23 Januari 2017

Keputusan Anugerah Juara Lagu 31 (2017)

by


Berikut Keputusan Anugerah Juara Lagu 31 (2017)

Juara Lagu AJL 31: Lelaki Teragung – Dayang Nurfaezah (RM50,000 + Trofi )

Tempat Kedua: Terimaku Seadanya – Misha Omar & Hafiz Suip (RM35,000 + Trofi)

Tempat Ketiga: Sudah Ku Tahu – Projektor Band (RM20,000 + Trofi)

Vokal Terbaik: Dayang Nurfaizah (RM12,000 + Trofi)

Persembahan terbaik: Hang Pi Mana – Khalifah (RM12,000 + Trofi)


Senarai 12 Calon Finalis Lagu Anugerah Juara Lagu (AJL31)

Lelaki Teragung – Dayang Nurfaezah
Terakhir – Sufian Suhaimi
Sudah Ku Tahu – Projektor Band
Selamanya Cinta – Shila Amzah & Alif Satar
Terimaku Seadanya – Misha Omar & Hafiz Suip
Ku Rela Dibenci – Aiman Tino
Di Amaran Mama – Hazama
Obses – Akim & The Majistret
Setia – Faizal Tahir & Elizabeth Tan
Kalah Dalam Menang – Mawi & Syamsul Yusof
ang Pi Mana – Khalifah
Anugerah Terindah – Black


Penyanyi Dayang Nurfaizah tidak pernah meletakkan dirinya di tahap tertinggi apabila merangkul trofi Vokal Terbaik tiga tahun berturut-turut selain meraih kejuaraan menerusi lagu Lelaki Teragung pada Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) yang berlangsung pada malam Ahad.

Dayang atau Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 35, sebaliknya berkata, kemenangan itu membuatkan dia berasa rendah diri dalam usaha memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan.

"Tidak terlintas di hati saya menganggap diri sudah hebat tetapi saya harus bersyukur dengan kemenangan ini dan ia rezeki.

"Jika pada masa hadapan saya kalah tidak mengapa kerana itu adalah proses pembelajaran dan ruang untuk saya memperbaiki diri," katanya.
Pada acara yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu, selain Vokal Terbaik, Lelaki Teragung ciptaan Natasyah dan lirik oleh Iman Imran itu turut diumumkan sebagai juara AJL31.

Naib juara pula milik lagu berjudul Terimaku Seadanya ciptaan sepenuhnya oleh Ajai nyanyian Hafiz dan Misha Omar.

Lagu ciptaan Razif daripada kumpulan Projector Band iaitu Sudah Ku Tahu pula mendapat tempat ketiga.

Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM35,000 dan RM20,000 berserta trofi.

Bagi kategori Vokal Terbaik, Dayang membawa pulang wang tunai sebanyak RM12,000.

Untuk rekod, ia kemenangan ketiga penyanyi itu menerusi kategori berkenaan dan sebelum ini pernah merangkul trofi sama pada AJL29 (Di Pintu Syurga) dan AJL30 (Tak Pernah Menyerah).

Dalam pada itu, Dayang berkata, dia tidak dapat menahan air mata daripada mengalir saat lagu berkenaan diumumkan sebagai juara.

"Ketika Lelaki Teragung diumumkan sebagai juara, pelbagai memori tentang perjalanan karier terimbau di minda sehingga menyebabkan saya tidak dapat menahan air mata.

"Malu juga sebenarnya kerana menangis sehingga tidak dapat menyanyi dengan baik tetapi ia air mata gembira.

"Bagaimanapun kemenangan ini memang saya tidak jangkakan kerana fokus saya hanya ingin memberikan persembahan terbaik buat peminat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dayang berkata, dia kini sedang menyiapkan album terbaharunya dan teruja apabila ia bakal memuatkan lagu daripada komposer seperti Ajai dan Aubrey Suwito.


Kemenangan tersebut membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, trofi berserta hadiah sampingan lain.

