara berkala iaitu bulanan, suku tahun atau tahunan kerana anda perlu sentiasa mengetahui kedudukan tahap kesihatan anda. Anda juga boleh melakukan pemantauan diri sendiri seperti mengukur ketinggian dan berat badan supaya sentiasa dalam keadaan normal.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang maklumat pemakanan yang menarik, sertai kami di Karnival Bulan Pemakanan Malaysia 'Makan Dengan Betul, Jadi Aktif: Kekal Bebas Daripada Penyakit Berkaitan Diet' di Mid Valley Exhibition Centre (Hall 1) pada hari Jumaat dan Sabtu 3 dan 4 Mei 2013. Terdapat saringan kesihatan percuma, khidmat nasihat pemakanan oleh pakar pemakanan dan dietetik, aktiviti-aktiviti menarik dan banyak lagi. Jadi, bawa keluarga anda bersama dan sertai keriangan ini bermula jam 10 pagi.

Untuk maklumat lanjut hubungi 03-5632 3301 , lawati laman Facebook kami atau layari : www.nutritionmonthmalaysia.org.my

- UTUSAN

Google lancar komputer skrin sesentuh Chromebook Pixel

by

SAN FRANCISCO: Google melancarkan komputer peribadi skrin sesentuh yang direka bagi pengguna mewah sekali gus memberikan persaingan kepada Apple MacBooks.

Google berkata komputer Chromebook Pixel yang menggabungkan teknologi laptop dan tablet, menawarkan cip intel yang berdaya tahan serta skrin yang dikhususkan bagi elemen grafik yang tinggi. Ia dilancarkan di Amerika Syarikat (AS) dan Britain pada harga permulaan AS$1,299 (RM4,026.90).

“Orang ramai akan berhenti memilih MacBook Air dan menggantikannya dengan yang ini,” kata Naib Presiden Kanan Google Chrome, Sundar Pichai.

Model Pixel yang mempunyai ciri seperti sambungan bina dalam kepada perkhidmatan Internet mudah alih Verizon yang akan berada di pasaran AS pada harga AS$1,449 (RM4,491.90).

Versi yang baru dilancarkan itu boleh mempunyai sambungan dalam talian dengan teknologi hotspot tanpa wayar atau kabel.

“Ia adalah sebuah produk yang hebat,” kata Om Malik dari laman web berita teknologi, GigaOm semasa kemunculan pertama Pixel di San Francisco.

“Namun Google mempunyai masalah dengan jualan, mereka perlu bersaing dengan harga asal dan mambina asas pemaju bagi produk mewah,” katanya.

Google berharap peminat akan mengelakkan perbandingan harga dengan pesaing seperti MacBooks atau komputer riba yang menggunakan perisian Windows 8 dan memfokuskan kepada ciri skrin sentuh Pixel dan penyimpanan data yang besar dalam Google Drive yang turut dimuatkan.

“Ia kelihatan seperti agak sukar dijual,” kata Penganalisis Forrester, James McQuivey.

“Saya berharap mereka tidak bercadang untuk membuat keuntungan daripadanya,” katanya.

Dalam pada Pixel kelihatan menyasar pasaran MacBook, ia turut berdepan dengan persaingan sengit daripada komputer riba skrin sentuh berasaskan perisian Windows 8.

“Ia seolah-olah lebih kepada pengeluaran produk simbolik dengan Google cuba menyatakan ia tidak lagi menjadi penyedia peranti yang tidak berkualiti,” kata McQuivey.

Penganalisis daripada Enderle Group, Rob Enderle menyifatkan langkah Pixel sebagai “bangkai kereta api” dengan menyatakan hujah seperti selalunya komputer riba yang berharga lebih AS$600 (RM1,860) tidak mencatatkan jualan yang bagus dan Apple juga bergelut untuk menjual model MacBook Air dengan harga AS$999 (RM3,096.90)

Populariti komputer tablet yang melonjak turut menghakis keseluruhan pasaran bagi komputer riba.

“Ia hanya memeranjatkan. Saya tidak mempunyai petunjuk apa yang sedang difikirkan Google,” kata Enderle.

Pengumuman itu menambah dimensi baru kepada persaingan antara dua gergasi teknologi yang terperangkap dalam saingan sengit pada telefon pintar dan tablet.

- AFP 

 

Video menjadi viral di internet

by
Video-video yang dimuatnaik di internet mudah menular atau lebih dikenali sebagai viral dalam kalangan pengguna laman sosial.

Video-video ini menjadi pilihan pengguna untuk dikongsikan bersama rakan mereka melalui laman sosial terutamanya Facebook.

Ada di antara video itu mendapat komen yang baik dan ada juga sebaliknya. Namun apa pun keadaannya, mereka kian dikenali apabila berlakunya perkongsian dalam kalangan pengguna.

Bermula dengan video klip artis dari Korea, Psy dengan lagunya Gangnam Style, yang menjadikan tarian artis itu sebagai ikutan dengan adanya pelbagai video parodi untuk meniru gayanya menari.

Kemudian, teknik tarian pergerakan kepala dan badan Harlem Shake pula menjadi viral dalam kalangan pengguna laman sosial sehinggakan terdapat ribuan video yang dimuat naik mengenai tarian itu di YouTube.

Selepas itu, teknik tarian parodi oleh Bobo dengan lagu berjudul Sayang dari Shea pula mendapat tempat kerana tarian yang dilakukan mempunyai ciri-ciri yang agak unik.

Teknik itu semakin popular apabila Johan Raja Lawak turut mempromosikan tarian yang sama dalam satu majlis anugerah, selain membincangkannya ketika menjadi tetamu undangan di sebuah stesen radio tempatan.

Kini dan terbaharu yang menjadi kegilaan pengguna laman sosial Facebook adalah tarian Gwiyomi dari Korea.

Teknik tarian itu dikatakan ‘sangat comel’ dengan penggunaan tangan dan ekspresi muka yang memberi impak kepada perkongsian video di laman sosial tersebut.

Cuba anda klik di ruangan carian YouTube, sudah pasti ribuan video yang memaparkan teknik-teknik tarian tersebut telah dimuat naik, sekali gus menjadi ikutan dalam kalangan remaja di serata dunia.


Jadi, untuk menjadi popular atau menarik ramai pengikut, anda boleh mencuba teknik berkongsi video di internet.

