1 Ogos 2021

, ,

UFO mungkin dron makhluk asing intip Bumi

dron ufo makhluk asing

 

Seorang profesor Universiti Harvard di Massachusetts mendakwa bahawa objek terbang tidak dikenali (UFO) mungkin merupakan alat kepintaran buatan (AI) daripada peradaban makhluk asing yang mengintip Bumi, lapor akhbar Daily Star semalam.

Profesor Avi Loeb yang merupakan pakar astrofizik Universiti Harvard telah melancarkan misi baharu bagi mencari jawapan adakah manusia bersendirian di alam semesta.

Loeb terkenal pada 2018 selepas beliau mendakwa bahawa objek angkasa Oumuamua yang terbang melintasi Bumi mungkin merupakan serpihan angkasa milik makhluk asing.

“Ia mungkin merupakan sesuatu yang berasal dari luar Bumi. Kebanyakan bintang terhasil sebelum matahari iaitu berbilion-bilion tahun lalu.

“Bayangkan satu peradaban yang mendahului kita satu bilion tahun,” katanya.

Tambah Loeb, sudah cukup masanya untuk makhluk asing menghantar kapal angkasa dengan kecerdasan buatan ke dunia yang bersifat autonomi.

“Perkara itu diperlukan kerana jarak antara bintang adalah terlalu jauh dan saya dapat bayangkan peralatan yang diletakkan oleh peradaban itu berbilion-bilion tahun yang lalu.

“Anda hanya memerlukan satu peradaban dan itu sudah cukup untuk mengisi seluruh galaksi dengan replikasi sendiri yang dilengkapi teknologi  AI,” katanya.

Kenyataan Loeb muncul selepas laporan UFO daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menolak untuk menafikan kewujudan makhluk asing.

Pentagon berkata UFO yang dikesan oleh Tentera Laut AS tidak boleh dijelaskan dan Loeb menyifatkan penemuan tersebut adalah penemuan kecil daripada sesuatu yang lebih besar.

Pakar itu menuduh jawatankuasa saintifik sebagai ‘mengelak’ daripada masalah tersebut serta menyembunyikannya daripada masyarakat dunia sejak lebih 60 tahun lalu. 

Sumber : Agensi

 

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90