Kata penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini, selain terlalu gembira dia sebak apabila terkenangkan perjalanan pahit dan manis sepanjang bergelar anak seni.

- mSTAR

21 Januari 2017

Donald Trump angkat sumpah Presiden Amerika Ke-45

by


Donald J. Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-45 pada 21 Januari 2017, bermulanya era baru di dalam arena pemerintahan politik bagi membentuk semula negara itu lapor NYPost.

Trump mengangkat sumpah di Pejabat tadbir Ketua Hakim Mahkamah Agung, John Robert dan kemudiannya memberi ucapan kepada ratusan ribu yang hadir menyaksikan peristiwa bersejarah itu pada pukul 1.05 pagi (12.05 tengah hari Jumaat waktu Washington).

Bilionair Amerika Syarikat berusia 70 tahun itu menggantikan Barack Obama selepas mengalahkan calon Demokrat, Hillary Clinton pada Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat, 8 Nov lepas.

Majlis bersejarah itu, yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen antarabangsa, dipengerusikan oleh Roy Blunt, seorang senator Republikan dari Missouri dan juga Pengerusi Jawatankuasa Bersama Kongres Mengenai Aktiviti Perasmian.

Trump merupakan presiden pertama negara itu yang tidak pernah berkhidmat dengan tentera atau memegang jawatan dalam kerajaan.

Dalam ucapan Trump, "Kita sebagai rakyat Amerika kini bersama-sama dalam usaha membina semula negara dan menunaikan janji kepada masyarakat oleh itu bersama-samalah kita menentukan perjalanan negara ini untuk tahun-tahun yang mendatang serta hadapi cabaran untuk memastikan tugas ini selesai.

"Setiap empat tahun, kita akan berkumpul untuk menjalankan pemindahan kuasa ini secara aman dan saya amat berterima kasih kepada Presiden, Barrack Obama dan juga wanita pertama, Michelle Obama untuk pertolongan mereka sepanjang peralihan kuasa ini. Terima kasih," katanya di dalam ucapan tersebut.

Turut hadir ialah bekas Presiden Barrack Obama dan juga isterinya, Michelle Obama dan Trump kemudiannya mengulangi sumpahnya untuk mengubah kerajaan dan hala tuju negara secara dramatik.

"Majlis pada hari ini mempunyai makna yang sangat istimewa kerana hari ini kita bukan sahaja menyaksikan peralihan kuasa dari satu pihak ke pihak yang lain tetapi satu perpindahan kuasa dari Washington, DC kepada rakyat.

"Sudah terlalu lama rasanya sekumpulan kecil di negara kita yang meraih ganjaran sedangkan rakyat yang menanggung kos, Washington kaya namun rakyat tidak berkongsi kekayaan itu.

"Semua perubahan bermula di sini kerana sekarang merupakan masa anda, ia milik kamu semua," katanya lagi.

Trump juga menjadi serius ketika berbicara soal tema kempen utama beliau iaitu pekerjaan, undang-undang, tawaran perniagaan yang lebih baik dan peningkatan infrastruktur.

"Saya akan berjuang untuk anda semua dan tidak akan mengecewakan kamu, Amerika akan mula menang lagi dan menjadi unggul tidak seperti sebelum ini.

"Kita akan bawa kembali pekerjaan, sempadan dan juga kekayaan kita dan yang penting, impian kita, jadikan Amerika kembali hebat," katanya.


Sawan lebih dua minit perlu rawatan segera

by

 

Adam Zakri (bukan nama sebenar), dua tahun, adalah anak sulung kepada Jamila (bukan nama sebenar), sentiasa aktif dan sihat.

Bulan lalu, Adam mengalami sakit tekak, muntah-muntah dan demam panas melebihi 39 darjah Celsius.

Ketika ibunya memberikannya minuman, badan Adam secara tiba-tiba menjadi kejang dan matanya menjuling ke atas.