- UTUSAN

Pemimpin adil diberi penghormatan di akhirat

by
Agama Islam sangat menitikberatkan mengenai pemilihan pemimpin yang bertanggungjawab dan berwibawa kerana setiap pemimpin berserta rakyatnya akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Jika baik pemimpin maka baiklah rakyatnya, begitulah jika berlaku sebaliknya.
Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT: “Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.” (Surah An-Nisa, ayat 58)

    Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.” Surah An-Nisa, ayat 58

Tugas pemimpin negara amat berat kerana perlu memelihara mandat yang telah diberikan rakyat. Oleh itu, Allah SWT memberi penghormatan besar kepada pemimpin yang adil dengan meletakkan mereka sebagai golongan pertama daripada tujuh golongan mendapat naungan Arash di Padang Mahsyar di akhirat kelak.

Mereka juga diberikan kemuliaan iaitu diperkenankan doa mereka tanpa hijab seperti diriwayatkan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda: “Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu doa seorang yang berpuasa hingga dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang dizalimi.”

Makbul doa orang dizalimi

Dikisahkan, ketika Amru bin Al-As menjadi gabenor Mesir, berlaku kemarau yang menyebabkan Sungai Nil menjadi kering. Oleh itu, masyarakat Qibti memohon untuk menjalankan tradisi nenek moyang mereka iaitu upacara korban anak dara cantik supaya penunggu tidak murka kepada mereka.

Amru bin Al-As menolak permohonan mereka dan memaklumkan mengenai hal ini kepada Khalifah Umar bin Al-Khattab. Khalifah Umar memuji dan menyokong tindakan Amru serta mengirimkan sepucuk surat lain yang meminta beliau mencampakkan surat itu ke dalam Sungai Nil.

Beliau mendapati surat itu beralamat untuk Sungai Nil manakala isi kandungannya ialah: “Daripada hamba Allah, Amirul Mukminin kepada Nil Mesir. Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, jika engkau mengalir kerana kehendakmu semata-mata, maka janganlah engkau mengalir lagi, tetapi jika Allah SWT yang mengalirkanmu maka kami memohon kepada Allah supaya mengalirkan kamu semula,”

Doa Saidina Umar itu telah dimakbulkan Allah SWT. Sungai Nil menjadi lebih luas dan mengalirkan air yang tidak pernah kering sehinggalah hari ini.

Kisah kedua ialah mengenai saha-bat Nabi Muhammad SAW iaitu Saad bin Abi Waqas yang didoakan Rasulullah SAW untuk dikabulkan doanya. Setiap kali beliau berdoa, Allah SWT selalu memakbulkan doanya.

Ketika Saad bin Abi Waqas menjadi gabenor di Iraq, beliau telah difitnah oleh seseorang yang menyatakan beliau tidak pandai dalam solat dan menyatakan dirinya tidak melaksanakan hukum.

Doa Said dimakbulkan

Terkesan dengan fitnah itu, maka dia pun mendoakan orang berkenaan iaitu, “Ya Allah, panjangkanlah umurnya, panjangkanlah kemiskinannya dan hadapkanlah dia ke dalam pelbagai fitnah.”

Doa Said dimakbulkan Allah SWT. Akhirnya, beberapa tahun kemudian, orang itu berdiri di jalan-jalan Kota Kufah, dia meminta-minta kepada orang ramai dan menyentuh kanak-kanak perempuan dan mengekori mereka sambil berkata “Aku orang tua yang mendapat musibah kerana doa Saad.”

Melalui dua kisah itu, terbuktilah bahawa Allah SWT tidak akan menolak doa pemimpin yang adil. Pemimpin mestilah memiliki sifat mahmudah seperti beramanah dan adil supaya doa mereka dimakbulkan demi kesejahteraan semua yang berada di bawah tanggungjawabnya.

Supaya mereka tidak termasuk dalam golongan pemimpin yang khianat seperti sabda Baginda Rasulullah SAW daripada Ma’qil bin Yasar: “Sesiapa yang ditaklifkan (diamanahkan) oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya (pemimpin) syurga.” (Riwayat Muslim)

Sesungguhnya, tanggungjawab sebagai pemimpin amatlah berat. Oleh itu, jika ia dijalankan dengan sebaiknya, amat besarlah ganjaran yang akan diterima tetapi jika amanah itu tidak dilaksanakan, maka amat buruklah balasannya.

- BERITA HARIAN

Pencarian manusia pertama ke Planet Marikh

by

Sebuah organisasi Belanda di New York, Mars One sedang mencari manusia pertama menginjakkan kaki di planet Marikh.

Dipetik The Guardian, pengasas organisasi itu, Bas Lansdorp berkata, manusia yang dihantar ke planet itu bagaimanapun, tidak akan kembali ke bumi.

“Manusia di Marikh akan mengalami penurunan ketahanan tulang dan otot sekiranya dihantar kembali ke bumi. Mereka berpotensi terdedah kepada radiasi tinggi sekali gus meningkatkan risiko kanser kerana penurunan imunisasi tubuh dan berhadapan dengan kemandulan,” katanya.

Menurutnya, calon harus memiliki kekuatan psikologi dengan akan dikirimkan dengan ubat-ubatan dan pihaknya akan mengajar cara bercucuk tanam kerana keperluan tenaga seperti matahari dan air wujud di sana.

“Empat calon akan ke sana dan misi ini akan bermula pada 2023 dengan menggunakan teknologi jentera seperti SpaceX,” katanya.

Beliau berkata, perjalanan mengambil masa lapan bulan untuk sampai ke planet itu.

Kini, seramai 10, 000 individu berusia antara 18 hingga 62 tahun disahkan mendaftar untuk mengikuti program tersebut.

- The Guardian / SINAR HARIAN

 

Saiz payudara bukan ukuran seksi - My Couture

by

Bagi kebanyakan lelaki, kecantikan wanita diukur daripada wajahnya namun jantung kaum Adam pasti berderau tatkala melihat kehebatan aset wanita. Maka tidak hairanlah jika ramai wanita amat teliti dalam aspek pemakaian coli terutama aspek keselesaan tetapi pada masa sama ia harus memberi ilusi payudara yang lebih montok.

