30 November 2018

Siaran TV Digital MYTV Kembali Pulih

by

Mulai jam 11.00 malam 29 November 2018, TM sudah membuka semula siaran TV Digital MYTV di kawasan yang terlibat. Sila on dan scan semula dekoder anda. Untuk mendapatkan dekoder dan antenna uhf boleh whatsapp 013-979 0000

23 Oktober 2018

Rumah Impian Bangsa Johor ditawar serendah RM70,000

by

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mengumumkan program perumahan mampu milik untuk bangsa Johor di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim akan dilaksanakan.

Projek tidak melibatkan keuntungan yang dinamakan 'Rumah Impian Bangsa Johor' itu akan dibina dalam bentuk rumah teres satu atau dua tingkat dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi.

Harga untuk seunit teres satu tingkat tersebut akan bermula pada harga RM70,000, sementara teres dua tingkat pula akan dijual di bawah RM200,000.

Bagi melayakkan pemohon untuk membeli rumah mampu milik berkenaan, mereka mestilah seorang bangsa Johor yang berpendapatan isi rumah bawah RM5,000.

Pemohon bukanlah anak sulung atau anak tunggal dan tidak pernah memiliki rumah sebelum ini.

"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Johor mahu pengagihan yang adil kepada seluruh kaum Melayu, Cina dan India.

"Baginda mahu membina semangat kemasyarakatan," kata Tunku Ismail pada catatan di Facebook baginda, Ahad.

Tunku Ismail berkata, yayasan itu akan melantik pengurus projek dan kontraktor untuk membina rumah mengikut spesifikasi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

"Rakyat turut akan menerima kemudahan dewan serbaguna, taman, kedai dan motel. Ia dibina dan dibiayai oleh DYMM Sultan Johor dan DYAM Tunku Mahkota Johor," ujarnya.

- MStar


20 Oktober 2018

Teks ucapan penuh Kajian Separuh Penggal RMK-11 2016-2020

by

Teks ucapan penuh Kajian Separuh Penggal RMK-11 2016-2020

Teks ucapan penuh Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) 2016-2020: Keutamaan dan Peneklanan Baharu, yang dibentangkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Dewan Rakyat pada Khamis, 18 Oktober 2018.

Tuan Yang di-Pertua,

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dengan sukacitanya saya berdiri di hadapan Dewan yang mulia ini untuk mengemukakan satu usul seperti berikut:

“Bahawa Dewan ini, menyedari akan cabaran untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan yang mampan dengan mengambil kira perubahan trend ekonomi global, kedudukan kewangan Kerajaan serta pencapaian dua tahun pertama, 2016-2017 Rancangan Malaysia Kesebelas; merestui usaha Kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan untuk menambah baik dan memperkukuh agenda pembangunan negara berasaskan prinsip pertumbuhan dengan ekuiti ke arah mencapai status negara maju dan inklusif selaras dengan aspirasi Wawasan 2020 meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas bagi tempoh 2018-2020 yang memberi keutamaan dan penekanan baharu ke atas dasar, strategi dan inisiatif sedia ada serta memperkukuh tadbir urus bagi mencapai pertumbuhan sosio ekonomi yang lebih inklusif dan mampan ke arah meningkatkan kesejahteraan rakyat menurut Kertas Perintah CMD. 22 Tahun 2018.

Bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia berganding bahu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan serta pengagihan kekayaan dibuat secara telus, adil dan saksama.

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya bentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11), 2016-2020 untuk dibahaskan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan saya peluang berdiri di Dewan yang mulia ini bagi membentangkan KSP RMK-11. Ia adalah dokumen reformasi yang komprehensif dalam usaha mereformasikan negara.

Dokumen ini memperlihatkan anjakan pemikiran berkaitan pembangunan. Kita tidak lagi melihat pembangunan mengikut ukuran pertumbuhan ekonomi atau keluaran dalam negeri kasar (KDNK) semata-mata.

Kita melihat pembangunan dari aspek peningkatan kuasa beli rakyat dan pembangunan perlu dinikmati oleh semua rakyat atau ‘shared prosperity’. Ini bermakna tidak wujud jurang pendapatan yang terlalu lebar antara miskin dan kaya antara kaum dan suku kaum. Tidak harus ada golongan yang merasakan mereka terpinggir dari arus perdana pembangunan. Pembangunan juga tidak boleh meninggalkan negeri atau wilayah tertentu di belakang.

Pembangunan dalam erti kata sebenar perlu menyumbang kepada pembangunan bangsa Malaysia. Pertumbuhan ekonomi berterusan dan merata memerlukan persekitaran bukan ekonomi juga kukuh dan bebas dari cengkaman politik. Pentadbiran perlu bersih dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Kekayaan negara tidak akan dirompak oleh mana-mana pihak.

Rakyat menuntut perubahan. Maka pada 9 Mei 2018 rakyat membuka lembaran baharu dalam sejarah negara. Mereka memberikan mandat kepada Pakatan Harapan untuk peralihan kuasa secara amandan tersusun. Di hari tersebut, 12.3 juta rakyat Malaysia telah menamatkan pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional pimpinan kleptokrat.

Dengan mandat yang diberikan oleh rakyat, Kerajaan Pakatan Harapan dapat melaksanakan reformasi dan berusaha mengembalikan Malaysia ke landasan yang betul ke arah negara maju untuk semua. Tetapi pembinaan Malaysia baharu tidak akan tercapai dalam masa yang singkat.

Rejim kleptokrat yang lalu telah menyebabkan Kerajaan hari ini menanggung beban hutang yang lebih dari satu trilion ringgit. Institusi dan pentadbiran awam negara juga telah rosak. Kerajaan Pakatan Harapan bertekad mereformasikan institusi awam supaya ia melaksana amanah rakyat.

KSP RMK-11 ini membuat anjakan dan penyesuaian ke atas dasar dan strategi jangka sederhana. Sementara itu, strategi jangka pendek pembangunan negara akan dibentang dalam Bajet 2019 pada 2 November 2018 nanti.

Tuan Yang di-Pertua,

Kajian Separuh Penggal ini juga merupakan dokumen dasar pertama Kerajaan Pakatan Harapan. Ia menggariskan keutamaan dan penekanan baharu agar falsafah, dasar dan strategi pembangunan seiring dengan aspirasi rakyat dan azam Kerajaan.

Ia menilai pencapaian dalam tempoh 2016-2017. Kajian ini juga menyemak semula sasaran, strategi dan inisiatif bagi tempoh 2018-2020 dengan mengambil kira perubahan trend ekonomi global, kedudukan

kewangan Kerajaan dan keutamaan semasa bagi memenuhi harapan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua,

PERSPEKTIF EKONOMI MAKRO, Prestasi Ekonomi, 2016-2017

Dalam tempoh dua tahun pertama Rancangan, 2016-2017, KDNK negara berkembang 5.1 peratus setahun dalam suasana inflasi pada kadar purata 2.9 peratus. Pertumbuhan ini didorong oleh permintaan agregat swasta yang kukuh, dengan pelaburan dan penggunaan swasta sebagai pemacu.

Pendapatan negara kasar (PNK) per kapita pada harga semasa pula meningkat pada kadar purata 6.7 peratus, daripada 36,119 ringgit (atau 9,248 dolar Amerika) pada tahun 2015 kepada 41,093 ringgit (atau 9,556 dolar Amerika) pada tahun 2017. Dari segi pariti kuasa beli (atau PPP), PNK per kapita Malaysia telah mencecah 28,650 dolar Amerika seperti dianggarkan oleh Bank Dunia. Pencapaian ini menempatkan Malaysia dalam kumpulan 25 persentil teratas daripada 217 negara.

Berdasarkan paras minimum negara berpendapatan tinggi yang ditetapkan oleh Bank Dunia sebanyak 12,056 dolar Amerika bagi tahun 2017, terdapat jurang pendapatan 21 peratus yang perlu diatasi sebelum Malaysia berjaya melepasi status negara berpendapatan menengah tinggi.

Pertumbuhan ini secara umumnya diterima antara yang terbaik di rantau ini. Namun, apa yang lebih bermakna ialah KDNK dari aspek pendapatan, iaitu siapa yang menerima manfaat pertumbuhan ekonomi ini. Sejak satu dekad yang lepas, kebanyakan manfaat pertumbuhan ini dinikmati oleh pemilik modal dan hanya sebahagian kecil iaitu sekitar satu per tiga daripada KDNK dinikmati oleh pekerja. Di samping itu, terdapat jurang pendapatan yang ketara antara pekerja berkemahiran tinggi yang mendapat upah yang lumayan berbanding dengan mereka yang kurang berkemahiran dan mendapat upah yang rendah. Oleh itu, pertumbuhan ekonomi ini kurang dirasai oleh kebanyakan rakyat.

Sesuatu yang menidakkan kesahihan angka prestasi ekonomi negara ialah amalan peruntukan ‘off budget’ iaitu pengasingan urusan kewangan di luar bajet. Jika hutang, perbelanjaan, kehilangan wang berbilion diambil kira maka kedudukan kewangan negara tidaklah sebaik seperti angka yang dicatat di atas.

Kerajaan BN telah berbelanja dengan boros dan tidak berhemat. Sekarang kita perlu berbelanja dengan cermat. Kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan perlu dikukuhkan. Amalan kewangan yang tidak telus akan dihentikan dan ketirisan pada semua peringkat ditangani. Langkah ini termasuk mengkaji semula pelaksanaan projek yang tidak mampan dan membatalkan projek berkeutamaan rendah. Namun, projek pembangunan sosioekonomi yang berimpak tinggi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat akan diteruskan.

Tuan Yang di-Pertua,

Prospek Ekonomi, 2018-2020

Langkah berjimat cermat bagi tempoh 2018-2020 boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi tetapi hanya bersifat sementara. Saya yakin dengan langkah membasmi ketirisan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Ekonomi disasarkan berkembang antara 4.5 hingga 5.5 peratus setahun, disokong oleh permintaan dalam negeri dan luar negeri, terutamanya permintaan kukuh dalam kalangan negara rantau Asia. Permintaan swasta dijangka kekal menerajui pertumbuhan ekonomi, dengan pelaburan swasta dijangka berkembang 5.7 peratus setahun.