'Adam Adam!' Jamila menjerit ketakutan tetapi Adam seperti tidak sedar dan tidak memberi sebarang tindak balas. 

Jamila cemas, lantas membuka baju Adam dan mengelap badannya dengan air sehingga suhu badan turun semula.

Selepas beberapa minit, Adam mula merengek dan kembali sedar seperti biasa. 

Pensyarah Perubatan (Neurologi), Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Wan Aliaa Wan Sulaiman, berkata kes yang berlaku ke atas Adam ini adalah contoh serangan sawan demam (febrile fits) atau dikenali dengan sawan tarik.

"Serangan ini adalah sejenis penyakit sawan yang berpunca akibat demam panas dalam kalangan kanak-kanak yang berusia tiga bulan hingga enam tahun.

"Sawan demam bukan disebabkan masalah lain seperti jangkitan kuman otak (meningitis) atau ketidakseimbangan garam galian di dalam badan," katanya.

Suhu badan terlalu panas

Beliau berkata, sawan demam berlaku apabila suhu badan menjadi terlalu panas, aktiviti sel otak terganggu yang menyebabkan pesakit hilang kesedaran, badan, tangan dan kaki menjadi kejang, pergerakan mata hitam ke atas, air liur meleleh dan terkencing atau termuntah.

Kadangkala katanya, episod kekejangan badan akan disusuli dengan pergerakan tangan dan kaki yang berulang-ulang. Bagaimanapun, tempoh sawan selalunya singkat dan tidak melebihi lima minit.

Jika sawan berlarutan melebihi dua minit, panggil ambulans atau bawa anak segera ke unit kecemasan hospital. Dalam tempoh itu juga, jika anak anda kembali normal pemeriksaan doktor di hospital masih diperlukan untuk memastikan anak tidak mempunyai masalah lain yang lebih serius.

"Situasi begini semestinya mencemaskan untuk setiap ibu bapa tetapi anda dinasihatkan bertenang supaya dapat membantu anak dengan memastikan mereka berada di tempat selamat dan tiada sebarang bahaya di sekelilingnya.

"Kenal pasti waktu bermula sawan dan letakkan mereka dalam posisi mengiring ke sebelah kiri," katanya.

"Jangan cuba memasukkan sebarang objek seperti sudu atau jari anda ke dalam mulut walaupun anak mengancing gigi," katanya.

Longgarkan pakaian anak

Berdepan situasi itu, Dr Wan Aliaa berkata, ibu bapa digalak melonggarkan pakaian anak mereka terutama di sekitar leher dan lap badannya dengan air bersuhu bilik bagi menghilangkan haba panas badan ke udara melalui proses penyejatan.

Kanak-kanak yang hanya mengalami sawan demam saja kata beliau, lazimnya tidak ada masalah atau komplikasi dan berupaya membesar secara normal tanpa sebarang kesan negatif jangka panjang akibat sawan.

Ibu bapa tidak perlu terlalu bimbang kerana penyakit ini secara umumnya tidak bahaya dan tidak akan mendatangkan kesan jangka masa panjang kronik kepada pesakit.

Tambahan lagi, kebanyakan kanak-kanak yang mengalami masalah sawan demam tidak lagi akan mengalami masalah ini selepas usia mencecah enam tahun.

Jejas sistem otak

Namun, ibu bapa perlu mengetahui langkah yang perlu dilakukan ketika serangan sawan demam sebagai langkah awal menanganinya.

Setiap kanak-kanak yang mengalami sawan demam di rumah hendaklah dibawa ke hospital dengan segera bagi pemeriksaan lanjut oleh doktor.

Bagaimanapun, bagi sesetengah kes yang lebih teruk dengan masa melebihi 15 minit, sel otak mungkin akan terganggu dan pesakit berisiko mendapat sawan epilepsi pada masa akan datang.

Sawan yang berlaku bukan susulan daripada demam adalah bukan sawan demam sebaliknya berkemungkinan akibat masalah lain.

INFO

*Setiap 100 kanak-kanak, lima akan mengalami sawan demam.

