27 Mac 2021

Neelofa sah jadi isteri PU Riz

by

 


Impian selebriti popular, Neelofa, 32, membina mahligai bersama lelaki dicintai dimakbulkan apabila sah menjadi isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26, dengan sekali lafaz di sebuah hotel terkemuka, di sini, jam 11.43 pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberikan khutbah dan tazkirah ringkas pada hari bahagia pasangan itu.

Biarpun mengikut rutin norma baharu, majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz ala kayangan bertema putih itu dihadiri 200 tetamu ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua pihak.

Tetamu yang hadir pula berpakaian baju kurung, berbaju Melayu atau jubah berwarna putih yang menjadi tema atas permintaan pihak pengantin.

Mengenai hantaran, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor bagaimanapun tidak menyatakan sebaliknya hanya memberitahu menerima sebentuk cincin daripada pihak lelaki.

Neelofa dan PU Riz menzahirkan rasa syukur apabila majlis berjalan dengan lancar seperti dirancang.

"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami. 

"Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah," ujar pasangan berkenaan.

Mengulas detik perkenalannya, Neelofa yang juga seorang usahawan berkata, dia mengenali PU Riz pada Jun, 2017.

"Bagaimanapun, saya bekerjasama buat kali pertama dengan suami untuk sebuah projek pada 2018.

"Selepas kolaborasi ini, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian.

"Dari titik pertemuan semula ini, kami mula mengenali hati budi masing-masing," katanya.

Bekas pengacara MeleTOP itu berkata, suami seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang.

"Apabila berbual dengannya, saya boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa.

"Dia juga pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran dan masalah," kata Neelofa.

 Sumber : Berita Harian

 

 

26 Mac 2021

Lanjutan pengecualian perbaharui lesen memandu, LKM 1 April hingga 31 Mei 2021

by

 

Pengecualian memperbaharui lesen memandu (LM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi pemilik kenderaan persendirian dilanjutkan mulai 1 April hingga 31 Mei, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

"Namun para pemandu hendaklah memastikan kenderaan mereka memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan (ecover note) mereka kepada anggota penguat kuasa trafik sekiranya diminta," katanya dalam kenyataan.

Berikutan itu, Ka Siong berkata, individu yang LM dan LKM mereka sudah tamat tempoh antara 1 Februari hingga 31 Mac 2021 hendaklah memperbaharui LM dan LKM masing-masing dalam tempoh 60 hari bermula 1 April hingga 31 Mei 2021.

"Jika LM atau LKM yang tamat tempoh bagi pengecualian pertama (1 Februari hingga 31 Mac 2021) hendaklah memperbaharui LM dan LKM masing-masing dalam tempoh 60 hari seperti yang dinyatakan, iaitu bermula 1 April hingga 31 Mei 2021.

"Sekiranya gagal melakukannya, ia akan menjadi satu kesalahan dan tindakan yang berkaitan boleh dikenakan," katanya.

Katanya, individu yang tamat tempoh LM dan LKM antara 1 April hingga 31 Mei 2021 pula hendaklah memperbaharui LM dan LKM masing-masing dalam tempoh 60 hari bermula 1 Jun hingga 31 Julai 2021.

Pengecualian itu dibuat bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha mengurangkan kesesakan di tempat awam.

Ka Siong bagaimanapun berkata, pengecualian itu tidak diberikan kepada pemilik kenderaan perdagangan dan pemegang Lesen Vokasional iaitu GDL dan PSV kerana perkhidmatan pembaharuan berkaitan mereka dibenarkan beroperasi sebagai perkhidmatan perlu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu dalam majlis lain hari ini, Ka Siong merasmikan pelancaran Pas Perjalanan Bulanan Tanpa Had RM5 (MyRail5) oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kepada pelajar sekolah dan orang kurang upaya (OKU) bagi meringankan beban mereka yang menggunakan perkhidmatan kereta api di Semenanjung termasuk di Sabah.

Ka Siong berkata, skim diperkenalkan itu memberi impak yang besar kepada rakyat terutama yang menggunakan perkhidmatan kereta api seperti komuter di utara termasuk Pantai Timur membabitkan Pahang dan Kelantan.

"Kita sudah membuka pendaftaran pada 27 Disember lalu dan akan berkuat kuasa setahun di mana akan dipantau dari segi prestasinya," katanya.

Ka Siong berkata, murid tahun satu hingga tingkatan enam dan OKU digalakkan untuk mendaftar dan menikmati diskaun itu dengan hanya membayar RM5 sebulan.

Setakat ini 240 pengguna sudah berdaftar dan sudah mula menggunakannya bermula 1 Januari lalu namun dianggarkan berlaku peningkatan selepas sekolah dibuka April ini.

Myrail5 boleh digunakan mengikut Sektor KTM Komuter Lembah Klang, KTM Komuter Utaara dan tren KTM Intercity Shuttle Timuran antara Kuala Lipis-Tumpat termasuk perkhidmatan tren Sabah.

Sumber : Berita Harian

 

Diskaun 50 peratus saman sempena Hari Polis

by

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberi diskaun saman kompaun sebanyak 50 peratus menerusi portal dan aplikasi MyBayar Saman sempena sambutan Hari Polis ke-214.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tawaran itu akan bermula pada Khamis hingga 11 April 2021.

Menurutnya, semua jenis kompaun saman akan diberikan diskaun 50 peratus sehingga 11 April ini kecuali enam kesalahan utama iaitu antaranya memotong garis kembar, memandu di lorong kecemasan, memandu melebihi had laju yang ditetapkan di lebuh raya, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak berhenti di lampu isyarat.

"Tawaran ini diberikan kepada mereka menerusi pendaftaran portal dan aplikasi MyBayar Saman bagi memberi kemudahan melunaskan kompaun saman trafik secara dalam talian," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Portal dan Aplikasi Mobile MyBayar Saman di Dewan Theatrette Menara 1 Bukit Aman pada Khamis.

Abdul Hamid berkata, aplikasi itu boleh dimuat turun dalam Apple IOS dan Android.

"Orang ramai boleh membayar saman sekarang menerusi aplikasi ini dengan diskaun 50 peratus tanpa perlu membuang masa beratur panjang di kaunter saman trafik.

"Bagi negeri yang menghadapi masalah penggunaan aplikasi ini, kelulusan akan diberikan supaya bayaran saman boleh dijelaskan dengan diskaun 50 peratus secara manual di kaunter saman trafik sepanjang 18 hari keistimewaan diskaun itu," katanya.

Abdul Hamid berkata, pihaknya dalam perancangan menambah cara bayaran secara e-dompet selain tidak terhad kepada pembayaran kompaun saman dan penerimaan lain-lain hasil oleh jabatan PDRM terutama sistem trafik Cops yang diintegrasi dengan sistem Pengurusan Kewangan Kerajaan sebelum akhir tahun ini.

"Aplikasi ini juga akan mengurangkan kebergantungan JSPT kepada kutipan ejen swasta serta meningkatkan lagi kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan trafik kepada awam.

"Langkah ini juga membolehkan saman dibayar tanpa had masa dan sempadan tanpa sebarang caj perkhidmatan," katanya.

 

 

 

 

https://blogadha.blogspot.com/2021/03/diskaun-saman-polis.html

 

Astro perkenal Dekoder Ulti Box

by

 

Selepas 4K UHD Ultra Box Astro mendapat sambutan hangat dengan lebih 200,000 unit diedarkan, Astro kini memperkenalkan pula Ulti Box, tambahan terbaharu dalam siri kotak berhubungnya.

Ulti Box akan melengkapkan dan memperkukuhkan lagi visi Astro dalam memberikan pengalaman perkhidmatan kotak berhubung yang lancar kepada semua segmen pelanggan.
 
Dalam satu kenyataan, Astro berkata Ulti Box merupakan set-top box kompak yang dilengkapi dengan siaran HD, hubungan Wi-Fi dan alat kawalan jauh baharu yang memudahkan navigasi dengan sifat intuitifnya.
 
“Dengan Ulti Box, pelanggan akan disajikan dengan kemudahan inovatif sedia ada di Ultra Box ketika dihubungkan dengan Wi-Fi, seperti menonton program yang dilanggan secara on demand untuk mengurangkan isu gangguan siaran ketika hujan.
 
“Ia juga memastikan pelanggan tidak terlepas peluang menonton program kegemaran masing-masing dengan cloud recording, memainkan semula program dari titik mula, serta menikmati kandungan dalam versi HD,” menurut kenyataan tersebut.
 
Perbezaan utama antara dua set-top box terkini Astro adalah Ultra Box menawarkan pengalaman 4K UHD untuk pelanggan yang mempunyai televisyen 4K UHD sahaja manakala Ulti Box boleh digunakan mereka yang mempunyai televisyen versi HD.
 
“Buat pelanggan sedia ada, naik taraf pengalaman menonton Astro di rumah dengan tawaran swap atau menukarkan perkhidmatan pelanggan yang tidak memiliki Ultra Box terus kepada Ulti Box.
 
“Caj pemasangannya lebih rendah dengan hanya RM49 berbanding RM99 untuk pelanggan baharu,” katanya.
 
Menurut kenyataan itu lagi, pelanggan juga dapat menikmati penjimatan yang lebih banyak bersama bundle Astro & Broadband yang digabungkan ke dalam satu bil sahaja.
 
“Semua pelanggan Astro boleh mendapatkan Astro & Broadband dari serendah RM6/hari untuk 100Mbps dan hingga 102 saluran,” ujarnya.
 
Selepas mendapat sambungan ke internet, pelanggan boleh strim program kegemaran terkenal seperti siaran langsung perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara, drama Korea dan pelbagai filem menarik dan eksklusif.
 

Kebolehjangkitan Covid-19 meningkat

by

 

Orang ramai perlu mengukuhkan langkah pencegahan selepas kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R naught (Rt) kembali meningkat sejak kebelakangan ini.

