2 Julai 2021

, ,

Nor Zamani dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan baharu

Ketua Pengarah Pendidikan KPM 2021

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melantik Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) baharu menggantikan Datuk Dr Habibah Abdul Rahim yang bersara April lalu.

Menurut kenyataan KPM, Nor Zamani, 59, yang sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan

Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta, dilantik sebagai KPPM berkuatkuasa 22 Jun lalu.

"Nor Zamani adalah KPPM yang ke-18 dan wanita ketiga dilantik dalam jawatan berkenaan. 

"Beliau sudah berkhidmat selama 35 tahun dalam pelbagai organisasi dalam KPM," katanya melalui kenyataan media, di sini hari ini.

Pada masa sama, menurut KPM, Nor Zamani memulakan perkhidmatan dalam dunia pendidikan pada tahun 1986 sebagai Ketua Jabatan A-Level di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan.

Katanya, Nor Zamani berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sosiologi dan Antropologi dan Ijazah Sarjana Pendidikan dari Universiti Malaya.

"KPM yakin Nor Zamani dapat menggalas tanggungjawab sebagai peneraju perkhidmatan pendidikan dan seterusnya meningkatkan lagi prestasi KPM dalam mencapai aspirasi pendidikan negara," katanya.

Sebelum ini, jawatan KPPM digalas oleh Habibah selama lebih setahun yang dilantik sejak 10 Januari tahun lepas hingga April lalu. 

Sumber : Berita Harian

 

 

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90