28 Februari 2014

Taib Mahmud berundur selepas 33 tahun sebagai Ketua Menteri

by
Petra Jaya: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, secara rasmi meninggalkan pejabatnya di Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia di sini, yang menjadi ‘rumah kedua’ beliau sejak 33 tahun lalu, tepat jam 2.15 petang semalam.

Beliau kemudian dilihat memasuki lif untuk turun ke aras bawah bangunan itu bagi merasmikan Sudut Rekreasi Wisma Bapa Malaysia, sekali gus menjadi majlis rasmi terakhir dihadirinya.

Abdul Taib sambil ditemani penggantinya, Tan Sri Adenan Satem, kemudian beramah mesra dengan lebih 300 kakitangan kerajaan negeri yang berbaris seawal jam 12 tengah hari, untuk bersalaman buat kali terakhir dengan beliau.

Ada dalam kalangan kakitangan terbabit teruja bergambar dengan Abdul Taib, yang mencipta sejarah sebagai Ketua Menteri paling lama berkhidmat di Malaysia. Ada di antara mereka membawa pemidang tertera ucapan terima kasih kepada beliau.

Abdul Taib diiringi isteri, Puan Sri Ragad Kurdi, turut bergambar kenangan dengan pegawai kanan kerajaan negeri di pekarangan Wisma Bapa Malaysia.

Sejurus sesi fotografi selesai, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang yang disifatkan Abdul Taib sebagai ‘orang kanan’ paling setia dan dipercayai beliau, kelihatan tidak dapat mengawal emosi berikutan pengunduran pemimpin itu.

Jabu yang juga Timbalan Presiden I Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) lantas memeluk erat Abdul Taib sambil menitiskan air mata sebelum bersama Adenan mengiringi bekas ketuanya itu ke kenderaan peribadi bernombor pendaftaran KR 1963, iaitu simbolik tahun penyertaan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

Abdul Taib, 78, selepas ini bakal dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-7, menggantikan Tun Abang Mohamad Salahuddin Abang Barieng yang tamat tempoh perkhidmatannya hari ini.


- BERITA HARIAN






Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) bantu 42,000 graduan dapat kerja

by
Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) berhasil membantu 42,000 graduan menganggur, mendapat pekerjaan sejak dilancarkan mulai 2011.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata hingga Januari lalu, semua graduan itu mendapat pekerjaan selepas atau ketika menyertai program SL1M.

“Program disertai 40 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta itu, memberi latihan kepada graduan yang belum mendapat pekerjaan selepas enam bulan tamat pengajian,” katanya di Putrajaya.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat yang menyertai SL1M yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mesyuarat itu dihadiri wakil 40 GLC dan swasta, termasuk Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Bhd, Datuk Amrin Awaluddin dan CEO New Straits Times Press (M) Bhd, Mohammad Azlan Abdullah.

Abdul Wahid berkata, graduan negara ini perlu memantapkan kemahiran insaniah dan tahap penguasaan bahasa Inggeris bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan.

“Tidak salah jika SL1M dijadikan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat di negara ini kerana ia membantu membentuk modal insan yang berguna untuk masa depan negara.

“Kira-kira 100,000 lagi graduan masih menunggu peluang menyertai SL1M,” katanya.

- BERITA HARIAN

14 juta rakyat tiada polisi insurans nyawa

by
Kira-kira 14 juta atau 44 peratus rakyat negara ini masih tidak memiliki polisi insurans bagi melindungi nyawa dan keluarga mereka.

Perkara itu didedahkan oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), selepas mereka menjalankan kajian berhubung perkara berkenaan sejak tahun lalu.

Presiden LIAM, Vincent Kwo, berkata kajian itu menunjukkan hanya 56 peratus rakyat yang mempunyai polisi insurans merangkumi insurans hayat dan perubatan.

Katanya, industri insurans harus bekerjasama untuk memastikan 75 peratus rakyat memiliki polisi insurans di bawah Pelan Transformasi Ekonomi pada 2020.

“Pihak industri perlu menggalakkan orang ramai membeli insurans kerana ia adalah satu keperluan dan harus mewujudkan lebih banyak kesedaran serta membuat promosi mengenai produk mereka.

“Kita juga perlu mencari jalan untuk memasarkan produk insurans ke kawasan pedalaman dan separa bandar yang tidak mempunyai akses untuk mendapatkan insurans hayat.