Dengan penambahbaikan tadbir urus dan peningkatan hasil, Kerajaan yakin kedudukan fiskal dapat dipulihkan pada akhir tahun 2020. Kerajaan mensasarkan defisit fiskal sebanyak 3 peratus kepada KDNK pada tahun 2020. Antara langkah proaktif yang telah berjaya diambil adalah menangguhkan pelaksanaan High Speed Rail (HSR). Pada masa yang sama, Kerajaan juga perlu memastikan pengurangan perbelanjaan

awam tidak menjejaskan pertumbuhan ekonomi.

Tuan Yang di-Pertua,

KEUTAMAAN DAN PENEKANAN BAHARU, 2018-2020

Dalam tempoh akhir Rancangan 2018-2020, usaha akan dipergiat untuk meningkatkan daya tahan asas ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat. Saya bentangkan keutamaan dan penekanan baharu, berasaskan Enam Tonggak, iaitu:

Pertama: Mereformasi tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam;

Kedua: Memperkukuh pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat;

Ketiga: Menuju ke arah pembangunan wilayah yang seimbang;

Keempat: Memperkasa modal insan;

Kelima: Mempertingkat kemampanan alam sekitar melalui

pertumbuhan hijau; dan

Keenam: Memperkukuh pertumbuhan ekonomi.

Tuan Yang di-Pertua,

TONGGAK 1: MEREFORMASI TADBIR URUS KE ARAH MENINGKATKAN KETELUSAN DAN KECEKAPAN PERKHIDMATAN AWAM

Mandat yang diberikan oleh rakyat adalah untuk kita melakukan perubahan. Maka reformasi tadbir urus menjadi keutamaan. Kita telah memulakannya dengan menukar pemimpin institusi kritikal seperti institusi kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Tadbir urus Kerajaan perlu diperbaiki. Ketelusan akan ditingkatkan bagi mencegah rasuah dan membasmi salah guna kuasa.

Keutamaan Pertama : Menambah Baik Tadbir Urus pada Semua Peringkat

Langkah tegas dan berkesan akan dilaksana untuk mempertingkat mekanisme semak dan imbang pada semua peringkat. Sistem pentadbiran undang-undang juga akan dimantapkan dengan mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya supaya diurus oleh dua individu yang berlainan.

Kuasa autonomi Parlimen akan dipertingkat dengan memperkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963. Sistem jawatankuasa pemilih akan diwujudkan. Jawatankuasa ini akan memperaku pelantikan jawatan

utama di SPRM, SPR, Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Suruhanjaya tertentu seperti SPRM dan SPR akan juga bertanggungjawab secara langsung kepada Parlimen.

Hubungan antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan akan ditambah baik dengan mengembalikan semula semangat federalisme. Kerajaan negeri akan diperkasa melalui proses pengagihan kuasa pusat bagi beberapa fungsi termasuk pengangkutan awam, perkhidmatan sosial dan perlindungan alam sekitar.

Langkah segera untuk mereformasi sistem politik akan dilaksanakan. Tempoh perkhidmatan jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri akan dihadkan kepada dua penggal. Perdana Menteri juga tidak akan memegang portfolio lain.

Penambahbaikan sistem pilihan raya akan dilaksana dengan membersihkan daftar pemilih, menambah baik proses pengundian pos dan menyediakan akses yang adil kepada media. Had umur mengundi akan diturunkan kepada 18 tahun dan undang-undang berkaitan pembiayaan politik akan diperkenal.

Keutamaan Kedua: Meningkatkan Integriti dan Akauntabiliti

Kerajaan bertekad untuk meningkatkan integriti dan akauntabiliti serta membanteras gejala rasuah secara menyeluruh yang melibatkan sektor awam dan swasta. SPRM akan ditransformasi sebagai sebuah badan bebas sepenuhnya dan Akta SPRM 2009 akan dikaji semula secara menyeluruh. Undang-undang pencegahan rasuah juga akan diperkukuh dengan mengkaji semula Akta Perlindungan Saksi 2009 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Rakyat perlu ada tempat untuk mengadu. Ombudsman Malaysia akan ditubuhkan untuk menyiasat dan melaporkan secara bebas aduan terhadap agensi kerajaan. Bagi mempertingkat integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis akan ditubuhkan.

Keutamaan Ketiga: Menguatkuasakan Pelaksanaan Pengurusan Kewangan Awam secara Berhemat

Reformasi menyeluruh ke atas mekanisme pengurusan dana awam akan dilaksana. Strategi yang akan dilaksana adalah mempertingkat sistem belanjawan negara, menambah baik pengurusan perolehan serta memperkukuh rangka kerja pengurusan prestasi, pemantauan dan penilaian. Pelaksanaan sistem perakaunan akruan juga akan dipercepat dan Akta Prosedur Kewangan 1957 akan dikaji semula.

Prosedur perolehan Kerajaan akan ditambah baik dengan memperkenalkan rangka kerja perundangan berkaitan yang lebih komprehensif dan berkesan, serta menguatkuasakan pelaksanaan tender terbuka. Kerajaan juga akan mengkaji semula rangka kerja projek perkongsian awam-swasta bagi mengoptimumkan sumber.

Keutamaan Keempat: Memperkukuh Penyampaian Perkhidmatan Awam

30. Usaha akan dipergiat untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam dengan mereformasi institusi sektor awam. Satu pasukan petugas khas akan ditubuh untuk menilai peranan dan fungsi pelbagai entiti termasuk badan berkanun dan syarikat milik Kerajaan.

Ke arah menghapuskan pertindihan dan mengurangkan kerenah birokrasi serta mempercepat penyampaian perkhidmatan, aspek prosedur dan proses kerja akan dikaji semula dengan memanfaatkan teknologi terkini. Jentera perkhidmatan awam akan diperkemas ke arah meningkatkan kecekapan dan produktiviti melalui adaptasi model kecemerlangan perniagaan sebagai instrumen analisis prestasi kementerian dan agensi.

Pihak berkuasa tempatan (PBT), sebagai pihak yang paling hampir dengan rakyat, akan diperkasa selaras dengan keperluan rakyat dan perkembangan teknologi. Ini akan dilaksana melalui penarafan PBT berdasarkan tahap kecemerlangan penyampaian perkhidmatan.

Tuan Yang di-Pertua,

TONGGAK 2 : MEMPERKUKUH PEMBANGUNAN INKLUSIF DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

33. Pendekatan pembangunan inklusif akan dilaksana melalui penekanan kepada pertumbuhan dengan ekuiti untuk meningkatkan kesejahteraan semua rakyat.

Keutamaan Pertama: Meningkatkan Inklusiviti ke arah Masyarakat yang Saksama

Saya ingin tegaskan bahawa peningkatan pendapatan sahaja tidak mencukupi kalau tidak diiringi dengan peningkatan kuasa beli. Bagi meningkatkan pendapatan dan kuasa beli rakyat, terutama isi rumah, daya keluaran produktiviti mestilah dinaikkan. Ini boleh dicapai melalui latihan kecekapan dan pengurusan yang lebih cekap dan bagi sektor pembuatan, penggunaan mesin dan teknologi yang moden dan canggih termasuk robotik dan automasi akan dipergiat.

Kita juga perlu prihatin dengan rakyat yang hilang mata pencarian akibat sakit, kemalangan dan lain-lain. Maka, sistem perlindungan sosial akan diperkukuh. Selain itu, program bantuan Kerajaan, khususnya yang melibatkan jaringan keselamatan sosial akan dikaji semula supaya lebih bersasar.

Reformasi Agenda Pemerkasaan Bumiputera akan terus diberi penekanan. Antara inisiatif yang akan diambil adalah perubahan minda yang positif dan penerapan nilai murni, pengukuhan keberkesanan institusi dan program, pemerkasaan modal insan dan pengukuhan pendidikan dan latihan bagi mendapatkan pekerjaan bergaji tinggi.

Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara (KBN) yang diadakan pada 1 September 2018 telah menghasilkan 63 resolusi yang sedang diteliti oleh Kerajaan. Kerajaan akan memastikan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera dapat membentuk generasi Bumiputera baharu yang berpegang teguh kepada nilai moral integriti serta sikap rajin berusaha.

Tuan Yang di-Pertua,

Sebagai Kerajaan yang prihatin ke arah mewujudkan masyarakat yang saksama, usaha akan dipertingkat untuk memperkasa kumpulan minoriti. Program khusus akan dilaksana bagi suku-suku kaum Sabah dan Sarawak dan juga orang asli, di kawasan luar bandar dan pedalaman. Antara inisiatif yang akan dilaksana termasuk penawaran lebih banyak program dan peluang pendidikan, latihan kemahiran dan keusahawanan. Bagi kumpulan tertentu dalam kalangan masyarakat India dan Cina, beberapa program khusus akan dilaksana bagi membangunkan potensi ekonomi mereka dan membasmi kemiskinan.

Pelbagai program dan inisiatif akan dilaksana untuk meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak, belia, wanita, institusi keluarga, warga kurang upaya dan warga emas. Antaranya ialah membangunkan Pelan Hala Tuju Kesejahteraan Kanak-kanak serta program pembangunan dan pemerkasaan belia. Bagi mempertingkat penglibatan wanita dalam pasaran buruh, majikan digalakkan untuk menyedia perkhidmatan penjagaan kanak-kanak dan aturan kerja yang fleksibel. Selain itu, program pembangunan keluarga seperti kemahiran keibubapaan, menyemak semula dasar dan perundangan yang berkaitan orang kurang upaya dan menggalakkan persekitaran penuaan yang aktif bagi warga emas akan dilaksana.

Keutamaan Kedua : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat

Pelbagai inisiatif akan dilaksana bagi meningkatkan kuasa beli rakyat dan mengurangkan beban peningkatan kos sara hidup. Tumpuan juga akan diberi untuk membendung kenaikan harga barang melalui pelbagai langkah seperti kawalan harga, mempergiat penguatkuasaan dan mempertingkat tahap konsumerisme.

Perumahan adalah penting untuk kesejahteraan keluarga. Sebanyak 200,000 unit rumah mampu milik disasarkan dalam tempoh 2018-2020 dengan menggalakkan penglibatan yang lebih luas oleh sektor swasta. Majlis Perumahan Mampu Milik Negara akan ditubuhkan untuk menyelaras pengurusan perumahan mampu milik awam.