Berbicara mengenai coli pada suatu masa dahulu mungkin sesuatu yang tabu tetapi wanita moden kini lebih terbuka. Seseorang wanita perlu mengenal rupa bentuk dan posisi payudara masing-masing sama ada berbentuk bulat, pendulous, kecil atau di dalam posisi normal, jauh dan dekat.

Waktu paling sesuai mengenakan pakaian dalam adalah selama lapan hingga 10 jam sehari tetapi Pengarah Kreatif My Couture Sdn. Bhd., Hanim Shahrom menyarankan wanita tidak memakai coli ketika tidur.

Cerita Hanim, pemilihan saiz dan bentuk pakaian dalam yang bersesuaian sangat penting kerana secara tidak langsung ia memberikan pengaruh kepada bentuk payudara seseorang wanita.

“Pakai coli untuk diri sendiri dan ia perlulah selesa. Ada wanita beranggapan memakai coli yang menampakkan payudara lebih besar sebagai petanda seksi tetapi tanggapan itu sebenarnya salah.

“Wanita perlu sedikit ilmu tentang cara memilih dan mengetahui saiz sendiri. Kesesuaian rekaan coli dengan tubuh badan perlu diberi perhatian oleh setiap wanita kerana masih ramai yang tidak memahami konsep jenis mangkuk dan saiz ukur lilit masing-masing,” jelas wanita kelahiran Kluang, Johor ini.

Tambahnya, teknik tiga segi digunakan bagi mengenal pasti kiraan tepat untuk jenis payudara dengan menjadikan titik puting payudara dan tulang dada sebagai penanda aras.

“Boleh dikatakan hampir 70 peratus wanita Malaysia memiliki payudara bersaiz sederhana dan besar manakala selebihnya memiliki payudara kecil. Proses pembuatan pakaian dalam juga tetap rumit tanpa mengira saiz payudara seseorang wanita.

“Proses pembuatan bermula dengan penghasilan sehelai saiz prototaip, contohnya saiz 34B. Saiz ini akan diuji pakai ke atas model sebenar yang bersaiz 34B dan proses teknikal akan dilakukan ke atas pakaian dalam ini dari pelbagai aspek untuk memastikan keselesaan dan kesesuaian menurut piawaian berpandukan standard antarabangsa.

“Saya sentiasa berfikir yang terbaik untuk kaum wanita dengan menyediakan produk yang digemari. Kadangkala saya menyamar untuk mendapatkan maklum balas mengenai produk keluaran saya,” tutur isteri kepada Ahmad Dzulkifflee Mohd. Yusof, 50, itu.

Warna berani

Jelasnya, persaingan dengan jenama antarabangsa membuatkannya berusaha untuk menghasilkan rekaan unik agar dapat menarik hati pelanggan.

“Untuk menghasilkan satu rekaan pakaian dalam yang benar-benar berkualiti dan selesa, pihak syarikat memerlukan jangka masa sehingga empat bulan kerana pembuatan coli merangkumi segala aspek daripada segi pemilihan fabrik, warna dan ujian pemakaian.

“Warna-warna asas seperti hitam, coklat, kelabu serta merah jambu merupakan warna yang paling popular dan laris dalam kalangan wanita Malaysia berbanding wanita Barat yang lebih gemar warna putih dan krim.

“Pemilihan warna sangat subjektif dan berkait rapat dengan emosi seseorang wanita selain ia turut dipengaruhi oleh iklim sesebuah negara tetapi ramai juga yang teruja untuk mempelbagaikan koleksi pakaian dalam mereka dengan memilih warna-warna berani seperti merah, terracota, hijau, ungu dan warna-warna lain,” jelasnya sambil memberitahu, jangka hayat pakaian dalam bergantung kepada cara penjagaan si pemakai.

Ujarnya, selain memenuhi kepuasan emosi wanita Malaysia yang sukakan fabrik jenis renda, Hanim turut memberikan sokongan yang mantap untuk wanita tampil lebih yakin, kemas dan langsing dengan hanya dengan memakai pakaian dalam yang menepati saiz sebenar si pemakai.

“Saya meletakkan perancangan untuk menguasai sepenuhnya bidang perniagaan pakaian dalam di Malaysia, memandangkan jenama My Treasure sudah berada di pasaran sejak 1998. My Treasure menjanjikan produk terbaharu dengan kualiti dan keselesaan setanding dengan jenama antarabangsa,” tambahnya yang memiliki kilang pembuatan pakaian dalam di Kampung Jawa, Klang.

Jelasnya, koleksi My Treasure boleh dibeli dengan harga bermula RM20 hingga RM70 melalui internet dan di lebih 70 lokasi pasar raya besar AEON dan Giant.

Cerita Hanim, dia terlibat dalam keseluruhan aspek pembuatan coli bermula dengan cetusan ilham, lakaran prototaip, seni, fesyen, renda, fabrik, melatih pekerja, menilai kualiti, memahami emosi dan hati pelanggan,

Hanim mempunyai formula keselesaan sendiri dengan setiap rekaan yang diperkenalkan melalui proses dan menepati piawaian antarabangsa yang kemudian disesuaikan dengan bentuk tubuh wanita Malaysia.

“Menceburkan diri di dalam bidang ini bukan sahaja memerlukan kepakaran dari segi penghasilan produk tetapi ia lebih kepada memberikan keselesaan dan pilihan yang tepat serta paling berbaloi dengan harga yang dibayar oleh pelanggan.

“Mengekalkan pelanggan yang setia dengan produk yang dihasilkan adalah suatu cabaran perniagaan yang agak sukar memandangkan pakaian dalam berkait rapat dengan faktor keselesaan di mana perkara itu adalah sangat subjektif,” ujar wanita berumur 47 tahun ini.

My Couture boleh dilayari di : http://www.facebook.com/MyCouture.com.my

- KOSMO!

 
 

Hantar borang e-Filing dilanjut ke 15 Mei 2013

by


Tarikh akhir untuk mengembalikan borang penyata cukai pendapatan bagi punca pendapatan bukan perniagaan (Borang BE) dan bayaran baki cukai kena dibayar melalui sistem e-Filing dilanjutkan sehingga 15 Mei ini.

Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Masrun Maslim berkata ini bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan sistem elektronik itu yang lebih mudah dan cepat.

"Bagaimanapun, bagi mereka yang mengisi borang secara manual, tarikh akhir kekal pada Selasa ini (30 April) dan kita galakkan mereka menghantar melalui pos di mana borang-borang itu akan diterima LHDN selewat-lewatnya 3 Mei," katanya kepada Bernama.

