31 Ogos 2015

GHB Tubuh Parti Amanah Negara (Amanah)

by

Gerakan Harapan Baru (GHB) mengumumkan pengambilalihan sebuah parti politik sedia ada yang dikenali sebagai Parti Pekerja-Pekerja Malaysia.

Pengerusi GHB merangkap Presiden baharu Parti Pekerja-Pekerja Malaysia, Mohamad Sabu bagaimanapun berkata parti tersebut akan dijenamakan semula dan bakal dikenali sebagai 'Parti Amanah Negara'.

Katanya, nama baharu dan Perlembagaan parti yang diterajuinya itu akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam masa terdekat.

"Pelancaran parti ini akan dibuat pada tanggal keramat 16 September ini," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

"Dengan permulaan ini, ia sekali gus menampilkan sebuah lagi parti politik Islam di tanah air," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur.

Untuk rekod Parti Pekerja-Pekerja Malaysia ditubuhkan pada 1978 namun gagal memenangi sebarang kerusi yang ditandinginya.

Menurut bekas Timbalan Presiden PAS itu, pemilihan nama Parti Amanah Negara (Amanah) dibuat selepas RoS menolak permohonan penggunakan nama Parti Progresif Islam (PPI).

Pada sidang media sama, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu turut mengumumkan jawatankuasa Amanah iaitu bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang sebagai penasihat umum, bekas naib presiden PAS, Salahudin Ayub sebagai timbalan pengerusi, Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai naib pengerusi, ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Ahmad sebagai ketua wanita, dan Mohd Sany Hamzan sebagai ketua pemuda.

Selain itu, turut dilantik dalam jawatankuasa Amanah ialah Mohd Anuar Mohd Tahir sebagai setiausaha agung, Asmuwi Awi sebagai bendahari agung dan bekas ketua pemuda PAS, Suhaizan Kaiat sebagai setiausaha organisasi.

Mat Sabu berkata, pihaknya menjangkakan seramai 35,000 anggota akan didaftarkan menjelang pelancaran rasmi parti itu pada September 2015.


29 Ogos 2015

Lebih 1 Bilion Manusia Guna Facebook Dalam Sehari pada 24 Ogos 2015

by



Untuk pertama kalinya dalam sejarah, lebih satu bilion manusia telah berinteraksi menggunakan Facebook dalam masa sehari pada 24 Ogos 2015, demikian kata pengasasnya Mark Zuckerberg.

Angka bersejarah itu katanya dicatatkan pada Isnin lalu dengan seorang daripada setiap tujuh orang di muka bumi menggunakan Facebook.

Facebook mempunyai 1.5 bilion pengguna yang mendaftar masuk sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan tetapi pada Isnin lalu ia mencecah angka satu bilion dalam masa sehari.

Facebook mencecah 1 bilion pengguna pada Oktober 2012.Laman sosial Facebook dicipta dan diasaskan oleh Zuckerberg pada 2004 ketika dia masih lagi menjadi pelajar Universiti Harvard.

Zuckerberg pada Khamis meramalkan jumlah pengguna Facebook akan terus meningkat pada masa akan da tang. Ini adalah pertama kali Facebook mencecah angka 1 bilion dalam tempoh sehari, ujar Zuckerberg.

Pada Julai lalu, Facebook mendakwa separuh daripada pengguna online di dunia sekurang-kurangnya akan sekali melayari laman Facebook dalam sebulan.

28 Ogos 2015

Kenali personaliti pasangan anda

by

Ada yang berkata bahawa pasangan mereka berubah setelah berkahwin. Suami yang ketika bercinta kelihatannya begitu penyayang mengapa pula berubah menjadi seorang yang sangat ganas?

Isteri yang dulunya mungkin seorang yang lemah lembut, adakah juga bertukar watak daripada seorang biasa-biasa sahaja kepada seseorang yang kuat berleter?

Ada pula yang ketika bercinta sanggup berbelanja dan membelikan apa sahaja untuk pasangannya tetapi berubah menjadi kedekut setelah berumah tangga.

Hakikatnya, tidak ada apa yang berubah. Manusia sebenarnya mempunyai watak dan karakter sejak remaja lagi. Mustahil seseorang itu mula berubah setelah berkahwin.

Apa yang berlaku ketika bercinta, semuanya sangat indah. Orang sanggup berjanji dan berkorban apa sahaja. Mereka sanggup berbelanja besar untuk menarik perhatian pasangan masing-masing.

Dalam kata yang lain, apa sahaja yang dipamerkan adalah hal yang baik dan indah sahaja. Sebaliknya, personaliti atau karakter buruk yang dimiliki telah disembunyikan.

Tabiat

Kiranya, tabiat buruk yang dimiliki berjaya dikawal dengan sebegitu sempurna sehingga tidak dapat dikesan oleh pasangan masing-masing.

Hakikatnya, personaliti manusia ini telah dimiliki sejak di peringkat anak-anak. Ada yang bersifat penyabar, ada pula yang cepat pemarah. Bagaimanapun, sifat ini telah dikawal agar sesuai dengan persekitaran yang melingkungi mereka.

Misalnya, ketika di pejabat mereka terpaksa mengawal perasaan marah apabila berhadapan dengan ketua jabatan tetapi akan cepat meradang apabila berada di rumah.

Dikatakan bahawa personaliti manusia akan kekal. Bagaimanapun, apabila semakin berusia, ia semakin berkurangan sesuai dengan keadaan fizikal dan keupayaan kesihatan pada waktu tersebut. Begitupun, perasaan yang asal itu tetap kekal di dalam diri.

Disebabkan itu, dalam kebanyakan kes konflik rumah tangga, suami atau isteri yang kelihatannya berbeza berbanding ketika bercinta bukanlah bermaksud mereka telah berubah. Mereka hanya menampilkan diri mereka yang sebenar.

Setelah berumah tangga, desakan hidup dan pelbagai cabaran membuatkan mereka kembali menunjukkan diri yang sebenar.

Tertekan

Seorang lelaki akan mula berasa tertekan apabila isteri membebel dan adakalanya mula berfikir mengapa ketika bercinta dahulu wanita tadi tidak pernah membebel. Hakikatnya, sepertimana suami, isteri juga menyembunyikan watak sebenarnya ketika bercinta dahulu.

Disebabkan itu, dalam memilih pasangan, setiap orang muda mestilah berhati-hati. Jangan sesekali terpedaya dengan ‘apa yang dilihat’. Latar belakang pasangan mestilah disiasat terlebih dahulu.

Misalnya, melihat kehidupan keluarga bakal pasangan kita. Sekiranya latar keluarganya adalah bermasalah, sering diadukan dengan isu-isu konflik dan keganasan, ada kemungkinan bakal pasangan kita juga bakal membawa watak yang sama setelah berkahwin.

Ketika bercinta, mereka boleh menjadi orang lain kerana dirinya tidak diuji hingga menonjolkan diri yang sebenar. Sebaliknya, dalam keadaan realiti kehidupan yang sebenar, mereka tidak mampu ‘melakonkan’ watak itu lagi.

Disebabkan itu, ada kes yang sepatutnya dapat diselesaikan dengan begitu mudah, adakalanya berakhir dengan kisah tragis termasuk kecederaan parah dan kematian.

Bagi yang baru berkahwin, inilah waktunya untuk memerhatikan watak sebenar pasangan.