“Bagaimanapun, saya berpendapat industri ini akan berkembang dalam tempoh tujuh tahun sejajar peningkatan pendapatan perkapita,” katanya pada sidang media selepas pembentangan Kajian Jurang Perlindungan LIAM-UKM 2012/2013.

- BERITA HARIAN



UUM promosi e-Umrah

by
Universiti Utara Malaysia (UUM) membuka peluang keusahawanan kepada orang ramai sebagai ejen e-Umrah bagi menguruskan jemaah umrah secara atas talian.

Produk terbaharu anak syarikat UUM, Uniutama Management Holdings Sdn Bhd (UMHSB), yang diperkenalkan sejak Ogos tahun lalu itu mampu memberikan pulangan lumayan kepada usahawan.

Pelanggan khususnya penjawat awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) boleh mengerjakan umrah menerusi potongan gaji Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dengan nilai minimum RM150 sebulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMHSB, Rusli Hasnan, berkata modal yang diperlukan ejen hanya RM1,000 merangkumi kiosk, pakaian seragam dan beberapa siri latihan.

Beliau berkata, skim usahawan terbaharu berkonsepkan Islam itu mudah dan tidak menggunakan modal besar, namun memerlukan kesungguhan.

“Kita sasarkan usahawan perlu mendapat 3,000 pelanggan dalam tempoh tiga bulan dengan hanya membantu mereka melengkapkan borang permohonan atas talian menerusi empat langkah mudah.

“Selain komisen RM60,000, ejen juga bakal diberikan insentif RM60,000 sekiranya berjaya menepati sasaran yang ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas majlis Pelantikan Ejen e-Umrah, di Kuala Lumpur.


Seramai 40 ejen baharu menerima sijil yang disampaikan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UMHSB, Datuk Dr Affifudin Omar.

Rusli berkata setakat ini, seramai 200 penjawat awam dan GLC membuat potongan gaji untuk mengerjakan umrah. Mereka bakal berlepas ke tanah suci pada 2016.

- BERITA HARIAN

26 Februari 2014

Format Soalan Peperiksaan Pegawai Penerangan S41

by

Soalan Peperiksaan Pegawai Penerangan S41
http://jvsecurepay.com/access/28py/28?camp_id=281


Peperiksaan ini merangkumi empat (4) seksyen utama iaitu:

    Seksyen A – Pengetahuan Am
    Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
    Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
    Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

Kelulusan peperiksaan ini merupakan salah satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) akan ditemu duga.

Setiap calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang baik dipamerkan pada satu kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada kertas tertentu sahaja.

Seksyen A – Pengetahuan Am

Masa: 40 minit
Bilangan Soalan: 50

Seksyen ini menguji pengetahuan calon terhadap tanggungjawab Pegawai Penerangan Gred S41 dalam memasarkan maklumat dan program Kerajaan untuk tujuan meningkatkan kefahaman, sokongan, keyakinan dan penglibatan masyarakat terhadap dasar dan program Kerajaan.

Dalam seksyen ini juga calon dikehendaki untuk mengetahui secara umum perkara-perkara yang berkaitan dengan isu-isu semasa, dasar-dasar awam, perlembagaan, undang-undang, pengurusan maklumat dan amalan komunikasi.

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Masa: 45 minit
Bilangan Soalan: 40

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik - Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasikan maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data - Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisis data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

iii) Konsep Matematik - Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

Seksyen C – Esei Bahasa Melayu

Masa: 1 jam
Bilangan Soalan: 3 jawab 1
Panjang Esei: Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.

Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang menjemput pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: “Cara-cara untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.”
Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu.

Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

Masa: 1 jam
Bilangan Soalan: 3 jawab 1
Panjang Esei: Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.

Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang memerlukan pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: “Electronic Government in Malaysia” Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris.


Untuk mendapatkan Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Penerangan S41, sila ke: http://jvsecurepay.com/access/28py/28?camp_id=281

 

24 Februari 2014

Guru tak perlu laksana PBS

by
Guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dalam kenyataan semalam berkata, pihaknya akan memaklumkan keputusan kajian semula berkenaan setelah Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan.

Katanya, penambahbaikan itu mengambil kira dapatan kajian terbaharu kementerian, rungutan guru dan mengambil kira pandangan masyarakat termasuk Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).

“Kementerian mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya agar dapat mengurangkan bebanan tugas guru, dengan memfokuskan kepada rombakan perkara yang membabitkan kekerapan guru memasukkan data termasuk pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru,” katanya.