Ketika ditanya mengenai aduan orang ramai mengenai kesukaran menghantar borang penyata cukai secara manual, Masrun berkata setakat ini LHDN tidak menerima aduan sedemikian dan mengakui ia kes terpencil.

"Semakan kami di beberapa cawangan seperti di Cheras, Wangsa Maju dan Kota Baharu (Kelantan) masih menerima borang-borang itu.

Ada kotak khas disediakan bagi mereka yang ingin menghantarnya," katanya.

Laman Web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) : http://www.hasil.gov.my/

- HARIAN METRO

27 April 2013

Memey ambil keputusan kekal bertudung

by

Pelakon, Memey Suhaiza, 24, mengambil keputusan untuk terus mengenakan tudung sejak Ahad lalu, namun enggan menghebohkan penghijrahannya kerana bimbang niat murni itu disalah erti.

Isteri kepada aktor, Norman Hakim, 37, itu berkata keinginan berhijrah bukan di atas paksaan sesiapa, sebaliknya beliau berasa kurang selesa tanpa mengenakan hijab selepas mula memakainya ketika menghadiri acara sukan di sekolah anak tirinya, hujung minggu lalu.

Dalam proses belajar

Saya masih dalam proses belajar dan berdoa semoga niat ini akan ditetapkan-Nya. Sebelum ini pun saya sudah beberapa kali mengenakan tudung, tetapi perasaan untuk mengenakan tudung semakin kuat selepas itu membuatkan saya menetapkan niat.

Hadiah ulang tahun suami

Hasrat itu kemudian saya sampaikan kepada suami menerusi SMS (khidmat pesanan ringkas), yang sememangnya meminta saya bertudung sebagai hadiah ulang tahunnya, 8 Januari lalu. Cuma ketika itu saya belum bersedia, katanya ketika dihubungi semalam.

Terdahulu, gambarnya mengenakan tudung, baru-baru ini mendapat maklum balas positif daripada peminat yang berharap beliau terus kekal dengan imej terbabit, tambahan pula selepas melahirkan anak pertama pada 1 Februari lalu.

- BERITA HARIAN
 

25 April 2013

Jawatan Kosong Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) - Tarikh Tutup : 6 Mei 2013

by
JAWATAN:
- Penolong Pegawai Eksekutif (Teknologi Maklumat)
– Penolong Pegawai Eksekutif (Kejuruteraan)
– Pembantu Tadbir (Perakaunan) Gred 21
- Pembantu Tadbir (Operator Komputer) Gred 21
- Pembantu Tadbir (Juruteknik Komputer) Gred 21
- Penjaga Jentera Elektrik Gred 11
– Pembantu Am (Pemandu Kenderaan
– Pembantu Am (Penghantar Notis) Gred 1

IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON:
http://www.scribd.com/doc/137863057/Jawatan-Kosong-Lembaga-Hasil-Dalam-Negeri-Malaysia-LHDN

Tarikh Tutup : 6 Mei 2013

SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KE PROGRAM MATRIKULASI 2013

by


Semakan Keputusan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Sesi 2013 Bagi Lepasan SPM 2012 boleh dibuat mulai 25 April 2013 (Khamis) di Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) : http://www.moe.gov.my/


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kedah & Terengganu Umum 5 Mei 2013 Cuti Sempena PRU-13

by
Kerajaan Kedah pada Rabu mengumumkan cuti umum pada 5 Mei 2013 ini sempena pilihan raya umum ke-13.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pengumuman ini dibuat bagi memudahkan penjawat awam, pekerja swasta dan rakyat Kedah keluar mengundi pada hari tersebut.

Katanya perkara itu diputuskan pada mesyuarat Exco hari ini yang diadakan khusus untuk membincangkan perkara itu dan cuti umum itu adalah berdasarkan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951.

"Orang ramai boleh keluar mengundi. Tak ada masalah lagi nak keluar mengundi atau tidak," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darul Aman di Alor Setar.

Ahad merupakan hari bekerja di Kedah.

Sementara itu di KUALA TERENGGANU, Kerajaan Negeri turut mengumumkan 5 Mei sebagai cuti umum.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, keputusan itu dibuat pada satu mesyuarat khas baru-baru ini.

"Walaupun 5 Mei jatuh pada Ahad, namun ia merupakan hari bekerja di Terengganu, dan pemberian cuti itu bertujuan memudahkan penjawat awam di negeri ini menunaikan tanggungjawab untuk mengundi," katanya selepas merasmikan bilik Gerakan Jentera Barisan Nasional (BN) Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, Terengganu.

Turut hadir, calon Parlimen Setiu, Mohd Zulkifli Jusoh, Calon DUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan bekas penyandang DUN Jabi, Ramlan Ali.

Kelantan sebelum ini turut mengumumkan hari mengundi pada 5 Mei sebagai cuti peristiwa.


Permohonan TR1Ma 2.0 dibuka

by
Pemandu teksi individu atau yang memegang status sebagai 'pemandu pertama' dipelawa untuk memohon program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma 2.0) bagi mendapatkan subsidi tayar yang mula dibuka mulai 22 April 2013.

Pengurus Bahagian Komunikasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Noor Hisham Mohd. Taha berkata, pemandu teksi yang layak menerima TR1Ma 2.0 adalah warganegara Malaysia dan berstatus 'pemilik' atau 'pemandu pertama'.

"Bagi pemandu di Sabah pula perlu mengemukakan kad pengenalan dan permit teksi yang berdaftar dengan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, pemohon perlu mengemukakan kad pengenalan dan kad pemandu sahaja semasa memohon.

"Pengambilan baucar boleh dilakukan di pejabat wilayah dan negeri SPAD atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) negeri kecuali (UTC Pudu) dan semua pejabat LPKP Sabah dan Sarawak.

"Sekiranya mana-mana pemandu tidak memiliki kad pemandu atau telah luput, permohonan atau proses memperbaharuinya boleh dilakukan di pejabat SPAD secara percuma, hanya bagi pemandu di Semenanjung walaupun terdapat saman yang belum diselesaikan,'' katanya.

Jelasnya, baucar akan diberi pada hari yang sama dan tidak perlu menunggu sehingga dua minggu bagi mendapatkan tayar seperti TR1Ma 1.0.

