29 Mei 2014

15,700 Jururawat baru diperlukan di seluruh negara

by
Seramai 15,700 pelatih jururawat baharu akan diambil secara berperingkat bagi menampung kekurangan jururawat di seluruh negara, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata sebanyak 2,861 jururawat lepasan kolej swasta telah dilantik Januari lalu, 111 lepasan institusi pengajian tinggi swasta serta 1,065 orang lepasan Kolej Kementerian Kesihatan pada Februari.

Seramai 5,000 pelatih jururawat telah diambil tahun lepas, katanya dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Jururawat Antarabangsa di sini Isnin.

Beliau berkata kerajaan juga menambah masing-masing satu jawatan jururawat bagi gred U54 dan U52, 10 jawatan untuk gred U48 dan 23 jawatan untuk gred U44.

Katanya selain memberikan latihan yang mencukupi kepada gologan jururawat, kementerian juga akan mengkaji untuk menambah bilangan pakaian seragam jururawat kepada lima pasang daripada tiga pasang setahun.

Dr Subramaniam berkata elaun mengupah menjahit pakaian seragam yang sebelum ini dibayar balik berdasarkan bayaran yang tercatit dalam resit, kini akan dibayar sepenuhnya melalui gaji mereka, sementara kementerian turut sedang mengkaji pembayaran tuntutan bayaran balik bagi pembelian kasut juga melalui gaji.

Beliau berkata negara kini mempunyai 117,305 orang jururawat dengan 80,055 orang daripadanya bertugas di sektor awam.

“Kini nisbah seorang jururawat adalah untuk 375 penduduk dan kita sedang berusaha secara berperingkat-peringkat supaya selepas ini nisbahnya bertambah kepada 1:300, 1:250 dan 1:200,” katanya.

– BERNAMA


BAGAIMANA UNTUK MENJADI JURURAWAT?

Semuanya ada dikupas di dalam Pakej Rujukan Jururawat

Pakej ini mengandungi;

Modul 1 - Panduan Kerjaya Jururawat   
Modul 2 - Permohonan Bagi Lepasan SPM   
Modul 3 - Permohonan Bagi Lepasan Diploma   
Modul 4 - Panduan Lengkap Temuduga   
Modul 5 - Panduan Penulisan Resume   
Modul 6 - Soalan Lazim Temuduga Jururawat   

BONUS! - Cara Memohon Jawatan Jururawat di Hospital Swasta

Maklumat lanjut : http://jvsecurepay.com/access/54fx/28?camp_id=1109


Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) - 08 Jun 2014

by


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sebagai:

1. Penolong Pegawai Pertaniaan
2. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa
3. Penolong Pustakawan
4. Penolong Pegawai Senibina
5. Pengasuh Kanak Kanak

Iklan Jawatan dan Borang Permohonan:
https://ocps.mpsj.gov.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.section.Section_379fd4a0-a020f414-1f95cce0-5c77a7d6





28 Mei 2014

Sultan Perak mangkat

by

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat tengah hari tadi.

Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari tadi.

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta anakanda baginda termasuk Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah berada di sisi ketika kemangkatan baginda.

Seluruh rakyat jelata turut bersedih dengan berita kemangkatan baginda yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang disiarkan RTM.

Serentak pengumuman itu, seluruh negeri berkabung dengan bendera Negeri Perak dikibar separuh tiang selama 100 hari dan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari, bermula hari ini.

Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas Asar esok (29 Mei 2014)





Belangsungkawa

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah

- Almarhum baginda dilahirkan pada tahun 1928 di Batu Gajah, Perak
- Anak kepada Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah
- Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesembilan
- 1 Julai 1983 Dewan Negara Perak memahkotakan Almarhum baginda sebagai Raja Muda Perak
- 3 Februari 1984 dimahsyurkan sebagai Sultan Perak ke-34
- 9 Disember 1985 ditabal sebagai Sultan Perak secara rasmi


Pendidikan
----------

- Government English School, Batu Gajah (kini SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah)
- Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom pada tahun 1953
- 23 November 1954 sah menjadi ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s lnn

