26 Jun 2021

, ,

Kerajaan timbang semua cadangan termasuk lanjutan i-Sinar, i-Lestari

 

Kerajaan sentiasa mempertimbangkan semua cadangan dan permintaan yang dikemukakan oleh rakyat termasuk perlanjutan program i-Sinar dan i-Lestari.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, dia telah bermesyuarat dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah serta pengurusan kanan KWSP bagi memperhalusi bantuan  bersesuaian untuk Pelan Pemulihan Negara.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa memahami dan bersimpati dengan kesukaran yang dihadapi rakyat.

“Bercakap tentang Pelan Pemulihan Negara (PPN), kami juga sedar bahawa anda (rakyat) memerlukan bantuan bagi mengharungi Fasa 1 dan fasa-fasa seterusnya pelan ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan cuba untuk mencari penyelesaian yang mampu memenuhi keperluan semua pihak.

Beliau berkata, dia sendiri secara peribadi mempunyai kenalan dan saudara yang memohon i-Lestari dan i-Sinar dalam menghadapi cabaran masa ini.

Bagaimanapun, katanya, ada juga pencarum dan pengulas ekonomi yang mengkritik kerajaan kerana mereka tidak mahu dividen dan simpanan hari tua rakyat tergugat disebabkan kerajaan membenarkan pengeluaran secara besar-besaran.

Sumber : Kosmo!

 

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90