"Kini pemandu teksi boleh terus ke kedai pilihan mereka dan menukar tayar dengan segera,'' kata beliau.

Sementara itu, kata Noor Hisham, pada TR1Ma 1.0 telah berjaya membantu lebih 76 peratus atau 51,277 orang daripada 67,470 pemandu teksi di seluruh negara.

"Program ini bertujuan meringankan beban kos penyelenggaraan teksi, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan teksi di negara ini.

"Semua pemandu yang masih belum mendapatkan baucar tayar pada program pertama disarankan membuat permohonan dengan kadar segera kerana penebusannya perlu dilakukan sebelum 30 September ini,'' ujarnya.

- UTUSAN



Tanda-tanda si dia curang

by
Tiba-tiba hati terasa cuak dengan sikap pasangan anda yang secara sedar atau tidak keadaannya berbeza daripada biasa.

Biarpun secara khususnya tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku, gerak- gerinya menampakkan seolah-olah dia cuba berahsia dan menjarakkan hubungan dengan anda.

Sekiranya anda cuba bertanya kepadanya, pasti dia cuba menafikan sikapnya yang berbeza itu. Sedangkan setelah hidup berdua dengannya sekian lama, sudah pasti anda dapat menghidu perilakunya yang berbeza.

Jika ini berlaku, eloklah anda mengenal pasti keadaan dan situasi yang berlaku itu sekiranya benar pasangan anda cuba berlaku curang terhadap anda.

1Berhati-hati sekiranya anda bertanya kepadanya sama ada dia masih mencintai anda kerana dia berkata: "Saya menyayangi anda, namun tidak mencintai anda." Satu amaran telah dikeluarkan dari mulut pasangan anda.

Mungkin pasangan anda masih mempunyai perasaan menyayangi anda, namun akibat hubungan baru yang terbina menyebabkan dia hilang pertimbangan dan menyebabkan hubungan anda dengannya terjejas.

Perubahan sikap pasangan anda ini dikatakan berpunca daripada cetusan hormon amnesia iaitu rasa keghairahan pasangan anda terhadap hubungan baru itu menyebabkan dia mengalami kecelaruan fikiran.

2 "Kami cuma kawan" juga satu frasa yang kerap sangat dikeluarkan oleh pasangan apabila dia diminta menjawab persoalan siapakah 'si dia'.

Dalam keadaan ini, pasangan anda mungkin merasakan dia lebih memahami keadaan dirinya dengan lebih mendalam daripada anda.

Namun dia sebenarnya tidak menyangka, sangkaan 'hanya kawan' itu bakal memberikan satu keadaan yang berlainan terhadap perlakuannya terhadap anda.

3Jangan terkejut sekiranya secara tiba-tiba pasangan anda mahu lebih masa untuk dirinya bersendirian sedangkan sebelum ini dia tidak pernah meminta untuk berbuat demikian.

Pasangan anda juga akan cuba mengubah kata laluan komputernya, telefon bimbitnya, malah bilnya juga akan disembunyikan daripada pengetahuan anda.

Jika anda bertanya kepada pasangan anda mengapa anda mahu merahsiakan keadaan ini, dia tiba-tiba melenting dan menyatakan anda cuba mengawal dirinya.

4"Saya memerlukan masa yang lebih untuk diri saya." Ini juga merupakan bibit-bibit masalah yang akan mewarnai kehidupan rumah tangga.

Dalam keadaan ini dia meminta untuk bersendirian atas alasan rasa tertekan di tempat kerja dan mahukan ruang dan waktu sedangkan kebebasan ini digunakan untuk menghubungi insan lain.

5Anda juga menyedari jadual kerjanya juga berubah daripada biasa dengan dia lebih banyak memperuntukkan masa tambahan di luar rumah, balik lewat atas alasan mahu menyiapkan kerja atau melakukan kerja tambahan dan sebagainya.

6Menghabiskan masa di depan komputer dengan berinteraksi di Internet dan enggan keluar bersosial dengan anda di luar rumah apabila diminta berbuat demikian.

7Dia ada akaun e-mel rahsia dan banyak chatting di bilik sebelah.

8Selalu berahsia apabila menerima panggilan telefon dan menghabiskan banyak masa di talian.

9Jika pasangan anda tiba-tiba mematikan panggilan telefonnya sebaik anda memasuki bilik atau memadamkan sejarah si pemanggil atau mesej tertentu di dalam telefon, dan enggan menjawab pertanyaan anda siapakah yang menelefonnya, itu merupakan petanda yang kuat pasangan anda cuba berlaku curang terhadap anda.

10 Pasangan anda asyik hilang di saat anda perlukannya ataupun tiada penjelasan mengenainya apabila anda bertanyakan kepadanya mahupun anda terjumpa sesuatu seperti baju, atau barangan yang bukan kepunyaan anda di dalam kereta ataupun di tempat yang tersorok.

Jika anda merasakan yang pasangan anda sebenarnya sedang melakukan sesuatu di belakang anda (cuba berlaku curang), buatlah siasatan untuk mendapatkan bukti kebenarannya.

Setelah semua bukti telah didapati, berbincang dengan pasangan anda tentang apa yang tidak kena terhadap hubungan anda berdua dengan cara yang paling tenang dan berhati-hati.

Bertanya kepadanya dengan jujur dan nyatakan kepada dia apa yang anda dapati hasil daripada siasatan anda.

Di samping itu anda perlu bersedia untuk berhadapan dengan semua kemungkinan yang bakal berlaku.

Apa yang penting pasangan anda akan tetap melakukan 'penipuan' demi 'penipuan' untuk mengelak daripada berterus terang.

Sedihnya, individu yang terjebak dengan hubungan di luar ini pastinya pandai berbohong biarpun sebelum ini dia tidak pernah menipu.

Namun percayalah dengan semangat dan keberanian, bertenang dan bulatkan fikiran, carilah jalan penyelesaian antara anda berdua apabila ternyata pembohongan pasangan anda itu sudah terbongkar.

- UTUSAN


Generasi baru Nokia Lumia

by

Terus mempertaruh sistem operasi Windows pada gajet selular Lumia, syarikat teknologi Nokia baru-baru ini memperkenalkan dua lagi model terkini untuk platform sama.