Kerjaya
--------

- Memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
- Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen
- Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang
- Penasihat Undang-Undang Negeri Johor
- Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu
- Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
- 1965 Almarhum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya sekali gus menjadi hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel pada usia 37 tahun.
- 1973 Hakim Mahkamah Persekutuan
- 1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya
- 12 November 1982 menjadi Ketua Hakim Negara kelima menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara

Sumbangan
---------

- Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober 1971 hingga Februari 1984).
- Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974 hingga 31 Oktober 1976)
- Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986 hingga Mei 2014
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30 Jun 1979
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang pada 28 Jun 1980
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of Nottingham pada 11 Julai1986
- Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada 1988
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, lndonesia pada 28 September 1990
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30 Oktober 1990
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti Chulalongkon, Bangkok, Thailand pada 19 Disember 1990
- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland pada 2 Oktober 1991
- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999

Sukan
-----
- Almarhun baginda Sultan Azlan aktif dalam sukan hoki sejak zaman persekolahan di Batu Gajah dan Kuala Kangsar.
- Presiden Persekutuan Hoki Malaysia
- Presiden Hoki Asia
- Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa.
- Membina Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di lpoh pada 1983.
- Penaung Diraja bagi Persatuan Undang-undang Malaysia di Great Britain dan Eire, The British Graduates Association of Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, The Rotary Clubs, The Lions Clubs, Kelab Golf Diraja Perak, Kelab Polo lskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar, Persatuan Alam Sekitar Malaysia serta Persatuan Hoki Veteran Perak.

Sumber : BERITA HARIAN


 

SPA lancar Peperiksaan Dalam Talian

by


PUTRAJAYA 27 Mei 2014 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melaksanakan kaedah peperiksaan secara atas talian bagi memilih calon berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong dalam sektor awam bermula 27 Mei 2014.

Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, kaedah berkenaan dibuat bagi memudahkan calon mengambil peperiksaan tanpa perlu hadir ke pusat peperiksaan tertentu seperti sebelum ini.

Beliau berkata, menerusi transformasi berkenaan, SPA dapat menjimatkan kos pengurusan peperiksaan berbanding cara tradisi termasuklah perbelanjaan seperti kertas jawapan dan buku soalan dengan nilai penjimatan sebanyak RM2.5 juta setahun.

``Ia membolehkan orang ramai menduduki peperiksaan bertulis untuk memasuki skim perkhidmatan awam di mana saja mereka berada iaitu di rumah, pejabat atau luar negara.

``Masa yang ditetapkan untuk peperiksaan berlangsung juga serentak dan mereka akan menerima nombor giliran sebelum menduduki peperiksaan," katanya pada sidang akbar Majlis Pelancaran Sistem Peperiksaan Online di Putrajaya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun turut hadir bagi menyempurnakan majlis pelancaran tersebut.

Sumber : UTUSAN



SPA online exam





21 Mei 2014

Jawatan Kosong Majlis Daerah Marang (MDM) - 25 Mei 2014

by

Jawatan Kosong Majlis Daerah Marang (MDM) - 25 Mei 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada anak kelahiran Negeri Terengganu) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Marang (MDM) sebagai:

1. Pembantu Penilaian W17
2. Pembantu Akauntan W17
3. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17

Iklan Jawatan Kosong dan Borang Permohonan:
https://www.dropbox.com/s/rnlyiuegsut5zsf/IKLAN%20JAWATANKOSON.pdf




Jawatan Kosong Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) - 29 Mei 2014

by


Jawatan Kosong Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) - 29 Mei 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai:

1. Perancang Bahasa S41
2. Pustakawan S41
3. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
4. Pembantu Operasi N11
5. Pengawal Keselamatan KP11

Iklan Jawatan:
http://imej.spa.gov.my/dev/pdf/iklan2014/IKLANDBP2014.pdf

Borang Permohonan;
http://putra6.spa.gov.my/spa8new/login.jsp


18 Mei 2014

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) - 22 Mei 2014

by



Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) sebagai:

1. Pegawai Tadbir N41
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
3. Pembantu Operasi N11

Iklan Jawatan & Borang Permohonan:
http://www.mpkk.gov.my/web/guest/peluang-kerjaya






17 Mei 2014

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - 20 Mei 2014

by




Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - 20 Mei 2014

Permohonan adalah dipelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai:

1. Penolong Jurutera (JA29)
2. Penolong Pegawai Keselamatan (KP27)
3. Setiausaha Pejabat (N27)
4. Pembantu Keselamatan (KP17)
5. Pembantu Tadbir (P/O) (N17)
6. Pengawal Keselamatan (KP11)
7. Pembantu Awam (H11)
8. Pemandu Kenderaan (H11)
9. Pembantu Operasi (N11)
10. Penyelia Asrama (N17)

Iklan Jawatan Kosong:
https://hrfin.utm.my/smuhr/

Borang Permohonan:
https://hrfin.utm.my/smuhr/



Jawatan Kosong Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) - 20 Mei 2014

by

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) - 20 Mei 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) sebagai:

1. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) / Penolong Jurutera JA29
2. Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat N27
3. Penjaga Jentera Elektrik J17
4. Pembantu Kemahiran H17

Iklan Jawatan:
http://ejawatan.mardi.gov.my/

Borang Permohonan:
http://ejawatan.mardi.gov.my/

 
 

16 Mei 2014

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) - 29 Mei 2014

by


Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) - 29 Mei 2014

Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi memohon jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam Perkhidmatan Kumpulan Pelaksana. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang menetap di Negeri Terengganu. Jawatan kosong di KETENGAH sebagai:

1. Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA36
2. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29
3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
4. Pembantu Kesihatan Awam Gred U17
5. Pembantu Kemahiran Gred H17
6. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17
7. Pembantu Awam Gred H11

Iklan Jawatan & Borang Permohonan:
http://www.ketengah.gov.my/orang-awam/muat-turun/category/2-jawatan-kosong.html?download=113:jawatan-kosong-2014



Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)


14 Mei 2014

Anwar dan Azizah Terlibat Kemalangan

by

Anwar dan Azizah Terlibat Kemalangan

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terlibat dalam kemalangan di Desa Sri Hartamas kira-kira pukul 10 malam Selasa.

Anwar yang mengalami kecederaan di bahagian tangan kemudiannya dibawa untuk menerima rawatan di Hospital Pakar Damansara.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil mengesahkan mengenai insiden tersebut.

"Datuk Seri Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi Alhamdulillah beliau berada dalam keadaan selamat dan tidak memerlukan pembedahan," katanya di Petaling Jaya, Selasa malam.

Tambah beliau, Wan Azizah yang juga Presiden PKR turut disahkan selamat.

Kedua-dua mereka kini dibenarkan pulang ke rumah.

- mSTAR
 

13 Mei 2014

Ahmad Said Keluar UMNO

by

Selepas dikejutkan dengan berita peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar petang Isnin, terbaharu beliau mengumumkan keluar daripada Umno beberapa jam selepas penggantinya mengangkat sumpah jawatan.

Berikutan tindakannya itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal ini menjadi calon Bebas.

"Saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta. Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi Dewan Undangan Negeri Kijal," katanya dalam sepucuk surat yang ditandatangani olehnya.

Bagaimanapun, Ahmad Said tidak keseorangan apabila Adun Ajil, Ghazali Taib turut mengisytiharkan keluar daripada Umno berkuatkuasa serta-merta.

Surat berkenaan turut ditandatangani oleh Ghazali.

Sumber terdekat dengan Ahmad Said mengesahkan mengenai peletakkan jawatannya dan beliau akan mengadakan satu sidang media mengenainya pada Selasa.

Dengan perkembangan terbaharu ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR)  pula satu kerusi.

Jika benar Ahmad dan Ghazali keluar meninggalkan Umno ini bermakna kedudukan kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) boleh tumbang seandainya mereka memilih untuk menyokong pakatan sebagai wakil Bebas.

Dan jika ini berlaku, Ahmad Razif hanya sempat menyandang jawatan menteri besar untuk beberapa jam sahaja iaitu yang tersingkat dalam sejarah negeri itu.

