16 September 2020

,

Fenomena Sun Outage jejaskan siaran tv satelit

Untuk makluman, terdapat gangguan pada isyarat di 12 kawasan TVRO MYTV berikutan fenomena ‘Sun Outage’ yang dijangka berlaku bermula daripada 19 September – 30 September 2020.


Maklumat berkaitan ‘Sun Outage’ untuk pengetahuan bersama.


1. Apakah yang dimaksudkan dengan Fenomena ‘Sun Outage’?
Ia merupakan fenomena semulajadi yang berlaku ketika radiasi matahari berada pada kedudukan selari dengan satelit dan bumi. Tenaga solar akan menjejaskan isyarat satelit yang sampai ke stesen bumi. Anggaran gangguan siaran adalah di antara jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang (waktu Malaysia).


2. Apakah jenis gangguan isyarat yang mungkin akan berlaku?
Anda mungkin mengalami gambar yang membeku atau gangguan audio untuk tempoh beberapa minit sahaja.


3. Apakah yang perlu saya lakukan?
Gangguan siaran ini berlaku di dalam tempoh beberapa minit sahaja. Anda tidak perlu membuat sebarang penalaan semula.

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90