Kerajaan komited untuk memperkukuh sistem penyampaian penjagaan kesihatan. Antaranya, mewujudkan dasar kesihatan negara, meningkatkan kapasiti modal insan dan kemudahan kesihatan serta mengkaji model skim penjagaan kesihatan ke arah mewujudkan skim pembiayaan kesihatan nasional.

Dalam meningkatkan kapasiti kemudahan kesihatan awam, sebuah pusat kanser wilayah utara akan dibina sebagai pelengkap kepada Institut Kanser Negara. Kerajaan juga akan mewujudkan sebuah pusat kawalan

dan pencegahan penyakit kebangsaan di Nilai, Negeri Sembilan untuk mengesan, mencegah dan mengatasi ancaman penyakit.

Perbandaran dan perindustrian yang pantas memberikan tekanan kepada kesejahteraan mental. Satu pelan tindakan akan dirangka bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kesihatan mental. Selain itu, dasar dan peraturan baharu akan digubal untuk mengawal selia produk, teknologi dan perkhidmatan penjagaan kesihatan dalam talian.

Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan dan kedaulatan negara. Tumpuan akan diberi untuk mengukuh keupayaan dan kapasiti agensi penguatkuasaan dan keselamatan serta mempergiat usaha pencegahan jenayah. Bagi mengekang pencerobohan sempadan, kawalan terutamanya di pintu masuk negara akan dipertingkat.

Perpaduan nasional dan kesepaduan sosial akan terus dipupuk untuk menjamin keharmonian negara. Untuk itu, Kerajaan akan menubuhkan Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat dan mewujudkan Indeks Perpaduan Nasional sebagai instrumen untuk memantau tahap perpaduan dan keharmonian.

Dalam perjuangan mencapai status negara maju, kita, khususnya generasi muda, tidak harus lupa aspek nilai dan jati diri. Sehubungan itu, peranan keluarga, sekolah dan komuniti akan diperkukuh bagi mempromosi nilai murni dan memupuk budaya kebangsaan.

Sukan akan terus menjadi platform untuk menggalak gaya hidup aktif dan sihat serta menyatupadukan rakyat. Oleh itu, lebih banyak kemudahan sukan dan rekreasi akan dibangun dan dinaik taraf. Pendekatan baharu, iaitu keseluruhan sukan, akan juga dilaksana bagi menggalakkan kecemerlangan sukan dan gaya hidup sihat.

Tuan Yang di-Pertua,

TONGGAK 3 : MENUJU KE ARAH PEMBANGUNAN WILAYAH YANG SEIMBANG

Semua negeri perlu maju bersama. Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan membiarkan mana-mana negeri tertinggal di belakang. Oleh itu, Kerajaan memperkenalkan kembali agenda pembangunan wilayah yang seimbang sebagai keutamaan. Selaras dengan ini, Kerajaan akan memastikan peruntukan pembangunan yang lebih saksama kepada negeri Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis supaya

mencapai pembangunan yang lebih setara.

Keutamaan Pertama: Memperkukuh Pembangunan Ekonomi Wilayah

50. Untuk memperkukuh pembangunan ekonomi wilayah, perancangan pembangunan pada peringkat nasional, wilayah dan negeri perlu diperkemas. Penyelarasan antara negeri bagi penyediaan infrastruktur akan dipertingkat untuk mengoptimum penggunaan sumber serta memoden dan mempelbagaikan asas ekonomi bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi.

Keutamaan Kedua: Merapatkan Jurang Pembangunan antara Bandar dan Luar Bandar

Kerajaan akan memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan. Untuk itu, rangkaian jalan raya akan diperluas dengan membina dan menaik taraf 1,500 kilometer lagi jalan luar bandar. Kerajaan juga memperluas akses kepada bekalan air bersih dan terawat meliputi sasaran 60,000 tambahan rumah, meluaskan akses bekalan elektrik kepada sasaran 41,160 tambahan rumah.

Sementara itu, infrastruktur digital akan dipertingkat untuk memperluas liputan dan menambah baik kualiti jalur lebar melalui pembinaan 300 menara telekomunikasi baharu dan menaik taraf 1,000 menara sedia ada.

Aktiviti ekonomi setempat di luar bandar akan ditingkatkan untuk menjana pendapatan dan mewujudkan peluang pekerjaan serta perniagaan. Aktiviti ekonomi luar bandar yang mampan seperti industri asas tani, ekopelancongan dan agropelancongan juga akan digalakkan.

Bantuan akan diberi termasuk menyediakan premis perniagaan untuk usahawan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di luar bandar.

Keutamaan Ketiga: Mempercepat Pembangunan di Sabah dan Sarawak

Sabah dan Sarawak berpotensi untuk menjana pertumbuhan ekonomi lebih tinggi dengan mengoptimumkan sumber asli yang ada. Untuk itu, Kerajaan akan mengagihkan pendapatan minyak dan gas secara saksama mengikut perundangan sedia ada. Satu Jawatankuasa Khas Kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji semula dan memantau pelaksanaan yang wajar bagi Perjanjian Malaysia 1963.

Demi kemakmuran rakyat di Sabah dan Sarawak, infrastruktur asas seperti bekalan air dan elektrik luar bandar turut akan dipertingkat. Beberapa inisiatif akan dilaksana termasuk meningkatkan liputan jalur lebar di kawasan luar bandar meliputi pembinaan 106 menara telekomunikasi baharu dan menaik taraf 400 menara sedia ada. Kerajaan juga akan menyediakan 7,000 unit rumah mampu milik serta menaik taraf 400 buah sekolah daif. Dari segi kemudahan kesihatan, tiga buah hospital akan dinaik taraf, iaitu di Papar, Miri dan Lawas.

Pembangunan tanah adat adalah penting untuk mewujudkan aktiviti ekonomi dan menjana pendapatan masyarakat setempat. Oleh itu, kerjasama antara kerajaan negeri, agensi berkaitan, pemilik tanah dan pelabur akan dipertingkat. Aktiviti pengukuran dan pemetaan Hak Tanah Adat akan dilaksana bagi membolehkan tanah adat dibangunkan.

Tuan Yang di-Pertua,

TONGGAK 4 : MEMPERKASA MODAL INSAN

Kerajaan akan terus memberi penekanan untuk membangunkan modal insan bagi memenuhi keperluan industri dan menyokong pertumbuhan ekonomi.

Keutamaan Pertama : Mereformasi Pasaran Buruh

Kerajaan akan mereformasi pasaran buruh ke arah mewujudkan pekerjaan berkemahiran yang menawarkan gaji yang tinggi, dengan menggalakkan automasi dan inovasi, menerima guna teknologi baharu serta mengkomersialkan harta intelek. Pelaburan berkualiti tinggi juga akan diberi keutamaan untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran.

Bagi meningkatkan gaji dan upah, semakan secara berterusan ke atas dasar gaji minimum dan pembentukan Indeks Gaji Kebangsaan akan dilaksana. Perbezaan kadar gaji minimum antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak telah berjaya ditangani. Mulai 1 Januari 2019 gaji minimum bulanan diseragamkan kepada 1,050 ringgit di seluruh negara. Di samping itu, perluasan Sistem Upah yang Dikaitkan dengan Produktiviti akan dipergiatkan.

Kerajaan berazam untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing melalui penambahbaikan pengurusan pekerja asing. Antara langkah yang dicadangkan adalah mengenakan sistem levi berperingkat yang progresif berasaskan kepada jumlah pekerja asing yang digaji. Harus diingat jika pekerja tempatan sanggup bekerja maka pekerja asing tidak akan datang ke negara kita.

Keutamaan Kedua: Menambah Baik Kecekapan dan Produktiviti Buruh

Kerajaan akan mengukuhkan hak pekerja dan meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh bagi menambah baik kecekapan dan produktiviti buruh. Hak pekerja akan diperkukuh melalui kajian semula undang-undang perburuhan dan pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan yang menyeluruh. Pekerja yang diinsuranskan akan menerima manfaat yang merangkumi elaun mencari pekerjaan, latihan, penempatan pekerjaan dan kaunseling kerjaya. Adalah amat penting kita menyediakan pekerja dan golongan profesional menghadapi ‘disruption’ yang bakal dibawa oleh Revolusi Perindustrian Keempat. Revolusi ini akan menghapuskan banyak jenis pekerjaan seperti buruh manual dalam sektor pembuatan, tetapi juga akan mencipta peluang pekerjaan baharu seperti penyelenggaraan dan kejuruteraan robotik dan automasi.

Keutamaan Ketiga: Meningkatkan Akses kepada Pendidikan dan Latihan yang Berkualiti dan akses yang saksama kepada pendidikan dan latihan yang berkualiti. Bagi pendidikan asas, usaha akan ditumpu kepada peningkatan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), penguasaan Bahasa Inggeris dan peningkatan kemahiran berfikir aras tinggi.

Bagi menetapkan standard pendidikan yang lebih tinggi serta memupuk nilai murni dan budaya kerja yang positif seperti diamalkan di Jepun, Kerajaan akan mengkaji semula kedua-dua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Sementara itu, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 akan dikaji semula dengan menggantikannya dengan perundangan baharu yang menyeluruh dan lebih baik ke arah mewujudkan kebebasan akademik, bersuara dan berpersatuan.

Dalam tempoh akhir Rancangan, Kerajaan akan melaksanakan Projek Pembinaan Bangunan bagi Pusat Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar dan Pakar di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kompleks Fakulti Perubatan Veterinar di Universiti Malaysia Kelantan dan Hospital Pengajar di Universiti Malaysia Sarawak. Kerajaan juga akan meningkatkan kualiti tenaga pengajar institusi pendidikan tinggi dengan meneruskan penajaan Skim Latihan Akademik untuk mereka melanjutkan pengajian di peringkat PhD.

Kerajaan hari ini komited untuk meningkat keupayaan belia dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) bagi memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi. Kerajaan akan meneruskan program latihan pra pekerjaan di bawah skim Latihan Bakal Pekerja dengan menyediakan dana bagi membantu membiayai yuran program di pusat pembangunan kemahiran negeri.