Memberi peringatan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata setiap segmen masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk bersama membendung penularan jangkitan COVID-19.

Katanya, matlamat memutuskan rantaian penularan wabak hanya mampu dicapai sekiranya orang ramai terus berpegang kepada dua prinsip utama.

"Kita perlu mempunyai tanggungjawab sosial dan kadar kepatuhan yang tinggi untuk melandaikan semula lengkung penularan jangkitan," katanya menerusi Twitter, @DGHisham

Berdasarkan unjuran Kementerian Kesihatan (KKM), penularan pandemik COVID-19 mampu mencatat penyusutan sehingga ke paras 500 kes menjelang Mei sekiranya orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kesan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 13 Januari tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Bagaimanapun, angka berkenaan tidak kekal lama apabila kembali melonjak kepada 0.87 keesokannya, malah meningkat kepada 1.0 setakat semalam.

Kali terakhir Rt mencecah 1.0 dan ke atas ialah pada 4 Februari lalu, iaitu 1.09.

Kawalan kesihatan awam menerusi pelaksanaan PKP sebelum ini melakar kejayaan apabila 11 daerah di lima negeri di Semenanjung kembali ke zon hijau, antaranya Hulu Perak dan Kampar di Perak.

Turut mencatat perkembangan sama ialah Raub dan Cameron Highlands di Pahang; Hulu Terengganu, Dungun (Terengganu); Gua Musang (Kelantan), Kubang Pasu, Padang Terap, Langkawi serta Yan (Kedah).

Kes harian COVID-19 yang terendah sejak pelaksanaan PKP di enam negeri ialah 1,063 kes pada 16 Mac lalu dengan Putrajaya dan Perlis ketika itu mencatatkan sifar kes.

 

 

 

Sesi persekolahan 4 dan 5 April tidak terjejas - KPM

by

 

Sesi persekolahan bagi pelajar sekolah menengah pada 4 dan 5 April ini tidak akan terjejas walaupun terdapat 41 kluster jangkitan COVID-19 dikesan membabitkan institusi pendidikan sejak 1 Januari lalu.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Pihak kementerian sentiasa berikhtiar supaya pelajar sekolah dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan selamat.

"Insya-Allah kita akan teruskan usaha memantau dan melihat SOP dari semasa ke semasa supaya sesi persekolahan itu dapat berjalan dengan baik dan diteruskan," katanya selepas majlis Ramah Mesra dan Penyerahan Peruntukan Penyelenggaraan Sekolah di Parlimen Batu Pahat.

Mohd Radzi berkata, secara keseluruhan lebih lima juta pelajar akan memulakan sesi persekolahan di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula 4 April.

"Bagi sekolah di negeri lain akan memulakan sekolah pada 5 April ini," katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata KKM mengesan 41 kluster membabitkan institusi pendidikan di seluruh negara.

Katanya, jumlah itu adalah daripada 811 kluster jangkitan COVID-19 yang dilaporkan di negara ini antara 1 Januari hingga semalam.

"KKM mengesan 15 kluster membabitkan pusat pengajian tinggi, diikuti 11 kluster jangkitan sekolah menengah, prasekolah dan sekolah rendah (10) serta pusat tahfiz dan madrasah (lima) yang dilaporkan dalam tempoh hampir tiga bulan ini.

Sumber : Berita Harian

 

Jangan klik https://pbebankonline.com elak wang lesap

by

 

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menekan pautan https://pbebankonline.com dan memasukkan data peribadi, maklumat perbankan dalam talian serta kata laluan bagi mengelak wang simpanan lesap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew, berkata pautan dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) itu antara modus operandi baharu penjenayah bagi menipu mangsa.

"Pada jam 7.20 malam kelmarin, sebuah balai di Petaling Jaya menerima laporan berkaitan penipuan pautan dikatakan dari sebuah bank melalui pesanan ringkas.

"Wanita berusia 51 tahun bekerja di sektor swasta itu menerima pautan berkenaan mengatakan akaun mangsa berisiko tinggi untuk terdedah kepada pihak ketiga.

"Mangsa menekan pautan https://pbebankonline.com dan mengikut arahan diberikan untuk memasukkan maklumat peribadi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhammad Yazid berkata, wanita terbabit kemudian membuat semakan dan mendapati wang dalam akaunnya lesap.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan setakat ini, ada dua kes sama dilaporkan di Selangor, membabitkan kerugian berjumlah RM33,500," katanya.

Sumber : Berita Harian

 

Peralihan pengguna ke platform lain jejaskan Astro

by

 

Peralihan pengguna kepada platform yang lebih murah seperti NJOI memberi kesan kepada pendapatan Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) pada suku keempat tahun kewangan 2021.

MIDF Research dalam nota penyelidikannya berkata, pandemik COVID-19 dan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal tahun ini turut memberi impak kepada Astro.

Firma penyelidikan itu berkata, ketika PKP, pengguna lebih memilih untuk mengekalkan aliran tunai atau menggunakan platform alternatif yang lebih murah sebagai langkah berhati-hati dalam menguruskan kewangan.

Katanya, ia menyaksikan pendapatan prabayar NJOI meningkat sebanyak 36 peratus suku ke suku disebabkan oleh pengembangan pek kandungan dan pengedaran, dengan menyasarkan segmen pelanggan yang mementingkan anggaran.

Sebaliknya, MIDF Research berkata, pendapatan purata setiap pengguna (ARPU) bagi TV berbayar pula merosot 3.2 peratus kepada RM96.90 pada tahun kewangan 2021 berbanding RM100 pada tempoh sama tahun sebelumnya.

"Pendapatan suku keempat tahun kewangan 2021 Astro turun 9.5 peratus tahun ke tahun kepada RM1.11 bilion. 

"Pendapatan daripada segmen langganan dan pengiklananannya juga mencatatkan penurunan masing-masing pada RM797.5 juta (-10 peratus tahun ke tahun) dan RM83.9 juta (-12 peratus tahun ke tahun).

"Namun, seperti penyedia perkhidmatan TV yang lain, Astro berjaya mengimbangi jurang ini melalui pendapatan yang lebih tinggi dalam segmen membeli-belah di rumah," katanya.

MIDF Research berkata, segmen membeli belah di rumah Astro, Go Shop, dijangka akan terus memberi sokongan kepada prestasi kewangan kumpulan.

Katanya, ini berdasarkan kepada pertumbuhan sebanyak 10 peratus tahun ke tahun kepada RM110.5 juta pada suku keempat tahun kewangan 2021.

"Segmen membeli belah di rumah diunjurkan terus mencatatkan lonjakan positif pada suku yang akan datang disebabkan ketibaan Ramadan dan Hari Raya," katanya.

 Sumber : Berita Harian

 

 

Kes sporadik, tidak bergejala tingkatkan kebolehjangkitan Covid-19

by

 

Kadar kebolehjangkitan atau 'R naught' (Rt) dijangka terus meningkat susulan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan institusi pendidikan.

Pakar virologi dari Universiti Malaya, Prof Dr Sazaly Abu Bakar, berkata penularan yang mengundang peningkatan Rt sejak kebelakangan ini berpunca daripada beberapa faktor.

Katanya, ia merangkumi kes sporadik, kes jangkitan tidak bergejala, pembukaan sektor ekonomi, tanggapan di sebalik pemberian vaksin dan kecekapan saringan dalam kalangan masyarakat.

"Selagi ada penularan daripada seorang ke lebih ramai individu, Rt akan bertambah. Contohnya, ada tiga orang terjangkit dan ia tidak menular, maka Rt turun ke paras bawah 1.0.

"Namun jika tiga orang yang dijangkiti ini menyebarkan wabak COVID-19 kepada individu lain dalam komuniti, maka Rt akan jadi lebih daripada 1.0.

"Itu penjelasan paling mudah untuk kita terjemahkan konsep peningkatan Rt dalam kalangan masyarakat," katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini mengingatkan orang ramai untuk berpegang kepada tanggungjawab sosial dan kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) susulan peningkatan RO kepada 1.0 berbanding kadar terendah, iaitu 0.81 pada 3 Mac lalu.

Sazaly berkata, kes jangkitan tidak bergejala juga antara punca di sebalik peningkatan Rt sejak kebelakangan ini, selain didorong faktor pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan institusi pendidikan.

"Kita juga lihat kemunculan 41 kluster sekolah yang berkemungkinan menyumbang kepada faktor penularan dalam kalangan masyarakat sehingga meningkatkan kadar Rt.

"Selagi ada penularan, Rt akan terus meningkat. Dulu kita buat saringan boleh kesan yang positif, tetapi sekarang situasi sudah teruk sehingga tidak tahu dekat mana untuk buat saringan.

"Jjadi kita tidak tahu siapa yang positif, besar-besaran pun kementerian tidak boleh buat.

"Sekarang yang boleh buat ialah menerusi agensi tertentu dengan memindahkan tanggungjawab sedemikian kepada syarikat, operator tapak binaan dan pemegang taruh berkaitan.

"Ia termasuk askar, tentera dan polis yang perlu menggalas tanggungjawab untuk buat pengesanan di lapangan bagi membendung penularan COVID-19, khususnya membabitkan kes jangkitan tidak bergejala," katanya.

Sumber : Berita Harian

 

 

Panduan Soalan Peperiksaan Online Pembantu Pertahanan Awam KP19

by

 

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Pertahanan Awam KP19 boleh diperolehi di : https://go.infotambahan.com/pertahanan-kp19/28

FORMAT EXAM:
Ada 2 seksyen sahaja;
  • Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris
.
Exam ini dijadualkan 7 APRIL 2021
.
BILA JUALAN DIBUKA?
Buka: 26 MAC jam 10AM
Tutup: 6 APRIL jam 11.59PM
 

25 Mac 2021

Undi 18 tahun dilaksana tahun depan - SPR

by

 


Pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun dijangka hanya mampu dilaksanakan selepas 1 September tahun depan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata pihaknya harus bersikap realistik dengan perkembangan dan situasi semasa negara ketika ini yang secara umumnya masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Secara tidak langsung, katanya, situasi sedemikian menjejaskan perancangan dan persiapan SPR menjayakan pendaftaran pemilih automatik serta undi 18, yang sebelum ini sepatutnya dijangka dilaksanakan Julai depan.

