trigana air
Trigana Air ditemui hancur terhempas
Bangkai pesawat Trigana Air ditemui dalam keadaan hancur akibat terhempas di kawasan Gunung Tangok, daerah Okbape, wilayah Pegunungan Bintang di Papua pada 18 Ogos 2015.
Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) turut menemui kesemua 54 penumpang
termasuk lima kru pesawat komersial itu yang dilaporkan maut dalam
nahas berkenaan.
Media-media tempatan memetik Timbalan Bidang Operasi SAR Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Heronimus Guru sebagai berkata pasukannya sedang berusaha membawa keluar semua jenazah terbabit dari hutan bukit di kawasan pendalaman itu.
Pesawat itu ditemui dalam keadaan hancur dipercayai akibat merempuh Gunung Tangok itu. Katanya kotak hitam pesawat itu telah ditemui di kawasan kejadian dan ia akan diserahkan segera kepada Komisi Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT).
Pesawat jenis ATR42 itu yang berlepas dari Bandara Sentani di Jayapura
itu sepatutnya mendarat di lapangan terbang Oksibil, Wilayah Pegunungan
Bintang pada pukul 3 petang Ahad lepas tetapi disahkan hilang apabila
tidak mendarat dan gagal dihubungi.
Sementara itu, Ketua Basarnas FHD Soelistyo pula dipetik sebagai
berkata, kesemua jenazah yang ditemui tidak utuh tetapi masih boleh
dikenal pasti.
"Kesimpulannya, penumpang dan kru sudah ditemukan dan sekarang tinggal
proses evakuasi dari lokasi kejadian ke Oksibil atau Jayapura,
tergantung pada penerbangan," katanya.
Katanya, Basarnas juga sedang berusaha mencari wang tunai Rp 6.5 miliar
(hampir RM2 juta) yang dibawa oleh empat pegawai syarikat Pos Indonesia
dalam pesawat berkenaan.
"Wang itu adalah dana Program Simpanan Keluarga Sejahtera (PSKS) untuk
warga di Papua dan sampai saat ini wang milik Kementerian Sosial itu
masih belum ditemui," kata beliau.
Bagaimanapun, Menteri Sosial, Khofifah Indar Parawansa berkata dana
PSKS yang dibawa oleh petugas Pos Indonesia itu telah diinsuranskan.
Katanya, wang itu dibawa petugas PT Pos Indonesia dalam pesawat
berkenaan untuk diagihkan kepada warga wilayah Pegunungan Bintang,
Papua.
Beliau berkata peruntukan PSKS itu telah dikirimkan sejak 1 April 2015
dan mekanisme agihannya ditentukan syarikat Pos berkenaan yang dilantik
sebagai penyalur dana.
"Ada yang dimasukkan menerusi perkhidmatan pos, ada yang disalurkan
langsung, ada juga yang dibawa tunai. Kebetulan untuk wilayah Pegunungan
Bintang wang itu dibawa tunai," kata beliau.
Beliau berkata, agihan peruntukan itu mengambil masa yang agak lama
bagi kawasan-kawasan terpencil, pedalaman dan terluar dari hubungan
darat.
Pesawat itu membawa 49 penumpang dan kesemuanya adalah rakyat tempatan iaitu 44 dewasa termasuk empat petugas Pos Indonesia, dua kanak-kanak dan tiga bayi.
Pesawat itu membawa 49 penumpang dan kesemuanya adalah rakyat tempatan iaitu 44 dewasa termasuk empat petugas Pos Indonesia, dua kanak-kanak dan tiga bayi.
Lima anak kapal terbabit ialah juruterbang yang dikenali sebagai
Hasanudin, pembantunya Ariadin, juruteknik Mario, dan dua pramugari yang
dikenali sebagai Ika dan Dita.
Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.