*Punca

-Demam dengan suhu mencecah 39 darjah selsius.

-Keturunan- selalunya ibu, ayah atau keluarga terdekat juga mempunyai sejarah sawan demam ketika kanak-kanak.

*Adakah sawan demam berulang?

-Terdapat kebarangkalian berulang selepas serangan pertama tetapi selepas usia enam tahun serangan tidak akan berulang.

*Suhu normal:

-Bayi : 36.1 - 37.7 darjah Celsius.

-Dewasa : 36.5 - 37.5 darjah Celsius.

Langkah tambahan menangani sawan

* Sapukan sebarang muntah atau air liur yang keluar.

* Elakkan daripada merendam anak di dalam air kerana selain daripada faktor keselamatan, ia juga kurang berkesan bagi penurunan suhu.

* Rutin pemeriksaan kanak-kanak sawan demam di hospital?

-Pemeriksaan klinikal.

-Ujian darah atau sinar x (mengenal pasti punca demam dan garam galian cukup dalam badan)

-Sekiranya demam akibat bakteria, rawatan antibiotik diperlukan.

Sekiranya jangkitan virus yang biasa selalunya tidak memerlukan antibiotik.

-Bagi gejala sawan, doktor perlu memastikan yang sawan bukan berpunca dari jangkitan otak.

Bagaimana cara penjagaan anak yang demam di rumah?

-Paracetamol boleh diberi secara berkala tetapi ia tidak akan membendung dari sawan demam.

-Pastikan anak minum air secukupnya.

- Sediakan alat penyukat suhu badan atau termometer dirumah.

-Sekiranya terlalu tinggi melebihi 39 selsius, kaedah terbaik adalah tuam atau lapkan dengan air bersuhu bilik atau suam kuku.

-Ubat punggung (suppository) boleh menurunkan suhu badan dengan cepat.

Apakah kesan jangka masa panjang sawan demam?

-Tiada sebarang kesan negatif jangka panjang akibat sawan.

-Sesetengah kes lebih teruk dengan jangkamasa melebihi 15 minit, sel otak mungkin akan terganggu dan pesakit berisiko untuk mendapat sawan epilepsi pada masa akan datang.

Sumber : Berita Harian

 

 

 

 

 

 

20 Januari 2017

PROMOSI DAFTAR & PASANG ASTRO 2017

by
SIAP PASANG
Kos Pemasangan hanya "RM60.00"



PAKEJ BULANAN FAMILY PACK

RM42.35 SAHAJA & BOLEH TAMBAH APA2 PAKEJ




* ANDA AKAN MENERIMA SET ASTRO BYOND ZAPPER, PIRING SATELIT PENERIMA, REMOTE CONTROL, CABLE 20 METER, SMARTCARD, HDMI CABLE.

* PEMASANGAN AKAN DILAKUKAN DALAM MASA 3-5 HARI BERKERJA.

* KONTRAK LANGGANAN ADALAH SELAMA 24 BULAN (2 TAHUN)


CARA MEMOHON

=> Salinan mykad depan belakang yang jelas.
=> Salinan pasport depan belakang dan visa (bukan warganegara Malaysia)
=> No telefon untuk dihubungi
=> Pilihan Pakej yang ingin dilanggan



ASTRO NJOI

* Pemasangan RM450 sekali bayar (siap pasang)

* Salinan mykad depan belakang

* Alamat pemasangan

* No telefon untuk dihubungi


* KINI PROMOSI PEMASANGAN BARU ASTRO HANYA RM60.00 SAHAJA!! TIADA CAJ TERSEMBUNYI (HARGA ASAL PEMASANGAN RM100)

* TIDAK KIRA ANDA BERADA DI MANA SAHAJA DI MALAYSIA

* ANDA AKAN MENERIMA SET ASTRO BYOND ZAPPER, PIRING SATELIT PENERIMA, REMOTE CONTROL, CABLE 20 METER, SMARTCARD, HDMI CABLE.

