10 Mei 2013

,

Maybank bank ke-13 paling kukuh di dunia

Maybank bank ke-13 paling kukuh di dunia


KUALA LUMPUR 2 Mei - Malayan Banking Bhd (Maybank) menjadi bank Malaysia pertama memasuki senarai 20 bank paling kukuh di dunia berdasarkan kepada penilaian kewangan yang dijalankan oleh majalah Bloomberg Markets.

Maybank berada di kedudukan ke-13 dalam kumpulan bank-bank elit global dengan aset melebihi AS$100 bilion (RM305 bilion) berdasarkan kepada antara lain, kekuatan modal, kualiti aset, rizab kukuh serta kekuatan deposit dan pembiayaan.

Faktor-faktor lain yang membantu bank terbesar Malaysia itu mencapai skor tinggi dalam rangking tahunan ketiga bank-bank terkukuh dunia 'Bloomberg Markets' termasuklah kecekapan kos dan pengurusan risiko, kata majalah itu dalam satu laporan yang disiarkan di laman web Bloomberg.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, pengawalseliaan ketat oleh Bank Negara Malaysia dan ujian tekanan baharu serta langkah-langkah pengawalan risiko dalam bank itu sendiri merupakan faktor-faktor yang menyumbang kepada pencapaian ranking itu.

Menurut laporan 'Bloomberg Markets' itu, Maybank memperoleh skor tinggi dalam rizab pinjaman-kerugian kepada aset tidak berbayar dan deposit kepada pembiayaan serta kecekapan yang berdasarkan kepada kos kepada pendapatan.

Bagi mengenalpasti bank-bank terkukuh dunia, 'Bloomberg Markets' menilai 78 bank dengan jumlah aset AS$100 bilion atau lebih pada pertengahan Mac termasuk menemu bual para pegawai atasan.

Maybank kini memiliki 2,200 pejabat cawangan di 20 negara dan saiz serta kekuatannya itu adalah hasil kesan daripada krisis kewangan Asia 1997 hingga 1998 yang menyaksikan kejatuhan nilai mata wang serantau dan beberapa bank di Indonesia, Malaysia, Korea Selatan dan Thailand hampir tumbang.

Di Kuala Lumpur, BNM merancang penggabungan yang menggabungkan lebih 60 institusi kewangan negara menjadi 10 kumpulan perbankan perdagangan besar, yang kini dikurangkan kepada lapan.

Maybank juga muncul daripada kegawatan itu sebagai pemberi pinjaman terbesar di Malaysia.

Sejak itu, ia terus berkembang menjadi bank keempat terbesar di Asia Tenggara dari segi aset.

Pengembangan pesat Maybank di luar negara bermula dengan pembelian pegangan besar dalam PT Bank Internasional Indonesia pada 2008 sebelum ke negara-negara lain di rantau ini.

- BERNAMA

 

1 Comments:

  1. Ia luar biasa apabila saya fikir semuanya telah selesai dengan saya, nama saya susan garcia, dari phillipine, Mrs. Karina Rolanda datang untuk menyelamatkan saya hidup saya. Saya sangat terhutang budi kepada orang-orang yang saya meminjam dari geng memerangi saya dan kemudian menangkap saya akibat hutang saya. ditahan selama berbulan-bulan masa tangguh diberikan kepada saya apabila saya dipulangkan dan dibebaskan untuk pergi dan membuat wang untuk membayar semua hutang yang saya terima jadi saya diberitahu bahawa ada pemberi pinjaman sah secara online jadi saya harus mencari melalui blog yang saya ditipu sebelum tetapi apabila saya menemui SYARIKAT KARINA ROLAND LOAN, Tuhan mengarahkan saya untuk iklannya di blog kerana tarikan saya untuk itu benar-benar satu keajaiban mungkin kerana Tuhan telah melihat bahawa saya mempunyai banyak penderitaan itulah sebabnya dia mengarahkan saya kepadanya. Oleh itu saya memohon dengan penuh semangat selepas beberapa jam pinjaman saya diluluskan oleh Lembaga dan dalam masa 24 jam saya telah dikreditkan dengan jumlah yang tepat yang saya maksudkan untuk semua ini tanpa jaminan tambahan Pinjaman Peribadi ketika saya bercakap dengan anda sekarang saya boleh jelaskan semua hutang saya dan sekarang saya mempunyai supermarket sendiri, saya tidak memerlukan bantuan orang lain sebelum saya makan atau mengambil pembiayaan, apa jua keputusan saya tidak mempunyai urusan dengan Polis, saya kini wanita yang bebas. Anda ingin mengalami kemerdekaan kewangan seperti saya, sila hubungi Ibu menerusi e-mel syarikat: (karinarolandloancompany@gmail.com) atau whatsapp +15857083478 Anda tidak boleh membahaskan fakta bahawa dalam kesulitan dunia ini anda memerlukan seseorang untuk membantu anda mengatasi kewangan perolehan dalam hidup dalam satu cara atau lain, jadi saya memberi anda mandat untuk mencuba dan menghubungi Puan Karina Roland di alamat di atas supaya anda dapat mengatasi kemelesetan kewangan dalam hidup anda. Anda boleh menghubungi saya melalui e-mel berikut: (garciasusan113@gmail.com)) Sentiasa menjadi positif dengan Puan KARINA ROLAND dia akan melihat anda melalui semua cabaran kewangan anda dan kemudian memberikan anda pandangan kewangan dan kebebasan baru untuk mengatasi semua kebimbangan anda.

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90