Ada yang kelihatan tenang tetapi mungkin seorang yang kasar. Ada seorang yang mengambil berat tetapi hakikatnya suka mendominasi.

Pasangan juga ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Ada yang boleh dinasihati secara bersendirian, ada pula yang hanya boleh dinasihati di hadapan teman-teman.

Dengan cara mengenal hati budi masing-masing, terutamanya pada tahun awal perkahwinan, kita mungkin boleh memanjangkan hayat bahtera rumah tangga.

Ingat, manusia ini adalah makhluk yang kompleks. Jangan percaya dan hanya menilai hati budi seseorang berdasarkan watak yang ditampilkan ketika bercinta. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Hakikatnya, manusia tidak boleh berubah sepantas itu. Mereka hanya menyembunyikan watak sebenar.

- Kosmo!

27 Ogos 2015

Carian Google paling popular 2014

by

Carian Menyeluruh

MH370
World Cup 2014
MH17
Astro Awani
Perodua Axia

Carian Mudah Alih

World Cup 2014
MH370
MH17
iPhone 6
Dorothy Hodgkin

Carian Individu

Karpal Singh
Robin Williams
Jennifer Lawrance
Felixia Yeap
Hanez Suraya

Carian Kereta

Perodua Axia
Proton Iriz
Honda City
Honda Jazz
Proton Zaara

Carian Selebriti

Felixia Yeap
Hanez Suraya
Keith Foo
Sharifah Aini
Erra Fazira

Carian Filem Malaysia

The Journey
Abang Long Fadil
Balistik
Pengantin Malam
Kami Histeria

Carian Filem Dunia

Annabelle
Frozen
Interstellar
Maleficent
Godzilla

Carian Laman Berita

Malaysiakini
Berita Harian
Kosmo
Sinar Harian
Harian Metro

Carian Laman Membeli-Belah

Lazada
Mudah
Lelong
Groupon
Zalora

Carian Personaliti Sukan

Michael Schumacher
Juan Mata
James Rodriguez
Luiz Suarez
Angel Di Maria

Carian Siri TV

Rindu Awak 200%
Ariana Rose
Projek Memikat Suami
Line Walker
Temptation of Wife

Sumber

26 Ogos 2015

Tempahan Qurban dan Aqiqah 2015 Dibuka

by

eQurban Resources Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk membantu menjana ekonomi rakyat setempat seperti di Kemboja dan Indonesia.

eQurban dengan kerjasama koperasi setempat mengusahakan ladang ternakan lembu dan kambing.

Semua ternakan ini dijaga untuk tempahan Qurban dan Aqiqah oleh umat Islam dari seluruh dunia.


Kenapa menempah Qurban dan Aqiqah bersama eQurban?

Tujuan utama kenapa ianya disembelih di sana adalah disebabkan keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan mereka menikmati hidangan daging seperti kita semua di Malaysia.


Bagaimana untuk membuat tempahan Qurban atau Aqiqah?

Anda hanya perlu mengikut 3 langkah mudah ini

✓ Klik dan pergi ke halaman http://equrban.com/hop.php?ref=my
✓ Pilih bahagian Qurban atau Aqiqah
✓ Kemudian buat pemilihan sama ada Lembu atau Kambing
✓ Isi borang tempahan dan buat bayaran seperti yang dinyatakan
✓ Hantar tempahan.

Semua tempahan akan disahkan oleh pihak admin dalam tempoh 24-48 jam, selepas pengesahan dibuat, anda boleh melihat dalam ruangan arkib tempahan untuk senarai tempahan aktif.

Tempahan aqiqah akan diselesaikan dalam tempoh 60 hari manakala tempahan qurban akan diselesaikan semasa musim raya haji.

Harga untuk tempahan bersama eQurban adalah seperti berikut:

1 Ekor Kambing = RM580 seekor
1 Ekor Kambing (Mekah) = RM450 seekor
1 Bahagian Lembu = RM320 satu bahagian.

Tempah sekarang di http://equrban.com/hop.php?ref=my


Hashim Hassan Digelar Bapa Logo Hari Kebangsaan

by

Ramai yang tidak mengetahui bahawa bekas Profesor Madya, Hashim Hassan merupakan insan yang bertanggungjawab mencipta logo sambutan Hari Kebangsaan Negara sebanyak lapan kali.

Sebagai pengiktirafan kepada sumbangan kreatif itu, Hashim yang kini berusia 77 tahun digelar Bapa Logo Hari Kebangsaan kerana selama lapan tahun mencipta logo Hari Kebangsaan seperti yang diamanahkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 1980, 1981, 1983, 1984, 1985, 1986, 1987 dan 1991.

Selepas tidak mencipta logo beliau dilantik pula menjadi anggota jawatankuasa dan panel hakim pertandingan mencipta logo hari kebangsaan yang diadakan setiap tahun sehingga ke hari ini.

Hashim berkata, pada masa dahulu, beliau akan menghasilkan lima bentuk logo untuk hari kebangsaan dalam masa seminggu tanpa kemudahan teknologi komputer dan perdana menteri pada ketika itu akan hanya memilih satu daripadanya.

Generasi muda hari ini yang ingin mencipta logo perlu mempunyai perkara utama iaitu perasaan cinta kepada negara kerana idea dan kebolehan kita melukis itu akan datang dengan sendirinya. |

Ilham yang datang sendiri itu ditambah dengan kemudahan menggunakan alat-alat komputer sekarang yang begitu hebat, membolehkan generasi muda dapat menghasilkan logo dengan lebih cepat dan lebih baik lagi, kata Hashim.

Bekas pensyarah kelahiran Johor itu merupakan anak bongsu daripada lima orang adik-beradik, merupakan antara insan terpilih dalam kalangan anak Melayu yang berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara.

Hashim menuntut di Canterbury College of Art, England pada 1965 hingga 1969 dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Reka Grafik dalam jurusan Tipografi dan Tanda serta Simbol, dan seterusnya Ijazah Sarjana daripada Universiti Ohio, Amerika Syarikat dalam Pendidikan Seni pada 1974.

Beliau yang mempunyai bakat dalam seni lukis telah berkhidmat di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA (UiTM) selama 33 tahun bermula pada 1970 sebelum bersara pada 2003, dan kemudian di Universiti Selangor(UNISEL) pada 2006 hingga 2013.

Hashim yang bakal menyambut hari kelahiran yang ke-78 pada 15 Oktober akan datang mengalami masalah kesihatan dan "slipped disc" pada tulang belakang sejak beberapa tahun lalu, menyebabkan ia rosak dan membengkok ke kiri.




Lelaki bernama 'Tuhan'

by


Penguat kuasa agama di Jawa Timur menggesa seorang lelaki yang bernama 'Tuhan' supaya mengubah namanya.

Menurut Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) Bahagian Jawa Timur, manusia tidak layak menjadikan perkataan 'Tuhan' sebagai sebahagian daripada nama mereka.

"Jangan sampai manusia menyembah (manusia) bernama 'Tuhan' nanti," kata Abdussomad Bukhor kepada detiknews.com.

Abdussomad juga menerangkan bahawa penggunaan nama 'Tuhan' pada nama manusia adalah tidak sesuai dan tepat.

"'Tuhan' memang nama yang baik, tapi tidak sesuai, kerana ia mensyirikkan Tuhan (sebenar). Tuhan adalah zat yang disembah," katanya lagi.