Kali ini, Nokia Lumia 720 disasarkan kepada pengguna yang mementingkan pengunaan rangkaian sosial dengan paparan definisi tinggi (HD) manakala Nokia Lumia 520 pula menawarkan pengalaman komunikasi yang ringkas dan sempurna.

Menurut Ketua Pemasaran Nokia, Gary Chan, kedua-dua model berkenaan dicipta dengan prestasi terbaik dalam usaha melengkapi aktiviti kerja dan hiburan pengguna masa kini.

“Walaupun direka bersesuaian bagi pengguna amatur, Lumia 520 masih menawarkan fungsi serta spesifikasi yang sangat kompetitif.

“Bagi Lumia 720 pula menggabungkan gaya dan teknologi sekali gus mampu memberikan kepuasan operasi kepada pengguna,’’ katanya pada majlis memperkenalkan dua rangkaian terbaru siri Lumia di ibu negara baru-baru ini.

Lumia 720 turut dilengkapi paparan skrin 4.3 inci Qualcomm Snapdragon S4 beresolusi tinggi (HD), kamera 6.1 mega piksel optik Carl Zeiss serta memori binaan dalam lapan gigabit (GB).

Ini juga disempurnakan dengan reka bentuk nipis iaitu sembilan milimeter (mm), capaian Wi-Fi serta pelindung paparan Corning Gorilla Glass 2.

Bagi model kedua iaitu Lumia 520 yang turut dibina bersama Windows 8, peranti ini dibina dengan paparan empat inci yang sensitif dengan sentuhan walaupun memakai sarung tangan.

Untuk fungsi pengimejan, Lumia 520 dilengkapi kamera berkuasa lima mega piksel dengan kelebihan pemfokusan auto, berskrin luas serta dijana oleh pemproses satu giga herz Dual Core Snapdragon.

Pengguna Lumia 520 juga tidak perlu risau tentang jangka hayat kuasa telefon kerana ia mempunyai ketahanan bateri maksimum sehingga 9.6 jam waktu berbual.

Di samping itu ia turut menyokong platform pelayaran internet dan akses kepada storan awan dikenali sebagai SkyDrive.

Daripada segi fungsi antara muka utama untuk kedua-dua peranti tersebut, ia tersedia dalam paparan berpetak yang dikemaskini dalam masa nyata dikenali sebagai Live Tiles.

Fungsi tersebut membolehkan pengguna mencapai semua aplikasi seperti laman web rangkaian sosial, mesej, temujanji serta akses foto dan muzik secara lebih cepat dan mudah.

Bagi aplikasi People Hub pula menggabungkan semua kontak pengguna bersama akaun laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Linkedln bagi kemudahan paparan hanya pada satu klik.

Pelayaran Internet juga akan menjadi lebih produktif melalui model-model Lumia ini kerana ia disokong platform Internet Explorer 9 dan pelayar Bing selain aplikasi kerja Office serta Outlook Mobile.

Nokia Lumia 720 dengan pilihan warna hitam, putih, merah dan kuning kini ditawarkan pada harga RM999 manakala Lumia 520 dijual pada harga RM599 untuk putih, kuning, merah dan hitam.

Kedua-dua peranti ini akan mula berada di pasaran pada hujung April. Bagi mereka yang inginkan informasi tambahan boleh layari laman web http://press.nokia.com

- UTUSAN

Pesta Buku Antabarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL ke-32) 2013 sedia ruang e-book

by


Penyediaan buku digital (e-book) dan ruang bacaan lebih santai adalah antara pembaharuan yang menanti pengunjung Pesta Buku Antabarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) ke-32.

Acara tahunan yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 26 April hingga 5 Mei, turut menampilkan syarikat penerbitan buku dari Arab Saudi yang diundang khusus tahun ini.

Pengarah Urus Setia Tetap Majlis Buku Kebangsaan, Abd Wahab Ibrahim, berkata 243 syarikat mengesahkan penyertaan pada PBAKL kali ini.

Sebanyak 802 gerai disediakan, termasuk penyertaan dari luar negara seperti China, Singapura, Thailand dan United Kingdom.

Penganjuran terbaik

Tahun ini, kita memilih tema Buku Menjana Kepintaran Kreatif, sejajar objektif penganjuran untuk meneruskan kecemerlangan dalam penganjuran aktiviti membabitkan bahan bacaan.

Pengunjung bertuah berpeluang memenangi tiket penerbangan pergi balik mengunjungi Pesta Buku Frankfurt 2013 pada Oktober ini, katanya.
Pameran dibuka mulai jam 10 pagi hingga 7 malam dari Isnin hingga Khamis, manakala dilanjutkan sehingga jam 9 malam bagi Jumaat dan hujung minggu serta cuti umum.

Mereka yang memerlukan keterangan lanjut boleh melayari laman web rasmi PBAKL di www.kualalumpurbookfair.my/2013.



SPR kesan pengundi melalui MyKad

by
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menentukan pengenalan pengundi menerusi nombor kad pengenalan, sekali gus menghapuskan sebarang kekeliruan sekiranya ada pengundi berlainan identiti tetapi mempunyai nama yang sama.

Sehubungan itu, Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, dalam satu kenyataan semalam, menafikan dakwaan dalam laman sosial bahawa ada pengundi bernama Ab Rapar Awang memiliki tiga nombor kad pengenalan (MyKad) yang berbeza dan layak mengundi tiga kali.
SPR sedar jika nama digunakan bagi mengenal pasti pengundi dalam Daftar Pemilih, ia akan menyebabkan kekeliruan kerana memang ada nama pengundi yang ejaannya sama tetapi mempunyai nombor kad pengenalan berbeza.


Banyak nama sama

Contohnya, ejaan nama Ismail Ibrahim terdapat 1,507 nama dalam Daftar Pemilih, Fatimah Abdullah (1,401 nama), Fatimah Ismail (1,377 nama), Fatimah Ahmad (1,377 nama), Ismail Ahmad (1,368 nama) dan 1,039 pengundi bernama Azizah Ahmad.

Berdasarkan semua nama ini, semakan SPR mendapati nombor kad pengenalan 12 angka mereka berbeza dan gambar pada kad pengenalan mereka juga berbeza. Ini menunjukkan mereka adalah individu yang berbeza, hanya ejaan nama saja yang sama, katanya.