* PEMASANGAN AKAN DILAKUKAN DALAM MASA 3-5 HARI BERKERJA.

* PAKEJ BULANAN SERENDAH RM 42.35 SAHAJA (FAMILY PACK) - PENAMBAHAN CHANNEL/ PACKAGE BOLEH DIBUAT PADA BILA2 MASA SELEPAS ASTRO DIPASANG).

* ANDA AKAN MENERIMA 40 SIARAN TV + 20 SIARAN RADIO YANG PENUH DGN BERITA,INFORMASI,HIBURAN,SUKAN SERTA PENDIDIKAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK SEISI KELUARGA.

* KONTRAK LANGGANAN ADALAH SELAMA 24 BULAN.



PAKEJ TAMBAHAN:

PVR SERVIS RM10.60
HD SERVIS RM26.50
THANGATHIRAI RM7.37
MUSTIKA RM13.73
NEW EMPEROR RM23.27
GOLD RM13.73
INDO PEK RM12.72
METRO RM8.48
BABY TV RM5.30
MAHARAJA RM13.73
TAYANGAN HEBAT RM10.55
CHAKRAVARTHY RM13.78
KOREAN RM10.60
BOLLY ONE HD RM5.30
A-LIST RM15.90
GOLF CHANNEL RM53.00
WWE RM15.90
SETANTA SPORTS RM53.00
ASTRO CRICKET RM53.00


* PAKEJ PILIHAN LAIN DI ASTRO



PAKEJ JIMAT

NILAI PACK / NAMMA PACK / WAH PACK / FANS PACK / STARS PACK




PAKEJ MURAH

'ASTRO FAMILY LITE'
PROMOSI TERHAD SEHINGGA 31 JANUARI 2017

* PEMASANGAN RM30.00 SAHAJA

* BULANAN RM21.20

* TERDAPAT 33 CHANNEL


* Maklumat dan dokumen diperlukan untuk pendaftaran adalah seperti berikut~

=> Salinan mykad depan belakang yang jelas. (Minima umur 21 tahun)
=> Salinan pasport depan belakang dan visa (bukan warganegara Malaysia)
=> Alamat pemasangan
=> No. telefon untuk di hubungi (sebaiknya 2 nombor telefon)
=> Pilihan Pakej yang ingin dilanggan

=> Kontrak langganan selama 24 bulan (2 tahun)

* Dokumen / salinan ic hendaklah dituliskan / palang dengan perkataan “ASTRO USE ONLY”
* Sertakan gambar bil utiliti dengan alamat tempat pasang jika berumur 21-25 tahun.

Whatsapp ke nombor : 013-979 0000


*Apabila permohonan anda telah diproses, wakil Pemasang (installer) akan menghubungi anda pada bila-bila masa untuk membuat temujanji pemasangan. Anda boleh memilih masa yang sesuai utk pemasangan tersebut.

CARA PENDAFTARAN ASTRO YANG PANTAS DAN MUDAH. HANYA HANTAR NAMA, ALAMAT PENUH, NO. TELEFON DAN GAMBAR MYKAD MELALUI WHATSAPP KE NO. TEL: 013-9790000

13 Januari 2017

Khidmat Nasihat Simpanan Persaraan KWSP

by


Pegawai kanan pemasaran, Alila Muhammad tidak tahu jumlah terkumpul yang akan dimilikinya menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehinggalah beliau bertemu dengan pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) baru-baru ini.

"Saya berasa terkejut apabila mengetahui akan memperoleh simpanan lebih RM1 juta selepas usia 55 tahun sekiranya saya tidak mengeluarkan duit daripada Akaun 2 dalam tempoh 14 tahun lagi.

"Pepatah lama, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit, ternyata benar apabila melibatkan soal pengurusan wang," kata Alila, 41, yang memperoleh pendapatan lebih RM6,000 sebulan.