Keutamaan Keempat : Memupuk Jalinan Industri-Akademia yang Lebih Kukuh

Kerjasama industri dan akademia yang lebih erat adalah penting untuk memadankan penawaran dengan permintaan. Keutamaan akan diberi untuk membangunkan kemahiran berkaitan industri dengan melaksanakan program berasaskan industri dan mengiktiraf teknologis sebagai profesional. Kerajaan juga akan menggalakkan institusi TVET untuk mempelajari dan menerima guna amalan terbaik daripada Jepun, khususnya melalui penerapan pengetahuan dan kemahiran teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran.

TONGGAK 5 : MEMPERTINGKAT KEMAMPANAN ALAM SEKITAR MELALUI PERTUMBUHAN HIJAU

Kerajaan komited untuk memastikan pembangunan sosioekonomi turut memberi penekanan kepada aspek perlindungan alam sekitar, selaras dengan Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan.

Keutamaan Pertama : Memperkukuh Tadbir Urus

Tadbir urus akan diperkukuh bagi memudah cara peralihan ke arah pertumbuhan hijau dan pengurusan sumber yang lebih baik. Sehubungan ini, dasar, perundangan, standard dan garis panduan berkaitan alam sekitar dan sumber asli akan dikaji semula atau diwujudkan dan ditanda aras dengan amalan terbaik antarabangsa.

Semua projek pembangunan perlu mematuhi standard perlindungan alam sekitar dan garis panduan pembangunan. Dalam hal ini, rangka kerja institusi akan diperkukuh, manakala kapasiti dan keupayaan pemantauan serta penguatkuasaan akan ditambah baik. Pelaksanaan pematuhan kendiri terpimpin dalam kalangan industri akan diperluas, manakala masyarakat dan pihak berkepentingan akan terus digalak untuk menghargai dan melindungi alam sekitar.

Keutamaan Kedua : Memulihara Sumber Asli

Usaha untuk melindungi, memulihara dan memulihkan khazanah strategik negara adalah penting bagi memastikan kemampanan dan sumbangan berterusan kepada pembangunan. Pewartaan lebih banyak kawasan terestrial, air daratan, pesisir pantai dan marin sebagai kawasan perlindungan akan dipergiat. Bagi menangani konflik antara manusia dengan hidupan liar, lebih banyak laluan untuk hidupan liar akan disediakan.

Tuan Yang di-Pertua,

Keutamaan Ketiga : Menangani Perubahan Iklim dan mengurangkan Risiko Bencana

Langkah mitigasi perubahan iklim akan dipergiat bagi memenuhi komitmen di bawah Perjanjian Paris. Dalam hal ini, pelan tindakan mitigasi nasional akan disediakan dan pelaksanaan cukai karbon akan diteliti.

Sementara itu, langkah adaptasi perubahan iklim akan terus dilaksana dan pelan tindakan akan dirangka sebagai panduan dalam perancangan dan penyelarasan langkah adaptasi di seluruh negara.

Penerimagunaan konsep penggunaan dan pengeluaran mampan akan digalakkan melalui perluasan inisiatif perolehan hijau kerajaan dan inisiatif merubah sisa kepada kekayaan ataupun sisa kepada tenaga. Manakala, penggunaan plastik sekali guna akan dikurangkan.

Kebergantungan kepada bahan api fosil akan dikurangkan melalui peningkatan sumbangan tenaga boleh baharu (renewable) dalam penjanaan elektrik. Penjanaan elektrik daripada biojisim dan biogas akan digalak, manakala daya maju teknikal dan potensi aplikasi komersial teknologi baharu akan diteroka seperti grid mikro dan penyimpanan tenaga dalam bateri. Di samping itu, pengurusan permintaan tenaga akan terus diperkukuh melalui penyediaan pelan induk bagi meningkatkan kecekapan dan penjimatan tenaga. Penggunaan sistem LED akan ditingkatkan.

Keupayaan pengurusan risiko bencana akan ditingkat melalui integrasi langkah pengurangan risiko bencana dalam perancangan dan pembangunan. Kesiapsiagaan menghadapi bencana juga akan dipertingkat melalui pembangunan sistem bersepadu bagi ramalan cuaca dan banjir serta amaran awal banjir. Keupayaan tindak balas agensi berkaitan bencana dan komuniti juga akan dipertingkat bagi mengelakkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

Tuan Yang di-Pertua,

TONGGAK 6 : MEMPERKUKUH PERTUMBUHAN EKONOMI

Momentum pertumbuhan ekonomi akan diperkukuh dengan merangsang aktiviti ekonomi dan menggalakkan pelaburan swasta. Tumpuan akan diberi kepada pengukuhan asas ekonomi berlandaskan inovasi, kreativiti dan aktiviti nilai ditambah tinggi ke arah meningkatkan produktiviti dan daya saing industri.

Keutamaan Pertama : Memperkukuh Pertumbuhan Sektoral dan Mereformasi Struktur

Sektor perkhidmatan akan menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu, sektor perkhidmatan yang berintensif pengetahuan akan dipertingkat. Usaha juga akan dipergiat bagi mewujudkan ekosistem yang dinamik, menggalakkan penerimagunaan teknologi terkini dan e-dagang serta memanfaatkan platform digital untuk mempromosi produk dan perkhidmatan bagi menembusi pasaran antarabangsa. Sehubungan itu, Malaysia akan dijenamakan semula sebagai destinasi pelancongan utama dan produk ekopelancongan tempatan akan dimanfaatkan untuk menarik lebih ramai pelancong.

Kerajaan akan menggalakkan peralihan sektor pembuatan ke arah pengeluaran produk yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi, pelbagai dan kompleks. Subsektor pembuatan yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi, iaitu aeroangkasa dan peranti perubatan, juga akan diutamakan. Pihak industri perlu meningkatkan produktiviti dengan mempercepat penggunaan robotik, automasi dan inovasi, menjalankan penyelidikan dan pembangunan serta melaksanakan amalan pengeluaran mampan.

Kerajaan sedar kepentingan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam ekonomi. Oleh itu, usaha untuk mewujudkan PKS yang berdaya tahan dan mampan akan terus dilaksana. Matlamat Kerajaan adalah untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada KDNK kepada 41 peratus pada tahun 2020. Sumbangan PKS kepada eksport juga akan ditingkatkan melalui inisiatif pengantarabangsaan dan promosi eksport.

Bagi sektor pertanian, reformasi subsektor agromakanan akan diteruskan bagi meningkatkan sumbangan subsektor ini kepada nilai ditambah pertanian kepada 42.8 peratus pada tahun 2020 serta mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan. Ini termasuklah inisiatif mengurus permintaan dan penawaran makanan, membangunkan input alternatif dan sumber kekayaan baharu serta memperkenalkan aktiviti pertanian nilai tambah yang tinggi. Inisiatif ini akan meningkatkan produktiviti dan pendapatan petani, nelayan dan penternak.

Tuan Yang di-Pertua,

Keutamaan Kedua : Mempercepat Inovasi dan Penerimagunaan Teknologi

Negara perlu memanfaatkan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR). Oleh itu, rangka kerja dasar nasional mengenai 4IR akan dibentuk untuk menggalakkan inovasi, kreativiti dan daya saing dalam menghadapi revolusi digital yang semakin berkembang pesat. Manakala, Dasar Negara Mengenai Industri 4.0, 2018-2025 yang menggariskan pelan tindakan penggunaan teknologi berkaitan Industri 4.0 akan dilancarkan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pembuatan. Tumpuan juga akan diberi kepada beberapa bidang seperti bioteknologi, nanoteknologi, teknologi digital, teknologi hijau dan teknologi neuro yang akan melonjakkan kemajuan sains, teknologi dan inovasi.

Keutamaan Ketiga : Menyediakan Infrastruktur yang Berkualiti

80. Kerajaan akan memastikan infrastruktur yang disediakan adalah berkualiti dari segi integrasi, liputan dan ketersambungan serta kemampuan dan kemampanan. Bagi memperkukuh ketersambungan merentas wilayah, pembinaan lebuh raya di luar kawasan Lembah Klang akan terus diberi keutamaan, antaranya meneruskan pelaksanaan jajaran Central Spine Road dan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai. Selain itu, pembesaran terminal, pemanjangan landasan dan penambahbaikan kemudahan bagi lapangan terbang terpilih akan dilaksana. Misalnya, menaik taraf kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Pertumbuhan logistik dan fasilitasi perdagangan akan dipertingkat melalui inisiatif uCustoms, gerbang tunggal yang menyediakan proses bersepadu dan lengkap bagi pelepasan kargo, yang akan dilancarkan pada awal tahun 2019. Inisiatif ini akan meningkatkan kecekapan dan produktiviti serta daya saing pemain logistik Malaysia.

Langkah untuk menambah baik infrastruktur digital akan terus dilaksana. Ke arah ini, kapasiti dan liputan jalur lebar akan terus dipertingkat menerusi National Fiberisation and Connectivity Plan untuk mencapai sasaran 95 peratus liputan jalur lebar di kawasan berpenduduk.

Usaha menambah baik perkhidmatan bekalan air kepada negeri yang mempunyai rizab margin rendah seperti Kedah dan Perlis akan diberi keutamaan melalui menaik taraf loji sedia ada dan membina loji baharu. Pembinaan loji rawatan kumbahan serantau dan berpusat di bandar utama seperti Alor Setar, Kuantan dan Taiping akan dilaksana.

Kerajaan akan memastikan bekalan tenaga yang berdaya harap dan mampan bagi mengukuhkan jaminan tenaga dan meningkatkan kecekapan bekalan tenaga. Ini akan dicapai melalui pembinaan fasiliti terapung gas asli cecair yang kedua milik PETRONAS di luar pesisir pantai Sabah serta projek Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID) di Pengerang, Johor.

Kecekapan dan daya harap bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia akan ditingkatkan menerusi pelaksanaan fasa kedua Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR), dari tahun 2018 hingga tahun 2020. Pelaksanaan IBR akan diperluas ke Sabah dalam tempoh akhir Rancangan. Sementara itu, pembinaan loji janakuasa baharu akan dilaksanakan melalui bidaan kompetitif supaya lebih telus dan wujud persaingan sihat dalam kalangan pemain industri.