"Justeru, pendaftaran pemilih automatik dan undi 18 dijangka boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022 apabila menilai semula pelbagai kekangan dan isu yang menjejaskan perancangan serta persiapan awal SPR.

"SPR komited dengan pelaksanaan kedua-dua perkara itu seperti diluluskan di Parlimen untuk direalisasikan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), menjelang 2023 berpandukan Perkara 55(3) Perlembagaan.

"Persiapan ke arah pelaksanaan itu masih berjalan dan dalam tindakan sewajarnya, termasuk gerak kerja seperti pembangunan sistem, semakan dan penyelarasan data, program libat urus susulan bersama agensi kerajaan, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta persiapan lain yang berkaitan dengannya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, beberapa pemimpin parti dari sayap pemuda termasuk Pemuda UMNO, MCA, PKR, Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) dan Pemuda DAP menuntut kerajaan menyatakan pendirian mengenai status undi 18 tahun.

Ia susulan kenyataan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim yang mendakwa negara belum bersedia melaksanakan dasar undi 18 tahun.

Sementara itu, berdasarkan rekod terkini SPR, Abdul Ghani berkata, jumlah warganegara berumur 18 tahun dan ke atas ialah seramai 5.6 juta orang dan 1.2 juta daripadanya berusia antara 18 hingga 20 tahun.

Katanya, individu berusia 21 tahun dan ke atas yang layak mengundi tetapi belum membuat pendaftaran sebagai pemilih pula seramai 4.4 juta orang.

"Oleh itu, SPR menggesa rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas ini segera mendaftar sebagai pemilih secara dalam talian melalui mysprdaftar.spr.gov.my atau hadir ke pejabat pilihan raya negeri atau pejabat pos berdekatan.

"SPR akan melancarkan sistem semakan pra-pendaftaran automatik melalui portal SPR pada Ogos ini, bagi membolehkan 5.6 juta bakal pemilih menyemak dan mengesahkan maklumat mereka.

"Kita juga sedang menyediakan satu laporan interim berhubung pendaftaran pemilih automatik dan undi 18. Ia dijangka dikeluarkan pada September depan," katanya.

 

 

KPM guna LPskor periksa jawapan SPM

by

 

Kementerian Pendidikan (KPM) buat kali pertama menggunakan sistem LPskor sepenuhnya dalam pemeriksaan Skrip Jawapan Peperiksaan (SJP) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 sebagai norma baharu dalam menghadapi pandemik COVID-19, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon.

LPSkor adalah proses penskoran atau pemeriksaan SJP yang dilaksanakan secara digital dalam talian serta atas skrin pada peranti elektronik.

Beliau berkata LPSkor bagi SPM 2020 membabitkan 96 kertas peperiksaan bagi 5,180,871 unit skrip jawapan peperiksaan dan membabitkan 23,885 orang pemeriksa.

"LPSkor ini dapat mempercepatkan proses pemeriksaan SJP dan pengeluaran keputusan peperiksaan dengan mengekalkan prinsip adil, sahih dan amanah. 

Tempoh pemeriksaan yang disingkatkan membolehkan keputusan dikeluarkan mengikut masa yang ditetapkan dan tidak akan menjejaskan peluang kemasukan calon atau pelajar ke institusi pengajian awam dan institusi peringkat tertiari awam yang lain pada tahun 2021 ataupun untuk kemasukan ke alam pekerjaan," katanya ketika berucap pada Majlis Kesyukuran Pengurusan SPM 2020 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Samariang di sini hari ini.

Dr Mah berkata, antara kelebihan pelaksanaan LPSkor itu ialah pemeriksaan boleh dibuat di mana sahaja tanpa mengira masa serta mematuhi Standard Operasi Pengurusan (SOP) yang tidak menggalakkan aktiviti mesyuarat secara bersemuka dan kekangan pergerakan yang memerlukan merentas sempadan daerah atau negeri.

Selain itu, katanya, tiada risiko kehilangan atau kemusnahan, SJP juga mempunyai kerahsiaan yang tinggi iaitu tiada sebarang pengenalan diri calon sama ada nombor kad pengenalan diri atau angka giliran calon dipaparkan kepada pemeriksa.

"Penjumlahan skor juga berlaku secara automatik bagi mengelakkan kesilapan manusia dan menghapuskan kerja pentadbiran dan pengurusan skor," katanya.

SPM 2020 yang dilaksanakan mulai 22 Februari sehingga hari ini membabitkan 401,105 calon bagi 83 kertas peperiksaan di 3,310 pusat peperiksaan di seluruh negara. 

Sumber : BERNAMA

 

Rekod 2 juta individu terkait jenayah sudah dikemas kini - KPN

by

 

Rekod lebih dua juta individu yang dikaitkan dengan pelbagai jenayah sudah dikemas kini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Abdul Hamid berkata, sebelum ini, rekod individu berkenaan tidak dapat dikemas kini dalam sistem data agensi itu disebabkan beberapa kekangan termasuk masalah sistem pengisian maklumat dan teknikal.

"Ia ditambah lagi dengan pegawai atau anggota bertanggungjawab mengisi maklumat itu ada yang sudah tamat berkhidmat ataupun bertukar jawatan ke tempat lain," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Abdul Hamid berkata, dengan siapnya pengemaskinian rekod itu 100 peratus, ia akan memudahkan urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat semakan rekod jenayah individu sama ada untuk kegunaan PDRM atau agensi kerajaan lain.

"Hikmahnya apabila diminta membuat semakan ke atas mana-mana individu yang ingin memohon pekerjaan, rekod itu boleh diberikan PDRM kerana semuanya sudah terpapar di dalam komputer," katanya.

Beliau memberi contoh, jika pihak Wisma Putra meminta PDRM membuat semakan ke atas 1,000 nama individu, kesemuanya dapat dilaksana dengan mengaplikasikan proses 'data crunching'.

"Sekiranya perlu, untuk tahu individu itu ditangkap atas kes apa semuanya boleh disemak menerusi fail yang dikemas kini. Kami juga boleh bertanya kepada pegawai penyiasat apa yang terjadi berhubung kes dikendalikannya secara lebih lanjut," katanya.

Abdul Hamid berkata, mana-mana individu yang mempunyai kesalahan jenayah tidak akan terlepas daripada namanya disenaraikan dalam rekod.

"Cuba bayangkan jika ada individu itu diambil berkerja sedangkan dia rupa-rupanya seorang tokan dadah jadi perkara itu perlu dielakkan," katanya.

Sumber : Berita Harian

24 Mac 2021

Antibodi kanak-kanak bertindak lebih kuat terhadap COVID-19 - Kajian

by

 

Kanak-kanak berusia 10 tahun ke bawah menghasilkan lebih banyak antibodi dalam tindak balas kepada jangkitan coronavirus berbanding golongan belia dan dewasa, menurut satu kajian yang didedahkan kelmarin.

Pengarang kertas kajian itu yang diterbitkan JAMA Network Open berkata, dapatan itu membantu menjelaskan mengapa kanak-kanak kurang terjejas oleh jangkitan COVID-19 yang teruk berbanding golongan dewasa - meskipun ia masih sedang dikaji dan pelbagai faktor dipercayai memainkan peranan.

Sebuah pasukan yang dipimpin oleh pengkaji dari Weill Cornell Medicine mengkaji hampir 32,000 ujian antibodi dari New York antara April hingga Ogos 2020.

Pasukan itu mendapati bahawa kadar sama dalam kalangan 1,200 kanak-kanak dan 30,000 orang dewasa menunjukkan tanda-tanda jangkitan lalu - masing-masing 17 peratus dan 19 peratus.

Saintis terbabit kemudian mengkaji sebuah kumpulan lebih kecil pesakit yang diuji positif - 85 kanak-kanak dan 3,648 orang dewasa bagi menentukan tahap antibodi imunoglobulin G (IgG).

Ini adalah jenis utama antibodi 'meneutralkan' yang mengikat protein lonjakan virus, menghalangnya menyerang sel-sel.

Seramai 32 kanak-kanak berusia antara 1 dengan 10 tahun menunjukkan tahap IgG median hampir lima kali ganda lebih tinggi berbanding 127 remaja berusia antara 19 hingga 24 tahun.

Akhir sekali, mereka menumpukan kepada sebuah kumpulan lebih kecil iaitu 126 pesakit antara 1 hingga 24 tahun, yang tidak pernah mengalami penyakit teruk akibat COVID-19 bagi menentukan lebih lanjut ciri tindak balas antibodi.

Dalam kumpulan terakhir ini, kanak-kanak berusia 1 hingga 10 tahun secara purata mempunyai lebih dua kali ganda tahap antibodi IgG berbanding golongan remaja berusia antara 11 hingga 18 tahun.

Golongan terbabit pula mempunyai dua kali ganda tahap purata antibodi berbanding golongan dewasa muda berusia antara 19 dengan 24 tahun.

Penulis kajian menulis: "Dapatan kami menunjukkan bahawa perbezaan pada manifestasi klinikal COVID-19 dalam kalangan pesakit kanak-kanak berbanding pesakit dewasa antaranya mungkin disebabkan oleh tindak balas daya tahan tubuh berkaitan usia."

