ransomware
Amaran Virus Ransomware
Pusat pakar keselamatan siber kebangsaan, CyberSecurity Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai mengenai ancaman virus Ransomware yang berupaya merampas data di dalam komputer pengguna individu dan komersial.
Menerusi virus tersebut, penggodam akan mengunci data-data penting milik pengguna dan meminta mereka untuk membayar wang tebusan.
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr. Amirudin Abdul Wahab berkata, Ransomware adalah sejenis perisian jahat atau malware yang menjangkiti komputer dan mengehadkan akses sehingga wang tebusan dibayar untuk mendapatkan semula data-data penting milik individu atau syarikat tertentu.
Jelas beliau, perisian tersebut telah mula tersebar sejak beberapa tahun lalu dan modus operandinya ialah memeras wang daripada mangsa dengan memaparkan mesej telah menceroboh komputer milik pengguna pada skrin.
Mesej pada skrin berkenaan akan keluar dengan kerap dan memberitahu bahawa komputer mereka telah dikunci atau semua fail pengguna telah disulitkan, kemudian mereka akan menuntut wang tebusan untuk memulihkan akses terhadap data atau komputer mereka.
Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.