Tingkatkan potensi dengan skil baharu menerusi portal UPSKIL.my
Perkembangan digitalisasi dalam dunia normal baharu telah meningkatkan permintaan terhadap tenaga pekerja yang cekap dan berkemahiran.
Ini turut mewujudkan persaingan yang kian mencabar merentas semua industri di Malaysia termasuklah pendidikan, kerjaya mahupun perniagaan.
Buat masa ini, setiap peluang yang ada perlulah direbut oleh setiap lapisan masyarakat untuk meningkatkan potensi diri dengan mempelajari pelbagai kemahiran secara dalam talian.
Kuasai skil baharu
Platform teknologi pendidikan, OpenLearning, kini memperkenalkan sebuah portal kemahiran digital terkini iaitu UPSKIL.my.
Portal dalam talian ini menawarkan kursus, sijil dan program berasaskan kemahiran untuk mereka yang ingin maju dalam kerjaya, mencari pekerjaan baharu atau menambah ilmu pengetahuan.
Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.