2 Julai 2021

, ,

PKPD: Operasi premis makanan 8 pagi - 8 malam

Waktu kedai buka PKPD

 

Sebarang aktiviti sukan, sosial, rekreasi dan budaya tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur, bermula Sabtu ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata operasi restoran, gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan/kiosk dibenarkan beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam.

Katanya, pembelian makanan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran dibenarkan.

"Kedai runcit, kedai serbaneka, kedai barangan keperluan harian dibenarkan beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam.

"Hospital, klinik dan makmal perubatan dibenarkan beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran.

"Farmasi, kedai penjualan ubat-ubatan, klinik haiwan, kedai makanan haiwan, dibenarkan beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam," katanya dalam satu kenyataan,

Beliau berkata, pasar borong dibenar beroperasi bermula 12 tengah malam hingga 6 pagi manakala pasar awam, Pasar Tani Kekal (PTK) dan MyFarm Outlet (MFO) dibenar beroperasi bermula 6 pagi hingga 2 petang.

"Stesen minyak dibenarkan beroperasi antara 6 pagi hingga 8 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya bertol beroperasi sehingga 24 jam," katanya.

Sumber : Berita Harian

 

 

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90