Tuan Yang di-Pertua,

MALAYSIA DAN DUNIA

Semua yang saya bentangkan ini menjurus untuk memperkukuh ekonomi, institusi awam dan tadbir urus Kerajaan. Apabila kita berjaya, bermakna kita telah menebus maruah negara dan bangsa Malaysia. Kita akan dihormati kembali oleh dunia. Malaysia boleh kembali menyuarakan kepentingan negara-negara kecil di forum-forum dunia. Ini yang dilakukan baru-baru ini di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Malaysia tidak dapat mengelak dari percaturan politik dunia khususnya antara kuasa-kuasa besar. Lebih-lebih lagi kedudukan Malaysia yang berhadapan dengan Laut China Selatan di mana berlaku ketegangan antara Amerika Syarikat dan China. Kita mengambil sikap berkecuali. Kita mahu rantau ini kekal aman dan bebas seperti yang termaktub dalam doktrin ZOPFAN. Sebagai sebuah negara perdagangan kita mahu kebebasan pelayaran - freedom of navigation - terjamin. Malaysia tidak boleh melakukan ini secara bersendirian. Kita perlu berpegang kepada prinsip ‘collective security’. Justeru, Malaysia perlu berperanan untuk memperkukuh ASEAN untuk menjamin agar rantau ini terus stabil dan selamat.

Apa yang saya bentangkan adalah untuk rakyat. Untuk semua rakyat dari Perlis hingga Sabah. Untuk orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut dan Orang Asli dan etnik-etnik lain yang semua bernaung di bawah langit Malaysia.

Kita mahu Malaysia yang bersatu padu. Kita mahu rakyat Malaysia berjaya dan menikmati kekayaan negara. Saya mengajak semua rakyat Malaysia menggalas tanggungjawab ini. Jika semua yang terkandung dalam dokumen ini dilaksanakan, saya yakin Malaysia akan mengaum kembali sebagai Harimau Asia. Imej Malaysia akan bertukar dari sebuah negara kleptokrat kepada sebuah negara demokrasi tulen dengan kerajaan yang bersih, luhur dan berintegriti. Rakyat Malaysia di mana-mana tempat di seluruh pelusuk dunia boleh memperkenalkan dirinya dengan bangga: Saya rakyat Malaysia.

Inilah tekad kita. Inilah janji kita. Saya berdoa kepada Tuhan agar kita dapat melaksanakannya bersama seluruh bangsa Malaysia.

Akhir sekali, harapan saya adalah pada anak muda. Sebahagian besar generasi saya telah pergi. Kepada siapa akan kami tinggalkan nasib bangsa dan negara ini, kalau tidak kepada generasi muda. Saya seru kepada generasi muda: belajarlah segala ilmu yang boleh menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Dapatkan segala kemahiran. Perkukuhkan jati diri. Pegang teguh pada agama dan nilai-nilai murni. Tolak rasuah dengan sekeras-kerasnya. Hayati kebenaran, kejujuran dan keadilan. Ayuh, marilah kita semua berganding bahu dan bersatu untuk mencipta masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadang.


12 Oktober 2018

Hukuman mati akan dihapuskan

by

Penangguhan hukuman mati mandatori diumumkan kerajaan akan memberi kesan kepada 1,278 banduan yang sebelum ini didapati bersalah oleh mahkamah berikutan pelbagai kesalahan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman, berkata pihaknya akan akur terhadap sebarang percaturan Kabinet, termasuk pertimbangan sebulat suara untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman mati mandatori.

Beliau menyifatkan langkah penghapusan bersandarkan prinsip kemanusiaan itu sejajar dasar kerajaan diterajui Pakatan Harapan (PH) yang menjanjikan bahawa sudah tiba masanya hukuman berat berkenaan digantikan dengan kaedah lain.

“Itu dasar kita sebagai sebuah kerajaan baharu, justeru kementerian mengalu-alukan ia kerana mengikut prinsip kemanusiaan. Kita akan cari hukuman lebih setimpal tanpa menggunakan tindakan punitif berbentuk mati mandatori.

“Sehubungan itu, mengikut perangkaan kita setakat ini, pengumuman penangguhan hukuman mati mandatori berkenaan akan memberi kesan kepada 1,278 banduan.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) selaku badan pelaksana akan mengikut keputusan Kabinet jika arahan penangguhan (hukuman mati mandatori) dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, semalam dilaporkan berkata pelaksanaan hukuman mati mandatori bagi semua kesalahan akan dimansuhkan di negara ini.

Susulan pengumuman itu, katanya, semua pelaksanaan hukuman mati akan ditangguhkan sehingga pemansuhan berkenaan berkuat kuasa.

Berdasarkan perangkaan hingga 1 Oktober lalu, Azis berkata, jumlah banduan yang menghuni penjara adalah seramai 59,245 orang, iaitu 45,388 daripada ialah rakyat negara ini manakala selebihnya, iaitu 13,857 terdiri daripada warga asing.

INFO:

• 1,278 banduan dijatuhi hukuman mati

• 59,245 banduan menghuni penjara, setakat 1 Oktober 2018

• 45,388 banduan ialah warga Malaysia

• 13,857 warga asing

- BERITA HARIAN

10 Oktober 2018

Cuti sekolah berbeza zon utara, selatan, timur bakal diperkenal untuk elak kesesakan

by

Ibu bapa yang membawa anak-anak mereka bercuti ke Cameron Highlands, Melaka atau mana-mana destinasi percutian lain semasa cuti sekolah mungkin menyambut baik cadangan cuti sekolah dilaksanakan secara berperingkat.

"Berbanding cuti sekolah selama seminggu untuk seluruh negara, kita boleh mengagihkan musim cuti selama tiga minggu.

"Kami mencadangkan musim cuti sekolah dilaksanakan secara berbeza untuk wilayah pantai utara, selatan dan timur," kata Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Beliau berkata kementeriannya menyediakan laporan lengkap mengenai cadangan Kementerian Pelajaran untuk mempertimbangkan penjadualan musim cuti sekolah yang berbeza bagi seluruh negara.

Apabila cuti sekolah berlangsung tidak serentak, kualiti pelancongan domestik akan lebih tinggi kerana masalah kesesakan dapat dikurangkan.

"Kita juga akan mempunyai pengurusan lalu lintas yang lebih baik dan pemain industri pelancongan tidak perlu menghadapi situasi 'feast or famine'," katanya.

Beliau berkata, cadangan tersebut adalah untuk cuti sekolah pertengahan tahun pada bulan Mac, Jun dan September tetapi ia tidak termasuk cuti akhir tahun yang lebih panjang.

"Laporan itu hampir siap. Kami memperoleh semakin banyak data.

"Jika kita katakan Cameron Highlands sesak semasa cuti persekolahan, berapa sesak keadaan yang berlaku?

"Dalam era data besar (big data) ini, kita harus teliti mengenai apa yang kita cadangkan," kata Muhammad Bakhtiar kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Arkeologi Kebangsaan di George Town pada Selasa.

Katanya, cuti berbeza telah dilaksanakan di Malaysia apabila rakyat di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu mempunyai cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu.

- The Star

9 Oktober 2018

Cara Menjawab Soalan Ujian Psikometrik SPA

by




Ujian Psikometrik adalah untuk menguji calon dengan soalan-soalan yang bertujuan menilai personaliti dan sahsiah seseorang calon sebelum layak di panggil untuk menghadiri temuduga atau menjawat sesuatu jawatan. Pakej ini menyediakan contoh soalan Psikometrik SPA yang boleh anda jadikan rujukan dan panduan.

Ujian Psikometrik SPA ini diwajibkan kepada semua calon dalam pelbagai jawatan kerajaan. Ini untuk menentukan personaliti calon samaada sesuai menjawat sesuatu jawatan atau tidak.

Format soalan dan jawapan adalah tidak tetap. Anda berkemungkinan anda hanya diberi 2 atau 4 pilihan jawapan samaada YA atau TIDAK, BETUL atau SALAH, SETUJU dan TIDAK SETUJU.

Berikut merupakan skop soalan yang mungkin diajukan kepada calon;

- Kemahiran Berfikir
- Sikap
- Perwatakan
- Emosi

Untuk menjawab dengan baik soalan ini, anda perlu melihat refleksi diri anda dalam menjalani kehidupan seharian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda terhadap diri dan sekeliling perlu mencerminkan pemikiran yang POSITIF. Pemilihan setiap jawapan perlulah ke arah POSITIF dan bukannya NEGATIF.

PAKEJ LENGKAP UJIAN PSIKOMETRIK

Panduan Ujian Psikometrik SPA merupakan pakej lengkap yang dihasilkan khas untuk membantu calon jawatan kerajaan untuk lulus dalam peperiksaan Psikometrik SPA.

Panduan ini mengandungi Nota berkaitan Psikometrik dan Contoh Soalan Psikometrik lengkap dengan jawapan untuk membantu persediaan calon. 

Jadi, anda tidak perlu membazirkan masa mencari maklumat berjam-jam di internet sehingga mengurangkan masa persediaan anda. Anda hanya perlu baca nota dan contoh soalan yang disediakan.