Terdahulu, pada pukul 9.25 malam Isnin, Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu bagi menggantikan Ahmad Said dihadapan Sultan Terengganu, sultan Mizan Zainal Abdin di Istana Syarqiyyah di Cendering dekat Kuala Terengganu.

Spekulasi memuncak kebelakangan ini  bahawa Ahmad akan digantikan berikutan adanya perjanjian tidak rasmi beliau bersetuju mengekalkan jawatan menteri besar untuk selama setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tahun lalu.

Ahmad dilantik semula sebagai Menteri Besar selepas menerima watikah pelantikan daripada Sultan Terengganu pada 9 Mei 2013.

Beliau pertama kali dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu pada 22 Mac 2008.

- mSTAR


 

12 Mei 2014

MB Terengganu : Ahmad Said Letak Jawatan, Ahmad Razif Angkat Sumpah Malam Isnin

by


Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meletak jawatan pada Isnin dan penggantinya akan mengangkat sumpah pada malam Isnin.

Kekosongan jawatan Ahmad akan diganti oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Majlis angkat sumpah dijangka berlangsung pada pukul 8 malam di Istana Syarqiyyah di Bukit Cendering, Kuala Terengganu

Ahmad Said yang menjadi Menteri Besar Terengganu selama dua penggal dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin petang ini.

Berikutan itu, perkembangan terbabit mengesahkan spekulasi bahawa Ahmad Said akan digantikan berikutan perjanjian dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau akan kekal hanya selama setahun selepas BN hampir kecundang di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun lalu.

BN menang 17 kerusi DUN berbanding Pakatan Rakyat 15 dan menang separuh daripada kerusi Parlimen di negeri itu.

- mSTAR




Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) - 16 Mei 2014

by

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) - 16 Mei 2014

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon anak Negeri Selangor atau lima (5) tahun mastautin di Negeri Selangor (tempoh dikira selepas tamat pengajian) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong sebagai:

1. Eksekutif (Audit)
2. Pemandu
3. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27
4. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17

Iklan Jawatan:
http://www.mais.gov.my/documents/10180/272075/Iklan+Jawatan+MAIS+Bil+1+2014+-+WEB+MAIS+0252014.pdf/6747818f-f20a-44fb-a85d-c4088a5adc2f

Borang Permohonan:
http://www.mais.gov.my/documents/10180/272075/bjk514.pdf/d714ed16-2200-4ded-b5c3-208de380dba5

 




 

11 Mei 2014

Hukum sambut Hari Ibu 'harus' bagi umat Islam - Mufti Kelantan

by
Meraikan sambutan Hari Ibu pada Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun bagi umat Islam adalah harus, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata, tidak menjadi satu kesalahan untuk anak-anak meraikan Hari Ibu bagi menghargai jasa insan istimewa itu yang banyak berkorban jiwa dan raga dalam mendidik serta membesarkan anak-anak.

"Mengucapkan Selamat Hari Ibu dan meraikan ibu yang melahirkan kita dan bersusah-payah membesarkan kita, mandikan kita dan membersihkan najis kita semasa kecil, adakah ia satu kesalahan?

"Perkara yang dilarang dalam Islam adalah menderhaka kepada ibu.

"Kalau kita lakukan sesuatu yang 'harus' dan dapat memberi kegembiraan kepada orang lain termasuk ibu sendiri ia merupakan sedekah dan dikira mendapat pahala," katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas dakwaan yang mengatakan haram untuk umat Islam menyambut hari berkenaan kerana meniru perayaan orang Kristian yang menyambut hari 'Mother of Church'.

Sambutan Hari Ibu tahun ini jatuh pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei.

Mohamad Shukri berkata, Islam tidak pernah melarang umatnya mencontohi kebaikan orang lain termasuk Barat, namun sebarang perbuatan yang menyerupai upacara keagamaan lain serta bertentangan dengan syariat Islam amat ditegah.

Begitu juga menyambut Hari Ibu, beliau berkata umat Islam perlu memastikan pengisian sambutan itu berlandaskan syariat Islam sebenar, katanya.