Merujuk kepada kes Ab Rapar, Kamaruddin berkata semakan SPR mendapati hanya ada tiga nama yang mempunyai ejaan sama dalam Daftar Pemilih SPR tetapi ketiga-tiganya mempunyai nombor kad pengenalan, gambar dan cap jari yang berbeza.
Begitu juga dalam kes Jarmiah Abu Talib, pengundi adik-beradik yang mempunyai nama sama pernah dilaporkan media sebelum ini, yang dua adik-beradik yang tinggal di satu alamat itu menunjukkan perbezaan dalam tarikh lahir, nombor kad pengenalan lama, cap jari dan nombor kad pengenalan 12 angka.

Dakwaan tak benar

Kamaruddin berkata, jika ada pihak yang mendakwa nama sama itu merujuk kepada individu yang sama, maka dakwaan itu tidak benar kerana mustahil bagi seorang individu memiliki banyak kad pengenalan kerana nombor kad pengenalan atas nama itu adalah berbeza-beza.

Beliau turut menafikan ada individu tertentu boleh mengundi lebih daripada sekali. Justeru, SPR meminta mana-mana pihak yang menemui perkara mencurigakan dalam Daftar Pemilih menghubungi SPR di Pusat Panggilan 03-8885 6565 bagi membolehkan suruhanjaya itu membuat semakan dan memberi penjelasan.

Dakwat kekal digunakan

Dalam pada itu, SPR memaklumkan, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), dakwat kekal akan digunakan dan setiap pengundi wajib dicalit pada jari telunjuk kirinya dengan dakwat itu. Jika ada pengundi yang enggan jarinya dicalit, maka kertas undi tidak akan diberikan.

Kamaruddin berkata, tujuan penggunaan dakwat kekal itu adalah untuk mencegah cubaan mana-mana individu yang hendak mengundi lebih daripada sekali dan warna dakwat kekal yang digunakan bagi pengundian awal adalah berbeza warnanya dengan pengundian biasa.

SPR menegaskan pada PRU-13, tidak akan ada mana-mana individu boleh mengundi lebih daripada sekali kerana dakwat kekal akan digunakan manakala bagi pengundi yang sudah mengundi, nama mereka akan dipotong dalam buku Daftar Pemilih yang digunakan oleh Kerani SPR.

- BERITA HARIAN

22 April 2013

Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2013 di Kangar, Perlis

by

Pameran pelaburan terbesar negara, Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang diadakan di pekarangan Dewan 2020 di sini, akan dibuka kepada orang ramai dari 20 April sehingga 27 April ini.

Penganjuran pameran oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) kali ke-14 itu melengkapkan pusingan MSAM di seluruh negara sejak diperkenalkan di Kuala Lumpur pada tahun 2000.

Dengan tema 'Pelaburan 1Malaysia', MSAM tahun ini menampilkan pelbagai acara menarik antaranya Seminar Khas Kewangan ASNB, cabaran pengurusan kewangan, jejak pelabur bijak, taklimat perancangan kewangan dan ikon inspirasi MSAM.

Pelbagai acara hiburan yang menjurus kepada galakan pelaburan juga akan diadakan termasuk Perodua Investment Race, CCM International Showdown, Maybank Mewarnai Duniaku, MNRB Ringgit Savvy dan Sime Darby Rhino Walk.

Seperti tahun-tahun lalu, PNB menawarkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah kereta Ford Fiesta, Toyota Vios dan Perodua Alza kepada pengunjung bertuah dengan sasaran pengunjung sebanyak 150,000 orang.

Sementara itu, Malaysian Investment Development Finance Berhad (MIDF) menyediakan kemudahan bas percuma kepada seluruh penduduk Perlis untuk mengunjungi tapak pameran MSAM.

Pengangkutan percuma itu meliputi laluan Kilang Gula, Jeti Kuala Perlis, Ulu Pauh/Politeknik, Padang Besar dan Kuala Sanglang.

Pengunjung dari Alor Setar juga boleh menaiki bas-bas percuma tersebut dari Shahab Perdana.

Lapan buah van penumpang juga disediakan bagi membawa pengunjung dari tempat letak kereta berdekatan tapak MSAM.

Perkhidmatan pengangkutan itu akan beroperasi pada pukul 8.30 pagi hingga 10 malam setiap hari sepanjang penganjuran MSAM.

MSAM di Perlis sekali gus melengkapkan pusingan penganjurannya ke seluruh negara.

Kali pertama MSAM diperkenalkan adalah pada tahun 2000 yang telah berlangsung di Kuala Lumpur.

Orang ramai yang mengunjungi MSAM berpeluang mendapatkan nasihat, perundingan kewangan dan produk pelaburan secara percuma oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan entiti kewangan negara yang dimiliki PNB.

Acara tahunan itu menawarkan pelbagai program pendidikan pelaburan termasuk Seminar Pelaburan 360 hari, Seminar Kewangan ASNB, program pengurusan kewangan, jejak pelabur bijak dan taklimat perancangan kewangan.

Kanak-kanak dan para pelajar sekolah pula berpeluang menyertai program pelaburan hibur didik oleh syarikat-syarikat di bawah PNB.

Selain ASNB, MSAM kali ini turut disertai oleh 12 syarikat yang dikuasai oleh PNB dengan penyertaan 50 syarikat yang terlibat dalam pameran termasuk Malayan Banking Berhad, Sime Darby Berhad, MNRB Holdings Berhad, Malaysian Industrial Development Finance Berhad, UMW Holdings Berhad dan I & P Group.

Sementara itu, pertandingan Maybank Mewarnai Duniaku yang diadakan sempena pembukaan edisi khas Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) kali ke-14 mendapat sambutan luar biasa apabila disertai lebih 1,200 peserta.

Peserta terdiri daripada kanak-kanak berumur dari empat hingga enam tahun mewakili sekolah-sekolah tadika di seluruh negeri ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 120 kanak-kanak telah dipilih sebagai pemenang.

- UTUSAN

 

RTM perkenal saluran berita portal 1News

by
KUALA LUMPUR 19 April - Radio Televisyen Malaysia (RTM) memperkenalkan saluran berita baharu, portal 1News sebagai alternatif dan pelengkap kepada siaran berita sedia ada.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, portal itu menjadi sumber baharu dalam usaha menyebar luas maklumat dalam kalangan rakyat menggunakan medium internet.