Satu kertas kajian yang diterbitkan dalam Nature Communications bulan lalu oleh pengkaji Australia menunjukkan bahawa kanak-kanak mempunyai daya tahan tubuh 'semula jadi' yang lebih aktif - iaitu barisan pertahanan pertama sistem imun yang tercetus sebelum ia mengeluarkan antibodi dan membabitkan sel-sel seperti neutrofil yang mengesan jangkitan dalam tubuh. 

Sumber : AFP

 

 

Saluran Kartun TA-DAA! di Astro & Njoi

by

 

Astro menyediakan satu saluran baru kepada penonton, khusus buat kanak-kanak iaitu, Ta-Daa! (Saluran 612).

Saluran ini menyiarkan kandungan kanak-kanak antarabangsa dengan menggunakan medium bahasa Inggeris. Pelanggan boleh menononton bermacam rancangan dari pelbagai negara seperti AS, Jepun, Korea, China, UK, Kanada dan banyak lagi.

Semua pelanggan Astro, Astro Go dan On Demand boleh menonton secara percuma bermula dari 15 Mac sehingga 4 April 2021. Namun, selepas 5 April 2021, saluran ini hanya akan tersedia untuk pelanggan yang mempunyai Kids Pack (Pek kanak-kanak) sahaja.

Lebih dari 1000 episod tayangan hit boleh ditonton dari saluran Ta-Daa! Rancangan yang disiarkan termasuklah francais dan watak popular seperti Beyblade Metal Fusion, Dragon Force: Power of Dragon, Supa Strikas, Inspector Gadget, Kid vs Kat, Polly Pocket, Sonic The Hedgehog, Dino Dana dan banyak lagi.

 

 

23 Mac 2021

Geran Khas Prihatin (GKP) PERMAI

by

 


Di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Kerajaan telah mengumumkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 melalui Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada PKS mikro di 12 negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada bulan Januari dan Februari 2021 serta RM500 kepada PKS mikro di negeri bukan PKP. GKP Tambahan ini bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan wabak COVID-19 dan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan PKS mikro.⠀
Sukacita dimaklumkan bahawa semua PKS mikro yang telah diluluskan di bawah GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini akan menerima bayaran GKP Tambahan mulai 25 Mac 2021 melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM883 juta. Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 24 Mac 2021 di Portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my .
Mengambil kira GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP Tambahan yang diluluskan, jumlah keseluruhan penerima GKP adalah hampir 900,000 PKS mikro dengan jumlah bantuan kewangan sebanyak RM3.58 bilion.

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 - JPA Sabah

by

 


IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
=============================================
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (SABAH)
SPM/ SPM & SKM
 
JAWATAN : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
 
KEKOSONGAN : 50
SIMPANAN : 250
 
Maklumat syarat lantikan/gaji/tugas-tugas jawatan di pautan berikut :
 
Tarikh tutup permohonan : 29 Mac 2021 (Isnin), jam 11.59 malam. 
 
Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :
 
 


Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 - JPA Sarawak

by

 

IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
=============================================
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (SARAWAK)
SPM/ SPM & SKM
 
JAWATAN : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
 
KEKOSONGAN : 27
SIMPANAN : 250
 
Maklumat syarat lantikan/gaji/tugas-tugas jawatan di pautan berikut :
 
Tarikh tutup permohonan : 29 Mac 2021 (Isnin), jam 11.59 malam. 
 
Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :
 
 


22 Mac 2021

Lima strategi putuskan rantaian jangkitan COVID-19

by

 

Pelaksanaan lima strategi utama dalam Pelan Strategik Kementerian Kesihatan (KKM) Menangani Pandemik COVID-19 Semasa Tempoh Darurat bakal meningkatkan tindakan pencegahan dan kawalan jangkitan wabak itu di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata langkah pencegahan dan kawalan kesihatan awam perlu terus dipertingkatkan dan dilaksanakan walaupun Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sudah dimulakan.

Beliau berkata, lima strategi utama itu adalah untuk memutuskan rantaian transmisi dengan menurunkan kes harian kepada kurang daripada 500 kes sehari dan mengurangkan kes sporadik; mengurangkan morbiditi dan mortaliti dengan mengela kes kematian dalam kalangan golongan berisiko tinggi dan memastikan semua perkhidmatan kesihatan berjalan dengan lancar.

Selain itu, memperkukuh diagnostik dan pemantauan COVID-19 dengan meningkatkan keupayaan untuk menjalankan aktivirti pencegahan dan kawalan COVID-19 mengikut ketetapan garis panduan; mencapai imuniti kelompok melalui pemberian vaksin kepada 70 peratus penduduk di Malaysia.

Strategi kelima ialah meningkatkan kesedaran orang awam dengan pembudayaan norma baharu dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) serta memulihkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

"Sehubungan itu, KKM perlu mempertingkatkan aktiviti pengesanan kes dan kontak bagi mengelak penularan berterusan dalam komuniti dan seterusnya melandaikan keluk pandemik COVID-19 di Malaysia.

"Antara strategi dalam melandaikan keluk pandemik COVID-19 adalah dengan pengesanan dan pengasingan kes dalam tempoh ditetapkan bagi mengelakkan penularan jangkitan dalam komuniti," katanya pada sidang media perkembangan program berkenaan, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Dr Adham berkata, bagi meningkatkan aktiviti saringan dalam pengesanan kes, Kementerian Kesihatan (KKM) meningkatkan kapasiti makmal menjalankan ujian RT-PCR terhadap sampel harian dengan penyumberan luar makmal swasta selain makmal kesihatan awam, universiti, hospital kerajaan dan klinik kesihatan.

Beliau berkata, ujian saringan COVID-19 menggunakan RTK-Ag dilakukan di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta serta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (KPJKS) yang berdaftar atau berlesen bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

"Saringan COVID-19 terhadap kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) dan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) juga diperluaskan dengan menggunakan RTK-ag.

"Pengesanan jangkitan COVID-19 turut dijalankan di fasiliti kesihatan kerajaan terhadap kumpulan dan komuniti berisiko mendapat jangkitan yang bergejala COVID-19.

"Kumpulan ini termasuk petugas kesihatan, pesakit dengan penyakit kronik, pesakit dengan sistem imuniti rendah, warga emas berusia 60 tahun ke atas, rumah kebajikan warga emas dan lain-lain," katanya.

Dr Adham berkata, bagi mengelak penularan jangkitan kepada kontak rapat, semua kes yang disahkan perlu segera disiasat untuk memastikan kes diasingkan daripada ahli rumah atau rakan sekerja, sama ada dirawat di hospital atau pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC) atau pengasingan di kediaman.

Pada masa sama, katanya, penilaian klinikal dan risiko dijalankan terhadap kluster yang membabitkan tempat kerja serta penginapan pekerja bagi menentukan kesesuaian tempat kuarantin.

"Ia bertujuan melaksanakan aktiviti pengawasan dan pemerhatian selama tempoh ditetapkan manakala pengambilan sampel, kuarantin dan pemberian arahan pengasingan dan pemerhatian di rumah (HSO) diuruskan mengikut pekeliling dan garis panduan yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata, majikan juga diminta mematuhi SOP dikeluarkan KKM dan agensi berkaitan, termasuk menjalankan saringan gejala dan memastikan tiada pekerja yang positif COVID-19 hadir di tempat kerja.

Sumber : Berita Harian

 

 

Pendaftaran penerima vaksin COVID-19 semakin perlahan

by

 

Jumlah individu yang berdaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera mencecah 6,084,588 setakat 21 Mac 2021.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook hari ini, jumlah itu meliputi 25.1 peratus daripada 24.3 juta populasi Malaysia berusia 18 tahun ke atas, yang disasarkan menerima vaksin COVID-19 menjelang suku pertama tahun depan.

Bagaimanapun, kadar pendaftaran penerima vaksin COVID-19 semakin perlahan dengan ketara, apabila hanya mencatatkan peningkatan 9.9 peratus atau 550,474 individu dalam tempoh tujuh hari lalu, daripada 5,534,114 pada 14 Mac, kepada 6,084,588 semalam.

Ia adalah perbezaan ketara berbanding peningkatan pendaftaran lebih 69 peratus atau 2,226,703 antara 7 Mac (3,224,641) hingga 13 Mac (5,451,344).

Ini menimbulkan persoalan mengenai tempoh masa yang diperlukan untuk semua 24.3 juta populasi Malaysia berusia 18 tahun ke atas, mendaftar sebagai penerima vaksin itu.

Data dikongsi Dr Noor Hisham itu menunjukkan, penduduk di Sabah dan Kelantan adalah yang paling rendah mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 menerusi MySejahtera.

Sejak pendaftaran dibuka pada 23 Februari lalu, hanya 9.4 peratus atau 274,438 daripada jumlah keseluruhan penduduk Sabah yang mendaftar sebagai penerima vaksin, manakala Kelantan mencatatkan 13.1 peratus atau 161,627 penduduk.

Putrajaya pula kekal tertinggi dengan 74.3 peratus atau 42,291 daripada jumlah keseluruhan penduduknya sudah mendaftar sebagai penerima vaksin, disusuli Kuala Lumpur (36.6 peratus/541,489), Selangor (36.2 peratus/1,752,233) dan Pulau Pinang (31.7 peratus/439,427).

Selain itu, Negeri Sembilan (29.2 peratus/247,803), Labuan (28.3 peratus/20,507), Melaka (27.4 peratus/191,823), Johor (27.3 peratus/775,342), Sarawak (23 peratus/475,788) dan Perak (22 peratus/424,758).

Perlis pula mencatatkan 20.4 peratus (38,425) diikuti Kedah (19.4 peratus/309,921), Pahang (19.2 peratus/236,414) dan Terengganu (18.1 peratus/152,322).

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) menyasarkan untuk memvaksin kira-kira 80 peratus populasi Malaysia berusia 18 tahun ke atas menjelang suku pertama tahun depan, bagi mencapai imuniti kelompok terhadap COVID-19.