Beliau mencadangkan supaya lelaki tersebut mengubah namanya atau menambah apa-apa nama di hadapan 'Tuhan'.

Sementara itu, kad pengenalan lelaki berkenaan telah diambil sehinggalah beliau mengubah namanya.

- Surabaya, Indonesia.

24 Ogos 2015

Paya Siput, Lanchang - Titik tengah Semenanjung

by

Kerajaan negeri Pahang akan membina sebuah mercu tanda di Batu 11, Kampung Paya Siput, Lanchang, tidak lama lagi sebagai deklarasi rasmi bahawa kampung yang berada kira-kira 80 kilometer dari bandar Temerloh itu merupakan lokasi sebenar titik tengah Semenanjung.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, sebelum ini masih ramai rakyat negara ini tidak tahu lokasi sebenar titik tengah Semenanjung malah ada beberapa pendapat mengatakan bahawa ia terletak di kawasan Kuala Lipis dan Maran.

"Bagaimanapun, selepas Jabatan Ukur dan Pemetaan menjalankan kajian (pada tahun 2009), maka kita ketahui bahawa lokasi sebenar titik tengah Semenanjung ialah di Kampung Paya Siput.

"Ini adalah kali pertama kami mengumumkan Kampung Paya Siput merupakan lokasi sebenar titik tengah Semenanjung. Mercu tanda baharu yang akan dibina nanti akan menambahkan lagi keunikan negeri Pahang," kata beliau menyempurnakan pelepasan peserta Fellowship Ride: Kayuhan Ke Titik Tengah Semenanjung Malaysia 2015 di Dataran Temerloh.

Turut hadir Pengurus Besar Tourism Pahang, Datuk Ishak Mokhtar dan Pengarah Jupem Pahang, Mohammad Yunus Md. Yusuf.

Kayuhan sejauh 80 kilometer dari Temerloh ke Kampung Paya Siput itu disertai 550 peserta terdiri daripada pelumba profesional, amatur dan peminat sukan berbasikal tempatan.

Mohd. Sharkar yang juga Presiden Majlis Pelancongan Kebangsaan (MyTC) berkata, pihak majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) juga akan membangunkan lokasi titik tengah Semenanjung sebagai sebuah destinasi ekopelancongan yang baharu di Pahang.

19 Ogos 2015

Gambar suspek bom Bangkok tersebar

by
Beberapa gambar menunjukkan seorang lelaki asing didakwa suspek yang meletakkan bom di Bangkok semalam tersebar di laman sosial.

Menurut Bangkok Post, lelaki asing berkulit cerah tersebut didakwa sampai ke lokasi menggunakan tuk-tuk sambil membawa sebuah bungkusan dan beg, dan dilihat tidak membawa barangan tersebut tidak lama kemudian.

Namun begitu, pihak polis masih belum dapat memastikan siapa suspek sebenar dalam kejadian malam semalam.

Jurucakap polis, Leftenan General Prawut Thavornsiri memberitahu, sebanyak 15 rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sudah diperiksa setakat ini.

Beliau memberitahu, pihak berkuasa terpaksa mengambil masa untuk mengumpul bukti kerana letupan bom malam semalam berbeza dengan kes-kes pengeboman sebelum ini.

Sementara itu, Setiausaha Kesihatan, Narong Sahametapa dan para doktor memberitahu agensi DPA bahawa terdapat kekeliruan dalam mengenal pasti kewarganegaraan mangsa.

"Mereka tidak mampu bergerak dan tidak membawa sebarang dokumen pengenalan semasa kejadian," kata Dr Narong.

Menurut beliau, mangsa paling muda dalam kejadian tersebut adalah seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang cedera di kepala.

"Beberapa mangsa yang sudah dirawat dibenarkan keluar dari hospital, tetapi mereka yang masih trauma atau alami luka terbakar masih dirawat," akhiri beliau.



Penerima BR1M dinasihat waspada SMS dan emel palsu

by

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesahkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang emel atau khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pemohon atau penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
LHDN sehubungan itu menasihatkan semua penerima emel dan SMS palsu tersebut agar menghapuskannya serta tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap apa-apa arahan yang terkandung di dalamnya.

Jelas LHDN, hal itu berbangkit selepas pihaknya menerima pertanyaan daripada para pemohon dan penerima BR1M yang mendakwa dihubungi secara emel atau SMS berkaitan BR1M oleh seorang individu yang menyamar sebagai pegawai LHDN (BR1M).

"Individu menyamar itu menawarkan langganan insurans BR1M (i-BR1M) atau membuat semakan status kelulusan BR1M," kata LHDN.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi LHDN di talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau melayari https://ebr1m.hasil.gov.my/

Trigana Air ditemui hancur terhempas

by

Bangkai pesawat Trigana Air ditemui dalam keadaan hancur akibat terhempas di kawasan Gunung Tangok, daerah Okbape, wilayah Pegunungan Bintang di Papua pada 18 Ogos 2015.

Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) turut menemui kesemua 54 penumpang termasuk lima kru pesawat komersial itu yang dilaporkan maut dalam nahas berkenaan.

Media-media tempatan memetik Timbalan Bidang Operasi SAR Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Heronimus Guru sebagai berkata pasukannya sedang berusaha membawa keluar semua jenazah terbabit dari hutan bukit di kawasan pendalaman itu.

Pesawat itu ditemui dalam keadaan hancur dipercayai akibat merempuh Gunung Tangok itu. Katanya kotak hitam pesawat itu telah ditemui di kawasan kejadian dan ia akan diserahkan segera kepada Komisi Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT).
Pesawat jenis ATR42 itu yang berlepas dari Bandara Sentani di Jayapura itu sepatutnya mendarat di lapangan terbang Oksibil, Wilayah Pegunungan Bintang pada pukul 3 petang Ahad lepas tetapi disahkan hilang apabila tidak mendarat dan gagal dihubungi.
Sementara itu, Ketua Basarnas FHD Soelistyo pula dipetik sebagai berkata, kesemua jenazah yang ditemui tidak utuh tetapi masih boleh dikenal pasti.
"Kesimpulannya, penumpang dan kru sudah ditemukan dan sekarang tinggal proses evakuasi dari lokasi kejadian ke Oksibil atau Jayapura, tergantung pada penerbangan," katanya.
Katanya, Basarnas juga sedang berusaha mencari wang tunai Rp 6.5 miliar (hampir RM2 juta) yang dibawa oleh empat pegawai syarikat Pos Indonesia dalam pesawat berkenaan.
"Wang itu adalah dana Program Simpanan Keluarga Sejahtera (PSKS) untuk warga di Papua dan sampai saat ini wang milik Kementerian Sosial itu masih belum ditemui," kata beliau.
Bagaimanapun, Menteri Sosial, Khofifah Indar Parawansa berkata dana PSKS yang dibawa oleh petugas Pos Indonesia itu telah diinsuranskan.
Katanya, wang itu dibawa petugas PT Pos Indonesia dalam pesawat berkenaan untuk diagihkan kepada warga wilayah Pegunungan Bintang, Papua.
Beliau berkata peruntukan PSKS itu telah dikirimkan sejak 1 April 2015 dan mekanisme agihannya ditentukan syarikat Pos berkenaan yang dilantik sebagai penyalur dana.
"Ada yang dimasukkan menerusi perkhidmatan pos, ada yang disalurkan langsung, ada juga yang dibawa tunai. Kebetulan untuk wilayah Pegunungan Bintang wang itu dibawa tunai," kata beliau.
Beliau berkata, agihan peruntukan itu mengambil masa yang agak lama bagi kawasan-kawasan terpencil, pedalaman dan terluar dari hubungan darat.