- BERITA HARIAN


17 Februari 2014

Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu ditemui mati

by

"Sepatutnya dua hari lepas dia sudah balik kampung tapi dia tangguhkan," kata bapa kepada Penolong Kanan Pentadbir Tanah Wan Hariff Rafany Wan Muda yang ditemui mati di Sungai Tajin, Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini.
   
Wan Muda Wan Ibrahim, 64, berkata anak kedua daripada lapan beradik itu sepatutnya pulang ke Besut Sabtu lepas, namun dia menangguhkan hasrat itu kerana hendak menghadiri kenduri di Kuala Terengganu.
   
Katanya, kali terakhir beliau berjumpa anaknya yang bertugas di sini, beberapa hari sebelum arwah dilaporkan hilang.
   
"Masa tu saya tengok dia macam biasa sahaja. Tak ada apa-apa perubahan pun baik dari segi sikap dan perwatakan.
   
"Tak sangka itu kali terakhir saya berjumpa dengannya," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

Beliau menyifatkan anaknya itu seorang yang pendiam namun mesra dengan adik-beradiknya yang lain.
   
Mayat Wan Hariff Rafany, 35, ditemui oleh sekumpulan remaja yang sedang memancing di sungai itu kira-kira pukul 10.30 pagi. 
   
Allahyarham sebelum itu dilaporkan hilang dari rumah oleh isterinya kira-kira pukul 6 pagi Sabtu sebelum kereta Audi A4 milik mangsa dijumpai kira-kira pukul 9.30 malam hari yang sama di hadapan loji air Syarikat Air Terengganu (Satu) di Kampung Gaung, Kuala Berang, Hulu Terengganu.
   
Mengulas lanjut mengenai peribadi anaknya yang telah berkhidmat di pejabat tanah daerah selama hampir sembilan tahun termasuk beberapa daerah lain, Wan Muda berkata, beliau yakin anaknya itu tidak bermusuh dengan sesiapa.
   
"Anak saya ini memang suka senyum tapi dia tak banyak cakap. Saya tahu kejadian ini pun selepas dimaklumkan oleh seorang rakannya kira-kira pukul 11 pagi tadi," katanya yang redha dengan pemergian arwah.
   
Wan Hariff Rafany yang berasal dari Kampung Raja, Besut menetap di Kuala Ibai, di Kuala Terengganu bersama isterinya, seorang guru di sebuah sekolah di Marang.
   
Arwah meninggalkan dua cahaya mata - Wan Iman Nasyriq, 4, dan Wan Nor Sofea Hanna, 6, di samping isteri.  
   
Polis masih menunggu laporan bedah siasat.
   
- BERNAMA

 

12 Februari 2014

Pembayaran BR1M 3.0 masuk akaun bank 22 Feb 2014

by
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon pada 22 Februari ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi laman Facebooknya semalam, Najib berkata, bagi pemohon yang tiada akaun bank atau tidak sempat mengemas kini maklumat perbankan mereka, bayaran BR1M akan dibuat secara berperingkat bermula 23 Februari.

Pendaftaran permohonan BR1M bagi pemohon baharu ditutup pada 31 Januari lepas, sementara bagi penerima sebelum ini mereka hanya perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

Dalam pembentangan Bajet 2014 yang diumumkan Najib pada Oktober lepas, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang layak akan menerima bantuan BR1M sebanyak RM650, sementara individu bujang yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan akan menerima bantuan RM300.

Sejumlah RM4.6 bilion diperuntukkan kerajaan bagi melaksanakan bantuan itu yang bakal dinikmati hampir 7.9 juta rakyat Malaysia.

– BERNAMA



11 Februari 2014

Biasiswa Untuk Kursus Pengajian Jepun Dibuka

by
Rakyat Malaysia yang berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Jepun dan latihan perguruan di negara itu dipelawa memohon biasiswa tajaan kerajaan Jepun (Monbukagakusho(MEXT)), yang dibuka sehingga 11 Mac.

Menurut Kedutaan Jepun dalam kenyataan di sini, biasiswa bagi kursus bukan ijazah selama setahun dalam pengajian Jepun itu ditawarkan kepada siswazah tahun kedua dan ketiga mana-mana universiti tempatan dengan pengkhususan utama dalam bahasa atau budaya Jepun.

Pemohon mestilah berusia antara 18 hingga 29 tahun pada 1 April 2014 iaitu mereka yang lahir antara 2 April 1984 dan 1 April 1996, serta fasih dalam bahasa Jepun.