Malaysia kini berada dalam fasa pertama program berkenaan, yang menyasar untuk memvaksin kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan antara hujung Februari hinga April depan.

Fasa 2 imunisasi, yang bakal membabitkan vaksin Pfizer-BioNTech dan Sinovac, dijadualkan bermula April hingga Ogos depan, untuk kira-kira 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi.

Fasa 3 pula akan bermula pada Mei hingga Februari tahun depan dan disasarkan untuk sekitar 13.7 juta penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas, sama ada rakyat tempatan atau warga asing.

Sumber : Berita Harian

21 Mac 2021

Olimpik Tokyo 2020 tanpa kehadiran penonton

by

 

etika beberapa negara Eropah menguatkuasakan langkah perintah berkurung bagi membendung wabak COVID-19 yang semakin meningkat, penganjur Olimpik Tokyo terpaksa mengumumkan larangan kehadiran penonton luar negara pada temasya itu atas faktor keselamatan.

Walaupun lebih 400 juta dos vaksin disuntik di seluruh dunia, penganjur Olimpik Tokyo 2020 masih berharap sukan musim panas itu sebagai peluang menunjukkan bukti kejayaan manusia dalam memenangi virus ini.

Bagaimanapun, Sabtu lalu Ketua Olimpik Tokyo 2020, Seiko Hashimoto mengumumkan penonton kejohanan itu dari luar negara dilarang menghadiri temasya itu kerana dikhuatiri berisiko mengundang ramai orang luar ke Jepun.

"Kita harus memastikan persekitaran yang selamat dan aman bagi semua peserta. Ini keputusan yang tidak dapat dielakkan," katanya.

Larangan itu yang belum pernah dibuat sebelum ini akan menjadikan Olimpik Tokyo yang pertama berlangsung tanpa penonton dari luar negara di tempat kejohanan diadakan.

Sementara itu, penduduk di Poland, sebahagian Perancis dan ibu negara Ukraine berdepan langkah sekatan baharu, dengan kebanyakan kedai ditutup dan orang ramai digesa bekerja dari rumah.

Di bahagian lain Eropah, kekecewaan terhadap perintah sekatan terus meningkat, menyaksikan pergaduhan dan demonstrasi anti sekatan berlaku di bandar Kassel, Jerman, manakala ribuan menyertai tunjuk perasaan di Liestal, Switzerland dan London.

Penunjuk perasaan memegang sepanduk 'Tamatkan perintah berkurung' dan 'pemberontak Corona', di Kassel, anjuran kumpulan yang berjaya menarik sokongan aktivis berhaluan kiri dan kanan serta anti vaksin dan ahli teori konspirasi.

Di Afrika, Presiden Madagascar, Andry Rajoelina mengulangi keraguan vaksinnya sendiri, dan menambahkan ia akan menjadi ubat herba yang belum pernah diuji walaupun dikatakan akan melindungi beliau dan keluarganya.

Menurut data AFP, wabak masih meningkat di seluruh dunia, dengan jumlah jangkitan COVID-19 baharu meningkat di seluruh dunia sebanyak 14 peratus sejak seminggu lalu.

Lebih satu pertiga penduduk Perancis kini berada dalam keadaan perintah berkurung kerana negara itu dan beberapa negara jiran Eropah, memerangi gelombang ketiga pandemik itu.

Tetapi perintah sekatan lebih longgar dilaksanakan berbanding tahun lalu, dengan sekolah tetap dibuka dan salon rambut, pembuat kasut serta coklat dimasukkan ke dalam senarai perniagaan dibenarkan menerima pelanggan. 

Sumber : AFP

 

 

18 Mac 2021

Teks penuh ucapan Perdana Menteri Program PEMERKASA

by

 

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Apa khabar semua? Saya harap saudara dan saudari sihat wal-afiat.

1. Kini, genap setahun negara kita melaksanakan pelbagai bentuk Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP untuk menangani wabak COVID-19. Sepanjang tempoh ini, Kerajaan terus melakukan apa sahaja yang diperlukan bagi menjamin kesejahteraan rakyat, memastikan kelangsungan perniagaan dan menyokong pemulihan ekonomi.

2. Pada masa ini, negara kita sedang berada pada tahap kelima Strategi 6R Pelan Komprehensif Pemulihan Ekonomi, iaitu 'Revitalize' atau Memperkasa ekonomi. Pada tahap ini, strategi pemulihan ekonomi ditumpukan kepada usaha untuk merancak dan melonjakkan semula aktiviti ekonomi, atau jump-start the economy.

3. Sehubungan itu, Kerajaan telah mengenal pasti 5 Fokus Utama program pemulihan dan pemerkasaan ekonomi sepanjang tahun 2021 iaitu mengawal penularan COVID-19, memacu pemulihan ekonomi, memperkukuh daya saing negara, melaksanakan agenda keterangkuman wilayah dan masyarakat dan mentransformasi ekonomi.

PROGRAM STRATEGIK MEMPERKASA RAKYAT DAN EKONOMI (PEMERKASA)

4. Bagi melonjakkan semula aktiviti ekonomi, sukacita saya umumkan Kerajaan akan melaksanakan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau PEMERKASA bernilai 20 bilion ringgit, dengan suntikan fiskal baharu oleh Kerajaan berjumlah 11 bilion ringgit.

5. PEMERKASA akan menumpukan 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan.

FOKUS PERTAMA: MENGAWAL PENULARAN COVID-19

Inisiatif Pertama: Program Imunisasi COVID-19

6. Bagi fokus pertama, iaitu mengawal penularan COVID-19, Kerajaan sedang melaksanakan pelbagai tindakan kesihatan awam untuk membendung COVID-19 di samping memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Setakat ini, lebih 300 ribu rakyat telah pun menerima suntikan pertama vaksin.

7. Kerajaan akan menaikkan peruntukan bagi program imunisasi daripada 3 bilion kepada 5 bilion ringgit untuk mempercepatkan sasaran imunisasi berkelompok pada Disember 2021, berbanding sasaran awal iaitu pada suku pertama tahun 2022.

8. Untuk mencapai sasaran ini, seramai 15 ribu petugas akan ditempatkan di hampir 950 Pusat Pemberian Vaksin atau PPV di seluruh negara. Mengambil kira pertambahan tugas tersebut, Kerajaan bersetuju Bantuan Khas COVID-19 dengan kadar 200 ringgit sebulan dipanjangkan kepada petugas penjawat awam yang terlibat dalam program imunisasi di PPV berkenaan.

Inisiatif Kedua: Tiada lagi Pelaksanaan PKP Menyeluruh

9. Kerajaan juga akan melaksanakan strategi kawalan penularan COVID-19 secara lebih bersasar dengan bersandarkan sains dan data untuk mengurangkan impak negatif terhadap aktiviti ekonomi negara. Pada masa yang sama, dengan mengambil kira pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Kerajaan berkemungkinan tidak perlu lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh merangkumi seluruh negara atau sesuatu negeri. Sebaliknya, kawalan pergerakan hanya dilaksanakan mengikut lokaliti dan secara tertumpu kepada kluster berkaitan sahaja.

Inisiatif Ketiga: Penguatkuasaan Perundangan yang ketat dan telus

10. Selaras dengan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, pematuhan SOP dan penguatkuasaan perundangan yang lebih ketat dan telus akan terus dilaksanakan bagi mengawal penularan wabak COVID-19.

11. Bagi melindungi golongan pekerja, MITI akan melaksanakan inisiatif Safe@Work yang mempertanggungjawabkan majikan untuk menyediakan tempat kerja dan penginapan yang kondusif bagi para pekerja. Syarikat yang berdaftar dengan MITI untuk program Safe@Work akan dibenarkan beroperasi dalam keadaan di mana pekerja-pekerja kontak rapat diasingkan daripada komuniti setempat dan pekerja-pekerja lain dengan meletakkan mereka di dalam "safe work bubble" sehingga kesemua pekerja kontak rapat disahkan selamat daripada COVID-19.

12. Sebagai galakan kepada syarikat untuk menyertai program yang bersifat sukarela ini, Kerajaan bersetuju memberikan potongan cukai tambahan kepada syarikat pengilangan dan syarikat perkhidmatan berkaitan pengilangan ke atas perbelanjaan sewaan premis dan asrama pekerja. Perbelanjaan yang layak mendapat potongan cukai tambahan ini dihadkan kepada 50 ribu ringgit bagi setiap syarikat yang berdaftar dengan MITI dan telah lulus audit pematuhan Safe@Work. Syarikat boleh mendaftar mulai 1 April 2021.

13. Selain itu, majikan yang membuat ujian pengesanan COVID-19 untuk pekerjanya dibenarkan membuat potongan cukai tambahan ke atas kos ujian pengesanan COVID-19 bagi perbelanjaan yang dibuat sehingga 31 Disember 2021.

FOKUS KEDUA: MEMACU PEMULIHAN EKONOMI

14. Kerajaan juga komited untuk memulihkan semula sektor ekonomi yang terkesan melalui pelaksanaan segera projek pembangunan, penyediaan insentif penggajian serta pemberian insentif percukaian dan kemudahan pembiayaan mikro kredit.

Inisiatif Keempat: Pelaksanaan Projek-Projek Kecil Seluruh Negara

15. Sehubungan itu, bagi terus merancakkan aktiviti projek-projek berskala kecil di peringkat akar umbi, Kerajaan bersetuju menambah peruntukan projek berskala kecil tahun 2021 daripada 2.5 bilion ringgit kepada 5 bilion ringgit.

16. Antara jenis projek kecil yang akan dikhususkan kepada kontraktor kelas G1 hingga G4 ialah pembaikan infrastruktur dan fasiliti awam yang rosak akibat banjir, pembaikan jalan, program ameniti sosial, baik pulih perumahan berstrata termasuk penggantian lif di perumahan awam, serta pembinaan gerai di kawasan PBT.