Pesawat itu membawa 49 penumpang dan kesemuanya adalah rakyat tempatan iaitu 44 dewasa termasuk empat petugas Pos Indonesia, dua kanak-kanak dan tiga bayi.
Lima anak kapal terbabit ialah juruterbang yang dikenali sebagai Hasanudin, pembantunya Ariadin, juruteknik Mario, dan dua pramugari yang dikenali sebagai Ika dan Dita.  

14 Ogos 2015

Siaran MYTV kini di Sabah

by

Projek TV digital atau ‘Digital Terrestrial Television’ (DTT) yang bakal melonjakkan pengalaman menonton TV seluruh rakyat Malaysia kini memperluaskan liputan fasa siaran ujiannya ke Sabah dengan kejayaan pemasangan transmiter ujian oleh MYTV Broadcasting (MYTV) di Bukit Karatong dekat Kota Kinabalu.

Keadaan cuaca yang tidak menentu sejak beberapa minggu kebelakangan tidak menjadi halangan buat pasukan teknikal MYTV yang dibantu Telekom Malaysia Berhad (TM) memasang transmiter siaran ujiannya di stesen pemancar yang terletak di kawasan Pantai Barat Sabah ini.

Siaran ujian TV digital MYTV berjaya dipancarkan meliputi kawasan lingkungan 50 kilometer radius dari Bukit Karatong bermula 6 Ogos. Siaran percubaan ini boleh diakses di sekitar kawasan Bandaraya Kota Kinabalu dan daerah-daerah sekitarnya termasuk Penampang, Putatan, Papar, Tuaran sehingga ke Kota Belud.

Serentak dengan itu, MYTV juga memulakan proses pemasangan set-set dekoder percubaan untuk para penduduk yang terpilih di daerah-daerah berhampiran stesen-stesen pemancar terbabit sebagai sebahagian daripada fasa siaran ujian MYTV. Sebanyak 1,500 set dekoder percubaan akan diagihkan untuk Fasa Ujian MYTV di negeri Sabah.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak hari ini menyampaikan set-set dekoder siaran percubaan DTT untuk responden terpilih dari sekitar Kampung Likas di sini.

Majlis turut dihadiri Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Seri Dr Halim Shafie, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Altel Holdings, Nik Abdul Aziz Nik Yaacob serta Pegawai-pegawai Daerah dan Ketua-Ketua Masyarakat dari daerah sekitar.

Salleh juga meluangkan masa meninjau proses pemasangan di rumah salah seorang responden dari Kampung Likas iaitu Haji Edimin Haji Munip, 62.

Kempen siaran percubaan MYTV ini membolehkan para responden yang terdiri daripada isi rumah terpilih dalam daerah terbabit menikmati semua saluran TV terrestrial sedia ada iaitu TV1, TV2, TV3, NTV7, TV8, TV9 dan TV AlHijrah dalam kualiti tranmisi digital. Apabila siaran DTT sepenuhnya dilancarkan awal tahun hadapan, penonton akan berpeluang menikmati sehingga 30 saluran televisyen secara percuma dan pilihan berbayar ‘lite-pay’.

MYTV selaku syarikat yang bertanggungjawab membangun dan menguruskan infrastruktur dan kemudahan rangkaian bagi perkhidmatan DTT di Malaysia, sebelum ini telah memasang transmiter ujiannya di stesen-stesen pemancar Bukit Pelindung di Pahang, Bukit Besar di Terengganu dan Bukit Bakar di Kelantan. Siaran ujian seterusnya akan memasuki negeri Sarawak pula selepas ini ke Utara dan Selatan Semenanjung dan berakhir di Lembah Kelang menjelang hujung tahun ini.

Menerusi kempen siaran ujian DTT, sebanyak 20,000 unit dekoder telah diperuntukkan secara percuma kepada isi rumah terpilih di seluruh negara. Mereka perlu memenuhi kriteria yang telah ditetapkan, antaranya tidak melanggan perkhidmatan TV berbayar serta kediaman yang terletak dalam lingkungan liputan siaran percubaan.

Peserta-peserta siaran percubaan ini merupakan antara dua juta isi rumah di seluruh Malaysia yang akan menerima set dekoder sebenar MYTV secara percuma apabila perkhidmatan siaran TV digital dilaksanakan sepenuhnya awal tahun hadapan. Set-set ujian tersebut akan diganti dengan dekoder sebenar setelah tempoh siaran percubaan berakhir.

Projek yang dinaungi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dipantau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ini adalah sebahagian daripada agenda nasional untuk mentransformasikan industri penyiaran negara melalui pendigitalan dengan tujuan mempertingkatkan taraf hidup rakyat ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020. Ianya merupakan antara inisiatif terpenting dalam Rancangan Malaysia ke 11 (RMK-11) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mengulas mengenai cabaran yang dihadapi MYTV terutamanya untuk pelancaran Siaran Ujiannya di Sabah, Nik Abdul Aziz Nik Yaacob yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekuif MYTV berkata: “Sabah, secara keseluruhannya adalah sebuah negeri yang mencabar dari segi geografi. Oleh kerana itu, transmisi analog agak sukar diterima dengan jelas menyebabkan kesukaran penduduk-penduduk di sini mendapatkan siaran-siaran TV percuma walaupun melalui antena “tulang ikan” di atas bumbung. Sehubungan dengan ini, tujuan sebenar fasa ujian MYTV ini adalah untuk mengenal pasti dan mengesahkan kekuatan dan modulariti signal digital MYTV kerana perancangan liputan digital yang dirancang perlu diuji berdasarkan liputan penerimaan sebenar.”

MYTV telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk membangun dan menguruskan infrastruktur dan kemudahan rangkaian bagi perkhidmatan DTT di Malaysia bagi tujuan merealisasikan penghijrahan sistem penyiaran daripada analog kepada digital di seluruh negara menjelang 2017. Antara infrasturktur dan kemudahan DTT itu termasuklah hab multimedia digital dan transmiter TV digital berangkaian tinggi, pertengahan dan rendah yang berupaya menampung dan menyediakan sehingga 80 saluran TV digital yang berkombinasikan definisi piawai standard (SD) dan definisi tinggi (HD).

MYTV telah menjalinkan kerjasama dengan TM untuk penyediaan infrastruktur dan kemudahan rangkaian bagi perkhidmatan DTT di Malaysia. Menerusi kerjasama itu, TM bertanggungjawab membangunkan rangkaian pengedaran terestrial (terrestrial distribution) untuk menyambungkan Hab Penyiaran Multimedia Digital (Digital Multimedia Broadcasting Hub – DMBH) MYTV ke semua 60 pemancar utama dan 40 pengisi jurang (gap filler), 10 hab serantau dan 2 stesen bumi melalui seluruh negara dengan rangkaian STM-1. Selain itu, TM juga akan menyediakan rangkaian fiber yang membolehkan MYTV memancarkan gambar yang berkualiti tinggi dan menambah baik kualiti keseluruhan pengalaman tontonan secara digital.