Menurut beliau, pengenalan portal berita itu juga bagi membolehkan RTM kekal relevan dengan perkembangan semasa sekali gus terus diyakini orang ramai terutama dalam kalangan generasi muda.

"Ciri-ciri asas portal 1News ini adalah siaran berita yang berlandaskan kepentingan, interaktif, eksklusif, ringkas dan padat sekali gus dapat menarik perhatian orang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan portal 1News itu di Universiti Taylor, Subang Jaya dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail dan Naib Canselor Universiti Taylor, Prof. Datuk Dr. Hassan Said.

Menurut Kamaruddin, bagi fasa pertama, portal 1News itu akan bersiaran pada pukul 9 pagi hingga 10 malam dengan kandungannya diulang setiap empat jam sebelum beroperasi sepenuhnya pada Ogos ini.

Katanya, portal itu juga menyiarkan berita ringkas tidak melebihi lima minit dan menyiarkan siaran rakaman sidang akhbar tanpa suntingan.

"Pengenalan portal ini juga bakal merealisasikan pembentukan saluran berita RTM sepenuhnya yang menggunakan format definisi tinggi (HD) pada 2015," ujarnya.

Tambah beliau, orang ramai boleh melayari 1news.rtm.gov.my untuk mendapatkan berita melalui portal itu bermula 19 April 2013.

- UTUSAN


Khasiat ekstrak delima

by

Mengamalkan sunnah junjungan Nabi Muhammad SAW bukan sahaja tertumpu kepada perbuatan dan aktiviti seharian, malah melalui pengambilan makanan seharian juga digalakkan di sisi Islam.

Makanan yang diambil secara berkhasiat dan kaya dengan bahan yang baik dapat membantu menyihatkan badan. Antara buah-buahan yang digalakkan dalam Islam adalah buah delima.

Khasiatnya turut disebut dalam hadis mauquf di mana antara lain Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa buah delima adalah antara daripada buah-buahan syurga, tidak ada satu pun buah delima yang kalian tanam melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima syurga.

Menyedari kekurangan produk minuman yang dihasilkan berlandaskan minuman sunnah, Pemilik Gofocus International Sdn. Bhd., Rumawi Kasolan mengetengahkan minuman BioDelima.

"Di pasaran ketika ini terdapat pelbagai jenis minuman jus buah-buahan dari luar negara, tetapi tidak semua jus yang kita beli itu terjamin dari segi halal dan cara pembuatan yang berlandaskan syariat Islam.

"Sebagai umat Islam kita bertuah kerana Allah telah sebutkan beberapa jenis buah-buahan syurga dalam al-Quran yang baik untuk kesihatan.

"Bertitik tolak dari situ, saya bersama-sama rakan iaitu Dr. Abdul Razak Ibrahim telah menghasilkan produk BioDelima ," katanya.

Ujar Rumawi, syarikatnya yang beroperasi sejak dua tahun lalu, kini mempunyai lima produk minuman berasaskan ekstrak buah delima di samping gabungan buah-buahan lain.

"Produk pertama yang dihasilkan oleh syarikat kami adalah Jus Biodelima yang kaya dengan kandungan phytochemical untuk kebaikan jantung dan kelancaran saluran darah.

"Jus delima mengandungi pelbagai khasiat seperti mineral dan vitamin yang amat diperlukan bagi membantu mengekalkan dan menangani masalah kesihatan serta menyihatkan tubuh badan.

"Produk ini boleh digunakan seawal peringkat bayi dalam kandungan sehinggalah kepada warga emas.

"Kini produk ini boleh didapati dalam lima jenis yang berlainan bentuk iaitu BioDelima kolagen, BioDelima Steamcell, Kopi BioDelima, Jus BioDelima Kolagen dan BioDelima Minda," katanya.

Menurut Rumawi, bahan-bahan untuk menghasilkan produk tersebut diimport dari negara-negara Asia Barat selain madu yang diambil dari Malaysia.

Antara bahan utama yang digunakan untuk produk itu adalah buah delima, kurma, zaitun, biji anggur, madu, habbatus sauda, menna dan goji.

"Mengikut buku perubatan Parsi, buah delima boleh membantu membaik pulih fungsi hati dan limpa. Juga membantu mencuci buah pinggang dan salur kencing serta sistem penghadaman.

"Di samping itu ia juga membantu membuang lemak-lemak berlebihan, membantu membaik pulih masalah jantung, membantu mengelakkan alahan bagi wanita mengandung, membantu merawat pesakit kencing manis dan menambahkan tenaga," kata Rumawi.

Ujarnya, ketika ini Jus BioDelima premium paling mendapat sambutan di kalangan pelanggan yang mengamalkan pemakanan sunnah.

Kesemua produk Bio Delima melalui proses Amalan Pengilangan Islam atau lebih dikenali dengan IMP (Islamic Manufacturing Practice).

"IMP diwujudkan untuk pengusaha industri yang beragama Islam atas kesedaran keperluan umat Islam pada zaman ini kepada pemakanan yang suci dari aspek rohani dan jasmani.

"Kesucian dari aspek rohani bermaksud tangan-tangan yang mengusahakan produk adalah tangan Muslim.

"Mereka yang memahami dan terikat dengan hukum-hukum Islam serta patuh kepada perintah Allah akan menambah keberkatan terhadap apa yang diusahakannya.

" Ini adalah kerana nur Islam yang ada pada dirinya adalah nilai yang tidak terdapat pada pengusaha bukan Islam," katanya.

Kata Rumawi lagi, bagi membantu orang ramai menambah pendapatan dengan menjadi pengedar produk BioDelima, syarikatnya telah menganjurkan Program Usahawan BioDelima Nasional.

"Program ini dianjurkan kepada lulusan universiti yang masih menganggur, belia dan suri rumah yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan menambah pendapatan.

"Selain itu, syarikat kami juga sedang mencari pekerja yang berminat untuk memohon jawatan sebagai eksekutif pemasaran yang mempunyai kelayakan diploma dan ijazah sarjana muda," katanya.

Sebarang maklumat lanjut mengenai produk ini boleh hubungi talian 013-2834777/ 03 5512 0058 atau berkunjung ke No 72A, Jalan Pelabur A, 23/A, Seksyen 23, 40300 Shah Alam Selangor. Pelanggan juga boleh layari laman sesawang www.biodelima.com.my


 - UTUSAN 

Top Ad 728x90