28 September 2021

, , ,

Atendan pam berusia 72 tahun jadi jutawan SSP

Pemenang Cabutan Sijil Simpanan Premium SSP BSN

 

Seorang atendan pam berusia 72 tahun yang berasal dari Bedong, Kedah muncul salah satu pemenang Cabutan Istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) pada bulan Jun.

BSN dalam kenyataannya berkata, walaupun kini bergelar jutawan, beliau masih lagi meneruskan simpanan dan mengajak orang ramai terutama golongan muda untuk turut menyimpan dalam SSP.

"Jutawan Jun yang kedua pula adalah seorang pesara berusia 82 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur.

"Beliau menekankan betapa pentingnya untuk menyimpan dari awal dan mengamalkan tabiat menyimpan secara konsisten demi kemudahan pada masa hadapan," katanya.

BSN meneruskan pencarian jutawan menerusi Cabutan Istimewa SSP yang berpeluang memenangi RM1 juta.

Seramai empat orang lagi penyimpan BSN SSP telah dinobatkan sebagai jutawan bagi bulan Jun sehingga Ogos 2021, menjadikan jumlah terkini jutawan BSN SSP seramai sembilan orang daripada 14 orang jutawan keseluruhannya.

Semua pemenang terdiri daripada pelbagai latar belakang, kaum dan umur yang berbeza antara 17 hingga 82 tahun.

BSN turut mengumumkan seorang pelukis pelan berusia 38 tahun dari Padang Temu, Melaka membawa pulang RM1 juta bagi Cabutan Istimewa BSN SSP Julai.

"Beliau menyatakan terdapat banyak hadiah lumayan yang boleh dimenangi dan pulangan yang kompetitif apabila menyimpan dalam 'BSN SSP Special Edition' (BSN SSP SE).

"Manakala, jutawan bagi Ogos pula adalah seorang pesara berusia 59 tahun yang juga berasal dari Melaka. Menetap di Merlimau, beliau yang mempunyai empat anak memilih untuk menyimpan dalam SSP untuk pelaburan masa hadapan keluarganya," katanya.

Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil, berkata sehingga September 2021, jumlah penyimpan BSN SSP yang dicatatkan adalah lebih empat juta orang dengan jumlah simpanan melebihi RM4.3 bilion.

"Bagi sembilan bulan tahun ini, kami menyaksikan lebih 69,000 penyimpan baharu menyimpan dalam SSP.

"Justeru, kami ingin menyeru lebih ramai lagi rakyat Malaysia menyimpan dengan BSN sekali gus berpeluang menjadi jutawan SSP," katanya.

 Sumber : Berita Harian

 

 

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90