14 September 2021

,

IPT dibuka secara berperingkat bermula 15 Oktober 2021

pembukaan ipt universiti

 

Kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi (IPT) akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 15 Oktober 2021.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, kemasukan pelajar yang lengkap vaksinasi melibatkan semua kategori pelajar dan semua peringkat Pelan Pemulihan Negeri (PPN).

Katanya, pengurusan IPT perlu membuat perancangan yang teliti dengan mengenal pasti pelajar dan warga IPT yang telah divaksinasi sebelum memulakan pembelajaran secara fizikal.

“Kemasukan pelajar akan dilaksanakan dengan dua kaedah iaitu pergerakan ke IPT di Semenanjung, pelajar perlu mendapatkan surat kebenaran ke kampus yang dikeluarkan oleh IPT masing-masing.

“Kaedah kedua pula bagi pelajar yang mahu pulang ke kampus di Sarawak, Sabah dan Labuan pula, pelajar perlu mendapatkan surat kebenaran kembali ke kampus yang dikeluarkan oleh IPT masing-masing, surat kebenaran merentas daerah atau negeri dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai dokumen iringan,” katanya dalam pengumuman pengoperasian IPT tadi.

Katanya kemasukan ke kampus di negeri-negeri tersebut juga tertakluk kepada SOP yang dikuatkuasakan kerajaan negeri seperti pelaksanaan kuarantin dan ujian calitan Covid-19. 

Sumber : Kosmo!

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Top Ad 728x90