Sementara itu, biasiswa untuk kursus pengajian bukan ijazah selama 18 ulan bagi latihan perguruan, terbuka kepada siswazah universiti atau maktab perguruan dengan sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman berkhidmat di sekolah rendah, menengah atau sebagai staf akademik di mana-mana maktab perguruan.

Pemohon juga mesti berumur di bawah 35 tahun pada 1 April 2014 iaitu mereka yang lahir selepas 2 April 1979 dan mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris serta ingin mempelajari bahasa Jepun.

Menurut kedutaan itu, setiap penerima biasiswa yang layak bagi mengikuti pengajian Jepun akan diberikan elaun bulanan kira-kira 117,000 Yen (RM3,800), manakala bagi latihan perguruan, kira-kira 143,000 yen (RM4,600).

Mereka yang layak akan turut menerima tiket penerbangan pergi dan balik, serta pengecualian pembayaran yuran peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti.

Permohonan bagi biasiswa pengajian Jepun perlu dikemukakan di kedutaan itu dan pemohon boleh melayari http://www.my.emb-japan.go.jp/English/JIS/education/scholarship/scholarship.htm atau menghubungi 03-2177 2600 sambungan 157 atau 146 untuk maklumat lanjut. Bagi permohonan biasiswa latihan perguruan pula, ia perlu dilakukan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan pemohon boleh melayari http://www.jpa.gov.my/ atau menghubungi Cik Wan Izni Wan Hamdi di 03-8885 3420 atau izni.hamdi

Kamera automatik kesan pesalah di lokasi maut

by
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mula beroperasi tengah malam tadi di 14 ‘lokasi maut’ bagi mengesan pesalah lalu lintas yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan, berkata bagi fasa pertama AES, sebanyak 14 kamera dipasang di beberapa lokasi yang dikenal pasti di Perak, Selangor,Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Lebih banyak kamera akan dipasang di 817 lokasi dalam fasa kedua yang akan menyaksikan AES dilaksanakan secara menyeluruh.

Beliau berkata, pelaksanaan AES adalah tindakan tegas kerajaan bagi mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya.

“Kamera AES dipasang di kawasan hitam atau lokasi dikenal pasti sebagai lokasi maut yang mencatatkan jumlah kematian tinggi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Solah berkata, orang ramai boleh menyemak lokasi kamera AES menerusi laman sesawang JPJ di www.jpj.gov.my, dan boleh mengetahui mengenai zon operasi kamera AES melalui papan tanda yang diletakkan di kawasan berhampiran.

“Dengan mengetahui lokasi kamera AES, pengguna jalan raya akan lebih berhati-hati dan memandu mengikut undang-undang. Ini dapat mengurangkan jumlah kematian dan objektif kami adalah bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya tercapai dan bukan memberikan kuasa lebih besar kepada JPJ mengeluarkan saman,” katanya.

Papan tanda lokasi kamera AES yang mengesan had laju dapat dilihat antara jarak dua hingga tiga kilometer sebelum lokasi kamera, manakala kamera yang mengesan pesalah trafik lampu isyarat diletakkan antara 50 hingga 500 meter dari persimpangan lampu isyarat.

Solah berkata, imej yang dirakam kamera AES akan dihantar secara automatik ke pusat kawalan AES dan nombor pendaftaran kenderaan direkodkan pangkalan data JPJ, sebelum saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan.

- BERNAMA

Kemaskini Data Cukai Untuk Mudahkan Rebat

by
Pada pembentangan Bajet lalu, kerajaan menetapkan pulangan cukai tahunan perlu dilakukan setiap bulan bermula April tahun depan.

Tetapi kebanyakan pembayar cukai mula mengemaskini data masing-masing mulai sekarang.

Orang ramai memilih pelan yang dikenali sebagai 'cukai akhir' perlu mengemaskini pelepasan cukai bersama majikan mulai sekarang untuk memastikan jumlah yang dipotong adalah lebih tepat, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Masrun Maslim berkata, mereka yang layak untuk pelan cukai akhir perlu mula mengisi borang TP1 yang akan membolehkan majikan mendapatkan rebat dan pelepasan.

Jelasnya, bagi pekerja yang memilih pelan cukai akhir tetapi gagal memaklumkannya kepada majikan berisiko untuk dikenakan cukai lebih tinggi daripada sepatutnya.

"Ini kerana di bawah skim itu, potongan cukai bulanan (PCB) dianggap sebagai cukai akhir dan pembayar cukai tidak akan mendapat apa-apa bayaran balik apabila 2014 berakhir.