Setelah fasa ujian ini selesai menjelang akhir tahun ini, perkhidmatan DTT secara rasmi akan bermula secara serentak di sehingga 85 peratus kawasan berpopulasi pada awal tahun hadapan disusuli fasa kedua yang meliputi peningkatan liputan sehingga 98 peratus menjelang pertengahan 2016.

- MyMetro

12 Ogos 2015

Mini Low Yat di bangunan Mara

by

Majlis Amanah Rakyat (Mara) mahu mewujudkan sebuah pusat menjual barangan teknologi maklumat (IT) yang boleh dipanggil sebagai ‘Mini Low Yat’ di bangunan Majlis Amanah Rakyat (Mara), Kuala Lumpur.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pusat yang akan dibina di tingkat tiga bangunan itu bagaimanapun dikhususkan untuk peniaga bumiputera sahaja.

“Kita bercadang menjadikan tingkat tiga kompleks beli-belah Mara ini sebagai pusat jualan produk IT seperti telefon, komputer dan sebagainya. Kita akan segerakan pembinaannya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Salam Aidilfitri Mara 2015.

Pusat itu akan mencontohi Plaza Low Yat yang terletak di Jalan Bintang, Bukit Bintang di sini yang dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai pusat beli-belah IT terbesar di negara ini pada tahun 2009.

- Kosmo!

Apa itu Bauksit

by
Kira-kira 85% daripada semua bauksit yang dilombong di seluruh dunia digunakan untuk menghasilkan alumina untuk memperhalusi ke dalam logam aluminium. Satu lagi 10% menghasilkan alumina yang digunakan dalam produk-produk kimia, kasar, dan tahan api. Baki 5% daripada bauksit digunakan untuk membuat pengkakis, bahan tahan api, dan sebatian aluminium.

Ringan, kekuatan, dan ketahanan kakisan aluminium adalah pertimbangan penting dalam pemakaiannya. Aluminium logam digunakan dalam pengangkutan, pembungkusan seperti tin minuman, pembinaan, aplikasi elektrik, dan lain-lain bangunan.

Bauksit adalah bahan heterogen semulajadi yang alumina (Al 2 O 3) dan logam aluminium yang dihasilkan. Mineral utama dalam bauksit adalah gibsit (Al 2 O 3 .3H 2 O), boehmite (Al 2 O 3 .H 2 O) dan diaspore, yang mempunyai komposisi yang sama seperti boehmite, tetapi adalah lebih padat dan lebih keras.

Kegunaan Bauksit

Di seluruh dunia, kebanyakan bauksit dilombong ditukar kepada alumina untuk pengeluaran logam aluminium.Sebahagian kecil pergi ke kegunaan bukan logam dalam pelbagai bentuk alumina khusus manakala bakinya digunakan untuk aplikasi bauksit bukan logam.
 
Aluminium adalah produk semakin penting untuk pembuatan kerana berat cahayanya, kekuatan dan ketahanan serta keupayaan untuk dikitar semula. Berasaskan penilaian kitaran hayat, kekuatan yang tinggi kepada nisbah berat keputusan aluminium penjimatan bahan api yang ketara, terutamanya di mana penggantian boleh dibuat bagi bahan-bahan binaan yang lebih berat.

Perlombongan Bauksit

Aluminium adalah unsur ketiga yang paling banyak terdapat dalam kerak bumi, tetapi tidak berlaku seperti logam secara semulajadi. Langkah pertama dalam menghasilkan aluminium perlombongan bijihnya - bauksit.

Australia adalah pengeluar terbesar bauksit, dengan lima lombong membekalkan kira-kira 23 peratus daripada pengeluaran global.
 
Perlombongan bauksit mempunyai lima langkah: Penyediaan kawasan perlombongan; perlombongan bauksit;menghancurkan; pengangkutan bijih; dan pemulihan.
 
Aluminium: Apakah unsur logam yang paling berlimpah dalam kerak Bumi. Bauksit merupakan sumber utama aluminium. Aluminium digunakan di Amerika Syarikat pada pembungkusan, pengangkutan, dan bangunan. Guinea dan Australia mempunyai kira-kira setengah daripada rizab di dunia. 
 
Negara-negara lain dengan rizab utama termasuk Brazil, Jamaica, dan India. Bauksit: Istilah umum untuk batu terdiri daripada oksida aluminium terhidrat. Ia adalah bijih utama alumina untuk membuat aluminium. Juga digunakan dalam pengeluaran korundum sintetik dan refraktori aluminous. 

Aluminium adalah logam perak-putih, sangat ringan dalam berat badan (kurang daripada tiga kali sebagai padat sebagai air), namun agak kukuh. Di samping itu, aluminium adalah mulur, iaitu, ia boleh ditarik ke dalam wayar atau ditekan menjadi kepingan atau foil. 
 
Ia adalah unsur logam yang paling banyak, dan yang ketiga paling banyak bagi semua unsur-unsur dalam kerak Bumi, yang membentuk 8% daripada kerak oleh berat badan. Hanya silikon dan oksigen lebih plentiful. Aluminum mempunyai banyak aplikasi di rumah dan industri, dan merupakan logam biasa kepada hampir semua orang.
 
Aluminium adalah logam reaktif, dan tidak berlaku di negeri ini logam dalam alam semula jadi. Oleh itu, ia adalah tidak diketahui sebagai elemen yang berasingan sehingga 1820, walaupun kewujudannya telah diramalkan oleh beberapa ahli-ahli sains yang telah mengkaji sebatian aluminium. Ia dihasilkan dalam bentuk logam secara bebas oleh ahli kimia dan ahli fizik Denmark, Hans Christian Oersted, dan ahli kimia Jerman, Frederich W√∂hler, pada pertengahan tahun 1820 ini.

Nama aluminium berasal dari alumen, nama Latin untuk tawas (satu mineral sulfat aluminium).Logam ini dinamakan aluminium dengan akhir yang -ium sebagai diterima berakhir untuk kebanyakan unsur pada masa ini. Penggunaan ini berterusan di kebanyakan dunia kecuali Amerika Syarikat, di mana i lepas telah digugurkan dari nama.
 
Kerana logam aluminium bertindak balas dengan air dan udara untuk membentuk oksida serbuk dan hidroksida, aluminium tidak pernah ditemui dalam alam semula jadi. Banyak mineral biasa, termasuk feldspar, mengandungi aluminium, tetapi mengekstrak logam daripada kebanyakan mineral adalah sangat intensif tenaga, dan oleh itu mahal.

Bijih utama aluminium bauksit, sumber lebih 99% daripada aluminium logam. Bauksit adalah nama untuk campuran mineral yang serupa yang mengandungi aluminium oksida terhidrat. Mineral adalah gibsit (Al (OH) 3), diaspore (AlO (OH)), dan boehmite (AlO (OH)). Kerana ia adalah campuran mineral, bauksit sendiri adalah batu, bukan mineral. Bauksit adalah berwarna perang kemerahan, putih, tan, dan tan-kuning. Ia adalah membosankan untuk bersahaja dalam kilau dan boleh kelihatan seperti tanah liat atau tanah. Bentuk bauksit apabila silika dalam batuan aluminium-bearing (iaitu, batu-batu dengan kandungan yang tinggi mineral feldspar itu) dihanyutkan (terlarut lesap). Proses luluhawa berlaku di kawasan iklim cuaca tropika dan subtropika.