17. Kerajaan akan memudahkan tatacara perolehan bagi mempercepatkan pelaksanaan projek. Sebagai contoh, kaedah kerja secara undian bagi pembaikan bencana banjir telah ditingkatkan daripada 100 ribu kepada 200 ribu ringgit. Di samping itu, kerja-kerja kecil bagi kontraktor tempatan akan dikhususkan kepada negeri dan daerah berkenaan.

Inisiatif Kelima: Geran Khas Prihatin 3.0

18. Kerajaan akan terus memberi sokongan untuk memastikan kelangsungan perniagaan, khususnya kepada PKS tempatan. Untuk itu, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Geran Khas Prihatin atau GKP 3.0 supaya perniagaan mendapat bantuan untuk beroperasi semula. Setiap perusahaan mikro dan PKS yang layak akan menerima bantuan one-off sebanyak 1,000 ringgit. Permohonan bagi GKP 3.0 akan dibuka mulai 1 April bagi PKS yang tidak menerima GKP sebelum ini. Geran ini dijangka akan memanfaatkan lebih sejuta usahawan.

Inisiatif Keenam: Kemudahan Mikro Kredit

19. Semasa pengumuman Belanjawan 2021 yang lalu, Kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah 1 bilion ringgit bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit. Prihatin dengan situasi yang mencabar ini, Kerajaan bersetuju untuk menyediakan dana pembiayaan tambahan sebanyak 500 juta ringgit bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit melalui program-program di bawah BSN, TEKUN, MARA dan SME Corp.

20. Melalui BSN, dana sebanyak 300 juta ringgit akan disediakan dengan had pembiayaan sehingga 50 ribu ringgit, di mana kadar faedah telah dikurangkan daripada 3.5 kepada 3 peratus. Tempoh pinjaman adalah untuk 5 tahun dan bayaran ansuran hanya bermula selepas bulan keenam.

21. Bagi usahawan sektor informal, TEKUN Nasional akan menyediakan dana tambahan sebanyak 60 juta ringgit, terutamanya untuk Skim Pembiayaan Informal dengan had pembiayaan sehingga 5,000 ringgit bagi perniagaan secara kecil-kecilan daripada rumah, pasar malam dan pasar tamu.

22. Selain itu, program TEKUN Mobilepreneur akan diperluaskan untuk pembiayaan membaik pulih atau membeli motosikal baharu dengan had sehingga 10 ribu ringgit. Bagi melengkapi inisiatif ini, motosikal pemasangan tempatan dengan kapasiti enjin 150cc dan ke bawah akan diberi pengecualian 100 peratus duti eksais mulai 1 April hingga 31 Disember 2021.

23. TEKUN juga akan memperkenalkan program TEKUN POS-preneur di mana pemohon dapat menjana pendapatan melalui kontrak penghantaran barangan. Bantuan pembiayaan diberikan sehingga 20 ribu ringgit untuk tujuan baik pulih kenderaan, dan sehingga 50 ribu ringgit untuk pembelian van atau lori.

24. Melalui MARA, Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro akan dilaksanakan dengan keutamaan untuk membantu 1,000 PKS mikro Bumiputera untuk meneruskan kelangsungan perniagaan. Sebanyak 50 juta ringgit disediakan dengan nilai pembiayaan sehingga 50 ribu ringgit pada kadar faedah serendah 3 peratus.

25. Di samping itu, SME Corp. akan menyediakan 50 juta ringgit untuk membantu PKS tempatan mendapatkan pembiayaan sehingga 250 ribu ringgit pada kadar faedah juga serendah 3 peratus.

Inisiatif Ketujuh: Pengekalan Pekerjaan dan Insentif Penggajian

Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,

26. Sejak pelancaran program PenjanaKerjaya 2.0 di bawah PERKESO, hampir 200 ribu pekerja dalam sektor formal berjaya ditempatkan. Bagi membantu golongan yang kehilangan pendapatan atau pekerjaan, Kerajaan akan terus menambah baik program ini dengan memperluaskan skop insentif pengambilan pekerja untuk meliputi pekerjaan sementara dan pekerjaan gig, iaitu:

• Menyediakan peruntukan 300 juta ringgit yang akan memanfaatkan 60 ribu pekerja, di mana setiap pekerja akan menerima 600 ringgit sebulan selama tempoh maksimum 6 bulan; dan

• Bagi majikan yang menawarkan pekerjaan jangka pendek ataupun platform penyedia perkhidmatan gig yang berdaftar dengan PERKESO, mereka akan menerima 200 ringgit bagi setiap pekerja yang ditempatkan.

27. Di samping itu, sehingga 5 Mac 2021, Kerajaan telah menyalurkan lebih daripada 14.4 bilion ringgit bagi membiayai program subsidi upah yang telah membantu 2.7 juta orang pekerja dan lebih daripada 330 ribu majikan.

28. Namun, Kerajaan sedar bahawa masih terdapat sektor yang terkesan. Oleh itu, Kerajaan akan memperuntukkan 700 juta ringgit bagi melanjutkan Program Subsidi Upah 3.0 selama tiga bulan lagi secara lebih bersasar. Ini terutamanya kepada sektor pelancongan, perdagangan borong dan runcit, serta perniagaan lain yang ditutup semasa PKP seperti pusat sukan gimnasium dan spa. Inisiatif ini dijangka akan membantu 400 ribu pekerja dan 37 ribu majikan.

29. Di samping itu, program perantisan di bawah PenjanaKerjaya juga akan ditambah baik setelah mengambil kira maklumbalas daripada pihak industri yang mendapati tempoh 3 bulan program perantisan ini agak singkat dan tidak mencukupi. Oleh itu, Kerajaan akan melanjutkan tempoh program perantisan selama 6 bulan, di mana pelatih yang mengikuti program ini akan diberi insentif sebanyak 800 ringgit bagi tempoh perantisan 6 bulan.

30. Bagi menangani masalah pengangguran, Kerajaan telah menubuhkan Majlis Pekerjaan Negara, atau NEC. Bagi tahun ini, NEC menyasarkan pewujudan 500 ribu peluang pekerjaan, di mana sehingga akhir Februari, 66 ribu peluang pekerjaan telah berjaya diwujudkan.

31. Di bawah seliaan Perbadanan Sumber Manusia Berhad atau HRDF, beberapa inisiatif telah diperkenalkan. Ini termasuklah:

Pertama: Platform UpskillMalaysia yang berperanan sebagai pusat maklumat bagi program peningkatan kemahiran dan latihan semula; dan Kedua: Portal e-LATiH yang mengandungi lebih 300 kursus latihan dalam talian yang ditawarkan secara percuma.

Inisiatif Kelapan: Merangsang Semula Sektor Pelancongan dan Peruncitan

Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,

32. Industri pelancongan merupakan antara sektor yang terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19. Bagi mengurangkan beban dan menyokong pemulihan sektor ini, Kerajaan akan:

• Melanjutkan pengecualian cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan ke atas penginapan yang disediakan oleh pengendali hotel sehingga 31 Disember 2021;

• Melanjutkan galakan cukai kepada syarikat pengendali pelancongan sehingga tahun taksiran 2022;

• Membenarkan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan mulai 1 April hingga 31 Disember 2021 diberikan kepada

syarikat industri pelancongan dan industri terpilih seperti panggung wayang dan spa;

• Memberi pengecualian duti hiburan ke atas bayaran kemasukan ke tempat hiburan seperti taman tema, persembahan pentas, acara sukan dan pertandingan serta tayangan filem pawagam di semua Wilayah Persekutuan;

• Memperluas skop pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga 1,000 ringgit untuk meliputi perbelanjaan pembelian pakej pelancongan melalui ejen pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC; dan

• Memberi pengecualian levi HRDF bagi syarikat sektor pelancongan dan peruncitan yang terjejas untuk tempoh sehingga Jun 2021.

33. Selain itu, Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Geran Bantuan Khas secara one-off sebanyak 3,000 ringgit kepada lebih 5,000 agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC.

34. Kerajaan juga bersetuju untuk menyediakan bantuan tunai secara one-off sebanyak 600 ringgit kepada pengusaha homestay yang berdaftar dengan MOTAC. Bantuan ini dijangkakan dapat memanfaatkan lebih 4,000 tuan rumah atau pengusaha Program Pengalaman Homestay.

35. Saya percaya, sedikit masa lagi apabila sudah ramai antara kita telah mengambil vaksin, Kerajaan sedia untuk membenarkan pergerakan rentas negeri secara berperingkat, malah mewujudkan special green lane bagi perjalanan sempadan yang melibatkan pengangkutan udara. Berikan sedikit masa dan ruang untuk pihak Kerajaan meneliti segala risiko sebelum sesuatu keputusan diambil.

36. Untuk membantu aliran tunai dan mengurangkan kos perniagaan pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat membeli belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan dan agensi pengembaraan dan pelancongan, pemberian diskaun khas bil elektrik sebanyak 10 peratus akan dilanjutkan selama 3 bulan lagi sehingga 30 Jun 2021. Dengan pemanjangan tempoh diskaun ini, Kerajaan akan menanggung jumlah kos sebanyak 135 juta ringgit.

Inisiatif Kesembilan: Mengurangkan Beban Syarikat dan Memperkasa Koperasi

37. Bagi memastikan pembiayaan alternatif terus berkembang, pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan menambah baik peraturannya berdasarkan perkembangan semasa. Antara lain, had pengumpulan dana akan dinaikkan daripada 10 juta kepada 20 juta ringgit serta Equity Crowdfunding akan diperluaskan kepada syarikat berhad yang tidak tersenarai.

38. Untuk terus menggalakkan syarikat mengumpul dana menerusi pasaran saham, fi berkaitan penyenaraian akan dikecualikan selama 12 bulan bagi syarikat yang memohon penyenaraian di pasaran MAIN, LEAP atau ACE. Selain itu, rebat untuk fi penyenaraian tahunan bagi tahun 2021 juga akan diberikan kepada syarikat tersenarai yang telah melaporkan kerugian berdasarkan laporan suku tahunan mereka.

