26 Julai 2019

Cuti umum Hari Pertabalan Agong boleh diganti

 

Cuti umum seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, 30 Julai boleh digantikan dengan mana-mana hari lain sebagai ganti cuti umum bergaji kepada pekerja sektor swasta.

Sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan memberitahu, semua majikan dikehendaki memberitahu pekerja mereka sama ada memilih tarikh 30 Julai ini sebagai hari cuti umum atau menggantikannya dengan tarikh-tarikh lain.

Jelas kenyataan itu, sekiranya tiada penggantian dibuat dengan mana-mana hari lain, maka pekerja yang bekerja pada tarikh-tarikh tersebut layak menerima kadar gaji kerja pada cuti umum.

“Cuti kelepasan am tambahan ini telah diisytiharkan di bawah Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala bagi Sabah serta Sarawak, ianya selaras dengan undang-undang negeri masing-masing.

“Kenyataan ini disiarkan untuk menarik perhatian majikan sektor swasta berkaitan kewajipan mereka memberi cuti umum tambahan tersebut kepada para pekerja selain menggariskan hak pekerja mendapat cuti umum bergaji bagi hari kelepasan berkenaan selaras dengan peruntukan perundangan perburuhan dalam negara,” kata kenyataan itu hari ini.

- UTUSAN

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.