Ahli KWSP dibenarkan untuk mengeluarkan wang dari Akaun 2 bagi membayar hutang, membiayai pendidikan dan perubatan.

Namun bagi Alila, disebabkan sesi khidmat nasihat itu, beliau melakukan penelitian untuk mengeluarkan wang daripada Akaun 1 KWSP yang dilaburkan dalam amanah saham sejak enam tahun lalu.

Beliau juga meneliti perbezaan pulangan sama ada daripada pelaburan amanah saham dan kadar dividen KWSP.

Selepas sesi rundingan dengan KWSP, beliau menyedari bahawa pengetahuan celik tentang kewangan amat penting dalam memilih pelaburan.

RAS yang dilancarkan pada 2014, merupakan inisiatif KWSP untuk memastikan ahlinya menyedari kepentingan perancangan persaraan.

Perkhidmatan tersebut merupakan yang pertama diperkenalkan di benua Asia Tenggara dan bertujuan membantu ahli KWSP membuat keputusan tepat sebelum mengeluarkan wang simpangan mereka, demikian kata pengawai RAS, Nornisah Mohd Yusof.

"Perkhidmatan ini disediakan bagi mendidik ahli menguruskan wang persaraan dan mewujudkan pendapatan bulan yang mapan untuk menampung kehidupan mereka apabila sudah bersara," katanya.

RAS diwujudkan selepas kajian mendapati ahli KWSP berusia 54 tahun ke atas memiliki kurang RM50,000 dalam simpanan mereka.

"Kajian juga menunjukkan peratusan besar ahli KWSP gemar menghabiskan wang simpanan mereka dalam tempoh dua hingga lima tahun selepas bersara (pada usia 55 tahun atau 60 tahun).

"Namun jangka hayat rakyat Malaysia dianggarkan boleh mencapai usia 75 tahun, menyebabkan ramai ahli tidak memiliki wang yang mencukupi untuk menampung kehidupan mereka," kata Nornisah.

Menurut beliau, ahli KWSP perlu memiliki wang simpanan sekurang-kurangnya RM228,000 pada usia 55 tahun.

Laporan tahunan KWSP pada 2015 mencatatkan bahawa kira-kira 80 peratus ahlinya yang masih aktif, memiliki purata simpanan RM100,000 ke bawah dan jumlah berkenaan tidak cukup menampung tempoh persaraan mereka.

Tambah Nornisah, kebanyakan ahli KWPS didapati sukar untuk menguruskan wang mereka disebabkan tidak memiliki wang yang mencukupi dan perancangan persaraan.

Beliau menasihatkan agar rakyat Malaysia menyimpan untuk masa depan dan tidak berbelanja sesuka hati.

"Sukar buat anda untuk mendapat wang, jadi menyimpanlah dengan bijak. Tidak terlalu awal sebenarnya untuk memikirkan soal perancangan kewangan.

"Pelajar lepasan universiti perlu digalakkan menyimpan sedikit wang gaji mereka untuk persaraan manakala golongan yang berusia 40-an dan 50-an perlu mempertimbangkan pelan pengurusan kewangan bagi mengelakkan dibelenggu masalah hutan apabila bersara," katanya.

Selain itu, Nornisah menggalakkan ahli KWSP untuk mendapatkan khidmat nasihat bagi mengetahui kepentingan membuat keputusan melibatkan soal perbelanjaan dan simpanan wang persaraan.

"Khidmat ini adalah percuma," katanya.

Ahli KWSP boleh bertemu dengan pegawai RAS yang akan menyalurkan nasihat mengikut usia, kerjaya dan jangkaan.

Pegawai-pegawai tersebut sangat berpengetahuan luas tentang produk KSWP selain soal perancangan persaraan dan kewangan.

Mereka juga terlibat dalam program dengan agensi khidmat nasihat kewangan yang lain seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Bank Negara.

"Kami akan mengira jumlah yang perlu disimpan sebaik sahaja ahli bersara dan keperluan asas yang diperlukan.