Anda boleh mendapatkan rujukan, nota dan lebih banyak contoh soalan ujian Psikometrik ini di : https://go.infotambahan.com/ujian-psikometrik/28
 
 
 

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA

by


Contoh Soalan Ujian Psikometrik

1. Apabila peluang ada, kita tidak perlu lagi berusaha
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

2. Saya selalu didenda di zaman persekolahan dahulu
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

3. Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

4. Idea saya banyak tetapi saya sukar mengeluarkannya
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

5. Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi masalah kepada saya kerana ianya kesukaan saya.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

6. Walaupun di mana saya berada, saya tetap boleh menyesuaikan diri.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

7.Jika kita berbuat baik dengan orang lain, kita akan dibalas dengan perkara yang baik juga.
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

8. Saya tidak perlu membalas budi rakan saya apabila dia membantu saya kerana dia merupakan rakan baik saya.
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

9. Walaupun barang yang saya beli kurang bermutu, saya tidak akan membuat sebarang aduan.
A. Ya
B. Tidak Pasti
C. Tidak

10. Saya lebih produktif apabila saya bekerja secara berkumpulan
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

11. Jika saya tahu tentang kenaikan pangkat tahun hadapan, saya akan bekerja dengan penuh dedikasi.
A. Ya
B. Tidak Pasti
C. Tidak

12. Sesuatu perkara boleh saya lihatnya secara positif.
A. Ya
B.Tidak
C. Tidak Pasti

13. Untuk memastikan kemajuan sesuatu masyarakat itu, mereka perlu ada semangat tolong menolong antara satu sama lain.
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

14. Saya masih akan menolong rakan saya walaupun dia tidak membalas budi saya.
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

15. Antara sumber inspirasi saya adalah kejayaan orang lain
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

16. Apabila dimarahi, saya akan melenting
A. Ya
B. Tidak Pasti
C. Tidak

17. Pada setiap masa, saya sentiasa suka dipandang kemas dan bersih.
A. Ya
B.Tidak
C. Tidak Pasti

18. Menyelesaikan masalah perlukan kepada kemahiran komunikasi
A. Ya
B.Tidak
C. Tidak Pasti

19. Apabila berpindah ke tempat baru, saya yang akan memulakan perbualan
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

20. Masa tidur saya tidak teratur
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

Anda boleh mendapatkan rujukan, nota dan lebih banyak contoh soalan ujian Psikometrik ini di : https://go.semakan.info/ujian-psikometrik/28


8 Oktober 2018

Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) 2018

by


Penyanyi Wany Hasrita membuat kejutan apabila diumumkan sebagai pemenang trofi utama iaitu Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan Wany membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta jenama Citroen C4 Picasso berharga RM126,000 berserta trofi.

Penyanyi lagu Menahan Rindu itu juga membawa pulang trofi kategori Penyanyi Wanita Popular menumpaskan calon lain seperti Ara Johari, Siti Nordiana, Nur Fazura dan Stacy.

Sementara itu, pasangan sensasi Fattah Amin dan Nur Fazura memenangi dua kategori masing-masing, Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon Wanita Popular serta Pasangan Serasi Drama.

Fazura turut membawa pulang trofi menerusi kategori Pasangan Serasi Filem bersama aktor Zul Ariffin.

Bagi kategori Artis Baharu Popular, Fendy Bakry dan Farah Nabilah muncul sebagai pemenang manakala Khai Bahar mengekalkan kemenangan kategori Penyanyi Lelaki Popular.

Dalam pada itu, pelakon dan penyanyi veteran, Norkumalasari diberikan Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat.

ABPBH31 dihoskan oleh Ajak Shiro, Zara Zya dan Janna Nick manakala acara itu turut diserikan dengan persembahan daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ramlah Ram, Nabila Razali, Ismail Izzani, Hafiz Suip, Aizat Amdan dan Kugiran Masdor.

Berikut adalah senarai penuh ABPBH31;

1) BINTANG PALING POPULAR: WANY HASRITA

2) PENYANYI LELAKI POPULAR: KHAI BAHAR

3) PENYANYI WANITA POPULAR: WANY HASRITA

4) ARTIS DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: SYAMEL & ERNIE ZAKRI

5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: FENDY BAKRY

6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: FARAH NABILAH

7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: ZUL ARIFFIN

8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR: EMMA MAEMBONG

9) PELAKON TV LELAKI POPULAR: FATTAH AMIN

10) PELAKON TV WANITA POPULAR: NUR FAZURA

11) ARTIS KOMEDI POPULAR: ZIZAN RAZAK

12) PENGACARA TV POPULAR: NEELOFA

13) PENYAMPAI RADIO POPULAR: HAZIQ (HOT FM)

14) ARTIS VERSATIL POPULAR: ALIF SATAR

15)ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: NOORKUMALASARI

Kategori Online

1)GANDINGAN SERASI DRAMA: FATTAH AMIN & NUR FAZURA

2)GANDINGAN SERASI FILEM: ZUL ARIFFIN & NUR FAZURA

3)PERSONALITI MEDIA SOSIAL: FATIMAH OMAR MUKHLIS (@theFamily.UK)

4)INSTAFAMOUS CILIK POPULAR: ARIF JIWA

5)ARTIS SENSASI: NEELOFA

- mSTAR

7 Oktober 2018

Nama Terpanjang dan Paling Popular di Malaysia

by


Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra binti Mohd Suffian merupakan nama terpanjang di Malaysia dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini.

Ketua Pengarah JPN Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata berdasarkan rekod JPN nama lelaki paling popular di negara ini ialah Ismail iaitu seramai 72,157 orang diikuti Ahmad (57,914) dan Abdullah (47,989).

“Manakala nama wanita yang popular ialah Fatimah iaitu seramai 74,605 orang, Zainab (41,450) dan Azizah (34,114),” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi JPN 2018.

Jelas beliau, berdasarkan rekod JPN sehingga 30 Jun 2018 jumlah pemegang MyKad di seluruh negara ialah sebanyak 22,664,773 di mana 19,322,409 telah menukar MyKad Struktur Baru, 3,247,589 masih belum menukar MyKad Struktur Baru, 81,250 masih memegang Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT) dan 13,525 masih memegang Kad Pengenalan Pertama (KPP).

Mohammad Razin turut menyeru kepada pemegang MyKad yang masih belum menukar kepada MyKad Struktur Baru, pemegang KPT dan pemegang KPP untuk menukar kad pengenalan mereka.

Katanya, MyKad bercip struktur baharu ini dikeluarkan dengan memberi penekanan utama ke atas penambahbaikan dari segi kualiti, ciri-ciri keselamatan dan daya tahan MyKad yang selari dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa.

Jelas beliau, rekod dokumen pengenalan diri yang diuruskan JPN menjadi rujukan utama dan digunapakai oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam pelbagai bidang termasuklah urusan keselamatan, perbankan, percukaian, pendidikan, kesihatan dan sebagainya.

Tambah Mohammad Razin, maklumat dan data pendaftaran yang dikendalikan JPN turut digunapakai oleh agensi kerajaan lain seperti Agency Link - Up Systems (ALIS) yang sangat berkesan untuk mengelak dan membanteras kes-kes penipuan, pemalsuan dokumen pengenalan diri dalam urusan harian.

-  BERNAMA



6 Oktober 2018

Job Fair @ UTC 5.0 2018

by

Tarikh: 06 Okt 2018 (Sabtu)
Masa: 9:00 pg - 5:00 ptg
Tempat: Semua UTC utama negeri di seluruh Malaysia

1) Memberi pendedahan dan informasi kepada pencari kderja mengenai peluang pekerjaan.
2) Menjadi platform kepada pencari kerja untuk membuat permohonan jawatan melalui temuduga yang diadakan.
3) Membantu majikan mendapatkan tenaga kerja berdasarkan kepada kekosongan jawatan yang ditawarkan.
4) Membantu mengurangkan kadar pengangguran .
5) Memperkasa fungsi dan peranan UTC sebagai hub pekerjaan melalui JobsMalaysia Centre (JMC).

Bayaran ujian komputer lesen memandu diturunkan kepada RM20 tahun 2019

by



Kos untuk ujian komputer lesen memandu akan diturunkan kepada RM20 bermula 1 Januari tahun depan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Loke berkata, kos ketika ini adalah RM27 dan akan dikurangkan sebanyak RM7, berikutan keputusan meliberisasikan sistem sekarang yang dikendalikan tiga syarikat.

"Kita telah memutuskan untuk membuka ujian berkomputer kepada semua semua institut memandu dengan penggredan tiga bintang dan ke atas, yang menepati kriteria," katanya pada sidang media selepas membuat lawatan ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan di sini, Selasa.

Pada masa ini, Loke berkata, 103 pusat pemeriksaan di bawah e-servis menerusi MyEG, KOMMS dan Myspeed, yang menawarkan ujian berkomputer.

Terdapat kira-kira 150 institusi memandu dengan penarafan tiga bintang dan ke atas, berdasarkan kaji selidik 2017.

Loke berkata, polisi baharu itu tidak akan menjejaskan 103 pusat di bawah MyEG, KOMMS dan Myspeed.

"Di bawah sistem baharu ini, kita menjangkakan kira-kira 200 pusat pemeriksaan di seluruh negara, yang akan menjadikan ujian memandu lebih mudah akses untuk orang awam," tambahnya.

- mSTAR

Gempar bunyi kuat di Ipoh, penduduk sangka letupan bom

by



Misteri bunyi kuat kedengaran di kebanyakan bahagian di bandar di sini, menjadi tanda tanya penduduk tempatan.

Bisingnya seperti bunyi letupan, didengari pada pukul 11.20 pagi.

Kebisingan itu didengari penduduk tempatan di Tambun, Ipoh Garden, Old Town dan di Station 18.

Penduduk setempat di Tambun dan Ipoh Garden turut memberitahu merasai gegaran semasa insiden berlaku.

Orang awam membuat spekulasi mengenai dari mana datangnya bunyi bising itu, dengan sebahagiannya percaya ia adalah ujian bom oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kemalangan di kawasan pembinaan atau gempa susulan letusan gunung berasi di Indonesia.

Seorang pengusaha kedai, Mel Lim yang berusia dalam lingkungan 50an, mendengar bunyi bising dekat Old Town, menyaka ia daripada kawasan pembinaan berdekatan.

"Saya hanya fikir ia satu kemalangan di kawasan pembinaan.

"Tetapi orang awam bercakap mengenainya, ramai yang fikir ia adalah bom," katanya.

Menurut seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, terdapat latihan letupan batu di sebuah kuari di Simpang Pulai pada waktu yang sama.

"Kita juga cuba menentukan dan mengesahkan punca utama bunyi bising berkenaan," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superitendan Abdul Rani Alias berkata, polis sedang menyiasat perkara itu.

- Mstar

5 Oktober 2018

Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

by


Bagi calon yang dipanggil ke temuduga kerja kerajaan, boleh mendapatkan Pakej Panduan Temuduga Kerajaan. Anda akan menerima:

MODUL PANDUAN
MODUL 1 - Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan
MODUL 2 - Rahsia Teknik Menjawab Soalan Temuduga Kerja Kerajaan
MODUL 3 - Contoh Soalan Dan Skema Jawapan temuduga Kerja Kerajaan
MODUL 4 - Rahsia Kejayaan dan Kegagalan Calon Temuduga Kerja Kerajaan
MODUL 5 - Rahsia Penulisan Resume Temuduga Kerja Kerajaan

Dapatkan PAKEJ PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN di : http://semakan.info/temuduga/28

Dr Say bercerita mengenai kesuburan

by

Realiti yang agak menyedihkan berlaku dalam kalangan masyarakat kita apabila golongan isteri sering dipersalahkan jika mereka gagal melahirkan zuriat.