"Manfaat PCB sebagai cukai akhir ialah, pembayar cukai boleh menikmati gaji yang lebih pada akhir bulan. Pelepasan diambil kira serta-merta dan mereka tidak lagi perlu menunggu bayaran balik daripada LHDN seperti sebelum ini," katanya kepada The Star.

Borang TP1 boleh dimuat turun dari laman web LHDN (www.hasil.gov.my) dan ia termasuk rebat untuk elaun buku, insurans, komputer peribadi, peralatan sukan, pendidikan dan perbelanjaan perubatan termasuk peralatan sokongan asas untuk ibu bapa.

"Pembayar cukai yang memilih pelan cukai akhir perlu mengisytiharkan semua potongan cukai dan rebat serta menyerahkan borang TP1 kepada majikan yang akan mengemaskini data dan memastikan jumlah cukai yang dipotong setiap bulan adalah betul seperti yang dikemukakan kepada LHDN," tambah Masrun.

Beliau berkata, potongan cukai bulanan biasanya akan mengambil kira potongan yang dibuat kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau yang lain. Borang TP1 hanya untuk rebat tambahan.

Menurutnya, bagi mereka yang tersilap mengisi borang TP1 atau terlupa untuk menyerahkannya kepada majikan, masih boleh memilih untuk memfailkan pulangan cukai tahunan sebelum 30 April tahun depan.

"Mereka boleh menjalankan penilaian kendiri dalam talian dan menentukan sekiranya terdapat terlebih potongan terhadap gaji bulanan mereka. Jika tidak, maka mereka boleh memilih pelan cukai akhir.

"Ia merupakan kepentingan terbaik pembayar cukai untuk mengemukakan borang dan mendapatkan bayaran balik mereka dengan cepat kerana ia adalah wang mereka,"kata beliau sambil menambah bahawa mereka yang memilih untuk cukai akhir tetapi memutuskan untuk menukar fikiran masih boleh berbuat demikian.

- mSTAR

5 Februari 2014

Soalan Peperiksaan Pegawai Belia dan Sukan

by
Ini notis AKHIR untuk 
calon Exam 8 Februari ini

Tiada lagi jualan pada 
malam ini. Anda WAJIB
beli sekarang atau rela 
terlepas rujukan ini.


[+] http://jvsecurepay.com/access/22wb/28?camp_id=193



Apa anda akan dapat?

- Tahu secara MENYELURUH + KOMPREHENSIF
format sesi peperiksaan 8 Februari ini

- Tahu 7 PECAHAN Rahsia soalan Seksyen A

- Tahu apa pecahan Sub-Seksyen yang WAJIB KELUAR

- Tahu dan faham 4 Sub-seksyen KRITIKAL Seksyen B

- Set 50 Soalan dan Jawapan untuk latihan Seksyen A

- Set 40 Soalan dan Jawapan untuk latihan Seksyen B

- Contoh soalan Esei yang pernah keluar dalam 
peperiksaan sebenar sebelum ini?

- Strategi ‘Counter Argument’ untuk esei anda

- Tahu sumber rujukan yang selari dengan 
hasrat kerajaan?

- Tahu penulisan bagaimana yang bakal ‘MAKAN DIRI‘ calon 

- Tahu apa sub tajuk yang selalu keluar 
tahun 2010 – 2011 tetapi tidak ada pada 
sesi 2012 – 2013? Jadi tak perlu buang 
masa studi part ini!


Yang paling penting ialah, 
anda hadir sesi peperiksaan 
dengan penuh keyakinan dan 
persediaan berbanding calon lain

Buat pembelian sekarang di;

[+] http://jvsecurepay.com/access/22wb/28?camp_id=193


p/s Kenapa anda WAJIB beli hari 
ini? Polisi Tim Infokerjaya ini 
masalahnya...

[+] http://pegawaibelia.com/rayuan-ditolak/



60 lagi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dibuka

by
Sebanyak 60 lagi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan dibina di seluruh negara membabitkan kos RM30 juta dalam tempoh dua tahun.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia bagi memastikan pengguna terus menikmati barangan pada harga rendah dan berjimat ketika kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi bahan bakar dan barangan mentah yang menyebabkan kenaikan harga beberapa barangan.

Masih ada peniaga menjual barangan keperluan pada harga jauh lebih rendah seperti beberapa pasar raya yang saya kunjungi” Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri

Selaras pertambahan KR1M, perbincangan sudah diadakan dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk menambah produk jualan di KR1M.

