402 Nanggala
kapal selam
kapal selam 402
Nanggala Submarine
submarin 402
Serpihan dan barangan kapal selam KRI Nanggala 402 ditemui di lokasi pencarian
Kapal Selam milik Indonesia, KRI Nanggala 402 dipercayai kini dalam fasa tenggelam susulan penemuan beberapa barangan dipercayai daripada kapal selam itu termasuk kesan tumpahan minyak.
Menurut Panglima Tentera Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto, ia ditemui di permukaan sekitar kawasan pencarian.
"Pagi tadi, merupakan tempoh terakhir bekalan oksigen di Nanggala selama 72 jam.
"Angkatan
Laut (AL) TNI menemukan tumpahan minyak dan serpihan sebagai bukti
kukuh menunjukkan KRI Nanggala dalam fasa tenggelam," jelasnya dalam
sidang media di Bali pada Sabtu.
Sementara itu, Panglima Angkatan Laut TNI,
Laksamana Yudo Margono memaklumkan serpihan-serpihan yang ditemukan
terapung di perairan Bali itu diyakini dari komponen kapal selam buatan
Jerman itu.
Antara yang ditemukan,
pelurus tabung peluru torpedo, paip pendingin serta botol berwarna oren
mengandungi minyak pelincir kapal selam terbabit.
"Ditemukan beberapa kepingan dan barang di sekitar lokasi terakhir kapal menyelam yang diyakini bagian komponen kapal selam.
"Ini (serpihan) ini tidak akan terapung jika tiada tekanan atau keretakan pada kapal selam itu," katanya.
Tambahnya, tiada kapal lain berada di sekitar 10 batu nautika di kawasan pencarian selain Nanggala kata Yudo.
KRI Nanggala hilang pada Rabu lalu ketika latihan menembak torpedo.
Beberapa
negara termasuk Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat turut
menyalurkan bantuan dalam operasi mengesan kapal selam terbabit.
Sumber : Astro Awani
Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.