6 Ogos 2021

, ,

Siti Sarah selamat lahirkan bayi lelaki

siti sarah lahir anak

 

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 36, yang terpaksa ditidurkan berikutan tahap oksigen tidak stabil, selamat melahirkan bayi lelaki melalui pembedahan, kira-kira jam 5 petang tadi.

Berita itu dimaklumkan Syarikat Indigital Music melalui WhatsApp dikongsi pengurusnya, Nana Mohd Rom kepada media, sebentar tadi.

"Assalamualaikum, untuk makluman, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 5 petang tadi.

"Bagaimanapun, Siti Sarah masih belum sedar. Mohon doa semua agar segala urusan dipermudahkan," kata Nana.

Sementara itu, suami Siti Sarah, Shuib Sepahtu memaklumkan isterinya selamat melahirkan putera bongsu mereka secara pembedahan, melalui perkongsian di Instagram (IG).

Shuib turut memohon orang ramai berdoa agar isterinya cepat sembuh.

Siti Sarah yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dimasukkan ke hospital, Rabu lalu, berikutan tahap oksigen yang tidak stabil.

Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19.

Selain Siti Sarah, suami bersama tiga anak mereka iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.

Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas kuarantin 14 hari.

Sumber : Berita Harian

 

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90