Sumber-sumber alternatif aluminium mungkin suatu hari nanti termasuk tanah liat kaolin, syal minyak, anorthosite mineral, dan juga sisa arang batu. Walau bagaimanapun, selagi rizab bauksit kekal banyak dan kos pengeluaran adalah rendah, teknologi untuk memproses sumber-sumber alternatif ke alumina atau logam aluminium akan mungkin tidak maju di luar peringkat uji kaji.
 
Australia mempunyai rizab yang besar bauksit, dan menghasilkan lebih daripada 40% daripada bijih di dunia. Brazil, Guinea, dan Jamaica adalah pengeluar penting, dengan pengeluaran lebih kecil daripada kira-kira 20 negara-negara lain. Pengeluaran Amerika Syarikat, yang penting 100 tahun yang lalu, kini diabaikan. 
 
Kebanyakan bauksit mula-mula diproses untuk dijadikan alumina, atau aluminium oksida, bahan berbutir putih. Kadang-kadang, bauksit mentah dihantar ke luar negara untuk diproses kepada alumina, manakala dalam kes-kes lain ia diproses berhampiran lombong. Alumina adalah lebih ringan daripada bauksit kerana air itu telah dikeluarkan, dan ia mengalir mudah di kilang pemprosesan, tidak seperti bauksit yang mempunyai melekit, konsisten berlumpur. 
 
Australia, Amerika Syarikat, dan China adalah pengeluar terbesar alumina. Semua Amerika alumina yang dibuat adalah dari bauksit diimport. Logam aluminium ditapis daripada alumina, biasanya di negara-negara perindustrian mempunyai banyak bekalan kuasa elektrik hidro murah. Proses penapisan adalah Proses Hall-Heroult, yang dinamakan sempena Charles Dewan AS dan Paul LT Heroult Perancis, yang setiap secara bebas mencipta proses pada tahun 1866. 
 
Dalam proses ini, alumina (aluminium oksida) dilarutkan dalam cryolite cair (cryolite adalah mineral aluminium fluorida, Na3AlF6). Alumina ini kemudiannya dipisahkan ke dalam unsur-unsur dengan elektrolisis. Walaupun percubaan telah dibuat untuk menggantikan proses ini, ia adalah untuk hari ini satu-satunya kaedah yang digunakan untuk mengasingkan aluminium secara komersil.Pengeluar terbesar logam aluminium ialah Rusia, China, Amerika Syarikat, dan Kanada, negara-negara yang mempunyai kuasa hidroelektrik yang banyak.
 
 Lebih daripada 40 negara-negara lain juga menghasilkan aluminium, termasuk Norway, Iceland, Switzerland, Tajikistan, dan New Zealand, yang kecil tetapi pergunungan, dan mempunyai banyak sungai untuk memberi kuasa hidroelektrik.Kawasan-kawasan lain di dunia dengan akses kepada bekalan elektrik yang banyak dan murah, seperti Timur Tengah, juga sedang memperluaskan kapasiti pengeluaran logam mereka. Kitar semula aluminium dengan meleburkan tin dan lain-lain adalah sumber penting logam di kebanyakan negara maju. 

Walaupun aluminium adalah sangat penting dalam industri dan kehidupan harian aplikasi, ia boleh digantikan dengan komoditi lain jika perlu. Sebagai contoh, tembaga boleh menggantikan aluminium dalam aplikasi elektrik. Kertas, plastik dan kaca membuat alternatif pembungkusan yang baik. Magnesium, titanium dan keluli boleh digunakan dalam kenderaan dan lain-lain bentuk tanah dan pengangkutan udara.
 
Sumber 

11 Ogos 2015

MH17: Tembakan Disyaki Dari Peluru Berpandu Rusia

by

Pendakwa Belanda dari pasukan penyiasat jenayah antarabangsa terhadap insiden pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine memberitahu bahawa serpihan yang ditemui di lokasi nahas mungkin milik sistem peluru berpandu buatan Rusia.

Pasukan penyiasat antarabangsa dan Belanda sedang menyiasat "beberapa bahagian, kemungkinan dari sistem peluru berpandu ke permukaan udara BUK," kata Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) dan pihak pendakwa menerusi satu kenyataan bersama.

"Bahagian-bahagian ini telah diperolehi semasa misi pencarian sebelum ini di timur Ukraine dan ia kini berada di bawah pengawasan pasukan penyiasatan jenayah bagi MH17 dan Lembaga Keselamatan Belanda," katanya.

Pesawat MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai tahun lalu, mengorbankan kesemua 298 orang semasa pergolakan antara pasukan tentera Kiev dan puak pemisah pro Rusia.

Ukraine dan kebanyakan negara di Barat mendakwa pemberontak pro-Rusia yang menembak jatuh pesawat itu, dengan mengatakan bahawa mereka mungkin menggunakan peluru berpandu BUK yang dibekalkan oleh Rusia.

Rusia dan pihak pemberontak menafikan mereka bertanggungjawab dan menunding jari ia dilakukan oleh pasukan tentera Ukraine.

Anggota bagi Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) diwakili oleh Belanda, Malaysia, Ukraine, Australia, Britain, Amerika Syarikat (AS) dan Rusia yang pada masa ini sedang mengadakan mesyuarat di The Hague bagi membincangkan mengenai draf laporan OVV berhubung punca nahas.

Menerusi kenyataan dari OVV dan JIT, serpihan yang disiasat itu "mungkin boleh memberi lebih banyak maklumat mengenai siapa yang terlibat dalam nahas MH17".

"Atas sebab itu, JIT akan membuat siasatan lanjut terhadap serpihan berkenaan. JIT akan menyenaraikan pakar-pakar di peringkat antarabangsa, antara lain pakar forensik dan pakar senjata," katanya.

Penyiasat menegaskan bahawa "pada masa ini, kesimpulan mengenai terdapat kaitan antara serpihan yang ditemui dengan pesawat MH17 yang terhempas tidak boleh dilakukan".

Rusia pada bulan lalu menggunakan kuasa vetonya menolak resolusi Majlis Keselamatan PBB untuk menubuhkan tribunal antarabangsa bagi mendakwa mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh MH17 di Ukraine.

Negara-negara yang terlibat kini sedang mencari usaha lain untuk menjalankan pendakwaan, walaupun tiada suspek yang dikenal pasti atau ditahan.

OVV akan mengeluarkan laporan akhirnya mengenai apa, bukan siapa yang menembak jatuh pesawat itu pada Oktober ini. 

- WIRES

 

10 Ogos 2015

Raja Farah Bakal Kahwin

by

Hasrat bekas suami Raja Farah iaitu Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, mahu memulihkan rumah tangga mereka dengan rujuk semula tidak kesampaian apabila aktres itu mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Megat, 30, berkata, walaupun dia mahu berbaik dengan bekas isterinya itu, dia tetap menerima berita tersebut selain menyifatkan mungkin sudah tiada jodoh  antara mereka.

"Saya doakan yang terbaik untuk mereka. Mula-mula terkejut juga dengan berita (Raja Farah bakal berkahwin) tersebut, tetapi itu hak dia.

"Kita hanya merancang dan berusaha, selebihnya Allah yang mentukan. Jodoh pertemuan, rezeki kesejahteraan, ajal maut semua sudah ditentukan," katanya.

Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27, membuat pengumuman bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang ahli perniagaan yang berusia 33 tahun tidak lama lagi menerusi satu sidang media khas yang berlangsung di kediamannya di Shah Alam dekat sini pada petang Ahad.

Aktres itu telah melangsungkan majlis pertunangannya pada sebelah pagi di kediamannya yang hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.

Bagaimanapun, Raja Farah enggan mendedahkan identiti bakal suaminya sehinggalah pada hari pernikahan mereka iaitu pada satu tarikh yang akan akan diberitahu kemudian.

Sementara itu, Megat turut menasihatkan kepada orang ramai terutamanya netizen untuk tidak berprasangka buruk terhadap aktres itu.

"Jodoh dan pertemuan sudah ditentukan. Saya ambil yang positif. Diharap orang ramai juga berprasangka baik dan mendoakan untuknya dan bakal suami. Hormat keputusannya," ujarnya.

Terdahulu, Raja Farah dan Megat telah bercerai pada 25 Mei lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. Pelakon itu kini melalui tempoh edah selama tiga bulan.

- mSTAR


8 Ogos 2015

Pro Saver Stabilizer Fuel Saver - Alat Penjimat Minyak

by


Pro Saver Stabilizer Fuel Saver - Alat Penjimat Minyak

Alat ini berfungsi untuk:
- Menjimatkan minyak (penjimatan sehingga 30%)
- Meningkatkan pickup kereta
- Memperbaiki kualiti sistem audio kenderaan
 
Harga Asal : RM150
Harga Promosi : RM110 (Diskaun RM40)
Penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia melalui kurier.
 
Hubungi SMS/ Whatsapp 013-9790000 untuk tempahan.




6 Ogos 2015

Kanak-kanak 11 tahun lahir bayi di klinik swasta

by
Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun tidak sempat ke hospital untuk melahirkan anak setelah mengadu sakit perut kepada ibunya.

Kanak-kanak itu dibawa ibunya ke salah sebuah klinik swasta di sini kira-kira jam 9 pagi dan melahirkan anak di klinik berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa mengadu sakit perut kepada ibunya lalu dibawa ke klinik berkenaan sekitar jam 9 pagi.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan hampir bersalin. Namun mangsa tidak mengetahui dirinya mengandung.

“Doktor di klinik berkenaan segera memaklumkan perkara itu kepada Hospital Jempol, tetapi kanak-kanak itu tidak sempat ke hospital kerana sudah melahirkan bayi di klinik itu," katanya.

Bagaimanapun, dia selamat melahirkan bayi lelaki secara normal dan kini sedang mendapat rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah (HTAN).

Hamzah berkata, waris kanak-kanak ini juga membuat laporan di Balai Polis Bahau kira-kira jam 11 pagi berhubung insiden ini.

Kes ini bagaimanapun masih dalam siasatan polis di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Difahamkan, mangsa dipercayai tinggal bersama ibu bapanya di Bahau dan masih bersekolah.

Sementara itu, di KUALA PILAH, kes ini mendapat perhatian Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Norhayati Omar.

Beliau sempat menziarah kanak-kanak itu di HTAN semalam.

Kata Norhayati, kanak-kanak itu berada dalam keadaan stabil begitu juga dengan bayi lelakinya.

“Saya beri kata-kata sokongan dan semangat kepada kanak-kanak itu bagi mengelakkan dirinya tertekan dan trauma.
“Saya turut menasihatkan kepada ibu kanak-kanak itu supaya tabah dan menjaga anak serta cucunya dengan baik,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini, hak penjagaan terhadap bayi itu masih dalam perbincangan antara Jabatan Kebajikan Masyarakat dan keluarga tersebut.

“Perbincangan masih dilakukan, lagipun kes ini masih dalam siasatan polis.

“Kita perlu memberi laluan kepada siasatan polis untuk mencari individu yang perlu bertanggungjawab,” katanya.

Beliau juga menasihatkan kepada ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak termasuk mengehadkan penggunaan telefon pintar.

“Saya bimbang, zaman serba canggih, semua maklumat ada di hujung jari. Kanak-kanak mudah terpengaruh.

“Kalau sudah berlaku perkara tidak diingini seperti ini, ia memberi kesan berpanjangan.

“Saya berharap supaya ibu bapa lebih peka perkembangan anak-anak mereka sama ada di dalam rumah mahupun di luar rumah,” katanya.

- Sinar Harian



Serpihan sayap di Pulau Reunion sah milik MH370

by

Berikut kenyataan Malaysia Airlines (MAS) yang dikeluarkan pada jam 1.48 pagi mengenai MH370:

Malaysia Airlines ingin menyampaikan rasa sedih yang teramat kepada keluarga dan sahabat penumpang dalam MH370 selepas mendapat berita serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion pada 29 Julai adalah sah milik MH370.
 
Ini disahkan bersama oleh pihak berkuasa Perancis, Bureau d’ Enquetes et d‘ Analyses pour la Securites de I’AviationCivile (BEA), pasukan Siasatan Malaysia, wakil teknikal dari PRC dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) di Toulouse, Perancis dan kemudian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Anggota keluarga penumpang dan anak kapal sudahpun dimaklumkan dan kami melahirkan rasa simpati yang teramat kepada mereka yang terlibat. 

Ini adalah kejayaan besar untuk kami menyelesaikan kehilangan MH370. Kami menjangka dan berharap lebih banyak objek akan ditemui bagi membantu menyelesaikan misteri ini. 

Bergerak ke hadapan, keutamaan Malaysia Airlines adalah untuk terus menyediakan perkembangan dan maklumat terkini kepada keluarga dan akan memberi kerjasama penuh dengan pihak berkuasa untuk siasatan dan pemulihan daripada kemalangan tragik ini. 
 
- Bernama

5 Ogos 2015

Hukum hisap vapor haram

by

Mufti Wilayah Persekutuan semalam mengeluarkan hukum bahawa menghisap rokok elektronik atau vapor yang semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia ketika ini adalah haram dalam Islam.

Muftinya, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, keputusan itu diambil selepas meneliti laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (USFDA) mendapati, ia tidak terbukti selamat digunakan dan mempunyai nikotin yang boleh menjejaskan kesihatan orang ramai termasuk berisiko menghidapi penyakit kanser.

Tambah beliau, jumlah nikotin yang terdapat dalam e-rokok berbeza iaitu antara enam hingga lapan miligram (ml) atau 16 hingga 18 ml sehingga 24 hingga 36 mg, namun orang ramai perlu tahu jika semua 60 ml nikotin diserap dalam darah, ia berpotensi untuk membunuh seorang dewasa yang tidak merokok malah jumlah tersebut bersamaan 30 hingga 40 batang rokok konvensional.

15 Soalan Anak MB Johor Khaled Untuk PM Najib

by

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-undang dan Integriti Parlimen Belia Malaysia, Akmal Saufi Mohamed Khaled menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan sama ada derma berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya adalah untuk kegunaan kerajaan, Umno ataupun peribadi.

Ini berikutan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung punca dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri itu telah disahkan bukan dari tabung 1MDB tetapi adalah sumbangan daripada penderma. Namun hasil siasatan itu tidak menyebut ia adalah derma daripada mana dan siapa.

Akmal Saufi, 28, yang juga anak kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bertanya; "Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Datuk Seri dan bukan kepada Umno, adakah Datuk Seri menerima wang tersebut ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah menteri? Bolehkah seorang menteri atau timbalan perdana menteri atau perdana menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan? Adakah perlu duit derma tersebut diisytihar kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?" Akmal Saufi bertanya demikian menerusi laman Facebook miliknya pada Selasa.