39. Seterusnya, bagi membantu mengurangkan beban syarikat yang menghadapi masalah kewangan dan boleh menyebabkan risiko penggulungan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bersetuju nilai ambang keterhutangan atau indebtedness threshold dinaikkan daripada 10 kepada 50 ribu ringgit.

40. Pada masa yang sama, SSM juga memberi kemudahan pendaftaran perniagaan percuma kepada kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa yang ingin menceburi bidang keusahawanan.

41. Kerajaan menyedari bahawa gerakan koperasi turut terjejas berikutan pandemik COVID-19. Susulan itu, Suruhanjaya Koperasi Malaysia akan menyediakan insentif pembiayaan sehingga 100 ribu ringgit tanpa cagaran bagi membantu koperasi yang terkesan. Permohonan pembiayaan ini akan dipermudahkan dan proses kelulusan akan dipercepatkan dengan memberi kelonggaran bayaran balik selepas enam bulan pembiayaan diluluskan. Sejumlah 50 juta ringgit dari Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia akan diperuntukkan yang dijangka dapat membantu lebih 14,000 koperasi.

42. Selain itu, Kerajaan telah meluluskan geran padanan sebanyak 30 juta ringgit untuk menggalakkan pelaburan dalam mekanisasi dan automasi industri sawit. Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak

20 juta ringgit dalam bentuk geran padanan bagi tujuan pembelian jentera kepada Koperasi Penanaman Sawit Mampan. Ini dijangka memanfaatkan 65 koperasi dengan keahlian sebanyak 6,000 pekebun kecil.

43. Geran Padanan Digitalisasi di bawah BSN yang sebelum ini dimanfaatkan oleh syarikat turut diperluaskan kepada koperasi bagi mengembangkan aktiviti perniagaan mereka melalui platform digital.

FOKUS KETIGA: MEMPERKUKUH DAYASAING NEGARA

44. Dalam memperkukuh daya saing negara, Kerajaan komited untuk menarik pelaburan, memperkasa perdagangan luar, meningkatkan adaptasi penggunaan teknologi digital dan menjamin pertumbuhan lestari.

Inisiatif Kesepuluh: Mengukuhkan Persekitaran Perniagaan

45. Untuk itu, Kerajaan melalui Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan atau PEMUDAH sentiasa komited untuk memastikan peraturan yang tangkas atau agile regulation dilaksanakan bagi mendorong pelaburan semula perniagaan domestik. Ini termasuk perluasan program Authorised Economic Operator Nasional yang memberi kemudahan laluan hijau kepada syarikat yang layak bagi urusan eksport dan import dan pemendekan tempoh memproses permohonan pelaburan.

Inisiatif Kesebelas: Automasi dan Digitalisasi

46. Bantuan moratorium bersasar yang diumumkan oleh Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia telah berjaya mengurangkan beban 1.4 juta peminjam individu dan PKS yang terjejas, dengan kadar kelulusan sehingga 95 peratus. Saya ingin menekankan bahawa bantuan ini masih dibuka kepada orang ramai.

47. Bagi membantu PKS mendapatkan pinjaman, Bank Negara Malaysia telah meningkatkan Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar sebanyak 2 bilion ringgit dan Fasiliti Automasi dan Digitalisasi sebanyak 700 juta ringgit. Dengan penambahan ini, kemudahan yang disediakan oleh Bank Negara untuk manfaat PKS berjumlah 6 bilion ringgit.

48. Di bawah MIDF, sebanyak 200 juta ringgit disediakan untuk skim pembiayaan pembangunan automasi, digitalisasi dan penggunaan teknologi hijau. MIDF juga telah bersetuju untuk mengurangkan kadar faedah pinjaman dari 5 kepada 3 peratus bagi tempoh 12 bulan, bermula 1 April 2021.

49. Di samping itu, dana tambahan sebanyak 50 juta ringgit bagi Geran Automasi Pintar di bawah MIDA turut disediakan supaya lebih banyak PKS dan Syarikat Tahap Pertengahan, atau Mid-Tier Companies dapat meningkatkan kecekapan operasi dan pembuatan menerusi teknologi tinggi. Selain itu, bagi menyokong IR4.0, peruntukan berjumlah 50 juta ringgit akan diberi kepada program Industry4WRD di bawah MITI.

50. Bagi menggalakkan PKS meningkatkan automasi yang dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, SME Bank akan menyediakan dana pinjaman 200 juta ringgit untuk membiayai pembelian mesin dengan insentif geran sehingga 20 peratus ke atas nilai mesin.

Inisiatif Keduabelas: Mengurangkan Jurang Digital

51. Semasa Belanjawan 2021, Kerajaan telah mengumumkan Program Jaringan Prihatin bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat akses kepada internet, merapatkan jurang digital golongan B40 dan menyokong agenda pendigitalan negara.

52. Jika Belanjawan 2021 sebelum ini telah mengumumkan subsidi pembelian telefon sebanyak 180 ringgit kepada semua penerima BPR, sukacita diumumkan Kerajaan akan menambah baik subsidi ini kepada 300 ringgit khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah bagi pembelian telefon pintar atau peranti baharu. Dengan itu, peruntukan program ini akan ditingkatkan kepada 2 bilion ringgit dan insha-Allah, akan dilancarkan awal bulan Mei. Saya menyeru syarikat telekomunikasi untuk menawarkan pakej internet mampu milik dan terus menyediakan kuota data tambahan.

53. Rangka kerja MyDIGITAL dan Ekonomi Digital Malaysia telah menggariskan perkhidmatan 5G komersil sebagai keperluan terpenting kerana internet kelajuan tinggi adalah perlu untuk mencetuskan inovasi dan peluang kerja baru dalam ekonomi digital negara. Oleh itu, perkhidmatan 5G dijangka akan beroperasi secara berperingkat mulai hujung tahun ini.

54. Selain itu, bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar terutamanya di luar bandar, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM telah memperuntukkan 3.2 bilion ringgit untuk tahun 2021 di bawah Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat bagi menaik taraf stesen pemancar sedia ada dan menyediakan capaian gentian optik ke premis-premis berkaitan.

55. Seterusnya, SKMM akan memperkenalkan program MyBAIKHATI dengan kerjasama pihak syarikat telekomunikasi sebagai inisiatif crowdsourcing peranti. Program ini akan dimulakan dengan penganjuran kempen kutipan peranti terpakai seperti komputer riba yang akan dibaik pulih dan diagihkan kepada antara lain Pusat Internet Komuniti dan pertubuhan komuniti.

Inisiatif Ketigabelas: Menggalakkan Pelaburan dan Pasaran Eksport

56. Sebagai pemboleh daya yang penting bagi program pemulihan negara, pelaburan asing dan perdagangan antarabangsa perlu diberi tumpuan khusus. Bagi tujuan ini, MITI akan terus meneroka potensi eksport baharu, serta menggalakkan penggunaan automasi serta mekanisasi dalam kalangan pemain industri.

57. Antara langkah yang akan dilaksanakan termasuklah inisiatif eBizLink, iaitu platform pemasaran digital secara maya dan hibrid, serta inisiatif Globepreneur yang bertujuan mengetengahkan lebih banyak syarikat PKS berpotensi ke pasaran antarabangsa.

58. Kerajaan juga akan menaikkan siling Geran Pembangunan Pasaran atau MDG daripada 300 ribu kepada 500 ribu ringgit bagi setiap syarikat yang menyertai platform pameran antarabangsa. Bagi menjana sumber kekayaan baharu negara, geran padanan bernilai 50 juta ringgit akan disediakan untuk membangunkan industri aeroangkasa dan peranti perubatan.

Inisiatif Keempatbelas: Menggalakkan Pembiayaan Mampan

59. Program PEMERKASA akan menyokong agenda kelestarian negara, terutamanya ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Mampan atau SDG menjelang 2030. Kerajaan bersama PBB Malaysia akan menubuhkan Dana Amanah MySDG sebagai platform yang membolehkan pembiayaan dari pelbagai sumber untuk membiayai projek yang menepati kriteria SDG.

60. Bagi menyokong matlamat negara untuk menjadi hab kewangan lestari, Kerajaan akan melancarkan Sukuk Lestari berjumlah tidak kurang dari 1 bilion dolar Amerika. Hasil dari sukuk berkenaan akan membiayai program dan projek yang mempunyai elemen kelestarian di samping menangani kesan sosio-ekonomi akibat wabak COVID-19.

FOKUS KEEMPAT: MEMASTIKAN AGENDA KETERANGKUMAN

Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,

61. Dalam menghadapi cabaran wabak ketika ini, Kerajaan akan terus memelihara kebajikan rakyat terutamanya mereka yang masih terjejas. Inisiatif kali ini akan lebih tertumpu kepada golongan rentan, kurang upaya dan mereka yang kehilangan pekerjaan.

Inisiatif Kelimabelas: Bantuan Kehilangan Pendapatan

62. Untuk itu, Kerajaan akan memperuntukkan 1.2 bilion ringgit kepada 2.4 juta penerima untuk mendapatkan bantuan seperti berikut:

• Bantuan tunai secara one-off sebanyak 500 ringgit diberikan kepada golongan B40 yang telah hilang pendapatan; dan

• Bayaran tambahan sebanyak 500 ringgit diberikan kepada penerima BPR yang berpendapatan 1,000 ringgit dan ke bawah.

63. Kedua-dua kategori ini melibatkan penerima berumur 21 hingga 60 tahun dan tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan. Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP dan PERKESO. Insha-Allah, kedua-dua bantuan khas ini akan dibayar mulai Jun 2021 ke akaun penerima masing-masing.