"Macam hendak sambut Hari Ibu pun perlu dengan cara yang dibenarkan syarak jangan langgar batas-batas dalam Islam termasuk pergaulan bebas lelaki dan perempuan, ini tidak boleh," katanya.

Mohamad Shukri berkata, walaupun tiada suruhan untuk meraikan Hari Ibu di dalam Al-Quran, namun terdapat ayat yang menekankan perlunya umat Islam berbuat baik kepada kedua ibu bapa.

Katanya, Islam meletakkan ibu pada kedudukan tertinggi malah Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki seperti hadis bermaksud:

"Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik?, jawab Rasulullah SAW: Ibumu.

"Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ujar Baginda: Ibumu.

"Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu.

"Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu".

- BERNAMA

8 Mei 2014

PRK Teluk Intan: Hari Mengundi 31 Mei, Penamaan Calon 19 Mei 2014

by
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan akan diadakan pada 31 Mei 2014 ini manakala 19 Mei akan berlangsung hari penamaan calon.

Tempoh berkempen adalah selama 11 hari.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, proses pengundian awal akan diadakan pada 27 Mei.

Perkara itu diumumkan selepas mesyuarat khas PRK Parlimen Teluk Intan di Ibu Pejabat SPR di sini, Khamis.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan ekoran kematian penyandangnya, Seah Leong Peng daripada DAP.

Seah, 48, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya akibat kanser pada kira-kira 7.30 pagi 1 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Seah menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.

Sumber : mSTAR

6 Mei 2014

Seniman Aziz Sattar Meninggal Dunia

by

Seniman Aziz Sattar Meninggal Dunia

Seniman Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia di Pusat Perubatan KPJ Kajang kira-kira pukul 2 pagi Selasa.

Berita kematian Allahyarham itu disahkan oleh cucunya, Abu Ubaidah A. Ishak menerusi Twitter miliknya kira-kira pukul 2.15 pagi.

“Atok saya, Datuk Aziz Sattar telah menghembuskan nafas terakhir jam 2 pagi tadi (Selasa). Sedekahkan Al-Fatihah,” katanya dalam Twitter miliknya itu.

Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung.

Terdahulu pada malam Ahad lalu Allahyarham dikejarkan ke pusat perubatan berkenaan akibat serangan jantung tetapi keadaannya dilaporkan stabil dan ditempatkan di Unit Rawatan Korinari (CCU).

Allahyarham yang dilahirkan di Surabaya, Indonesia merupakan rakan seangkatan seniman Tan Sri P.Ramlee dan popular menerusi filem Bujang Lapok.

Beliau juga pernah menyertai kumpulan pancaragam Pancasitara  yang dianggotai oleh  P.Ramlee, Normadiah, Aziz Jaafar, Ahmad C dan Kassim Masdor  pada awal tahun 1950an.

Selain berpuluh-puluh filem lakonannya, Allahyarham juga pernah mengarah filem seperti Keluarga Si Comat (1975), Si Badol (1979), Prebet Lapok (1979), Penyamun Tarbus (1980), Da Di Du (1981), Setinggan (1982) dan Darah Satria (1993).

Pada tahun 2007,  Allahyarham menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong,  Tuanku Mizan Zainal Abidin yang membawa gelaran Datuk.

Antara kisah menarik Allahyarham, beliau pernah disiksa oleh tentera Jepun kerana dituduh mencuri selain dikenakan penjara selama enam bulan selepas disyaki terlibat dalam kes rusuhan Natrah di singapura pada tahun 1950-an.

Allahyarham pernah empat kali berkahwin tetapi hanya dua pernikahannya sahaja yang lebih diperkatakan iaitu bersama Siti Rumina Ahmad (isteri ketiga bercerai) dan seniwati Dayang Sofia (isteri keempat - bercerai).

Hasil perkongsian hidup, beliau dikurniakan tujuh anak.

Pada 16 Disember 2006 Allahyarham berkahwin dengan Hashimah Delan di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam dekat sini dengan mas kahwin RM100.

Sumber : mSTAR
 


Top Ad 728x90