Bagaimanapun tegas Akmal Saufi, persoalan yang dibangkitkannya berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun Najib dibuat atas kapasiti peribadi.

Berikut  adalah 15 soalan yang dibangkitkan Akmal Saufi di Facebooknya:

1) Ketika Datuk Seri Najib menerima dana sejumlah RM2.6 billion, adakah Datuk Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Datuk Seri?

2) Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan 1MDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan 1MDB?

3) Sebagaimana kenyataan SPRM, duit tersebut adalah derma. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan Umno atau tujuan peribadi?

4) Jika duit tersebut adalah sumbangan buat Umno, adakah kepimpinan Umno terutamanya Majlis Tertinggi Umno mengetahui tentang derma tersebut?

5) Jika Majlis Tertinggi Umno tidak mengetahui adakah ini bermaksud Umno tidak akan mengetahui kewujudannya jika Datuk Seri tidak memaklumkan kewujudannya?

6) Bilakah Datuk Seri bercadang untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi jika tidak didedahkan kepada Majlis Tertinggi?

7) Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Datuk Seri dan bukan kepada Umno, adakah Datuk Seri menerima tersebut ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah menteri?

8) Bolehkah seorang menteri atau timbalan perdana menteri atau perdana menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan?

9) Adakah perlu duit derma tersebut perlu diistihar kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?

10) Adakah Gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 billion ke dalam negara?

11) Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Datuk Seri Najib?

12) Jika ya, adakah Datuk Seri Najib telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?

13) Adakah seorang perdana menteri boleh mendapat pengecualian cukai?

14) Jika Datuk Seri Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengeculian tersebut adalah kepada gaji Datuk Seri Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?

15) Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?

- mSTAR

3 Ogos 2015

Uyaina juara Pencarian Nona Manis

by


Penuntut Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Malaya, Naseha Uyaina Arshad, 23, (Uyaina) muncul juara Pencarian Nona Manis terbitan TV3 yang berlangsung di Shah Alam pada 2 Ogos 2015.

Kemenangan Uyaina itu sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 beserta trofi, tajaan pakaian daripada Blossom Box Store, tudung bawal Aidijuma dan barangan kemas tajaan Habib bernilai RM15,000.

Tempat kedua menjadi milik Nur Shaqira Edora Ghaffar, 24, (Edora) yang menerima wang tunai berjumlah RM10,000, tajaan pakaian daripada Blossom Box Store, tudung bawal Aidijuma dan barangan kemas tajaan Habib bernilai RM10,000.

Sementara Siti Maryam Hussin, 23, (Maryam) diumum sebagai pemenang tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000 berserta tajaan pakaian daripada Blossom Box Store, tudung bawal Aidijuma dan barangan kemas tajaan Habib bernilai RM2,500.

Finalis Balqish Banu Mohd Hussni, 21, dan Nurul Arifah Abdul Rashid, 22, sekadar memenangi hadiah saguhati dengan membawa pulang wang tunai RM2,500 beserta barangan kemas tajaan Habib bernilai RM2,000. Dalam program ini, Fouziah Gous bergandingan dengan Fara Fauzana dan Dayah Bakar sebagai pengacara.

Teori Serpihan Pesawat MH370

by

Sehari selepas penemuan tempat duduk pesawat dipercayai milik MH370 yang hilang tahun laluterdampar di pantai Pulau Reunion, objek dipercayai pintu pesawat pula ditemui hari ini.

Penemuan objek itu empat hari selepas bahagian sayap pesawat ditemui di kawasan yang sama. Bagaimanapun, tiada butiran lanjut mengenai individu yang menemui serpihan pesawat itu.

Sejak pagi tadi, sebuah helikopter dikerah ke kawasan timur pulau, berdekatan Saint Andre, di mana serpihan pesawat ditemui Rabu lalu.

Bahagian sayap yang ditemui itu kini berada di Toulouse, Perancis untuk dianalisis. Keputusan awal dijangka diketahui Rabu ini. Penerbangan MH370 hilang pada Mac tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Penemuan serpihan pesawat itu bakal merungkai misteri kehilangan pesawat Boeing 777 itu.

- The Telegraph


2 Ogos 2015

Cebisan sayap milik Boeing 777

by





Rekod sejarah penerbangan pesawat Boeing menunjukkan hanya tiga buah pesawat dari model 777 yang pernah terhempas di dunia dan MH370 adalah satu-satunya yang hilang di Lautan India tahun lalu.


Dua lagi pesawat dari model berkenaan yang pernah terhempas ialah MH17 juga milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang ditembak jatuh di Ukraine tahun lalu dan pesawat milik Asiana Airlines yang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pada 2013.

Ini dengan sendirinya meletakkan kebarangkalian cebisan dari bahagian sayap yang ditemui di pantai Pulau Reunion berhampiran Pulau Madagascar Rabu lalu milik MH370 adalah sangat besar dan hampir pasti.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi pada Jumaat mengesahkan yang cebisan dari badan pesawat yang ditemui itu adalah milik model Boeing 777 berasaskan nombor siri '657-BB' yang tertera padanya. Maklumat itu telah dimaklumkan oleh MAS kepadanya.

Pesawat MH370 sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu apabila ia secara misteri hilang dari radar selepas berpatah balik dan kemudian menuju ke arah selatan Lautan India.
Ia tidak pernah ditemui walaupun secebis sejak itu.

Sementara itu, Robin Beaman, seorang pakar geologi marin dari Universiti James Cook Australia dipetik oleh portal berita Mail Online sebagai berkata, adalah penting untuk mengkaji cangkerang yang melekat pada badan cebisan bangkai pesawat yang ditemui itu kerana ia dapat memberi indikasi berapa lama ia telah hanyut dan berasal dari kawasan mana.

Katanya setiap cangkerang adalah unik kepada kawasan-kawasan dan kedalaman tertentu dasar lautan.
Hujahnya itu disokong oleh Erik van Sebille, seorang pakar lautan di Imperial College London.

"Setiap siput atau teritip adalah unik kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja jadi dari situ para pengkaji dapat membuat telahan cebisan dari bangkai pesawat itu hanyut bermula dari kawasan mana dan ini akan memudahkan pasukan mencari memberi fokus yang lebih tepat di dalam pencarian mereka.

Pasukan mencari dan menyelamat yang diketuai oleh Australia, telah menghabiskan 16 bulan yang lalu menyisir sebahagian besar selatan Lautan India iaitu tempat terakhir pesawat berkenaan dikesan oleh satelit tetapi masih gagal menemui walau sebarang bukti.

Ini menguatkan spekulasi dan teori konspiras yang MH370 tidak terhempas tetapi telah disembunyikan di satu kawasan rahsia.

Kegagalan penemuan sebarang tanda kehadiran MH370 di dasar Lautan India itu telah mendorong Kerajaan Malaysia untuk mengisytiharkan Januari lalu yang para penumpang pesawat berkenaan kesemua telah meninggal dunia.

Cebisan dari bahagian sayap pesawat yang ditemui di Pulau Reunion itu kini telah berada di Perancis untuk dianalisa oleh para pakar. Pulau Reunion adalah bekas tanah jajahan Perancis.

Top Ad 728x90