Namun, beberapa siri perkongsian doktor tampan lagi popular, Dr Muhammad Shazril Shaharuddin, menerusi laman Instagram ternyata membuka mata ramai pihak khususnya golongan lelaki berhubung topik itu.

Bercerita lanjut kepada mStar Online, dia yang lebih dikenali sebagai Dr Say mengakui berasa terpanggil untuk berkongsi kisahnya demi mendidik golongan lelaki agar tidak segan untuk mendapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah kesuburan.

"Saya terfikir kenapa saya tidak disoal dan ditekan orang sekeliling mengenai isu zuriat, kenapa hanya golongan isteri yang sering diajukan soalan itu.

"Ikutkan rasa, agak malu untuk bercerita, tapi agak mengejutkan rata-rata respons di posting itu positif. Malah ramai kaum lelaki yang mengalami nasib sama menghubungi saya untuk bertanya lebih lanjut.

"Walaupun seolah-olah membuka aib cerita 'dalam kain' sendiri, ia sekurang-kurangnya memberi manfaat kepada seluruh masyarakat khusunya pasangan suami isteri, saya kira mesej itu sampai kepada mereka," ujarnya sewaktu dihubungi.

Menerusi tiga siri perkongsian di Instagram, doktor berusia 30 tahun itu bercerita mengenai kisah rumah tangga termasuk ujian kesuburan yang dilakukannya.

Biarpun berkecimpung dalam bidang perubatan, Dr Say berkata, dia juga sama seperti insan lain yang tidak terlepas daripada masalah kesihatan.

"Kesihatan diri mencerminkan identiti kita sebagai doktor. Namun, disebabkan kekangan jadual kerja yang padat kadang-kala kita terlepas pandang.

"Apabila saya membuat pemeriksaan, saya mendapat tahu pengambilan kafein dan minuman berkarbonat menjadi punca masalah kesuburan saya.

"Maka bermulalah perubahan gaya hidup saya. Sesiapa yang ikuti Instagram mesti perasan saya rajin masak sendiri, pagi-pagi sarapan ambil tea instead of coffee, pepsi black memang saya buang. Semua demi bini," ujarnya lagi.

Dia yang sudah menjalani pemeriksaan sekitar Julai lalu turut positif dan berharap agar usahanya untuk memperolehi cahaya mata akan berhasil tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Dr Say turut menggariskan beberapa tip untuk kesuburan lelaki.

Katanya, aspek pemakanan sangat memainkan peranan penting, termasuklah pengambilan rokok, alkohol dan aspek pemakaian khususnya seluar yang ketat.

"Kepada mereka di luar sana, fikir masa depan dan pasangan. Kalau ego dan malu, cuba letakkan diri kat tempat isteri," ujarnya lagi.

- mSTAR

4 Oktober 2018

6 anggota bomba lemas ketika cuba selamatkan remaja di lombong

by


Seramai enam anggota Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat mati lemas ketika cuba menyelamatkan seorang remaja yang terjatuh di lombong di Taman Putra Perdana, dekat Serdang.

Seorang jurucakap jabatan itu berkata, dalam kejadian pada pukul 9 malam Rabu, kesemua enam anggota yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat dibawa arus deras.

Pasukan itu mencari seorang remaja berusia 17 tahun yang dipercayai terjatuh ke dalam lombong tersebut, pada kira-kira pukul 5.50 petang Rabu.

Difahamkan remaja berkenaan dan dua lagi memancing di lombong tersebut.

Dua rakan mangsa cuba mendapatkan bantuan daripada penduduk berdekatan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Azmi Osman berkata, kesemua anggota bomba berjaya dinaikkan dan diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).

"Bagaimanapun, kesemua mereka disahkan meninggal dunia.

"Dua daripada mereka dari balai bomba Shah Alam manakala empat lagi dari balai bomba Pelabuhan Klang.

"Kesemua mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat," katanya.

Mereka yang maut dikenali sebagai Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24, dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang.

Dua lagi mangsa adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam yang dikenal pasti sebagai Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

- mSTAR

27 September 2018

Larangan jualan tiga produk jus

by


Kementerian Kesihatan mengarahkan jualan produk Jus Al Sunnah, Jus Al Sunnah Gold dan Jus Penawar keluaran syarikat Sri Saga Marketing S/B dihentikan serta-merta kerana boleh membahayakan kesihatan pengguna.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (gambar) berkata pemantauan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mendapati syarikat itu sebenarnya tidak wujud dan hasil analisis mengesahkan ada antara produk berkenaan mengandungi dexamethasone dan prednisolone iaitu bahan steroid yang dilarang di bawah Akta Makanan 1983.

“Semua peniaga termasuk peniaga dalam talian yang masih mempunyai stok produk tersebut diarahkan untuk menghentikan serta-merta jualannya dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Jelasnya, dexamethasone dan prednisolone adalah steroid poten yang digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius.

“Penggunaan kedua-dua bahan itu secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan risiko jangkitan dan sindrom cushing,” katanya.

Pesakit yang menghidap kencing manis adalah berisiko tinggi kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya boleh mengakibatkan komplikasi serius.

- Bernama

25 September 2018

Isu di sebalik pemindahan 22 pegawai tinggi kerajaan ke INTAN

by
Keputusan untuk menempatkan 22 orang pegawai tinggi persekutuan daripada pelbagai peringkat ke Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) yang mencetuskan kontroversi rupa-rupanya dibuat oleh bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa sehari sebelum beliau bersara pada 28 Ogos lalu.

Kesemua pegawai tadbiran awam dan diplomatik itu sebelum ini berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan juga di beberapa buah kementerian.

Mereka dipindahkan ke Intan selepas timbulnya isu berkaitan kelewatan urusan pelantikan dan pembayaran gaji kepada kakitangan kontrak dan lantikan politik di pejabat-pejabat menteri serta timbalan menteri kabinet Kerajaan Pakatan Harapan selepas pilihan raya umum ke-14.

Bagaimanapun berdasarkan siasatan mStar Online, adalah didapati proses kelewatan pembayaran gaji dan lantikan ini berlaku atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan yang mana sebahagian besarnya kerana kelewatan pegawai-pegawai menteri dan timbalan menteri itu sendiri memproses dokumen perjanjian pelantikan mereka.

Ekoran daripada kelewatan ini, mStar Online dimaklumkan, pegawai paling kanan yang dihantar berkursus ke Intan ialah Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohtar Abdul Rahman dan Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Dato Zainal Abidin Ahmad.

Lain-lain pegawai kanan yang terlibat ialah Pengarah Pembangunan Organisasi JPA, Mohamad Fauzi Isa dan Timbalan Pengarah Kanan JPA, Zohari Said.

Di samping mereka, beberapa orang pegawai daripada Bahagian Pembangunan Organisasi dan tiga timbalan pengarah Bahagian Perkhidmatan JPA turut menerima nasib yang sama, kata sumber itu lagi kepada mStar.

Sementara pegawai-pegawai dari beberapa kementerian yang turut dipindahkan ke Intan melibatkan setiap seorang daripada Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan di Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pertanian.

Dalam perkembangan berkaitan, mStar Online turut dimaklumkan sehingga 24 Ogos lalu, sejumlah 101 lantikan kakitangan pejabat menteri dan timbalan menteri telah berjaya diselesaikan.

Daripada jumlah itu, 84 pegawai telah dilantik dan urusan pembayaran gaji juga telah turut diterima, manakala selebihnya belum melalui proses pembayaran gaji.

Adalah difahamkan, antara sebab mengapa para pegawai menteri dan timbalan menteri ini lewat menerima pembayaran gaji antara lainnya kerana pegawai yang terlibat belum mengemukakan dokumen perjanjian lantikan yang ditandatangani.

Sebab kedua adalah kerana pegawai yang terlibat tidak mahu menandatangani perjanjian lantikan atas sebab tidak menyatakan gaji minimum yang dipohon atau kerana pegawai berkenaan belum mengemukakan maklumat bank atau nombor akaun.

Lain-lain sebab yang lain ialah pegawai menteri atau timbalan menteri berkenaan masih belum mengemukakan dokumen kontrak yang ditandatangani atau kerana pegawai tersebut masih bertugas dengan majikan lama dan harus memberi notis tiga bulan.

Sehingga analisis berita ini ditulis, adalah dianggarkan masih terdapat 60 lantikan di pejabat menteri dan timbalan menteri masih belum diisi atas sebab-sebab tertentu antara lain belum ada calon yang sesuai atau calon memohon tanggagaji yang tidak diperuntukkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Kakitangan Awam Bilangan 6.

"Terdapat pegawai-pegawai menteri yang menuntut gred yang tinggi yang tidak diperuntukan di dalam pekeliling perjawatan pejabat menteri dan timbalan menteri seperti Jawatan Utama Sektor Awam atau JUSA walaupun kerajaan baru bersetuju untuk menambah satu lagi jawatan iaitu Pegawai Tugas-Tugas Khas (PTTK) daripada seorang kepada dua orang dengan gred 54 tertakluk kepada kelayakan individu lantikan politik," kata seorang pegawai kanan ketika dihubungi mStar Online.

Sebelum ini Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar mengesahkan bahawa pegawai berkenaan dikenakan tindakan tersebut ekoran masalah yang timbul berhubung pelantikan pegawai baharu anggota Kabinet.

Sumber : mSTAR

21 September 2018

Exam Online Latihan Separa Perubatan

by

Jika anda terlibat dengan Exam Online Pengambilan Latihan Separa Perubatan pada 25 September 2018, anda boleh mendapatkan rujukan di : http://semakan.info/separa/28

Whatsapp 013 979 0000 jika ada sebarang pertanyaan atau perlukan bantuan.



Kabinet setuju umur pengundi diturunkan kepada 18 tahun

by


Kabinet memutuskan untuk menurunkan umur pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, keputusan dibuat menerusi mesyuarat mingguan pada Rabu, dan pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan akan dibuat tidak lama lagi.

