aidil adha
Aidiladha
hari raya haji
hari raya korban
Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 20 Julai
Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 20 Julai ini, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selepas diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1441 Hijrah ialah pada 11 Julai 2021 Masehi.
"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Selasa, 20 Julai 2021," katanya menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.
Sumber : BERNAMA
Tiada ulasan
Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.