"Kami akan cuba memenuhi matlamat, objektif dan keperluan yang diperlukan ahli selepas bersara. Kebiasaannya kami menggalakkan ahli untuk mempertimbangkan mengeluarkan wang simpanan setiap bulan.

"Setakat ini, seramai 19,678 ahli telah mengunjungi RAS. Ahli juga boleh mendapatkan khidmat nasihat sama ada terus datang ke kaunter atau mengatur temu janji.

"Dua kaedah yang digunakan adalah berdasarkan maklumat ahli. Pegawai RAS akan menumpukan pelan persaraan untuk ahli yang berusia 35 tahun ke atas dan kepentingan perancangan kewangan untuk mereka yang berusia di bawah 35 tahun," kata beliau sambil menambah ahli yang menghadapi masalah kewangan boleh mendapatkan bantuan daripada AKPK.

Terdapat 18 cawangan RAS yang disediakan di seluruh negara dan jumlah itu akan ditambah kepada 28 cawangan pada tahun depan.

Selain perancangan kewangan, RAS juga menyediakan khidmat KWSP yang lain termasuk Caruman Pilihan sendiri dan Skim Persaraan 1Malaysia.

"Kami telah bertemu dengan ramai ahli yang tampil ke kaunter untuk memohon pengeluaran penuh KWSP.

"Namun mereka menilai semula keputusan tersebut dan mengeluarkannya secara fleksibel berbanding pengeluaran penuh selepas bertemu pegawai RAS.

"Terdapat juga ahli yang mencarum wang untuk meningkatkan jumlah simpanan persaraan mereka," katany Nornisah.

Bermula Januari 2017, KWSP akan membenarkan pesara terus menyimpan wang simpanan mereka dan memilih untuk menerima dividen sehingga usia 100 tahun, berbanding mengeluarkan wang tersebut sepenuhnya.

11 Januari 2017

Adenan Satem meninggal dunia

by


Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, 72, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan, jam 1.30 tengah hari Rabu, 11 Januari 2017. Ini disahkan Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian, yang juga pakar kardiologi dan berpengalaman merawat pemimpin veteran itu.

Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, dimasukkan ke Pusat Jantung HUS kelmarin selepas mengadu mengalami keletihan melampau dan kesukaran bernafas. Antara yang terawal menziarahi jenazah Adenan ialah Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud yang bergegas ke Pusat Jantung HUS sejurus dimaklumkan berita berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Abang Johari Abang Openg, mengadakan sidang media berhubung kematian Adenan di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya jam 3.30 petang. Ia dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Morshidi Abdul Ghani.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, adalah antara yang pertama mengucapkan takziah kepada keluarga Tan Sri Adenan Satem sejurus berita kematian Ketua Menteri Sarawak itu disahkan. "Takziah kepada Puan Sri Jamilah & keluarga & rakyat negeri Sarawak atas kembalinya ke rahmatullah Ketua Menteri TS Adenan Satem. Al Fatihah."

- Berita Harian

Faiz Subri penjaring gol tercantik FIFA 2016

by


Tarikh 16 Februari 2016 tidak akan dilupakan oleh pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, Mohd. Faiz Subri.

Jaringannya menerusi sepakan percuma pada minit ke-62 pada aksi Liga Super 2016 menentang Pahang di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang telah menyaksikan pemain tengah skuad Pulau Mutiara itu dipilih sebagai pemenang anugerah berprestij tersebut yang berlangsung di Zurich, Switzerland awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, Pulau Pinang menang 4-1 dan jaringan ketiga Faiz itu telah dicalonkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk anugerah jaringan tercantik pada musim 2016.

Jaringan menakjubkan yang dilakukan oleh Faiz itu menerima undian peminat dari seluruh dunia sebanyak 59.46 peratus, sekali gus mengalahkan dua lagi calon iaitu Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil yang mendapat 22.86 peratus dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela, 10.01 peratus.