"Salah satu perkara yang perlu dilakukan adalah bekerjasama dengan sayap pemuda parti-parti pembangkang kerana majoriti dua pertiga diperlukan untuk membuat pindaan undang-undang," katanya kepada pemberita.

"Semua yang berusia 18 tahun boleh mengundi menjelang pilihan raya umum akan datang, itu pasti," tambahnya.

Syed Saddiq yakin mendapatkan kerjasama daripada parti-parti politik, dengan mengatakan bahawa beliau telah mengadakan perbincangan secara tidak rasmi beberapa ketua pemuda.

"Saya boleh katakan mereka juga berminat dengan isu ini," katanya.

Lapan belas tahun merupakan usia yang dibenarkan dalam undang-undang Malaysia, dan dipertimbangkan sebagai umur yang boleh mengambil tanggungjawab penuh terhadap sesuatu tindakan seseorang, seperti layak untuk ujian memandu, berkahwin atau menandatangani kontrak.

Umur mengundi bagi Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, India, Iran, Indonesia, Filipina, Thailand dan Kemboja telah diturunkan kepada 18 tahun.

Malaysia dan Singapura masih kekal usia mengundi pada 21 tahun.

- mSTAR

19 September 2018

Mustapa Mohamed keluar Umno

by



Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan keluar parti.

Dalam satu kenyataan, Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata keputusan itu diambil selepas berpendapat hala tuju Umno tidak lagi selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangannya selama ini.

"Pada pandangan saya, hala tuju yang diambil Umno pada masa ini tidak lagi selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangan saya selama ini dan tidak ada banyak usaha yang meyakinkan bahawa proses rejuvenasi parti telah bermula.

"Maka atas dasar inilah, setelah bermuhasabah dan memikirkan sedalamnya, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai ahli Umno setelah lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti ini," katanya di Twitter, Selasa.

Menurut bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Mei lalu, beliau telah membuat beberapa pemerhatian tentang lanskap politik Malaysia, hala tuju Umno dan Barisan Nasional (BN) serta masa depan negara.

"Berdasarkan kepada beberapa perkembangan mutakhir ini, saya berpandangan bahawa usaha-usaha ke arah memulihkan defisit kepercayaan dan imej parti semakin sukar.

"Tidak ada tanda-tanda bahawa majoriti rakyat berbilang bangsa dan agama akan kembali meyakini perjuangan parti ini," katanya.

Susulan itu, beliau menegaskan untuk menjadi relevan dalam dinamika politik nasional hari ini, yang mana Umno selaku peneraju BN tidak boleh bergantung kepada sokongan orang-orang Melayu dan Bumiputera semata-mata.

Malah, beliau berpendapat, Umno harus menjadi sebuah parti yang inklusif, moderat dan berhaluan tengah.

"Umno mesti terus memperjuangkan kepentingan Bumiputera dan Islam, namun tanpa sesekali mengenepikan kepentingan kaum dan agama lain.

"Saya percaya bahawa inilah jalan terbaik dalam kerangka negara Malaysia yang majmuk," katanya.

Pada masa sama, beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantunya sepanjang berkhidmat untuk Umno.

"Insya-Allah saya akan terus menyumbang buah fikiran ke arah membangunkan sebuah negara Malaysia yang terbilang.

"Saya mendoakan agar negara kita akan terus aman, makmur dan disegani di peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau turut berharap agar lembaran baharu Malaysia ini akan mewujudkan budaya politik lebih matang dan inklusif, di samping meletakkan tadbir urus serta integriti sebagai keutamaan.

"Sudah tiba masanya semua pihak tanpa mengira fahaman politik dapat mencari satu titik persamaan demi kepentingan rakyat. Kepada Allah SWT jua kita berserah," katanya.

Teori asal usul nama Malaysia

by





Sebelum nama Malaysia, negara kita dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Selepas merdeka pada tahun 1957, namanya berubah kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Persoalannya, bagaimana asal usul Malaysia tercipta? Berdasarkan catatan sejarah, ia bukan ilham Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman seperti yang disangka oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Arkib Malaysia juga secara asasnya tidak mempunyai dokumen rasmi yang menyatakan siapa individu yang mereka nama Malaysia. Bagaimanapun, terdapat pelbagai andaian dan teori yang dizahirkan seperti yang tercatat dalam beberapa penulisan seperti buku, rencana mahu pun peta.

Sebagai contoh, dalam sebuah rencana berjudul Sur:Es Iles Du Grand Ocean (On The Island of The Great Ocean) yang diterbitkan dalam Bulletin De La Societe de Geographie pada tahun 1832 yang ditulis oleh penjelajah Perancis, Dumont d’Urville.

Urville mencadangkan agar Lautan Pasifik Selatan dinamakan Oceania yang dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Polynesia, Melanesia, Micronesia dan Malaisie. Perkataan Malaisie kemudian ditukar kepada Malaysia oleh seorang ahli geografi Amerika Syarikat, Thomas G. Bradford (1835).

Satu lagi sumber ialah sebuah peta yang dilakar oleh Alexander Keith Johnston pada tahun 1845 yang diberi tajuk South Eastern Peninsula and Malaysia.

Johnston berkata, Malaysia sebenarnya merangkumi Semenanjung Melayu dan Kepulauan Melayu (termasuk Sumatera, Tanah Jawa, Tanah Melayu, Pulau Pinang, Singapura, Kemboja, Siam, Burma, Brunei dan Filipina). Ujar beliau, Malaysia juga merujuk kaum Melayu mempunyai kuasa dominan pada ketika itu dan peneroka pertama di Tanah Melayu.

Selain itu, nama Malaysia turut disebut dalam buku bertajuk Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule (1937) hasil tulisan Rupert Emerson dan The People of Malaysia (1945), tulisan Fay Cooper Cole. Berdasarkan dua buah buku itu, Malaysia ialah Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) yang meliputi Tanah Melayu, Hindia Timur, Borneo termasuk Filipina.

Duit syiling aluminium pada zaman pendudukan Jepun (1942) juga menjadi pendebatan tentang asal usul nama Malaysia. Syiling 20 sen itu difahamkan dikeluarkan pada tahun 1942. (Namun tertulis 2602, merujuk kepada kalendar Jepun).

Seperti yang ditulis oleh seorang penyelidik dalam buku bertajuk The Japanese Occupation Of Malaya (Singapore), Kementerian Kewangan di Jepun mengesahkan bahawa nama Malaysia pada duit syiling itu mewakili nama umum penduduk Malaya pada masa itu.

Semasa penjajahan, Jepun dikatakan mengiktiraf Melayu sebagai pribumi.

Bagaimanapun, terdapat satu penulisan yang telah mengutarakan plot teori yang sangat menarik dan berpatutan untuk dibincangkan.

Penulis yang tidak menyatakan namanya berkata, lazimnya, nama-nama utama di dunia akan berakhir dengan perkataan land (bahasa Inggeris), tan (bahasa Parsi) dan ia (bahasa Latin). Tiga perkataan berbeza itu, semuanya bermaksud tanah.

Antaranya ialah Scotland (tanah bangsa Scott), England, Thailand, Iceland, Pakistan (tanah suci), Afganistan, Kazakhstan, Algeria (tanah bangsa Algiers), Rusia, India dan Columbia.

Nama Malaysia pula ialah gabungan Malays dan ia. Daripada hujah tersebut, barangkali andaian itu ada logiknya kerana Malays-ia bermakna Land Of Malays (tanah bangsa Melayu).

Bilakah nama Malaysia secara rasminya digunakan? Adakah selepas merdeka atau sebelum? Pada tahun 2009, seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara Sabah, Prof. Madya Mat Zin Mat Kib telah memperbetulkan kenyataan Arkib Negeri Sabah.

Mat Zin berkata, penggunaan nama Malaysia telah mula digunakan sejak tahun 1889 bukannya pada tahun 1929 seperti yang direkodkan oleh Arkib Negeri Sabah. Kenyataan itu adalah bersandarkan sebuah artikel dalam akhbar The British North Borneo Herald bertarikh 1 Januari 1889.

Artikel yang bertajuk Geographical Notes in Malaysia and Asia yang ditulis J.E Tenison Woods memberi maklumat ringkas mengenai catatan perjalanannya ke Semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu pada tahun 1883 hingga 1886.

Penemuan itu, ujar Mat Zin telah membuktikan nama Malaysia digunakan lebih awal daripada tarikh kemerdekaan dan pembentukan Malaysia.

“Ia turut menunjukkan (nama Malaysia) telah digunakan secara meluas oleh orientalis Barat bagi merujuk kawasan Semenanjung Tanah Melayu,” katanya.

 Sekiranya kajian Mat Zin diiktiraf, ini menunjukkan nama Malaysia telah digunakan sejak 129 tahun lalu!

Sumber : Kosmo 1 Sep 2018

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Kuala Terengganu - MBKT (Sep 2018)

by



Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) - September 2018


Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia (rakyat Negeri Terengganu sahaja) termasuk Pegawai-Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dan layak untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan, iaitu :-

  1. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 ( 5 jawatan )
  2. Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 (20 jawatan )
  3. Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19( 4 jawatan )
  4. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 (29 jawatan)

  1. Pemohon hendaklah mempunyai kelayakan akademik mengikut skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon.
  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian  melalui pautan berikut : http://online.mbkt.gov.my/kerjaya/
  1. Bagi pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah membuat permohonan secara atas talian. Sila cetak borang permohonan daripada sistem tersebut dan hantar melalui ketua jabatan dengan mengemukakan salinan kenyataan perkhidmatan yang terkini serta salinan Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun berturut-turut dan dihantar ke alamat berikut:
  1. Sekiranya mempunyai kemusykilan tentang permohonan, boleh terus menghubungi Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, MBKT di talian no. 09-6271287, 09-6271117 atau 09-6271107.
  1. Tarikh Tutup Permohonan: 1 Oktober  2018.


SYARAT-SYARAT LANTIKAN BAGI SEMUA JAWATAN :-
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
i)          Warganegara Malaysia (rakyat Negeri Terengganu sahaja);
ii)         Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii)        Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan
Sila klik di sini untuk memaparkan syarat-syarat penuh bagi jawatan di atas.
CARA MEMOHON
DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU
Tingkat 4 - 8, Menara PMINT
No. 88, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
(u.p. :  Jabatan Khidmat Pengurusan)

Top Ad 728x90