64. Untuk individu berstatus bankrap pula, Jabatan Insolvensi Malaysia akan memudahkan urusan mereka dengan pihak bank dalam menerima bantuan Kerajaan. Kelonggaran akan diberi untuk membuka akaun bank secara dalam talian (online) melalui permohonan e-mel kepada cawangan Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka. Sebarang bantuan tunai yang dikreditkan tidak akan mengalami sebarang potongan ansuran bulanan.

65. Seterusnya, Kerajaan bersetuju untuk memanjangkan tempoh kuat kuasa perlindungan bagi ketidakupayaan untuk melaksanakan obligasi kontraktual yang akan berakhir pada 31 Mac ini sehingga 30 Jun 2021. Jenis kontrak yang terlibat akan turut diluaskan bagi membantu rakyat yang terkesan dan gagal memenuhi obligasi kontrak mereka.

Inisiatif Keenambelas: Menambahbaik Program Bantuan Rentan Bandar

66. Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan semua golongan masyarakat dapat dibantu semasa tempoh yang sukar ini termasuk golongan gelandangan. Oleh yang demikian, DBKL telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Anjung Kelana di Taman Desa Kuala Lumpur sebagai pusat perlindungan sementara.

67. Seterusnya, bagi mengurangkan kos sara hidup terutama golongan miskin yang tinggal di bandar, Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak 100 juta ringgit bagi program bantuan barangan dapur melalui inisiatif pembelian tanpa tunai. Program ini dijangka akan memanfaatkan 300 ribu isi rumah miskin di bandar-bandar utama di seluruh negara untuk membolehkan mereka membeli barangan makanan asas.

68. Mengenai kesihatan rakyat pula, inisiatif mySalam berhubung COVID-19 telah memanfaatkan lebih 70,000 golongan B40 dengan jumlah bayaran 40 juta ringgit. Bagi menambah baik skim ini, golongan B40 yang dibenarkan untuk dikuarantin di rumah atas sebab COVID-19 layak untuk menerima manfaat bayaran penggantian pendapatan sebanyak 50 ringgit sehari selama maksimum 14 hari tertakluk kepada pengesahan oleh Pegawai Perubatan.

69. Selain itu, program klinik bergerak merupakan satu program melibatkan penyediaan rawatan asas dan pemeriksaan percuma kepada warga tempatan khususnya golongan rentan bandar bagi memperkasakan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan rakyat. Pada masa ini, MyMedic@Wilayah di bawah DBKL menyediakan perkhidmatan klinik bergerak meliputi kawasan PPR dan perumahan awam kepada golongan yang kurang berkemampuan serta rawatan secara terus kepada pesakit kronik dan uzur yang terlantar di rumah. Sehubungan itu, sejumlah 30 juta ringgit akan diperuntukkan bagi meluaskan perkhidmatan kesihatan ini ke seluruh negara melalui program KPT PRIHATIN, KOMUNITI SEJAHTERA (KRIS) dengan kerjasama kumpulan pakar perubatan dari Hospital Pengajar Universiti.

70. Seterusnya, dalam melaksanakan proses verifikasi penerima bantuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat akan melantik seramai 2,500 orang pegawai tambahan di bawah inisiatif MySTEP bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.

Inisiatif Ketujuhbelas: Prihatin Wanita

71. Bagi memperkasa usahawan wanita, Kempen e-Dagang PKS dan PKS Mikro, serta Program Shop Malaysia Online, Kerajaan akan menyediakan dana 30 juta ringgit untuk membantu mereka beralih ke pasaran dalam talian. Sebagai tambahan, BSN juga akan menyediakan sejumlah 50 juta ringgit bagi Skim Pembiayaan Mikro PEMERKASA-NITA untuk memberi galakan usahawanita menceburi bidang perniagaan.

72. Selain itu, peruntukan sebanyak 10 juta ringgit dalam bentuk dana padanan 70 peratus bagi usahawan wanita dan wanita yang bekerja sendiri turut disediakan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO.

Inisiatif Kelapanbelas: Prihatin OKU

73. Saya telah dimaklumkan golongan OKU yang bekerja turut terjejas dalam tempoh yang sukar ini. Sehubungan itu, Kerajaan bersetuju untuk meningkatkan had kelayakan gaji maksimum bagi bantuan Elaun Pekerja Cacat daripada 1,200 kepada 1,500 ringgit sebulan. Untuk tujuan ini, sebanyak 26 juta ringgit akan disediakan di mana ia akan memanfaatkan seramai hampir 5,000 OKU.

74. Selain itu, bagi membantu program keusahawanan termasuk memasarkan produk bakeri dan hasil tangan oleh OKU dan warga emas,

Kerajaan bersetuju menambah 20 juta ringgit untuk memperkukuhkan program di bawah institusi seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

75. Di samping itu, golongan OKU akan berpeluang untuk mendaftar dan memperbaharui perniagaan mereka dengan SSM secara percuma sebagai galakan menceburi bidang perniagaan.

76. BSN telah menyediakan sebanyak 25 juta ringgit di bawah Skim Mikrokredit ISTIMEWA bagi golongan OKU menceburi bidang perniagaan dengan had pembiayaan sehingga 50 ribu ringgit dan kadar faedah serendah 3 peratus.

Inisiatif Kesembilanbelas: Prihatin Belia

Seterusnya buat anak muda,

77. Kerajaan telah memperkenalkan program eBelia bagi menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai kepada golongan belia, khususnya mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar pendidikan tinggi sepenuh masa. Sukacita diumumkan bahawa program tersebut akan ditambahbaik dengan meningkatkan nilai kredit daripada 100 kepada 150 ringgit yang akan memanfaatkan 2 juta belia dengan jumlah peruntukan sebanyak 300 juta ringgit. Program ini akan dilaksanakan mulai bulan Jun 2021.

78. Bagi menggalakkan penyertaan anak muda bandar terlibat dalam projek-projek keusahawanan, program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar atau PEKB akan diperluas dengan tambahan peruntukan sebanyak 10 juta ringgit, menjadikan peruntukan keseluruhan tahun 2021 bagi program ini sebanyak 21 juta ringgit. Oleh itu, seramai 1,800 peserta akan mendapat manfaat dengan latihan keusahawanan dan peralatan yang akan dibekalkan secara percuma bagi mengikuti bidang dan kursus yang disertai.

79. Selain itu, program Tunas Usahawan Belia Bumiputera akan ditambah peruntukan bagi melahirkan seramai 250 usahawan belia Bumiputera baharu. Manakala, program New Gen Entrepreneur Online Bootcamp akan diperkenalkan bagi tujuan latihan penyediaan serta bimbingan perniagaan secara dalam talian kepada 2,000 orang usahawan belia.

80. BSN juga menawarkan Skim Pembiayaan Mikro PEMERKASA-BELIA dengan kadar serendah 3 peratus untuk membolehkan anak muda menceburi bidang perniagaan mendapatkan pembiayaan sehingga 50,000 ringgit.

Inisiatif Keduapuluh: Penerusan Subsidi bagi Meringankan Kos Sara Hidup

81. Berdasarkan trend semasa, adalah dijangkakan harga minyak dunia akan meningkat dan terus menyebabkan kenaikan pada harga runcit petrol dan diesel.

82. Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak ini, harga runcit petrol RON95 dan diesel ditetapkan pada paras harga siling RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter. Kerajaan pada masa ini menanggung subsidi pada kadar hampir 30 sen seliter. Ini bermakna Kerajaan menanggung jumlah subsidi bernilai 3 bilion ringgit pada harga semasa.

83. Kerajaan juga menanggung subsidi yang tinggi ke atas produk gas cecair petroleum atau LPG. Harga sebenar di pasaran setong gas LPG bersaiz 14 kg pada masa ini adalah sekitar RM50. Namun, harga runcit telah ditetapkan pada paras RM26.60 setong. Oleh itu, Kerajaan telah memberi subsidi hampir 50 peratus bagi setiap tong LPG 14 kg yang digunakan oleh rakyat khususnya isi rumah. Kerajaan akan terus memberi subsidi berkenaan supaya harga barangan keperluan harian kekal berpatutan.

PENUTUP

Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,

84. Setelah setahun Kerajaan Perikatan Nasional mentadbir negara ini, kami terus merencana pelbagai strategi pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat. Kami telah berusaha sehabis baik untuk memastikan tiada kumpulan masyarakat yang tercicir daripada menerima manfaat.

PEMERKASA dengan nilai keseluruhan 20 bilion ringgit adalah satu lagi inisiatif Kerajaan Perikatan Nasional untuk meringankan beban yang sedang ditanggung oleh rakyat, mengukuhkan semula pertumbuhan ekonomi dan merancakkan aktiviti perniagaan.

85. Kerajaan Perikatan Nasional sebagai Kerajaan yang Prihatin akan sentiasa mendengar dan peduli terhadap nasib rakyat. InsyaAllah, amanah ini akan sentiasa kami pikul dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas, demi rakyat dan negara.

86. Akhir sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas segala jasa dan pengorbanan seluruh petugas barisan hadapan dan penjawat awam yang sekian lama berdiri teguh dan setia sebagai tunjang pentadbiran Kerajaan. Saya juga menyanjung tinggi peranan sektor korporat, NGO dan para sukarelawan yang turut menyumbang kepada bantuan kewangan dan bantuan sosial kepada rakyat.

87. Saya juga ingin menyeru saudara dan saudari supaya segera mendaftar sebagai penerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera. Jangan bertangguh, terus daftar sekarang. Lebih cepat kita mendaftar dan mendapat vaksin, lebih cepatlah kita dapat menikmati kembali kehidupan yang normal.

88. Lindung diri, lindung semua. Insha-Allah, kita terus berikhtiar dan bertawakkal sepenuhnya kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Faiza 'azamta fa tawakkal 'ala Llah.

Teguh Kita, Menang Bersama.

Wabillahi al-taufik walhidayah wassalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

 

 

 

Top Ad 728x90