bayaran gkp tambahan
geran khas prihatin
gkp
gkp permai
permai
Geran Khas Prihatin (GKP) PERMAI
Di
bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI),
Kerajaan telah mengumumkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak
RM1,000 melalui Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada PKS
mikro di 12 negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa
pada bulan Januari dan Februari 2021 serta RM500 kepada PKS mikro di
negeri bukan PKP. GKP Tambahan ini bertujuan meringankan beban kewangan
perniagaan ekoran penularan wabak COVID-19 dan bagi meningkatkan
produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan PKS mikro.⠀
⠀
Sukacita
dimaklumkan bahawa semua PKS mikro yang telah diluluskan di bawah GKP
1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini akan menerima bayaran GKP Tambahan mulai 25
Mac 2021 melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM883 juta. Pembayaran
akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP
dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 24 Mac 2021 di Portal
GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my .
⠀
Mengambil
kira GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP Tambahan yang diluluskan, jumlah
keseluruhan penerima GKP adalah hampir 900,000 PKS mikro dengan jumlah
bantuan kewangan sebanyak RM3.58 bilion.
Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.