“Selain barangan kering, kita berharap barangan basah dan segar turut dijual di KR1M sebagai tambahan kepada pengguna,” katanya semalam.

- BERITA HARIAN

Satelit keenam MEASAT - 3b dilancar Mei 2014

by

Cyberjaya: Measat Satellite Systems Sdn Bhd (MEASAT) akan melancarkan satelit keenamnya, MEASAT-3b pada pertengahan Mei ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata pelancaran itu mampu meningkatkan keupayaan sistem telekomunikasi dan jalur lebar di negara ini terutama di luar bandar.


“Jumlah keseluruhan kos membina satelit ini membabitkan RM1.25 bilion dan akan dilancarkan dari pangkalan angkasa Eropah di Kourou, French Guinea.

“Apabila ia mula beroperasi kelak, satelit berkenaan akan digunakan untuk meningkatkan keupayaan penyampaian dan perkhidmatan data serta penyiaran.

“Kemudahan ini akan disalurkan menerusi empat negara iaitu Malaysia, India, Indonesia dan Australia,” katanya pada sidang media selepas lawatan ke Bilik Kawalan dan Operasi MEASAT, di sini, semalam. Turut hadir, Pengarah MEASAT, Tun Dr Hanif Omar.

Pada majlis sama, beliau turut melancarkan buku Communications Satellite Fundamentals From Design To Launch and Operation yang ditulis oleh Naib Presiden Kanan Pembangunan Sistem Angkasa, Dr Ali R Ebadi, mengenai satelit yang pernah dilancarkan sejak 1996.
Tingkat kadar jalur lebar

Ahmad Shabery berkata, pelancaran satelit itu dijangka dapat meningkatkan kadar penembusan jalur lebar yang kini berada pada tahap 67 peratus di negara ini, kepada 77 atau 87 peratus.

Sementara itu, Hanif berkata, MEASAT dijangka turut melancarkan satelit ketujuh miliknya, MEASAT-3c pada hujung tahun depan.

“Lebih banyak satelit perlu dilancarkan berikutan keperluan masyarakat masa kini terhadap kepesatan teknologi,” katanya.

INFO: MEASAT-3b:
# Direka untuk mempunyai jisim pelancaran 5.8 tan.
# Kuasa elektrik 16 kilowatt (kW).
# Dirancang beroperasi lebih 15 tahun.
# Dilancarkan menggunakan roket Ariane 5 (kapal angkasa jenis Astrium Eurostar E3000).
# Lokasi orbit 91.5 darjah Barat.
# Mula dibina pada Jun 2011.

- BERITA HARIAN
 

Naik premium insurans kenderaan berperingkat

by
Syarikat insurans di Malaysia dibenar menaikkan kadar premium kenderaan bermotor secara berperingkat hingga 2016 sejajar dengan Rangka Kerja Perlindungan Motor Baharu diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM), berkuatkuasa 2012.

Jurucakap BNM berkata, pengumuman berhubung kenaikan berperingkat itu dikeluarkan pada 11 Mac 2011 untuk berkuatkuasa pada 1 Januari 2012 dan masih boleh diakses dalam laman web bank pusat itu.

“Siaran akhbar yang dikeluarkan BNM berhubung perkara itu masih berkuat kuasa,” katanya.

Beliau mengulas mengenai penyebaran dalam laman sosial hingga mencetus kebimbangan orang ramai bahawa premium insurans kenderaan bermotor akan dinaikkan lagi sebanyak 15 peratus mulai 15 Februari ini. Ia adalah kenaikan kali ketiga premium insurans bermotor sejak awal 2012.

Kenyataan mengenai rangka kerja baru itu menyebut, ia dirumus bertujuan menyediakan penyelesaian menyeluruh bagi menangani isu kadar premium tinggi dan kesukaran orang ramai mendapatkan perlindungan motor.

Strategi dua hala itu digunakan untuk meningkatkan kecekapan dalam penyediaan perlindungan motor dengan pelarasan terhadap kadar premium secara beransur-ansur bagi memastikan orang ramai dapat membeli insurans pada harga berpatutan.

“Sebelum rangka kerja itu diperkenalkan, tarif motor tidak pernah dikaji semula sejak 30 tahun lalu walaupun bilangan pemilik kenderaan, kadar kemalangan dan tuntutan insurans meningkat dengan nyata,” kata kenyataan itu.

- BERITA HARIAN

Top Ad 728x90