Lebih manis, kejayaan pemain kelahiran Air Hitam, Kedah itu menjadikan dia pemain Asia pertama dikurniakan anugerah sempena nama legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puska yang menikmati kejayaan hebat bersama pasukan Real Madrid pada era 1950-an dan 60-an serta bersama pasukan kebangsaan Hungary.

Faiz menerima trofi berprestij itu daripada legenda bola sepak Brazil, Ronaldo.

Pada majlis gilang-gemilang itu, penyerang kelab Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia 2016.

- Kosmo!

5 Januari 2017

Remaja Panjat IPOH Mohon Maaf

by


Sekumpulan remaja yang memanjat papan tanda `IPOH’ baru-baru ini tampil memohon maaf di atas tindakan mereka.

Menurut salah seorang remaja tersebut, Norfarihan Baharudin, 24,  mengakui kesilapan dan memohon maaf kepada semua.

"Kami ingin tampil memohon maaf lebih awal sebaik mengetahui gambar dan video mereka tersebar luas, namun tidak berpeluang berbuat demikian apabila dikecam hebat oleh netizen.

“Saya mahu beritahu di sini saya dan rakan-rakan yang lain mahu meminta maaf kepada masyarakat, memang kami tahu perbuatan ini salah,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya di Bangunan Perak Darul Ridzuan petang Rabu.

Norfarihan ditemani empat rakannya iaitu Azlina Azmin, 21; Nor Farina Baharudin, 22 serta Muhammad Zaki Nasarruddin dan Muhammad Faiz Roslee, yang masing-masing berusia 23 tahun.

Menurut Nurfarihan, dia dan rakan-rakannya berpengalaman dalam melakukan aktiviti lasak termasuk melakukan tugas lagak ngeri secara sambilan bagi penggambaran filem malah sering kali mendaki bukit dan gunung kebanyakan di luar negara seperti Thailand dan Vietnam.

“Kami ada latar belakang masing-masing, jadi ketika naik kami sebenarnya sudah memikirkan soal keselamatan cuma tidak menyangka perkara begini (viral dan dikecam) akan berlaku. Kami memilih mercu tanda IPOH itu kerana keunikannya,” katanya.

Bagaimanapun jelasnya gambar dan video tindakan itu mula tersebar apabila ada pihak yang menemubual mereka kemudian dimuatnaik dalam laman blog The Vocket.

Sementara itu, Shahrul Zaman berharap kumpulan ini dapat menggunakan kebolehan dan pengalaman mereka dengan jalan yang betul.

"Mereka boleh membentuk kelab seperti Pendaki Belia Perak yang dapat menarik lebih ramai golongan muda untuk mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.

"Ini boleh dilakukan secara positif mengikut undang-undang masing-masing di samping memastikan keselamatan mereka sendiri," katanya.

- mstar

4 Januari 2017

Wanita Kongsi Diet Sihat Makan Pasir

by


Seorang wanita di India memakan dua kilogram pasir setiap hari sejak enam dekad lalu sebagai diet untuk kekal sihat.

Kusma Vati, 78, meluangkan masa beberapa jam sehari untuk menguyah pasir dalam kuantiti yang banyak.

"Saya telah menguyah pasir dan batu sejak 63 tahun lalu.  Saya suka makan pasir dan ia tidak memberi kesan yang memudaratkan.

"Saya tidak pernah mengalami sebarang kesakitan pada perut dan mulut termasuk gigi. Saya juga boleh makan batu yang keras tanpa sebarang masalah," katanya.

Wanita itu juga memberitahu, dia tidak pernah menemui doktor untuk mendapatkan sebarang nasihat mengenai dietnya.

"Saya tidak berjumpa doktor kerana sentiasa berada dalam keadaan sihat.

"Saya fikir pasir juga sama seperti mineral lain dan ia memberi saya tenaga untuk terus bekerja seharian.

Cucu Kusma bagaimanapun sentiasa meminta neneknya menghentikan tabiat buruk itu, namun gagal.

Top Ad 728x90