13 Ogos 2021

, ,

Fenomena pancuran hujan meteor Perseids

Fenomena pancuran meteor Perseids

 

Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan kemuncak fenomena pancuran meteor Perseids dijangka lewat malam Khamis 12 Ogos hingga awal pagi Jumaat 13 Ogos 2021.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), purata bilangan tahi bintang yang dijangkakan dapat dilihat pada masa kemuncaknya adalah sekitar 60 hingga 100 meteor sejam serta boleh mencecah hingga 150 meteor sejam.

"Pancuran Meteor Perseid selalunya bersinar dengan terang dan mudah dilihat sekiranya cuaca baik. Orang ramai boleh menyaksikan fenomena ini hanya dengan menggunakan mata kasar dari lokasi yang gelap dan bebas daripada pencemaran cahaya," menurut kenyataan itu.

Fenomena angkasa (pancuran) ini berlaku setiap tahun pada 17 Julai hingga 24 Ogos apabila bumi beredar mengelilingi matahari merentasi laluan orbit komet Swift-Tuttle.

Nama meteor Perseids merujuk kepada titik kemunculan pancuran meteor di langit iaitu di kawasan buruj Perseus.

Sumber : BERNAMA

 

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90