2 Julai 2021

, ,

PKPD di beberapa mukim Selangor, Kuala Lumpur

PKPD Selangor dan PKPD Kuala Lumpur

 

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksana di beberapa mukim di Selangor dan lokaliti tertentu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama 14 hari bermula Sabtu ini sehingga 16 Julai depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kedua-dua negeri itu menunjukkan trend jangkitan tinggi, dengan Selangor melaporkan purata kes harian COVID-19 antara 1,800 ke 1,900.

"Kuala Lumpur merekodkan purata kes harian antara 600 ke 1,000 kes.

"Semua daerah di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan insiden kes COVID-19 melebihi 12.1/100,000 penduduk," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, data unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) di kedua-dua negeri itu masih dalam lingkungan 1.0 dan tidak menunjukkan trend penurunan.

"Situasi ini membimbangkan apabila mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih ganas iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India) dan Alpha B.1.1.7 (UK)," katanya.

Daerah/mukim di Selangor yang dikenakan PKPD:

1. Daerah Petaling
Mukim: Petaling, Damansara, Sungai Buloh, Bukit Raja

2. Daerah Hulu Langat
Mukim: Hulu Langat, Ampang, Cheras, Kajang, Semenyih, Beranang

3. Daerah Sepang
Mukim: Dengkil, Labu, Sepang

4. Daerah Gombak
Mukim: Batu, Rawang, Setapak, Hulu Kelang, Kuang

5. Daerah Kuala Langat
Mukim: Tanjung 12 (1), Tanjung 12 (2), Teluk Panglima Garang, Morib, Bandar, Jugra, Batu

6. Daerah Klang
Mukim: Kapar, Klang

7. Daerah Kuala Selangor
Mukim: Ijok, Bestari Jaya, Jeram

8. Daerah Hulu Selangor
Mukim: Serendah, Rasa, Ulu Yam, Batang Kali

Daerah/mukim di Kuala Lumpur yang dikenakan PKPD:

Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak
PPR Batu Muda
Flat Seksyen 2 Wangsa Maju
Flat Seksyen 1 Wangsa Maju
Kampung Padang Balang
Taman Koperasi Polis (Fasa satu dan dua).

Flat Sri Sabah
Kampung Puah
PPR Kampung Baru Air Panas
Flat Desa Pandan (termasuk Baiduri dan Delima)
Kampung Batu Muda
PPR Kerinchi
Bandar Baru Sentul
Taman Ikan Emas

Tidak dibenar keluar selepas jam 8 malam

Kerajaan tidak membenarkan pergerakan di luar kawasan kediaman selepas jam 8 malam membabitkan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kecuali bagi kes kecemasan atau mendapat kebenaran polis.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pekerja selain perkhidmatan perlu juga tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh keluar bekerja sepanjang tempoh PKPD.

"Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja hanya bekerja dari rumah.

"Pekerja daripada perkhidmatan perlu dan kilang serta premis perniagaan yang dibenarkan saja boleh menggunakan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Insdustri (MITI) yang sudah dikeluarkan sebelum ini," katanya dalam kenyataan.

Ismail Sabri berkata, hanya kilang bahan makanan dan keperluan asas harian seperti beras, roti putih, gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan dan topeng muka dibenarkan beroperasi, selain sektor perkhidmatan perlu yang dibenar beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam seperti utiliti, pembersihan serta kumbahan.

"Kebenaran bekerja pula hanya bagi perkhidmatan perlu atau menjalankan tugas rasmi kerajaan dengan surat pengesahan daripada majikan atau pas pekerja yang sah. 

"Pekerja daripada perkhidmatan perlu dan kilang serta premis perniagaan yang dibenarkan saja boleh menggunakan surat MITI yang dikeluarkan sebelum ini," katanya.

Sumber : Berita Harian

 

 

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90