13 Oktober 2020

, ,

6,301 calon SPMU boleh semak keputusan mulai 19 Oktober 2020

Keputusan SPM Ulangan

 

Seramai 6,301 calon berdaftar Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2020 boleh mendapatkan keputusan peperiksaan itu yang akan dikeluarkan pada 19 Oktober 2020.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, calon akan memperoleh keputusan melalui pos atau boleh mendapatkan slip keputusan di Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut.

Semakan keputusan SPMU 2020 juga boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip SPMU<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan SMS ke 15888.

“Perkhidmatan ini akan diaktifkan pada hari tersebut bermula pukul 10 pagi dan akan ditamatkan pada pukul 6 petang, 26 Oktober depan,” katanya.

Selain itu, semakan keputusan juga boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di http://sppat.moe.gov.my/semakan/.

Pada peperiksaan SPMU 2020, seramai 6,301 pelajar mendaftar untuk menduduki peperiksaan di 193 pusat peperiksaan di seluruh negara dan seramai 1,445 petugas dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.

Tiga mata pelajaran ditawarkan dalam peperiksaan SPMU iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

 

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90